Wednesday, 9 March 2016

3 KUASA DUNIA

Persidangan Tehran, 1943.

Pada masa ini ketua dari tiga negara utama Kuasa Bersekutu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan United Kingdom berjumpa buat kali pertama. Ketiga negara ini bukanlah sependapat dalam banyak perkara. Kesatuan Soviet mencurigai Amerika Syarikat dan United Kindom dan begitu juga sebaliknya. Di antara Amerika Syarikat dan United Kingdom juga ada tekanan antara mereka tentang kebebasan jajahan Empayar British atau kesinambungan empayar itu selepas perang.

Walaupun berlainan ideologi dan objektif, ketiga negara ini bersatu pada masa itu dalam berdepan musuh mereka yakni Kuasa Paksi amnya dan Jerman Nazi khususnya. Mereka bersatu disebabkan mereka berdepan musuh yang sama dan demi untuk menyelamatkan dunia dari dominasi Kuasa Paksi.

Sama ada matlamat dan perjuangan tiga negara utama Kuasa Bersekutu ini benar atau tidak terbuka pada perdebatan. Dan sama ada kejayaan mereka memenangi Perang Dunia Ke-2 dan konflik Perang Dingin yang menyusul selepas itu adalah baik atau tidak untuk dunia juga terbuka pada perdebatan.

Pokoknya, mereka berpakat walaupun berlainan ideologi, menang dan akhirnya dunia selamat dari Kuasa Paksi dan fahaman Fasisme.

Baru-baru ini pula di Malaysia, berlaku perkara yang lebih kurang sama. Mantan Perdana Menteri, mantan Timbalan Perdana Menteri, mantan Menteri Besar dan pengikutnya bergabung dengan pemimpin politik dari DAP, PKR, Amanah dan Pas. Mereka ini semua berlainan ideologi, pernah berlawan antara satu sama lain (dan akan berlawan lagi pastinya) tapi kali ini bersatu untuk berdepan musuh yang sama dan demi menyelamatkan Malaysia.

Begitulah juga Stalin, Churchill dan Roosevelt satu masa dahulu.

No comments:

Post a Comment