Friday, 20 November 2015

SINGAPURA ITU TEMASIK

SINGAPURA PURBA - KERAJAAN MELAYU YANG HILANG DI BUMI SINGAPURA

1819 - Stamford Raffles sangat teruja dengan penemuan tembok kota purba di Bukit Larangan, digelarnya Fort Canning Hill. Di atas bukit itu, ditemui maqam raja-raja agung bangsa melayu. Raffles rasa sangat kagum dengan Raja-raja melayu Singapura sampai dia berkata bahawa kalau dia mati, dia mohon disemadikan bersama abu atau mayat raja-raja melayu, yang tersemadi di atas bukit tersebut. Apa yang ditemui oleh Raffles di atas bukit itu?

1360-an - Majapahit sangat marah dengan kebiadapan Tun Seri Pikrama Wira, Maharaja Singapura purba kerana menolak permintaannya supaya Singapura membayar ufti dan tunduk ke bawah Kuasa Majapahit. Utusan Majapahit yang dihantarkan ke Singapura pula dimalukan dengan peristiwa menarah kepala budak. Lalu, Betara Majapahit menyerang Kota Singapura, dengan teknik dan taktik yang sama digunakan untuk menundukkan Seluruh negara Pustara dan Lurah Jawa.

Namun, serangan demi serangan tidak langsung mampu memusnahkan tembok kota Singapura. Tetapi, ramai pula askar majapahit yang terkorban. Apatah lagi, perahu-perahu perang tidak mampu menembusi Rantai besi besar yang merentangi mulut muara Sungai Singapura.

Serangan Majapahit buat pertama kali ini menemui jalan buntu dan kegagalan demi kegagalan. Akhirnya, Majapahit berundur dari Bumi Singapura. Betapa kebalnya tembok dan rantai yang merentangi Kota Singapura ketika itu.

1225 M – Dalam catatan Zhao Rugua, terdapat sebuah Selat yang menempatkan sebuah Kota Maritim yang dipanggil Longyamen, yang bermaksud ‘Selat Gigi Naga’, dikatakan bertempat di Kepulauan Lingga, Selatan Riau. Longyamen ini sangat penting dalam catatan berkenaan dengan Singapura, kerana dalam rekod Dinasti Yuan (Yuan Shih), Longyamen pernah menghantar ufti pada tahun 1325 M, dan direkodkan pula oleh perekod Wang Da Xuan (1349 M) bahawa Longyamen terletak di Selatan Singapura dalam catatannya Dao yi zhi lue (“Penerangan berkenaan orang-orang gasar di kepulauan”).

1323 M – Bintan direkodkan menghantar ufti kepada kerajaan Yuan. Ketika ini, Wan Seri Beni menjadi penguasa di Bintan. Mungkin kehadiran waris Srivijaya yang masih muda itu, singgah di Bintan pada tahun ini, lalu mengarahkan Ratu Bintan yang pada ketika itu tunduk kepada prestij Raja tersebut menghantar utusan memaklumkan bahawa Wangsa Srivijaya (House of Srivijaya) masih survive selepas penaklukan Majapahit ke atas ibukota Srivijaya di waktu itu iaitu di Jambi dan Kampar.

1325 M –  1325 M – Seri Tri Buana baru membuka Kota Singapura, walaupun tarikh sebenar yang diperakui ialah 1330-an berdasarkan teks Sejarah Melayu, jika Melaka dibuka pada tahun 1400 M. Ini kerana Singapura Purba pada masa itu menghantar Ufti ke Kerajaan Yuan menggunakan nama Longyamen atau Selat Gigi Naga. Dalam masa yang sama, Danmaxi (Nama Temasik dalam rekod Yuan, atau Nama Temagi?) menghantar ufti kepada Negara Tambralingga yang disebut negara Xian dalam rekod China. Pertembungan kuasa yang berlaku menyebabkan Orang-orang melayu dengan diperkuatkan semangatnya, selepas kehadiran Sri Tribuana bangkit menolak dan menentang penjajahan Tambralingga, lalu dari sini keturunan raja-raja melayu dari Sri Tri Buana menerima khidmat kesetiaan daripada Orang Laut, yang sememangnya sebangsa dengan melayu di Selatan Tanah Melayu mahupun Sumatra. Peristiwa pembunuhan Temagi menyebabkan Singapura yang baru ditubuhkan menerima ancaman daripada kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu, iaitu Persekutuan Negara Tambralingga – Sri Dharmaraja, yang juga merupakan waris daripada Srivijaya. Mungkin, penghantaran ufti ke Negara China adalah untuk menangkis dan berlindung dari serangan Sri Dharmaraja itu.

1400 M. Ini kerana Singapura Purba pada masa itu menghantar Ufti ke Kerajaan Yuan menggunakan nama Longyamen atau Selat Gigi Naga. Dalam masa yang sama, Danmaxi (Nama Temasik dalam rekod Yuan, atau Nama Temagi?) menghantar ufti kepada Negara Tambralingga yang disebut negara Xian dalam rekod China. Pertembungan kuasa yang berlaku menyebabkan Orang-orang melayu dengan diperkuatkan semangatnya, selepas kehadiran Sri Tribuana bangkit menolak dan menentang penjajahan Tambralingga, lalu dari sini keturunan raja-raja melayu dari Sri Tri Buana menerima khidmat kesetiaan daripada Orang Laut, yang sememangnya sebangsa dengan melayu di Selatan Tanah Melayu mahupun Sumatra. Peristiwa pembunuhan Temagi menyebabkan Singapura yang baru ditubuhkan menerima ancaman daripada kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu, iaitu Persekutuan Negara Tambralingga – Sri Dharmaraja, yang juga merupakan waris daripada Srivijaya. Mungkin, penghantaran ufti ke Negara China adalah untuk menangkis dan berlindung dari serangan Sri Dharmaraja itu.

1349 M – Pelabuhan Selat Gigi Naga (Sekarang: Pulau Sentosa) menjadi makmur dan gilang gemilang di bawah kepimpinan hebat daripada Maharaja Sri Tribuana. Wang Dayuan merekodkan kehebatan pelabuhan itu tetapi menyatakan itu ialah sarang Lanun? Mungkin, cara berpakaian orang melayu dan orang laut, yang menjadi bangsa utama di situ kelihatan seperti lanun di mata Wang Dayuan. Wang Dayuan juga membahagikan lautan kepada dua, Laut Timur dan Laut Barat, dengan Longyamen sebagai tempat pertemuan dua laut tersebut. Wang Dayuan juga merekodkan Banzu (Pancur) ialah pelabuhan rasmi negara. Pancur mungkin berasal daripada kolam baginda bersiram, dan mungkin juga daripada balairong seri yang dinamakan panca persada?

Di zaman ini, raja melayu membina tembok kota bagi menangkis serangan dari arah Timur dan menggunakan Orang-orang laut di Barat bagi menangkis serangan dari arah barat. Kelemahan Kota Singapura ini, pastinya datang dari Tembok Kota Singapura, dengan syarat ada pembelot dalam kalangan rakyat SIngapura sendiri.

Dari Zaman Paduka Seri Tri Buana, Paduka Seri Pikrama Wira (Serangan berlaku tapi berjaya dipatahkan), Paduka Seri Rana Wikrama (Zaman Badang) , Paduka Seri Maharaja (Peristiwa Todak) dan sampailah ke Zaman Paduka Seri Iskandar Syah, Singapura sentiasa bersinar sebagai sebuah pelabuhan yang menghubungkan antara laut Timur dan Laut Barat, serta dari arah Lautan Selatan. Namun, dasar perluasan kuasa Hayam Wuruk berjaya menakluk alam melayu di Palembang dan Tanjungpura, puncak segitiga Melayu iaitu di Singapura masih tidak dapat ditakluki sehingga kemangkatan Hayam Wuruk (1389). Admin berpendapat serangan demi serangan ada dilaksanakan sepanjang kempen Sumpah Palapa oleh Patih Gadjah Mada, namun semua menemui kebuntuan di atas keampuhan Tembok Kota dan strategi Pertahanan Singapura Purba, di samping perlindungan daripada China. Namun, peluang datang selepas kemangkatan Baginda Rajasanagara (Hayam Wuruk), iaitu di zaman Wikramawardhana (sekitar 1390-an), selepas menerima surat daripada penghulu bendahari SIngapura yang mahu belot.

Sang Rajuna Tapa, namanya akan dikenang selalu sebagai pembelot yang berjaya. Dia membelot atas perbuatan Paduka Seri Iskandar Syah yang melampaui batasan sebagai Raja. Masakan tidak, Baginda mengambil adik perempuan Sang Rajuna Tapa sebagai isteri dan menjadi isteri yang paling disayangi baginda kerana kecantikan dan kecerdikannya sebagai seorang perempuan. Kemudian, datang fitnah dalam kalangan dayang-dayang istana menyatakan isteri baginda itu telah membuat perkara yang tidak sepatutnya dan mengaibkan raja.

Raja Iskandar Syah yang berang telah menjatuhkan hukuman ke atas isterinya itu. Dia dipasung dikhalayak ramai dengan dimalukan (ditelanjangkan atau dihinakan) di pasar. Rajuna Tapa yang kesal dengan perbuatan Raja Iskandar Syah telah menjemput Batara Majapahit untuk menawan Kota SIngapura. Dia dan orang-orangnya telah membuka pintu Kota Singapura dan menyembunyikan makanan (sebagai bendahari yang menguruskan makanan) bagi merendahkan moral orang-orang Singapura.

Lalu, Majapahit berjaya menawan Kota Singapura dan Raja Iskandar Syah berjaya lari dan membuka negeri di Melaka.

Lihat, betapa ampuhnya Tembok Kota Singapura dari ancaman dua kuasa besar di waktu itu, Sri Dharmaraja di Utara dan Majapahit di Selatan. Tembok Kota ini tidak mungkin tidak diwarisi oleh Melaka. Dalam Sejarah Melayu, ada disebutkan bahawa Pagar Istana Melaka diperbuat Kubu oleh Portugis, membuktikan bahawa Kota Melaka yang asal adalah pagar istana semata-mata, menunjukkan kehebatan Melaka di waktu itu.

-Nizam Gtz-

Rujukan:

1) 2009, MBRAS Reprint 17, Sejarah Melayu (Versi Raja Bongsu), diterjemahkan daripada Skrip Jawi asal oleh Abdul Rahman Haji Ismail.

2) 2014, The Yuan in The Strait of Malacca 1300, http://eresources.nlb.gov.sg/…/af451766-b8b1-4d47-824f-78ab…

3) 2014, Temasek / Singapura 1369, http://eresources.nlb.gov.sg/…/d24d6da6-0013-4a12-a6bc-68ad…

4) Early Malayan History, The Singapore Free Press and Mencantile Advertiser (1884-1942), 6 November 1922, muka surat 12 (Filem Mikro disimpan di Lee Kong Chian Reference Library, Singapura)

5) 2000, Stanley J. O'Connor, Nora A. Taylor, Studies in Southeast Asian Art: Essays in Honor of Stanley J O'Connor, Southeast Asia Program Publications, Southeast Asia Program, Cornell University

NEGARA PERTAMA CHINA DI ASIA TENGGARA - REPUBLIK LANFANG (1777-1884)

Kongsi Langfong / Republik Lanfang / 蘭芳共和國 / Lánfāng Gònghéguó adalah sebuah negara Hakka di Kalimantan Barat, Indonesia yang didirikan oleh Low Fang Pak (Luo Fangbo) (羅芳伯) pada tahun 1777 sampai akhirnya dibubarkan oleh Belanda pada tahun 1884.

Sultan-sultan di Kalimantan Barat yang mendatangkan buruh-buruh yang berasal dari China pada abad ke-18 untuk bekerja dalam perlombongan emas atau timah, terdapat sejumlah komuniti pernempatan (kongsi) yang menikmati beberapa otonomi politik dan Lanfang dikenali oleh ahli sejarah berdasarkan tulisan oleh Yap-Yoen Siong, menantu kepada Kapitan terakhir kongsi Lanfang, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda pada tahun 1885.

Kedatangan Lo Fang Pak

Lo Fang Pak mulai berhijrah pada usia 34 tahun. Dia merantau ke Kalimantan Barat disaat ramainya orang mencari emas (Gold Rush), dengan menyusuri Han Jiang menuju Shantao, sepanjang pesisir pantai Vietnam, dan akhirnya berlabuh di Kalimntan barat (Wilayah Kesultanan Sambas) pada usia sekitar 41 tahun iaitu pada sekitar tahun 1774..

Kedatangan orang-orang Cina dari daratan China ini adalah atas permintaan sultan-sultan Melayu pada saat itu yang mendatangkan para pekerja lombong emas dari daratan China iaitu untuk melakukan kerja-kerja perlombongan yang memang menjadi kepakaranmelombong pada ketika itu hanya dapat dilakukan dari orang-orang Cina. Permintaan tenaga kerja dari China pada saat itu merupakan satu amalan yang berkembang di kesultanan-kesultanan Melayu, yang dimulakan oleh kesultanan Melayu yang ada di Semenanjung Tanah Melayu kemudian kesultanan Melayu di pesisir pantai utara dan timur Sumantra dan Kesultanan Melayu Brunei (iaitu pada masa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin I) baru kemudian disusuli oleh Kesultanan-kesultanan Melayu yang berada di pesisir wilayah Pulau Kalimantan bahagian barat.

Kesultanan Melayu di pesisir barat Pulau Kalimantan yang pertama mendatangkan pekerja lombong dari tannah besar China adalah Panembahan Mempawah yang pada waktu itu Rajanya adalah Opu Daeng Manambung iaitu pada sekitar tahun 1740. Dasar Panembahan Mempawah ini kemungkinan atas saranan dari Adik Opu Daeng Manambung iaitu Opu Daeng Celak yang saat itu sedang menjawat jawatan sebagai Raja Muda di Kesultanan Riau yang telah lebih dahulu mendatangkan pekerja dari tanah besar China untuk melombong timah di Kesultanan Riau. Namun demikian pada saat itu Panembahan Mempawah mendatangkan orang-orang Cina untuk melakukan kerja melombong (emas) pertama kali adalah berjumlah 20 orang (kemungkinan para pakar mencari emas) yang sebelumnya telah bekerja di Kesultanan Brunei.

Setelah itu didirikanlah perlombongan emas yang diusahakan oleh orang-orang Cina iaitu di daerah Mandor yang saat itu merupakan wilayah Panembahan Mempawah. Setelah beberapa tahun mengusahakanlombong emas di Mandor ini, para pakar pencari emas dari Cina ini kemudian meneroka satu tempat tidak begitu jauh dari Mandor yang didapati begitu banyak emas. Namun wilayah itu adalah wilayah kekuasaan dari Kesultanan Sambas iaitu daerah yang bernama Montraduk. Maka kemudian utusan pekerja lombong emas Cina ini menghadap Sultan Sambas menceritakan mengenai potensi emas di Montraduk ini. Mendengar hal demikian Sultan Sambas kemudian mengizinkan untuk membuka lombong emas di Montraduk oleh orang-orang Cina dengan syarat bagi hasil iaitu sebahgian hasil emas adalah untuk pekerja tambang dari Cina ini dan sebahagian hasil yang lain adalah untuk Sultan Sambas sebagai pemilik Negeri. Maka kemudian dibukalah lombong emas di Montraduk pada sekitar tahun 1750, iaitu lombong emas kedua setelah di Mandor.

Sungguh di luar dugaan bahawa longgokan emas di wilayah Kesultanan Sambas ini sangat melimpah ruah. Setelah Montraduk berturut-turut dibuka lagi lombong emas di Seminis, Lara, Lumar yang semuanya di wilayah Kesultanan Sambas dan menghasilkan emas yang sangat berkualiti. Sebagai kesan kedatangan orang-orang Cina semakin melimpah ke wilayah Kalimantan Barat ini khususnya di wilayah Kesultanan Sambas. Kebanyakan Orang Cina berhijrah dengan membawa ahli keluarga, sekampung halaman atau sesama kumpulan sehingga kemudian pada sekitar tahun 1770 telah ada sekitar lebih dari 20.000 orang-orang Cina pekerja lombong emas di wilayah Kalimantan Barat ini yang sekitar 70 % dari jumlah pekerja llombong emas itu adalah berada di wilayah Kesultanan Sambas yang berpusat di Montraduk.

Pada sekitar tahun 1775 datang seorang ketua masyarakat Hakka dari China yang bernama Lo Fong Pak ke daerah Kongsi yang ada di Wilayah Kesultanan Sambas.

Pada Tahun 1776 14 buah Kongsi yang ada di wilayah Kalimantan Barat ini iaitu 12 Kongsi di wilayah Kesultanan Sambas yang berpusat di Montraduk dan 2 buah Kongsi di wilayah Panembahan Mempawah yang berpusat di Mandor menubuhkan satu persatuan yang bernama Hee Soon iaitu untuk memperkuat persatuan di antara mereka dari ancaman pertempuran antara sesama Kongsi seperti yang telah terjadi antara Kongsi Thai Kong dan Lan Fong pada tahun 1774 yang lalu. Salah satu dari 14 Kongsi itu adalah Kongsi Lanfong yang dihidupkan lagi oleh Lo Fong Pak dengan Lo Fong Pak sendiri yang menjadi ketuanya.

Setahun kemudian iaitu pada tahun 1777, Lo Fong Pak memindahkan lokasi Kongsi Lan Fong ke lokasi lain dimana lokasi Kongsi Lan Fong yang baru ini tidak lagi di bawah wilayah Kesultanan Sambas tetapi adalah di wilayah Panembahan Mempawah iaitu Mandor (Tung Ban Lut).

Walaupun telah mempunyai Kelompok Induk iaitu Hee Soon, Kongsi-Kongsi ini tetap menyatakan tunduk dibawah Sultan Sambas dan Panembahan Mempawah dimana 12 Kongsi tunduk dibawah naungan Sultan Sambas dan 2 Kongsi tunduk dibawah naungan Panembahan Mempawah. Namun Kongsi-Kongsi diberi hak untuk mengangkat pemimpin Kongsi dan mengatur kawasan perlombongan serta wilayah sekitarnya sesuai dengan lokasi perlombongan.

Di Mandor, Lo Fong Pak, Ketua Kongsi Lan Fong kemudian menyatukan orang-orang Hakka yang ada di wilayah Mandor dalam organisasi yang bernama San Shin Cing Fu (kerana di wilayah Mandor saat itu juga terdapat orang-orang Cina selain Suku Hakka / Khek iaitu orang Touchew, berbeza dengan Kongsi-kongsi Cina yang ada di wilayah Kesultanan Sambas yang keseluruhnya adalah dari Suku Hakka / Khek).

Pada tahun 1778 terjadi perluasaan kekuasaan di daerah Muara Sungai Landak dimana Syarif Abdurrahman Al Qadri, Ketua dari Kampung Pontianak (terbentuk pada tahun 1771) yang terletak di Muara Sungai Landak kemudian pada tahun itu mengangkat dirinya menjadi Sultan pertama dari Kesultanan Pontianak. Berdirinya Kesultanan Pontianak di Muara Sungai Landak ini kemudian menimbulkan protes keras dari Raja Kerajaan Landak karena secara sejarahnya wilayah muara Sungai Landak adalah merupakan daerah kekuasaan Kerajaan Landak. Namun VOC Belanda kerana kepentingan ekonomi terhadap daerah muara Sungai Landak ini kemudian berdiri di belakang Kesultanan Pontianak sehingga membuat Raja Landak mengendurkan bantahan kerasnya.

Berkuasanya Sultan Syarif Abdurrahman di muara Sungai Landak sedikit banyak membuat Kongsi Lan Fong bergantung pada aktivitas di muara sungai itu sehingga inilah salah satu yang kemudian membuat Lo Fong Pak lebih dekat kepada Sultan Pontianak dibandingkan kepada Panembahan Mempawah padahal Kongsi Lan Fong saat itu masih dibawah naungan dari Panembahan Mempawah.

Pada tahun 1789, Sultan Pontianak dengan dukungan Belanda melakukan serangan terhadap Panembahan Mempawah dengan tujuan merebut wilayah Panembahan Mempawah. Untuk mendukung serangan ini Sultan Pontianak pada saat itu juga mengajak Lo Fong Pak (Kongsi Lan Fong untuk ikut serta dalam serangan kepada Panembahan Mempawah ini dan Kongsi Lan Fong kemudian juga mengirimkan orang cina untuk membantu tentera Sultan Pontianak. Menghadapi serangan ini, Panembahan Mempawah kalah yang kemudian Raja Panembahan Mempawah mengundurkan dirinya ke daerah Karangan dan kemudian menetap disana.

Sejak saat itu hubungan Lo Fong Pak (Kongsi Lan Fong) dengan Sultan Pontianak menjadi semakin kuat dan dekat sehingga kemudian Lo Fong Pak (Kongsi Lan Fong) diberikan hak kekuasaan yang lebih luas lagi (semacam daerah otonomi khas) namun tetap berada dibawah naungan Kesultanan Pontianak. Peristiwa ini terjadi ketika usia Lo Fong Pak mencapai usia 57 tahun iaitu pada sekitar tahun 1793.

Cara Pemilihan Ketua Kongsi Lan Fang pada saat itu menurut pemahaman zaman sekarang ini adalah sangat demokrasi iaitu Ketua Kongsi dipilih melalui pilihanraya oleh seluruh warga Kongsi. Kerana cara pemilihan ini sehingga oleh sebahagian orang yang menterjemahkan tulisan Yap Siong Yoen (anak tiri dari Kapitan Kongsi Lan Fang yang terakhir) dan tulisan J.J. Groot (sejarawan Belanda) mengenai Kongsi Lan Fang yang di interpretasikan terlalu jauh sehingga Kongsi Lan Fang digelar " Republik Lan Fang" padahal di dalam kedua-dua tulisan itu tidak ada kata Republik. Disamping itu kata Republik adalah untuk sebutan bagi suatu negara / wilayah yang merdeka sedangkan Kongsi Lan Fang saat walaupun mendapat status otonomi khas namun tetap berada dibawah naungan Kesultanan Pontianak sehingga bukan merupakan suatu negara merdeka. Oleh karena itu apa yang disebut sebagai " Republik Lan Fang " itu tidak pernah ada, yang ada adalah Kongsi Lan Fang yang mendapat status otonomi khas dari Sultan Pontianak.

Lo Fang Pak kemudian terpilih kembali melalui sistem pilihanraya untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Daerah Autonomi Kongsi Lan Fong, dan diberi gelar dalam bahasa Mandarin " Ta Tang Chung Chang " atau Ketua Daerah Autonomi. Peraturan Kongsi Lan Fong menyebutkan bahwa posisi Ketua dan Wakil Ketua Kongsi Lan Fong harus dijabat oleh orang yang berbahasa Hakka.

Pusatnya tetap di Mandor dan Ta Tang Chung Chang (Ketua Kongsi) dipilih melalui pemilihan umum. Menurut aturannya, baik Ketua maupun Wakil Ketua Kongsi harus merupakan orang Hakka yang berasal dari daerah Ka Yin Chiu atau Thai Pu. Benderanya berbentuk persegi empat berwarna kuning, dengan tulisan dalam bahasa Mandarin "Lan Fang Ta Tong Chi". Bendera Lo Fong Pak (Ketua Kongsi Lan Fong) berwarna kuning berbentuk segitiga dengan tulisan " Chuao " (Jenderal). Para pegawai tinggi memakai pakaian tradisional bergaya Manchu, sementara pejabat yang lebih rendah memakai pakaian gaya barat. Kongsi Lan Fong tersebut mencapai kemajuan besar dalam ekonomi dan kestabilan keamanan selama 19 tahun dibawah kepemimpinan Lo Fang Pak.

Dalam tkitab sejarah negara samudera dari Dinasti Qing tercatat adanya sebuah tempat dimana orang Ka Yin (dari daerah Mei Hsien) bekerja sebagai pelombong, membangun jalan, mendirikan negaranya sendiri, setiap tahun kapalnya mendarat di daerah Zhou dan Chao Zhou (Teochiu) untuk berdagang. Sementara dalam catatan sejarah Kongsi Lan Fong sendiri terungkap bahwa setiap tahun mereka membayar ufti kepada Dinasti Qing seperti Annam (Vietnam).

Kejatuhan Lan Fong Kongsi

Lo Fong Pak meninggal dunia pada tahun 1795, tahun kedua dideklarasikan Daerah Autonomi Khas (1793). Beliau hidup di Kalimantan lebih dari 20 tahun. Pada usia ke 47 berdirinya Kongsi Lan Fong tersebut, iaitu pada masa pemerintahan Ketua Kongsi kelima, Liu Tai Er (Hakka: Liu Thoi Nyi), Belanda mulai aktif melakukan perluasaan jajahan di Indonesia dan menduduki wilayah tenggara Kalimantan. Liu Tai Er dipujuk oleh Belanda di Batavia (kini Jakarta) untuk menandatagani perjanjian untuk berkerjasama dengan Belanda. Dengan kerjasama tersebut kemudian membuat Kongsi Lan Fong berada dalam pengaruh Belanda. Munculnya pemberontakan penduduk tempatan semakin melemahkan Kongsi Lan Fang. Kongsi Lan Fang kemudian kehilangan atotonomi dan beralih dari daerah dibawah naungan Sultan Pontianak menjadi sebuah daerah naungan Belanda. Belanda membuka pejabat perwakilan jajahan di Pontianak dan mengendalikan sepenuhnya Kongsi Lan Fong dengan melantik Ketua Kongsi sebagai residen.

Pada tahun 1884 Kongsi Thai Kong yang berpusat di Montraduk menolak diperintah oleh Belanda, sehingga Kongsi Thai Kong diserang oleh Belanda. Belanda berhasil mewaskan Thai Kong Kongsi, namun kongsi tersebut menentang belanda selama 4 tahun. Penentangan Kongsi Thai Kong terhadap Belanda ini juga kemudian melibatkan Kongsi Lan Fong sehingga Kongsi Lan Fong kemudian juga diserang oleh Belanda dan ditakluk Belanda, menyusul kematian Liu Asheng (Hakka: Liu A Sin), Ketua Kongsi Lan Fong yang terakhir. Sebahagian warga Kongsi Lan Fong kemudian melarikan diri ke Sumatera. Karena takut mendapat amaran dari pemerintahan Qing, Belanda tidak pernah mendeklarasikan Lan Fong sebagai koloninya dan memperbolehkan seorang Cina menjadi pemimpin boneka belanda.

- Hangpcdua Malaya-

JOM BELAJAR TENTANG FUNAN: EMPAYAR MELAYU TERAWAL

Funan, nama yang dinyatakan dalam Rekod Dinasti Liang (Liang-shu) adalah sebuah negara melayu yang gemilang, yang akhirnya menjadi sebuah empayar dengan wilayah takluk yang besar.

Nama Funan atau Fou-nan adalah slang cina kepada nama negara tersebut, yang mana kebanyakan sarjana sejarah berpendapat Nama Sebenar Kerajaan tersebut ialah "Bnam" atau Phnom dalam bahasa melayu dan khmer kuno yang membawa maksud gunung. Nama Phnom ini masih digunakan di Kemboja dengan ibukota Phnom Pehn.

Sebelum wujudnya Funan, terdapat beberapa kota melayu yang telah wujud, dengan gelaran raja-rajanya Ku atau Kun atau Hun. Antara yang disebut dalam Kronik Liang tersebut, sama ada wujud terlebih dahulu mahupun wujud seiring dengan Funan termasuklah Negara Ki (atau Kiao), Tun-sun, Pi-kien, Lin-yi dan sebagainya.

Negara Ratu Soma atau Mayang Mengurai

Daripada sebuah negara kecil yang diperintah oleh Ratu Soma atau Liu-ye (Liu = Niu : Nyiur atau kelapa dalam bahasa melayu kuno memungkinkan namanya ialah Mayang Mengurai), Seorang Ratu yang dilagendakan sebagai Anak Raja Naga. Sewaktu pemerintahan baginda, negara kecil itu menjadi makmur dan berkembang pesat sebagai sebuah negara yang berdaya saing.

Walaubagaimanapun, masyarakat Funan di masa itu tidak berpakaian. Hipotesis admin, mereka hanya memakai daun-daun atau kulit pokok sebagai cawat. Muzium hidup pakaian secara Funan ini masih boleh dilihat dalam masyarakat Kaum Penan yang tinggal secara tradisional di pedalaman Sarawak.

Mungkin jumlahnya kecil kerana ramai kaum Penan yang telah mengenakan pakaian (berbaju-T) mengikut arus kemodenan negara. Masyarakat Funan bukanlah bertelanjang sepenuhnya, cuma tidak memakai baju. Hal ini kerana dalam catatan K'ang T'ai dan Zhung Yi, dikatakan pakaian Funan sama dengan Lin-yi (Champa).

Terdapat banyak pendapat lokasi asal Kerajaan Ratu Liu-ye ini. Ada yang menyatakan asalnya di Kuala Sungai Mekong, iaitu di Selatan Kemboja moden, bertepatan dengan Pusat arkeologi Angkor Borei. Ada juga yang berpendapat bahawa Ibukota asal kerajaan tersebut di Lembangan Sungai Chao Phraya, tidak kurang juga ada yang berpendapat ia terletak di Leher Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Petchaburi.

Tapak asal ibukota kerajaan Liu-ye tidak dapat dipastikan, namun kota Vyadhapura yang dikunjungi oleh dua pengembara China itu dikatakan terletak lebih 3000 li ke arah barat daya Lin-yi (Champa). 1 li: 418m atau 0.418m di zaman tersebut (dinasti Wu).

Oleh itu, jarak ibukota Funan ialah lebih 1254 km. Jika dilihat daripada peta moden, didapati jarak antara Indrapura (Quang Nam Province, Vietnam) ke Angkor Borei (Vyadhapura mengikut pendapat Vickery, 1996), jaraknya ialah 1,003 km sahaja. Walaubagaimanapun, jalanraya di zaman lampau mungkin lebih panjang kerana menyusuri sungai dan kurang jambatan seperti jalanraya moden. Ibukota Funan di zaman itu berkemungkinan besar Angkor Borei.

Hal ini bertepatan dengan penemuan tapak arkeologi Bandar Pelabuhan Oc Eo dan jarak antara Pelabuhan dengan Vyadhapura ialah 500 li (209km). Terdapat sebuah terusan purba yang menghubungkan pelabuhan Oc Eo dengan Angkor Borei memendekkan perjalanan dari Oc Eo ke Angkor Borei.

Pusat Pentadbiran Funan

Pusat Pentadbiran Funan di awal pemerintahan Ratu Soma tidak dapat dipastikan dengan tepat. Terdapat beberapa tapak yang dicadangkan sebagai ibukota Funan dari awal pemerintahan Liu-ye. Antara yang popular ialah Ba Phnom, Angkor Srei, Angkor Borei, Preah Pathom dan Oc Eo (Daerah An Giang, Selatan Vietnam moden). Pada pendapat admin, kota yang paling mungkin ialah di Oc Eo kerana semasa kedatangan Hun-tian, tentera Ratu Soma dengan ratunya belayar ke tengah lautan untuk bertempur dengan tentera Hun-tian. Namun, Hun-tian dengan mudahnya menewaskan angkatan tentera Liu-ye dan akhirnya berjaya mengahwini Liu-ye.

Pemerintahan diserahkan kepada Hun-tian, yang memindahkan pemerintahan jauh ke pedalaman Sungai Mekong. Keadaan ini berkemungkinan kerana Hun-tian mahu memastikan negara Funan selamat dari ancaman negara-negara selatan. Hun-tian yang berasal dari Kiao, mungkin dari Wilayah Kelantan (Kha-la-tan) atau Langkasuka (Pattani). Kiao, Jiao atau Xiao ada persamaan nama dengan Lang-Xia-shu atau Langkasuka. Dari perkahwinan mereka, lahirlah Hun-pan-kuang, raja Funan ketiga, yang mewarisi tujuh negarakota dalam Funan (melalui penaklukan dan diplomasi denga adik-beradik yang lain). Dengan Vyadhapura sebagai ibukota yang kekal sehingga ditakluki oleh Chenla dari utara.

*Untuk bacaan lanjut berkenaan dengan Raja-raja Funan, boleh layari http://nizamgtz.blogspot.my/2015/11/funan-empayar-melayu-yang-gemilang.html

Budaya Funan

di awal Funan, iaitu di zaman Liu-ye, masyarakat Funan tidak berpakaian, atau hanya memakai cawat dari kulit pokok bagi melindungi kemaluan sahaja. Lelaki mahupun perempuan tidak mengenakan pakaian.

Kemudian, kedatangan Huntian merubah pola pemakaian Funan, dengan wanita disuruh menutup tubuh menggunakan kain yang ditebuk lubang di tengah-tengah untuk dimasukkan ke dalam kepala, sementara lelaki masih tidak berpakaian.

Cara pemakaian ini kekal sehingga 200 tahun. Budaya Funan juga suka bertatu di badan dan ia masih diamalkan di seluruh kepulauan melayu dan Austronesia, kecuali yang telah memeluk islam seperti melayu.

Selepas kedatangan K’ang T’ai dan Zhu Ying, mereka memperkenalkan kain Hengfu yang dijadikan kain sarung kepada lelaki dan perempuan. Budaya menjahit bermula dari zaman ini dengan jahitan kain hengfu (sarung) dan dinamakan sarung oleh masyarakat tempatan. Kain hengfu atau gangman digunapakai sehingga zaman Liang dan Jin, namun mengalami beberapa transformasi berpakaian.

Orang yang kaya akan mengenakan sarung dari kain kapas yang mahal dan diimport dari China. Orang yang miskin akan mengenakan sarung dari kain belacu yang murah dan dibuat di Funan. Kain sarung ini mungkin diwarisi kepada kita dalam bentuk kain batik dan kain pelikat. Jika kita melihat baju kurung melayu, kita akan dapati ia ibarat kain yang ditebuk di kepala dan dijahit disisi kain tersebut. Mungkin baju kurung adalah transformasi dari baju yang diperkenalkan oleh Hun tian tadi.

Funan dan pelabuhan Oc Eo menjadi pelabuhan entreport, dengan pertukaran pelbagai jenis barangan dari timur ke barat. Produk asli Funan pula termasuklah emas, perak, timah, batu jade, gading, burung kakak tua dan gaharu. Negara Funan menjadi kaya dengan perdagangan, pelabuhan yang pesat (terdapat 90 bangunan yang telah diekskavasi di Kota Pelabuhan Oc Eo) serta ufti dari negara-negara bawahan.

Funan adalah lambang kepada Perbandaran Proto yang wujud dan dikesan di saat ini, sebelum penemuan Tamadun Sungai Batu. Terdapat tembok-tembok Batu di istana dan kediaman pembesar, bangunan-bangunan batu dari blok pentadbiran, kediaman dan rumah ibadat, serta tembok-tembok kayu (palisade) atau tanah mampatan di sekitar kampung-kampung dan rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu.

Terdapat terusan purba yang menghubungkan Oc Eo dengan Angkor Borei, yang memendekkan perjalanan dari lebih kurang 200 km dalam Sungai Mekong kepada lebh kurang 90 km sahaja. Sistem bekalan air pula ialah pembinaan kolam-kolam air yang berpusat dan digunakan oleh lebih kurang 10 keluarga bagi satu kolam air.

*Gambar-gambar arkeologi boleh dilihat di dalam laman blog di atas.

Dari segi agama dan kepercayaan, di awalnya Funan menganut ajaran animisme, kemudian mereka menganut ajaran Hindu (Sivaism), sebelum diubah kepada Buddha di zaman Rudravarman. Namun, Bhavavarman menukar kembali ajaran Hindu sebagai agama rasmi Funan.

Sistem hukuman di Funan sangat teruk. Tiada penjara di Funan, orang yang melakukan kesalahan sama ada melecur teruk di tangan (mencuri) kerana disuruh memegang kapak yang panas atau emas yang diletakkan dalam telur yang mendidih (dalam air mendidih) atau mati dimakan buaya atau harimau. Oleh itu, msayarakat Funan tidak berani membuat jenayah.

Kejatuhan Funan

Setiap tamadun pasti ada jatuh bangunnya. Funan pula merupakan wilayah yang besar dan sering berlaku revolusi sosial, namun ia tidak melenyapkan terus empayar yang besar itu. Wilayah-wilayah bawahan seperti Tun-sun, Lin Yang, Pegu, Dvaravati dan Chenla masih menghantar ufti dan tunduk kepada penguasaan Funan.

Namun, serangan Bhavavarman dan Citrasena di tahun 544-545M yang berkemungkinan berlarutan hingga 5 tahun menyebabkan Funan mengalami kemerosotan. Apatah lagi, selepas Bhavavarman menaiki takhta pada 550M dan menukar Funan kepada Khmer, banyak wilayah-wilayah Funan memerdekakan wilayahnya sebelum ditakluk kembali oleh Suryavarman.

“Kalau Roboh Kota Vyadhapura,
Tembok di Pan Pan kami dirikan”

Begitulah agaknya ungkapan Rudravarman yang berjaya melarikan diri ke Panpan dan bersama-sama dengan penguasa asal Panpan membuka empayar baru berbentuk maritim iaitu Empayar Tanah Merah (Chihtu).

-Nizam GTZ- (http://nizamgtz.blogspot.my/)

Rujukan:

1) 2012, Takashi Suzuki, History of Srivijaya, Under The Tributary Trade System of China, JPCA

2) 2003, Michael Vickery, Funan Reviewed : Deconstructing the Ancients, Bulletin de l'Ecole française d'Extrême-Orient.

3) 2006, Miriam T. Stark, From Funan to Angkor, Collapse and Regeneration in Ancient Cambodia, The University of Arizona Press

4) 1966, Megumu Honda, The Han-Chey Inscription of Bhavavarman, Journal of Indian and Buddhist Studies, The Japanese Association of Indian and Buddhist Studies.

5) 2014, John Guy, Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia, Metropolitan Museum of Art.

6) 2004, Charles F. W. Higham, Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, Facts On File, Inc.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB SESUATU BANGSA ITU TIDAK MAJU

Jemaah perjuangan adalah penyelamat. Tidak cukup kalau penyelamat itu hanya memiliki ilmu akhirat semata-mata. Seorang penyelamat tidak cukup hanya tahu ilmu tentang hukum hakam sahaja.

Memiliki ilmu dunia, sangat membantu dalam memperjuangkan akhirat. Bahkan ilmu dunia itu boleh diakhiratkan atau boleh dijadikan ibadah.

Kegagalan pejuang-pejuang Islam sebelum ini adalah kerana mereka hanya memiliki ilmu sekitar ilmu agama semata-mata. Hanya memiliki ilmu tentang hukum hakam.
Ilmu dunia mereka tidak berapa faham bahkan tidak minat.

Ini adalah satu kesalahan. Jadi orang yang perjuangkan kebenaran, yang hendak jadi penyelamat kepada manusia, perlu kuasai kedua-dua ilmu itu yakni ilmu akhirat dan ilmu dunia.

Keselamatan kita di akhirat ditentukan oleh bagaimana kehidupan kita di dunia.

Apabila memperkatakan hal ini maka ia ditentukan oleh kehidupan kita di dunia dan tentulah ilmu dunia itu perlu kita miliki. Kalau tidak bagaimana kita hendak bertindak kalau ilmu dunia tidak kita miliki.

Kedua ilmu ini yakni ilmu dunia dan ilmu akhirat kenalah digabungkan. Barulah perjuangan kita tepat maka layaklah digelar penyelamat.

Mari kita lihat kata-kata hukama atau kata-kata ahli falsafah, yang berbunyi "“Manusia itu tabiat semulajadi nya adalah makhluk yang maju.”"

Apa maksud makhluk yang maju?

Tuhan siapkan kekuatan-kekuatan dalam diri manusia membolehkan manusia itu maju dan hendak maju.

Jadi kalau manusia itu menggunakan alat-alat yang ada dalam dirinya, dorongan, kehendak-kehendak, rangsangan-rangsangan untuk maju, kemudian menggunakan alat-alat yang ada pada dirinya juga, seperti kekuatan akal fikirannya misalnya, maka manusia itu boleh maju.

Berbeza dengan haiwan. Dari mula-mula dijadikan sampailah beranak cucu, budaya hidupnya tidak berubah. Mana yang makan rumput, daripada awal sampai sekarang makan rumput. Kalau rumput itu tidak pernah dimasak, sampai kiamat pun ia tidak dimasak. Begitulah yang makan daging. Haiwan makan dagimg yang mentah.

Sampailah mati dan ke akhir zaman, ia tetap makan daging mentah. Begitulah kalau asalnya mereka tidak berpakaian, sampai hari kiamat tidak berpakaian. Haiwan tidak ada alat dalam dirinya, tidak ada rangsangan dan tidak ada dorongan untuk ia berubah atau bertamadun.

Hidup macam itu memang senang. Hendak tidur, ia tidak fikir tilam, tidak fikir alas. Kalau hendak makan rumput, makan sahajalah. Kalau makan daging, ia terkam haiwan lain dan makan sahajalah. Tidak perlu hendak cincang, hendak masak atau hendak cari rencah-rencahnya.

Sebab itu manusia awal dahulu, di zaman batu, keupayaannya lebih sedikit sahaja daripada haiwan. Ada yang duduk atas pokok, gunakan sumber air semulajadi, ada yang makan daging mentah.

Lama-lama manusia berubah sebab ada ransangan dalam dirinya. Ada kehendak, kemahuan dan akal pun memikirkan bagaimana hendak buat pembaharuan. Akal pun gunakan alat-alat yang ada dalam dirinya untuk mendapat satu kemajuan.

Mula-mula makan ikan mentah. Bila sudah jemu, ada rangsangan, fikir-fikir, buat api, maka bakarlah ikan itu. Fikir-fikir lagi, rebus.

Begitu juga dalam hal-hal pembangunan dan jalan raya. Dahulu, jalan raya hanyalah laut dan sungai. Sebab itu, masa itu orang berkampung di tepi sungai dan laut. Tidak duduk di tengah hutan. Kalau duduk di tengah hutan pun, yang ada sungai. Kalau tidak, tidak boleh hidup.

Tabiat yang ada pada diri manusia inilah yang merangsang dan mendorong untuk dia bertindak. Bila dia sudah terdorong, dia berkehendak maka dia merangsang otaknya untuk berfikir.

Maka otak pun fikir bagaimana hendak berbuat. Kemudian ia arahkan anggota fizikal untuk membangun. Akhirnya bersambung-sambunglah ilmu itu hinggalah dunia jadi macam sekarang.

Yang jadi masalah, walaupun ahli hikamh itu berkata, manusia itu tabiat semulajadinya boleh maju, tidak ada perbezaan apa bangsa atau etnik, tetapi kita lihat ada bangsa yang maju sangat, ada yang sederhana dan ada yang seolah-olahnya hidup seperti 700-800 tahun lalu.

Antaranya, penduduk Afrika. Rangsangan yang sama, dorongan sama, rasa hendak berubah sama, cara berfikir sama, kemampuan menggunakan tenaga lahir pun sama tetapi hasilnya tidak sama.

Kalau ada orang tanya kita, mengapa ada bangsa yang maju sangat dan sebaliknya ada yang mundur ? Kalau yang bertanya itu bangsa asing, orang bukan Islam , takkan kita hendak jawab secara hukum-hakam.

Maka bagaimana hendak jawab? Inilah ilmu dunia yang sangat perlu. Di sinilah pejuang-pejuang Islam gagal. Mereka hanya boleh jawab dengan hukum hakam sahaja. Bila ditanya tentang ilmu dunia, mereka tidak boleh jawab.

Kalau kita peka, kita akan dapati manusia itu fitrahnya sama tetapi hasilnya tidak sama kerana sebab-sebab berikut :

1.Malas
Bagi sesetengah bangsa, rangsangan ada, kemahuan ada tetapi bila hendak berbuat, terasa malas. Bila fikir bagaimana hendak buat, perlu minta bantuan Allah, banyak cabaran, terasa malas. “Makan sahajalah apa yang ada. Biar sajalah. Hiduplah dengan apa yang ada.”

Malas boleh menjadikan sesuatu bangsa itu tidak maju. Sayangnya kerana dia tidak manafaatkan kemahuan dan tabiat semulajadi manusia yang mahukan kemajuan itu. Dia tidak gunakan pendorong yang Allah sudah beri itu. Kerana tidak tahan cabaran, akhirnya manusia jadi malas.

2.Bangsa itu pernah dijajah
Bangsa yang malas, tidak berjuang tetapi bangsa yang rajin, berjuang. Bangsa yang rajin menjajah bangsa yang malas. Maka bangsa yang malas kena jajah. Suatu bangsa yang kena jajah, memakan masa paling singkat 100 tahun.

Malaysia dijajah selama 450 tahun. Orang yang rajin berjuang, menjajah negara orang yang malas. Dia jajah bangsa-bangsa yang malas. Penjajah ini dasarnya, dia sekadar hendak ambil khazanah harta di jajahannya. Bukan hendak didik anak jajahannya. Dia hanya didik beberapa orang untuk bantu kerjanya. Yang lain, pandai-pandailah hendak hidup sendiri. Sebab itu jalan raya, bangunan dibina sekadar perlu. Ilmu pun dia catu.

Macam dulu, sekolah setakat darjah 7 sahaja. Selepas itu jadi guru. Itulah juga orang yang jadi nazir dan gurubesar. Penjajah hanya ambil 2-3 orang, dipandaikannya untuk bantu tadbir negara itu dan digunakan untuk tundukkan rakyat. Penjajah ambil rakyat sendiri untuk tundukkan rakyat. Bila rakyat hendak bangkit, mereka tidak marahkan penjajah tetapi marahkan talibarut-talibarut itu. Jadi faktor kedua mengapa sesuatu bangsa itu tidak maju ialah kerana pernah dijajah.

3.Ilmu
Walaupun sebuah negara itu sudah merdeka tetapi ia tidak boleh maju kerana faktor ilmu. Hendak maju, hendak adakan bangunan pencakar langit, nak jalan raya yang moden, tidak boleh kerana tidak ada ilmu. Faktornya tidak cukup ilmu.

4.Anak-anak didik penjajah
Kebanyakan negara-negara yang baru merdeka, sebelum itu penjajah menjadi pemimpinnya. Mungkin Amerika, Perancis, Sepanyol, Portugis, Itali dan Eropah. Waktu pemimpinnya adalah penjajah, ada anak-anak tempatan yang dapat sedikit ilmu hasil dididik oleh penjajah. Bila negara dimerdekakan, maka kepada merekalah negara ini diserahkan. Takkan hendak serah pada orang yang tidak ada ilmu. Penjajah menyerahkan negara itu pada orang-orangnya juga. Iaitu pada orang Melayu yang otaknya otak penjajah, orang Indonesia yang berotak penjajah atau orang Arab yang juga sudah berotak penjajah.

Dulu penjajah yang tadbir negara. Sekarang otak penjajah yang ambil alih kuasa. Rupa tidak sama tetapi perasaan dan otaknya sama dengan penjajah. Hendak tukar rupa susah. Kalau hidungnya pesek, sampai tualah pesek. Tetapi otak dan jiwanya, penjajah. Bila penjajah balik kampung, kepada mereka itulah diserahkan negara..

Bila diserahkan negara kepada orang yang berjiwa penjajah, yang masih berhubung dengan penjajah, maka mereka bukan hendak bagunkan rakyatnya tetapi semua kekayaan masuk poketnya. Sesetengah negara, bahan mentah dan hasil negara banyak tetapi tidak maju. Macam Indonesia. Orangnya Indonesia tetapi berotak dan berjiwa Belanda. Buat sedikit untuk negara, yang banyak masuk poketnya. Padahal kalaulah yang ganti Belanda itu otaknya orang Islam, jiwa Islam, Indonesia sudah membangun. Kalau yang ambil alih itu berjiwa Islam, Indonesia sudah jadi syurga. Harta negara banyak. Khazanah negara banyak tetapi tidak dapat dimanafaatkan.

Kenapa? Orang yang pandai-pandai yang menggantikan penjajah itu, otaknya otak Belanda, perasaannya Belanda. Yang masuk poketnya banyak. Sebab itu berebut hendak jadi pemimpin. Bila negara demokrasi siapapun boleh jadi pemimpin. Masing-masing hendak rebut kerusi. Kenapa? Dia suka duit. Jadi wakil rakyat pun cukup untuk kaya. Kalau jadi presiden lagi lah.

Jadi sebab yang keempat mengapa sesuatu bangsa itu tidak maju ialah kerana kepentingan-kpentingan pemimpin yang otaknya otak penjajah dan jiwanya jiwa penjajah, memerah hasil negara itu. Kalau maju pun hanya untuk beberapa kelompok manusia saja, tapi rakyat lain terbiar.

5.Ideologi
Kita boleh lihat, mana-mana negara yang menganut ideologi komunis, negaranya tidak maju. Bukan mereka tidak boleh berbuat tetapi itu disengajakan. Buktinya Rusia yang kekuatannya boleh cabar Amerika. Mereka hebat dibidang senjata tetapi kemajuan yang ada hubungan dengan rakyat, tidak ada. Rakyatnya hidup susah. Itu ertinya bukan mereka tidak boleh buat sebab terbukti disudut senjata, dia boleh cabar Amerika. Begitu juga kapal perangnya. Kemampuan sains dan teknologinya boleh cabar Amerika tetapi untuk rakyat, tidak ada kemajuan. Kerana begitu kehendak ajaran Komunis. Kerajaan tidak mahu rakyatnya itu bermewah-mewahan.

Jadi sebab kelima mundurnya satu bangsa adalah ditentukan oleh ajaran ideologi.

Begitu juga dengan China Komunis. Sangat mundur. Sedangkan di bidang senjata boleh lawan Amerika tetapi rakyat masih pakai cangkul di bendang. Cuba ke negara China. Bendangnya melaut luasnya tetapi mereka masih pakai cangkul. Bukan mereka tidak pandai tetapi kerana dasar negaranya berfahaman komunis. Jadi ideologi juga boleh menghalang kemajuan sesuatu bangsa.

6.Sentiasa berperang
Apabila satu negara itu tidak habis-hais berperang maka ia tidak boleh membangun. Contohnya seperti Afghanistan dan Iraq. Akibat perang, hendak membangun pun tidak boleh. Takkan boleh buat pembangunan dan kemajuan yang baru.

7. Tidak ada perpaduan
Walaupun sesebuah negara itu tidak berperang tetapi kerana tidak ada perpaduan maka tidak boleh membuat kemajuan. Rakyatnya hidup sendiri-sendiri. Sedangkan kemajuan bangsa tidak boleh dibangunkan kecuali kalau ada kerjasama. Mesti ada rasa bersama. Bertolong bantu. Kalau bangsa itu hidup nafsi-nafsi, tidak boleh maju. Kemajuan yang canggih tidak boleh dibuat. Hanya ala kadar sahaja.

8.Terlalu banyak jenayah di dalam negara
Walaupun tidak berperang tetapi apabila jenayah terlalu banyak dalam negara maka susah untuk maju. Ramai orang jahat. Sekejap merompak, sekejap membunuh, sekejap kidnap. Ini juga mengganggu untuk membangun. Penjenayah-penjenayah ini mencari makan di projek-projek pembangunan itu. Kadang-kadang dia ambil pekerjanya. Kadang-kadang dia kidnap taukenya. Padahal tidak perang tetapi jenayah menjadi penghalang satu bangsa untuk maju.

Itulah 8 sebab terbesar mngapa manusia tidak boleh maju sedangkan fitrah manusia sama. Kalau fitrah itu tidak disekat, tidak ada halangan dan tidak ada cabaran, maka semua manusia boleh membangun. Tetapi 8 halangan ini membuatkan semua bangsa-bangsa di dunia tidak seimbang. Ada yang maju dan ada yg mundur. Yang lain-lain itu hanya tambahan. 8 perkara ini sangat menghalang.

Sebagai penyelamat, kalau orang bukan Islam tanya mengapa bangsa tertentu tidak maju? Takkan hendak jawab dengan hukum halal haram. Takkan hendak jawab dengan Quran hadis. Perlu dijawab dengan ilmu dunia. Supaya keyakinan orang tebal. Bukan sahaja orang Islam, bahkan orang bukan Islam pun yakin. Kalau orang Islam tidak yakin, ia mengganggu juga perjuangan kita. Perjuangan yang dilagangkan secara politik atau militan sangat lemah terutama dalam hal-hal ilmu dunia. Setiap pejuang kebenaran, semestinya memiliki ilmu dunia dan akhirat.

Cuba imbas kembali sejarah orang yang terdahulu dari kita disekitar tahun 50an dan 60an, guru-guru agamanya sangat alim. Bukan macam sekarang. Ketika itu, walau pun jika ditanya hal-hal dunia, mereka tidak boleh jawab. Begitu juga bila mereka berhadapan dengan orang besar, tidak boleh bercakap kecuali tentang halal haram. Ketika itu tidak semua orang berfikiran begini. Kebanyakan orang seronok dengan cara itu. Ketika itu ada sesetengah orang alim bercakap, “Tengok Tuhan tipu orang bukan Islam. Kita hendak makan sayur, Cina tanamkan. Kita hendak naik kapalterbang, Amerika buatkan.” Akhirnya orang bukan Islam yang menguasai kuasai tampuk ekonomi Malaysia.

Inilah antara hujah-hujah, perlunya seorang pejuang mengetahui ilmu dunia dan tahu cara untuk menggunakannya. Ilmu-ilmu seperti ini tidak ada didalam kitab-kitab. Tetapi Al Quran dan Hadis ada menyarankan agar kita berfikir akan hal-hal seperti ini.

Kredit:Harry Lord

-RAD-

KALHU & AKTIVITI MARITIM MESOPOTAMIA KE TIMUR MELEPASI TELUK PARSI

Kota Nimrod yang ditubuhkan oleh Raja Shalmanaser I (1274-1245SM) dari Assyria dikenali pada zaman purba dengan nama Kalhu. Pengkaji Eropah abad ke-19/20 menyebutnya sebagai Calah bersumber daripada catatan biblikal.

Signifikan kota itu terletak pada perkembangan ketamadunan dan jaringan perdagangan dari Sumeria di selatan, dan Sumeria pula kononnya menerima ketamadunan pasca Banjir Besar dari seberang laut dalam legenda Oenna.

Mobilasi kebudayaan Sumer inilah yang menginspirasikan kebudayaan Akkad(2344-2230SM) dan kemudian Assyria termasuk Mesir Purba(3000 SM - Awal Masihi) dan Pheonicia(500 SM - 300 M).

Bagi mereka sepanjang beberapa milenia hubungan perdagangan dan politik dengan dunia seberang laut amat penting kerana misalnya melalui pantai Sumer masuk komoditi utama, lebih mudah daripada jaringan Utara yang biasanya menjadi pesaing atau musuh politi-politi Mesopotamia. Apa yang berada di bawah Sumer adalah sumber kekuatan dan kekayaan tanpa batasan.

Dalam rekod sejarah usaha ini berlaku misalnya pada zaman Raja Naramsin dari Akkad (2254-2218 SM). Beliau yang dikenali sebagai, 'tuhan', suami 'tuhan', dan 'Raja Empat Penjuru Dunia' telah menundukkan wilayah Sumer, termasuk dalam siri peperangan maritim di Teluk Parsi yang dikenali sebagai Laut Bawah dalam kosmologi Mesopotamia. Perebutan rantau tersebut sentiasa berlaku seawal zaman Uruk (3500 - 2900 SM) untuk mendominasi aliran masuk komoditi rempah, kapas, cengkih dan berkemungkinan besar juga logam besi dari tiga tempat di Timur:

a) Magan (Oman)
b) Pulau Dilmun (Bahrain)
c) Meluhha (Indus)

Lokasi nama-nama ini bukanlah tetap dan masih menjadi bahan perdebatan namun jika diperhatikan komoditi cengkih sememangnya tiba hatta buat pertama kali ke India dari Asia Tenggara, dan dari India berkembang ke Pantai Swahili dan Asia Barat.

Logam besi pula digunakan secara meluas di Mesopotamia tetapi sehingga ke hari ini lokasi sumber mentahnya masih menjadi misteri termasuklah material lain yang teori dapatan dari lokasi-lokasi di utara tidak memiliki sebarang bukti arkeologi yang kukuh.

Manakala jika diimbau penemuan arkeologi tembikar-tembikar awal Sumeria sejak 6000 SM dan penyebarannya sehingga ke Laut Bawah memungkinkan ia telah berkembang lebih ke timur selari dengan penemuan pengaruh stempel Sumeria pada ketamadunan Indus. Perlu diingatkan Tamadun Indus dan pewarisnya pada Zaman Vedik memiliki peranan dan hubungan kuat dengan kewujudan ketamadunan Sungai Batu (abad ke-5 SM) di Kedah. Tembikar Sumeria berkemungkinan merupakan model asal buat perkembangan perusahaan tembikar Thaton (Suwarnabhumi) dan Kalasapura di Burma yang diimport ke Kedah Tua era Kota Langkasuka ( diasaskan abad pertama atau kedua masihi) dan menjadi lambang legitimasi dan hubungan kekeluargaan antara dinasti sepertimana sejarah bermulanya amalan penghantaran bunga mas Kedah ke Siam.

Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa(HMM) dinyatakan bahawa trend sedemikian berlaku. Bunga mas adalah hadiah dari Raja Merong Mahapudisat kepada Siam sebagai hadiah atas kelahiran anakanda saudara baginda. Guri gergasi dari Raja Kelinggi di hilir Burma pula adalah tanda persahabatan dan ia bukan sekadar petukaran dagang kerana Raja Kelinggi sendiri mengirim guri diraja yang disimpan oleh gemulah ayahandanya dan ia membawa simbolik yang lebih tinggi.

Pembandingan antara teknologi pembuatan batu-bata yang dibakar juga adalah signifikan memandangkan ia pertama kali muncul dalam sejarah Sumeria pada era Uruk daripada jenis material lumpur biasa sebelumnya. Kajian lanjut masih dilakukan pihak USM terhadap batu-bata jeti, struktur ritual dan pentadbiran Sungai Batu dengan tapak-tapak kebudayaan Gandhara di Lembah Indus-Kabul.

Bagi pengkaji-pengkaji indigenis Asia Tenggara segala proses pertukaran budaya itu mungkin berlaku songsang atau setidak-tidaknya mutual menafikan peranan asimetrikal.

Hakikatnya, ekspedisi Naramsin bukanlah yang pertama kali dalam sejarah Mesopotamia ke Timur bahkan telah dilakukan oleh raja-raja Assyria yang lain seperti Asurnasirpal, Rimsin dari Larsa dan Sennakherib. Sennakherib(awal abad ke 19 SM) misalnya dikenali telah membawa pulang pelbagai flora dan fauna dari serata dunia seperti kerbau dan babi hutan dalam projek Taman Tergantung pertama di dunia yang sebenarnya bukan terletak di Babilon.

Anehnya pada milenia dan kurun-kurun mendatang aktiviti membawa masuk kerbau dan paling menonjol padi sawah berterusan sehingga ke zaman Parsi dan Islam yang dikaitkan dengan kemasukan komuniti Zabaj (Melayu-Jawi).

Kesimpulannya, Kalhu di Mesopotamia bukanlah kes pertama yang memberi idea hubungan rantau tersebut dengan pengetahuan tentang alam kita khasnya kerajaan Kedah Tua yang dikenali sebagai Kalah di negeri kita. Bahkan nama ini muncul dalam pelbagai versi seperti Kolahi di Hormuz, Qalhat di Oman, Khata di Bahrain dan banyak lagi menghubungkan dunia silam kita dalam satu garisan kompleks pada satu legasi yang sama.

Teliti balik kajian-kajian mengenai aktiviti maritim Raja Merong Mahawangsa.

Allahua'lam.

- The Visitor of The Sealand

Gambar: Plak Kemenangan Naramsin (2230 SM) ke atas puak Lullibi yang mendiami wilayah Elam di pergunungan Parsi. Mahkota bertanduk dua dipercayai sebagai lambang ketuhanan dan beliau mendaki binaan gunungan untuk mendapatkan tuhan-tuhan di langit.

-Tuan Merbok II-

Thursday, 19 November 2015

Kamus bahasa banjar(banjarese)salah satu bahasa melayu tertua
A
awak - tubuh badan
akuk - saya
ayunan - buaian
amun - kalau
asuh - meriba
andak - letak
ading - adik
ampar - hampar
ampih - berhenti/sembuh
ancap - cepat
andika - awak (panggilan terhormat)
anum - muda
apik - cermat
arai - seronok
aruh - kenduri
aur - sibuk bekerja
ayuha - ya lah

B
babanam - bakar
batakun - bertanya
baimbai/baumbai - bersama-sama
bahanu - kadang-kadang
barabah - berbaring
bungul - bodoh
bapadah - beritahu
berpanderan - berborak,
bersembang
bahira - buang air besar
bekameh - buang air kecil
banyu - air
badadas - pergi dengan tergesa-
gesa
badarau - gotong-royong
bagamat - perlahan
bagaya - bergurau-senda
bagi - beri
bahambur - bertaburan, bersepah
bahari - dahulu kala
bahimat - bersungguh-sungguh
bahinak - bernafas
baisur - memohon diri untuk pulang
bajurut - berderet-deret
bakajut - serta-merta
bakakat - merangkak
bakuriak - menjerit
bakuya - mengadu
bamamai - berleter
baranga - lalat
barataan - semuanya
basanga - goreng
basaruan - menjemput/
mengundang
basurah - bercakap
basurung - berhidang
batapas - membasuh pakaian
bisa - boleh, pandai
buat - masukkan
bubuhan - kaum keluarga
bujur - betul, benar
bukah - lari
buting - (penjodoh bilangan
untuk barang ie:
sabuting, dua buting)
batis - kaki
bagawi - bekerja
bulik - balik
bahayatau - merayau
banua - negeri
basuduk - bertikam

C
cacak - pacak
cagat - tegak (berdiri)
cakah - sombong
caluk - seluk
cuntan - curi
cuur - mencari salasilah keluarga

D
dadai - sidai
dangkak - mencangkung
diang - gelaran untuk anak
perempuan
dimapa - bagaimana
dingsanak - adik beradik
diulah - dibuat
dudi - kemudian

G
gadur - tempayan kecil bermulut besar
galianan - geli
ganal - besar
gani'i - tolong
garing - demam
garingitan - geram
gayur - lemah bekerja
gugut - gigit
guha - gua
gulu - leher
guri - tempayan
guring - tidur
gawian - pekerjaan

H
handap - pendek
hakun - setuju
hirang - warna hitam
higa - tepi, pinggir, sebalik
hagan - untuk
haruk - berbau busuk
habuk - warna kelabu/coklat
hadang - tunggu
halam - dahulu
halapat - di celah, di antara
hambat - pukul
hantalu - telur
hanyar - baru
haragu - pelihara
haran - banyak digunakan
harat - cantik
haru - kacau
hawas - penglihatan yang baik
hawat - lambat
hinggan - had, batasan
hingkat - boleh, upaya, larat
halui - kecil
hayam - ayam

I
igut - gigit
ikam - awak
ikung - ekor (penjodoh bilangan)
ikup - peluk
ilat - lidah
imbah - selepas itu
inguh - berasa
intil - kedudukan yang hampir jatuh
iwak - ikan, lauk

J
jajak - pijak
jaka - jika
japai - pegang, sentuh
jarang - rebus
jinting - bawa dengan tangan
julung - beri

K
karah - kerah, secara paksa
kaina - nanti
kastila - betik
kulir - malas
kacak - ramas
kada - tidak
kadada - tiada
kadap - hari semakin gelap
kaganangan - teringat
kalimpanan - mata termasuk benda
kalumpanan - terlupa
kampil - beg
karamian - terlalu seronok
karau - nasi masak keras
karukut - garu atau pegang dengan keras
kasai - sapu dengan ubat
katuhukan - terlalu sangat
katuju - suka
kaya - seperti
kaya apa - macam mana
kiming - dipegang dan dipicit-picit
kipit - sempit
kiwa - kiri
kuantan - periuk
kuhup - terkurung dalam keadaan panas
kukut - diambil dengan tangan secara kasar
kulaan - saudara mara
kumpa - mengepam
kurihing - senyum lebar
kutung - tudung kepala untuk perempuan
kuwitan - ibubapa
kelonok - betis
karindangan - riang
kanak - budak
kajung - tegang

L
lantih - petah bercakap
lahau - lucu
lawang - pintu
lawas - lama
lading - pisau
lakasi - cepatlah
lamak - gemuk
likit - menyalakan api
limbak - melimpah (barangan)
limpap - kemek
limpas - melimpah (cecair)
lintuhut - lutut
liup - kepanasan sampai lecur
lucung - terlepas
lului - tercicir
lungur - licin
lunta - jala ikan
lingai - bersih

M
manguliat - menggeliat
maraha - biarlah
maulah - membuat
maharagu - membela, menjaga
maram - biar
manggarunum - mengomel
maniwas -
manganyumuh - bercakap seperti hendak
menyembunyikan sesuatu
mancarucus - bercakap cepat
mangaradau - bercakap tak tentu hal, mengarut
mahuhulut - mengejek
mawaluhi -
mangaramput - berbohong
mahapak - menempelak
muntung - mulut
maarit - menahan kesakitan
madam - pergi merantau
mahingal - tercungap-cungap
mahigut - kesakitan yang amat sangat
maigau - mengigau
maingking - berjalan dengan pantas
maka am - oleh itu
malacung - melompat
malar - kedekut
maling - pencuri
mamak - empuk
mandangani - menemani
manggah - semput
mangganai'i - menolong
mangincang - berjalan laju kerana marah
maunjun - memancing
mintuha - mentua
muyak - jemu
maniring - melihat
maitihi - meneliti
muha - muka

N
nang - yang
napa - kenapa
napa am - itulah
ngalih - susah
nginum - minum
nyaman - mudah dikerjakan
ngaran - nama
nakek - potong, tetak

P
pambakal - ketua kampung
parut - perut
pacul - tanggal
padar - panaskan di atas api
pagat - putus
pair - diseret, meleret
pajah - padam lampu/api
pajal - benam
padudian - terkemudian
parak - dekat
parawaan - suka menegur orang lain
patak - sembunyi
patuh - sudah biasa
picak - buta
picik - picit
pirut - senget
pukung - buai bayi dalam keadaan duduk
pundut - bungkus
pupur - bedak
purun - malu
pusut - gosok dengan perlahan
paruna - cantik (wajah)
paninian - nenek moyang

R
ranjah - langgar
ranai - senyap
ratik - sampah
raub - himpun dengan tangan
rawa - sapa
rigat - kotor
ruhui - pandai bercakap tentang sesuatu
rumpung - rongak
rakai - rosak
ragap - dakap/peluk

S
sahan - pikul sesuatu
sahang - lada hitam, sulah
saing - rajin
salawas - selama
sulukut - bakar
sambat - cakap/kata
sampiyan - awak
samunyaan - semuanya
satumat - sebentar, sekejap
sunyaan - semua
sanga - goreng
sangu - bekalan
sapalih - sebahagian
sarik - benci disebabkan marah
saruan - menjemput
sasah - kejar
sawat - sempat
sigar - segar
singgang - senget
suah - pernah
suar - lampu suluh
salawar - seluar
sugih - kaya
sulum - masukkan ke dalam mulut
supan - malu
susuban - tertusuk benda tajam
sidin - beliau
sunging - bingit


T
tihang - tiang
takuni - soal, bertanya
tutulian - pekak
tagal - tetapi
tagah - semak
tahaga - terjumpa
takutan - takut
talah - selesai
talam - dulang
talukup - tertiarap
taharap - tertiarap
tampaian - terkelihatan
tanai - tadah
tandar - alihkan
tangat - tegah, larang
tangguh - teka
tapak - tepuk
tapas - cuci pakaian
tapih - kain sarung
tarait - berkait
tatawa - ketawa
tawas - jampi
tawing - dinding
tinjak - tolak dengan kaki
tiwadak - cempedak
tuha - tua
tuhuk - penat kerana dilakukan banyak kali
tulak - pergi
tungkih - dikapak
timpas - tetak
tunjul - tolak
tunti - susul
tutuk - ketuk/tumbuk
tuyuk - longgok

U
udak - pegang makanan dalam periuk
udal - pindahkan makanan ke bekas lain
uji - manja
ukang - gigit
ulon - saya
uma - emak
umpat - ikut
ungah - nakal
uyuh - penat
utoh - gelaran untuk anak lelaki yang sulung
urang - orang

W
wada - dakwa, kecam
wadah - bekas untuk isi sesuatu
wadai - kuih
wagas - sihat
waluh - sayur labu
wangal - bodoh alang
wani - berani
wayah - ketika
wayahini - sekarang
Suka

HUBUNGAN CHINA-MALAYSIA

Saya tidak hairan dengan hubungan istimewa China dan Malaysia sebab saya memahami mengapa raja dan emperor Melayu selalu hantar duta ke negeri China pada masa lampau.Raja-raja Melayu pandai menggunakan peluang yang ada dengan kedudukan strategik yang feng-shui.

Bayangkan bapa kepada DS Najib pernah mengunjungi China ketika zaman Mao malah berjumpa dengan Mao sendiri.Mao pemimpin komunis legenda setaraf dengan Lenin dan Stalin.Tapi Tun Abdul Razak (Allahyarham) bukan mahu mempelajari fahaman komunis China tetapi beliau nampak bahawa dari dulu sampai sekarang kedudukan China dan negeri-negeri Melayu memang feng-shui dari segi iklim politik dan geografi.Biar pun China selalu mengamalkan dasar tutup pintu tetapi bila raja-raja atau pemimpin Melayu ketuk pintu,segera China membuka pintu.

Inilah kuasa diplomasi.Israel yang kecil dapat menundukkan Amerika dan Eropah menggunakan taktik ini.

China seringkali mengalah dengan Malaysia dalam pelbagai perkara.Sebab itu seorang pegawai tinggi China menggelar Malaysia sebagai 'negara kecil tetapi suaranya besar'.

China pernah menyerang Vietnam (malah sampai memusnahkan kapal perang Vietnam dan ada yang terbunuh) dan menceroboh laut Filipina dalam isu Spratly namun yang anehnya Malaysia pernah melepaskan tembakan amaran dan menggugut China keluar dari perairan Malaysia dan yang anehnya juga China patuh tanpa apa-apa tindakan.

Hubungan China-Malaysia ini macam hubungan Israel-Amerika.Israel boleh berbuat sesuka hati dan Amerika hanya diam membisu.

Sekarang Malaysia minta pelaburan 500bilion dan China meluluskan dengan tanpa banyak soal.Suruh bina jambatan,China bina jambatan Pulau Pinang.Malaysia macam adik angkat special China.

Siapa di belakang Malaysia?Malaysia banyak masuk 'kongsi gelap'.Dalam situasi yang lain,Malaysia ada 'special affairs' dengan England dalam Komanwel.Malaysia juga ada 'special affairs' dengan Rusia dalam sokongan persenjataan dan ketenteraan.Malaysia ada perjanjian melibatkan Perancis dan Jerman.Dan ada beberapa lagi perjanjian antara negara-negara tertentu yang saya tidak boleh ceritakan sebab terlampau sulit.

Kena banyak belajar bagaimana pemimpin-pemimpin Melayu menjaga diplomasi antara negara.Dan kena membaca yang tersirat hanya Malaysia yang memutuskan hubungan diplomasi dengan Israel dan bersikap memusuhi Israel namun Israel buat dek je.Cuba negara lain atau Arab,maka Israel akan cepat-cepat menuduhnya 'antisemitik'.

Perlu diingat sebagai tambahan,psikologi-emosi orang Cina di negara China berlainan dengan 'Overseas Chinese'.Orang-orang Cina Seberang Laut memiliki pelbagai penyakit psikologi dan trauma seperti 'ultrakiasu' sebagai contoh.

Saya syorkan baca buku The Chinese Dilemma oleh Ye Lin-Sheng.Pasal 'The Ugly Chinaman'.Saya telah baca banyak ulasan dari Cina Malaysia atau Cina Singapura.Rata-rata mereka menulis bahawa ini memang sukar untuk diterima namun akhirnya mereka mengeluh setuju:the Chinese is not always right.

Kredit: Srikandi

[Segmen Current Affairs]

-HE-

KAPAL PERANG JEPUN YANG TENGGELAM DI SARAWAK WW2

Jika kita melihat kepada urutan di dalam pertempuran sewaktu Perang Dunia Kedua yang berlangsung pada akhir tahun 1941 menyaksikan hanya sedikit masa sahaja yang digunakan oleh pihak Tentera Jepun untuk menduduki keseluruhan Tanah Melayu, Borneo Utara mahupun Sarawak pada masa itu. Dan pendudukan Jepun inilah merupakan satu titik pertukaran kepada wilayah jajahan Koloni British ini menjadikan sebahagian daripada wilayah pendudukan Jepun yang berlangsung dari tahun 1941 sehinggalah 1945.

Dan di dalam menyelusuri sejarah Perang Dunia Ke-2 ini di Sarawak sudah tentu lokasi pertama yang dijejaki oleh Jepun adalah Bandar Miri. Di dalam pada itu kita juga mengetahui betapa pakar risikan Jepun telah terlebih dahulu menyediakan segalanya mengenai Sarawak sebelum mereka mula menakluki Sarawak pada masa itu. |

Tepat jam 1.00 tengahari pada tanggal 13 Disember 1941, angkatan tentera Jepun telah meninggalkan Teluk Cam Ranh, Vietnam menuju ke Sarawak. Menurut sejarah perang menyatakan bahawa kekuatan angkatan tentera Jepun ini yang terlibat adalah:

• Kapal pengiring Cruiser bernama Yura dibawah kendalian Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Ini termasuk 2 kapal sokongan iaitu Kumano dan Suzuya.
• Kapal perang pemusnah bernama Murakumo, Shinonome, Fubuki dan Sagiri.
• Kapal selam pemburu yang bernama Usugumo
• Kapal pembawa pesawat tempur yang dinamakan Kamikawa Maru
• 10 buah kapal pengangkut yang membawa anggota tentera daripada Briged Kawaguchi serta kesemua pakar-pakar penggerudian minyak serta infantri perubatan mereka.

Sewaktu di dalam pelayaran menuju ke Sarawak, kesemua angkatan Tentera Laut Jepun telah diberikan perlindungan oleh kapal selam Jepun I-62, I-64, I-65 dan I-66 yang ditempatkan di sepanjang laluan. Konvoi angkatan laut Jepun ini mulanya mengarah ke arah Barat Daya pada waktu siangnya kerana tidak mahu dihidu oleh angkatan tentera perikatan tetapi ketika menjelang malam akan mengubah laluan ke Tenggara yang menghala terus ke Bandar Miri, Sarawak.

Di dalam kerancakan pendudukan Jepun di Borneo ini sudah tentu ada kapal-kapal mereka yang berjaya dibom oleh pihak British mahupun Belanda pada waktu itu. Untuk artikel dari genre Sejarah Perang Borneo ini akan menampilkan sumber informasi sejarah mengenai kapal-kapal Tentera Jepun yang “kalah” di perairan Sarawak. Sekarang, bangkai kapal-kapal perang ini terkubur di dasar laut Sarawak dan menjadi sumber hidupan laut serta merancakkan sumber industry pelancongan di Sarawak iaitu di dalam aktiviti menyelam.

Kapal-kapal Jepun yang dimaksudkan adalah:

1. Katori Maru
2. Hiyoshi Maru
3. Sagiri Maru
4. Atago Maru

i. Katori Maru

Katori merupakan kapal pengangkut tentera Jepun yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Jepun. Dibina pada tahun 1913 dan dibina oleh Mitshubishi Dockyard & Engineering Work, Nagasaki, Jepun. Dinamakan Katori mengambil bersempena dengan nama Shinto Katori, seorang legenda Jepun. Mempunyai kuasa kelajuan sehingga ke 145 knots dengan menggunakan kuasa injin stim.

Pada tanggal 24 Disember 1941 ketika di dalam perjalanan ke Kuching telah bertembung dengan kapal selam Koloni Belanda K-XIV dan memungkinkan ianya ditembak oleh torpedo lalu karam di perairan Santubong. Bangkai kapal ini bersemadi di perairan Santubong iaitu kira-kira 1 jam perjalanan dengan menggunakan bot laju dari pantai Santubong.

ii. Hiyoshi Maru

Hiyoshi merupakan kapal pengangkut tentera Jepun yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Jepun sejak di Perang Dunia Pertama lagi. Ianya merupakan antara salah satu kapal pengiring kepada Katori Maru di dalam setiap pelayaran kapal tersebut.

Oleh kerana ianya merupakan kapal pengiring maka ianya juga menerima nasib yang sama seperti Katori Maru yang tenggelam setelah terkena torpedo pada tanggal 24 Disember 1941 oleh kapal selam milik Koloni Belanda K-XIV. Sekarang ianya juga terdampar di dasar laut perairan Santubong Lokasinya juga adalah sama seperti Katori Maru iaitu 1 jam perjalanan daripada pantai Santubong.

iii. Sagiri Maru

Sagiri merupakan salah sebuah kapal pemusnah di dalam Kelas Fabuki yang dibina oleh Tentera Laut Diraja Jepun apabila berlakunya Perang Dunia Pertama lagi. Ianya merupakan antara kapal pemusnah terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Jepun sejak di kancah perang dunia pertama lagi. Kecemerlangannya terbukti sebagai kapal pemusnah terbaik sejak berlaku di Perang Pasifik lagi.

Mempunyai sistem pemusnah istimewa yang dikenali sebagai Tokugata dan mampu mencapai sasaran yang lebih jauh daripada kapal-kapal pemusnah Jepun yang lain. Dibina di Uraga Dock Company, Jepun dan telah beberapa kali diubahsuai bagi memantapkan sistem pemusnahnya.

Sekitar tahun 1937, Sagiri terlibat dengan Perang Sino-Jepun Kedua, Sagiri telah diarahkan untuk ke perairan Laut China Selatan. Pada tanggal 24 Disember 1941, Sagiri juga memasuki perairan Santubong dan telah bertembung dengan kapal selam Koloni Belanda. Pada ketika itu juga, ianya terkene bedilan torpedo oleh K-XVI lalu tenggelam.

Jika Hiyoshi dan Katori tidak mempunyai krew yang berjaya menyelamatkan diri namun untuk Sagiri dikatakan hampir 120 orang krewnya diselamatkan oleh kapal pengiringnya iaitu Shirakumo. Lokasi bangkai kapal ini adalah kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan bot laju dari Santubong.

Sagiri merupakan kapal Jepun yang terakhir yang berjaya dimusnahkan oleh submarine Koloni Belanda K-XVI kerana pada awal pagi 25 Disember 1941, K-XVI pula dimusnahkan oleh submarine Jepun I-66 yang mengorbankan kesemua anak kapalnya.

iv. Atago Maru

Kapal Atago sebenarnya merupakan sebuah kapal perdagangan milik Jepun yang dibina pada tahun 1924 oleh Glasgow by Lithgows & Sons. Ianya merupakan kapal perdagangan yang menggunakan injin diesel pertama hakmilik Jepun. Oleh kerana ianya merupakan kapal komersil maka Atago beroperasi diantara Kobe, Yokohama dan juga pantai barat USA dan Canada.

Sekitar Disember 1942, ianya telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja Jepun dan diubahsuai sebagai kapal tangki minyak untuk kegunaan peperangan. Sekitar tahun 1942 setelah kerja pengubahsuaian siap, Atago telah diarahkan untuk berkhidmat di Sarawak iaitu di Miri.

Pada tanggal 28 November 1944, iaitu ketika berlabuh dan sedang memuatkan minyak di Refinery Lutong, Miri dikatakan telah dibom oleh USAAF 13TH Airforce B-24 “Liberator” milik British dan akhirnya tenggelam di dasar laut Miri. Sekarang ianya merupakan antara kawasan selaman yang popular di Miri iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot laju daripada pantai Miri.

Mengikut sejarahnya ada banyak lagi kapal-kapal Jepun yang karam di perairan Sarawak namun begitu untuk kali ini hanya 4 sahaja yang diketengahkan kerana kawasan 4 kapal Jepun tenggelam ini merupakan antara kawasan selaman yang terbaik dan mempunyai sejarahnya yang padat. Semoga ianya berguna untuk ruang informasi sejarah bagi semua anak Sarawak.

#KamekSayangSarawakBah!

MELAYU SANG RAJA SELAT

Ada perkara menarik dalam penguasaan perdagangan di Selat Melaka.

Monopoli Srivijaya runtuh bukan sebab serangan Chola yang fake itu,sebab dalam rekod Zhū fān zhì era dinasti Song sekitar pada tahun 1225 Masehi, menyatakan Srivijaya antara wilayah terkaya di Asia Tenggara.

Yang trivianya...masa tu negeri Chola adalah paling lemah,miskin dan kena jajah dengan Pandya,siap kena bayar ufti.Sekali tu tak bayar ufti,Pandyan terus serang Chola dan pemerintah dia,Rajaraja Chola III melarikan diri.Akhir sekali kena tangkap oleh ketua wilayah Kudalur yang dahulunya dibuli oleh Chola.Raja Chola tu dipenjarakan dan ketua wilayah tu siap pasang title "Solanai-sirai-yittu-vaittu Solanadu-konda Alagiyasiyan" yang bermaksud "Yang Memenjarakan & Menakluk Chola.Brutal giler.

Berbalik kepada topik,yang buat dominasi Srivijaya pecah sebab polisi baru kerajaan Song Selatan yang tidak lagi mengamalkan polisi 'network' tetapi pasaran bebas,yang mana setiap kerajaan bebas berdagang dengan China.Maksudnya,customer boleh pergi kilang terus,tak payah borong melalui ejen.

Srivijaya pun tak boleh survive sebab rangkaian perdagangan dia dah tak relevan.Lepas tu,semua seaport bawah dia mula nak hantar duta masing-masing ke China,nak open table.

Tetapi...

Yang anehnya,selepas bertahun-tahun kejatuhan model Srivijaya,Kesultanan Melaka rilek boleh bukak balik network di Selat Melaka dan macam magnet,tarik semua perdagangan berkumpul di pelabuhan dia.

Bagaimana caranya Kesultanan Melaka dominasi Selat Melaka sekali lagi dan jerat Dinasti Ming supaya main peranan macam dinasti-dinasti sebelum polisi pasaran bebas?

Apa model perdagangan yang dia pakai?

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..”

-Duarte Barbossa

Baca kat atas tu.Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah pedagang borong terbesar dan banyaknya aktiviti perkapalan yang boleh ditemui serata dunia.

Ada orang yang bila kaji sejarah Melayu,dia suka fokus pada raja-raja Melayu yang berfoya-foya,main perempuan dan 1001 keburukan lagi yang dicari-cari dalam hikayat.Suka berangan dan berpenglipurlara lepas tu nowhere.

Tapi cer rilek jap...cuba fikirkan perkara ini.Luaskan minda.Cuba study benda ni secara teknikal.Ada benda-benda yang merupakan 'hidden gems' dalam sejarah Melayu dan kamu tidak nampak sebab terlampau berfikiran sempit.

Selat Melaka adalah selat paling tersibuk di dunia.Fikirkan bagaimana nak survive bila berduyun segala bangsa cuba merebut mangkuk emas bawah punggung kita.

~Srikandi

Sunday, 15 November 2015

WORLD CLASS MENTALITY

Case 1:

"Mentaliti kelas pertama bukanlah kemahiran untuk menggunakan teknologi canggih.. Bukan juga kebolehan menganalisa graf-graf dan data-data ekonomi.. Dan bukan juga kebolehan membaca perubahan 'political climate'..

Mentaliti kelas pertama adalah apabila seseorang membuang sampah ke dalam tong sampah, walaupun ianya sekeping pembalut gula-gula..

Mentaliti kelas pertama ialah mereka yang tahu tutup kembali pili air di tempat awam setelah digunakan..

Mentaliti kelas pertama ialah mereka yang tahu membersihkan kembali tandas yang digunakan..

Mentaliti kelas pertama ialah insan yang mengerti konsep ihsan.."

-Jamalee Bashah-

Case 2:

"The "rich mentality" thinks of ways to solve problems and make money out of what people see as problems. They seek opportunity in a problem. When the problem is blocking their way, they find a way around or through it and in the process, make money out of it.

A "poor mentality" focuses on the problems, brooding over the problem, complaining and blaming others. They see problems as a huge mountain blocking their way to riches and they only see the problem as a problem."

-Hoong Ling-

JB: Tak susah sebenarnya untuk menjadi individu bertaraf dunia.

EVOLUSI MENTAL

Petikan dari ucapan YB Menteri Kewangan II Malaysia

Di dalam konteks ini, ucapan saya akan menyentuh:-

Penciptaan kekayaan Bumiputra;
Peluang Bumiputra di dalam ekonomi berpendapatan tinggi;
Pembentukan pemikiran Melayu moden;
Kerangka evolusi mental.

PENCIPTAAN KEKAYAAN BUMIPUTRA

Jika kita ingin pemilikan kekayaan Bumiputra mencecah 30.0%, adalah perlu kadar peningkatan kekayaan Bumiputra berkembang lebih laju dari kadar pertumbuhan pendapatan kasar negara (GNI).

Peningkatan pemilikan Bumiputra semestinya akan tercapai hasil dari penciptaan kekayaan baru (wealth creation), di raih dari industri-industri berpertumbuhan tinggi (high-growth industries) yang terdiri dari sektor-sektor berteknologi tinggi dan perkhidmatan pengetahuan dan perniagaan professional (knowledge and professional business services sector).

PELUANG BUMIPUTRA DI DALAM EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

Sesungguhnya, peluang untuk menyertai secara langsung ekonomi nilai tinggi ini, ekonomi bersaingan global ini, adalah terbuka kepada yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian dengan kehendak ekonomi tersebut.

Namun, kegiatan perniagaan dan peluang pekerjaan sokongan yang mengalir dari ekonomi pendapatan tinggi adalah pelbagai dan banyak lagi terbuka kepada semua.

Secara keseluruhannya, peluang kaum Bumiputra melibatkan diri, secara langsung mahupun tidak, di dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi adalah luas.
Natijahnya, jika bangsa kita terlalu bergantung kepada sektor kegiatan ekonomi bernilai rendah, di mana penciptaan kekayaannya kecil, maka peningkatan peratusan pemilikan kekayaan bangsa Melayu tidak mungkin tercapai – the economic pie will always continue to grow.

Sepertimana saudara-saudari sedia maklum, untuk berjaya di dalam mana-mana bidang pun, termasuklah bidang pengurusan, profesional dan perniagaan, minat dan pengetahuan di dalam bidang yang di ceburi adalah satu kriteria paling utama di dalam menentukan kejayaan.

Keghairahan dan minat di dalam bidang yang di ceburi seharusnya merangkumi hampir semua aspek pemikiran dan tingkah-laku kita – umpama ikan di dalam air.

PEMBENTUKAN PEMIKIRAN MELAYU MODEN

Seiring dengan pembangunan ekonomi negara, pembangunan pemikiran orang Melayu juga telah beralih dari satu tahap ke satu tahap. Ini dapat di ukur dengan penglibatan bangsa kita di dalam pelbagai bidang, baik di alam sarjana, perniagaan mahupun NGO.

Kemampuan bangsa Melayu mengecapi kecemerlangan di dalam bidang-bidang ini adalah hasil dari pembentukan pemikiran Melayu yang sedikit-sebanyak menpengaruhi dasar Kerajaan di dalam usaha kita bersama memartabatkan kedudukan bangsa kita sebagai bangsa terulung di bumi bertuah ini.

Pasca Kemerdekaan, hulu kepimpinan pemikiran – thought leadership – bangsa Melayu di terajui oleh para cendikiawan, ahli-ahli sarjana akademik dan juga pemimpin-pemimpin politik.

Bagi saya, takrif nilai seseorang pemimpin agung bukanlah di ukur timbang dengan terdirinya megah bangunan dan tugu, tetapi sejauh manakah impak pemikiran seseorang pemimpin kepada masyarakat.

Di zaman pra-Kemerdekaan, kedudukan ekonomi bangsa Melayu adalah mundur. Pemikiran bangsa Melayu di belenggu oleh etos kolonial dan feudal.

Pasca merdeka, dengan pengenalan Revolusi Mental, Dilema Melayu dan Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain, pemikiran bangsa Melayu berganjak dari satu tangga ke tangga lain, membuktikan bangsa Melayu memiliki minda yang anjal, berubah-sesuai dengan peredaran masa.

Kerajaan pula secara berterusan berusaha sedaya-upaya untuk memberi akses kepada kaum Bumiputra mendapatkan dana modal, kemahiran dan pengetahuan, bertujuan untuk menaikkan taraf mutu kehidupan kaum Bumiputra – senarainya terlalu panjang untuk saya senaraikan satu persatu. Sungguhpun begitu, kadar pemilikan 30% masih belum tercapai.

KERANGKA EVOLUSI MENTAL

Di dalam tahun-tahun kehadapan, ekonomi akan berubah sekali lagi. Untuk mengharungi cabaran-cabaran baru ini, apakah kerangka perlu di tempa demi masa depan kita, menghadapi cabaran peralihan ekonomi dan impak-impak sampingannya?

Adalah jelas kita memerlukan suatu evolusi mental, suatu anjakan dalam pemikiran umat Melayu sejagat. Izinkan saya menghuraikan kerangka ini satu persatu.

Pertama

Kita tahu 70.0% dari penduduk negara ini sekarang bermastautin di kawasan bandar – kebanyakannya masih generasi bandar pertama. Landskap seharian bangsa Melayu, secara amnya, sekarang bersekitar di alam Bandar.

Sedang orang Melayu menyesuaikan pemikiran mereka ke alam bandar ini, terbuka pula pagar pintu internet dan kunci teknologi telekomunikasi tinggi. Alam seharian bangsa Melayu sekarang terdedah luas secara global, tiada batasan, tanpa sempadan.

Impak siber adalah luas dan mendalam. Contohnya, di negara China, Ali Baba,com berjaya merubah corak tabiat membeli para konsumer sehinggakan terdapat pengurangan pengunjung ke pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar.

Kedua

Untuk melahirkan suatu generasi yang berinovatif, seseorang itu perlu pemikiran tersendiri – independent dan objektif – tidak terkongkong kepada amalan status quo.
Kita perlu membina suatu generasi berijtihad – mampu membuat penelitian dan penafsiran tersendiri. Untuk berijtihad, perlulah seseorang itu di lengkapi sebaik-baiknya ilmu. Kekuatan jati diri perlu bersemadi di dalam jiwa individu tersebut, baik dari segi agama mahupun ilmu duniawi.

Ketiga

Dengan hanya di lengkapi dengan minda yang luas dan pemikiran berinovatif, kita tidak mungkin akan mencapai matlamat kita sebagai suatu bangsa kompetitif jika tidak memiliki semangat daya-saing yang tinggi.

Untuk berdaya-saing kita haruslah menerima-pakai pelbagai tanda-aras (benchmarks), dari segi peribadi, mahupun di peringkat industri dan korporat, dengan pemakaian amalan terbaik dan piawaian global.

Kita memiliki kemampuan untuk mengukur pencapaian kita dengan tanda-aras yang tinggi. Walaupun kadang-kalanya maksud kita tidak tercapai, perjalanan ke arah tersebut sudah cukup memberi kita pengalaman dan pengajaran yang berharga.

Saudara-saudari yang saya hormati

Bangsa Melayu kita ini bukanlah suatu bangsa yang tergopoh-gapah. Kita tilik dan kita kaji setiap langkah yang perlu di ambil. Di mana jua pun, mana bangsa pun, usaha menpengaruhi arus pemikiran sesuatu masyarakat bukanlah mudah.

Kerangka evolusi mental serampang tiga-cabang ini mampu membawa kita menangani panah petir cabaran ekonomi berpendapatan tinggi.

Sesungguhnya, kita adalah suatu umat bangsa bertamaddun tinggi, terkenal dengan pembangunan ilmiah dan amali berzaman lagi. Insyaallah, matlamat kita untuk memartabatkan ekonomi umat Islam di Negara ini akan tercapai.

PENUTUP

Saya mengucapkan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa dan Yayasan Kajian dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bekerjasama mengadakan Seminar Waqf ini.

Saya percaya hasil kajian “International Centre for Waqf Research” ini akan melonjakkan peranan waqf di kedudukan hakikinya sebagai suatu instrumen yang penting di dalam pembangunan ekonomi Islam.
Adalah harapan dan doa saya, agar Allah SWT memberkati usaha kita bersama, demi kegemilangan agama dan kesejahteraan bangsa. Saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini dengan lafaz

Wabillahi-taufik Walhidayah
Wassallamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh.

Putrajaya
21 Disember 2013

[Economy & Business]

KERIS BUKAN DATANG DARI INDIA - JAYAGOPAL (PENYELEWENGAN SEJARAH)

1. Saya difahamkan tuan Jayagopal cuba untuk menepis dakwaan kami di mana kami mengatakan bahawa kapal kemungkinan dibina oleh orang Melayu itu sendiri. Bahkan kami mendapati hujah tuan adalah mengatakan bahawa Kapal itu datang daripada perkataan Tamil.

2. Hujah kami adalah berdasarkan kenyataan yang diambil daripada (Link: http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) di mana daripada link ini dengan jelas disebut bahawa malay and Indonesian STATE.

3. Anda cuba menafikan “Malayan and Indonesia state” itu milik bangsa MELAYU dengan berpegang bahawa sebelum kedatangan orang putih, negara-negara tersebut bukannya Melayu sebaliknya mereka mendakwa diri mereka sebagai bugis, jawa, dan sebagainya. Maka, mereka semua tidak sepatutnya dikatakan sebagai Melayu.

4. Rasanya anda sudah salah faham dalam konsep rumpun Melayu itu sendiri. Anda adlaah individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.

5. Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian), kenapa tidak Melayu?

6. Kalau ditelusuri bahasa seperti suku kaum di atas, mereka diklasifikasikan dalam keluarga Melayo-Polynesian, satu sub keluarga bahasa dalam keluarga Austronesian.

7. Bahkan, idea mengenai RUMPUN MELAYU ini wujud sejak zaman berzaman. Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada tahun 1879, di mana ketika itu baginda telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan luar.

8. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”.

9. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.”

10. Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada empat kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.

11. Saya juga sarankan saudara ke link ini : https://www.facebook.com/groups/163597200488778/ yang didirikan oleh orang Indonesia, di mana mereka tidka malu untuk mengaku sebahagian daripada RUMPUN MELAYU.

12. Untuk pengetahuan saudara juga, kami bukan berbekalkan dengan link tersebut sahaja tetapi kami berbekalkan pelbagai sumber untuk menjawab mengenai bahawa Melayu antara bangsa terawal membina kapal dan mengajarkan bangsa lain cara membina kapal.

13. Kalau saudara menggunakan hujah bahawa Alexander The Great yang konon menggunakan kapal untuk berlayar ke negaranya selepas menyerang India Utara sebagai hujah bahawa kapal telah digunakan di India sebelum kedatangan era Melayu, maka izinkan saya menggunakan sumber lain juga. Walaupun setahu saya pergi dan baliknya Alexander The Great adalah melalui jalan darat, bukannya laut.

14. Menurut Lynda Shaffler, catatan daripada orang Cina, dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500, beliau menyebut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."

15. Dalam bukunya, menceritakan bahawa beratus tahun sebelum Masihi, orang Melayu sebenarnya telah menggunakan dan mencipta kapal laut yang hebat, Bahkan selepas beratus tahun digunakan oleh orang Melayu, Linda Shaffler menctatakan akhirnya pada 200 SM, barulah orang Cina berjaya menggunakan kapal yang digunakan oleh Melayu, itupun pada zaman Dinasti Han dan orang Melayu telah berlayar lebih awal daripada zaman Dinasti Han. Ini membuktikan bahawa era Melayu menggunakan kapal adalah jauh lebih lama daripada era perang Alexander The Great dan Raja Poras memandangkan jangka masanya adalah berates tahun sebelum Dinasti Han mahi rmenggunakan dan mencipta kapal mereka sendiri.

16. Kalaulah kapal itu dibina oleh orang Tamil seperti mana yang dikatakan oleh saudara, saya tidak pernah dengar pula kisah orang Tamil menjadi pelaut terkemuka bahkan mengajar bangsa lain mencipta dan menjadi pelaut terkemuka. Tetapi orang Melayu memang pelaut terkenal.

17. Sampai Madagsacar itu dijejak oleh Melayu dan mendirikan kerajaan di sana dan hari ini, keturunan Melayu di Madagascar dikenali sebagai Malagasy. Bahkan, orang pertama mengelilingi dunia bukannya orang Tamil tau, tetapi Melayu. Saya sarankan saudara mencari siapakah Panglima Awang.

18. Bhakan teknologi perkapalan juga dicipta oleh orang Melayu. Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

19. Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia membuktikan siapakah itu Melayu dan ilmu lautnya. Tidka pernah pul assay amenjumpai mana catatan mengenai kehebatan kapal-kapal yang diciptakan oleh orang Tamil.

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

20. Saya sangat menunggu untuk menemplak saudara yang cuba mengatakan bahawa keris itu adalah warisan orang Maratha. Katanya juga bahawa wilayah Melayu ini berada di bawah Empayar Raja Cheran.

21. Saya mengetahui mengenai kewujudan sebuah Dinasti Chera di Selatan India seawal abad ketiga sebelum Masihi apabila raja daripada utara India iaitu bangsa Aryan yang telah menyebut mengenai Kedalaputho dalam catatannya.

22. Namun, tidak pernah pula sepanjang sejarah dinasti Chera itu, ianya menjadi sebuah empayar dan menyerang mana-mana kerajaan Melayu di Semenanjung.

23. Adapun rekod mengenai serangan daripada India Selatan adalah beribu tahun selepas era Chera, di mana pada tahun 1025, Rajendra Chola menyerang Kedah, tetapi serangan itu bukan bersifat penjajahan tetapi mahu menggangu pelabuhan empayar Melayu Srivijaya dan lebih bersifat MENJARAH.

24. Walaupun terdapat Prasasti Tanjore yang konon menceritakan mengenai Srivijaya ditawan dan dijajah, tetapi para sejarawan mempertikaikan prasasti itu kerana 2 tahun selepas serangan itu, terdapat Maharaja Srivijaya yang menghantar utusan ke China bahkan China tidak langsung mencatatkan sebarang rekod mengenai Srivijay apernah berada di bawah empayar Chola ketika itu.

25. Adapun saya melihat, terdapat juga saudara sebangsa dengan saudara yang menggunakan hujah Sulalatus Salatin, di mana di dalam sana menceritakan mengenai seorang raja bernama Raja Suran dikatakan telah menyerang semenanjung adalah bukti Raja Chola pernah menawan alam Melayu ini.

26.Dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Soal Raja Suran inipun masih didebatkan oleh sejarawan kerana penceritaan Sulalatus Salatin agak berkias dan penuh dengan kod tersendiri. Asasnya memang kesultanan Melaka tapi terdapat banyak pendapat tentang rantingan cerita. Antaranya Alexander The Great itu sendiri.

27. Kalau diteliti kisah Raja Suran turun ke dasar laut untuk melihat kerajaan di bawahnya menggunakan kotak kaca, maka kita akan mendapati bahawa terdapat lukisan mengenai Alexander berlaku yang sama. (Link: http://scienceblogs.com/universe/wp-content/blogs.dir/447/files/2012/04/i-93ce08ed1155523d9fff936fc659633b-white_glass_FINAL.jpg)

28. Bahkan terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa Raja Suran itu adalah Parsi. Ini dalah dibuktikan apabila apabila diperhatikan serta diselusuri adalah seperti gelaran Shah yang digunakan oleh raja Melayu itu asalnya daripada Parsi dan budaya Parsi sebenarnya banyak menyerap dalam diri budaya melayu itu.

29. Sebagai contoh, adalah tradisi alat muzik nobat dan nafiri. Itu adalah berasal daripada budaya parsi dan nobat berasal dari perkataan "naubat" iaitu bermaksud 9 alat muzik dalam bahasa Parsi.

30. Itu belum kita bercakap mengenai budaya bersongkok di mana saya percaya dibawa oleh orang Parsi itu sendiri keran aterdapat lukisan dan ukiran raja Parsi memakai songkok. (Link: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/1426741_244967475661943_31845585_n.jpg)

31. Mengenai asal usul silat yang konon di bawa oleh Cheran yang dikatakan oleh saudara, saya merasakan sudah tiba masanya saudara mempelajari mengenai sejarah semua bangsa di dunia, bukan sahaja sejarah Tamil.

32. Saya mendapati bahawa dakwaan bahawa keris itu adalah milik orang Maratha berserta lukisan yang saudara persembahkan kepada saya adalah tidak logik berserta lukisan yang saudara persembahkan berdasarkan faktor-faktor yang akan saya persembahkan.

33. Bukan sesenang itu untuk mendakwa bahawa keris itu datang daripada sana kerana saudara perlu untuk membuktikan bahawa timeline asal usul dan sejarah keris itu adalah sesuai kisah saudara.

34. Zaman proto keris ditemui adalah di Kebudyaaan Dong Son, sebuah Tamadun Gangsa milik Melayu Champa di IndoChina sana di mana pada waktu itu, 2500 SM ditemui sesuatu yang dikenali oleh pengkaji sebagai Proto Keris.

35. Kemudian, pada tahun 1500 SM, Ratu Hatshepsut telah mengukir mengenai satu kerajaan yang menjadi tempat perlayaran Ratu Hatshepsut untuk berdagang dan mengambil kemenyan yang sangat berkualiti daripada situ.

36. Para pengkaji mengenali tempat ini sebagai Punt dan untuk pengetahuan saudara jayagopal, kami mendapati bahawa terdpaat ukiran mengenai raja Punt yang dikenali sebagai Raja Perahu dan isterinya Ratu Hati yang di mana Raja Perahu itu terlihat memakai keris, yang disisipkan di sebalik sampingnya. (Link: https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/305631_443944775635117_1206367128_n.jpg)

37. Namun kini terdapat beberapa para sarjana yang bersepakat mengatakan keris dipercayai paling awal ditemui di dasar tapak induk Candi Borobudur yang dibina sekitar tahun 875 masihi.

38. Keris tersebut dikenali sebagai "Keris Majapahit". bentuk hulunya seperti manusia manakala matanya menyatu bersama hulunya. keris ini lurus tidak berlok dengan kepanjangan 28.3 sentimeter.

39. Bahkan bila kita bercakap mengenai Keris, maka saudara harus menerima hakikat mengenai Keris adalah sebuah senjata yang mempunyai falsafah yang sangat tinggi dalam budaya Melayu itu. Terdapat 4 ciri-ciri untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai keris.

40. Keris harus terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bahagian bilah atau mata keris (termasuk pesil) dan bahagian ganja. Kalau bahagian bilah dan pesi melambangkan wujudnya lingga, maka bahagian ganja pula melambangkan wujudnya yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan antara lingga dan yoni adalah simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.

41. Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus.Kedudukan bilah keris yang miring atau condong itu lambang sifat yang terpuji: tidak kira apa juga kedudukan dan pangkatnya, orang itu harus sentiasa tunduk dan hormat bukan sahaja kepada Sang Pencipta, tetapi juga sesamanya. Hal ini sesuai dengan falsafah padi: semakin berisi semakin merunduk. Berdasarkan falsafah ini, pendapat yang mengatakan keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak.

42. Ukuran panjang bilah keris lazimnya adalah antara 33 cm sampai 38 cm.Namun, bilah keris di luar Jawa boleh sampai 58 cm, bahkan panjangnya keris buatan Filipina Selatan ada yang mencapai 64 cm. Mengenai senjata tikam menyerupai keris yang panjangnya di bawah ukuran yang lazim, menurut banyak ahli belum dapat dikategorikan sebagai keris, tetapi keriskerisan.

43. Keris yang baik harus dibuat dan ditempa dari tiga macam logam, minimaldua, iaitu besi, baja dan bahan pamor. Keris-keris tua atau lebih tepatnya keris prototaip, misalnya keris Buda, tidak menggunakan pamor.

44. Bahkan untuk pengetahuan saudara Jayagopal, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

45. Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.

46. Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’. Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.

47. Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara Jayagopal. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.

48. Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah dagger di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Kalau ada, sila kemukakan.

49. Keris bukan sebarang besi. Antara keris yang mempunyai nilai tinggi ditempa dengan batu meteor. Sebenarnya terdapat banyak jenis besi digunakan utk menempa keris. bukan calan-calang prosesnya.

50. Seandainya keris adalah warisan dari orang Maratha, sila jawab pertanyaan saya... Adakah terdapat satu jenis senjata dari India yang mempunyai falsafahnya setanding dengan falsafah keris? Kami mencabar saudara Jayagopal.

51. Cabaran kami juga adalah berbunyi begini, kalau keris berasal dari budaya India ,sudah tentu ia masih terdapat di India hingga ke hari ini . Adakah keris terdapat di India hari ini, sedangkan di wilayah Melayu Nusantara ia masih digunakan meluas hingga ke hari ini. Kalau ada, sila tunjukkan bukti.

52. Bagaimana boleh dikatakan bahawa sebuah empayar Tamil pernah alam Melayu sedangkan di zaman dahulu tiada penempatan koloni orang India (Tamil ) di negeri-negeri Malay city state. Paling awal koloni kaum India adalah Kaum Ceti di Melaka. Di tempat lain tiada koloni India .Kalau benar Rajendra Cola berjaya menakluk Malay City State sudah tetu dia membina penempatan besar kaum Tamil untuk mengukuhkan kedudukan,Ternyata tiada.Ternyata seluruh angkatan Cola pulang ke India semula dan tidak menetap di sini.

53. Sedangkan Portugis yang menaluk Melaka dalam tempoh singkat pun ada meninggalkan koloni Kaum Serani di Melaka hingga ke hari ini.Tak akan empayar Tamil yang didakwa oleh saudara yang dikatakan berjaya menakluk tak tinggalkan sedikit koloni pun.

54. Juga, berikan kepada kami seni mempertahankan diri apa yang digunakan oleh bangsa Tamil/India yang menggunakan keris kerana keris adalah kembar kepada seni mempertahankan diri Melayu.

55. Kami juga mendapati bahawa saudara cuba menggunakan istilah "KAPAL" dalam bahasa Melayu yang membawa hujah kononnya ianya dicedok dari bahasa Tamil menandakan bahawa kapal di bina oleh orang Tamil.

56. Untuk Pengetahuan saudara Jayagopal, mengenai perkataan Kappal sebagai kapal pula sebenarnya peminjaman perkataan kapal dari orang tamil ini berlaku di zaman semi modenr kerana sebelum itu orang2 melayu TIDAK Menggunakan perkataan KAPAL

57. Tanyalah orang-orang tua yang umurnya lebih 90 tahun kalau ada, mereka memanggil kapal sebagai jong, lancara, geliung, pinisi, Perahu, Geliung, lancang, barangai ,tongkang, bahtera, penyalang dan banyak lagi.

58. Dan mengenai perkataan kapal juga hanya pengkaji moden yang menggunakan perkataan itu tapi pengkaji dan penulis british zaman dahulu menggunakan perahu atau junk dan proahs

59. Contohnya: The Malay piratical proas are from six to eight tons burden, and run from six to eight fathoms in length. They carry from one to two small guns, with commonly four swivels

60. Kami mengharapkan penghujahan daripada pihak saudara bagi menjawab setiap hujah yang kami persembahkan. Saudara haruslah menjawab keseluruhan hujah kami, bukannya menjawab separuh dan meninggalkan separuh kerana itu adalah perbuatan tidak beradab dalam perdebatan ilmiah.

[HE, TMH,  Al-Semantani, RAD, mz, Izzat Yousuf, AH, ninotaziz, AP dan Sepintas Lalu]

(Department Sejarah Nusantara "The Patriots")