Friday, 27 May 2016

MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA DAN MENGAPA IA SANGAT SENANG MENERIMA ISLAM?


Kesimpulan ringkas Prof Oppenheimer di dalam pembentangannya di Konferens Antarabangsa Kedah Tua minggu lepas adalah 86% Orang Asli terutamanya dari Melayu Proto adalah keturunan langsung manusia yang bergerak masuk ke penghujung Asia Tenggara sejak permulaan migrasi dari Afrika jutaan tahun lampau. Daripada itu ia berpecah membentuk kelompok Melayu moden yang memiliki sekitar 40% genetik sama. 40% ini merupakan pencairan hasil pergerakan berlapis-lapis dan berterusan Utara-Selatan dan Selatan-Utara antara Asia Tenggara dan Selatan China pada zaman neolitik.

Pergerakan ke selatan pula terbahagi dua, yakni pertama turun dari Selatan China ke Indo China, dan kedua dari Selatan China ke Taiwan dan menyebar ke Lautan Pasifik. Hubungan keduanya amat minimal dan pada pendapat saya bahasa Austronesia mungkin menyebar secara terpisah walaupun identikal. Dari kedua-dua pergerakan berbeza tersebut bermakna bahasa Taiwan tidak semestinya adalah yang tertua dan ia sepatutnya sama tua dengan yang turun ke Semenanjung-Sumatera-Jawa melalui Indochina, hanya bahasa induk dari Indochina itu lenyap lalu meninggalkan sela bahasa.

Menarik untuk diperhatikan bahawa pergerakan pesisir dari Selatan China ke Indo China dan berakhir di Jawa itu menjelaskan persamaan linguistik dan usia genetik antara beberapa geografi strategik sepanjang laluan tersebut yakni di Champa, Kelantan dan Jawa. Perhubungan minimal antara kedua-dua pergerakan Indo China dan Taiwan itu dapat diberikan contoh dengan kebudayaan Melayu Indochina yang berasaskan agrikultur padi(penanaman padi pertama di dunia adalah di Ban Chiang di Timur Laut Siam) manakala kebudayaan dari Taiwan berasaskan ramuan sago dan hasil bumi.

Perlu diperhatikan kewujudan rumpun ini di selatan China pra pembentukan ketamadunan Lembah Kuning menjadi leluhur kepada identiti barbarian selatan di sana yang kemudian sentiasa dikaitkan dengan kebudayaan Chu yang eksotik dan mistikal yang kemudian dicedok oleh masyarakat di lembah utara China.
Kemudian, berdasarkan artikel akademik baharu yang dikongsikan daripada Dr. Nasha, bentuk hierarki masyarakat Kepulauan Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua yakni masyarakat yang berasaskan agraria di mana memerlukan struktur pengkelasan masyarakat yang kompleks manakala yang kedua masyarakat maritim yang hanya memiliki dua lapisan utama tanpa keperluan lapisan pertengahan - yakni dari lapisan pemungut komiditi terus sampai ke lapisan pemerintah. Corak yang kedua menjadi asas majoriti kerajaan awal dan klasik Melayu yang tidak memiliki sempadan tetap tetapi berdasarkan sistem thalasokrasi memonopoli 'titik cerut', kawasan pesisiran yang strategik.

Berdasarkan teori migrasi ke selatan Prof. Oppenheimer kelihatannya mungkin masyarakat Melayu awal wujud dalam kedua-dua corak atau menggabungkannya.

Corak yang pertama jika diperhatikan dengan bentuk pergerakan manusia sejak zaman neolitik dan menghampiri zaman besi menunjukkan masyarakat Melayu di Tanah Besar lebih cocok dengan peranan sebagai pengendali dan perintis kepada masyarakat, kebudayaan dan ketamadunan kompleks dan ciri-ciri mereka ini membuatkan mereka lebih hampir dan paling awal menerima pengaruh ketamadunan agraria Benua Kecil India. Corak kedua yang merupakan majoriti menjelaskan adalah tidak hairan apabila elemen Hindu-Buddha terhakis dengan senangnya di sebahagian besar kepulauan Melayu apabila Islam tiba kerana kemiripan sistem kemasyarakatan dan kebudayaannya yang lebih terbuka

- TMII

Saturday, 21 May 2016

AC MILAN. GERGASI YANG GENERASI BARU HARUS KENALI

#KolumKhas

AC MILAN , Gergasi Yang Generasi Baru Harus Kenali.

Sejak era moden dalam berberapa tahun kebelakangan ini. AC Milan seakan aka satu kelab yang berpublisiti sederhana. Ada yang mulai melabel kelab sebagai kelab untuk orang yang nak pencen. Dahulu AC Milan yang menolak pemain bukannya pemain menolak untuk kesini.

#Asas Pembentukan

Ac Milan dicetuskan oleh dua orang ekspatriat Inggeris, iaitu Herbert Kilpin dan Alfred Edwards pada tahun 16 Disember 1899 sebagai sebuah kelab kriket dan bolasepak Milan. Edwards telah menjadi Presiden kelab pertama Milan dan Kilpin pula menjadi kapten pertama Milan.

Selepas 2 tahun , pada musim 1901, Milan memenangi title Itali pertamana setelah mengalahkan Genoa C.F.C di final 3-0. Pada 1908, berberapa pemain dari Itali dan Swiss tidak menyukai dominasi orang Itali dan Inggris dalam skuad 'asal' Milan ini telah membantu membentuk Internazionale Milan.

#Era GreNoLi !!

Milan telah menjadi sangat digeruni selepas melahirkan antara trio terbaik dalam bolasepak Itali dan Eropah yg digelar GreNoLi, iaitu gabungan bintang Sweden Gunnar Gren , Gunnar Nordahl, dan Nils Liedholm. Pasukan ini turut mendaftark lagenda Cesare Maldini. Pada Februari 1950, Milan mencetak kemenangan glamor 7-1 ke atas Juve dengan Nordhal mencetak hatrik.

#KEJUARAAN EROPAH PERTAMA

Nereo Rocco adalah jurulatih bolasepak yang mencetuskan taktik catenaccio (bertahan seperti 'park the bus') telah dilantik menjadi head coach Milan Pada 1961. Milan memiliki bintang Gianni Rivera dan Joe Altafini yang masih muda dan menjuarai Piala Eropah pertama mereka (UCL hari ini) pada 1962 mengalahkan satu lagi kelab gergasi Benfica 2-1. Milan menjadi kelab Itali pertama menjuarai  kejohanan Eropah.

Meskipun pada dekad 1960-an mereka menjuarai Eropah, pada dekad yg sama juga AC Milan mengalami sedikit kemerosotan dan Bandar Milan mula dikuasai Internazionale era legendary Helenio Herrera.

Scudetto berikutnya hanya dimenangi pada 1967/1968, ia diikuti Winner Cup. Pada musim 1969 selanjutnya AC Milan memenangi Piala Eropah kedua mereka (menang 4-1 ke atas AFC Ajax) dalam pertembungan epik Total Football vs Catenaccio. Milan turut menjadi juara Piala Interkontinental (Kelab dunia) pertama, setelah mengalahkan Estudiantes de La Plata dari Argentina dalam final dua leg dramatik (3-0, 1-2).

#Degradasi Ke Serie B

Pada era 70-an, AC Milan hampir memenangi Scudetto kesepuluh mereka namun pada penutup dekad itu pada 1980 mereka dihukum oleh badan bolasepak Itali bersama S.S. Lazio, karena terlibat skandal perjudian Totonero. Pada 1980/1981, Milan dengan mudah menjuarai Seri B, dan kembali ke Seri A, namun mereka pada 1981/1982, Milan disingkirkan kembali kerana isu skandal sekali lagi.

#Era Dream Team

Selepas isu yg teruk melanda Milan, mereka membawa masuk Berlusconi dan jurulatih yg inovatif Arrigo Sacchi. Berlusconi terus mendapatkan berberapa bintang Belanda, iaitu Marco van Basten, Frank Rijkaard, dan Ruud Gullit, selaim bakat Itali seperti Roberto Donadoni, Carlo Ancelotti, dan Giovanni Galli.

Era Sacchi, Ac Milan menjadi paksi dan kuasa bolasepak penuh kompleks dari segi taktikal. 1988-1989, Milan menjuarai UCL ketiganya, menewaskan Steaua Bucuresti 4-0 di final, dan mengulangi kejayaan mereka di musim-musim berikutnya, mengalahkan S.L. Benfica.

Skuad kemenangan Eropah mereka adalah:

GK: Giovanni Galli

Defender : Mauro Tassotti, Alessandro Costacurta, Franco Baresi, Paolo Maldini

Midfielder : Angelo Colombo, Frank Rijkaard, Carlo Ancelotti, Roberto Donadoni

Penyerang : Ruud Gullit, Marco van Basten

#Peralihan Ke Tangan Fabio Capello

Sacchi meninggalkan Milan untuk menjadi jurulatih Itali, Fabio Capello mengambil alih Milan, dan mereka menikmati masa gemilang sebagai Gli Invicibli (The Invicibles) dan Dream Team. Dengan 58 pertandingan tanpa satu pun kekalahan, membuatkan mereka turut dilabel pasukan  impian (The Dream Team) yg lengkap di segenap sektor. Mereka ada Baresi, Costacurta, dan Maldini di pertahanan. Marcel Desailly, Donadoni, dan Ancelotti di tengah, dan Dejan Savicevic, Zvonimir Boban, dan Daniele Massaro bermain di serangan.

#Kesukaran Pertengahan 90-an

Selepas pemergian Capello, Milan melantik Tabarez sebagai ketua jurulatih selepas namun aksi hambar Milan pada awal musim 1996/97 dan mereka melantik semula Arrigo Sachhi untuk menyelamatkan semula Milan, namun mereka cuma menamatkan kempen di luar top 10 walaupun membeli Christop Dugarry, Ibrahim Ba dan Edgar Davids.

Sacchi digantikan dengan Capello di musim berikutnya. Capello yang menandatangani ramai bintang seperti Kristen Ziege, Patrick Kluivert, Jesper Blomqvist, dan Leonardo, tetapi hasilnya sama buruk dengan musim sebelumnya. Musim 1997/98 mereka berada di tangga kesepuluh. Seperti Sacchi, Capello dipecat walaupun sebelum ini pernah memberikan kegemilangan.

Alberto Zaccheroni dilantik pada musim baru  dan menamatkan liga di tempat ke-3. Zaccheroni menandatangani Oliver Bierhoff, Thomas Helveg, Roberto Ayala, Luigi Sala dan Andres Guglielminpietro dan dengan formasi kesukaan Zaccheroni 3-4-3. Zaccheroni dan Milan menjuarai scudetto ke-16 kembali ke Milan.

Starting XI Utama masa tu adalah: Christian Abbiati, Luigi Sala, Alessandro Costacurta, Paolo Maldini; Thomas Helveg, Demetrio Albertini, Massimo Ambrosini, Andres Guglielminpietro; Zvonimir Boban, George Weah, Oliver Bierhoff.

Kegagalan untuk mara lebih jauh dalam UCL dan tewas kepada Deportivo de La Coruna membuatkan Zaccheroni dipecat meskipun pada awal kempen UCL ereka menewaskan Barcelona.

Cesare Maldini, ayah kepada kapten Paolo, dilantik segera. Cesare Maldini bermula dengan kemenangan 6-0 atas A.S. Bari. Era Cesare Maldini, AC Milan mengalahkan seteru perit sebandar Internazionale dengan kemenagan penuh sejarah 6-0, dengan aksi istimewa Serginho dan result masih tak lagi diulang dan mustahil pada hari ini.

Namun, setelah berada di puncak, Milan mulai tewas lagi berberapa perlawanan termasuk kekalahan 1-0 di tangan sang kerdil Vicenza Calcio, hasil gol tunggal prospek istimewa Luca Toni. Maldini gagal berada di top 4 dan menamatkan Liga di tempat keenam.

Pada musim 2000–2001, Milan berbelanja besar sekali lagi dengan pembelian Javi Moreno dan Cosmin Contra yang membabtu Deportivo Alaves ke final Piala UEFA.

Milan juga menandatangani Kakha Kaladze (dari Dynamo Kyiv), Rui Costa (dari AC Fiorentina), Filippo Inzaghi (dari Juventus), Martin Laursen (dari Hellas Verona), Jon Dahl Tomasson (dari Feyenoord), Umit Davala (dari Galatasaray) dan Andrea Pirlo (dari Inter Milan).

Fatih Terim dilantik sebagai manager, menggantikan Cesare Maldini tanpa memberikan lebih banyak peluang kepada beliau. Namun, setelah lima bulan di Milan Terim dipecat karena gagal berada di top 5 dalam pertengahan musim.

#ERA ANCELOTTI

Terim digantikan oleh jurulatih muda benama Carlo Ancelotti meskipun ramai fans mahukan Franco Baresi. Ancelotti berjaya mengakhiri musim 2001-02 dalam top 4 dan layak ke Champions League . Ancelotti membawa Milan meraih gelaran Liga Juara juara 2002/2003 mengalahkan Juventus secara dramatik di Bandar Manchester.

Nama Andriy Schevchenko tiba - tiba meningkat naik selepas menjadi penjaring terbanyak UCL ketika itu dan Milan kembali digeruni. Pada 2005 mereka mara ke final UCL sekali lagi namun ditewaskan Liverpool hasil inspirasi Gerrard dan dendam mereka terbalas pada 2007 apabila menewaskan Liverpool di UCL dan ia UCL kesembilan dan yg terakhir untuk mereka.

Era ini mereka memiliki pemain terbaik dunia bernama Kaka disamping Inzaghi, Pirlo, Nesta, Dida, Gatusso, Schevchenko, Maldini, Cafu dan ramai lagi.

Namun pasukan ini dituduh dengan skandal calciopoli pada 2006/2007 yang menyaksikan Juventus  didegredasi ke Serie B dan AC Milan ditolak 8 mata pada musim berikutnya. Impak amat besar kepada Milan dari segi kewangan.

#PASCA ANCELOTTI

Ancelotti  meninggalkan Milan Untuk menyertai Chelsea pada 2008 dan diganti Leonardo. Pada pasca Ancelotti, Milan sangat struggle sehinggalah Allegri mengambil alih dan mereka kembali menjadi kuasa Italy seketika dengan talent Ibrahimovic, Robinho, Pato, Ronaldinho dan Beckham. Pekembangan pesat Juventus menyaksikan Milan terus struggle. Mereka berdepan isu kewangan dan terpaksa melepaskan berberapa bintang termasuk Kaka, kemudian Ibrahimovic yg melihat projek lebih baik di PSG.

Berlaku berberapa kesilapan dalam assestment seperti melepaskan Aubameyang yg dikatakan tak akan menjadi special talent dan Pirlo yg dilabel sudah 'tua'. Pirlo membuktikan di bermain bolasepak terbaik di Juve dan dimana Aubameyang hari ini. Milan kini bukan hub tumpuan pemain sehebat dahulu dan banyak signing mereka based on loan.

Milan perlu bangkit untuk mengembalikan kegemilangan mereka. Saya sangat menghormati kelab yang menjadi salah satu daripada kehidupan bolasepak remaja saya.

Thursday, 19 May 2016

KERAJAAN BERILMU: “KHAN” BUKHARA

Mari kita jelajah ke Asia Tengah, wilayah yang tidak dikenali ramai. Satu masa dahulu, wilayah ini telah dijadikan medan peperangan diplomasi dan politik yang sungguh panas antara Empayar Rusia dan Empayar British (Syarikat Hindia Timur Inggeris). Dan salah satu daripada kerajaan yang wujud di Asia Tengah pada ketika itu adalah Kerajaan “Khan” Bukhara (Bukharan Khanate).

Kerajaan ini dimulakan Dinasti Parsi-Mongol-Turki Shayban. Dibawah kepimpinan Shayban, Bukhara menjadi zon utama untuk ilmu, sastera dan seni. Terlalu banyak buku-buku tentang sejarah dan geografi boleh didapati, seperti Haft Iklim (Tujuh Iklim) oleh Amin Ahmad Razi.

Ilmu semakin bercambah dengan kepakaran seni visual dan lukisan diterajui Sultan Ah-maskhadi, Mahmud Ibnu Ishaq, Mahmud Buklian, Maulana Mahmud Muzaheb dan Jalaludin Mushfiki.

Ilmu kedoktoran pun tidak menjadi perkara yang asing dalam Bukhara. Maulaa Abdul Hakim merupakan doktor yang sungguh popular di kawasan Bukhara pada abad ke -17.
Bagaimana semua ini boleh berlaku?

Kerajaan Bukhara pentingkan pendidikan awam. Setiap kawasan kejiranan mempunyai sekolah-sekolah sendiri. Ibu bapa menghantar kanak-kanak mereka sertai program pendidikan rendah dan madrasah selama 21 tahun untuk pelajar ilmu-ilmu akidah, undang-undang, muzik, sastera, sains dan matematik.
Sebab itulah Asia Tengah dapat melahirkan minda-minda yang cemerlang.

Kerajaan Khan Bukhara BERTAHAN selama 285 tahun sebelum berpecah tiga menjadi Emiriyah Bukhara, Khanat Kokand dan Empayar Durrani. Nama “Bukhara” masih lagi wujud di Uzbekistan pada hari ini.

Jika kesana, jangan lupa balun Nasi Bukhari.

-- AFDS --

CHIH TU SEBUAH KOTA MELAYU KEEMASAN YANG SANGAT KAYA-RAYA


Yang-ti memanggil pembesar-pembesar istana Sui datang mengadap. Baginda amat bercita-cita untuk menakluki dunia sebelah Utara dari empayarnya, setelah berjaya menundukkan Negara Dai (Viet) dan sebahagian Champa.

Namun begitu, baginda amat bercita-cita untuk menakluki negara Goguryeo, sebuah Kota Maritim di Semenanjung Korea. Lalu baginda menghantar pegawai-pegawai kepercayaan baginda untuk membuat hubungan diplomasi dengan negara yang sangat kaya di Asia Tenggara iaitu Chih-tu bagi membiayai kempen perang di Goguryeo.

Chih-tu merupakan sebuah negara kota yang sangat kaya raya. Kekayaan negara ini terkenal seantero dunia kerana negara ini mengawal kawasan perlombongan emas dan perdagangan di Timur dan Barat Selat Melaka. Namun begitu negara ini sering diancam oleh negara-negara lain yang menjadi pesaing kepada negara ini. Antara negara yang paling dahsyat mengancam ialah negara Chen-la.

Chen-la yang telah berjaya menghalau Rudravarman serta keluarga diraja Funan yang berbangsa melayu tidak berjaya memusnahkan seluruh empayar Funan apabila Raja Funan dirajakan di Pan-pan dengan seluruh kekuatan armada Funan merantai seluruh lautan dan kepulauan yang wujud di Teluk Siam, Chen-la tidak dapat meneruskan kemaraannya ke Selatan lagi dari Pelabuhan Oc-eo. Natijahnya, Dvaravati pula mengisytiharkan mereka merdeka dari belenggu Chen-la.

Namun begitu, dalam laporan Kronik Tang (Tang-shu), Chen-la telah menyerap semua bekas jajahan Funan. Mungkin Chen-la yang mempunyai kekuatan tentera darat yang kuat berjaya menakluki semula Dvaravati dan Kerajaan Mon tersebut mengikuti arahan Chen-la. Kerajaan-kerajaan di Seluruh Segenting Kra pula berjaya memerdekakan diri dari belenggu Chen-la dan mengikuti telunjuk ‘Funan’ baharu yang dirajakan di Pan-pan.

Pan-pan yang asalnya sebagai Kota Para Pendita (Brahman) yang hanya menggunakan tembok kayu dan askar yang tidak dilengkapi alat kelengkapan moden, berubah menjadi sebuah Kota Maritim yang kuat dengan kelengkapan moden yang dibekalkan oleh Tentera Laut Funan. Oleh yang demikian, Pan-pan menghantar utusan ke Dinasti Liang pada tahun 551 dengan rajanya berasal dari Funan atau dari Jalur Keturunan Varman.

Kita perlu ingat, bahawa tradisi raja-raja melayu ini ialah, pembesar atau raja bawahan akan membuka dahulu sesebuah negeri, baru raja akan ditabalkan kemudian jika negeri tersebut sesuai. Semasa pentadbiran raja bawahan, negeri tersebut tidak terlalu berkembang pesat. Namun, setelah pewaris raja yang asal ditabalkan (seperti kes Demang Daun Lebar dan Seri Teri Buana), Negeri tersebut akan berkembang dari sebuah pelabuhan kecil atau kota kecil menjadi kota pelabuhan utama.

Apabila Pan-pan menjadi negara yang ditabalkan raja besar, ia bertukar menjadi emporium. Pan-pan yang menjadi sebahagian daripada Funan sebelumnya, bertukar memainkan peranan sebagai pusat pemerintahan empayar Funan. Justeru, Raja-raja Funan dan Pan-pan silih berganti muncul namanya menghantar utusan penguftian dan perdagangan dengan negara China sehingga pertengahan abad ke-7M.

Kemunculan kuasa dunia di Segenting Kra ini berjaya menghalang Chen-la dari menjarah kawasan melayu. Namun begitu, Kerajaan yang sedia ada iaitu Kerajaan Kedah (Kan-da-ri) dan Langkasuka (Lang-Hya-Shu) yang wujud di Selatan Segenting Kra terasa terancam dengan kehadiran emporium Funan yang telah menyerap seluruh Tun-sun, iaitu dari Martaban sehingga ke Takola, membentuk wilayah yang besar dan kuat. Lalu, Kerajaan Kedah dan Langkasuka bergabung di bawah satu empayar yang menjadi negara persekutuan pertama yang wujud dengan menggunakan bendera Sang Saka Merah Putih, membayangkan tanahnya yang kebanyakannya berwarna merah dan kota-kota pentadbiran dan candi-candi yang berwarna merah.

Kewujudan empayar persekutuan ini dinamakan Empayar Tanah Merah yang diwujudkan pada tahun 568M atau pada tahun 490 saka dengan Raja dari Wangsa Chudam (Gautama). Mungkin Chudam ini adalah nama keluarga yang sama seperti Merong. Namun begitu, empayar Tanah Merah (Chi-tu) ini tidak berhubungan dagangan dengan Empayar Chin kerana empayar Chin lebih meyakini Pan-pan dan Funan daripada kewujudan Chih-tu, walaupun sebelumnya, Kandari dan Langkasuka pernah menghantarkan utusan ke istana Chin. Chih-tu juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negara Pan-pan (Funan), Kha-la-tan dan Fu-nan.

Namun setelah kejatuhan Dinasti Chen, muncul pula dinasti Sui yang sangat agresif. Dinasti Sui pula menyerang, menjarah dan menakluki wilayah-wilayah Champa (Lin-yi), yang kita tahu mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Funan (wangsa Varman) sejak Funan menguasai seluruh Sungai Mekong dan Dataran yang sangat luas di Indochina. Oleh yang demikian, Yang-ti tidak boleh membuat hubungan dagangan dengan Pan-pan secara langsung.

Justeru itu, Yang-ti telah mengumpulkan seluruh menteri, sida-sida dan bijak pandai yang wujud dalam istana Sui untuk membincangkan mengenai negara dagangan yang penting untuk mereka hubungi untuk meningkatkan pendapatan negara Sui, seterusnya dapat membiayai projek-projek mega di negara Sui seperti Terusan Besar (Grand Canal) dan membiayai perang di Goguryeo.

Setelah selesai berbincang, maka mereka memilih negara Chih-tu, sebuah negara yang berstatus empayar persekutuan untuk mereka hubungi bagi meningkatkan lagi hubungan dagang dengan negara di Laut Selatan. Chang Chun, Penasihat Harta Ketenteraan dan Wang Chun-Cheng, Pengawal Sumber Semulajadi telah dipilih untuk mengetuai utusan ke Negara Sui untuk menjalinkan hubungan dagangan.

Negara Chih-tu sudah terkenal sejak zaman Chin lagi. Masakan tidak, semasa Sui hendak membuat perhubungan dengan negara Chih-tu, mereka telah tahu bahawa Raja yang memerintah (Gautama Wijaya atau Chu-tan Li-fu-to-she) sudah menaiki takhta selama 16 tahun.

Apa yang menarik mengenai Chih-tu ialah ia dikenali sebagai satu kerajaan seperti Funan, atau sebahagian daripada Funan. Namun, ia membesar sehingga beberapa ribu li dan tanah keseluruhannya berwarna merah, yang mana kebiasaannya warna tanah merah ialah kawasan tanah laterit, iaitu kawasan tanah tinggi di Semenanjung Malaysia. Malangnya, kawasan tanah laterit di Malaysia terlalu banyak dan mengunjur sepanjang semenanjung Malaysia, menyukarkan pencarian ibukota Chih-tu dilakukan.

Apa yang pelik melalui rekod Sui, Rajanya tidak mengetahui apa-apa berkenaan dengan negara bersebelahan atau negara yang jauh, namun rajanya telah membuat hubungan diplomatik dengan raja-raja bersebelahan melalui perkahwinan, di mana isteri-isteri baginda seramai tiga orang dari tiga kerajaan yang berjiranan. Mungkin rajanya tidak mengetahui besar atau luas sebenar kerajaan-kerajaan bersebelahan, tetapi Chih-tu yang kaya-raya telah menjalinkan hubungan yang akrab dengan kerajaan-kerajaan besar lain seperti Pan-pan, Kha-la-tan dan Tan-tan.

Mungkin Chih-tu berjaya menyerap Kha-la-tan dan Tan-tan selepas kehadiran utusan dari Dinasti Sui yang nyata lebih besar dan kuat kuasa tenteranya. Ibukota Chih-tu sangat besar, dengan pelbagai kekayaan yang menunjukkan lagi kemegahan kotanya. Dengan Pintu gerbang tiga lapisan, setiap satu lapisan berjarak lebih 100 kaki membuktikan kewujudan sebuah Negarakota yang makmur dan kaya-raya. Setiap satu gerbang diwarnakan dengan warna ‘spirits in flight’, boddhisattvas dan immortal yang lain, dan digantung dengan bunga-bunga emas dan loceng kecil. Memang sukar untuk membayangkan Kota Eldorado atau Shangri-la yang telah hilang ini. Setiap gerbang ada 10 orang perempuan , sama ada bermain muzik atau memegang bunga emas.

Terdapat empat orang hulubalang yang menjaga setiap gerbang. Pintu gerbang membayangkan kekayaan sesuatu empayar, apatah lagi pintu gerbang yang indah dililiti bunga-bunga emas yang sanagt bernilai tinggi. Sememangnya, Chih-tu sangat kaya-raya. Setiap bangunan di istana diraja terdapat beberapa pavilion (anjung) dengan pintu menghadap ke utara. Maharaja Empayar Tanah Merah biasanya memakai baju berwarna merah ros dan bersemanyam di atas singgahsana yang setinggi tiga tingkat, mengenakan rantai kepala (chaplet) yang diperbuat dari bunga emas serta rantai leher yang dipenuhi dengan pelbagai permata. Empat orang hulubalang di kiri dan kanan baginda, dan lebih seratus pengawal yang mengawal baginda.

Di belakang singgahsana pula, diletakkan tokong kecil yang diperbuat daripada kayu tetapi bertatahkan emas, perak dan lima jenis kayu gaharu, manakala di belakang tokong tersebut diletakkan lampu berwarna emas. Di sebelah singgahsana, diletakkan dua cermin yang diperbuat daripada logam. Sebelum cermin, diletakkan dua kendi logam dan dupa emas yang berasap kemenyan atau setanggi di sebelahnya. Di hadapan semua perkakasan tersebut, terdapat sebuah arca kerbau emas yang dibaringkan dan sebelumnya terdapat kanopi yang bertatahkan ratna mutu manikam, dengan kipas yang sangat mahal di kedua-dua hujung kanopi. Terdapat beratus-ratus Brahman yang duduk berhadapanan antara satu sama lain, menghadap ke kiri dan ke kanan.

Empayar Tanah Merah sememangnya suatu ketamadunan yang lengkap dengan sistem pemerintahan yang baik dan berkesan. Maharaja melantik banyak menteri-menteri untuk membantu baginda mentadbir. Melalui Sui-shu, pegawai di istana Chih-tu ialah seorang Sa-to-chia-lo (Sadhukara atau Bendahara), dua orang To-na-ta-yu (mungkin Dhanada yang bermaksud pemancar keampunan, mungkin ini Hakim yang mana jawatan yang sama juga dijumpai di Funan), tiga orang Chia-li-mi-chia (Karmika yang bermaksud agen) yang bertanggungjawab dalam perhubungan politik, seorang chu-lo-mo-ti (kulapati yang bermaksud ketua rumah, yang juga wujud sejak dari zaman Funan) yang dipertanggungjawabkan mentadbir undang-undang jenayah.

Setiap kota pula diwakili oleh seorang Na-ya-chia (Nayaka yang bermaksud pembimbing atau ‘guide’) dan 10 orang Po-ti (Pati yang bermaksud ketua). Kehidupan masyarakat Empayar Tanah Merah diwarnai dengan pelbagai kebudayaan dan ketamadunan tinggi seperti adat perkahwinan, kematian, kelahiran dan perhubungan sosial serta ada kelas sosial yang tersendiri. Di zaman ini, masyarakat melayu telah bertindik telinga dan memotong rambut menunjukkan adanya perkembangan fesyen dalam masyarakat.

Projek perhubungan dagangan antara Sui dengan Chih-tu sememangnya suatu projek besar yang dirancangkan oleh Yang-ti. Baginda memerintahkan Chang Chun membawa sutera 200 gulung (seorang seratus) dan 5,000 pelbagai barangan lain sebagai hadiah kepada Maharaja Chih-tu. Perhubungan dagang yang besar ini dimulakan oleh Dinasti Sui di China, dan bukan dari Tanah Melayu. Sudah semestinya kapal kargo atau jong yang terbaik dan terbesar digunakan untuk datang ke Tanah Melayu dan perhubungan antara Dinasti Sui dengan empat kerajaan-kerajaan yang wujud di Asia Tenggara pada masa itu tidaklah serancak hubungan dengan Kerajaan Chih-tu atau Bumi Merah yang sangat kaya dengan emas dan besi.

Perlu diingat bahawa, empat buah kerajaan yang disebut dalam Sui-shu ialah Lin-yi (Champa), Zhen-la (Chenla), Chih-tu (Tanah Merah) dan Po-li (Buni atau Burnie). Walaubagaimanapun, hanya Chih-tu sahaja yang betul-betul dihubungi oleh Chang-chun untuk membuat hubungan dagang, menunjukkan bahawa empayar Tanah Merah tersangat penting berbanding empat empayar yang lain.

Menurut kedudukan geografi Chih-tu yang tercatat dalam pelbagai sumber catatan dari China seperti Sui shu, Tung tien, Tai-ping-huan-yu-chi, Pei-shih, Xin Tang shu dan Chiu Tang shu, Chih-tu sangat mungkin berada di Pantai Timur semenanjung Tanah Melayu dan mengunjur ke tengah-tengah atau mepelasi banjaran titiwangsa.. Di Utara Chih-tu menghadap ke lautan, ke Timurnya pula ada negara Bo-lo-la (Po-lo-cha dari teks Tung tien) dan di baratnya negara Po-lo-suo (Lo-po dari teks Tung tien) dan merentasi lautan di sebelah Barat Lautnya boleh sampai ke Negara Po-lo (Xin Tang Shu dan Chiu Tang Shu).

Di Selatan Chih-tu terletaknya Kerajaan Kha-la-tan. Negara Chih-tu juga terletak betul-betul di Selatan Yai-chou. Dalam rekod Taiping Huan Yu Chi berkenaan dengan negara Chin-li-pi-shih, Kerajaan Chin-li-pi-shih terletak lebih 40,000 li ke arah Barat Daya ibukota. Seseorang akan melepasi negara Tan-tan (ke negara tersebut) dan ke barat (Chin-li-pi-shih) dengan jarak 1,500 li dari Kerajaan Tanah Merah.

Dalam catatan Sui shu dan Pei shih berkenaan dengan Po-li juga ada dinyatakan bahawa dari Chiao-chih (Tongking), belayar ke arah selatan, seseorang akan melepasi Chih-tu dan Tan-tan, dan akan sampai ke negara (Po-li) tersebut. Dalam Tung tien juga ada disebutkan bahawa apabila musim sejuk, bayang-bayang terbentuk terus ke bawah dan apabila musim panas, bayang-bayang akan terbentuk ke arah selatan.

Kembali kepada perjalanan Cang Chun dan Wang Chun-cheng, mereka bertolak dari bulan ke sepuluh (November ke Disember) pada tahun 607M daripada Nan-hai (Kanton), setelah belayar selama 20 hari dalam angin yang sesuai (Monsun Timur Laut), mereka sampai ke Pergunungan Chiao-shih (Batu Berapi?), kemudian bergerak ke arah Tenggara, mereka berlabuh pula di Pulau Ling-chieh-po-pa-to yang menghadap ke arah Lin-yi yang terletak di arah Barat pulau tersebut.

Mereka kemudiannya belayar ke arah selatan sehingga ke Shih-tzu-shih (Batu Singa?), kemudian mereka meneruskan perjalanan merentasi rantaian pulau kecil dan besar, setelah belayar selama dua ke tiga hari, mereka terlihat Gunung-gunung Lang-ya-hsu (Langkasuka). Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke arah selatan sehingga sampai ke Pulau Chi-lung (sarang ayam?) dan akhirnya sampai ke sempadan Negara Chih-tu.

Berdasarkan pelayaran mereka, dari Canton (Guangzhou), ambil masa selama 20 hari untuk sampai ke kawasan pergunungan Chiao-chih yang terletak di timur Champa, kemudian mereka singgah di sebuah Pulau yang berada di perairan Champa atau Vietnam hari ini, ke arah tenggara dari Pergunungan Marble yang berada di pinggir pantai Vietnam.

Kemudian mereka belayar ke arah selatan, mengikuti arus lautan yang membawa mereka ke perairan Langkasuka, yang menjadi sebahagian daripada Funan di masa itu. Rantaian pulau kecil dan besar berkemungkinan kawasan kepulauan di Koh Samui dan gunung Langkasuka ialah pergunungan Bang Luang yang wujud pada hari ini di kawasan Nakhon Si Thammarat.

Mereka seterusnya belayar ke selatan lagi dan sampai ke Pulau Sarang Helang. Tidak dapat dipastikan Pulau yang wujud di Pattani, namun saya beranggapan Pulau Sarang Helang itu telah bercantum dengan tanah besar Pattani kerana pembentukan delta yang meluas di kawasan dataran delta pattani.

Muara kerajaan Chih-tu terletak di Muara sungai Pattani, yang mana Sungai Pattani adalah antara salah satu jalan trans-semanjung yang wujud di zaman dahulu, yang boleh tembus ke Sungai Perak, melalui kawasan Hutan Simpan Bang lang, Royal Belum dan tembus ke Gerik. Gerik adalah laluan pedalaman yang penting kerana menjadi titik pertemuan saudagar-saudagar dan berkemungkinan terdapat kawasan R&R di situ suatu masa dahulu. Mungkin ibukota kerajaan Chih-tu terletak berhampiran dengan Pantai Barat, di Dataran Hilir Sungai Perak.

Ini kerana tanaman utama Chih-tu ialah padi dan tebu, yang mana kedua-duanya memerlukan kawasan penanaman yang luas. Negara berjiranan dengan Chih-tu di sebelah baratnya ialah Po-lo-suo dan di sebelah kirinya Bo-lo-la. Sukar untuk dipastikan negara apa kerana tiada dalam rekod-rekod lain, melainkan hanya dalam rekod Sui shu dan Tung tien sahaja. Mungkin sahaja nama negara tersebut adalah negara kecil yang tidak berinteraksi secara langsung dengan negara luar kerana tertakluk di bawah penguasaan Chih-tu.

Po-lo-suo mungkin berkaitan dengan Pulau Serai atau Gunung Jerai, manakala Bo-lo-la adalah Negara di Narathiwat hari ini. Kha-la-tan di selatan Chih-tu ialah Negara Kelantan hari ini dan sebuah negara lain yang boleh dikunjungi jika kita merentasi lautan dari arah Barat Daya Chih-tu ialah Negara Po-lo, yang terletak di Pulau Sumatra, berkemungkinan Negara Po-lo ialah di Kota Panai (Pane) yang telah dikenali dari zaman dahulu lagi.

Rujukan:

1) 2014, Geoffrey Goble, Maritime Southeast Asia: The View From Tang–Song China, The Nalanda-Sriwijaya Centre, Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS)

2) 2012, Suzuki Takashi, The History of Srivijaya: Under The Tributary Trade System of China, JPCA

3) 1961, Paul Wheatley, The Golden Khersonese, University of Malaya Press.

Jemput bertandang ke: http://nizamgtz.blogspot.my

PERTEMPURAN SEKIGAHARA: PERTEMPURAN SAMURAI PALING AGUNG DALAM SEJARAH

Siapa sangka bahawa detik 1600 Masihi itu bakal menjadi penamat kepada fasa Sengoku yang banyak diwarnai oleh perang saudara antara-antara samurai yang menguasai Jepun ketika itu. Pertempuran ini juga bakal menjadi detik permulaan kepada Keshogunan Tokugawa. Impian Oda Nobunaga untuk melihat menyatukan seluruh Jepun akhirnya disempurnakan oleh Tokguawa Ieyasu. Pertempuran ini juga dapat membawa kita melihat kepada sebuah pasukan yang pada awalnya ketinggalan dari pelbagai sudut akhirnya berjayalah mengalahkan pasukan itu.

Ketika era Sengkou ini, kita dapat melihat kebangkitan daimyo-daimyo mula bnangkit dan menggugat kekuasaan Keshogunan Ashikaga. Kemuncaknya, Keshogunan Ashikaga tamat di tangan Oda Nobunaga yang menjadi insan seterusnya yang cuba menyatukan seluruh Jepun. Namun, seperti mana yang pernah diceritakan sebelum ini di dalama rtikel, Nobunaga akhirnya menjadi mangsa pengkhianatan kepada orang kepercayaanya sendiri iaitu Akechi Mitshuhide.

Perjuangan Oda Nobunaga ini kemudian diteruskan oleh orang kanannya iaitu Toyotomi Hideyoshi. Toyotomi Hideyoshi berjaya menyatukan seluruh Jepun namun akibat dari kegagalannya menakluk Korea telah membuatkan kekuasaan puak Toyotomi semakin berkurangan. Namun oleh kerana statusnya bukan dari kalangan bangsawan, maka statsu sebagai Shogun itu tidak dapat dimiliki oleh Hideyoshi. Lagi-lagi selepas kematian Toyotomi Hideyoshi membuatkan Jepun tidak mempunyai keshogunan yang effektif untuk memimpin kerajaan itu, lalu sekali lagi menghumban Jepun ke kancah perang saudara.

Selepas kematian Toyotomi Hideyoshi, maka Hideoshi telah menamakan lima orang jeneral perang terbaiknya untuk bertindak sebagai pemangku kepada anaknya yang masih muda, Toyotomi Hideyori. Dalam sumpah yang dilafazkan oleh lima orang jeneral ini, mereka akan berkhidmat bersama-sama sebagai pembangku, memerintah seluruh Jepun sehinggalah Toyotomo Hideyori cukup dewasa untuk menjadi pemerintah yang sah.

Namun, panas yang disangka petang, akhirnya hujan di tengah hari. Konflik berlaku antara jeneral-jeneral perang yang bersumpah setia sebagai pemangku ini. Ishida Mitsunari melemparkan tuduhan kepada Toyotomi Hideyoshi sebagai melanggar sumpahan setia dengan cuba mengumpul beberapa bukti dokumen bagi membuktikan Hideyoshi ke kancah pengkhinatan. Toyotomi Hideyoshi yang mendengarkan perkara itu daripada Ishida Mitsunari ini terus mengumpulkan bala askarnya untuk menggempur Ishida Mitsunari yang sedang mengumpulkan sekutu-sekutunya.

Maka ketika itulah Jepun terbahagi kepada dua pasukan yang kita akan namakan dalam artikel ini sebagai Pasukan Barat yang dipimpin oleh Ishida Mitsunari yang merupakan terdiri daripada tentera dan daimyo yang masih setia pada Toyotomi Hideyori manakala Pasukan Timur terdiri daripda puak-puak yang setia di belakang Tokugawa Ieyasu. Untuk rekod, pasukan Barat memimpin 120 000 orang tentera (namun, bukan semua terlibat dalam pertempuran ini)  manakala pasukan Timur pula terdiri sebanyakk 75 000 orang tentera.

Sebelum turun berperang, Ieyasu sendiri telah merasuah kebanyakan puak-puak di barat Jepun yang berpihak kepada Mitsunari di dalam pertempuran ini. Mereka dijanjikan tanah dan kuasa serta kekayaaan. Jadi, kelebihan taktikal di Sekigahara yang menjadi pertempuran mereka.

Pertempuran dimulakan dengan Fukushima Masonari, salah seorang jeneral perang Tokugawa diarahkan untuk menyerang askar Barat bahagian tengah kanan. Namun, oleh kerana sehari sebelum pertempuran terdfapat hujan lebat, maka tanah menjadi sedikit berlumpur dan membantutkan pertempuran seperti yang diharapkan. Untuk membantu Fukushima Masonari yang sedang menyerang tengah kanan pasukan Barat, maka Tokugawa mengarahkan sayap kanan dan tengah menyerang tengah kanan Barat untuk membantu Fukushima. Dalam soal kelebihan taktikal, ini mendedahkan tentera Timur kepada serangan daripada kiri. Otani Yoshitgusu yang berkampung di seberang SungaI Fuji terus menyerang bahagian rusuk tentera Barat.

Perlunya kita tahu dalam pertempuran ini, banyak puak-puak barat Jepun berpaling tadah daripada berpihak kepada Ishida. Segala perancangan taktikal daripada Ishida tidak menjadi. Sebagai contoh, Koboyakawa Hideaki yang telah dirasuah awal-awal oleh Ieyasu. Pada awalnya, pertempuran antara Barat dan Timur tidak memberikan kesan apa-apa kepada kedua-dua pihak. Namun, ketika dalam pertempuran, entah kenapa Koboyakawa tiba-tiba-tiba bertukar neural dalam pertempuran, memilih untuk kekal di lokasinya di Bukit Matsuo sementara memerhatikan perang tersebut. Ketika Ieyasu meminta bantuan Koboyakawa untuk membantu rusuk tenteranya diserang oleh Otani, entah kenapa Koboyakawa tidak mengendahkan arahan daripada Ieyasu sendiri. 

Berang dengan tindakan tiba-tiba Koboyakawa yang dikatakan memimpin askar terkuat dalam pihak Barat, Ieyasu akhirnya mengarahkan agar unit senjata apinya melancarkan tembakan ke arah Koboyakawa yang sedang berkampung di atas puncak bukit, memaksa Koboyakawa untuk membuat pilihan dalam pertempuran ini.  Akhirnya Koboyakawa menyerang Otani yang sedang menyerang rusuk tentera Tokugawa.

Melihatkan bahawa Koboyakawa berpaling tadah dan Otani sedang menghadapi serangan daripada pelbagai arah, akhirnya membuatkan beberapa jeneral perang pasukan Barat ikut sama berpaling tadah menyertai barisan tentera Timur yang dipimpin oleh Tokugawa Ieyasu.

Ini menyebabkan Otani betul-betul diatasi jumlah tenteranya menyebabkan dia terpaksa berundur. Pengunduran Otani pula mendedahkan rusuk kanan tentera Barat kepada serangan daripada Koboyakawa dan Fukushima. Tidak lama kemudian, rusuk kanan menerima kehancuran lalu bahagian tengah pula sedang ditolak oleh ketumbukan tentera Timur.

Kali ini, seorang lagi jeneral perang yang berpihak kepada tentera Barat mula berpaling tadah. Perkenalkan kepada anda, Kikkawa Hiroie, lelaki yang memberi alasan sedang makan dan minta jangan diganggu ketika diminta untuk membantu serangan pasukan Barat ke atas pasukan Timur. Selepas seorang demi seorang mengkhianti perjuangan Ishida sendiri, maka akhirnya dia dikalahkan. Ada jeneral perang yang lari. Ada yang melakukan sepakku. Ada pula yang dibunuh seperti Ishida sendiri. Jumlah korban di pihak Barat mencecah sehingga 32 000 orang manakala angka di pihak Timur tidak diketahui, tetapi dianggarkan tidak sehebat di pihak Barat.

Kemenangan di Pertempuran Sekigahara ini menjadi titik penting kepada penyatuan seluruh Jepun. Tiga tahun selepas memenangi pertempuran ini, akhirnya Tokugawa Ieyasu menaiki takhta sebagai Shogun Jepun yang seterusnya sekaligus memulakan Keshogunan Tokugawa yang selepas ini, akan bertahan sekurang-kurangnya sehingga tahun 1868 daripada detik 1600 ianya ditubuhkan sekaligus memulakan era Edo dalam sejarah Jepun.

-HE-

PERTEMPURAN YARMUK: BUKTI KUKUH BETAPA KHALID AL-WALID JENERAL ISLAM PALING GENIUS DALAM SEJARAH


Pertempuran Yarmuk yang berlaku pada pertengahan bulan Ogos tahun 636 Masihi harus diingati sebagai salah satu daripada pertempuran dalam sejarah Islam yang saya kira salah satu pertempuran yang harus diingati oleh kita semua. Ianya adalah salah satu daripada pertempuran yang terdapat dalam kempen penaklukan Islam ke atas wilayah Byzantine.

Untuk rekod, ketika penaklukan ini berlaku, dan kemenangan tentera Islam, ianya adalah berkat daripada perang panjang yang berlaku antara Empayar Rom Byzantine dan juga Empayar Parsi Sassanid yang berlaku selama lebih daripada 25 tahun. Perang panjang inilah yang membuatkan kedua-dua ketumbukan askar Byzantine dan Parsi mengalami keletihan dan mendedahkan mereka kepada penaklukan Islam pada masa yang akan datang tanpa mereka sendiri mampu mematahkan serangan-serangan yang dipimpin oleh sahabat-sahabat Rasulullah yang menjadi jeneral-jeneral perang yang masyhur dalam sejarah seperti Khalid bin Al-Walid r.a dan juga Abu Ubaidah bin al Jarrah r.a.

Maka salah satu daripada pertempuran yang harus diperhatikan dalam membincangkan tentang penaklukan Empayar Islam ke atas wilayah Rom Byzantine dalam sejarah ialah sudah tentu, Pertempuran Yarmuk yang boleh kita labelkan salah satu daripada pertempuran yang sangat mengasyikkan dan agung dalam sejarah militari. Lokasi pertempuran ini berlaku di sekitar Sungai Yarmuk yang kini menjadi sempadan antara tiga negara iatu Jordan, Syria dan Israel lalu lokasi pertempuran inilah yang dijadikan sebagai nama pertempuran yang sehingga hari ini, masih lagi dikenang sebagai salah seorang pertempuran yang sangat mengasyikkan untuk dikaji.

Serangan tentera Islam ke atas Byzantine pada awalnya bersifat penjarahan, bukannya berdepan secara terus dengan tentera Byzantine. Namun, daripada beberapa buah penjarahan, ianya berubah kepada sebuah pertempuran dalam skala besar seperti dalam Pertempuran Ajnadayn dan juga Pertempuran Pella atau juga dikenali sebagai Pertempuran Lumpur. Pertempuran-pertempuran ini kemudiannya membawa kemaraan tentera Islam ke atas wilayah di sekitar Palestine dan Syria. Dalam waktu yang singkat, seluruh Levant ( Syam) berada di tangan Khalid Al-Walid dan ini membuatkan Heraclius menjadi tidak keruan. Mana boleh dia kehilangan wilayah kesayangannya yang telah memberikannya kekayaan yang tak berbelah bagi.

Maka dicatatkanlah bahawa pemerintah Bizantium ketika itu iatu Maharaja Heraclius (610 - 641) mengirimkan lebih kurang 250, 000 orang tentera berdasarkan sumber Islam. Tetapi sejarawan moden berpendapat bahawa jumlahnya mungkin lebih kurang, dalam sekitar 50 hingga 100 ribu orang sahaja. Tentera Byzantine ketika itu dipimpin oleh seorang jeneral perang bernama Mahan daripada Armenia.

Bagaimana pula dengan tentera Islam? Mereka tidak mempunyai banyak tentera. Askar Byzantine yang maha besar ini terdiri daripada campuran daripada orang Yunani Byzantine sendiri, serta campuran daripada kaum Slavs, Franks, Armenia, Geogrgian dan orang Kristian Arab sendiri. Askar besar ini dibahagikan kepada lima bahagian.

Tentera Islam pula sekadar memiliki sekitar 7500 hingga 25 000 orang askar. Walaupun angka sebenar tentera Islam di Yarmuk banyak didebatkan oleh para sejarawan, tetapi hakikat kehebatan mereka tetap tidak dapat dinafikan. Dalam pertempuran ini, memang tentera Islam jauh ketinggalan dari segi angka. Rancangan daripada Maharaja Heraclius ini diketahui oleh tentera Islam sendiri dan selepas bersidang antara satu sama lain, mereka berpendapat buat waktu sekarang adalah lebih baik dengan berundur daripada tengah dan utara Syiria dan mermfokuskan tentera di sekitar Yarmuk.

Pada awalnya, kedua-dua tentera, baik dari pihak Byzantine atau daripada pihak Islam, masing-masing melakukan perbincangan tetapi semuanya gagal lalu menjurus kepada peperangan. Komander Byzantine, Mahan dari Armenia telah menggariskan tenteranya sekurang-kurangnya sepanjang 12 batu panjangnya. Unit kavalari dibahagikan sama banyak antara tenteranya sambil Mahan sendiri meletakkan tentera Arab Kristian berada di bahagian paling hadapan dengan tunggangan kuda dan untanya, sebagai unit sokongan ringan untuk memudahkan pengaturgerakan pasukan ke mana-mana rusuk yang memerlukan bantuan, selain pasukan ini menggunakan senjata dan perisai yang tidak terlalu berat seperti kavaleri utama.

Khalid Al-Walid pula telah membahagikan tenteranya kepada 36 infantri dan 4 unit kalavari di belakang unit infantri tentera Islam yang memanjang sehingga 10 batu jauhnya. Unit kavalari tentera Islam adalah suku daripada seluruh pasukan tentera Islam ketika Pertempuran Yarmuk. Di belakang kavalari mereka, Khalid bin al Walid r.a  menyiapkan sebuah unit simpanan kavalari yang bebas bergerak dan tidak spesifik pada satu lokasi sahaja.

-----

Hari Pertama:

Pada hari pertama, pertempuran antara kedua-dua pihak bermula dengan setiap pihak mengirimkan jagoan masing-masing untuk saling bertempur. Dan dalam kebanyakan pertempuran, ianya dimenangi oleh tentera Islam dan antara jagoan wakil tentera Islam yang telah banyak membunuh tentera Byzantine ialah Abdurrahman bin Abu Bakar. Perang yang berlaku pada hari pertama tidak berlaku dalam keadaan kuasa penuh kerana Mahan mahu menguji dan mencari kelemahan tentera Islam. 

Ada sebuah kisah yang sangat popular berkaitan dengan Pertempuran Yarmuk ini. Dikatakan pada hari pertama pertempuran, terdapat seorang jeneral perang tentera Byzantine yang telah memeluk Islam. George Theodorius namanya. Dia kemudian bersama dengan tentera Islam, berperang pada hari pertama lalu akhirnya syahid di jalan ALLAH!

----

Hari Kedua:

Mahan merancang untuk melakukan serangan mengejut ke atas tentera Islam sebelum Subuh. Namun Khalid bin al-Walid  r.a lebih bijak apabila terlebih awal memasang unit yang ditugaskan untuk berkawal pada waktu malam, bagi menangani sebarang serangan hendap (ambush) daripada pihak musuh. Ini memberi masa untuk tentera Islam menyiapkan dan memperlengkapkan diri demi melakukan serangan balas ke atas serangan mengejut tentera Byzantine.

Di bahagian tengah, tentera Islam berjaya mengekang asakan daripada tentera Byzantine. Tetapi ketika itu, situasi di bahagian sayap kanan tentera Islam mengalami masalah untuk menangani sayap kiri Byzantine yang terdiri daripada kebanyakannya bangsa Slav menyebabkan infantri di sayap kanan terpaksa berundur. Mujurlah ketika Amru bin al As r.a  telah mengarahkan unit kavalari  di sayap kanan membantu pasukan infantri tersebut lalu meneutralisasikan seketika bahagian sayap kanan Islam.

Khalid Al-Walid yang menyedari akan ini lalu telah membawa unit kavaleri simpanannya untuk membantu sayap kanan tentera Islam menghadapi sayap kiri tentera Byzantine. Khalid sendiri telah menyusun serangan tiga serangkai yang terdiri daripada satu pasukan infantri dan dua unit kavalari tentera Islam untuk menyerang sayap kiri tentera Byzantine. Unit kavalari sayap kanan Islam menyerang bahagian utara sayap kiri Byzantine, unit infantri sayap kanan tentera Islam menyerang bahagian hadapan sayap kiri Byzantine manakala Khalid sendiri bersama dengan unit kavalari simpanannya menyerang bahagian selatan sayap kiri Byzantine. Selepas beberapa ketika, akibat dari bantuan Khalid, maka sayap kiri Byzantien terpaksa berundur selepas diserang dalam tiga serangkai.

Malangnya di sayap kiri tentera Islam pula mengalami masalah menentang sayap kanan Byzantine. Yazid bin Abu Sufyan r.a mengalami masalah menghadapi Panglima Gregory yang ketika itu mengarahkan tenteranya membentuk Formasi Testudo, sejenis formasi pertahanan terkenal yang berasal dari Rom purba yang membuatkan setiap tenteranya membentuk perisai yang bertindak sebagai pelindung dari segenap arah. Yazid cuba untuk memecahkan formasi itu tetapi tidak berjaya. Bahkan terdapat juga tentera-tentera Islam yang lari ke kem mereka kerana dibantai teruk di sayap kiri. Sampai sahaja di kem Islam, mereka berdepan dengan para wanita Islam yang diketuai oleh Hindun binti Utbah yang menghalau semula tentera-tentera Islam yang mahu lari kembali berperang. Antara ucapan-ucapan yang terkenal datang dari mulut Hindi ialah:

• “Kalian mahu pergi ke mana? Apakah kalian akan membiarkan kami ditawan oleh pasukan Romawi?”

• Kalian mahu lari ke mana? Kalian melarikan diri dari apa? Apakah dari Allah dan syurga-Nya? Sungguh, Allah melihat apa yang kalian lakukan!”

Bahkan dicatatkan ketika Hindun tersempak dengan suaminya Abu Sufyan bin Shakhr (Harb) yang mahu melarikan diri maka Hindun mengejar kuda suaminya sambil berteriak:

• ”Engkau mahu ke mana, wahai putera Shakhr? Ayuh, kembali lagi ke medan perang! Berjuanglah habis-habisan agar engkau dapat membalas kesalahan masa lalumu, saat engkau begitu untuk menghancurkan Rasulullah.”

Sungguh, setiap semangat dan teriakan daripada Hindun mengembalikan semangat tentera Islam yang mahu berundur. Mereka kembali berpatah balik membantu sahabat-sahabat yang masih gagah bertarung demi memperjuangkan agama ALLAH.

Akhirnya selepas membantu sayap kanan tentera Islam, Khalid bin al-Walid r.a kembali ke sayap kiri tentera Islam yang sedang mengalami masalah. Di sini, Khalid telah mengarahkan Dhirar bin al Azwar r.a membawa sebahagian tentera berkuda simpanannya lalu menyerang bahagian kiri tengah tentera Byzantine demi mewujudkan lencongan kepada sayap kanan Byzantine yang sedang menyerang sayap kiri tentera Islam dalam masa yang sama. Dengan baki tentera simpanan yang selebihnya, Khalid Al-Walid berjaya menyerang sayap kanan Byzantine sehingga memaksa Byzantine berundur. Salah seorang daripada jeneral perang Byzantine iaitu Dairjan telah terkorban dalam pertempuran ini.

-----

Hari Ketiga:

Pertempuran diteruskan dengan tentera Byzantine tidak henti-henti memberikan tentangan pada sayap kanan tentera Islam membuatkan akhirnya sayap kanan tentera Islam terpaksa berundur sekali lagi. Sekali lagi, Khalid bin al-Walid r.a muncul sebagai seorang penyelamat apabila mucul dengan unit kavalari simpanannya dan menyelamatkan keadaan sekali lagi.

-------

Hari Keempat:

Mahan, ketua tentera Byzantine mendapati bahawa pelannya semakin mendatangkan hasil lalu meneruskan serangan ke atas sayap kanan tentera Islam berulang kali. Seperti biasa, serangan Byzantine berjaya dan sayap kanan tentera Islam terpaksa berundur sebelum Khalid bin al Walid r.a datang dengan unit kavalari simpanannya. Kali ini, kita dapat melihat bagaimana "manuver flanking" atau serangan merusuk digunakan oleh Khalid bin al-Walid r.a dalam peristiwa ini. Khalid bin al-Walid telah memecahkan unit kavalari simpannya kepada dua lalu mengarahkan untuk menyerang sayap kiri Byzantine dari arah timur dan barat manakala infantri tentera Islam menyerang dari bahagian hadapan membuatkan sayap kiri Byzantine terpaksa berundur selepas menerima asakan dari tiga arah sekaligus!

Dalam masa yang sama, tentera Islam di bahagian yang lain juga mengalami masalah apabila Mahan mula mengerahkan unit berkuda berpanahnya lalu menghujani tentera Islam dengan anak panah. Banyak tentera Islam kehilangan mata mereka dalam pertempuran ini termasuklah sahabat Rasulullah dan veteran perang Quraisy sejak dari zaman Jahilliah lagi iaitu Abu Sufyan bin Harb r.a (bapa kepada Muawiyah dan Yazid bin Abu Sufian r.a) sehinggakan hari ini digelar “Hari Kehilangan Mata”.

Dicatatkan pada hari keempat inilah, Ikrimah bin Abu Jahal r.a, seorang panglima tentera Quraisy yang hebat dan unggul sejak zaman jahilliah lagi dan juga sahabat sepermainan Khalid Al-Walid gugur syahid. Tatkala semua rejimen tentera Islam sedang berundur, Ikrimah dan rejimen askarnya yang terdiri daripada 400 unit kavalari masih gagah berperang, melindungi rakan-rakan mereka yang sedang berundur. Banyak yang gugur syahid termasuklah Ikrimah bin Abu Jahal r.a sendiri.

--------

Hari Kelima :

Pada hari ini, kita dapat melihat Mahan semakin terdesak untuk mendapatkan kejayaan bagi tenteranya. Pelbagai cara telah digunakan namun masih gagal untuk menghapuskan tentera Islam yang masih kental bertahan. Lalu Mahan mengirimkan utusan untuk membuat perdamaian tetapi ditolak bulat-bulat oleh Khalid bin al Walid r.a sebagai ketua tentera Islam pada masa itu. Apa yang dilakukan oleh Mahan ini sebenarnya memberikan isyarat kepada tentera Islam bahawa semangat sedang luntur di pihak tentera Byzantine sendiri.

Kalau selama ini, taktikal yang digunakan oleh Khalid bin al Walid r.a bersifat defensif. Tetapi kini ianya mula bertukar menjadi offensif. Khalid mengumpulkan semua unit kavalarinya menjadi satu kekuatan yang unggul yang akan digunakan untuk menggempur terus barisan Byzantine. Unit kavalari simpanan yang juga bertindak sebagai unit bebas pada hari-hari pertempurannya menjadi teras tentera Islam sendiri. Rancangan Khalid ialah mahu menghapuskan terus unit kavalari tentera Byzantine dari medan perang, lalu meninggalkan ruang untuk tenteranya lalu menyerang rusuk tentera Byzantine serentak.

Dalam masa yang sama, Khalid bin al-Walid r.a telah meletakkan tenteranya dan mengawal di satu-satunya laluan cabut lari daripada medan perang sebagai persediaan kalau nanti tentera Byzantine akan cabut lari dari medan perang.

------

Hari Keenam:

Sekali lagi, Khalid Al-Walid menggunakan serangan merusuk ke atas formasi tentera Byzantine. Khalid menggerakkan kavalarinya menyerang bahagian sayap kiri tentera Byzantine. Sebahagian daripada unit kavalari yang digerakkan oleh Khalid akan berlawan dengan unit kavalari sayap kiri infantri Byzantine dari hadapan, dan dalam masa yang sama, sebahagian lagi daripada unit kavalari beliau akan menyerang bahagian belakang sayap kiri infantri Byzantine. Ini membuatkan bahagian sayap kiri infantri Byzantine yang sedang diserang dalam manuver serangan merusuk terpaksa berundur kerana mengalami serangan dari rusuk kanan dan kiri.

Kemudian, unit kavalari tentera Islam yang berurusan dengan sayap kiri infantri Byzantine tadi terus menyasarkan serangan pada unit kavalari dalam sayap kiri Byzantine tersebut dari belakang dan dalam masa yang sama, sebahagian lagi kavalari tentera Islam yang bertahan bertempur dengan kavalari kiri Byzantine pula menyerang di bahagian hadapan. Kini, unit kavalari kiri Byzantine pula mengalami masalah apabila diasak dari kedua-dua rusuk sebelum berpecah dan hilang dari medan pertempuran.

Mahan yang menyedari akan terdapat manuver besar-besaran dari tentera Islam yang menyasarkan unit kavalarinya yang berpecah mengarahkan mereka berkumpul bersama, tetapi tidak terlalu pantas apabila ketika mereka sedang berkumpul dari arah kiri dan kanan, tentera Islam sedang dalam manuver serangan merusuknya ke atas mereka.

Ketika inilah, barisan infantri Byzantine kehilangan lindungan daripada unit kavalari mereka, sekaligus mendedahkan kepada serangan dari pelbagai arah. Maka Khalid bin al-Walid terus mengarahkan unit kavalarinya menyerang pula bahagian belakang kiri tengah Byzantine yang ketika itu sedang menghadapi serangan dari kedua-dua rusuk tentera infantri Islam. Serangan dari belakang oleh Khalid mendedahkan pula serangan tiga serangkai dan ianya menghapuskan terus bahagian kiri tengah Byzantine.

Ketika inilah jeneral-jeneral Byzantine mula cabut lari bersama dengan tentera-tenteranya. Namun malangnya satu-satunya jalan keluar daripada medan Yarmuk telah ditawan oleh 500 orang tentera Islam yang diarahkan sebelum itu oleh Khalid bin al-Walid r.a untuk berjaga dan berkawal di situ. Ketika itu, tentera Byzantine tidak punya tempat lagi untuk lari. Mereka terkepung dari segenap arah. Akhirnya, tentera Islam mencapai kemenangan sekaligus wilayah Syria dan Palestine terus selamat berada dalam genggaman tangan umat Islam. Kota Damascus (Damsyik) dan Emesa (Homs) berjaya ditawan semula oleh Khalid bin al-Walid r.a manakala ketika itu, Maharaja Heraclius terpaksa menumpukan pula pada jajahannya di Mesir untuk menghalau tentera Islam yang juga berada di sana.

Diramalkan jumlah korban di tangan tentera Byzantine berjumlah lebih 50 000 orang manakala tentera Islam sekadar 3000 nyawa sahaja yang gugur syahid. Tetapi yang paling penting dalam pertempuran ini, kalian dapat melihat bagaimana Khalid bin al-Walid r.a membuktikan bahawa beliau antara jeneral perang paling genius dalam sejarah Islam dengan adaptasi taktikalnya yang bijak pada setiap situasi yang melanda tentera Islam ketika itu.

Saya akhiri artikel ini dengan ucapan Maharaja Heraclius yang masih diingati sehingga hari ini apabila seluruh Syria (Syam) jatuh ke tangan tentera Islam.

“Selamat tinggal wahai Syiriaku, jajahanku yang indah. Kau berada di tangan musuhku sekarang. Semoga keamanan bersamamu, wahai Syiria, tanah yang cantik!”

-HE-

PERTEMPURAN MEGGIDO: PEPERANGAN AGUNG MESIR PURBA

Pertempuran Meggido diiktiraf oleh para sejarawan sebagai pertempuran pertama dalam sejarah dunia yang direkodkan dengan begitu teliti, selain daripada pertempuran pertama yang dicatatkan penggunaan busur panah berserta pertempuran pertama dalam sejarah yang melibatkan pengiraan anggota tubuh yang menyertai dan terkorban di dalamnya.

Untuk rekod, Pertempuran Megiddo berlaku kira-kira 1482 SM, kira-kira 2000 tahun sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W dan kira-kira 900 tahun sebelum berdirinya tamadun terawal bangsa Melayu yang diketahui setakat ini, iaitu Sungai Batu. Segala rekod mengenai pertempuran ini dipahat pada Hall of Annals yang berada di Kuil Amun-Re di Thebes oleh seorang seorang penyimpan rekod pertempuran ketika itu yang bernama Tjaneni.

Meggido pula ialah nama sebuah kota penting yang terletak di antara laluan antara Mesir ke Syiria dan Mesopotamia dan ianya boleh menjadi sebab utama yang akan menghalang firaun menjejakkan kaki ke mana-mana empayarnya.

Semuanya bermula ketika raja-raja yang memerintah setiap negara kota di Kanaan mula memberontak menentang pemerintahan Firaun Thutmose III lalu menjalankan pakatan antara satu sama lain terutama Raja Kades dan juga Raja Megiddo. Untuk menundukkan pemberontakan ini, Thutmose III telah mara dengan bala tenteranya yang berjumlah dalam sekitar 10 000 – 20 000 orang manakala pakatan-pakatan negara-negara kota Kanaan mempunyai tentera berjumlah sekitar 10 000 – 15 000 orang.

Apa yang menariknya dalam pertempuran ini ialah tentang cara Firaun Thutmose III berfikir. Ketika sampai di Yehem, mereka mengalami sedikit perbezaan pendapat tentang jalan yang mahu dipilih untuk sampai ke Megiddo. Dari Yaham, terdapat tiga jalan untuk ke sana, namun jalan yang paling dekat tetapi berisiko ialah melalui Aruna. Kerana di jalan ini, laluannya sangatlah sempit dan terdapat jurang yang curam mengapit jalannya. Kalau nanti tentera Kanaan tunggu di hujung jalan tersebut, maka bala yang besar pasti menimpa tentera Thutmose III.

Maka, salah seorang daripada jeneral Thutmose III sendiri mencadangkan kepada Thutmose III untuk memilih jalan paling selamat namun Thutmose III menolak cadangan itu sambil mengatakan bahawa pastinya musuhnya akan menyangka Thutmose III memilih jalan yang paling senang. Ternyata risiko yang diambil oleh Thutmose III ini memang berbaloi kerana mereka sampai pada jalan yang tidak langsung kelihatan sebarang tentera pemberontak Kanaan yang sebenarnya sebahagian besarnya berkampung di 2 jalan yang lain, menanti kedatangan Thutmose III.

Maka ketika itulah Thutmose III mengambil kesempatan ini dengan terus menyerang Megido pada keesokan harinya. Barisan tentera Thutmose II dibahagikan kepada tiga bahagian dalam formasi cekung dan Thutmose III dikatakan mengetuai serangan di bahagian tengah di atas pedati perangnya. Tentera Kanaan yang mempertahankan Megiddo ketika itu kebanyakannya daripada unit pedati perang tentera Kanaan sementara unit infantry Kanaan sedang berada di laluan utara dan selatan yang tak dipilih oleh Thutmose III. Tentera Kanaan tidak mampu menahan gempuran Thutmose III lalu terus berundur masuk ke dalam kota Megiddo.

Malangnya, peluang itu tidak digunakan pula oleh Thutmose III untuk terus menawan kota Megiddo sebaliknya terus menjarah di sekitar Megiddo yang kaya dengan sumber alam, sementara penduduk Megiddo yang tidak bersedia untuk kepungan itu terus kebulur di dalamnya. Tindakan Thutmose III ini membolehkan Raja Kedesh dan Mgiddo menyertai barisan askar pertahannnya di dalam kota. Rancangan awal Thutmose III untuk menawan kota itu pada awal pertempuran terpaksa bertukar menjadi rancangan pengepungan ke atas kota tersebut. Pengepungan berlanjytan selama 7 bulan apabila membina parit dan pagar kubu di sekitar kota memaksa musuhnya untuk menyerah kalah.

Untuk rekod, kejayaan Thutmose III menawan Megiddo telah mendatangkan hasil perang yang terlalu banyak. Dikatakan bahawa Thutmose merampas lebih 2000 ekor kuda, 191 ekor anak kuda, 200 baju zirah, 502 busur, 1929 sapi, 22, 500 ekor kambing biri-biri, serta baju besi diraja, pedati perang diraja miliki Raja Meggido.

-HE-

SILAT HAWAII.

Salam dan sejahtera. Beberapa orang rakan bertanya saya mengenai asal usul silat. Saya sendiri juga masih membaca dan mencari jawapan kepada persoalan tersebut.

Ada pihak yang membuat andaian bahawa silat itu berasal daripada seni beladiri masyarakat luar nusantara atau tamadun lain yang lebih maju seperti China dan India yang terkenal dengan seni beladirinya. Malah sering disebut-sebut oleh pihak tertentu yang silat itu asalnya sama seperti Taek Won Do dan Karate yang berasal daripada Kung Fu Shaolin. Manakala Kung Fu Shaolin pula dikatakan berasal daripada seni beladiri India yang dibawa masuk oleh seorang pendeta bernama Bodidharma.

Ada juga yang berpendapat bahawa silat adalah gabungan daripada seni atau teknik beladiri masyarakat tempatan dengan teknik beladiri dari China dan juga India.

Walau apa pun jawapannya, saya percaya bahawa bangsa Melayu juga mampu mencipta seni beladiri mereka sendiri yang bercirikan kepandaian lokal atau Local Genius tanpa perlu mempelajarinya daripada bangsa-bangsa lain.

Namun ini tidak bermakna tidak wujud sejenis seni beladiri Melayu yang menerima pengaruh dari bangsa luar, contohnya Silat Kuntau yang dipercayai berasal dari China. Namun tidak semua seni beladiri masyarakat rumpun Melayu itu berasal dari tamadun luar. Saya percaya sebahagian besarnya adalah hasil kreativiti dan inisiatif masyarakat tempatan sendiri bagi mempertahankan diri dan kaum keluarga mereka dari sebarang ancaman samaada dari dalam ataupun luar.

Mengapa saya berpendapat sedemikian? Kerana terbukti memang wujud masyarakat rumpun bangsa Melayu yang mempunyai satu seni beladiri tersendiri yang terasing daripada tamadun-tamadun besar dunia. Seni beladiri yang saya maksudkan adalah dari orang Hawaii iaitu Lua. Bangsa Hawaii adalah saudara serumpun kita yang berada dalam kelompok besar manusia yang berbahasa Austronesia.

Malah jika kita lihat rupa paras mereka juga saling tak tumpah seperti rupa orang-orang rumpun Melayu yang lain. Budaya mereka juga adalah budaya kelautan seperti sebahagian besar masyarakat rumpun Melayu.

Bagi mereka yang selalu menonton filem-filem barat mengenai Hawaii atau kepulauan Pasifik, mereka pasti dimomokkan dengan gambaran kecantikan, keindahan, ketenangan dan sifat lemah lembut serta mesra orang Hawaii, ditambah pula dengan alunan musik yang mengasyikkan disertai dengan persembahan tarian Hula yang meliang liuk serta menggoda.

Pasti tidak terbayang difikiran mereka bahawa orang Hawaii mempunyai satu seni beladiri yang ampuh malah menggerunkan musuh sehinggakan ada yang menyebut bahawa seni beladiri Hawaii adalah yang paling merbahaya di dunia. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi saya kerana kita tahu bahawa saudara-saudara kita di Pasifik ini memang sangat mahir dalam ilmu peperangan, lihat sahaja pada masyarakat Maori yang selama berpuluh tahun melawan dan menentang penjajahan bangsa Eropah dengan berbekalkan ilmu beladiri tradisional mereka sendiri (tak dinafikan yang mereka juga akhirnya menggunakan senjata api seperti musuh mereka).

Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Lua? Lua adalah nama umum bagi seni beladiri tradisional Hawaii yang merangkumi pelbagai stail dan teknik. Antara teknik yang terangkum dalam Lua ialah teknik mematah tulang, mengunci sendi, menghumban, memanipulasi titik tekanan badan, pukulan tangan kosong, penggunaan senjata, strategi peperangan, seni perang diatas air dan ditambah dengan seni bermain senjata api pada zaman kemasukan pengaruh senjata api ke Hawaii.

Pendek kata seni Lua adalah sebuah seni beladiri holistik atau menyeluruh yang hampir sama seperti beberapa jenis seni beladiri Melayu di nusantara seperti Silat. Malahan menurut pendapat sesetengah ahli seni beladiri, teknik tangan kosong dan kuncian Lua juga mempunyai persamaan dengan seni beladiri Jepun moden seperti Judo dan Jujitsu.

Dalam masyarakat Hawaii setiap anak muda pasti pernah mendengar kisah-kisah hebat para pahlawan nenek moyang mereka yang menggunakan seni Lua dalam pertempuran sehinggakan ianya menjadi lagenda turun temurun sepertimana ilmu silat dalam masyarakat Melayu.

Pada zaman dahulu rahsia ilmu Lua hanya diturunkan kepada orang-orang yang terpilih sahaja terutama golongan diraja, pengawal elit diraja, panglima-panglima tentera, pahlawan profesional dan para bangsawan. Hal ini juga sama seperti tradisi silat di nusantara yang pada awalnya hanya diajar kepada golongan tertentu terutama yang dekat dengan Istana.

Kebiasaanya Lua akan dipertandingkan diantara kampung-kampung di Hawaii ketika musim perayaan Makahiki atau perayaan untuk dewa Lono iaitu dewa pertanian. Perayaan ini biasanya berlansung selama tiga bulan atau lebih. Dalam tempoh tersebut semua masyarakat tidak perlu turun berkerja sebaliknya mereka digalakkan untuk bergembira dan berkenduri sepuas-puasnya.
Namun demikian teknik atau jurus sebenar Lua tidak dipamirkan dalam keramaian ini kerana seperti yang saya sebut tadi hanya golongan tertentu sahaja yang mempunyai ilmu rahsia tersebut. Sebaliknya dalam keramaian ini bentuk Lua yang lebih umum iaitu Momoko yang menyerupai gusti atau tinju dipertontonkan untuk hiburan khalayak ramai.

Seperti kebiasaan dimana-mana tamadun di dunia kecuali tamadun Islam mungkin, pertaruhan atau perjudian dikalangan penonton adalah perkara biasa malah ada yang mempertaruhkan rumah dan isteri mereka. Pertandingan momoko ini pernah dilihat sendiri oleh kru kapal Kapten Cook yang merupakan orang Eropah pertama sampai ke Hawaii. Pertarungan kebiasaanya disertai dengan ejek-ejekan diantara lawan dan antara ejekan yang popular ialah ‘makan tahi ayam! Setiap peserta juga ditemani oleh seorang pawang atau Kahuna yang bertindak seperti ‘coach’ yang bertugas untuk memberi motivasi dan membaca mantera-mantera tertentu.

Mengenai ilmu Lua yang menjadi rahsia turun temurun ini, hanya pada tahun 1865 barulah ada catatan mengenainya yang ditulis oleh seorang Eropah. Menurut catatan tersebut Lua hanya diajar kepada orang yang dapat mengawal kemarahan dan hanya boleh digunakan untuk mempertahankan nyawa. Menurut lagenda, seni beladiri Lua memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan dalam anatomi, physiologi malah hypnotism atau ilmu pukau dan ilmu telepathy iaitu ilmu membaca fikiran.

Jika kita perhatikan, ciri-ciri dan persyaratan yang terdapat dalam Lua hampir sama seperti dalam seni silat Melayu. Malahan para pengamal Lua akan mencukur seluruh bulu di badan serta melumuri badan mereka dengan minyak kelapa sebelum berperang. Hal ini adalah bagi menyukarkan musuh untuk memegang atau menangkap badan mereka. Pengamal lua juga akan diajar ilmu Lomilomi atau mengurut malah Lua juga mempunyai ritualized combat atau seni tari seperti latihan bunga tari dalam silat, dalam bahasa Hawaii ia dipanggil sebagai Hula.

Hula yang dimaksudkan termasuklah Hula seperti yang sering kita tonton di kaca television dan tarian-tarian lain yang dijadikan asas latihan dan senaman dalam Lua.

Dalam sejarah Hawaii tiadak ada tokoh yang lebih terkenal dalam ilmu Lua selain raja-raja mereka sendiri terutamanya raja Kamehameha. Kamehameha terkenal dikalangan sejarawan sebagai The Napoleon of The Pacific kerana kejayaan beliau dalam menyatukan seluruh wilayah kepulauan Hawaii melalui beberapa siri peperangan yang hebat sekitar tahun 1790 hingga 1810. Kamehameha dikatakan telah mendirikan tiga buah sekolah beladiri Lua yang terkenal.

Sesebuah sekolah Lua itu akan dikelolai oleh seorang Kahuna yakni Pawang atau pendita agama kuno Hawaii. Seorang Kahuna yang mahir dalam Lua mestilah memahami ilmu anatomi terutama mengenai kedudukan saraf tertentu dan otot-otot penting dalam badan. Mereka percaya bahawa perut adalah asas bagi segala kekuatan atau pusat tenaga. Konsep ini sama seperti dalam seni beladiri Jepun Aikido dan beberapa lagi seni beladiri lain dari seluruh dunia.

Seorang pakar seni beladiri Jepun iaitu Prof Henry S. Okazaki, pernah menyatakan bahawa, walaupun Lua mempunyai banyak persamaan dengan beberapa seni beladiri Jepun, namun teknik yang terdapat dalam seni beladiri Hawaii tersebut adalah lebih berkesan. Menurut pengamal Judo moden pula Lua boleh dianggap sebagai satu seni beladiri paling ganas yang pernah dicipta dan digunakan oleh raja-raja serta para pengawal elit Hawaii. Dalam sesebuah peperangan Hawaii, pertarungan atau pertempuran itu berlaku sangat pantas, dan sengit. Sebagai contoh dalam peristiwa penaklukan pulau Maui oleh para pendekar Oahu. Dalam pertempuran tersebut hanya dua orang yang terselamat daripada 800 orang pahlawan yang terlibat.

Jika di medan perang kebiasaannya pengamal Lua akan bergantung kepada beberapa jenis senjata seperti lembing, terbil, cokmar malahan senjata dari batu. Selain itu terdapat juga senjata lain seperti pendayung, pisau gigi jerung, kayu panjang, dan sejenis senjata seperti buku lima yang namanya juga berbunyi seperti bahasa Melayu iaitu Kuekue Lima, malah senjata buku lima juga digunakan dalam sesetengah silat Melayu. Kalau dalam silat Melayu ada ilmu unik yang diberinama seni Cindai, dalam Lua pula ada satu teknik yang hampir sama iaitu teknik tali penjerut.

Tetapi jika semua senjata-senjata ini terlepas dari tangan atau dirampas musuh, maka masa inilah akan digunakan teknik-teknik rahsia tangan kosong. Dalam Lua juga ada seni bermain kayu yang dipanggil sebagai Kakalaau. Seni ini menggunakan kayu berukuran enam kaki dan hampir serupa dengan seni Kendo dan Bujutsu Jepun. Namun dalam seni Kakalaau tiada sebarang protection atau baju pelindung yang digunakan. Selain daripada menggunakan batu biasa, kayu dan gigi jerung, terdapat juga senjata yang diperbuat daripada batu Jed.

Satu perkara yang paling menarik dalam Lua adalah teknik menangkap senjata lontaran atau jarak jauh seperti lembing, panah, malah terbil. Menangkap lembing dan anak panah yang dilontarkan oleh musuh adalah salah satu kemahiran tertinggi yang harus ada pada seorang pengamal Lua. Raja Kamehameha dikatakan mampu untuk menangkap sebanyak 12 batang lembing yang dilemparkan kepada beliau. Saya pasti teknik menagkap lembing ini juga ada dalam silat Melayu kerana saya pernah terbaca mengenai ilmu menangkap rejaman lembing dengan mata tertutup dalam silat Melayu.

Selain sebagai seni beladiri, Lua juga sering dipraktikkan oleh golongan elit Hawaii sebagai satu cara untuk mendisiplinkan diri, menyihatkan badan dan membentuk keperibadian sepertimana dalam seni silat. Selain itu Lua turut mengandunngi sejenis teknik tenaga dalaman dan senaman khusus bagi mengumpul tenaga ghaib yang dinamakan ‘Mana’. Konsep Mana hampir sama dengan konsep Chi dalam amalan Tai Chi dan Chi Qung.

Sehingga hari ini seni beladiri Lua sebenarnya sudah semakin pupus. Kepupusan ini bermula sejak kemasukan para mubaligh-mubaligh kristian yang memperkenalkan agama Kristian kepada masyarakat Hawaii pada 1820. Malahan sebahagin besar kebudayaan tradisional Hawaii hampir punah disebabkan hal yang sama. Dikatakan juga faktor lain yang turut menyumbang kepada kepupusan seni beladiri ini adalah dengan kemasukan senjata api yang dibawa oleh penjajah barat. Charles Kenn seorang ethnographer barat telah berjaya mengumpulkan cebisan-cebisan yang masih tinggal daripada seni Lua ini dan beliau dikatakan telah mengajarkan teknik-teknik rahsia Lua kepada seorang pengamal Jujitsu Hawaii. Sekitar 1960 an Kenn kemudian mengajarkan pula Lua kepada Jerry Walker dan dari situ Walker telah cuba mengembangkannya kembali sehingga sekarang. Walaupun Lua semakin pupus namun legasi Lua sebagai sebuah seni beladiri lagenda masih berlegar dikalangan masyarakat Hawaii hingga sekarang sepertimana segarnya lagenda Hang Tuah dengan kehebatan silatnya dalam masyarakat Melayu.

Malahan banyaknya persamaan diantara amalan Lua dengan amalan silat Melayu membuatkan saya terfikir adakah kedua-dua seni beladiri ini datang dari akar yang sama atau ianya secara kebetulan? Kita tinggalkan dahulu persoalan itu.

Dapat disimpulkan bahawa kewujudan Lua sebagai satu seni beladiri yang terasing jauh dari sebarang pengaruh seni beladiri utama dunia seperti dari China mahupun India, menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu walau terasing juga mampu untuk menghasilkan satu seni beladiri hebat dengan kreativiti dan kepandaian lokal mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada ilmu dari tamadun luar.

Hal yang sama juga mengukuhkan lagi pendapat yang mennyatakan bahawa silat itu adalah seni beladiri asli hasil ciptaan masyarakat nusantara. Jika masyarakat yang jauh daripada tamadun lain seperti di kepulauan pasifik mempunyai seni beladiri unik dan tersendiri yang terbentuk secara insitu, mengapa tidak seni beladiri masyarakat Melayu?

Dalam beratus-ratus aliran silat yang wujud di Malaysia, Brunei, Thailand dan Indonesia saya pasti hanya beberapa buah sahaja yang mempunyai akar dari seni beladiri bangsa luar dan selebihnya adalah hasil ciptaan masyarakat tempatan sendiri. Sekian. Wallah hu a’lam.

~ASJ~

PERTEMPURAN XICHENG: LEGENDA KEBIJAKSANAAN  ZHUGE LIANG MENGHALAU BALA 150 RIBU TENTERA MUSUH

Pada sekitar penghujung Dinasti Han, China sedang terpecah kepada tiga kerajaan selepas kejatuhan Dinasti Han. Shu, Wei dan Wu saling berperang antara satu sama lain bagi merebutkan taktha sebagai penyatu seterusnya seluruh China. Banyak pertempuran menarik yang berlaku antara mereka, dan salah satu daripada ialah Pertempuran Xieting yang berlaku pada tahun sekitar 228 Masihi melibatkan kisah kebijaksanaan Zhuge Liang yang berjaya menghalau 150 ribu orang tentera yang dibawa Sima Yi dengan 2500 orang tentera sahaja tanpa sebarang pertumpahan darah.

Tentang apa yang dilakukan oleh Zhuge Liang, kita akan membincangkannya selepas saya menyenaraikan apa yang telah diajarkan oleh Sun Tzu dalam bukunya Seni Peperangan telah digunakan sebaik mungkin dalam menewaskan Sima Yi.

Kata Sun Tzu:

• “Appear weak when you are strong, and strong when you are weak.”  ― Sun Tzu, The Art of War

• “The greatest victory is that which requires no battle.” ― Sun Tzu, The Art of War

Hadam baik-baik setiap petikan daripada Sun Tzu dalam bukunya dan kita mula aplikasikan apa yang diajarkan oleh Sun Tzu dalam menghadam tentang Pertempuran Xiecheng. Pertempuran ini bermula ketika Zhuge Liang sedang berkawal di Yangpin dan mengarahkan salah seorang jeneral Shu bernama Wei Ya memimpin tentera menuju ke arah Timur demi misi penaklukannya.

Malangnya Sima Yi yang merupakan salah seorang penasihat ketenteraan Wei, musuh utama Shu yang menjadi tempat Zhuge Liang memberikan taat setia telah mengambil keputusan untuk menyerang kota Xiecheng, tempat Zhuge Liag bersemayam hanya bersama dengan 2500 orang tentera.

Mendengarkan bala tentera yang sedang dibawa oleh Sima Yi, maka Zhuge Liang berusaha untuk memanggil Wei Yan untuk membantunya. Namun, oleh kerana Wei Yan sudah terlalu jauh dari kota Xicheng, dan amatlah mustahil untuk Wei Yan berpatah balik dalam waktu yang sangat singkat.

Maka Zhuge Liang harus memikirkan cara terbaik bagi menangani bala tentera yang sedang dibawa oleh Sima Yi. Maka salah satu daripada strategi dalam sejarah China yang dipanggil sebagai Empty The Fort atau dalam Bahasa Melayu Mengosongkan Kota digunakan sehabis baik. Strategi Mengosongkan Kota ini adalah salah satu daripada koleksi strategi dalam koleksi esei yang merangkumi taktik-taktik perang dalam sejarah China terutama berkaitan ketika zaman Zaman Perang Saudara sebelum tertubuhnya Qin serta Zaman Tiga Kerajaan yang menjadi latar kisah kita.

Strategi ini memang sangat berisiko. Namun, kalau digunakan pada lawan dan waktu yang betul, maka ianya boleh dijadikan salah satu daripada strategi dalam perang yang sangat menakjubkan. Seperti mana yang dikatakan oleh Sun Tzu di awal artikel, saya memetik bahawa Sun Tzu mengatakan bahawa dalam peperangan, kita harus kelihatan kuat ketika kita lemah, dan begitu juga sebaliknya.

Maka dalam hal ini, Zhuge Liang benar-benar mengaplikasikan apa yang diarahkan oleh Sun Tzu itu. Jadi, apa yang dilakukan oleh Zhuge Liang sebenarnya? Zhuge Liang telah mengarahkan setiap tenteranya menjadi lebih tenang dan tidak panik dengan khabar 150 ribu orang tentera yang sedang dibawa Zhuge Liang. Maka apa yang diarahkan oleh Zhuge Liang? Dia mengarahkan yang semua bendera dan panji Shu diturunkan manakala dram perang didiamkan.

Selepas itu, Zhuge Liang mengarahkan beberapa orang tenteranya berpakaian seperti orang biasa sambil menyapu sampah. Zhuge Liang sendiri duduk di atas pentas yang terdapat di atas kubu pertahanan sambil bermain dengan alat muzik tradisional China sambil diapit oleh dua orang kanak-kanak kecil. Ketika Sima Yi bersama dengan 150 ribu orang tentera sampai ke Kota Xicheng, mereka terkejut dengan apa yang dipaparkan oleh Zhuge Liang.

Untuk seketika, Sima Yi sendiri menjadi keliru dengan apa yang dibentangkan oleh Zhuge Liang di depan matanya sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk berundur kerana takut dengan serangan mengejut. Dalam sebuah siri drama TV Hong Kong yang memaparkan sejarah Tiga Kerajaan, dipaparkan yang Sima Yi mengalami sedikit perdebatan dengan jeneral kanannya yang tidak bersetuju dengan keputusan itu. Sebaliknya Sima Yi menjawab.

“Aku kenal siapa Zhuge Liang daripada kalian. Dia bukanlah seorang ahli taktik perang yang mengambil risiko seperti ini. Dia ialah seorang ahli taktikal yang sangat cermat dan teliti dan suka menggunakan keadaan alam di sekelilingnya. Ya, kota yang kita akan serang ini mungkin terlalu kecil untuk menempatkan askar yang banyak untuk serangan mengejut. Tapi lihat bukit dan gunung-gunung yang mengapit kota ini. Mungkin tentera-tentera Zhuge Liang berselindung di balik sana!”

Begitulah dialog yang saya masih ingat yang memaparkan tentang babak dalam pertempuran ini. Akhirnya, tertipu dengan apa yang dipaparkan oleh Zhuge Liang, akhirnya Sima Yi sendiri membawa pergi bala tenteranya meninggalkan medan peperangan.

Pengajarannya dalam kisah ini ialah Zhuge Liang telah mengamalkan semua aplikasi Sun Tzu dalam bukunya. Pertama, dia cuba menampakkan tenteranya kuat pada mata Sima Yi meski ketika itu, tenteranya tidak mempunyai peluang langsung mahu menyelesaikan bala askar berjumlah 150 ribu orang itu. Kedua, saya kira yang Zhuge Liang telah mencapai kemenangan dalam pertempuran. Kemenangan yang sangat besar dan agung pada pandangan Sun Tzu sendiri. Zhuge Liang telah memenangi pertempuran ini tanpa menumpahkan satu titik darah pun.

Meskipun hari ini, pertempuran ini masih lagi menjadi perdebatan antara sejarawan tentang kesahihannya kerana beberapa faktor. Tetapi, saya kira ianya masih mempunyai nilai tersendiri yang kita boleh belajar tentangnya.

-HE-

TUJUH JENIS KEPINTARAN

Tahukah anda bahawa kehebatan seseorang dalam bidang akademik, peperiksaan, dan ke-four-flat-an CGPA tidak menjamin kepintarannya dalam dunia sebenar?

Menurut Profesor Howard Gardner dalam makalahnya; The Theory of Multiple Intelligences, kepintaran seseorang itu terbahagi kepada tujuh jenis;

1. BAHASA LISAN

Mereka yang pintar dalam bahasa lisan sangat hebat dalam membaca, menulis serta menghafal bahan-bahan akademik. Insan yang dominan otak kiri ini kebanyakannya pelajar-pelajar A di sekolah dan di universiti. Majoriti daripada mereka menjadi wartawan, penulis, peguam, doktor dan sebagainya.

2. LOGIK MATEMATIK

Juga dominan otak kiri serta hebat bermain nombor, permasalahan numerikal, logik, abstrak. Kebanyakan daripada mereka menjadi jurutera, saintis, akauntan dan lain-lain.
Mereka yang mempunyai kepintaran dalam bahasa lisan dan logik matematik biasanya hebat dalam bidang akademik, di bilik darjah dan di dewan kuliah.

3. GERAK BADAN

Menggunakan kehebatan fizikal dan psikomotor sebagai kepintaran mereka. Sangat menyerlah dalam bidang tarian, sukan, bengkel, pembedahan dan apa-apa yang berkaitan.

4. RUANG (KREATIVITI)

Dominan otak kanan dan cenderung kepada bidang seni, visual, reka bentuk dan teka-teki. Mereka yang pintar dalam jenis kreativiti ini kebiasaannya menjadi artis, pereka fesyen, dan arkitek.

5. MUZIK

Pintar dan bekerjaya dalam seni muzik, irama, nada, melodi dan warna suara.

6. INTERPERSONAL

Gabungan perkataan inter (antara) dan personal (insan). Mereka adalah komunikator, popular dan ekstrovert, sensitif terhadap perasaan orang lain serta hebat dalam bidang motivasi.
Kepintaran dalam bidang interpersonal menjadikan seseorang itu berjaya (dengan izin Allah SWT) dalam bertanding sewaktu pemilihan majlis perwakilan pelajar dan lain-lain yang berkenaan.
Mereka selalunya bekerjaya dalam bidang jualan, politik, serta profesion yang melibatkan manusia.

7. INTRAPERSONAL

Dalam bahasa mudah, kepintaran mengawal emosi, muhasabah diri dan introspektif. Mereka memahami diri sendiri, kenal kekuatan dan kelemahan diri, serta tahu bagaimana mahu memberi reaksi dan emosi.

Jadi, sekiranya anda tidak menyerlah dalam bidang akademik yang memerlukan kepintaran lisan dan logik matematik, usah gusar, masih ada lagi lima jenis kepintaran yang boleh anda terokai.

SOALAN : Sudah mengetahui tujuh jenis kepintaran, jom kongsikan tiga jenis kepintaran dominan anda dalam ruang komentar.

Saya?

1. BAHASA LISAN
2. KREATIVITI
3. INTERPERSONAL

Anda?

PS : Sekiranya kita menilai cara seekor ikan memanjat pokok, nescaya seumur hidup ikan itu akan percaya bahawa dirinya bodoh. Melainkan, kita tanam pokok tu dalam air. Huhuhu...
Kredit: Pemimpin Bersaudara

-HE-

PERTEMPURAN GUADALETE: KISAH TARIQ YANG MEMBURU SYAHID

Pertempuran Guadelete berlaku sekitar 711 hingga 712 Masihi di sekitar Semenanjung Iberia. Ianya sebahagian daripada misi kempen Dinasti Umaiyyah menakluk bumi Sepanyol selepas berjaya memastikan sepanjang Afrika Utara sudah mula memasuki wilayah Umaiyyah. Pertempuran ini juga menyaksikan bangkitnya seorang tokoh Islam bernama Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan ucapan legendanya.

Pertempuran ini melibatkan dua pihak yang bertelagah iaitu Dinasti Umaiyyah dan juga Kerajaan Visigoth yang dipimpin oleh Raja Roderic. Ketika Dinasti Umaiyyah sedang ralit menakluk pantai utara Afrika, kerajaan Visigoth ketika itu pula berhadapan dengan perang saudara dan perebutan takhta yang melemahkan kerajaan Visigoth sendiri. Ketika Tariq bin Ziyad mendarat di Sepanyol, beliau telah menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Iberia. Serangan Tariq semakin hebat selepas mendapatkan bantuan daripada gabenor Musa. Jumlah askar yang mendarat di Iberia daripada 7000 menjadi 12 000 orang.

Mendengarkan serangan Tariq yang sedang melebarkan pengaruhnya, maka Raja Rodric yang sepatutnya dalam perjalanan menundukkan pemberontakan berpatah balik mahu menghadapi tentera yang dibawa oleh Tariq. Dalam masa yang sama, Raja Rodric telah mengirimkan utusan kepada seluruh kerajaan-kerajaan dan keluarga bangsawan untuk mendapatkan bantuan mereka dan menyer kesatuan buat masa ini, dan melupakan perseteruan antara mereka dan menghadapi musuh yang lebih besar. Rekod Islam mengatakan bahawa askar yang mampu dikumpulkan oleh Tariq mencecah sehingga 100 000 orang, tetapi sejarawan berpendapat angka itu terlalu dibesar-besarkan dan meramalkan bahawa angka tentera Visigoth sebenarnya berjumlah dalam 35 000 orang sahaja.

Dalam pertempuran ini, tentera Visigoth terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi unit kavalari bangsawan. Mereka inilah yang mempunyai latihan tentera yang sebenar dan telah mengharungi segala jenis disiplin yang diterapkan untuk menjadi sebuah angkatan tentera yang lengkap. Namun, jumlah unit kavalari ini hanyalah merangkumi tidak sampai 20 peratus jumlah tentera yang dimiliki oleh tentera Visigoth. Selebihnya, tentera Visigoth dianggotai oleh infantri yang terdiri daripada mereka yang berada di bawah kelas bawahan.  Terdapat juga tentera yang terdiri daripada pewagai kota dan tentera yang terlatih yang biasanya akan memnawa senjata seperti lembing dan tombak dalam pertempuran. Senjata asasi yang biasanya di bawa oleh mereka ialah kapak, lastik, belantan, dan sabit. Raja Roderick yang memimpin bala askar Visigoth ini pula dikatakan turun ke medan perang dalam pedati yang dihias dengan gading serta berkanopi emas. Malah diperkatakan juga bahawa Raja Roderick membawa sekali segala harta kekayaannya sekali.

Dalam masa yang sama, tentera Islam dikatakan membawa lebih kurang 12 000 orang askar ke medan perang. Kebanyakan tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq merangkumi unit kavalari iaitu sayap mujaffafa. Biasanya unit Mujaffafa ini dapat dikenali dengan pakaian baju besi nipis yang membaluti tubuh mereka serta memakai serba yang membaluti topi besi.
Dicatatkan ketika awal pertempuran, Tariq Bin Ziyad dicatatkan berucap seperti berikut:

“Ingatlah apabila aku meletakkan diri aku di hadapan serangan kita kerana aku mahukan kalian turut melakukan seperti mana aku lakukan. Apabila nanti kedua-dua askar ini saling bertembung, ketahuilah bahawa aku akan dapatkan si Roderick ini, si tirani rakyatnya sendiri, dan mencabarnya kepada pertempuran kalau diizinkan oleh ALLAH! Kalau aku berjaya selepas ini, sudah tentu aku mendatangkan kepuasan kepada kalian dan kalian pastinya akan mendapati seorang wira di kalangan kalian yang mampu memimpin kalian! Tetapi sekiranya aku syahid sebelum mendapatkan Roderick, maka tanggungjawab itu di bawah kalian. Gandakan usaha kalian, teruskan menyerang dan pastikan kita berjaya menakluk negeri ini. Dengan kematian dia, tentera dia tidak akan lagi meneruskan perang ini!”

Bahkan, terdapat ucapan legenda lain yang diperkatakan diucapkan sendiri oleh Tariq bin Ziyad:

“Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran!”

Terdapat perdebatan di kalangan sejarawan tentang asal-usul taktikal membakar kapal-kapalnya demi memberikan semangat kepada tentera Islam berjuang sehingga ke hujung hayat dan memburu syahid. Bahkan saya melihat ada seorang agamawan yang mempertikaikan kisah ini dengan beranggapan bahawa ianya tidak logic dari sudut military. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk berbeza pendapat. Secara peribadi, saya lebih berpihak kepada babak pembakaran kapal ini memang wujud. Sebenarnya terdapat pertempuran yang sama berlaku di mana melibatkan peristiwa yang lebih kurang sama seperti mana yang diperkatakan oleh Tariq Bin Ziyad.

Kalau dirujuk kepada Pertempuran Julu yang berlaku pada tahun 207 atau 208 Masihi, Jeneral Xiang yu yang memimpin askar dalam Pertempuran Julu telah melakukan perkara yang sama. Ketika tenteranya menyeberangi sungai yang berdekatan dengan pertempuran, Xiang Yu telah mengarahkan agar kawah, kuali dan segala alatan memasak dibuang ke dalam sungai yang dilintasi leh mereka. Mereka hanya dibenarkan membawa bekalan yang hanya cukup untuk hidup 3 hari. Ini sebagai memberi mesej kepada pasukannya bahawa satu-satunya cara untuk mereka menang ialah berlawan sehabis baik, dan merampas bekalan makanan lawan.

Pertempuran awal dicatatkan yang tentera Islam melakukan taktik serang dan lari yang sangat berkesan dan berjaya mengucar-kacirkan tentera Visigoth. Namun punca kekalahan Raja Roderick ialah apabila terdapat pengkhianat sendiri di kalangan tentera Visigoth. Seperti mana yang dimaklumkan di awal artikel, kita mendapati bahawa eropah  ketika itu sedang berada di dalam kancah perang saudara. Ketika Raja Roderick mengarahkan sayap kanan dan kirinya untuk bersama bahagian tengah melancarkan serangan ke atas tentera Islam, entah kenapa sayap kiri dan kanan tiba-tiba memilih untuk tidak mematahui arahan itu membiarkan bahagian tengah yang dipimpin oleh Roderick untuk menyerang seorang diri.

Melihatkan apa yang berlaku, Tariq terus menggunakan peluang ini dengan mengarahkan unit kavalari untuk terus memisahkan bahagian tengah Visigoth dengan sayap kanan dan kiri. Kemudian, unit infantry turut dikerahkan untuk memberikan serangan penuh ke atas barisan tengah Visigoth. Bahkan sejarah bercerita kepada kita yang tetera Visigoth yang berpaling tadah daripada Roderick turut menyertai upacara pembantaian ramai-ramai rakan senegara mereka! Ketika inilah Roderick berjaya dijatuhkan oleh Tariq dari atas kudanya lalu jatuh ke tengah-tengah medan pertempuran. Selepas itu, berita tentang kematian Roderick terus tersebar ke serata tentera Visigoth yang masih setia bersama dengan Rodrick. Berita ini kemudian menjatuhkan terus semangat tentera Visigoth lalu secara perlahan-lahan, ramai mula meninggalkan medan perang dengan berlari ke arah Sungai Guadalete yang berada di belakang mereka. Namun, alam juga seperti sudah sepakat dengan tentera Islam. Arus sungai pula menyapu habis tentera Visigoth lalu mereka pun mati kelemasan dibawa arus.

Pertempuran ini mengajar kita banyak perkara. Kepercayaan dan kesetiaan adalah benda yang paling penting dalam sebuah peperangan. Walaupun Tariq bin Ziyad dicatatkan telah membakar kapal-kapalnya untuk memberi semangat kepada tentera Islam, mereka tidak sesekali berpaling daripada Tariq Bin Ziyad. Berbeza dengan Raja Roderick, dia sendiri menjadi mangsa pengkhianatan bangsanya sendiri. Bahkan dicatatkan juga bangsa Yahudi yang turut ditindas di bawah pemerintahan Roderick turut memberikan sokongan kepada tentera Islam! Untuk rekod, pertempuran ini berlangsung selama 8 hari dan jasad Roderick langsung tak ditemui selepas berakhirnya pertempuran.

-HE-

TOKKU PALOH

Masa 'penjajahan' British dulu,British tak perintah negeri-negeri Melayu secara terus.Mereka masih mahu berunding dengan sultan Melayu.

Kekuatan kerajaan Melayu untuk bertahan dari pupus oleh kolonialisme ialah kekuatan diplomasi para pembesar Melayu.Dalam banyak kes,para pembesar Melayu inilah yang memainkan peranan begitu besar untuk mempertahankan politik Melayu.Mereka pandai bersilat kata dan para pegawai British pun tidak mampu memperdayakan mereka walaupun kapal perang telah siap untuk membedil negeri Melayu,acapkali mereka menyederhanakan tindakan kerana segan dengan diplomasi para pembesar Melayu.Karekter Englishmen bukan macam Spaniard,mereka suka kepada budibicara dan kebijakan (wisdom) dalam berunding. Sebab itu British berjaya jadi empayar kolonial terbesar dalam dunia.

Salah satu pembesar Melayu yang 'legend' ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak.British cukup gayat dengan beliau dimana sebab penangan beliau inilah Johor lambat menerima Penasihat British.Gaya diplomasi beliau begitu taktikal sampai tiada seorang pegawai British pun sanggup berdepan dengan beliau kecuali terpaksa mempengaruhi sultan supaya 'menyederhanakan' sikap Abdul Rahman.Kita maklum Sultan Johor ketika itu bersahabat baik dengan Queen.

Kali ini Srikandi nak cerita pasal seorang yang tahap 'legend' juga iaiatu Tokku Paloh.Tokku Paloh atau nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.Beliau ialah penasihat Sultan Zainal Abidin III,iaitu Sultan Terengganu yang memerintah tahun 1881-1919.Beliau juga seorang ulama yang warak serta disegani seluruh rakyat Terengganu.Semasa hidupnya,pihak British memang gayat nak menjajah Terengganu.Hanya selepas peninggalannya barulah British berjaya mencampuri hal-ehwal politik negeri itu.

Masalah terjadi bila British meminta Bukit Besar,sebuah kawasan milik Terengganu.Sultan bagaimanapun meminta British berunding dengan Tokku Paloh.Pihak British pun menemui Tokku Paloh untuk berunding.Tetapi apa yang dikatakan oleh ulama itu? British boleh mengambil Bukit Besar dengan syarat bukit itu hendaklah dibawa balik ke England.Tokku Paloh mengizinkan pihak British mengaut seberapa banyak tanah untuk diisi kedalam kapal mereka.

Read between the lines...sebenarnya sultan tak membenarkan Bukit Besar diambil.Sebab itu baginda menghalakan British kepada Tokku Paloh yang pandai menyindir.

Pihak British sangat marah dengan sindiran Tokku Paloh.Mereka memprotes dengan bangun dari kerusi mereka.Namun dengan kuasa Allah,kerusi mereka melekat di punggung masing-masing.Tokku Paloh terus menyindir dengan selambanya:

"Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."

Pada masa itu,British masih percaya Terengganu tidak mempunyai kelengkapan senjata yang besar seperti meriam.Apabila kali kedua rundingan hendak dijalankan,pihak British membawa kapal perangnya menghampiri pantai Terengganu.Mendengarkan ini Tokku Paloh dan sultan mengarahkan meriam-meriam disusun di sepanjang pantai menyambut kapal perang British.

Melihatkan ini,pihak British tidak berani menghampiri pantai Terengganu.

Masa Siam (dinasti Chakri) menaungi Terengganu (Siam masih menganggap Terengganu negeri naungan dia sebab Terengganu bekas naungan Ligor padahal tidak dan Sultan Terengganu bebas berkuasa),Siam pun tidak mampu mengawal Terengganu dan menghormati pemerintahan Terengganu.Sultan dilayan seperti tetamu diraja setiap kali dijemput oleh Raja Siam ke Grand Palace di Bangkok.Faktor geografi mungkin menyusahkan Siam mengganggu Terengganu tidak seperti Kedah.Namun cara sultan dan pembesar berdiplomasi ini yang membuatkan Siam juga gayat dengan Terengganu.Namun Srikandi juga berpendapat,Siam menganggu Kedah sebab melalui Ligor,sebab Ligor suka membuli Kedah berbanding Terengganu atau Kelantan.

British menunggu peluang untuk menguasai Terengganu walaupun Siam telah menyerahkan pengaruhnya ke atas negeri-negeri Melayu utara kepada British termasuk Terengganu.Walaupun Perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah termeterai,namun British hanya berkuasa atas kertas sahaja selagi Sultan Zainal Abidin dan Tokku Paloh masih hidup.Sultan dan Tokku Paloh dapat berbuat sesukahati walaupun diancam oleh British.Siam pula tidak mampu berbuat apa-apa kerana sejak dia berfantasi Terengganu duduk bawah dia pun Siam memang takde kuasa apa-apa dan hanya membiarkan Terengganu bebas memerintah.

Apabila Tokku Paloh meninggal pada tahun 1917 dan Sultan Zainal Abidin pada tahun 1918,barulah kuasa Perjanjian Inggeris-Siam itu dapat dilaksanakan.

Inilah contoh PEMIMPIN MELAYU yang berani dan hebat.Tak takut pada British yang terkenal tamak dan puaka.Setiap kata-kata British dipusingnya siap disindir-sindir lagi sampai British tertunduk malu. Apa nak takut pada bangsa asing? Mereka manusia biasa juga nak makan bila lapar.

~Srikandi

Gambar hiasan : Potret Sultan Zainal Abidin III ketika menunaikan haji

BUDAYA POP JEPUN : STRATEGI HALUS JEPUN MENAKLUK DUNIA

''NEGARA JEPUN BERJAYA BANGKIT DARI KEKALAHAN PADA MASA PERANG DUNIA KEDUA''

Budaya pop jepun pada masa kini banyak digemari oleh masyarakat dunia, dan ini adalah salah satu kelebihan dari Negara matahari terbit ini untuk memperbaiki nama baik mereka di seluruh dunia. Pasca berakhirnya perang dunia kedua, Jepun menghadapi masalah kemelesatan ekonomi yang teruk selepas kekalahan kepada tentera bersekutu. Semasa pendudukan amerika syarikat keatas jepun, Pemerintah berusaha membangunkan kembali ekonomi negara dan berusaha membaiki nama baik jepun kepada masyarakat dunia.

Sejak saat itu, Jepun mengalami evolusi besar-besaran dalam diplomasi ekonomi dan diplomasi kebudayaannya yang merupakan salah satu bentuk untuk revitalisasi pemerintah. Jepun berusaha memanfaatkan sektor-sektor yang berpotensi seperti, musik pop, animasi, makanan, senibina, fesyen dan kebudayaan untuk membangun citranya kembali dan mengembalikan status sebagai negara kuasa besar dunia.. Sehingga, saat ini banyak orang berpendapat bahawa Negara Jepun merupakan ‘’cultural superpower‘’, berbeza dengan dulu ketika pada tahun 1980 an (era ekonomi buih) dimana Jepun merupakan ‘’economic superpower’’.

BUDAYA POP SEBAGAI INSTRUMEN DIPLOMASI JEPUN

Pada akhir tahun 1990 an, Jepun mulai kembali mengubah strategi diplomasinya seiring dengan arus globalisasi yang memberikan cabaran-cabaran baru. Salah satu strategi yang digunakan oleh Jepun adalah untuk mengembangkan budaya-budaya ‘’postmodern’’, disamping memanfaatkan budaya-budaya tradisional yang telah ada sebelumnya.

Anime, manga (komik), fesyen, musik pop, makanan, dan novel dari penulis-penulis muda akhirnya mulai memberi peranan penting dalam kegiatan kebudayaan Jepun di peringkat antarabangsa. Tidak dapat dimungkiri lagi bahawa secara ilmiahnya kegiatan-kegiatan tersebut bersifat komersil dan memiliki kaitan yang kuat dengan nilai perdagangan negara jepun, seperti perlindungan hak harta intelektual keatas karya budaya pop jepun dan juga keikutan pihak jepun dalam festival-festival antarabangsa.
Negara jepun benar-benar memanfaatkan budaya pop sebagai senjata diplomasi, terbukti dengan keseriusan kerajaan Jepun yang memfokuskan budaya pop dalam salah satu bahagian buku ‘’Diplomatic Bluebook 2004’’ dengan nama programnya, “Yayasan Cool Japan @ Cool Japan Fund”.

BUDAYA TRADISIONAL DI PERKENALKAN KEPADA DUNIA

Bahkan Majalah Gaikō Fōramu ( Majalah Forum Diplomatik), majalah bulanan berkaitan diplomasi yang diterbitkan oleh Kementerian Luar Jepun, memiliki satu bahagian khusus untuk artikel-artikel berkaitan budaya pop sebagai perkara diplomasi dalam beberapa isu.Untuk meningkatkan keberkesanan program budaya pop jepun itu sendiri, Kementerian Luar Jepun berkerjasama dengan ‘’Japan Foundation’’ yang merupakan pertubuhan dibawah kelolaan kerajaan Jepun yang mempunyai perwakilan di seluruh dunia dimana salah satu tugasnya adalah menghubungkan kebudayaan Jepun dengan masyarakat dunia.

Pengaruh budaya pop jepun di seluruh dunia sudah tidak dapat diragukan lagi. Anime-anime Jepun menjadi sangat mudah diakses dalam bentuk berbagai bahasa, gaya pakaian remaja pun mulai mengikuti fesyen terkini dari jepun, selain itu musik-musik Jepun menjadi semakin sering diperdengarkan dimana-mana pun. Penjualan-penjualan produk budaya pop jepun mencapai angka jutaan ringgit, seperti penjualan careka padat (CD) yang bahkan tempahan dari dari seluruh dunia mencecah angkat berjuta.

Festival kebudayaan Jepun menjadi daya tarik bagi masyarakat di seluruh dunia, salah satunya Indonesia, dimana Japan Foundation mengadakan acara tahunan yang dinamakan ‘’Festival Bon Oduri’’. Festival ini mendapat sambutan setiap tahun dipelbagai negara seperti Malaysia, Argentina, Brazil, China dan Korea. Festival tersebut merupakan acara tahunan dalam berskala besar dan berhasil menarik ratusan ribu pengunjung dalam satu hari. Oleh kerana itu, menjadi sangat penting untuk melihat bagaimana kerajaan jepun memanfaatkan budaya pop dan budaya tradisional jepun sebagai senjata diplomasi yang paling efektif untuk menyebarkan pengaruhnya di seluruh dunia.

ANIMASI JEPUN (ANIME)

Animasi jepun atau yang lebih dikenali sebagai anime telah berjaya melebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia sejak tahun 1960an. Salah satu bukti nyatanya adalah ketika Pokemon yang dulunya sempat mencapai kejayaannya disiarkan di lebih dari 65 negara dan diterjemahkan ke dalam 30 bahasa. Anime Pokemon berjaya menjadikan anime pertama menjadi sampul depan dari majalah terkemuka di amerika syarikat iaitu majalah TIME.
Anime Doraemon pun juga menjadi salah satu anime yang memiliki pengaruh yang kuat di seluruh dunia, Beberapa siri komik doraemon (manga), anime sudah dikeluarkan dalam pelbagai bentuk dengan jumlah yang cukup banyak.

Kerajaan Jepun menyedari potensi yang dari Doraemon yang dinilai dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat dunia. Sehingga pada mac tahun 2008, watak Doraemon dinobatkan sebagai Duta Anime oleh Menteri Luar Jepun pada saat itu, iaitu Masahiko Koumura. Koumura mengungkapkan harapannya dengan menobatkan Doraemon sebagai Duta Anime, bahawa ia memiliki harapan yang besar bahawa masyarakat dunia dapat mengetahui sisi positif dari Jepun melalui anime Jepun.

Selain itu Koumura juga mengharapkan agar Doraemon dapat disiarkan ke seluruh dunia dan dapat mempromosikan serta memperkenalkan Jepun ke seluruh dunia. Selain itu diharapkan pula dengan kehadiran Doraemon maka juga akan menambah daya tarikan Jepun terhadap masyarakat dunia pada aspek-aspek lainnya, seperti budaya tradisional, muzik, dan teknologi. Sebagai tanggapan atas harapan yang diungkapkan oleh Koumura, watak disebalik kejayaan anime Doraemon mengungkapkan bahawa mereka mengharapkan melalui anime Doraemon, masyarakat di seluruh dunia dapat mengetahui bagaimana dasar pemikiran-pemikiran orang Jepun, kehidupan apa yang mereka jalani, dan juga masa depan seperti apa yang hendak mereka ciptakan. Dapat dilihat sini bahawa kerajaan jepun berusaha untuk memperluaskan kebudayaan Jepun dan meningkatkan citra Jepun, dan mendorong penggunaan instrumen ‘’soft power’’.

COSPLAY (COSTUME PLAY)

Fenomena anime dan manga memberi idea baru bagi kerajaan jepun, dengan itu menganjurkan acara ‘’World Cosplay Summit’’ dan ‘’International Manga Award’’. Cosplay adalah singkatan dari “Costume Play” dalam bahasa Jepun disebut sebagai “Kosupure”. Acara ini diadakan pertama kali pada tahun 2003 dengan penyertaan yang datang dari berbagai negara, seperti Itali, Jerman, dan Perancis.Tujuan dari penganjuran ‘’World Cosplay Summit’’ tersebut adalah untuk menciptakan satu pertukaran kebudayaan Jepun oleh warga muda dunia dengan dibantu kepopulariti anime dan manga sebagai peranti penghubungan.Tujuan tersebut selari dengan dasar dari Kementerian Luar Jepun iaitu untuk meningkatkan pemahaman dan ketertarikan masyarakat dunia terhadap Jepun melalui budaya pop sehingga kerajaan jepun memutuskan untuk menberi sokongan dengan menjadi penaja sejak tahun 2006.

Salah satu usaha mempromosikan Jepun melalui ‘’World Cosplay Summit’’ tersebut telah dilakukan melalui beberapa kegiatan, seperti pada tahun 2011 dimana perserta diberi berkesempatan untuk memberikan sokongan kepada mangsa korban gempa Tohoku dan dapat berjumpa dengan para cosplayer tempatan disana.Acara ini juga memperkenalkan makanan khas daerah tersebut dan mengajak partisipan untuk membuat kerajinan tangan tradisional khas daerah Aizuwakamatsu.

KOMIK JEPUN (MANGA)

‘’International Manga Award’’ menjadi salah satu acara yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kementerian Luar Jepun untuk mempromosikan budaya serta nilai-nilai yang ada di Jepun. Penghargaan ini pertama kali dilaksanakan pada tahun 2006 dengan harapan dapat membangunkan ‘’mutual understanding’’ antara kartunis atau pekomik yang ada di luar negara terhadap budaya Jepun.Pada tahun 2012, acara ini memberikan kesempatan bagi para pemenang untuk mengunjungi Iwate yang merupakan salah satu daerah yang mendapat kesan terburuk akibat gempa bumi.

Pada kesempatan ini para pemenang tidak hanya dapat memahami lebih mendalam mengenai budaya pop jepun, selain itu juga mengenali sejarah, alam, budaya, dan makanan khas Jepun. Dengan pemberian hadiah berupa kunjungan tersebut Kementerian Luar Jepun menaruh harapan yang sangat besar kepada para pemenang bahawa pada saat mereka kembali ke negara asalnya, mereka akan menceritakan pengalaman yang mereka dapat di Jepun dan berjaya menarik perhatian masayarakat di Negara asal pemenang.

MUZIK POP JEPUN (JPOP / JROCK)

Selain itu, budaya muzik pop merupakan salah satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dari fenomena budaya pop jepun. Walaupun harus diakui bahawa fenomena ‘’Korean Pop (KPop)’’ masih lebih signifikan dibandingkan dengan JPop kerana dianggap bahawa jenis musik KPop jauh lebih mudah diterima oleh selera masyarakat antarabangsa.
Tetapi tidak dapat dilupakan bahawa para pemuzik sekelas Namie Amuro, Perfume, Morning Musume, AKB48, EXILE, Laruku, dan Arashi berhasil menarik perhatian masyarakat dunia dan memiliki peminat yang cukup besar di seluruh dunia. Fenomena tersebut cukup luar biasa kerana harus dilihat bahwa pemuzik tersebut terbilang jarang melakukan konsert di luar negara, beberapa pemuzik hanya sempat melakukan dalam satu atau dua kali. Untuk salah satu kumpulan pemuzik sekelas Perfume baru sahaja mengadakan konsert di pelbagai negara untuk pertama kalinya pada tahun 2012, iaitu ketika setelah sebelas tahun menyertai industry muzik. Namun jumlah peminat yang mereka miliki sudah sangat banyak bahkan sebelum diadakan konsert di pelbagai negara tersebut.

Fenomena yang sangat terkenal pada saat ini adalah kehadiran dari kumpulan idola AKB48 yang telah mengalahkan penjualan album Lady Gaga dan Justin Bieber dengan jumlah penjualan domestik di Jepun bernilai 200 juta dolar Amerika, serta telah berhasil mengubah konsepsi masyarakat antarabangsa akan budaya musik pop Jepun. Penjualan di album di pelbagai negara tidak kalah, jumlah pra jualan sebelum dilancarkan untuk dikirim ke berbagai negara mencapai ratusan ribu salinan album. Salah satu daya tarikan yang membuat AKB48 menjadi berbeda adalah konsep “idol you can meet”, konsep tersebut membuat peminat lebih mudah untuk bertemu dengan idola mereka melalui kegiatan-kegiatan seperti pertunjukan pentas harian, konsert, dan juga ‘’handshake’’.

Faktor tersebutlah yang membuatkan penjualan CD dan DVD dari AKB48 mencapai angka yang menakjubkan, biasanya dalam minggu pertama mencapai satu juta salinan untuk penjualan dalam negeri sahaja. Kerjaan Jepun melihat potensi yang dimiliki oleh AKB48 tersebut dan menggunakannya sebagai salah satu kempen ‘’ public diplomacy’’.
AKB48 membantu kerajaan jepun dalam mengumpul dana untuk mangsa korban gempa bumi Tohoku melalui projeknya “Dareka no Tame ni” dan penjualan single yang berjudul “Kaze Wa Fuiteiru”. Melalui program tersebut ini, kerajaan jepun berusaha memanfaatkan momentum yang ada dengan memilih AKB48 sebagai duta untuk menjemput pelabur untuk membeli bond dan meringankan beban hutang Negara Jepun.

Disisi lain, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh AKB48 mengandungi lirik yang menceritakan tentang kehidupan sehari-harian yang ada di Jepun sehingga dapat membantu proses promosi tentang kebudayaan Jepun.Melihat potensi yang begitu kuat tersebut, Kerajaan jepun tidak ragu-ragu untuk memilih AKB48 sebagai ‘’Goodwill Ambassadors’’ ke negara China, Menteri Luar Jepun Koichiro Genba memilih AKB48 sebagai salah satu upaya untuk meredakan ketegangan diantara kedua negara.

AKB48 / JKT48 / SNH48 / TPE48 / BNK48 DAN MNL48

AKB48 tidak hanya melbarkan pengaruhnya melalui ‘’sister groups’ di wilayah-wilayah yang terdapat di Jepun, namun Akimoto Yasushi selaku produser utama dari AKB48, memutuskan untuk mendirikan ‘’sister group’’ dari AKB48 di luar negara, iaitu di Jakarta (JKT48), Shanghai (SNH48), dan terbaru (tahun 2016) di Taipei (TPE48), Bangkok (BNK48). Dan Manila (MNL48). Projek tersebut di yakini untuk memperluaskan pengaruh dari kumpulan idola tersebut di peringkat antarabangsa.
Tertubuhnya ‘’sister group’’ JKT48 di Jakarta sendiri mendapat sambutan yang cukup baik dari kerajaan Indonesia dan kerajaan Jepun. Melalui pertemuan bilateral pada tahun 2011 antara Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Mari Elka Pangestu dan Miho Takai yang merupakan Wakil Menteri dari ‘’Ministry of Education, Culture, Sports, and Science and Technology (MEXT)’’, telah menyampaikan dengan adanya pertukaran budaya di antara AKB48 dan JKT48 dapat dikembangkan potensinya melalui berbagai saluran di bidang yang lain.

Sumber :-

1.The Encyclopedia Of Japanese Pop Culture (Mark Schilling)

2.Japan Pop! : Inside The World Of Japanese Popular Culture (Timothy J. Craig)

3.Tokyo Clash : Japanese Pop Culture (Ralf Bahren)

4.Budaya Pop Jepang Sebagai Instrumen Diplomasi Jepang Terhadap Komunitas-Komunitas Di Indonesia (Aulia Amalia)

5.Budaya Jepang Dalam Fenomena International Baru (Nisya Rafiani)

6.Budaya Jepun : Kajian Tentang Asal Usul Dan Ciri (Pustaka Cipta, 1986)

7.Pegenalan Kajian Bahasa Dan Budaya Jepun Di Malaysia (Universiti Malaya, 2008)

- Hangpcdua Malaya