The "Great Bombard" meriam terbaik milik Turki Uthmaniyah
Sebagai umat islam kita harusnya bangga dengan pencapaian umat terdahulu dalam meluaskan pengaruh islam ini. Syiar islam sebenarnya tidak ditegakkan malalui mata pedang tapi lebih kepada misi dakwah. Walaubagaimanapun kekuatan militari yang dimiliki oleh umat islam ketika itu khususnya di era Turki Uthmaniyah tidaklah boleh dipandang enteng. Padah bagi sesiapa yang mencari penyakit.
Jika kita selusuri kisah tumbangnya kota Konstantinople di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh tentunya kita kagum dengan keberanian, kesabaran dan ketakwaan tenteranya di medan jihad. Bolehlah kita katakan kemodenan kelengkapan perang turut membantu dalam misi penawanan ini.
Pada kali ini saya ingin membincangkan tentang meriam yang digunakan oleh tentera Sang Penakluk (Al-Fateh) yang menjadi salah satu faktor keberjayaan misi ini.
The Great Bombard, senjata tercanggih Umat Islam pada abad ke 15. Tentera Kaum Muslimin adalah salah satu pasukan yang paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Bukan hanya dikenal dengan keberaniannya, tetapi juga dikenal dengan strategi peperangnya, dan inovasi persenjataan. Dan tentu saja yang membuat bangsa Eropah terpukau adalah, kewajiban solat yang masih dijalankan oleh pasukan kaum muslimin disaat terjadinya peperangan.
Selain penemuan teknologi-teknologi militer lainnya, salah satunya yang termasyur adalah Meriam Raksasa dari zaman Turki Usthmaniyah, atau lebih dikenal dengan sebutan The Great Bombard. Ini adalah teknologi artileri paling maju dan paling kuat saat itu. Bangsa Eropah ketika itu juga menggelarkan meriam ini sebagai "Muhammad Gun"
Dirancang pembuatannya pada tahun 1450 oleh seorang arkitek bernama Urban. Dengan panjang 518 cm (kaliber 8,2) dan berat 18.6 ton, senjata ini terdiri dari dua bahagian iaitu bagian laras yang digunakan untuk menembakkan peluru yang dibuat dari bola-bola granit raksasa dengan berat 300 Kg hingga 1600 Kg, dan bahagian kelongsong yang dapat menampung 7 bola granit raksasa atau 15 bola granit ukuran kecil. Kerana itulah dalam sehari meriam ini hanya mampu menembak paling maksimum 15 kali. Jangkauan tembak The Great Bombard sangatlah luar biasa pada saat itu, iaitu dapat menjapai jarak satu batu (pada zaman tu sudah dikira cukup canggih)
The Great Bombard terbuat dari bahan logam terbaik dan ditempa oleh para tukang besi terbaik saat itu, dan yang membuat meriam ini berbeza daripada meriam-meriam lainnya adalah ukiran seni yang mengandung unsur kebudayaan Islam pada masa itu. Untuk menembakkan satu kali saja konon membutuhkan banyak sekali bahan ledak atau Gun Powder.
The Great Bombard juga ditempatkan di benteng pertahanan, baik yang ada di darat mahupun di pantai. Selain digunakan sebagai artileri darat, The Great Bombard juga dipasangkan pada kapal-kapal perang turki, seperti jenis kapal galleon dan monitor. Dalam Pertempuran Dardanella, meriam itu mampu menenggelamkan enam kapal Sir John Ducksworth.
Pada tahun 1866, Sultan Abdul Aziz memberikan salah satu The Great Bombard yang digunakan pada perang Dardanella untuk Ratu Victoria saat kunjungan kenegaraannya ke England (satu je dia bagi ada 5 laras lagi dalam simpanan). Dan kini The Great Bombard atau Dardanella Gun tersebut berada di Fort Nelson, Portsmouth, England. Senjata legenda itu kini telah menjadi sebahagian dari koleksi paling berharga Royal Armouries Kerajaan England.
Al-Fatehah bagi para syuhada' yang telah gugur dalam jihad tersebut.
~Sang Teroesir~
No comments:
Post a Comment