Dewasa ini, ramai pengkaji dan saintis Zionis berjaya menulis artikel berkenaan “Abraham Bloodline” atau Darah Keturunan Ibrahim a.s. yang mana mengaitkan mereka dengan penduduk asal di Tanah Suci Baitul Maqdis. Hasil daripada manipulasi sains menyebabkan keturunan Theodore Herlz ini berjaya meyakinkan ramai penduduk dunia terutamanya masyarakat islam sendiri yang mereka (Zionis) adalah penduduk asal yang dihalau keluar pada tahun 70M oleh Pemerintah Empayar Rom (Titus) dan kembali semula di sana pada tahun 1917, 1948 dan 1967. Mujurlah terdapat segelintir pengkaji Eropah dan Amerika yang membuat penemuan baharu berkenaan dengan permasalahan ini, yang mana telah membuktikan bahawa siapa pendatang dan siapa penduduk asal di Tanah ‘Levant’ atau ‘Fertile Crescent’ yang mana terdapat Tanah Suci Baitul Maqdis.
KAJIAN DNA BANGSA PALESTIN DAN ISRAEL
Kajian saintifik yang paling baik ialah berkaitan dengan kajian DNA. Kajian DNA yang terkini dikaji oleh Dr. Eran Elhaik (seorang yahudi) dengan kerjasama dengan McKusick-Nathans Institute of Genetic Medicine, John Hopkins University School of Medicine. Dalam kajian yang diterima pada 5 Disember 2012 dan telahpun diterbitkan dalam jurnal saintifik “The Oxford University Press on behalf of The Society of Molecular Biology and Evolution,” di mana hasil kajian tersebut sangatlah memeranjatkan. Mereka mendapati bahawa ‘hipotesis Khazarian’ terbukti secara saintifik.
Apakah itu ‘Hipotesis Khazarian’? 'Hipotesis Khazarian' sejak 1867 menyatakan bahawa Yahudi bukanlah berasal daripada keturunan Kan'an tetapi berasal daripada keturunan Khazar. Pernyataan ini disokong melalui penggunaan linguistik mereka yang ada persamaan dengan Bahasa Turkic-Altaic yang lain sebelum mereka menghidupkan semula Bahasa Hebrew (di Israel Moden) yang telah pupus sebelum ini. Senang kata, hipotesis yang menyatakan bahawa genom DNA yahudi adalah secara primer berkaitan dengan DNA Khazar.
Senang kata lagi, Yahudi adalah Khazarian, bukan Israiliat.
Yahudi yang terdapat di Amerika, Eropah dan Israel hari bukanlah berdarah Nabi Ibrahim a.s. tetapi berdarah keturunan Raja Bulan dan orang-orang Khazaria Kuno. Khazaria ialah suatu bangsa Turkic-Altaic yang berasal dari Kerajaan Khazaria Kuno yang terdapat di Pergunungan Kaukasus di Selatan Rusia, sejak awal abad pertama Masihi lagi. Keturunan Turkic ini pada asalnya menganut ajaran Paganisme, sebelum memeluk ajaran Agama Yahudi pada Abad ke-8 Masihi. Setelah masuk agama yahudi, mereka memanggil diri mereka sebagai ‘Yahudi’, padahal mereka bukanlah berdarah yahudi pun.
Seterusnya, Yahudi (Khazarian) ini bermigrasi ke Russia, Hungary, Poland, Jerman dan di mana-mana sahaja dalam Benua Eropah. Sebagai ‘yahudi’, Khazarian ini akhirnya meninggalkan Negara-negara Eropah pada tahun 1948 untuk menduduki Negara Israel yang dipecahkan kepada dua Negara oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini membuktikan bahawa Zionis hari ini bukanlah Yahudi sebenar dari tanah Kan’an tetapi penyamar daripada kerajaan Khazaria. Dalam wawancara dengan akhbar “Haaretz”, surat khabar Israel, Dr. Elhaik menyatakan bahawa,”tidak ada pertalian darah atau perhubungan keluarga di antara Yahudi. Kebanyakan yahudi dalam dunia hari ini tidak berkongsi genetik asas yang sama. Genom mereka adalah Khazar.”
Jika Yahudi hari ini yang ada adalah penyamar daripada Khazaria, ke mana pula perginya Yahudi yang seramai 12 keturunan tersebut? Dr. Schlomo Sand, Professor dalam Bidang Sejarah di Universiti Tel Aviv, menulis berkenaan dengan ‘Mitos Zionis’ dalam “Le Monde Diplomatique” pada September 2008. Beliau mencabar sejarah dalam Bible sendiri bahawa adakah tepat dengan mengatakan Empayar Roman mengusir Yahudi keluar dari Jerusalem dan bertebaran di Yaman, Maghribi, Sepanyol, Jerman, Poland dan Russia? Ahli Sejarah Yahudi moden seperti Isaak Markus Jos (1793-1860) dan Leopold Zunz (1794-1886) tidak bersetuju dengan kisah dalam ‘Old Testament’ ini. Mereka mendapati kisah ini direka untuk kepentingan individu-individu tertentu.
Pada 1980-an, penemuan arkeologi baru yang ditemui membuktikan bahawa kisah Israiliat pada kurun ke 13 Sebelum Masihi merupakan Mitos semata-mata. Nabi Musa a.s. tidak membawa Bani Israil ke tanah yang dijanjikan (tanah suci Al-Aqsa), kerana tanah suci merupakan tanah jajahan Mesir pada masa tersebut. (Bani Israil disesatkan oleh Allah kerana keingkaran mereka ke merata-rata tempat – Kisah dalam Al-Quran). Ahli Arkeologi menyatakan bahawa tiada kesan arkeologi mahupun revolusi hamba menentang Empayar Mesir pada masa tersebut, ataupun penjajahan Kan’an secara tiba-tiba oleh Kerajaan lain. Arkeologi juga tidak menjumpai sebarang kesan kerajaan Daud a.s. dan Sulaiman a.s. sepertimana yang ditulis dalam Bible. Ini kerana kerajaan Israil adalah Kerajaan yang kecil pada masa tersebut (bukti empirik kekayaan Nabi Sulaiman a.s. tidak dijumpai, mungkin Allah swt mahu menyembunyikan harta Nabi Sulaiman a.s. daripada kerakusan mereka yang kejam.)
Justeru, ke manakah yahudi-yahudi itu diusir pada 70M? Dr Schlomo menyatakan bahawa Kerajaan Roman tidak pernah mengusir mana-mana Negara dalam jajahan mereka, termasuklah di Timur Pantai Mediterranean. Populasi Yahudi di Negara Yahuda (Judae) kekal tinggal di sana pada 70M tersebut. Oleh itu, keturunan Bani Israil daripada Nabi Ibrahim dan Sarah, diikuti dengan pelbagai Nabi dan Rasul Bani Israil sehinggalah ke Zaman Nabi Isa a.s. kekal di situ walaupun Empayar Rom telah menakluki mereka pada zaman Nabi Isa tersebut.
Sebahagian dari mereka bertukar kepada Agama Kristian pada abad ke-4M dan ramai yang memeluk Agama Islam pada abad ke-7M. Kebanyakan pengkaji-pengkaji Zionis cuba menjauhkan diri daripada pendapat ini walaupun ada kesahihan yang nyata di dalamnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jika kita melihat Arab Hijaz dan Arab Palestin, terdapat perbezaan yang ketara dari segi mimik muka dan warna kulit. Arab Hijaz lebih cerah dan berwajah bujur berbanding Arab Palestin yang berkulit sedikit coklat dengan wajah yang agak lonjong sedikit. Dialect Arab Palestin masih ada pengaruh bahasa Aramaik yang mana bahasa Aramaik dan bahasa Arab ialah rumpun bahasa yang sama, cuma bahasa Aramaik telahpun pupus ditelan zaman. Oleh itu, ramai yang berpendapat bahawa Arab Palestin bukanlah Kaum Kabilah-kabilah Arab, tetapi mereka ialah kaum-kaum asal yang terdapat di Tanah Palestina (nama Palestina ini diberikan oleh Kerajaan Rom pada abad ke-2 Masihi merangkumi seluruh kawasan kerajaan Bani Israil, Pheonician, dan Phillistine) yang mengalami Arabisasi semasa pemerintahan Khalifah Islam, seterusnya menghilangkan identiti bangsa asal mereka. Bangsa Arab Palestin hari ini berkemungkinan adalah kaum yahudi yang hilang tersebut. Sebenarnya tidak hilang ke mana-mana.
Walaupun faktanya mengatakan bahawa Arab Palestin merupakan Kaum Bani Israil ataupun Yahudi yang sebenar, adakah kita pun akan mengikuti langkah-langkah Negara-negara yang membantu Khazarian Zionis membunuh Kaum Arab Palestin? Pada pendapat saya, jawapannya ada di dalam hadis Nabi yang mengatakan bahawa, 'setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara.' Walaupun mereka berasal daripada Kaum Bani Israil yang telah banyak melakukan kerosakan di muka bumi sekalipun, sekali mereka telah menerima rahmat islam, selama-lamanya mereka akan menjadi saudara-mara kita.
Selain itu, mereka juga manusia seperti kita. Cuma mereak telah terjajah dari segenap segi, di dalam penjara hidup terbesar di dunia. Oleh itu, mari kita sokong perjuangan mereka untuk menghalau Penjajahan Khazarian tersebut dengan menunjukkan solidariti kita bersama.
Sekian, Wallahu a’lam bissawab.
Admin - [GTZ]
Rujukan:
1. http://mondoweiss.net/2008/09/israeli-historian-palestinians-are-biological-descendants-of-bibles-jews.html
2. http://www.texemarrs.com/042013/jews_not_descendants_of_abraham.htm
3. http://www.veteranstoday.com/2010/09/17/the-palestinians-are-descendants-of-the-ancient-israelites/
4. http://mondediplo.com/2008/09/07israel
5. Wikipedia yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment