Thursday, 12 November 2015

SRI LANKA

RAJA-RAJA KETURUNAN MELAYU YANG MEMERINTAH SRI LANKA

Kita tahu kira-kira tahun 1247 Masehi,Chandrabhanu Sri Dharmaraja telah menyerang Sri Lanka.Beliau adalah raja kepada Sri Dharmaraja,iaitu negeri Ligor yang terkenal dalam hikayat-hikayat Melayu,yang terletak di Segenting Kra.

Selepas kemangkatannya,Chandrabhanu meninggalkan tiga orang puteranya di Sri Lanka,yang masing-masing bergerak untuk memerintah wilayah-wilayah di Sri Lanka.

Pertama,yang digelar Chavaka Maindan.Beliau kekal bertahan di Jaffna.Kerajaan Pandyan membenarkannya memerintah Jaffna dengan syarat kerajaan Jaffna menyokong Pandyan.

Chavaka Maindan kemudiannya bertindak jauh dengan melancarkan serangan ke selatan Sri Lanka.Ini membuatkan Pandyan menghantar tenteranya untuk menghalang raja itu.Kerajaan Jaffna kemudian diperintah oleh salah seorang menteri Pandyan yang mengetuai serangan ke atas Chavaka Maindan di selatan.Dinasti menteri yang memerintah Jaffna ini kemudiannya dikenali sebagai Aryacakravarti.

Anak kedua Chandrabhanu ialah Vijayabahu V yang memerintah Dambadeniya.Riwayat mengatakan anaknya yang bernama Bodamapananda telah menawan wilayah Kurunegala dari Parakramabahu IV dan memberikannya kepada ayahnya untuk ditabalkan menjadi raja.

Keturunannya memerintah dari Bhuvanaikabahu IV (raja Gampola) sehingga ke Virabahu II.

Anak ketiga Chandrabhanu adalah misteri.Ada yang mengatakan beliau bernama Parakramabahu namun tidak diberikan bilangan berapa.Kemungkinan beliau tidak memerintah mana-mana wilayah di Sri Lanka.Satu pendapat mengatakan beliau menurunkan keturunan ke Parakramabahu VI dari Kotte,yang merupakan antara raja teragung Sri Lanka,kerana berupaya menyatukan seluruh Sri Lanka.Walaupun pendapat ini diragui kebenarannya,kita lihat dahulu siapakah Parakramabahu VI.

Parakramabahu VI adalah raja yang mewarisi pemerintahan dinasti Siri Sanga Bo yang memiliki sejarah 5 kerajaan: Dambadeniya,Gampola,Kotte,Sitawaka dan Kandy.

Beliau diiktiraf sebagai raja hebat yang menyatukan Sri Lanka dan menyingkirkan dinasti Aryacakravarti di Jaffna (Yapa Patuna/Jaffnapatnam).Beliau juga berjaya menahan serangan dari Empayar Vijayanagara.Ketika ini empayar ini telah menjajah semua wilayah selatan India,termasuk Pandyan dan bekas wilayah Chola (sebelum itu ditakluk Pandyan).

Menariknya,ibu raja ini adalah cucu perempuan kepada anak perempuan Parakrama Bahu V iaitu anak kepada Vijayabahu V,anak kedua Chandrabhanu Sri Dharmaraja.Nama ibunya Sunethra Dewi.Ayahnya adalah dari keturunan keluarga menteri kerajaan Gampola yang ketika itu dipegang oleh keturunan Vijayabahu V.Setakat ini,salasilah inilah yang kuat untuk mengaitkan raja agung Sri Lanka itu dengan keluarga Chandrabanu,raja Melayu yang memerintah Ligor atau Sri Dharmaraja di Segenting Kra.

Dalam sejarah Sri Lanka,keturunan anak-anak raja Melayu Ligor ini memerintah wilayah-wilayah Sri Lanka sehingga kedatangan Portugis pada abad ke-16.

Sejarah raja-raja Melayu memerintah Sri Lanka itu pula terbahagi kepada dua dinasti: Dinasti Padmawangsa dari Ligor (Chandrabhanu) dan Dinasti Ketomala dari Srivijaya-Kedah.Dinasti Srivijaya ini termasuklah Samara Vijayatungga (yang membantu raja Mahinda VI menghalau Chola) dan Manabharana.

~ Srikandi

The True Caretaker of Padmavamsa Dynasty of Ligor & Sailendravamsa Dynasty of Java

No comments:

Post a Comment