1. Bukan kami mahu menjadi racist, tetapi sekadar menjawab persoalan-persoalan yang telah merogol sejarah Melayu dalam gambar yang dipaparkan oleh kami. Komen nombor satu adalah datang daripada Mega Maya Varna yang mempertikaikan mengenai status megenai kalau tiada “mereka”, maka majority muslim terutama Melayu hanya makan ubi kayu dan tangkap ikan. Benarkah sedemikian? Rasanya saudari Mega Maya Varna harus melihat kembali sejarah.
Apa saudari Mega Maya ingat kita sekarang ada di zaman Jepun?Sepatutnya saudari yang patut buka buku sejarah(bukan buku teks sekolah menengah atau Wikipedia ya).
Apakah orang Melayu hanya makan ubi kayu dan menangkap ikan sahaja dahulu?Jadi saya mahu tanya,mengapakah orang Melayu dahulu menanam padi di kampung dan desa kalau bukan untuk dijadikan beras kemudian dimakan sebagai nasi?Sejak zaman dahulu lagi,orang Melayu telah mengusahakan penanaman sawah padi di Tanah Melayu.Perkataan 'paddy' dalam bahasa Inggeris itu sendiri diambil dari perkataan bahasa Melayu asli,Padi.
Sejak sekian lamanya,orang Melayu telah menanam padi dan menjadikan nasi sebagai makanan ruji utama mereka.Dalam sejarah juga dicatatkan sebuah kerajaan Melayu awal,kerajaan Kedah Tua menjadi pusat pertanian padi kerana kedudukannya di lembah yang subur dan sesuai ditanam padi.Sehingga sekarang,negeri Kedah terkenal sebagai pusat penanaman padi utama di Semenanjung Tanah Melayu sehingga digelar sebagai Jelapang Padi Malaysia.
Tang celah mana kami makan ubi kayu?Kami makan nasi lah,nasi yang datang dari pokok padi yang nenek moyang kami tanam sendiri....
Ya,saya akui kehidupan orang Melayu sangat berkait rapat dengan laut,sehingga saudari Mega Maya membuat kesimpulan yang tanpa kehadiran moyang saudari,kami cuma kerjanya menangkap ikan dengan jala sahaja. :P :P
Kapal dan pelayaran adalah dasar kehidupan dan kegiatan ekonomi di Alam Melayu. Darjah atau kadar perkembangan kapal, pelayaran dan perkapalan menggambarkan tahap kemajuan dan ekonomi masyarakat tersebut.
Orang Melayu terkenal sebagai pelaut yang menggunakan kapal sendiri untuk membawa barang dagangan ke seluruh dunia. Keadaan ini bukan sesuatu yang janggal kerana teknologi perkapalan tertua di dunia adalah dicipta oleh orang Melayu.
Sumber China ada mencatatkan kehadiran kapal – kapal Melayu di pelabuhan tenggara China pada abad pertama. Kapal itu dikatakan besar – besar belaka. Ada antara kapal tersebut sehingga 50 meter panjang dan berupaya membawa kargo seberat 250 hingga 1000 tan dengan penumpang seramai 600 – 700 orang. Kapal – kapal dari alam Melayu yang belayar ke China membawa barangan seperti sutera, tembikar dan peralatan besi. Sehingga abad ke – 11, tidak banyak kapal China yang belayar ke Nusantara untuk mendapatkan hasil dari kawasan ini. Perdagangan yang dijalankan antara kedua – dua kawasan itu dikendalikan oleh kapal – kapal Melayu.
Bukan itu sahaja, bahkan cadangan saya agar saudari kembali membuka buku sejarah knononnya dari gaya sejarah mengatakan bahawa sebelum kedatangan non-mislim ke sini, kami orang Melayu ini sekadar makan ubi kayu dna pancing ikan. Walhal bukti di atas menunjukkan bahawa kami sudah mahu sebelum kedatangan. Kami bukan pemakan ubi kayu dan menangkap ikan, tetapi kami bangsa yang berani.
Bukan itu sahaja tau, kami orang Melayu sebenarnya pernah membina tamadun-tamadun hebat di dunia yang berdiri lama di sini. Empayar Melayu Srivijaya misalnya yang berdiri pada abad ke-6 Masihi, bahkan mungkin lebih awal daripada awal daripada itu dengan nama seperti Javaka dan Zabag apabila maharaja kami iaitu Dapunta Hyang Sri Jayanasa (Hyang adalah nama Melayu) telah menyerang Palembang daripada Minanga.
Kalau saudara rasa sangsi dengan status Srivijaya konon milik orang Tamil atau India hanya kerana bernama Hindu, mohon dirujuk pada printscreen di bawah (Link: http://postimg.org/image/9epbaoaad/) daripada buku The Architectural Heritage of the Malay World: The Traditional Houses.
Srivijaya ini terkenal dengan kekayaan yang melawan arus. Kehebatan Srivijaya ini menjadi tidak tertanding apabila menjadi sebuah tamadun yang menandingi mana-mana tamadun lain dalam bab kekayaan emas.
Ibnu Kordadhbeh (844-848AD) ada mencatatkan mengenai kekayaan Srivijaya:
“Pemerintah Zabag (nama bangsa arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai maharaja dan saban hari, maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man (ukuran yang tidak diketahui bagi menyukat emas di Srivijaya.”
Apa-apa pun hujah nombor satu ini bukanlah untuk menafikan kalian bahawa kalian tidak berjasa pada Malaysia. Kita sama-sama berjasa.
2. Saudara Novin Noel Roy yang harus membuka kembali buku sejarah tau saudara. Hanya empat greatest civilisation kat bumi ini? Saya rasa sangat sadis dengan pandangan saudara. Saya akan bersimpati dengan tamadun hebat lain di dunia seperti Empayar Rom, Macedonia, Yunani, Tamadun Islam, Mesoamerica, Parsi, dan sudah tentu Tamadun Melayu.
Bagaimana Yunani yang terkenal dengam kelahiran ahli falsafah yang terkenal seperti Socrates, atau saintis-saintis hebat yang menjadi pemangking kepada dunia sains hari ini tidak dikatakan sebagai sebuah tamadun? Bagaimana Tamadun Islam yang empayarnya melebar dari timur dan barat, serta mengembangkan lagi ilmu dari Tamadun Yunani tidak dikira sebagai tamadun hebat? Tanpa Yunani dan Islam, teknologi hari tidak akan wujud tau. :P
Tamadun yang sudah membina sebuah empayar hebat merangkumi dari Sri Lanka sehingga ke Filipina. Empayar Srivijaya yang seluas ini bukan tamadun menurut saudara Novin Noel Roy? (Foto Empayar Srivijaya: http://postimg.org/image/z1s5s7pj3/)
Saya sarankan yang saudara sendiri kena baca mengenai sejarah semula. Sangat menyedihkan pandnagan saudara. Entah buku sejarah berapa ringgit yang dikutip oleh saudara.
3. Ada masalah ke dengan Parameswara sebagai Hindu? Kalian fikir Hindu itu melambangkan India, bukannya bangsa lain? Tahukah kalian mazhab Huindu di Nusantara ini jauh berbeza dengan Hindu dari negara kalian. Pernah ke Bali? Apakah mereka itu adalah orang India? Tidak… mereka tetap Melayu yang beragama Hindu.
Tetapi saya tertarik untuk mengulas selepas saudari Sharmila membuka topik mengenai Parameswara.
Ya,Parameswara pengasas Kesultanan Melaka.
Apa masalahnya Parameswara itu beragama Hindu?Adakah sebarang tinggalan sejarah atau nama tokoh di Nusantara ini yang mempunyai unsur agama Hindu,maka terus dilabelkan sebagai tinggalan orang India?
Jika diikutkan Parameswara berasal dari perkataan bahasa Sanskrit yang membawa maksud tuan berkuasa(mighty lord).Parameswara juga merupakan salah satu daripada gelaran Dewa Shiva,salah satu tuhan dalam kepercayaan agama Hindu.
Satu kajian terbaru mendapati Parameswara itu sebenarnya hanyalah nama gelaran sahaja,bukannya nama mutlak raja tersebut.Parameswara adalah gelaran yang banyak digunakan oleh raja-raja Melayu dahulukala.Tidak dapat dipastikan nama sebenar tokoh Parameswara yang mengasaskan Melaka itu,namun dalam Sulalatus Salatin,pengasas Melaka dinamakan sebagai Raja Iskandar Shah
Gelaran Parameswara juga digunakan oleh pemerintah keempat Melaka,Sultan Abu Syahid yang memakai gelaran Sri Parameswara Dewa Syah.Moyang kepada Parameswara iatu Sang Nila Utama (pengasas Singapura) juga memakai nama gelaran Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana.
Tetapi,walaupun Parameswara atau moyangnya beragama Hindu atau memakai nama gelaran berunsur Hindu sekalipun,itu tidak mengubah bangsanya.Baginda tetap raja berketurunan MELAYU.
Dan untuk pengetahuan saudari Sharmila juga,amalan keagamaan dan kepercayaan Hindu di Kepulauan Melayu adalah jauh berbeza berbanding amalan kepercayaan orang Hindu di India.Jika tidak percaya,silalah melawat ke Pulau Bali.
Untuk pengetahuan saudari,pengamalan kebudayaan India di alam Melayu dalam seni ukiran,kebudayaan,agama dan seni bina ukan bermaksud orang Melayu zaman dahulu tidak ada budayanya sendiri,sehingga mencuri budaya dari India.
Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu ini bukan dibawa melalui proses penaklukan oleh kuasa dari India atau sebagainya,namun dijemput sendiri oleh masyarakat setempat kemudian menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan.
Menurut Prof.Nik Hassan Shuhaimi,berdasrkan kajiannya,proses INDIANISASI yang berlaku pada orang Melayu dahulu seharusnya ditukar kepada proses PEMBUMIPUTERAAN KEBUDAYAAN INDIA,kerana orang Melayu dahulu bukannya mengamalkan 100% amalan kebudayaan yang dibawa dari India pada masa itu.
Seperti itu juga yang berlaku ketika kemasukan Islam ke Asia Tenggara dahulu,walaupun orang Melayu ada sedikit mengambil sesetengah amalan kebudayaan dari orang Arab,namun ada antarannya disesuaikan mengikut kebudayaan setempat dan tidaklah diamalkan 100% pun.
4. Sangat sadis sekali dalam memperkatakan tentang sumbangan orang Melayu dalam membangunkan negara ini. 1.4 juta pekerja kerajaan dan majoritinya lebih 90 peratus adalah PEKERJA MELAYU. Tanpa pekerja-pekerja Melayu ini, bagaimanakah sebuah negara mahu berdiri? Itu belum saya bercerita mengenai FELDA sewaktu permulaan penubuhan dia. Siapakah yang sanggup meredah belantara yang penuh dengan binatang buas? Kalau bukan orang MELAYU?
Wah… memandai jer saudara Vanan Vanan membuat spesikulasi sendiri. Sewaktu komunis dan Jepun menyerang Tanah Melayu ini, kami orang Melayu tak buat-buat apa? Pernah dengar nama Leftenan Adnan Saidi tak? Pernah dengar tak Pertempuran Pasir Panjang? Mana British ketika itu di mana Rejimen Askar Melayu di bawah Leftenan Adnan hanya memimpin 159 orang ASKAR MELAYU berdepan dengan 13 000 orang askar Jepun. Pertahanan terakhir Malaya dipertahankan oleh orang MELAYU!!!
REJIMEN ASKAR MELAYU yang dipimpin oleh LEFTENAN ADNAN SAIDI!!!
Kaum manakah yang paling banyak menyertai askar gerila Force 136 yang ditugaskan menentang Jepun secara gerila satu ketika dahulu kalau bukan orang MELAYU,yang dipimpin oleh seorang putera raja Patani,TENGKU MAHMOOD MAHYIDEEN???!!!
Saudara pernah dengar tak rejimen Askar Wataniah?Mereka juga antara pasukan gerila yang bekerjasama dengan Force 136 dalam menentang kekejaman Jepun dahulu.
Siapakah ketua terhormat rejimen ini kalau bukan Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah,Sultan Pahang yang memang sah berbangsa MELAYU??
Kaum manakah yang paling banyak menyertai rejimen ini kalau bukan orang MELAYU sendiri termasuk salah seorang dari mereka ialah perdana menteri Malaysia yang kedua itu sendiri iatu,TUN ABDUL RAZAK?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVmYnlCUWBdWyCFmuJGZpaFKCLxF7gHSzC-tfQkJu-XKMxrHrxDvf70wf201aCIgskleqRB87144M1kgggB-3Hqtkck5tZ_tHz3Xw1dURAe1th-5z7Wlxj8zr_L4eumvEPqDcbW9c8TQ/s640/tun+razak+wataniah.JPG
Nah,sekarang masih lagi mahu menafikan yang orang Melayu ini tidak berbuat apa apa semasa kedatangan Jepun dahulu?Ingat orang Cina dan India sahaja yang kehilangan banyak nyawa semasa zaman perang dahulu?
Oppp.....saya masih belum ceritakan kisah orang Melayu menentang Komunis dahulu.Jangan log out dahulu ya saudara Vanan Vanan :P
Mesti saudara pernah mendengar peristiwa tragedi Bukit Kepong kan?
Peristiwa Bukit Kepong terjadi pada awal subuh 23 Februari 1950,di mana balai polis Bukit Kepong di Muar,Johor diserang oleh segerombolan gerila komunis.
Siapakah yang menjadi mangsa kekejaman komunis berhati binatang dalam tragedi itu kalau bukan seramai 26 orang,termasuk 17 anggota polis MELAYU?
Ketika British mencipta pasukan Homeguard untuk menjaga keselamatan penduduk,mengawal penempatan Kampung Baru dan membasmi ancaman komunis,kaum manakah yang paling ramai menyertainya kalau bukan MELAYU?
Itu belum saya masukkan lagi peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang komunis di seluruh Tanah Melayu ketika itu SEMASA NEGARA DALAM KEADAAN DARURAT seperti di Bukit Junun di Kedah,Batu Pahat di Johor,Sungai Manik di Perak dan Bukit Tambun di Pulau Pinang!!
Ohh..jangan lupa,orang Senoi yang tinggal di hutan itupun turut berjuang menentang komunis,sehingga ada satu rejimen khas untuk mereka yang digelar sebagai Senoi Praaq.Senoi Praaq adalah antara rejimen khas paling digeruni oleh komunis satu ketika dahulu,kerana kecekapan mereka dalam hutan.
Kepada saudara Vanan Vanan,saudaralah yang sepatutnya membuka buku sejarah sebenarnya.Takkanlah orang Melayu yang sudah tinggal lama di sini langsung tidak berbuat apa-apa apabila pihak luar datang membuat kekacauan di tanah air mereka sendiri?Takkan mereka hanya duduk diam sahaja?
Sampaikan Jepun berkata, kalau ada 10 lagi orang macam Leftenan Adnan, pasti Jepun memerlukan 10 divisyen lagi untuk menawan Malaya!
Walaupun begitu, kami tak pernah menafikan sumbangan kaum Cina dan India yang memang melawan Jepun dan komunis. ;)
5. Tiada kerajaan Melayu langsung sebelum kedatangan Paramesawa dan Melaka? Ini fakta paling kukuh dan hebat yang pernah saya baca. Sebelum Melaka, empayar India dah sampai sini? Empayar mana ni ya? Raja Chola? :P
Raja Chola MENJARAH (bukan menjajah sebab beza MENJAJAH dan MENJARAH adalah berbeza).
Ya,empayar Chola yang diketuai oleh Rajendra Chola memang ada menghantar ekspedisi ketenteraaan ke Asia Tengggara dengan tujuan mahu membawa penghabisan kepada kuasa hegemoni perdagangan maritim Empayar Sriwijaya.
Dengan kata lain,Chola mahu menamatkan penguasaan Sriwijaya kerana cemburu dengan kemakmuran Sriwijaya yang menguasai jalan perdagangan utama dalam Asia Tenggara.
Sejak dari dahulu lagi,sesiapa yang dianggap menguasai jaluran perdagangan Asia Tenggara boleh menjadi kaya-raya kerana kawasan perairan Asia Tenggara selalu menjadi tempat persinggahan pedagang dari Timur dan Barat.Rajendra Chola juga ingin melakukan perkara sama dengan menyerang Empayar Sriwijaya.
Rajendra Chola berjaya mengalahkan angkatan Sriwijaya di Kataha (Kedah Tua) ketika maharaja Sriwijaya, Sanggrama Vijayatunggawarman bersemayam di sana. Namun penguasaan Chola adalah sekejap sahaja,lebih kurang dua puluh tahun lebih sahaja,kerana selepas itu angkatan tentera Melayu Sriwijaya bangkit semula dan menentang seterusnya berjaya menghalau tentera Chola.
Sebenarnya,Chola dikalahkan di Asia Tenggara kerana pada masa itu telah termeterainya pakatan antara orang Melayu Sriwijaya dengan kerajaan Sri Lanka serta Kerajaan Pandyan,satu lagi musuh kepada kerajaan Chola di Selatan India.
Seperti diketahui,Kerajaan Pandyan adalah kerajaan berbangsa Tamil juga dan tidaklah seagresif Chola.Namun kedua-dua kerajaan ini saling bermusuhan walaupun berasal dari bangsa yang sama,dan Pandyan jarang disebut dan dibangga-banggakan sejarahnya oleh kaum Tamil di Malaysia ini,jika dibandingkan dengan Empayar Chola.
Rajendra Chola II menyerang Empayar Melayu SRIVIJAYA PADA TAHUN 1059 Masihi. Padahal empayar Melayu Srivijaya wujud sejak zaman abad ke-6 masihi. Walhal, kerajaan-kerajaan Melayu seperti Langkasuka, Pan-Pan, Chih Tu, Kota Gelanggi, Gangga Negara, Punt, Sri Dharmaraja, Champa, Funan, sudah wujud sejak peristiwa serangan Rajendra Chola ke atas empayar Melayu Srivijaya.
6. Saya rasa saudara perlu betulkan kenyataan saudara kerana Empayar Chola yang diperkatakan oleh saudara sebenarnya bermula pada 850 Masihi tau saudara. Era sebelum zaman itu dikenali sebagai “early Chola” kerana ketika itu perpecahan kerajana-kerajana di Selatan India masih berlsaya sehingga akhirnya disatukan di bawah pemerintahan Vijayalaya Chola pada abad ke-8 Masihi. Sebelum era pemerintahan Vijayalaya Chola, bangsa Tamil di Selatan India dibayangi oleh suku-suku Dravidian yang lain seperti Malayam dan Telegu yang membina kerajaan-kerajaan lain.
Kita mendapati bahawa keturunan Chola yang berjaya menyerang (bukan menakluk) semenanjung ini ialah Rajendra Chola I, yang memerintah sekitar 1012 – 1044 Masehi.Iaitu kira-kira 2000 tahun selepas orang Melayu membina kerajaan mereka di Nusantara ini.
Dan serangan yang dilaksanakan oleh Rajendra Chola II ini hanyalah bersifat menjarah bukannya bersifat penjajhan kerana dalam sejarah mencatatkan di mana serangan Rajendra Cholas mahu mengacau hagemoni perdagangan Srivijaya dan merampas kekayaan yang memonopoli Srivijaya. Perkara ini dipersetujui oleh sejarawan apabila rekod China mencatatkan bahawa Srivijaya selepas serangan Chola masih menghantar utusan ke China bagi memperbaharui hubungan dengan Srivijaya.
Langkasuka dikatakan sebuah empayar India? Ini sebuah lagi pembohongan. Untuk pengetahuan saudara, Sultan Kedah hari ini adalah waris keturunan daripada Merong Mahawangsa, pengasas kerajaan Langkasuka hari ini. Juga kerajaan seperti Pattani yang juga merupakan warisan Langkasuka. Saudara harus menatap printscreen daripada filem Queens Of Langkasuka yang berbicar amengenai Langkasuka atau warisan Langkasuka hari ini, Pattani. Apakah Langkasuka yang digambarkan menyerupai seperti orang India atau Melayu?
(Foto Link: http://postimg.org/image/ht5vvq08j/)
Semoga gambar daripada filem Queens Of Langkasuka itu membuka mata anda. :)
7. Gangga Negara itu walaupun mengganut agama Hindu, ianya tetap milik Melayu yang beragama Hindu seperti mana Langkasuka dan Champa. Oh ya, usia Gangga Negara adalah lebih baru daripada Langkasuka itu sendiri yang dipercayai adalah warisan Lembah Bujang yang berusia 500 S.M.
Rajendra Chola datang pun dalam usia 1012 – 1044 Masihi macam tu. Sedangkan usia Gangga Negara adalah sekurang-kurangnya 800 tahun lebih awal daripada itu. Sila betulkan timeline anda.
Apa masalahnya jikalau Gangga Negara adalah kerajaan Hindu? -_-
Gangga Negara adalah sebuah kerajaan MELAYU awal yang terletak di wilayah Beruas,Perak kini.Kerajaan ini diasakan sekitar kurun kedua Masihi.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,kerajaan Gangga Negara diasakan oleh putera Merong Mahawangsa,iatu Raja Ganjil Sarjuna.
Merong Mahawangsa ialah pemerintah kerajaan Kedah Tua,sebuah kerajaan Melayu awal yang terkenal dalam lipatan sejarah.
Bapa Raja Ganjil Sarjuna,iatu Merong Mahawangsa dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain dari Parsi.Apa kaitannya dengan India dan Chola?
Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh seorang putera kerajaan Melayu Kedah berketurunan Parsi,bukannya dari keturunan Rajendra Chola!!
Gangga Negara adalah kerajaan beragama Hindu namun mereka berbangsa Melayu,begitu juga dengan Langkasuka,satu lagi kerajaan persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu.Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan keturunannya.Champa,satu lagi kerajaan Melayu-Cham di Indo-China juga mengamalkan kepercayaan agama Hindu.
Gangga Negara,Langkasuka dan Champa ialah kerajaan Hindu....
Namun kerajaan-kerajaan ini tetap kerajaan MELAYU..bukannya kerajaan orang India atau warisan Rajendra Chola.
Tetapi,kenapa kerajaan-kerajaan ini dahulu pakai budaya berunsur India ya?Kenapa terlalu banyak sangat pengaruh kebudayaan India di alam Melayu ini?
Ahh..orang Melayu tiada budaya,kemudian mencuri budaya orang lain
Untuk pengetahuan saudari,pengamalan kebudayaan India di alam Melayu dalam seni ukiran,kebudayaan,agama dan seni bina ukan bermaksud orang Melayu zaman dahulu tidak ada budayanya sendiri,sehingga mencuri budaya dari India.
Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu ini bukan dibawa melalui proses penaklukan oleh kuasa dari India atau sebagainya,namun dijemput sendiri oleh masyarakat setempat kemudian menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan.
Menurut Prof.Nik Hassan Shuhaimi,berdasrkan kajiannya,proses INDIANISASI yang berlaku pada orang Melayu dahulu seharusnya ditukar kepada proses PEMBUMIPUTERAAN KEBUDAYAAN INDIA,kerana orang Melayu dahulu bukannya mengamalkan 100% amalan kebudayaan yang dibawa dari India pada masa itu.
Seperti itu juga yang berlaku ketika kemasukan Islam ke Asia Tenggara dahulu,walaupun orang Melayu ada sedikit mengambil sesetengah amalan kebudayaan dari orang Arab,namun ada antarannya disesuaikan mengikut kebudayaan setempat dan tidaklah diamalkan 100% pun.
8. Saya tak ada masalah dengan kenyataan itu, ya pedagang India terutama dari Gujerat antara yang menyebarkan Islam, tetapi saudara kena ingat pedagang Arab dan China juga menyebarkan Islam ke sinoi. Juga peranan orang Melayu yang menjemput khalifah-khalifah Islam Umaiiyah untuk mengajarkan mengenai Islam. Sila baca keratan surat di bawah:
Khalifah Umar Abdul Aziz di katakan menerima surat yang sedemikian. Sejarah masih merakam kemas ayat-ayat yang diuntaikan oleh Maharaja Srivijaya.
"Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari seribu raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah dan kawasan taklukannya adalah dua sungai yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya… kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang satu. Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan dan beta harap agar anda menghantar seseorang yang dapat mengajarkan ajaran Islam serta menunjukkan undang-undangnya."
9. Ini adalah satu lagi kenyataan yang tak masuk akal daripada anda. Bahasa Melayu bahasa curi? Kenyataan ini daripada siapakah? Kalaulah Bahasa Melayu ini sebagai bahasa curi, kenapa bahasa ini di namakan sebagai pangkal kepada sebuah keluarga bahasa yang dikenali sebagai Melayu-Polinesia? Kalau bahasa inis ebagai bahasa curi, kenapa Indonesia sendiri mahu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, kenapa tidak bahasa jawa dan bahasa sunda sahaja? Kenapa tidak Bugis?
Bagaimana bahasa curi ini mempunyai ratusan dialek, sebagai contoh, Dialek Melayu Johor-Riau, dialek Melayu Kelantan-Patani, dialek Melayu Kedah, dialek Melayu Terengganu, dialek Melayu Pahang, dialek Melayu Betawi (Melayu Jakarta), dialek Melayu Sarawak, dialek Melayu Brunei, dialek Kedayan, dialek Melayu Jambi, dialek Melayu Kutai, dialek Melayu Jsayan (Orang Asli di Pahang), dialek Melayu Temuan (Orang Asli di Negeri Sembilan), dialek Seletar (suku "orang laut" di Johor), dialek Orang Kanaq (suku "orang laut" di Johor), dan sebagainya.
Bagaimana bahasa curi ini mempunyai batu bersurat sejauh abad keempat Masihi seperti batu bersurat Simhapura, yang juga dikenali sebagai batu bersurat Dong Chen di Vietnam, lokasi kerajaan Melayu Champa hari ini. Untuk pengetahuan saudara, batu bersurat ini jauh lebih tua daripad abatu bersurat yang pernah dipahat oleh Kerajaan Chola Tamil anda.
Aik, bahasa yang dikatakan sebagai bahasa curi mempunyai prasastinya lebih awal daripada bahasa yang dicurinya? Oh ya, untuk pengetahuan anda, sebelum orang Melayu menuturkan bahasa moden pada hari ini, mereka menuturkan bahasa Melayu Purba, Baca aje petikan Batu Bersurat Kedukan Bukit di bawah, menceritakan mengenai penaklukan yang dilakukan oleh Empayar Melayu Srivijaya dalam bahasa Melayu lama. Itu pun kalau saudara fahamlah. :P
1. svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
2. klapakşa vulan vaiśākha dapunta hiya<m> nāyik di
3. sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
4. vulan jyeşţha dapunta hiya<m> maŕlapas dari minānga
5. tāmvan mamāva yamvala dualakşa dangan ko-(sa)
6. duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
7. tlurātus sapulu dua vañakña dātamdi mata jap
8. sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>...
9. laghu mudita dātam marvuat vanua...
10. śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa...
Selamat membaca bahasa Melayu Kuno. ;)
Oh ya nak beritahu, tak hairan anda sebuah tamadun yang terletaknya di tempat pertembungan tamadun-tamadun dunia, dengan sebuah pelabuhan yang mempuntyai lebih 88 buah bahasa yang dituturkan, terpengaruh dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa English mempunyai 5 peratus perkataan ambilan dari bahasa Melayu, bahasa Turki mempunyai pengaruh 40 peratus daripada bahasa luar kerana kedua-dua tamadun dan bangsa ini pernah mempunyai sebuah empayar yang hebat Namun, itu tidak cukup mengatakan bahawa perkataan Melayu yang asal masih lagi wujud.
Contohnya, pulau, laut, lautan, samudera, air, ikan, ular, bunga, buah, kelapa, api, matahari, bulan, bintang, sekadar antara perkataan-perkataan bahasa Melayu asal yang tak mungkin dapat dijumpai di bahasa lain di dunia.
Saudara asyik menuduh bahasa Melayu sahaja yang mencuri bahasa lain,padahal Bahasa Inggeris yang selalu dibanggakan oleh sesetengah rakyat Malaysia itulah yang banyak 'mencuri' bahasa lain ;)
Ini ialah contoh perkataan bahasa Melayu yang "dicuri' oleh bahasa Inggeris;
durian,paddy,sate,amuck(amok),bamboo,caddy,cassowary,cockatoo,ketchup,kris,orangutan,pantoum,rattan,sago,tapir dan lain lain lagi
Antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,sebenarnya bahasa Inggerislah yang paling banyak sekali 'mencuri' perkataan dari bahasa-bahasa lain berbanding bahasa Melayu. :)
11. Kesimpulan daripada artikel ini, saya pelik mentaliti sesetengah masyarakat tamil di Malaysia. Mentaliti agama melambangkan bangsa? Kalau macam tu, saya cabar mana-mana sami agama Hindu Malaysia ke Bali, sana ada lagi ORANG MELAYU yang masih menganut agama Hindu. Saya berani kerat jari kalau mereka memahami agama Hindu orang Melayu Bali.
Apakah orang Tamil Hindu di Malaysia kenal siapakah itu Sang Hyang Widhi Wasa? Itu nama tuhan Hindu orang Melayu Bali. Pernah dengar tak mengenai kasta-kasta yang ada dalam pengganut Hindu Bali? Antaranya ialah pedanda dan pemangku? Pernah dengar? Kasta paling tinggi orang Melayu di Bali ialah Brahma dan paling rendah ialah Sudra. Orang Melayu tidak pernah sesekali masuk ke dalam kasta Pariah.
Hari raya masyarakat Melayu Bali yang beragama Hindu adalah seperti berikut Galungan, Kuningan, Saraswati, Banyupinaruh, Siwarti, Nyepi. Bahkan kalendar yang digunakan oleh mereka adalah Kalendar Saka dan Wewaran. Ada tak mana-mana pengganut Hindu di Malaysia atau India menyambut perayaan yang seperti mereka? Menggunakan kalendar seperti mereka? Kalau ada, saya berani kerat jari saya.
Kenapa saya sebut Bali? Itu ialah gambaran Melayu ketika zaman Srivijaya, Gangga Negara, Langkasuka, Champa, Chih Tu, zaman ketika Islam belum masuk. Itu juga gambaran bahawa HINDU BUKAN MENGGAMBARKAN ORANG TAMIL ATAU INDIA sahaja.
Terus, kenapa mereka terus menerus mendakwa bahawa kerajaan Melayu Pra-Islam itu sebagai kerajaan milik orang Tamil dan India?
Terlalu terdesak sangatkah sehingga sejarah bangsa lain pun nak dicurinya?
(HE DAN RAD)
No comments:
Post a Comment