** sediakan pensel dan kertas untuk lebih faham.
Ketika ada membaca artikel ini elak daripada keliru antara nombor zon dengan nombor role. Misalnya zone 10 bukan role no.10.
Harap anda dapat faham penerangan ringkas ini supaya selepas ini saya boleh menjelaskan lebih tepat dan kompleks sistem taktikal dengan role dan zone dalam padang.
Saya kerap menyebut hole area atau right inside forward. Namun dengan pemahaman 18 zon ini, diharap anda akan lebih faham tentang penjelasan dalam 'sains' bolasepak.
18 zone adalah merujuk kepada persempadanan 18 grid kotak dalam padang. Ada
3 X 6 (horizontal x vertical) dalam 3 bahagian utama dalam padang yg disebut
(1/3) Defensive Third
Kawasan Tengah / Middle Third
Kawasan 3/3 Akhir atau final Third
Dalam setiap 'Third' akan ada 3 Garis Horizontal darab 2 Garis Vertical. Menjadikan setiap third ada 6 zon / box.
Bila disebut hole player, ini adalah merujuk kepada zone 14. Ia adalah zone yang sangat digemari oleh no.10 player. Pemain attacking midfielder dan box to box seperti Zidane dan Gerrard akan cuba sedaya upaya sampai ke zon 14 untuk buat 'projek'. Untuk no. 10 yg bermain di hole (zone 14) biasanya menggunakan zon 14 untuk mencipta peluang berbanding attacking midfielder yg menjadikan zon 14 sebagai markas 'sniper'.
Sambil baca chapter seterusnya , ambil pen atau pensel lukis 18 pitch zone dan anda baca sambil gerakkan pensel ikut arahan ini :
Bila disebut inside forward kanan akan berbeza dengan sayap kanan atau side midfielder / flanker atau wide wing attacker kerana
Inside Forward kiri (Contoh Eden Hazard ) akan cuba mengelakkan diri daripada terlajak ke zon 16. Mereka akan cuba masuk daripada zone 13 atau 10 masuk ke zon 14.
Wing Forward biasanya merujuk kepada pemain bukan Inverted attacker yang boleh bergerak ke zon 15 dan 18 untuk melakukan cross atau cut inside.
Inside forward pula kerap dilabel false 10 kerana mereka suka ke zon 14. Namun pengertian false 10 sangat sukar diterangkan buat masa ini sebab pasti akan membuatkan anda lebih pening.
Begitu juga dengan pemain inside foward di kanan yang tak akan menuju ke zon 18. Mereka akan masuk ke zone 14 daripada sama ada zon 12 atau 15.
Kenapa wingback bukan defender ?
Dalam 3-5-2 sistem wingback bukan disebut pertahanan ia adalah wing dari deep area iaitu di kawasan middle third zone 7 dan 9.
Side back akan cover zone 4 dan 6 serta 1 dan 3 untuk drop terlalu deep.
Kenapa dipanggil box to box ?
Dengan lakaran box 18 tadi anda gerakan pensel anda dari zon no5 atau no 8 ke serata padang dan anda bayangkan siapa pemain yg selalu buat gerakan macam itu, itulah box to box.
----------------
Jadi, saya harap anda akan lebih faham sistem grid dan zon dalam padang. Ia perlu ada di pusat latihan untuk menjadikan pergerakan serta fluidity taktik lebih terancang.
Di Luar negara ada tactician seperti Guardiola dan Klopp menggunakan Grid taktikal mereka sendiri dalam latihan.
Maaf dengan lakaran grafik terhad kerana saya menulis menggunakan handphone.
No comments:
Post a Comment