Thursday, 12 November 2015

Bashar Assad who?

Adakah Bashar Assad difitnah? Itu yang berlegar dalam minda saya apabila gerakan perang Amerika Syarikat digagalkan.

Video dibawah menunjukkan sebahagian daripada propaganda Amerika Syarikat untuk menghalalkan peperangan keatas Syria, dan juga sedikit sebanyak tentang Ukraine. Memang kita perlu berhati-hati dengan gerak-geri mereka, tetapi bukannya menghentam dengan elemen-elemen paranoia.

Jelas sekali, memang pelik apabila Amerika Syarikat menyatakan sokongan mereka kepada pihak-pihak pemberontak Syria padamasa yang sama kita masih lagi ingat mereka pernah menyerang Iraq dan menambahkan pengaruh Syidah di republik tersebut.

Kita seringkali dengar bahawa tentera-tentera Bashar Assad memaksa untuk orang mengaku Bashar Assad sebagai Tuhan. Pernah juga saya tengok video tentang hal ini. Analoginya begini, Frederick McCormack dilahirkan di Sierra-Leone dan berlakon sebagai tentera Amerika Syarikat dalam filem “Battle: Los Angeles”, dengan itu adakah beliau terus menjadi rakyat atau tentera Amerika Syarikat?

Begitu juga dengan Dolph Lundgren, jejaka Sweden yang berlakon sebagai “Ivan Drago” dalam “Rocky IV”. Adakah itu membuatkan Dolph seorang warganegara Kesatuan Soviet?

Kemudian datanglah pula Amerika Syarikat yang mahu menyerang Syria tetapi digagalkan oleh Vladimir Putin. Pokok pangkalnya, hujah Amerika Syarikat adalah sama seperti Iraq, dimana kononnya ada WMD. Cuma dalam isu Syria, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri menyediakan laporan 41 muka surat tentang serangan kimia dibawah Bashar Assad:

http://bit.ly/1jtv4As

Dan pihak Moscow sendiri menuntut Bashar Assad menyerahkan senjata kimia. Tetapi, apa yang perlu dipersoalkan: adakah “senjata kimia” ini ditokok tambah?

Strategi yang sama digunakan ketika Perang Teluk (Gulf War) apabila Nayira al-Sabah yang merupakan anak perempuan kepada Duta Besar Kuwait ke Amerika Syarikat memberikan testimoni bahawa beliau merupakan sukarelawan di Hospital Al-Addan yang menyaksikan tentera-tentera Iraq menyerbu hospital tersebut dan memutuskan bantuan incubator kepada bayi-bayi yang ada, menyebabkan bayi-bayi semua meninggal dunia.

Testimoni ini digunakan oleh senator-senator Amerika Syarikat, termasuk Presiden Bush Senior sendiri, untuk memberikan rasional kepada Perang Teluk. Testimoni ini dibidas SELEPAS PERANG TELUK TAMAT oleh Mitchel Cohen bahawa bayi-bayi meninggal dunia kerana jururawat-jururawat melarikan diri, dan tentera-tentera Iraq tidak membunuh sesiapapun di sana.

Video ini menunjukkan:

a)Pemalsuan bukti dimana rakaman seorang jururawat yang lama diubahsuai daripada “napalm” kepada “chemical weapon”. Anda boleh dengar sebutan “napalm” dalam pautan ini pada minit 2:00 - http://www.bbc.com/news/world-23892594.
b)Jururawat yang sama menyuruh semua yang bukan pesakit keluar, tetapi langsung tidak menghalau jurukamera.
c)“Mangsa” yang jelas kelihatan seperti zombie dalam pautan diatas ditunjukkan menunjuk isyarat tangan ‘peace’ kepada kamera.
d)Tindakan Dr. Rola memberikan wawancara bersama media pada ketika hospitalnya dipenuhi dengan bilangan pesakit yang semakin bertambah.
e)Ahli Parlimen British (George Galloway) membidas BBC kerana membekalkan bukti palsu.
f)Sebilangan lagi “mangsa” yang mengangkat isyarat ‘peace’ dan bangkit dengan luka-luka palsu.
g)Seorang ‘mangsa’ yang ditunjukkan terbunuh kemudian menggaru hidungnya, senyum dan kemudian bangkit.
h)Seorang rakyat Syria menghentam wakil BBC dan menyatakan sokongan besar kepada Bashar Assad.

Saddam Hussein difitnah satu masa dahulu.

Mungkinkah Bashar Assad juga difitnah? Adakah video yang menunjukkan tentera Syria mengarahkan orang mengaku Bashar Assad sebagai tuhan itu benar, atau propaganda?

Benarkah senjata kimia digunakan cuma ditokok tambah sehingga kebenaran telah dilupuskan? Ataupun, adakah Vladimir Putin memberikan sokongan untuk menunjukkan bahawa bukan Bashar Assad yang melancarkan serangan kimia tersebut?

Kalau benar Bashar Assad merupakan pembunuh dan dibenci rakyat, kenapa beliau masih lagi berkuasa? Malah pengaruh beliau semakin bertambah lagi.

Propaganda ini jelas menunjukkan taktik-taktik Amerika Syarikat yang meludah ke atas kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry: "Mana mungkin anda boleh serang negara orang berdasarkan dalih palsu demi kepentingan negara anda?"

APA YANG SEDANG BERLAKU? SIAPA YANG BENAR? SIAPA YANG SALAH?

-- AFDS --

No comments:

Post a Comment