Wednesday, 9 December 2015

PEARL HARBOUR

PEARL HARBOUR, 7 DISEMBER 1941

Dalam beberapa jam lagi iaitu pada tanggal 7hb Disember, seluruh dunia akan mengenang satu peristiwa yang antara sejarah perang alaf moden yang maha dahsyat di dalam rentetan peristiwa perang iaitu pengeboman Pearl Harbour yang lokasinya terletak di bumi Hawai.

Serangan keatas Pearl Harbour inilah yang menjadi “keypoint” kepada berlakunya Perang Dunia Kedua yang melibatkan kesemua Negara di dalam kancah peperangan termasuklah Sarawak serta Pulau Borneo yang ditawan oleh tentera Jepun pada malam sambutan Hari Natal 1941.

Di dalam kita menyelusuri sejarah perang ini ternyata ianya merupakan tindakbalas kepada beberapa rentetan peristiwa yang didokongi oleh USA sendiri iaitu jauh sebelum berlaku Perang Dunia Kedua dikatakan USA telah menunjukkan “sikap kurang ajar” ke atas Jepun.

Pada masa itu Jepun telah pun berjaya menakluki wilayah Manchuria. Kerana ingin menunjukkan belangnya dikatakan USA telah cuba mencemar kedaulatan Jepun dengan mengganggu gugat kegiatan pengerudian minyak yang dilakukan oleh Jepun di tanah jajahannya.

Ini ditambahlagi apabila Jepun merupakan pihak yang bersekutu dengan Jerman melalui pemimpin tersohornya Adolf Hitler melalui perjanjian Poros Axis yang menjadikan Jepun tidak seplatform dengan Tentera-tentera Berikat yang didokongi oleh USA pada waktu itu. Di ketika Adolf Hitler berjaya menaklumi Indo-China, Jepun pula sudahpun memulakan kempennya untuk menakluki wilayah Asia Tenggara pada ketika itu.

Hakikatnya tanpa dunia mengetahui bahawa sebelum peristiwa pengeboman Pearl Harbour ini, kedua-dua pihak telah beberapa kali mengadakan musyawarah diplomasi mengenai hak untuk menggerudi minyak. Namun begitu setiap kali juga sebarang musyawarah diplomasi ini menemui jalan buntu memandangkan USA tetap berdegil mahukan Jepun untuk keluar dari bumi Manchuria.

Mahu tidak mahu akhirnya Jepun membuat satu keputusan nekad iaitu untuk menyerang Pearl Harbour, tempat dimana pemusatan kuasa tentera USA yang baru sahaja dipindahkan dari San Diego pada waktu itu. Ini perlu kerana hanya dengan melemahkan kuasa USA di Pasifik maka barulah Jepun boleh memulakan kempennya untuk menguasai Asia Tenggara yang kaya dengan penghasilan minyak pada waktu itu.

Persiapan Ketenteraan Jepun

Umum mengetahui bahawa pengeboman Pearl Harbour ini adalah satu taktik perang yang tidak diduga sama sekali oleh USA sendiri dan kerana mereka gah dengan kekuatan tentera mereka di dunia pada ketika itu. Di dalam sejarah juga dunia mengetahui bahawa Jepun sebelum mereka mula bertindak telah terlebih awal mempersiapkan ketenteraan mereka dan begitu juga sewaktu Pearl Harbour diserang pada Disember 1941.

Secara rahsia pada bulan April 1941, Maharaja Jepun sebagai Ketua Angkatan Perang Jepun telah memberikan arahan kepada Laksamana Chuichi Nagumo untuk menghimpunkan kesemua angkatan perangnya menjalani latihan peperangan. Segala perolehan daripada risikan Jepun telah dikumpul untuk memastikan bahawa pasukan Jepun siaga semuanya untuk sebarang kemungkinan.

Pada bulan Mei 1941, dikatakan para juruterbang pesawat tempur Jepun sudahpun mula menjalani latihan penerbangan di kolej ketenteraan mereka yang dikenali sebagai Japanese Naval Staff College. Sehinggalah pada 12-16 September 1941, dikatakan satu latihan maneuver penyerangan Pearl Harbour dilakukan berdasarkan kepada segala butiran hasil daripada pasukan risikan Jepun itu sendiri.

Apabila segala bentuk latihan dan peralatan telah siaga semuanya, pada tanggal 3 November 1941 akhirnya Maharaja Jepun memberikan isyarat kepada Ketua Panglima Angkatan Tentera Jepun iaitu Laksamana Nagumo untuk memulakan kempen menyerang Pearl Harbour.

Serangan Ke Atas Pearl Harbour

Pada tanggal 26 November akhirnya segala peralatan Jepun telah mula menuju ke Pearl Harbour “tanpa mampu dijejak” oleh USA dan sekutunya. Dikatakan bagi mengelak taktik serangan diketahui musuh, Laksamana Chuichi Nagumo yang berada di kapal induk yang bernama Akagi tetap sentiasa berada di perairan Jepun.

Sedangkan hakikatnya 30 kapal perang termasuk 6 buah kapal induk berserta dengan ratusan pesawat tempur Jepun telahpun membelah lautan dengan menyusuri jalur bahagian Utara. Mereka bergerak di dalam diam dan bersembunyi di sebalik kabus dan lautan yang luas yang sesungguhnya tidak mampu difikirkan oleh Tentera Bersekutu pada masa itu.

1 Disember 1941, arahan menyerang telah dikeluarkan dan pada masa itu dikatakan taktik yang digunakan adalah berselerakan daripada semua arah. 6 Disember 1941, kesemua pesawat tentera udara Batalion Pertama Jepun telah siaga diisikan bahan api dari kapal tangki minyak Jepun.

Kempen dimulai pada 7 Disember 1941 dengan penyerangan secara besar-besaran dimulai keatas Pearl Harbour, Hawai. Pada waktu itu, pesawat Jepun telah menggugurkan bom ke atas Landasan Kaneohe, Ford Island, Hickam, Bellows, Wheeler dan Ewa.

Kapal selam Jepun juga tidak ketinggalan dengan mengarahkan torpedo mereka ke arah kapal-kapal perang USA yang berlabuh di Pearl Harbour pada masa itu. Hampir 90% kekuatan perang USA di Pearl Harbour pada masa itu musnah dan karam di perairan Hawai pada masa itu.

Bantuan perang daripada AS iaitu dari Oahu cuba membantu Pearl Harbour pada masa itu namun mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa apabila Jepun terlebih dahulu telah mempersiapkan Batalion Keduanya untuk menyerang Oahu. Dikatakan di dalam tempoh 3 jam sahaja, Oahu sendiri sudah hancur musnah dikerjakan oleh Tentera Jepun.

Pada masa itu tiada apa yang boleh dilakukan oleh USA kerana serangan hendap ini diluar kotak pemikiran mereka. Ini ditambahlagi dengan adanya kehadiran pejuang “kamikaze” yang mana juruterbang Jepun bersedia untuk mati dengan bermaruah iaitu mengarahkan pesawat mereka ke atas target-target kapal perang USA telah memberikan banyak kemusnahan kepada USA pada masa itu.

Ianya merupakan satu sejarah perang yang tidak diduga oleh Angkatan Laut Amerika Syarikat yang mengakibat hampir lebih kurang 30 buah kapal-kapal perang serta lebih 200 buah pesawat tempur USA rosak ataupun hancur. Kesan kepada serangan Pearl Harbour ini bukan sahaja mengakibat kerugian di pihak USA dari segi peralatan perangnya malahan juga jumlah korbannya juga dianggarkan telah menelan hampir 2,500 orang semuanya berbanding dengan pihak yang menyerang iaitu Tentera Jepun yang dikatakan hanya kehilangan 55 orang angka korban.

Setelah jatuhnya Pearl Harbour inilah, bermulanya kempen Jepun untuk menakluki seluruh Asia Tenggara dengan satu persatu bumi Asia Tenggara termasuk Malaya, Sabah, Sarawak, Pulau Borneo kesemuanya menjadi salah satu wilayah pendudukan Jepun pada Disember 1941.

Sehingga tahun 1945, Jepun muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara sehinggalah mereka menyerah kalah tanpa syarat setelah bumi Nagasaki dan Hiroshima musnah oleh bom atom yang digugurkan oleh USA pada 7-8 Ogos 1945.

-HB-

Rujukan:

1. Author: Alan D. Zimm; Books Title: Attack On Pearl Harbor; Strategy, Combat, Myths, Deceptions.
2. Perang Dunia Kedua – Laman Web Rasmi Rejimen Askar Melayu Diraja

2. Dalam serangan keatas Pearl

Angkatan Laut AS pada waktu itu berada dalam keadaan santai.
serangan berlaku pada hari Ahad, hari hujung minggu dimana anak-anak kapal dan para juruterbang serta pegawai-pegawai tentera sedang berlibur.

sasaran utama Carrier Strike Force angkatan laut Imperialis Jepun adalah Battleship Row yang merupakan deretan kapal-kapal perang,kapal penjajap dan kapal penjelajah angkatan laut Amerika,selain pangkalan udara dan pesawat-pesawat pengebom serta pesawat pejuang angkatan udara negara tersebut.

Dalam ofensif tersebut, Laksamana Nagumo mengarahkan 2 gelombang serangan udara keatas Pearl dan kawasan sekitarnya.

Namun belian membatalkan gelombang serangan ketiga, yang sepatutnya dapat melumpuhkan sepenuhnya kekuatan angkatan laut Amerika. Jika sekiranya gelombang ketiga diteruskan, serangan keatas fasilitas tentera seperti galangan kapal dan galangan kapal selam, pelabuhan,pangkalan-pangkalan tentera serta depot simpanan peluru serta bahan api, serta saki baki kapal perang yang ada mampu melambatkan kebangkitan angkatan laut amerika sehingga 1 tahun atau lebih,memanjangkan lagi perang dan mengukuhkan lagi penguasaan Imperialis Jepun di rantau Asia Pasifik.

namun itu tidak berlaku, dan serangan keatas Pearl dilihat sebagai satu kemenangan taktikal yang membawa kepada kekalahan Jepun di dalam perang di teater Pasifik dan ini dapat dilihat dalam Pertempuran Coral Sea dan kemudian Pertempuran Midway

FJ

3.Dalam serangan keatas Kota Bahru yang merupakan pembuka tirai penaklukan Jepun keatas Malaya dan Singapura, ia melibatkan pendaratan Divisyen 18 tentera Imperialis, yang merupakan pemukul utama yang menyerang dari pantai timur semenanjung.

Pendaratan di Kota Bahru pada tengah malam 8 Disember melibatkan 5200 orang tentera dari Rejimen Infanteri 56, 1 rejimen artileri, 1 rejimen kejuruteraan,divisyen semboyan dan perubatan yang didatangkan dari 3 buah kapal pengangkut Ayatosan Maru, Awazisan Maru dan Sakura Maru yang membentuk teras angkatan armada penakluk yang terdiri dari kapal-kapal penjajap Ayanami,Shinikami,Uranami dan Isonami, kapal penjelajah Sendai serta 2 kapal pemburu ranjau serta 1 kapal pemburu kapal selam.

Pihak kolonial yang mempertahankan pantai Sabak dan Bachok serta Pangkalan Udara Kota Bahru terdiri dari Briged India ke 8 dari Divisyen Infantri India ke 9, 3/17th Battalion yang diwakili Rejimen Dogra, dibantu no 73 Bateri Meriam Medan.

Pertempuran hebat berlaku antara kedua dua pihak sehingga pangkalan udara Kota Bahru ditakluk pada lewat senja 8 hari bulan Disember.

Kota Bahru menjadi pangkalan udara bagi angkatan udara Jepun untuk melaksanakan serangan udara keatas sasaran-sasaran penting kolonial British diseluruh Malaya sehinggalah tewasnya Singapura.

FJ

4.
Jika mengambil kira International Date Line atau IDL yang mana negeri-negeri yang berada disebelah barat IDL ini (rantau barat Pasifik, Asia Selatan, Asia Barat, Afrika,Eropah etc,etc) awal sehari berbanding negeri-negeri di sebelah timur IDL (benua amerika utara,amerika selatan), ya serangan pertama yang mencetuskan Perang Dunia kedua di teater Pasifik adalah pendaratan Divisyen ke 18 tentera Imperialis Jepun di Kota Bahru

walaubagaimanapun, sebenarnya serangan keatas Kota Bahru dan Pearl adalah serentak, dengan sela masa yang berbeza hanya 50 minit sahaja antara kedua-dua gerakan ofensif, cuma tarikhnya berbeza.

Rekod militer menunjukkan yang serangan keatas Kota Bahru berlaku pada jam 0030H waktu Kota Bahru, dan serangan keatas Pearl disusuli pada jam 0118 waktu Kota Bahru (beza masa antara KB dna Pearl adalah 18 jam maka 0118 di KB adalah 0718 pagi pada 7 haribulan Disember.)

FJ
tujuan kedua2 kotaraya itu dipilih adalah sebagai eksperimentasi keatas kesan ledakan atomik keatas kawasan populasi yang dikelilingi kawasan pergunungan,selain Hiroshima merupakan bandar pelabuhan dengan fasilitas militer dan industrial yang strategik,yang mampu mengatur gerak divisyen divisyen tentera melalui jalan laut, keupayaan industri yang tinggi dalam menjana mesin perang lantas menjadikan ia sasaran penting.selain itu,disebabkan ia adalah sebuah bandaraya yang besar dengan populasi penduduk yang tinggi, ia menjadi sasaran untuk melemahkan psikologi Imperialis Jepun selain sebagai medan eksperimentasi kesan ledakan atomik keatas bandaraya.

ia juga menjadi medan eksperimentasi dua jenis senjata atomik

Hiroshima mengalami kemusnahan atomik dengan bom atom jenis gun type fission weapon yang melakurkan uranium 235 manakala Nagasaki diledakkan dengan bom jenis implosion yang menggunakan plutonium yang mana bom di nagasaki adalah lebih komplikated

jangan pandang rendah

dalam masa kurang setahun Amerika mengerakkan seluruh rakyatnya untuk membantu war effort mereka...sehinggakan anak2 kecil juga turut membantu dengan membeli bon perang berjumlah 1 sen....

seluruh rakyat ya bukan semata2 tentera

kilang-kilang perindustrian yang dahulu menghasilkan motokar, jentera pertanian, motosikal berubah menjadi kilang kilang perang yang menghasilkan trak tentera, kereta kebal dan pelbagai kenderaan tentera, lancang pendarat dan meriam-meriam kereta kebal...

limbungan kapal swasta yang ada diseluruh pantai barat dan pantai timur Amerika dikerah untuk membina kapal-kapal perang

kilang-kilang barangan elektrik, jentera, semuanya berubah menjadi kompleks industri pembuatan pesawat

dan industri pertanian, pembuatan makanan meningkat dengan mendadak

jangan tak tahu, kalangna wanita Amerika juga turut terlibat turun padang membantu usaha perang, dengan bekerja sebagai pekerja kilang senjata, kilang kereta kebal dan pesawat sementara golongan lelaki dihantar kemedan perang

dan ingat...Amerika berperang di Pasifik dan juga Eropah dalam sela masa 1941 hingga 1946....malah turut membekalkan sejumlah bekalan senjata perang,makanan,ubatan,peluru,jentera perang dan malah menyewa kapal untuk pihak sekutunya yang lebih lemah seperti British dan Kanada dan Australia...

jadi

jangan pandang rendah pada mereka kerana mereka sangat bersatu dan sangat patriotik dan sukar ditangani

FJ

No comments:

Post a Comment