Thursday, 12 November 2015

SIAPA

BANGSA DINDING, MELAYU & BESI DI TELUK PARSI

Jika teman-teman semua pernah jumpa posting saya mengenai hubungan antara Pedang al-Qal'iy dan Lembing al-Khattiy, saya nak tambah sikit beberapa fakta yang amat menarik!

Tahukah anda istilah Arab "qal'iy" atau "qal'ah" memiliki konotasi maksud yang sama dengan istilah "khatt"!?

"Tembok Pertahanan"

atau literally "garis pertahanan"

Nama Qal'iy dalam konteks sejarah metalurgi pedang yang telah disebutkan merujuk asalnya kepada Jibal Qal'iy yakni banjaran Titiwangsa yang kelihatan seperti tembok yang memanjang jika dilihat dari arah laut. Lokasi yang lebih tepat bagi al-Qal'iy sebagai sebuah negeri adalah Kedah Tua menurut catatan Arab dan Parsi.

(Sering kali apabila memikirkan perkara ini saya akan teringat sistem perbukitan DINDING di negeri Perak.)

Nama Khatt pada konteks tembok pertahanan boleh dilihat pada tinggalan-tinggalan zaman Nabatean di Syria-Jordan. Misalan terbaik adalah tapak Khatt el-Shebib, tinggalan 'Tembok Arab' yang menyempadani jajahan Nabatean dengan padang pasir Syria yang dipenuhi kabilah gasar yang sering mencuri peluang untuk menyerbu masuk.

Dalam konteks metalurgi lembing besi yang telah disebutkan, ia mendapat nama daripada satu kelompok bangsa yang menghuni rantau al-Bahrayn (nama klasik pantai timur Jazirah Arabiah). Orang Greek menyebut mereka sebagai "Chateni" atau "Chatae" (sebutan "kh")yang masyhur sebelum pendudukan kabilah Arab Mudhari seperti kelompok Nabati; dan kabilah Arab Qahtani dari Yaman seperti kabilah Lakhm dan Abdil Qays di situ.

Masyhurnya bangsa itu sehinggakan nama mereka diabadikan sebagai nama panggilan untuk rantau tersebut beberapa kurun lamanya.

"Chataeoi"

Identiti mereka masih misteri kerana mereka adalah penduduk pra-pendudukan Arab klasik namun daripada pelbagai bukti hubungan politik dan ekonomi yang sedia wujud kita boleh menyatakan dengan agak yakin bahawa bangsa tersebut ada kaitannya dengan entiti yang kita kenali sebagai Zabag atau Sayabiga, bangsa pelayar yang terkenal merentas lautan Hindi lama sebelum bangsa lain mengenal teknologi pelayaran atau dalam erti kata lain gelaran Arab untuk bangsa Melayu.

Di Timur mereka dikenali sebagai Javaka.

Nama mereka muncul sehingga zaman Bani Abbas dan menjadi kognat pada zaman selepasnya sebagai "Bangsa Jawi".

Taburan aktiviti maritim mereka adalah sejauh China dan Mozambique, namun dalam konteks al-Qal'iy dan al-Khattiy lokasi yang paling lengkap bagi induk bangsa Sayabiga itu adalah di rantau pesisir jajahan Kedah Tua.

Hal ini memberikan kita gambaran darjah kebenaran Hikayat Merong Mahawangsa dalam mempersembahkan kepada kita kisah kewujudan anak bangsawan Kedah Kuno di dalam istana Raja Rum beserta koloni-koloninya jauh beribu-ribu batu daripada tanah air ibunda.

Terpulanglah jika anda mahu meletakkan hikayat epik tersebut di Laut Merah mahupun Teluk Parsi kerana sejarah yang melatarinya memang wujud di kedua-duanya.

Apabila saya melihat gerbang-gerbang helenistik yang telah dibina oleh orang-orang Nabatean di Petra mahupun di pulau Bahrayn, saya tergambarkan satu binaan bersejarah bersisikan legenda di negeri Kedah Darul Aman.

Gerbang Kota Setar..

Allahua'lam.

-Tuan Merbok II-

No comments:

Post a Comment