Bangsa Hyksos ni berasal dari Kaukasus tapi anehnya berdarah semitik. Mereka ini berkait dengan bangsa Hittite yang kesnya pun sama berdarah Indo Eropah tetapi menggunakan tulisan semitik.
Hittite dipercayai merupakan induk terawal bahasa Indo Eropah termasuk bahasa Parsi dan Sanskrit dan mereka juga berasal dari pergunungan utara Mesopotamia membuatkan kita terfikir bahawa kawasan sekitar Ararat itu seperti homeland yang mengumpulkan baka terawal masyarakat anideluvian Nabi Nuh.
Pecahan semitik dan jafetik ini saling mempengaruhi di situ dan terkenal dengan kultus Dewa Gunung dan Guruh.
Orang Hyksos mula masuk ke Mesir pada waktu yang sama dengan Hittite mencurah masuk ke Mesopotamia dan Hyksos pada masa yang sama memerintah Palestin yang mula diduduki nabi Ibrahim di Hebron. Ratusan tahun kemudian apabila mereka diusir dari Mesir meninggalkan Bani Israel dan etnik semitik lain terperangkap dalam sentimen dan polisi antisemitik orang Mesir The New Dynasty dan beberapa generasi kemudian tercetuslah eksodus Nabi Musa.
Era pemerintah Hyksos dan kemudian pada zaman Nabi Sulaiman menyaksikan trend di rantau Asia Barat kurang penghasilan material yang diberi ukiran antropomorfik mengirakan pengaruh monotheisme Ibrahimi.
- TMII
No comments:
Post a Comment