Sunday, 24 January 2016

CV vs Resume: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Pencari Kerja Harus Baca



Rabu, 1 Oktober 2014

Ameirul Azraie

Pernahkah anda terfikir, apakah jenis dokumen yang perlu digunakan untuk permohonan kerja? Antara curriculum vitae (CV) dan resume, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia? Memang benar kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen yang mengandungi senarai maklumat paling relevan mengenai seseorang yang digunakan dalam pencarian kerja. Namun begitu, istilah CV dan resume ini secara umumnya diguna pakai secara bertukar ganti, dan tidak ramai yang mengetahui bahawa kedua-dua dokumen ini banyak perbezaannya.

Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut perbezaan antara CV dan resume serta dokumen yang lebih sesuai digunakan untuk pasaran kerja di Malaysia. Diharapkan dengan penulisan artikel ini, segala persoalan dan kekeliruan anda tentang penggunaan CV dan resume untuk permohonan kerja akan terjawab.

Umumnya, terdapat beberapa perbezaan asas mengenai kedua-dua dokumen ini. CV merupakan dokumen dengan maklumat lengkap dan berstruktur tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang, manakala resume ialah dokumen yang sama tetapi dalam format yang sangat ringkas. Inilah sebab mengapa CV biasanya mengandungi dua hingga empat muka surat manakala resume biasanya tidak melebihi satu muka surat.

CV merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Anda akan menemui beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari satu negara ke negara yang lain. Walau bagaimanapun, isi kandungannya tetap sama pada dasarnya. Resumepula merupakan dokumen yang paling diterima pakai untuk permohonan kerja di Amerika Syarikat dan Kanada.

CV

Ciri-ciri utama CV disenaraikan secara ringkas di bawah:

– CV yang ideal hanya mengandungi dua muka surat, walaupun ia boleh menjangkau sehingga empat muka surat

– CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian terkini individu terbabit sebelum CV dihantar kepada majikan yang berpotensi dan ditulis dalam susunan kronologi terbalik (iaitu pencapaian terkini ditulis terlebih dahulu)

– CV merangkumi segala yang telah dilakukan oleh individu terbabit sama ada dibayar atau tidak dibayar; oleh itu, CV boleh mengandungi segala pembabitan dalam aktiviti berbentuk sukarelawan

– CV adalah sangat sistematik dan biasanya disediakan dalam susunan tertentu bergantung sama ada individu terbabit merupakan graduan yang baru tamat belajar atau telah mempunyai pengalaman kerja

– CV biasanya disertakan dengan cover letter (surat pengiring).  Cover letter ini bertujuan meringkaskan kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon

 

Resume

Ciri-ciri utama resume disenaraikan secara ringkas di bawah:

– Resume sepatutnya tidak melebihi satu muka surat, tetapi ia boleh menjangkau sehingga dua muka surat dalam keadaan tertentu

– Resume ialah dokumen ringkas yang menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama individu terbabit

– Resume hanya mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kerja yang dipohon dan kesemua maklumat tersebut terkandung dalam satu muka surat sahaja

– Resume menyerlahkan kemahiran dan pencapaian individu terbabit sebagai maklumat utama yang perlu ada selain maklumat-maklumat lain yang relevan

– Resume biasanya tidak disertakan dengan cover letter kerana sebab utama anda menyerahkan resume adalah untuk mempercepatkan proses permohonan anda; cover letter akan melambatkan proses tersebut

 

Perbezaan CV dan resume secara ringkas:

CV – panjang (2 muka surat), mengandungi semua maklumat pengalaman profesional yang terkini & format susunan kronologi terbalik

Resume – pendek (1 muka surat), hanya mengandungi maklumat yang disesuaikan dengan kerja yang dipohon & tiada format tertentu

 

Akhir sekali, seperti yang dinyatakan di atas, CV dengan panjang 2 muka surat amat sesuai digunakan untuk permohonan kerja di Malaysia manakala resume lebih sesuai digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada. Diharapkan penulisan artikel ini dapat meningkatkan pemahaman anda tentang perbezaan antara CV dan resumeserta penggunaannya dalam permohonan kerja anda.

——————————————————-
Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket diFacebook

CERITA
SETERUSNYA  

  

by Taboola 

Anda Mungkin Suka

Go Bananas with Chinese New Year Discounts Up To 88%LAZADA

10 Foods that are More Expensive in SingaporeHungryGoWhere SG

You'd Be Surprised What These 15 Child Actors Grew Up To Look LikeStarFluff

17 Healthy Weight Loss Foods That You Will Love4 All Minds and Bodies

Berpada-pada Mengemaskini Status, Nasihat Si Ayah Yang Kehilangan Anak

Kehidupan

18 Ruang Penyimpanan Rahsia Untuk Menjadikan Rumah Anda Kemas

Kehidupan

Jawapan Padu Jururawat Buat Anak Pesakit Ini Terkesima Dan Diam

Kehidupan

Perempuan Bertudung Ini Berusaha Menyelamatkan Anjing Liar

Kehidupan

KOMEN ANDA?

TENTANG KAMIHUBUNGIPENAFIANHANTAR ARTIKEL

TheVocket.com © 2015 / Made with love from Damansara.

Friday, 22 January 2016

Jadual Liga Super 2016 SELANGOR

+Februari
13/2- Johor DT vs Selangor (Sabtu)
16/2- Perak vs Selangor (Selasa)
27/2- Pahang vs Selangor (Sabtu)

+Mac
1/3- Selangor vs Sarawak (Sabtu)
11/3- Terengganu vs Selangor (Jumaat)

+April
5/4- Selangor vs Kedah (Selasa)
8/4- Felda vs Selangor (Jumaat)
20/4- Selangor vs Penang (Rabu)
23/4- PDRM vs Selangor (Sabtu)

+Mei
4/5- Selangor vs ATM/Tteam (Rabu)
18/5- Selangor vs Kelantan (Rabu)
21/5- Kelantan vs Selangor (Sabtu)
25/5- ATM/Tteam vs Selangor (Rabu)

+Jun
(Rehat bulan puasa sampai raya)

+Julai
16/7- Selangor vs PDRM (Sabtu)
23/7- Penang vs Selangor (Sabtu)
26/7- Selangor vs Felda (Selasa)

+Ogos
6/8- Kedah vs Selangor (Sabtu)
16/8- Selangor vs Terengganu (Selasa)
23/8- Sarawak vs Selangor (Selasa)
27/8- Selangor vs Pahang (Sabtu)

+September
24/9- Selangor vs Perak (Sabtu)

+Oktober
22/10- Selangor vs Johor DT (Sabtu)

Saturday, 16 January 2016

TIPS CUCI URI

Wajib Belajar...!!

Step by step mencuci uri. Setiap lelaki mesti tahu, nanti nak jadi bapa kan.

Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani'

Bahan-Bahan Yang Diperlukan
1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )
Cara Membasuh
1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan iklas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa

Thursday, 14 January 2016

TIPS ANAK KECIL

Imam Ali bin Abi Thalib Ra. Merumuskan cara memperlakukan anak:

1. Kelompok 7 tahun pertama (usia 0-7 tahun), perlakukan anak sebagai raja.

2. Kelompok 7 tahun kedua (usia 8-14 tahun), perlakukan anak sebagai tawanan.

3. Kelompok 7 tahun ketiga (usia 15-21 tahun), perlakukan anak sebagai sahabat.

►ANAK SEBAGAI RAJA (Usia 0-7 tahun)

Melayani anak dibawah usia 7 tahun dengan sepenuh hati dan tulus adalah hal terbaik yang dapat kita lakukan. Banyak hal kecil yang setiap hari kita lakukan ternyata akan berdampak sangat baik bagi perkembangan prilakunya, misalnya:

Bila kita langsung menjawab dan menghampirinya saat ia memanggil kita- bahkan ketka kita sedang sibuk dengan pekerjaan kita – maka ia akan langsung menjawab dan menghampiri kita ketika kita memanggilnya.

Saat kita tanpa bosan mengusap punggungnya hingga ia tidur, maka kelak kita akan terharu ketika ia memijat atau membelai pngung kita saat kita kelelahan atau sakit.

Saat kita berusaha keras menahan emosi di saat ia melakukan kesalahan sebesar apapun, lihatlah dikemudian hari ia akan mampu menahan emosinya ketika adik/ temannya melakukan kesalahan padanya.

Maka ketika kita selalu berusaha sekuat tenaga untuk melayani dan menyenangkan hati anak yang belum berusia tujuh tahun, insya Allah ia akan tumbuh menjadi pribadi yang menyenangkan, perhatian dan bertanggung jawab. Karena jika kita mencintai dan memperlakukannya sebagai raja, maka ia juga akan mencintai dan memperlakukan kita sebagai raja dan ratunya.

►ANAK SEBAGAI TAWANAN (usia 8-14 tahun)

Kedudukan seorang tawanan perang dalam islam sangatlah terhormat, Ia mendapatkan haknya secara proporsional, namun juga dikenakan berbagai larangan dan kewajiban. Usia 7-14 tahun adalah usia yang tepat bagi seorang anak bagi seorang anak untuk diberika hak dan kewajiban tertentu.


Rasulullah SAW mulai memerintahkan seoang anak untuk sholat wajib pada usia 7 tahun, dan memperbolehkan kita memukul anak tersebut (atau mengukum dengan hukuman seperlunya) ketika iIa telah berusia 10 tahun namun meninggalkan sholat. Karena itu usia 7-14 tahun adalah saat yang tepat dan pas bagi anak-anak kita untuk diperkenalkan dan diajarkan tentang hal-hal yang terkait dengan hukum-hukum agama, baik yang diwajibkan maupun yang dilarang, seperti:

1. Melakukan sholat wajib 5 waktu
2. Memakai pakaian yang bersih, rapih dan menutup aurat
3. Menjaga pergaulan dengan lawan jenis
4. Membiasakan membaca Al-Qur’an
5. Membantu pekerjaan rumah tanngga yang mudah dikerjakan oleh anak susianya
6. Menerapkan kedisiplinan dalam kegiatan sehari-hari Reward dan punishment (hadiah/penghargaan/ pujian dan hukuman/teguran) akan sangat pas diberlakukan pada usia 7 tahun kedua ini, karena anak sudah bisa memahami arti dari tanggung jawab dan konsekuaensi.

Namun demikian, perlakuan pada setiap anak tidak harus sama kerena every child is unique (setiap anak itu unik)

►ANAK SEBAGAI SAHABAT (usia 15-21 tahun)

Usia 15 tahun adalah usia umum saat anak menginjak akil baligh. Sebagai orang tua kita sebaiknya memposisikan diri sebagai sahabat dan memberi contoh atau teladan yang baik seperti yang diajarkan oleh Ali bin Abi Thalib karomallahu wajhah.

Berbicara dari hati ke hati Inilah saat yang tepat untuk berbicara dari hati ke hati dengannya, menelaskan bahwa ia sudah remaja dan beranjak dewasa.

Perlu dikomunikasikan bahwa selain mengalami perubahan fisik, Ia juga akan mengalami perubahan secara mental, spiritual, sosial, budaya dan lingkungan, sehingga sangat mungkin akan ada masalah yang harus dihadapinya. Paling penting bagi kita para orang tua adalah kita harus dapat membangun kesadaran pada anak-anak kita bahwa pada usia setelah akil baliqh ini, ia sudah memiliki buku amalannya sendiri yang kelak akanditayangkan da diminta pertanggung jawabannya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Memberi Ruang Lebih Setelah measuki usia akil Baligh, anak perlu memiliki ruang agar tidakmerasa terkekang, namun tetap dalam pengawasan kita.

Controlling tetap harus dilakukan tanpa bersikap otoriter dan tentu saja diiringi dengan berdo’a untuk kebaikan dan keselamatannya. Dengan demikian anak akan merasa penting, dihormati, dicintai, dihargai dan disayangi. Selanjutnya, Ia akan merasa percaya diri dan mempunyai kepribadian yang kuat untuk selalu cenderung pada kebaikan dan menjauhi perilaku buruk.

Mempercayakan tanggung jawab yang lebih berat. Waktu usia 15- 21 tahun ini penting bagi kita untuk memberinya tanggung jawab yang lebih beratdan lebih besar, dengan begini kelak anak- anak kita dapat menjadi pribadi yang cekatan, mandiri, bertanggung jawab dan dapat diandalkan.

Contoh pemberian tanggung jawab pada usia ini adalah seperti memintanya membimbing adik- adiknya, mengerjakan beberapa pekejaan yang biasa dikerjakan oleh orang dewasa, atau mengatur jadwal kegiatan dan mengelola keuangannya sendiri.

Semoga Allah memberikan kita anak-anak yang shaleh dan berbakti.

“Ya Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha pendengar doa.” (QS. Ali Imran: 38).

****
Sumber: FP Alhabib Quraisy Baharun
------
http://sharefaedah.blogspot.co.id/2015/12/kenapa-harus-berlemah-lembut-dengan.html

jangan lewatkan baca pula ini:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=642282759129029

Tuesday, 12 January 2016

MALAYSIA FOOTBALL

Malaysia Football....

Mesti baca...

Malaysia pada zaman dahulu pernah menjinakkan Korea Selatan dan berberapa gergasi bolasepak yang lain.
Kini bolasepak moden bukan berkaitan serangan sebaliknya organisasi dalam padang. Dulu bolasepak lebih kepada teknikal dan bukan Taktikal. Di eropah sebelum era 60-an mereka melebihkan pemain penyerang daripada pertahanan. Pada awal perlawanan bolasepak antara England dan Scotland .England menggunakan formasi  2 pertahanan dan 8 penyerang. Itulah sebab kenapa keputusan perlawanan macam main bola tampar. 21-10 lah 11-23 la. Itu dulu ....
kini aspek taktikal adalah segalanya ,Korea Selatan dan Jepun selepas piala dunia 98 telah menjadi kuasa bolasepak dunia walaupun fizikal mereka saiz asia macam Malaysia.
Kenapa Malaysia gagal ke piala dunia.

1. Pembangunan...

Aspek yang cukup sinonim dengan mana mana negara. Di brazil mereka scouting player sampai ke jalanan , tepi pantai dan padang futsal. Contohnya Ronaldinho ,Ronaldo.  Ronaldo budak kampung yang tak tau baca dan tak ada sekolah tapi dia dijemput untuk ke pemilihan bakat muda. Berjalan kaki dia . Tapi di Malaysia pencarian pemain lebih di peringkat MSSR MSSM atau sekolah. Pernah terfikir tak FAM yang di ceruk rantau budak yang tak sekolah mereka leboh keras agile dan skillfull. Lihat indonesia walaupun mereka bukan kuasa asia tetapi hampir setiap kejohanan serantau pemain dari kepulauan Irian atau Papua menjadi perhatian . Bonai , Wongai , Boas dan Ortizan Salosa.  Jangan harapkan pemain dari bangku sekolah saje...rajin sikit scout talent

2. Golden Generation 

Tak dinafikan di Malaysia masih belum ada kelompok Golden generation selepas pasukan olimpik Moscow. Hanya berberapa player yang bagus dalam satu pasukan yang menyertai perlawanan. Golden generation penting dalam menjadi benchamark kepada pasukan pasukan yang akan datang.
Antara pemain Malaysia pada era 90-an hingga kini yang berkualiti pada pandangan saya tapi tak berada dalam kelompok Golden Generation ialah

- Azman Adnan - lincah , kreatif , shot technique bagus dan instinct kuat di depan gol

- Indra Putra (masa prime) - Antara free kicker terbaik . Pakar hantaran Jauh , boleh beraksi di mana mana posisi tengah bercorak attacking

- Gilbert Cassidy - Mungkin left back paling entertained di zaman dia. Pakar sepakan percuma dengan teknik ala Carlos 

- Safee Sali (2/4 tahun lepas ) - instinctive striker ,physical dan shot technique bagus

- Khalid Jamlus (dulu dulu) - Mungkin ramai akan argue , tapi dia antara calssic number 9 terbaik . Sangat opportunist bila mendapat bola walaupun tak lincah . Kalau ada crosser atau no.10 yang bagus saupport dia , this man really reliable.

- Khairul Azman - Goalkepeer yang memiliki tangan yang sangat bagus dari segi postur. Tapi masalah kes rasuah buatkan dia disisih. Sayang...

- Badhri Radzi - antara revolusioner bolasepak Kelantan ,Dia bermain modern football dengan gemar membuat key pass dengan vision yang bagus tapi sayang , usia dia untuk menyarung jersi Malaysia sudah agak Lewat dan salah satu bakat yang tidak dijaga betul kerana  tak dikesan dari awal. Dia gagal di national team sebab di diletakkan deep role .

- V saravanan - creative winger dan prolific winger dan sangat seronok untuk disaksikan. Confident dan sentiasa never say die . Injury Prone ...

- Matlan Marjan
Most complete and gifted attacking player . Laju dan decisve

*anda ada nama lain??sila nyatakan , ini pandangan peribadi saya saja**

Itu antara pemain yang wujud selepas era 90-an . tapi sayang mereka tidak berada di satu team sewaktu mereka Prime.

3. Taktikal

Malaysia patut mencontohi Korea dengan menggunakan pendekatan agile and opprtunist Football. Pemain S.Korea menggunakan kelincahan yang menjadi kelebihan pemain berbadan kecil untuk mengatasi lawan. Opprtunist ialah , sentiasa cuba melakukan gol dari pelbagi jarak , cara mahupun keadaan.  Mereka sentiasa encourage kawan mereka yang melakukan cubaan walaupu  bola itu terkena burung helang di bumbung stadium.
Jepun pula menggunakan kreativiti dari midfield . Kagawa, Nakamura , Honda ,Nakata antara pemain penting dalam bolasepak Jepun. Jepun menggunakan pendekatan , defend sampai mati dan cuba buat perfect defensive tanpa error dan cuba skor 1 atau 2 gol untuk menang.
Di Malaysia , jurulatih suka menggunakan 4-4-2 dan 4-5-1 tapi dengan corak menyerang dari wing/sayap. Come on , kita tak akan menang battle dengan pemain fizikal besar dengan taktik ini. Gunakan quick through pass football dan pastikan kita ada no.10 atau striker yang atletik .Jangan terlalu bergatung dengan Sistem classic no.9 menunggu di depan gol kerana  susah nak pakai kerana fizikal.
Tactical Awareness paling mustahak, jangan main bola tapi tak peka taktik pihak lawan.

4. Stadium

Semua negara yang berjaya memiliki padang yang cukup bagus. Di Malaysia aspek ini tak dipandang berat , Singapore dah mengorak langkah , jangan jelous kalau mereka masuk world cup lebih awal . Dengan taktik wing active cross tak relevan dengan fizikal kita , kita patut menggunakan taktik yang lebih kepada low pass, short pass dan quick counter . Ini memerlukan stamina yang tinggi untuk track back . Tapi sistem ini yang menyebabkan Korea Selatan Jepun  berjaya. Tak payah sembang tiki taka  atau samba. Basic football pun kita lemah , kawalan bola , hantaran di masa yang salah  , teknik sepakan dan tactical awareness lemah.Untuk apply simple quick football kalau padang kena hujan sikit dah banjir , atau permukaan terlalu keras dan kelembapan tak sesuai nak main ground pass macamana. Last last main cross dan long ball je la.

TO conclude , kita perlukan orang yang pegang FAM dengan background bolasepak . Wujudkan satu team scouting sampai ke kawasan jin bertendang jangan asyik bergantung tengok pasukan sukma atau kejohanan Milo b-17. Perbaiki Sains sukan yang bukan mengkaji pemakanan atlet saja , kaji pasal , trajektori bola , stamina players bila di cuaca tertentu dan lain lain aspek dalam satu data yang lengkap macam opta stats. Ni Astro Arena nak cita pencapaian pemain pun susah dan tak detail sebab tak ada arkib yang menyimpan rekod pemain sejak dari dia mula bermain semi-pro hingga ke liga Super.Data ini penting untuk memantau perkembangan dan tahap peak pemain. Apapun OKS lebih tahu..

#kplm
#axello

TEORITAKTIKAL BY #AXELLOTACTS ' 18 ZON '

** sediakan pensel dan kertas untuk lebih faham.

Ketika ada membaca artikel ini elak daripada keliru antara nombor zon dengan nombor role. Misalnya zone 10 bukan role no.10.

Harap anda dapat faham penerangan ringkas ini supaya selepas ini saya boleh menjelaskan lebih tepat dan kompleks sistem taktikal dengan role dan zone dalam padang.

Saya kerap menyebut hole area atau right inside forward. Namun dengan pemahaman 18 zon ini, diharap anda akan lebih faham tentang penjelasan dalam 'sains' bolasepak.

18 zone adalah merujuk kepada persempadanan 18 grid kotak dalam padang. Ada

3 X 6 (horizontal x vertical) dalam 3 bahagian utama dalam padang yg disebut

(1/3) Defensive Third
Kawasan Tengah / Middle Third
Kawasan 3/3 Akhir atau final Third

Dalam setiap 'Third' akan ada 3 Garis Horizontal darab 2 Garis Vertical. Menjadikan setiap third ada 6 zon / box.

Bila disebut hole player, ini adalah merujuk kepada zone 14. Ia adalah zone yang sangat digemari oleh no.10 player. Pemain attacking midfielder dan box to box seperti Zidane dan Gerrard akan cuba sedaya upaya sampai ke zon 14 untuk buat 'projek'. Untuk no. 10 yg bermain di hole (zone 14) biasanya menggunakan zon 14 untuk mencipta peluang berbanding attacking midfielder yg menjadikan zon 14 sebagai markas 'sniper'.

Sambil baca chapter seterusnya , ambil pen atau pensel lukis 18 pitch zone dan anda baca sambil gerakkan pensel ikut arahan ini :

Bila disebut inside forward kanan akan berbeza dengan sayap kanan atau side midfielder / flanker atau wide wing attacker kerana

Inside Forward kiri (Contoh Eden Hazard ) akan cuba mengelakkan diri daripada terlajak ke zon 16. Mereka akan cuba masuk daripada zone 13 atau 10 masuk ke zon 14.

Wing Forward biasanya merujuk kepada pemain bukan Inverted attacker yang boleh bergerak ke zon 15 dan 18 untuk melakukan cross atau cut inside.

Inside forward pula kerap dilabel false 10 kerana mereka suka ke zon 14. Namun pengertian false 10 sangat sukar diterangkan buat masa ini sebab pasti akan membuatkan anda lebih pening.

Begitu juga dengan pemain inside foward di kanan yang tak akan menuju ke zon 18. Mereka akan masuk ke zone 14 daripada sama ada zon 12 atau 15.

Kenapa wingback bukan defender ?

Dalam 3-5-2 sistem wingback bukan disebut pertahanan ia adalah wing dari deep area iaitu di kawasan middle third zone 7 dan 9.

Side back akan cover zone 4 dan 6 serta 1 dan 3 untuk drop terlalu deep.

Kenapa dipanggil box to box ?

Dengan lakaran box 18 tadi anda gerakan pensel anda dari zon no5 atau no 8 ke serata padang dan anda bayangkan siapa pemain yg selalu buat gerakan macam itu, itulah box to box.

----------------

Jadi, saya harap anda akan lebih faham sistem grid dan zon dalam padang. Ia perlu ada di pusat latihan untuk menjadikan pergerakan serta fluidity taktik lebih terancang.

Di Luar negara ada tactician seperti Guardiola dan Klopp menggunakan Grid taktikal mereka sendiri dalam latihan.

Maaf dengan lakaran grafik terhad kerana saya menulis menggunakan handphone.

SHUTTLE ANGKASA - KOMUTER ANGKASARAYA


Ketika saya berada di bangku sekolah, saya amat teruja dengan Shuttle angkasa yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat. Buku teks sains sekolah mesti menyebut pesawat angkasa ini, dan agak tidak adil kerana pada waktu itu kurang maklumat mengenai kapal angkasa lain seperti Soyuz dari Russia.

Pengorbit Shuttle adalah kenderaan angkasa lepas yang sangat agung. Tapi yang paling saya tidak dapat lupakan apabila mengetahui musibah yang berlaku keatas 7 orang angkasawan yang merupakan krew shuttle Columbia musnah ketika kemasukan semula ke atmosfera setelah selesai misi STS-107 pada Februari 2003. Bayangan insiden Challenger pada tahun 1986 juga kembali menghantui komuniti sains angkasa lepas.

Saya masih ingat lagi imejan bagaimana pesawat angkasa lepas tersebut berkecai menjadi pecahan bebola api, dan bagaimana bangkai pesawat tersebut ditemui di ladang-ladang sekitar Texas.

Waktu insiden tersebut boleh dikatakan waktu merudumnya teknologi angkasalepas.

Tapi cukup darihal insiden tragis tersebut.

Artikel ini akan membawa anda mengenal apa itu Shuttle.

Bentuknya seperti sebuah pesawat, dengan pelancarannya ke orbit memerlukan dua roket pendorongan dan satu tangki bahan api luaran yang berwarna oren yang sangat ikonik benar-benar menggagumkan. Di dalam filem, didalam buku teks sekolah jelas shuttle ini adalah ikon angkasalepas.

Namun era Shuttle telah pun berakhir pada tahun 2011 dan ia adalah disebabkan usianya yang sudah lanjut malah khidmatnya melangkaui jangka hayat asal kerana telah menabur bakti sejak penghujung era perang Dingin lagi.

Ujian penerbangan orbital sistem pengangkutan angkasa lepas ini bermula pada tahun 1981 yang memperlihatkan Shuttle pertama Enterprise menjadi pelantar ujian pelancaran, penerbangan ke orbit dan pendaratan.

Hasil dari kejayaan Enterprise telah melahirkan 4 kenderaan angkasa lepas orbital yang berfungsi sepenuhnya yakni Columbia, Challenger, Discovery dan Atlantis. Menggantikan Challenger yang musnah ketika pelancaran adalah Endeavour menjadikan sejumlah 5 pesawat orbital lengkap dengan kompleks roket pendorongan dan tangki bahan api.

Program shuttle asalnya datang dari keperluan militer angkatan udara AS yang memerlukan satu sistem pengangkutan angkasa lepas guna semula yang mampu membawa beban bayar berupa satelit pengintipan, selain pada masa sama dapat melakukan tugasan pemintasan satelit komunikasi atau satelit pengintipan musuh di orbit, pengeboman dan pengintipan udara.

Ini menghasilkan konsep X-20 dibawah kelolaan firma Boeing namun ia tidak direalisasikan.

Idea ini berterusan di perbaiki dan diuji dibawah program X kendalian NASA sejak era 50an hinggalah kehendak politikal AS berjaya menyalurkan dana bagi membangunkan program Shuttle yang mana ia menjadi sistem pengangkutan angkasa lepas yang trampil untuk dekad berikutnya.

Shuttle ini sepanjang hayatnya selama 30 tahun berkhidmat dalam segmen angkasa lepas telah melaksanakan pelbagai misi di orbit, dari menempatkan teleskop angkasa Hubble dan teleskop X-ray Chandra di orbit, melakukan misi selengaraan dan baikpulih satelit, pelancaran prob tanpa pemandu antara planet atau satelit, melaksanakan kajian dan eksperimentasi saintifik dengan modul Spacelab dan Spacehab dan di dekad akhir hayatnya sebagai pengangkut modul-modul stesen angkasa lepas antarabangsa, sebagai "standby" bagi operasi menyelamat krew ISS, sebagai pengangkut kargo bagi kegunaan kajian saintifik, selengaraan dan baikpulih stesen angkasa ISS sehingga penerbangan akhir shuttle Atlantis pada tahun 2011.

Shuttle angkasa ini sebenarnya merujuk kepada kompleks pesawat angkasa lepas, sistem roket pendorongan bahan api pepejal (SRB), tangki bahan api luaran dan bukan pesawat pengorbit semata-mata.

Ketiga-tiga kompleks ini membentuk shuttle angkasa, yang mana roket pendorongan bahan api pepejal dan tangki bahan api luaran yang dicantumkan bersama dengan pesawat angkasa pengorbit digunakan sebagai pemacu yang akan meluncurkan ia ke angkasa lepas melawan tarikan graviti Bumi.

Dengan kemampuan mengorbit sehingga 600km dari permukaan bumi, Shuttle ini diluncurkan ke angkasa dengan bantuan dua roket pendorongan yang mana kompleks ini melibatkan pengunaan dua SRB yang mampu menghasilkan kuasa tujahan berjumlah 12 500kN pada setiap satunya yang membakar bahan api roket pepejal ammonium perchlorate selama 124 saat, digandingkan dengan 3 roket pendorongan pada pesawat pengorbit yang menjana tujahan dengan pembakaran bahan api oksigen dan hidrogen cecair yang di bekalkan dari tangki bahan api luaran, menghasilkan tujahan berjumlah 5250kN selama 480 saat yang mampu mencecah kelajuan 7743 meter per saat.

Apa yang sangat menarik adalah, Shuttle ini mempunyai kembar komunisnya yang mendiami Kesatuan Soviet dan dipanggil Buran dengan kompleks roket tujahan Energiya. Walaubagaimanapun nasib Buran tidak sebaik Shuttle kerana programnya terhenti sebaik berlakunya kejatuhan komunisme Soviet dan pengakhiran Buran serta roket Energiya nya lebih buruk dan sadis.

Dengan berakhirnya era pengunaan Shuttle, misi ke angkasalepas, terutamanya ke stesen angkasa antarabangsa diambil alih oleh Soyuz, dan perlahan-lahan kapal angkasa generasi baharu mula diperkenalkan.

Kini menggantikan Shuttle adalah Soyuz yang sangat murah dari segi kos pengoperasian, dan kapal angkasa keluaran syarikat komersial seperti Dragon yang dihasilkan oleh SpaceX dan Cygnus yang dihasilkan oleh Orbital Science Corporation (OSC), Orion, HTV dan ATV dan lain-lain kenderaan angkasa lepas generasi baharu.

Namun kesemuanya tidak dapat menandingi shuttle sehingga hari ini.

FJ

dokumentari oleh NASA mengenai shuttle

https://www.youtube.com/watch?v=oNXEstomW2o

laman rasmi NASA dengan tumpuan pada sejarah program shuttle sepanjang 30 tahun perkhidmatannya

http://www.nasa.gov/mission_pages/shuttle/main/index.html
Faris Jamalludin's photo.

Monday, 11 January 2016

SEJARAH BATU PAHAT

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".

Pembukaan

Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).

Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato' Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato' Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat.Pada 4hb. November 1893, Dato' Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau :

"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."

Kedudukan

Kedudukan tempat yang hendak dijadikan Bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato' Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk ke sungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan Bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi berbukit dan subur bagi tanam-tanaman.

Dato' Bentara Luar membuat rumah kediamannya di Kampung Penggaram bertentangan dengan Tasek Kadri untuk membuat kerja membuka Bandar.

Pada 2hb. Disember 1893, fakir menjalankan kerja menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sampai ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis, mahkamah dan tambak menambak batu di jalan.

Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato' Bentara Luar sendiri. 

Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit itu disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis, penjara, rumah sakit dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai $ 1,500.00.

Pentadbiran

Pada 1hb. Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat.Selain diwujudkan sistem pentadbiran moden dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu menggantikan sistem tradisional, Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato' Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif.

Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato' Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini.

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato' Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor (General Commisioner) dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896.Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Masa bandar ini dibangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah $ 15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah $ 55,375.00.

Zaman Dato' Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato' Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula sistem pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat

Sunday, 10 January 2016

TOP 30 PEMIMPIN/NEGARAWAN TERAGUNG SEPANJANG ZAMAN

1. Nabi Muhammad S.A.W (570 - 632 Masihi)

Seperti biasa, sudah pasti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menduduki tangga teratas. Daripada seorang ummi yang tidak tahu membaca, baginda menjadi seorang jeneral perang yang hebat, seorang ahli politik yang disegani dan pemimpin agung umat Islam. Ketika mula memasuki Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.

Selepas memiliki asas yang kukuh iaitu masyarakat yang saling bersatu, maka usaha membina negara Islam Madinah berjalan lancar. Piagam atau perlembagaan bertulis pertama di dunia dihasilkan. Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan, keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya. Perundangan Islam dicipta bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak.

Ekonomi negara Islam pula memuncak apabila kalau sebelum ini kaum Yahudi yang menguasai ekonomi dan perniagaan, nabi berjaya mengubahnya kepada penguasaan umat Islam.

Asas-asas yang dimulakan oleh Nabi ini kemudiannya dikembangkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang wujud selepas pemerintahan baginda sehingga berjaya menguasasi 2/3 dunia. Baginda bukan sahaja seorang nabi, tetapi ahli politik dan juga negarawan hebat.

2. Umar Al-Khattab (579 Masihi – 644 Masihi) – Khulafa Ar-Rasyidin

Tidak mustahil jika ramai yang tidak mengenali pemisah antara hak dan batil ini, sekadar mengetahuinya sebagai pemimpin yang digeruni, bukannya seorang genius politik yang memiliki rangka pentadbiran bersesuaian dengan keperluan dan kehendak sebuah kerajaan, terutamanya khilafah unitarinya yang turut terbahagi kepada wilayah-wilayah (dibahagikan keapda daerah-daerah tertentu pula) dan landskap-landskap autonomi (Armenia dan Azerbaijan) tertentu agar dapat memupuk kestabilan sosiopolitik dan sosioekonomi.

Apa yang menariknya, setiap pegawai kerajaan yang dikirimkan menjadi gabenor harus melakukan baiah di mana isi baiahnya adalah di bawah:

1. Mereka tidak boleh menaiki kuda mewah.
2. Mereka tidak boleh memakai pakaian yang mahal.
3. Mereka tidak boleh memakan tepung yang dianyak.
4. Mereka akan sentiasa membuka pintu mereka untuk rakyat.

Umar juga telah mengasaskan sebuah jabatan yang tugasnya khas untuk menyiasat setiap aduan yang dilontarkan kepada setiap gabenor yang dilantik oleh Umar untuk berkidmat kepada rakyat. Di bawah pemerintahan Umar, rakyat semua hidup di dalam keadaan yang aman damai. Dalam bidang ketenteraan pula kita mendapati bahawa Umar juga telah mengasaskan sebuah jabatan askar dan setiap askar yang berkhidmat untuk negara akan dibayar upah. Umar Al-Khatab, seorang pemimpin yang menghancurkan Rom dan Parsi, langsung tidak punya sebuah singgahsana pun.

3. Umar Abdul Aziz (682 - 720) - Empayar Bani Umaiyah

Ketika beliau naik sebagai Khalifah pada tahun 720 Masihi,beliau telah mewarisi sebuah empayar umat Islam yang sangat besar dari pantai Laut Atlantik hingga ke perbatasan sempadan China.

Pemerintahan Umar Abdul Aziz sering disamakan dengan nenek moyangnya iaitu Saidina Umar bin al Khattab r.a dari segi ketinggian akhlak,malah beliau juga turut mencontohi cara pentadbiran moyangnya dengan mengadakan reformasi dalam pentadbiran negara Islam ketika itu berdasarkan prinsip ajaran Al Quran dan Sunnah,

Beliau berusaha menyatukan umat Islam yang berpecah belah sejak peristiwa Majlis Tahkim lagi, dan menumpukan usaha memperluaskan kekuasaan Islam dengan menghantar mubaligh dan pendakwah ke Timur dan Barat. Beliau juga menyelaraskan pungutan zakat dan hasil cukai menjadi lebih efisien dan membina kemudahan infrastruktur yang cukup untuk kesenangan rakyatnya. Diceritakan bahawa ketika zaman beliau, tidak wujud umat Islam yang mahu menerima zakat kerana keemasan Dinasti Umaiyyah adalah bawah pemerintahan beliau.

Biarpun tempoh beliau menjawat jawatan khalifah adalah sangat singkat dan tidaklah sampai tempoh 3 tahun,namun zaman pemerintahan beliau dianggap sebagai zaman kemakmuran yang paling agung dalam sejarah dunia.Kesederhanaan beliau sebagai seorang negarawan yang pada masa itu menguasai antara empayar terbesar di dunia tidak ada tolok bandingannya.

4. Franklin D Roosevelt (1882 –1945 Masihi) – Amerika Syarikat

Selain daripada mempunyai hubungan bersama 11 presiden yang lain, memenangi pilihanraya sebanyak empat kali dan menghidapi polio akibat tekanan kerja sebelum mengetuai negara, Franklin D. Roosevelt (FDR) ialah presiden terbaik buat Amerika Syarikat. Dan tugasnya sebagai Presiden pun tidak boleh sewenang-wenangnya dianggap remeh. Secara analogi, Barack Obama sekadar merasai sebahagian daripada apa yang dirasai FDR.

Kehancuran Wall Street. Kemelesetan Besar. Perang Dunia Kedua.

Ketiga-tiga tragedi di atas berjaya diharungi FDR dalam pakej “A New Deal” yang beliau usulkan agar mampu memandu ekonomi AS kembali kearah kerelevenan demi persaingan global. Beliau menubuhkan pelbagai institusi melibatkan sektor kewangan, pertanian, kerja raya, urusan awam dan banyak program lain yang menekankan bantuan kepada pekerja-pekerja dan petani-petani kecil sedia ada dan mencipta peluang pekerjaan.

Dan hanya dalam masa dua tahun sebelum Amerika Syarikat mula tunjukkan kesan-kesan pembaharuannya kearah pembaikan yang positif. Dan FDR tidak berlengahkan masa. Beliau terus memulakan arus pembaharuan kedua iaitu Akta Perlindungan Sosial yang membantu golongan penganggur, kurang upaya dan warga emas. Pakej ini agak dibenci golongan atasan kerana FDR menekankan kenaikan cukai kepada orang-orang kaya dan perusahaan-perusahaan mega.

Tetapi keadaan tidak sentiasa cerah buat FDR. Adakalanya datang mendung dan ribut 1937 menyakitkan lagi rakyat AS selepas ekonomi merosot teruk selama setahun. Pada masa inilah FDR mula menyuarakan pendapat AS terhadap Jerman, Jepun dan Itali – dan kerisauan beliau ternyata tepat setelah bermulanya konflik paling teruk dalam sejarah manusa, yang mengakibatkan kematian lebih daripada 60juta orang.

Franklin Delano Roosevelt meninggal dunia pada penghujung Perang Dunia Kedua sebagai Presiden AS akibat pendarahan otak yang teruk.

5. Vladimir Putin (October 7, 1952 – Hari Ini)

Dinaikkan sebagai ketua negara semasa Rusia dibadai pelbagai masalah dalam bidang ekonomi dan politik, Vladimir Putin berjaya memandu arus pembaharuan yang efektif dalam usaha mengubah landskap komunisme kearah pasaran global. Pelbagai usaha ini telah dimulakan Boris Yeltsin, tetapi atas perlaksanaan yang penuh kepentingan kepada diri sendiri, kesemuanya mengundang padah yang menyebabkan ekonomi Rusia susut sebanyak AS$400bilion.

Dibawah pemerintahannya, beliau telah memperkenalkan gantian dan penambahbaikan kepada sektor kesihatan, pendidikan, ketenteraan, awam dan pekerjaan, menggandakan taraf hidup Rusia kearah modernisasi yang tidak pernah dinikmati sejak zaman Nikita Khrushchev lagi. Dan kerana beliau, Persekutuan Rusia berjaya membentuk sistem pendidikan terbaik dunia, ketenteraan yang begitu kuat dan juga pengukuhan ekonomi yang lancar walaupun pada masa adanya krisis.

6. Otto von Bismarck (1815 – 1898 Masihi)

Susah untuk membincangkan tentang keunggulan Jerman tanpa memasukkan Otto von Bismarck dalam topik perbualan. Mudah kata, “Canselor Besi” ini memainkan peranan yang amat penting dalam kemajuan Empayar Jerman. Beliau mengusahakan institusi kesihatan, insurans kemalangan dan pencen warga emas agar Jerman mampu menjadi negara kebajikan modern yang pertama dalam sejarah. Kesemua ini dibuat untuk memerangi arus sosialisme yang semakin meruncing.
Beliaulah yang bertanggungjawab dalam kesatuan banyak negara Jerman dibawah seorang kaiser. Beliau melakarkan taktik untuk berperang dengan Denmark, Austria dan France, satu gerakan yang menyatukan 39 negara merdeka Jerman.

Kepimpinannya telah menubuhkan sistem kewangan tunggal yang pertama buat negaranya, termasuk juga dengan undang-undang sivil dan komersil yang utama. Dan rakyat Jerman pun telah membuktikan diri mereka sebagai kreatif, berindustri dan gagah.

7. Tun Dr Mahathir Mohammad (10 July 1925 – Hari Ini)

Seorang pemimpin yang berjaya mencetuskan perubahan yang tidak dirasai bangsa Melayu sejak penawanan kota Melaka lagi. Sebagai anak orang susah, beliau sudah merasai kesusahan rakyat yang tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan orang-orang atasan, berbeza dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Dugaan besar ini telah melonjakkan dirinya menjadi seorang doktor perubatan, sebuah kejayaan yang sangat besar pada masa itu.

Dan perlahan-lahan beliau naik dalam arena politik, bermula sebagai penulis – dan akhirnya sampai ke menara tertinggi dalam pentadbiran negara, mengutarakan dasar-dasar domestik dan antarabangsanya yang benar-benar melonjakkan nama Malaysia ke persada dunia sebagai negara membangun dan ‘negara yang tidak kenal erti duduk diam’.

Berkat hasil usaha beliau – negara Malaysia berjaya mencecah angka ratusan dari segi KDNK (bilion), dan memainkan peranan penting dalam pembentukan ekonomi global secara tidak langsung menerusi pengendalian Krisis Ekonomi 1997. Hari ini, kebijaksanaan beliau mengendalikan krisis ekonomi 1997 masih dikagumi dan dipelajari negara-negara lain.

Antara kejayaan beliau yang terkenal ialah serangan waktu subuh ke atas British, yang berjaya membuatkan negara kerdil seperti Malaysia merampas syarikat-syarikat British. Siapa sangka anak Melayu seperti beliau mampu memimpin kejayaan hebat ini! Inilah dia Tun Dr Mahathir Mohammad, BAPA PERMODENAN MALAYSIA. Hari ini, monument-monumen hebat yang dibina beliau masih berdiri di Malaysia, menandakan bahawa Malaysia pernah menjadi harimau dalam kancah politik mahupun ekonomi.

8. Khalifah Harun Amin al Rasyid (766 – 809 Masihi) – Empayar Abbasiyah

Baginda memperkenalkan Baitul Hikmah sebagai lembaga penterjemah, bahagian pendidikan, Perpustakaan dan tempat latihan guru-guru. Baginda juga memperkenalkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

Zaman pemerintahan baginda juga, dikenali sebagai zaman Ilmuan Islam Emapayar Abbasiyyah, kerana pada zaman beliau kota Baghdad adalah tempat menuntut Ilmu yang termaju dan terkini pada zaman itu. ramai cedikiawan Islam dan Bukan Islam datang ke Baghdad untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Baginda dikatakan mengetuai perperangan menentang askar Byzantin dan menawan bahagian Utara Mesir, Libya, Tunisia. Zaman beliau juga, baginda berjaya menundukkan 10 buah negara menjadi sebahagian Empayar Abbasiyyah. Empayar Abbasiyah di bawah pemerintahannya dinobatkan empayar terkaya di dunia!

9. Qin Shi Huangdi (260–210 Masihi) – Dinasti Qin, China

Baginda adalah Maharaja Pertama bangsa Cina. Ketika saat China dilanda perang saudara antara satu sama lain, baginda muncul menyatukan seluruh China di bawah beliau dalam masa tidak sampai 8 tahun! Selepas berjaya menyatukan seluruh China, baginda memulakan pelbagai dasar membangunkan China menjadi sebuah negara yang hebat.

Sebaik sahaja menjadi seorang maharaja, baginda memulakan reformasi dalam bidang ekonomi. Seluruh cina disatukan di bawah satu mata wang yang diberi nama syiling ban liang. Jalan-jalan dibina untuk menghubungkan sebuah negara kota kepada negara kota yang lain.

Tembok besar China yang pertama dibina oleh beliau untuk mempertahankan China dari serangan orang gasar di utara. Kemudian, sebuah terusan sepanjang 34 kilometer dan tahukah kalian bahawa ianya merupakan terusan pertama di dunia yang berjaya menghubungkan dua buah sungai yang berlainan? Terusan ini membolehkan sebuah kapal berlayar sejauh 2000 kilometer daripada Beijing ke Hong Kong! Dan yang paling mengagumkan ialah pembinaan sebuah makam yang paling hebat dalam sejarah yang dipenuhi oleh askar-askar Terra Cotta!

10. Muawiyah Abu Sufyan (602 - 680 Masihi) – Empayar Umaiyyah

Ulamak Islam menobatkan Muawiyah sebagai raja terbaik Islam! 20 tahun memerintah Syiria sebagai gabenor di bawah khalifah berbeza, dan 20 tahun menjadi Khalifah benar-benar membuktikan bahawa insan yang bernama Muawiyah ini bukanlah calang-calang orang. Sesungguhnya, Muawiyah sangat hebat dalam berpolitik. Empayar Umaiyyah yang diasaskan oleh baginda kemudiannya menjadi empayar terluas dalam sejarah Islam!

Diberi tanggungjawab oleh Umar untuk mentadbir Syiria yang sentiasa bersempadan dengan Rom, maka Muawiyah mengambil langkah pertama dalam mengekalkan kekuasaan Islam. Baginda berkahwin dengan anak perempuan ketua puak Arab Kristian paling kuat di Syiria untuk memastikan bahawa segala sokongan masyarakat Kristian di Syiria berada bawah pengaruhnya. Maka, Rom langsung tidak punya sekutu di Syiria dan ini menyukarkan penaklukan semula Syiria dari tangan kerajaan Islam.

Kemudian, Muawiyah adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan armada laut Islam yang pertama. Dan armada laut itu di bawah Muawiyah mula menawan satu persatu wilayah Rom di tengah Laut Mediterannean. Maka antara pertempuran laut terhebat di bawah Muawiyah bin Abu Sufyan ialah Ketika Pertempuran Masts, di mana armada laut Islam hanya menggunakan 200 buah kapal, beserta askar yang tidak pernah punya pengalaman bertempur di laut, namun Muawiyah berjaya menewaskan hampir 1000 kapal perang Rom dengan 50 daripadanya dikaramkan! Dan ini juga menepati dalam hadis baginda Rasulullah s.a.w yang meramalkan bahawa akan ada umatnya yang berperang di laut, mengalahkan musuh lalu mereka ini dijamin syurga oleh ALLAH!

11. Mikado Meiji (1852 -1912 Masihi) – Jepun

Jepun pasti akan berterusan menjadi bahan ketawa dunia kalau Mikado Meiji tidak pernah lahir dalam kalangan bangsa mereka. Seorang pemimpin revolusi yang megubah sebuah negara yang hidup segan, mati tidak mahu menjadi sebuah negara kuasa dunia.

Pada pemerintahan Meiji, penuh dengan revolusi-revolusi yang mengangkat bangsa Jepun. Dari revolusi pendidikan yang memperkenalkan universiti-universiti baru di Jepun yang seterus membuahkan budaya ilmu dalam masyarakat jepun, sehinggalah revolusi Ekonomi yang mengasaskan bank pertama di Asia dan dasar industri Jepun, kepada revolusi Ketenteraan yang melihatkan Jepun kemudiannya membina Empayar dari China ke Asia Tenggara serta mengalahkan kuasa besar seperti Russia!

12. Abraham Lincoln (1809 Masihi – 1865 Masihi)

Kalau dilihat landskap politik kini yang terbelah dengan perang saudara, terfikir juga akan dugaan-dugaan yang ditempuhi Abraham Lincoln, selaku presiden yang mengetuai Amerika Syarikat tatkala Perang Saudara AS memuncak. Jika bukan pengorbanannya, tentunya Amerika Syarikat akan terbelah dan berpecah menjadi negara-negara kecil.

Kemenangan calon Republikan ini membuatkan banyak negeri AS mengisytiharkan kemerdekaan dan kesatuan dibawah Konfederasi Amerika. Dengan perkakas, ketenteraan dan perindustrian yang lebih baik berbanding Konfederasi, beliau berjaya memimpin Amerika Syarikat kearah kejayaan, menewaskan Konfederasi dan menghapuskan sistem penghambaan, sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah satu presiden yang terbaik dalam sejarah negaranya.

13. George Washington (1732–1799 Masihi) – Amerika Syarikat

Bukan semua yang mampu mengetuai angkatan peperangan yang lemah sehingga berjaya menewaskan kuasa besar seperti British. Kehebatan George Washington dalam kepimpinannya sebagai jeneral memang tiada tolok bandingnya daripada kalangan British. Angkatannya tidak mendapatkan latihan yang memadai, tidak mempunyai makanan dan peluru yang cukup dan ada juga yang berperang tanpa kasut pun.

Landskap peperangan ini sebenarnya bercambah secara perlahan-lahan, tetapi faktor paling utama ialah penekanan hidup secara sengaja, seperti akta gula yang meningkatkan duti import gula daripada Carribean, manakala Akta Setem pula mencukaikan surat khabar dan perkahwinan. Kolonis juga terpaksa memberikan tempat tinggal dan makanan kepada tentera-tentera British.

Dan peperangan ini tamat setelah barisan pemberontak, dibantu Perancis, menawan Jeneral British, Charles Cornwallis di Virginia. George Washington pun kembali ke alam pertaniannya di Gunung Vernon, tetapi kembali ke medan politik selepas dijemput ke Konvensyen Perlembagaan di Philadelphia untuk mendrafkan perlembagaan baru yang akhirnya menyakinkan semua delegasi bahawa beliau yang paling layak untuk menjadi Presiden Pertama kepada empat juta rakyat.

Sedar bahawa beliau akan menjadi teladan pemimpin-pemimpin seterusnya, beliau sentiasa kekal dalam ciri-ciri keadilan, integriti dan berhemah.

14. Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456 - 1498 Masihi) – Kesultanan Melaka

Tun Perak Paduka Raja bin Tun Perpatih Sedang,tidak dinafikan nama inilah yang diiktiraf merupakan lambang kebijaksanaan bangsa Melayu. Terkenal dengan kebijaksanaan polisi dan strategi perang, serta kepimpinan yang membuatkan Melaka menjadi sebuah empayar yang harum namanya sehingga ke Eropah sana.

Baginda seorang pakar startegi yang ampuh. Kehebatan baginda menghalau Kerajaan Melayu Sri Dharmaraja yang menguasasi Thailand ketika itu begitu dikenang di Pertempuran Batu Pahat. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau juga dalam ekonomi menaikkan kekayaaan Melaka selain beliau mewarisi bakat terpendam bangsa Melayu sejak zaman berzaman iaitu berdiplomasi. Kata sejarawan, kekayaan Melaka menandingi pelabuhan terkaya di eropah iaitu Venice!

Beliau juga bertanggungjawab memasukkan wilayah pantai timur Sumatera dan seluruh semenanjung dari Patani hingga ke Pahang ke dalam penguasaan Melaka.Ini menjadikan Kesultanan Melaka sebagai salah satu dari kuasa besar yang unggul di Asia Tenggara sekitar abad ke 15 dan menguasai jaluran perdagangan utama di Selat Melaka.Beliau jugalah yang bertanggungjawab menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terulung di Asia Tenggara ketika itu.

Dan ketika zaman kemuncak Melaka, iaitu di bawah kepimpinan beliau sebagai bendahara, Melaka menerima lebih kurang 2,000 buah kapal, menjadi Melaka sebagai salah sebuah daripada pelabuhan tersibuk di dunia. Kota Melaka ketika itu mempunyai lebih 100 000 orang menandakan kemakmuran yang dikecapi! Tidak keterlaluan kalau saya bilang bahawa Kesultanan Melayu Melaka berada di zaman kegemilangannya adalah pada ketika Tun Perak menjadi bendahara!

Tun Perak bukan sahaja seorang ahli politik,malahan beliau merupakan ahli strategi perang,negarawan,ketua tentera dan ahli diplomasi yang unggul.Maka tidak hairanlah beliau diangkat sebagai lambang kebijaksanaan bangsa Melayu!

15. Rakryan Mahapatih Gajah Mada (1290 - 1364) - Empayar Majapahit

Kalau Deutschland (Jerman) boleh berbangga dengan "Canselor Besi" mereka iatu Otto Von Bismarck, kita di Alam Melayu pula bolehlah berbangga dengan Mahapatih Gajah Mada dari kerajaan Majapahit. 800 tahun sebelum lahirnya Bismarck, kita sudah ada Gajah Mada yang sudah lama mengamalkan dasar penyatuan dan ketenteraan yang dilakukan oleh Bismarck untuk menyatukan Nusantara ini.

Beliau menjabat jawatan Mahapatih (Perdana Menteri) kerajaan Majapahit dan tidak dinafikan lagi beliau merupakan watak penting dalam membawa Majapahit menuju ke zaman kegemilangannya.

"Aku tidak akan melepaskan puasaku (atau menjamah buah palapa) sehingga aku dapat mengalahkan seluruh Nusantara, sehingga aku berjaya mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Temasik, demikianlah barulah aku akan melepaskan puasaku."

Pada mulanya,beliau ditertawakan dan diejek oleh pembesar-pembesar yang lainnya.Beliau terasa amat dihina dan sejak itu,beliau bersungguh-sungguh membuktikan bahawa sumpah Palapa yang diucapkannya untuk menyatukan Nusantara ke bawah kuasa Majapahit itu bukannya omong kosong semata-mata.

Daripada sebuah kerajaan kecil di tengah Pulau Jawa menjadi sebuah kuasa besar,semuanya atas kesungguhan dan usaha keras Gajah Mada. Kerajaan Majapahit sememangnya banyak berhutang budi kepada beliau yang bertanggungjawab membawa kerajaan itu merasai puncak keagungan.

16. John F. Kennedy (1917 – 1963 Masihi) – Amerika Syarikat

Agenda-agenda progresif dibawah John F. Kennedy telah melahirkan arus kemajuan dalam hati rakyat Amerika Syarikat. Beliau merupakan presiden paling muda dalam sejarah Amerika Syarikat, diundi dengan majoriti mudah semasa dunia diikat dengan perang dingin antara AS-KRSS. Beliau sentiasa memperjuangkan kerjasama dalam kalangan rakyat agar dapat menuju kemajuan sambil membasmi kemiskinan.

Pada permulaan tempoh pentadbirannya, beliau telah mengusahakan pemotongan cukai pendapatan dan rang undang-undang hak asasi masyarakat. Dan menerusi pengorbanan kaum keluarganya dalam landskap Amerika Syarikat, beliau berjaya melakarkan dirinya sebagai individu yang amat popular, sambil mengumumkan usaha pendaratan di Bulan dan juga isterinya yang turut menjadi ikon kecantikan buat komuniti antarabangsa.

17. Napoleon Bonaparte (15 August 1769 – 5 May 1821) – Empayar Perancis

Selepas merampaskan kuasa di Perancis, Napoleon Bonaparte meletakkan dirinya sebagai Maharaja. Bercita-cita tinggi dalam strategi ketenteraan, Napoleon Bonaparte memulakan pelbagai usaha agar empayarnya dapat dikembangkan, termasuk melancarkan peperangan terhadap Rusia ketika Tsar Aleksandr I meletakkan matanya pada India. Salah satu cara Napoleon mendapatkan dana demi peperangan adalah melalui penjualan tanah yang dimiliki Perancis di Amerika Utara – yang dibeli Amerika Syarikat pada harga AS$230juta (nilai kini). Tidak lama kemudian, pihak British menghancurkan armada lautnya di Tanjung Trafalgar.

Tetapi dua bulan kemudian, Napoleon mula bangkit semula dengan kemenangan besar di Moravia dalam pertempuran yang menghancurkan Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire). Namun, pendiriannya yang tiada beza dengan Adolf Hitler, iaitu serang semua orang, memakan diri.

Napoleon memulakan usaha sekatan keatas perdagangan British, yang empat tahun kemudian Rusia menarik diri daripadanya, menyebabkan Napoleon menyerang Rusia dengan angkatan menghampiri 700,000 bilangan tentera. Ambang maut yang terlalu besar ini dibelah secara perlahan-lahan dengan taktik pengunduran Rusia apabila Perancis menyerang; maka Perancis diumpan untuk membuat serangan di kawasan mereka masih belum bersedia – dan dengan taktik “scorched earth”, operasi Rusia menghakiskan hampir 400,000 tentera-tenteranya, pada masa Perancis berdepan dengan Portugis dan Sepanyol di Semenanjung Iberia.

18. Theodore Roosevelt (1858 –1919) – Amerika Syarikat

Kenaikan Theodore Roosevelt sebagai presiden sememangnya satu perkara yang tidak dapat dijangka. Selepas Presiden William McKinley dibunuh, pemerintahan Amerika Syarikat mempunyai lubang yang agak besar dalam pengurusan dan tenaga buruh. Isu-isu ini dikendalikan secara efektif oleh Theodore Roosevelt, sambil memelihara alam sekitar sebanyak 200juta ekar untuk hutan simpan dan hidupan liar.

Beliau juga berjaya mengendalikan keamanan antara Rusia dan Jepun, usaha yang mengurniakannya Nobel Peace Prize. Dan dibawah beliau bermulanya pembinaan Terusan Panama.

19. Raja Sejong (1397 Masihi – 1450 Masihi) – Dinasti Joseon, Korea

Korea sungguh berbangga dengan individu yang bernama Raja Sejong ini. Banyak sumbangan baginda kepada bangsa Korea, antaranya ialah sistem tulisan Korea pada hari ini. Kalau tidak kerana beliau, mungkin masyarakat Korea hanya menggunakan sistem tulisan cina.

Selain itu, Raja Sejong juga dikenali dalam kecintaan baginda terhadap ilmu. Ilmu cukup berkembang di bawah pemerintahan beliau. Antaranya ialah jam air, alatan ketentaraan, dan jam matahari dan juga penciptaan alat pengukur hujan pertama di dunia. Malah, sebuah sistem kalendar masyrakat Korea juga telah berubah di bawah pemerintahan baginda!

20. Louis XIV of France (1638 –1715 Masihi) – Kerajaan Perancis

Cahaya kegemilangan menyinari Perancis semasa pemerintahan panjang Louis XIV. Baginda berjaya mengukuhkan struktur kerajaannya agar mampu menghasilkan zaman keemasan dari segi seni dan sastera, satu gerakan yang berjaya meletakkan Perancis sebagai kuasa besar. Pada awal pemerintahannya, dasar-dasar kerajaan yang melemahkan status bangsawan telah mendapat sambutan hambar daripada golongan aristokrat. Perasaan mereka meletuskan peperangan saudara yang meletakkan sifat tidak senang dalam hati raja muda ini.

Memandangkan dirinya wakil Tuhan, Louis XIV menghapuskan kerusi ketua kerajaan dan menerajui negara Perancis dibawah penguasaan mutlak. Baginda berusaha dengan teruk untuk memperbaharui ekonominya yang mengurangkan defisit dan melonjakkan kadar perindustrian. Sementara itu, aset-aset peperangannya juga dikembangkan.

Program-program yang menyentuh seni, sastera, muzik, pawagam dan sukan telah memberikan nafas baru kepada seni dan sains Perancis dalam bahasa ibunda mereka.

21. Deng Xiaoping (1904 – 1997 Masihi) – Republik China

Mari kita nobatkan manusia ini sebagai bapa revolusi China! China sebelum beliau sangat payah mahu bersaing dalam bidang ekonomi. Namun, datangnya beliau telah berjaya membuatkan China juga mampu mendongak ketika berdepan dengan bangsa-bangsa barat.

Arikitek yang telah membawa pemikiran baru dalam ekonomi sosialist. Beliau telah menggabungkan idelaogi sosialis dengan pendaptasian amalan pasaran ekonomi dunia. China di bawah beliau menjadi negara paling pantas berkembang ekonominya di dunia!

22. Evo Morales (October 26, 1959 – Hari Ini)

Pemimpin Bolivia ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Selalunya pemimpin Amerika Selatan dilihat membenci Amerika Syarikat, seolah-olah itu sajalah nilai yang mereka ada. Tetapi Evo Morales berjaya mengubah landskap ekonomi Bolivia daripada kemiskinan melampau kearah kejayaan dalam platform sosialisme. Bolivia telah menunjukkan pembangunan yang memberangsangkan dalam lapan tahun yang lepas. Kebuluran mengecut sebanyak 25%, manakala kebuluran kritikal mengecut sebanyak 43%.

Perbelanjaan sosial meningkat sebanyak 45%. Gaji minima melonjak sebanyak 87.7%. Walaupun Evo Morales mempunyai kedudukan negatif terhadap Washington D.C., tetapi siapa tidak? Baginya, kepentingan Bolivia adalah keutamaan.

22. Tsar Peter The Great (1672-1725 Masihi) – Empayar Russia

Mewarisi sebuah empayar yang lemah, Peter I dilihat begitu komited untuk membuatkan Rusia sebuah kedaulatan yang setanding dengan negara-negara Barat yang menikmati keindahan Renaissance dan Reformation. Pembaharuan-pembaharuan yang diusahakannya turut ditentang golongan bangsawan tertinggi Rusia, tetapi itu tidak menghalangnya untuk menciptakan ketenteraan yang gagah dalam pelancaran sains dan teknologi yang sempurna berdasarkan pakar-pakar yang baginda upahkan untuk menaiktarafkan pendidikan dalam empayarnya.

Baginda menekankan perdagangan dan keindustrian, sambil memperkukuhkan kebudayaan utama Rusia, terutamanya dalam kepakaran diplomasi baginda yang menghapuskan bentuk kerajaan kuno Rusia sambil menggantikannya dengan senat yang sempurna. Senat inilah yang menjadi nadi pentadbiran Rusia dari segi pelakaran dan perlaksanaan dasar-dasar luar negeri mereka.

Salah satu keunggulan Peter yang masih wujud pada hari ini ialah Saint Petersburg yang satu masa dahulu merupakan “jendela ke Eropah” dan juga pada hari ini bandar kedua terbesar Rusia yang kaya dengan perindustrian aeroangkasa, bahan api, elektronik, farmaseutikal dan banyak lagi.

23. Augustus Caesar (63 SM - 14 Masihi) – Empayar Rom

Sebagai Maharaja (Caesar) Rom yang pertama, baginda merupakan tombak kejayaan empayarnya sejak penubuhan daripada sistem republik lagi. Dalam pemerintahan panjangnya, Augustus Caesar mengembangkan saiz empayarnya ke Eropah dan Turki dan juga merapatkan persahabatan yang memberikannya kuasa pemerintahan dari Britain ke India. Beginda banyak meluangkan masa di luar Rom – mencari jalan untuk merapatkan lagi subjek-subjek pemerintahannya. Pada masa yang sama, baginda menubuhkan institusi integrasi dalam urusan ekonomi empayarnya.

Baginda juga membina jalan dalam empayarnya dan menubuhkan pegawai-pegawai Praetorian dan perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pejabat pos, polis dan bomba.

24 . Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1583 – 1636 Masihi) Kesultanan Acheh

Pada masa pemerintahan baginda sebagai Sultan kerajaan Acheh,kerajaan tersebut mencapai zaman kegemilangannya dan menjadi kuasa besar di Asia Tenggara sekitar pertengahan abad ke 17.Angkatan tentera laut Acheh pada masa itu juga merupakan antara angkatan laut terkuat di Asia pada masa itu.Kekuasaan Acheh meliputi pantai timur Sumatera dan juga Semenanjung Tanah Melayu,dan kerajaan ini juga menguasai jaluran perdagangan rempah ratus di Selat Melaka.

Baginda juga terkenal sebagai seorang penggubal undang-undang.Undang-undang tertinggi di Acheh yang penuh dengan unsur undang-undang Islam dinamakan sebagai Kanun Mahkota Alam,sempena nama baginda.Baginda juga merupakan salah satu dari empat sumber undang-undang yang utama di Acheh pada masa itu,selain daripada permaisuri baginda sendiri.,Syeikh Abdurrahman Fansuri (Syiah Kuala) dan bentara istana.

Pada masa pemerintahan baginda jugalah,Acheh muncul sebagai pusat pengembangan dan pembelajaran agama Islam yang utama di Asia Tenggara,di mana sebelum itu berpusat di Melaka. Baginda telah menjadi penaung kepada beberapa ulama hebat seperti Hamzah al Fansuri dan Samsuddin al Sumaterani.Syeikh Hamzah Fansuri inilah kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Kesusateraan Melayu Klasik".

25. Maharaja Abu Bakar (1833 – 1895 Masihi) – Kesultanan Johor

Maharaja Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara.

Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor. Digelar sebagai Bapa Permodenan Johor.

26. Margaret Thatcher (1925 – 2013 Masihi)

Inilah salah satu wanita yang mempunyai kelelakian yang mengalahkan ramai lelaki. Dikenali sebagai “Iron Lady”, Margaret Thatcher benar-benar menepati ciri-ciri tersebut dalam urusan domestik British dan juga antarabangsa. Menyokong teori Milton Friedman, beliau memandu ekonominya melalui pengurangan dan kenaikan beberapa rejim cukai dan memperkenalkan dasar-dasar penjimatan agar dapat memerangi inflasi dan pengangguran yang tinggi.

Beliau juga telah mengerahkan ketenteraan agar dapat merampas kembali Falkland Islands selepas diserang Argentina. Peperangan dan ekonomi membangun menaikkan kembali imejnya. Beliau menswastakan British Telecommunications, British Gas, British Airways, Rolls-Royce dan banyak lagi syarikat-syarikat milik kerajaan.

Dalam pentas antarabangsa pula, Margaret Thatcher merapatkan safnya bersama Dunia Barat dalam penentangan Kesatuan Soviet dan arus komunisme. Beliau juga mengkritik usaha-usaha menubuhkan negara Kesatuan Eropah sebagai kesilapan terbesar dalam zaman moden. Dan beliau bertanggungjawab dalam penyerahan Hong Kong kepada China.

28. Maharaja Han Wudi (156 –87 SM) – Dinasti Han

Zaman pemerintahan baginda digelar sebagai zaman keemasan Dinasti Han di mana Empayar Han terluas adalah di bawah pemerintahannya. Baginda digelar sebagai raja pertama dalam sejarah China yang berjaya menyatukan cina dengan sebuah idealogi iaitu semua orang cina ketika itu mengamalkan falsafah Confucius. Zaman baginda juga laluan sutera yang terkenal itu ditemui!

29. Mahatma Gandhi (1869 – 1940) - India

Mahatma Gandhi, adalah pejuang kemerdekaan India yang dikenang sehingga hari ini. Beliau banyak menggunakan masa untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan negara India. Beliau terkenal dengan seorang yang selalu mengamalkan puasa dan beliau berpuasa dengan niat yang berlainan.

Di antaranya ialah, beliau pernah berpuasa selama 21 hari sebagai tanda protes peperangan muslim dan hindu juga protes untuk membebaskan India dari Great Britain. Beliau juga berpuasa untuk menyucikan hati. Antara gerakan hebat Gandhi melawan menjajah British adalah mengetuai “salt march”. Protes ini dibuat kerana beliau mahu rakyat india membuat garam sendiri tanpa membeli garam dari British.

Gandhi melancarkan “Quit India” sebagai peringatan agar pihak British keluar dari India. Gerakan ini adalah paling dahsyat dengan berlakunya tangkapan besar-besaran dan juga keganasan melampau.

30. Nelson Mandela (1918 – 2013) – Afrika Selatan

Nama Nelson Mandela sebenarnya tidak lagi asing di telinga kita. Pejuang hak asasi bangsa kulit hitam yang menjadi mangsa dasar Apartheid di Afrika Selatan ini hari ini begitu dijulang namanya. Kempen beliau melawan dasar yang racist ini membuatkan Mandela dipenjarakan selama 27 tahun di Pulau Robben, dan kemudian di Penjara Pollsmoor dan juga Penjara Victor Vester.

Namun, 27 tahun penjara tidak pernah melunturkan semangat seorang pejuang ini, akhirnya pada tahun 1990, beliau dilepaskan akibat desakan antarabangsa. Dan pada tahun 1994, beliau berjaya menyertai piluhanraya dan memenangi pilihanraya itu. Maka, dasar Arpatheid yang mencengkam bangsa kulit hitam terus dihapuskan.

(AFDS, HE, dan RAD)

Friday, 8 January 2016

SEJARAH ITU & INI, BENAR ATAU TIPU ?

"Kau betul pasti sejarah Melayu yang ditulis itu benar dan tidak pernah diseleweng faktanya ?"

Jadi, saudara betul pasti sejarah itu sudah diseleweng ? Kalau saudara main hentam menuduh yang bukan-bukan terhadap tokoh, tempat, masa dalam sejarah, bermaksud saudara telah melakukan fitnah & berlaku zalim (tidak menempatkan sesuatu di tempat yang sepatutnya).

Maka, untuk menyelesaikan masalah ini, apakah langkah (method) untuk menentukan kesahihan sejarah tersebut ?

........................................................

APA ITU SEJARAH
Kajian sejarah ialah penemuan, pengumpulan, pengurusan & persembahan maklumat terhadap peristiwa lampau. Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai 'prasejarah'.

KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah yang memberikan maklumat dan bukti tentang sesuatu peristiwa. Sumber sejarah boleh diperolehi daripada tiga kaedah pendapatan seperti berikut:

-Kaedah lisan
Ia merupakan satu cara masyarakat menyampaikan sejarah lisan, kesusteraan, perundangan dan pengetahuan lain menyeberangi generasi tanpa sistem tulisan. Contoh yang menggabungkan kesusteraan lisan dan sejarah lisan, sebelum ditulis, adalah Sulalatus Salatin.

-Kaedah bertulis
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.

Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:

-tulisan logo
-suku kata
-abjad
-ciri

Lagi satu kategori, iaitu ideografi (simbol), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Selain itu, piktografi juga tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.

-Kaedah arkeologi
Ia adalah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim & cari gali.

Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali. Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik contohnya pentarikhan radiokarbon.

Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut.

Untuk membuktikan sesuatu sejarah, hasil daripada ketiga-tiga kaedah di atas akan dikelaskan kepada dua jenis sumber, berdasarkan tarikh sumber tersebut.

Dua jenis sumber sejarah yang penting ialah :
-Sumber pertama atau SUMBER PRIMER
Sumber primer merupakan sumber yang telah wujud ketika sesuatu subjek (tokoh atau peristiwa) sedang berlangsung & mendapat kesan secara terus daripada subjek tersebut. Sumber primer ini boleh jadi berbentuk artifak, misalnya senjata, duit, pakaian, banggunan, prasasti & sebagainya. Dan juga ia boleh jadi berbentuk catatan bertulis samada ditulis oleh tokoh yang terlibat itu sendiri ataupun ditulis oleh orang lain yang sezaman dengan subjek (tokoh atau peristiwa)

-Sumber kedua atau SUMBER SEKUNDER
Sumber sekunder merupakan sumber berkaitan dengan subjek (tokoh atau peristiwa) yang wujud selepas subjek berlangsung. Biasanya sumber sekunder ini berbentuk penulisan lama yang menceritakan semula subjek. Ia hanya boleh dijadikan sokongan kepada sumber primer jika kisahnya selari dengan sumber primer.

........................................................

"Cerita-cerita rakyat yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar, biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah." - Seixas, Peter (2000). "Schweigen! die Kinder!". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.). Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives. New York & London: New York University Press. p. 24.

'Cross-Referent' atau 'Semakan Lintang' perlu dilakukan untuk mengukuhkan suatu fakta atau teori dalam sejarah. Semakan lintang adalah satu proses rujukan daripada sumber lain yang bercerita tentang perkara yang sama. Contohnya Amando Cortesao – The Suma Oriental of Tome’ Pires (Portugis) & Rekidai Hoan (Ryukyu) menjadi antara sumber rujukan lintang dalam penceritaan Dato Laksamana Hang Tuah.

Sumber-sumber semakan lintang ini juga akan melalui penapisan seperti di atas, untuk mengelaskan sumber tersebut di dalam sumber primer atau sumber sekunder.

........................................................

Golongan yang menderita inferiority-complex seringkali terlepas pandang terhadap perkara semakan lintang, namun dengan beraninya membuat komen atau memberi hujah menyangkal sesuatu sejarah. Jadi ada moleknya jika kalian mendalami dahulu apa yang kalian ingin perkatakan, takut disekolahkan kemudian hari, padahal perkara ini telah disuap seawal zaman sekolah menengah bawah lagi, atau seawal usia 13 tahun. ;)

-Kai-

SEJARAH PERISIKAN

Sejarah Perisikan : Jack v Nippon

Dalam sejarah perisikan dan peperangan dunia terutamanya melibatkan Perang Dunia (PD) I&II sering kali kita disajikan dengan cerita perisikan dari Eropah terutamanya melibatkan pihak Berikat dan Nazi. Kemudiannya ke zaman Perang Dingin apabila melibatkan CIA, KGB dan MI5. Jarang sekali kita dalam melihat filem perang berdasarkan perisikan di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Di Tanah Melayu terutamanya sejarah yang dipaparkan kebiasaanya melibatkan kekejamaan tentera Jepun dan kebaikan tentera British yang telah menyelamatkan Tanah Melayu dari “kekejaman” Jepun. Kejam Jepun disebabkan dia membunuh dan menyeksa orang tapi kejam British dia ambil maruah bangsa, isi perut bumi dan sejarah bangsa Melayu huhu...

Sejak tahun 1930 lagi Imperial Jepun telah menghantar perisiknya ke seluruh Tanah Melayu (TM) untuk meninjau keadaan geo politik Malaya. Perisik ini bukan sahaja di hantar ke sini malahan seluruh Asia Tenggara.

Di dalam buku terbitan kami iaitu “Tanah Baru Naga Selatan” ada kami ceritakan tujuan utama perisik Jepun ke sini dan siapa pula perisik yang di hantar ke sini serta Perang Sino-Jepun pada tahun 1937.

Selepas PD 1 dan Perang Jepun China di Manchuria, Imperial Jepun mula mengalihkan perhatian kepada TM dan Singapura. Perkembangan ini menyebabkan British Malaya mula melihat tindak tanduk British dengan berhati-hati. Walaupun begitu hubungan British – Jepun dalam Syarikat Konsesi 5 kuasa di China menyebabkan British melakukan misi risikan secara paling rahsia dan tidak di ketahui oleh sesiapun kecuali pihak yang terlibat. Sebelum tercetusnya PD II British menganggap mereka adalah lebih superior berbanding Jepun yang jauh ketinggalan dari sudut teknologi yang tidak dapat membantu para perisikan Jepun dalam melakukan tugas-tugas mereka. Kelemahan Jepun juga dikaitkan dengan kelemahan unit propaganda Jepun malahan di anggap lebih lemah daripada China. Hal inilah yang di jaja oleh British kepada seluruh dunia sebelum PD II. Perisik Jepun juga dianggap lemah kerana tidak tahu berbahasa Inggeris dan terlalu taat dengan sistem feudal yang ada. Ketaatan ini menyebabkan pihak British menganggap perisikan Jepun tidak mandiri. Kelemahan ini terbawa – bawa hingga ke TM dan membiarkan perisik- perisik Jepun masuk ke TM dan apabila mereka sedar semuanya sudah terlewat.

Pembabitan risikan Jepun di Singapura telah disyaki sejak sekian lama oleh British melalui kedutaan Jepun di Singapura malah British Singapura menganggarkan Kedutaan Jepun memperuntukkan $12 000 untuk aktiviti perisikan ini. Teori ini dikuatkan lagi dengan ketibaan kapal SS Hakone Maru pada tahun 1938 apabila pemeriksaan kapal menjumpai sebuah surat bertajuj yang dikatakan sebagai kod rahsia Pejabat Luar Jepun. Sebelum itu pada tahun 1934 Cawangan Khas British telag mengenalpasti kemasukan Katsujiro Kizaki dan Tetsuhiko Kaseda ke Singapura yang merupakan anggota perisikan tentera laut. Kedua mereka ini masuk ke Singapura sebagai wartawan walaubagaimanapun mereka telah di tangkap oleh cawangan khas dan polis telah menemui $8000 dan kamera milik Kizaki. Kizaki kemudiannya di minta hadir ke balai polis namun telah membunuh diri dengan memakan Cynide dan Kaseda juga membunuh diri di ibu pejabat CID Singapura. Menyedari bahawa kekuatan Singapura bergantung kepada  Tentera Laut  maka  segala usaha telah dilakukan oleh pihak Jepun sejak pangkalan laut British Singapura ini dibina pada tahun 1932. Antara yang diperolehi ialah sebuah pelan Pengkalan Laut dari Robert dengan bayaran sebanyak $1300.

Pihak British yang telah menyedari kegiatan ini telah bertindak mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang mungkin antara langkah yang di ambil ialah membincangkan semula perjanjian Anglo-British 1911 yang turut membabitkan Tanah Melayu serta mengambil kira perkara –perkara lain agar tidak bertentangan dengan isi perjanjian. Peraturan visa telah dikenakan terhadap Jepun bagi mengelak perisik-perisik ini masuk ke TM namun untuk mengelak dari memperlihatkan syak wasangka dan dikriminasi terhadap Jepun maka undang-undang ini ditetapkan kepada semua negara. Kesan dari tindakan ini pada tahun 1937 seramai 5 orang warga Jepun telah di halau keluar dari Singapura. Antara yang menarik ialah kisah Shohei Goma yang menyamar sebagai wakil akhbar Osaka Asasi Shinbum dan mempunyai hubungan dengan  Rash Behari Rose yang sangat dikedendaki oleh British pada tahun 1915 kerana cuba membunuh Lord Hardinge.  Shohei Goma menerima latihan di Sekolah Perisikan Jepun dan merupakan seorang pakar dalam perdagangan candu. Goma berlepas ke Jepun pada tahun 1938 dengan menaiki kapal SS Katori Maru.

Aktiviti propaganda juga dilakukan dan propaganda anti British dan pro Jepun telah berjaya tersebar ke seluruh Singapura. Eifuku Tora merupakan ketua Taichong Kongsi iaitu organisasi nelayan jepun di Singapura sejak sekian lama disyaki terbabit dengan aktiviti perisikan oleh British dan mereka juga dilihat terlibat dengan gerakan anti Chiang Kai Shek.

Sebagai penutup Cawangan Khas British juga terpaksa menghadapi aktiviti sayap kelima dari kalangan orang melayu,Cina dan India yang menyokong Jepun terutamnya melibatkan KMM dan ratusan ahli KMM telah ditangkap pada tahun 1941 sebelum PD II tercetus. Sesungguhnya kegagalan perisikan British adalah antara penyumbang kepada kegagalan British mempertahankan TM dan Singapura yang akhirnya jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942.

Kisah ni panjang lagi.. Kalo citer semua tak best la pulak.. hehehe

Sumber : Sejarah Perisikan Di Malaysia dan Tanah Baru Naga Selatan.

Kepada yang ingin melihat kulit buku boleh lihat pada ruangan komen di post ini.

Kepada yang berminat untuk membeli buku Sejarah Perisikan di Malaysia dan Tanah Baru Naga Selatan pula sila pm admin untuk info lanjut. Terima kasih.

SPDM+TBNS beharga RM 83.00 sahaja. PM segera!! Tempahan dibuka hingga Isnin sahaja.

(((SBYB)))

Thursday, 7 January 2016

ASSASSIN: LAGENDA ORGANISASI SULIT YANG DITAKUTI BANI SELJUK

“Aku pernah berdepan dengan ribuan lelaki. Kesemuanya lebih handal berbandingmu, dan kesemuanya mati – ditanganku!” – Al Mualim.

Semestinya apabila berbicara tentang assassin, tentu ramai yang akan berfikir tentang Altair ibn La-Ahad, Enzo Auditore da Firenze dan Desmond Miles. Tetapi ramai yang tidak tahu akan organisasi rahsia “Hashashin” yang memang pernah wujud dalam sejarah masyarakat Syria dan Parsi pada penghujung abad ke-11.

Gerakan ini dimulakan oleh pemimpin Negara Nizari Ismailiyah (1090-1256) iaitu Hassan-i-Sabbah, yang mempunyai kesatuan kerajaan yang lebih efektif berbanding Khilafah Fatimiyyah dan Empayar Seljuk. Dan ibu pejabat mereka diletakkan di istana Alamut – dimana kaum wanita tidak dibenarkan masuk atas keselamatan dan rahsia.

Ahli-ahli mereka yang dilatih dalam pertempuran, teknik menyamar dan berkuda mempunyai kepakaran dari segi bahasa, strategi dan ‘seni peperangan’. Didorongi barisan Ismaili, jentera-jentera mereka beroperasi secara rahsia dalam usaha menghapuskan pesaing-pesaing politik dan agama.

Selalunya sasaran mereka akan dibunuh di tempat terbuka dan pada waktu tengahari dengan pisau belati yang kadangkala disaluti racun, agar elemen ketakutan dalam kalangan musuh mereka dapat dicetuskan.

Uniknya, sebelum operasi sulit mereka dimulakan, agen-agen Hashashin akan mengasimilasikan diri mereka dengan kebudayaan bandar atau kawasan sasaran mereka. Pada masa yang sama, mereka akan mencari tempat-tempat tertentu untuk menjayakan misi-misi mereka. Dan bukan semua sasaran mereka dibunuh – kadangkala ancaman juga akan dibuat; itupun secara rahsia, melalui nota ancaman yang diselit bawah bantal sasaran.

Perkara ini jelas semasa pemerintahan Sultan Ahmad Sanjar bermula. Baginda menolak wakil-wakil Hasashin yang datang untuk rundingan keamanan, dan keesokan harinya, baginda menemui sebilah pisau belati dicucuk ditepi katilnya. Kemudian datang pula suruhan Hassan-i-Sabbah yang mengugut secara sopan, bertanya jika pisau belati itu dicucuk di dada lembut Sultan Ahmad Sanjar.

Teknik diplomasi ini berjaya kerana terbentuknya sejenis gencatan senjata antara Seljuk dan Nizari sepanjang pemerintahan Ahmad Sanjar. Ahmad Sanjar siap mengurniakan kebebasan kepada Hasashin dari segi cukai, lesen, geran dan kebenaran untuk mengutip bayaran daripada pengembara.

Sepanjang operasi Hasashin, orang awam tidak akan diapa-apakan, kerana objektif-objektif mereka lebih kepada pengekangan kepada penindasan golongan Ismaili. Dan jikalau mereka secara semberono membunuh orang-orang awam, tentunya pekung mereka mudah dibuka.

Kesatuan dalam operasi mereka memang ditakuti ramai, termasuk Sultan Salah ad-Din yang membuat perikatan dengan Ismaili agar dapat mengelakkan usaha-usaha pembunuhan. Tentunya Salah ad-Din tahu akan kisah Nizam al-Mulk, selaku wazir Seljuk yang dibunuh agen Hasashin semasa dalam perjalanan dari Isfahan ke Baghdad. Sehingga hari ini, pembunuh itu tidak diketahui.

Dan menerusi keefektifan yang diterapkan sistem Hasashin, mereka berjaya menguasai istana-istana di Banjaran Nusayriyah seperti Masyaf, Rusafa, al-Kahf, al-Qadmus, Khawabi, Sarmin dan banyak lagi, sehinggalah dibebaskan Sultan Mamluk.

Kejayaan mereka dalam penentangan Seljuk tidak membuahkan hasil apabila mereka berdepan dengan Angkatan Kencana Mongolia.

Pemimpin Hashashin pada waktu ini, Alaudin, menghantar ratusan pembunuh untuk menamatkan riwayat Mongke Khan, membuatkan penguasa hebat Mongolia itu mengarahkan keluarga Jochi dan Chagatai agar sertai gerakan Hulagu menuju ke Iran, sekaligus menguatkan tentera ini dengan seribu jurutera-jurutera peperangan Cina.

Di sini keefektifan Hashashin tidak mampu menandingi keefektifan Mongolia. Mereka dihancurkan pada penghujung 1256, dimana pengganti Hassan-i-Sabbah – Rukun ad-Din berhijrah ke Karakorum untuk bertemu Khan Mongke tetapi dihalau begitu sahaja.

Baginda dibunuh semasa dalam perjalanan pulang ke tanahairnya, yang sudahpun ditawan Mongolia selepas kejatuhan Istana Alamut, tetapi Hasashin berjaya merampas kembali istana ini hanya selama beberapa bulan sahaja – sebelum dihancurkan sekali lagi, meletakkan titik nokhtah terakhir buat pengaruh politik mereka.

Betapa hebatnya Angkatan Kencana Mongolia yang berperang menerusi kesatuan, strategi, dan modernisasi, sehingga barisan yang beroperasi secara sulit berjaya dipatahkan begitu sahaja.

-- AFDS --

TUN PERAK SI GENIUS MELAYU YANG TERUS DILUPAKAN ANAK BANGSA

Sepertimana tajuk yang tertulis diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini.

Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis Walsingham atau juga William Cecil yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.

Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak.

Anda tahu apa yang mereka kata? 'Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal'. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.

Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu tun perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana.

Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kuasa Melantik Sultan

Bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya. Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.

Selain itu, boleh dilihat juga peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang dipertanggungjawbkan tugasnya.

Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;

“adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara : pertama ampun

(merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (courageous),

keempat melakukan hukumannya dengan kaharnya

(to give his verdict decislvely). Itulah sifat segala raja-raja itu

pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.

Inilah kanun namanya ”

Raja yang adil akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati pengikut-pengikutnya mengenai hal ini.

Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.

Hal ini amat ditentang oleh bendahara Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;

“hai, hai ; lihatlah Seri Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,

dia kelak ditangkapnya."

2. Merancang Strategi Ketenteraan Yang Ampuh

Jawatan dan amanah yang diberikan oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka. Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan Melayu termasuklah Melaka.

Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut.

Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P'ya Cakri). Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada pada diri Tun Perak.

Dibawah institusi 'kerah', kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun Perak dalam mempertahankan Melaka.

Antara strategi beliau adalah Tun Perak telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak, tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan bersungguh-sungguh,

“.....kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan, lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”1 Dalam perlaksanaan strategi ini dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu berundur dari Melaka.

Kejayaan perlaksanaan strategi mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan kerajaan Melaka.

Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka. Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip dan falsafah, “...dianugerahi oleh raja Melakapedang sebilah...peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya.”

Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.

Kehebatan ilmu dan strategi dalam peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan tentera laut siam.

Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan “puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka.

Walaupun strategi ini nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai.

Hasilnya, Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi telah mengetuai angkatan tentera Melaka.

Sebagai seorang pemerintah yang berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;

“...captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,

who is the next to the king. To this man all the mandarins do reverence...the

Bemdara is the hingest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice

in all civil and criminal affair...He can order any person to be put to death, of

whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all

he must inform s the king , and both decide the matter in consultation with

the Laksamana and the Tumunguo.”

Selepas tahun 1440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa. Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja.

Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tun Perak.

Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.

3. Pakar Hubungan Diplomatik

Kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam.

Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah jagaannya.

Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini Tun Perak telah menyatakan bahawa ;

“.....daripada banyak seteru, baik banyak sahabat.”

Hal ini telah dititikberatkan oleh sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-kedua buah negeri ini.

4. Membangun dan Memperluaskan Ekonomi Melaka

Dasar politik serta hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan perdagangan selat Melaka.

Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita. Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi pembangunan ekonomi Melaka.

Dalam kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa. Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.

Selain itu, penguasaan politik secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Selain daripada dasar perluasan kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi.

5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran yang berkesan

Kebijaksanaan Tun Perak sebagai bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa ;

“..Bemdara (Bendahara) is the highest in the kingdom.

Hal ini dapat dilihat sekiranya sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi.

Oleh itu, sultan telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;

“maka Bendahara Paduka dan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan

segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan

oleh Sultan Mansur Syah menunggui negeri”

Oleh yang demikian, segala tugas sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga keharmonian kerajaan Melaka.

Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap sebagai 'Pembina Empayar'.

Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu.

Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a'lam.

~ASJ~