Friday, 11 March 2016

2 TAHUN PENGALAMAN + KESILAPAN KAMI


Mistake is a must. Mistake is a progress on reality. Kami juga buat banyak kesilapan walau telinga kami seringkali menerima pesan, mata kami sering membaca pesan.

Tudung adalah industri yang penuh dengan speed. Industri terhampir dengan model bisnes tudung adalah bisnes buku. Market sentiasa mahukan BARANG BARU. Barang lama, consider barang lelong bila sampai masa.

Selepas 2 tahun berjualan tudung, ini pelajaran yang terakam dalam memori kami.

------------------
Kesilapan No 1
------------------
Tidak mengambil gaji sendiri dan cekau duit bisnes sendiri.

Bagi kebanyakan orang yang memulakan bisnes tudung, mereka bermula dengan modal terhad. Jadi, duit untung bulanan itu jugalah duit sara hidup mereka. Kami melalui situasi ini jadi kami memahaminya.

Duit bisnes tidak boleh digunakan ikut suka hati kita. Kita wajib ambil gaji walaupun sedikit. Kemudian, adjust lifestyle kita bersesuaian dengan gaji tersebut.

Jika untung bisnes ini tidak mampu mendatangkan gaji yang kita perlukan selepas 1 tahun beroperasi, bolehlah lupakan bisnes ini. Cari usaha niaga lain yang boleh memberikan kita sara hidup yang diperlukan.

Jadikan bisnes tudung sebagai bisnes duit geli-geli, dan bukan bisnes utama.

PS : Kita sebut gaji untuk sara hidup, bukan untuk sara lifestyle.

------------------
Kesilapan No 2
------------------
Setiap urusniaga tidak dicatatkan dengan sistematik.

Bagi pemilik perniagaan enterprise, kebanyakannya memiliki akaun bank atas nama perniagaan enterprise. Dan ia didatangkan dengan kemudahan kad ATM.

Kad ATM itu bukan fungsinya untuk mencucuk duit keluar bila-bila masa kita perlukan. Biasa kan kita nak pergi restock tudung dan kita cucuk keluar RM2.5k. RM2k kita ambil pergi restock, RM500 lagi tiba-tiba sudah tiada dalam poket. Maklumlah, bayar duit parkir dengan tidak minta resit, pergi makan dan terbeli barangan lain yang bukan untuk kegunaan bisnes.

Jika tidak mampu mendisiplinkan diri untuk tidak mencucuk keluar duit bisnes, boleh cuba patahkan kad ATM tersebut.

Atau, simpan dalam bongkah ais seperti Rebecca Blomwood menyorokkan kad kredit beliau dalam Confession of a Shopaholic.

Cuba ikthiarkan untuk buat transaksi online ke account bank supplier/cek  supaya kita hanya guna duit yang diperlukan. Dan tidak terbazir guna. Ia juga memudahkan kita untuk menyemak bank statement pada hujung bulan kelak.

------------------
Kesilapan No 3
------------------
Tidak melengkapkan rekod duit keluar masuk dan resit-resit.

Setiap minggu restock tudung, kadang-kadang resit restock pun tak ada. Belum kira lagi resit ke dalam parcel para pelanggan!

Kami ambil masa 1 tahun untuk akhirnya menjadi addicted kepada resit. Semua urusan bisnes WAJIB ada resit. Resit duit masuk, resit duit keluar. Semua mesti ada resit. Resit ini akan direkodkan dalam bookkeeping/fail.

Setiap kuarter berlalu kita boleh lihat berapa banyak kecairan cash keluar daripada pihak kita, berbanding cash yang masuk.

Banyak keluar via marketing? WHY? Banyak restock? WHY? Duit masuk mesti lebih banyak dari duit keluar. Tapi kalau dah duit keluar pun kita tak pasti berapa in exact figures, macam mana kita nak buat bandingan dan analisa?

Dan kalau duit masuk pun tak jelas, macam mana nak jelas bab cukai dan ZAKAT?

------------------
Kesilapan No 4
-----------------
Tidak menetapkan limit restock bagi sesuatu pattern item.

Kita fikir bila orang masih bertanya, itu tandanya permintaan masih tinggi. Jadi kita pun menggunakan duit kantung syarikat untuk restock lebih lagi item tersebut.

Kita mesti punya anggaran berapakah tahap tepu sesuatu item itu - 200 helai? 300 helai? 1000 helai? Jadi kita hanya restock ke tahap itu sahaja.

Jika selepas itu permintaan masih ada, kita tidak restock lagi item itu dengan banyak. Kita tidak guna kantung duit syarikat untuk berjudi nasib item yang mulai masuk fasa barang LAMA. Duit kantung syarikat mesti digunakan untuk item baru yang hayatnya BARU dan masih panjang!

Kami ada pengalaman longgokan stok yang banyak kerana tersilap melihat kehadiran perkara ini. Producing as much as we can, walhal permintaan item mulai stagnant.

Satu pattern item patut produce berapa banyak untuk Batch 1? 300 helai? Mengambil kira 10% lupus, berapakah masa yang kita perlukan untuk menjual semua 270 helai tanpa mengambil kira kita perlu masuk fasa lelong?

Jika tak boleh jual 270 helai, bolehkah kita kurangkan production Batch 1? Patutkah kita kurangkan? Kira jangan tak kira..

------------------
Kesilapan No 5
------------------
Semua tudung mesti shooting di studio.

Kita fikir menggunakan gambar yang shoot di studio pasti boleh menghasilkan jualan yang lebih baik.

Kita WAJIB menetapkan bajet shooting yang kita mampu keluarkan, dan cari cara mendapatkan hasil premium pada harga bajet. Suka atau tidak, kantung syarikat kita kecil. Jangan samakan dengan orang yang ada 300k dalam akaun syarikat.

Contohnya, RM1k bajet shooting termasuk model, photographer, studio, editing gambar. Jika tak mampu adakan RM1k, turunkan bajet itu dan cuba cari cara untuk dapatkan shooting dalam bajet itu.

Contohnya,  outdoor shooting sendiri. Cost boleh drop kepada RM700.

Adakah semua koleksi patut shoot? Terpulang. Bergantung kepada bajet. Bolehkah kita shoot 2 collection pada 1 masa? Jadi kita jimat MUA, jimat model, jimat masa. Kita nak jimat bukan sebab kita kedekut, tapi sebab kita tak ada duit.

------------------
Kesilapan No 6
------------------
Jika kita jual tudung murah, kita dapat jual banyak. Jadi kita cuba rendahkan harga.

Kami banyak tersilap dalam menetapkan harga. Dan kami terima ia sebagai proses pembelajaran. Game volume adalah game wholesaler. Jika nak letak harga murah, main game super wholesaler. Pastikan channel banyak dan kukuh baru boleh main game ini. Jika kita ni budak baru 3 bulan dalam industri ini, maka ini kesilapan yang wajar kita elakkan.

Kira harga KOS, kemudian tetapkan harga RETAIL. Boleh pakai darab 2, atau darab 3, atau darab 70% (supaya bila buat YES 70% off kita masih cover modal asal).

Kini kami lebih suka belajar menjual item pada harga 2.5 kos. Dan menuju kepada 3 kali ganda kos. Contoh, modal RM15. 3 kali ganda kos ialah RM45. Jika kos RM20, harga retailnya RM60.

Jika kita jual tudung murah, margin kita kecil. Apabila berlaku musim kemarau seperti sekarang ini, banyak butik besar mampu buang harga kerana buffer layer mereka tebal. Jika kita ini harga kos RM15, kita jual RM25. Lepas itu butik besar yang siap ada tag dan brand, markdown item mereka daripada RM49 kepada RM30, apa sebab orang nak beli barang kita?

Kemarau punya isu ini, hanya yang pernah tempuh sendiri baru tahu nikmat air. Haha.

------------------
Kesilapan No 7
------------------
Kita pasang saja FB Ads, selagi jualan masuk dapat cover kos spending hari tersebut dan dapat sikit untung, jadilah...

Untuk kesilapan no 7 ini saja boleh tulis 1 entri lain panjang lebar. Setiap sen duit yang kita spend pada marketing mesti kita sukat ROI-nya. Dulu lainlah, kita berniaga offline. Mana kita nak tahu berapa orang nampak papan tanda kedai kita, atau nampak flyers kita. Tapi sekarang zaman FB Ads, semua boleh disukat. Kalau tidak exact figure, kita ada rough figure.

Jika kita masih ada habit pasang ads setiap kali nak buat sale baru, ada something yang tak kena di situ tak kira berapa juta parcel kau setiap hari.

Jika kita masih ada habit require new customer untuk create sale, itu pun petunjuk ada something missing in between.

Kesannya tidak rasa sekarang, kesannya akan rasa kemudian. Its a cancer.

------------------
Kesilapan No 8
------------------
DISCOUNT sepanjang zaman. Apabila barang tak jalan disebabkan kesilapan no 4, kami terdorong untuk potong harga asalkan barang jadi duit..

Ini jugalah yang terjadi dalam tempoh 6 bulan kebelakangan ini di FB/IG. Banyak peniaga berlumba buang harga kerana musim kemarau yang panjang. Bukan setakat ikan bilis buang harga, ikan paus biru pun nak buang harga.

Ada seorang senior pesan pada kami, petanda bisnes tu nak masuk fasa ICU, bilamana jika tak ada buat sale, tak ada sale yang masuk. Maksud beliau, jika tak buat potongan/diskaun, tak ada orang nak membeli.

Sebab market hanya menanti mereka buat SALE!

SALE boleh dianjurkan, tinggal lagi jadikan ia berkala. Pesan senior saya itu, setahun 2-3 kali memadai - hari raya, hujung tahun, ulangtahun brand.

Kami sudah stop buat SALE. Kami beri item itu for free menerusi berbagai aktiviti bersama loyal customer.

Cukuplah 8 kesilapan besar kami kongsikan. Kami masih tiada brand tahap butik seperti orang lain pada saat kami belajar semua ini. Kami berkuli dari zero. Kami tiada background bisnes. Kami tiada suntikan modal.

Kami hanya ada passion. Passion keep us going.

Kesemua kesilapan ini membawa kepada satu masalah utama. KANTUNG DUIT SYARIKAT TIDAK MEMBESAR. Besar itulah juga selepas 2 tahun.

Apabila kantung syarikat tidak besar, bagaimana kita nak hire staff? Jika tidak ada staff, bagaimana kita nak expand. Jangan cakap pasal growth, kalau bookkeeping pun tunggang langgang.

Semoga bermanfaat.

Yang menulis sambil minum air mineral,
CM

[Tips for Writing Your Research Proposal]

1. Know yourself: Know your area of expertise, what are your strengths and what are your weaknesses. Play to your strengths, not to your weaknesses. If you want to get into a new area of research, learn something about the area before you write a proposal. Research previous work. Be a scholar.
.
2. Know the program from which you seek support: You are responsible for finding the appropriate program for support of your research.
.
3. Read the program announcement: Programs and special activities have specific goals and specific requirements. If you don’t meet those goals and requirements, you have thrown out your chance of success. Read the announcement for what it says, not for what you want it to say. If your research does not fit easily within the scope of the topic areas outlined, your chance of success is nil.
.
4. Formulate an appropriate research objective: A research proposal is a proposal to conduct research, not to conduct development or design or some other activity. Research is a methodical process of building upon previous knowledge to derive or discover new knowledge, that is, something that isn’t known before the research is conducted.
.
5. Develop a viable research plan: A viable research plan is a plan to accomplish your research objective that has a non-zero probability of success. The focus of the plan must be to accomplish the research objective.
.
6. State your research objective clearly in your proposal: A good research proposal includes a clear statement of the research objective. Early in the proposal is better than later in the proposal. The first sentence of the proposal is a good place. A good first sentence might be, “The research objective of this proposal is...” Do not use the word “develop” in the statement of your research objective.
.
7. Frame your project around the work of others: Remember that research builds on the extant knowledge base, that is, upon the work of others. Be sure to frame your project appropriately, acknowledging the current limits of knowledge and making clear your contribution to the extension of these limits. Be sure that you include references to the extant work of others.
.
8. Grammar and spelling count: Proposals are not graded on grammar. But if the grammar is not perfect, the result is ambiguities left to the reviewer to resolve. Ambiguities make the proposal difficult to read and often impossible to understand, and often result in low ratings. Be sure your grammar is perfect.
.
9. Format and brevity are important: Do not feel that your proposal is rated based on its weight. Use 12-point fonts, use easily legible fonts, and use generous margins. Take pity on the reviewers. Make your proposal a pleasant reading experience that puts important concepts up front and makes them clear. Use figures appropriately to make and clarify points, but not as filler.
.
10. Know the review process: Know how your proposal will be reviewed before you write it. Proposals that are reviewed by panels must be written to a broader audience than proposals that will be reviewed by mail. Mail review can seek out reviewers with very specific expertise in very narrow disciplines.
.
11. Proof read your proposal before it is sent: Many proposals are sent out with idiotic mistakes, omissions, and errors of all sorts. Proposals have been submitted with the list of references omitted and with the references not referred to. Proposals have been submitted to the wrong program. Proposals have been submitted with misspellings in the title. These proposals were not successful. Stupid things like this kill a proposal. It is easy to catch them with a simple, but careful, proof reading. Don’t spend six or eight weeks writing a proposal just to kill it with stupid mistakes that are easily prevented.
.
12. Submit your proposal on time: Duh? Why work for two months on a proposal just to have it disqualified for being late? Remember, fairness dictates that proposal submission rules must apply to everyone. It is not up to the discretion of the program officer to grant you dispensation on deadlines. Get your proposal in two or three days before the deadline.

Thursday, 10 March 2016

SEBARAN MAKLUMAT PALSU: ASPEK DISINFORMASI PEPERANGAN SIBER


“All propaganda has to be popular and has to accommodate itself to the comprehension of the least intelligent of those whom it seeks to reach.”

"If you tell a big enough lie and tell it frequently enough, it will be believed."

-Adolf Hitler

Sebenarnya, kami mahu membuka mata dan pemikiran para pembaca dan pengunjung berkenaan bahaya mempercayai satu-satu maklumat yang belum dipastikan sahih dan mempunyai ciri-ciri disinformasi yang mengaplikasikan permainan persepsi dan menongkah pemikiran rasional dan sebaliknya mempermainkan emosi manusia dalam mencapai satu-satu objektif.

Sejak manusia mula mengenali peperangan, propaganda adalah salah satu pemukul utama yang digunakan komander, raja dan jeneral dalam menggerakkan tenaga rakyat serta menjatuhkan moral musuh, malah menanam kebencian terhadap musuh dengan cara 'downgrading' dan 'smear campaign'.

Kalau satu ketika dahulu, propaganda disebarkan melalui cerita dari mulut kemulut seperti apa yang di lakukan oleh Genghis Khan di mana kisah kekejaman dan kerakusan tentera gasar yang merompak, memusnahkan dan merogol dijadikan alatan untuk menjatuhkan banyak kerajaan dan empayar, hasil buah mulut pedagang dan mereka yang lari menyelamatkan diri dari menjadi korban. Ia kemudian berevolusi setiap era, dan memperlihatkan aplikasinya masih terus relevan apabila manusia menemukan radio dan telegraf, dan akhirnya kini internet.

Ini adalah antara cabang peperangan siber dimana ada pihak tertentu yang sedang mewujudkan sifat tidak percaya maklumat sahih dan bergantung harap kepada sumber-sumber alternatif yang kita tidak ketahui asal usul pemegang sumber dan tidak menepati etika kewartawanan.

Zaman mutakhir ini kita diselubungi limpahan maklumat yang mendadak. Kita dengan mudah boleh mendapatkan apa sahaja maklumat dihujung jari. Kalau zaman komputer desktop dahulu, internet hanya dirumah dan mengharapkan dial up 1515, sekarang wifi internet dan smartphone menjadi medium utama penyebaran maklumat.

Hari kita dapat melihat lambakan page laman sosial yang kini menjadi sumber utama berita tanpa etika kewartawanan, page politik yang mewujudkan persepsi dan disinformasi dalam usaha mengekang dan memburukkan lawan masing-masing, malah ada juga page yang menyebarkan fahaman dan ideologi politik yang mampu menggugat kestabilan negara dari segi penyebaran hasutan dan propaganda, tidak termasuk video dan rakaman suara.

Dalam keadaan begini, sebagai penerima dan penyebar maklumat kita perlu tahu tahap kesahihan sumber yang diperolehi.

Pihak kami menerima maklumat dari sumber terus dari pihak berautoriti dan mempunyai barisan correspondent di lapangan yang berkaliber serta berpengalaman bagi memastikan kesahihan dan ketulenan satu-satu maklumat. Malah selain dari itu, kami juga membuat semakan silang satu-satu maklumat dan bergantung harap sepenuhnya kepada kertas kajian oleh institut pengajian strategik yang kedapatan meluas didalam internet. Semakan silang ini yang jarang dibuat oleh kalangan rakyat Malaysia kerna tidak mempunyai masa, kurang berpengetahuan tentang satu-satu isu atau hanya bersikap ignorant.

Memandangkan umum juga mempunyai akses mudah dan terus kepada sumber-sumber maklumat, maka kami membuat tapisan dan membuat cross reference berkenaan satu-satu info. Dari Kementerian Pertahanan Malaysia hingga ke individu perhubungan awam unit-unit yang terlibat, rangkaian sebaran maklumat adalah trampil dan sahih.

Kami memegang satu polisi, selagi tiada pihak kedua dan ketiga yang mengesahkan satu-satu maklumat ia tidak akan di siarkan sebagai satu penanda aras professional.

Umum kini terlalu mudah percaya tanpa usul periksa, terlalu cepat melenting dan majoritinya jarang untuk mengambil inisiatif memeriksa sumber maklumat tersebut dan sedihnya kebanyakan media alternatif juga bersifat sedemikian.

Maka menjadi tanggungjawab pihak pengurusan satu-satu page untuk menyiarkan sebaran yang trampil.

Jika melihat kembali insiden LAHAD DATU, insiden MH370 dan MH17, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana maklumat palsu dan tidak sahih tersebar dengan meluas sehingga menimbulkan fitnah malah sehingga tahap mewujudkan keadaan panik dikalangan umum padahal sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan. Fikirkan sejenak, dengan mudah seseorang mengaku dan menyamar sebagai orang lain, menulis mesej melalui whatsapp dan disertakan dengan foto, menulis ayat-ayat yang kedengaran seperti betul tetapi ia palsu sama sekali.

Dan ini berlarutan apabila ia mulai dikongsi melalui laman media sosial dan menjadi viral. Kami sedih apabila melihat ramai kalangan masyarakat umum lebih cepat menyebarkan berita palsu dari berita sahih. Kes Sukanstar yang memuat naik foto kononnya jenazah anggota Malbatt tidak diberikan penghormatan sewajarnya adalah antara contoh klasik bagaimana foto kononnya dari warga ATM itu disebarkan sehingga mencecah 2000 perkongsian, sedangkan foto istiadat rasmi dari page dan laman rasi ATM hanya dikongsi oleh 12 orang pengguna internet seluruh Malaysia….

Terdapat banyak contoh lain, seperti maklumat dan sebaran palsu berkenaan banjir beberapa minggu lepas, mesej-mesej berantai yang terus menerus di share, di kongsi di laman sembang dan seterusnya di laman sosial.

Ini hanya sebahagian dari ratusan lagi sebaran maklumat samar (atau scanty information) yang menjadi bahan makanan minda masyarakat Malaysia. Tengok sahaja page Sharifah Sofea yg masih lagi mendabik dada kononnya sumber sahih berkenaan insiden MH17 dan MH370 sahaja cukup, hampir sejuta pengguna ditipu hidup-hidup dengan statementnya yang berapi-api dan kedengaran macam sahih sedangkan, tidak ramai tahu yang page tersebut menjalankan bisnes online yang memerlukan jumlah klik dan pengunjung skala besar melalui fb pagenya….

Anda bayangkan ratusan ribu RAKYAT MALAYSIA tertipu oleh pelbagai identiti yang samar menyebarkan maklumat australia berperang dengan russia, sedangkan sehingga hari ini Australia masih lagi dalam keadaan aman dan Russia tidak pun melancarkan perang dengan sesiapa. Anda boleh ke Australia sendiri, tanyakan warganegara kita yang ada disana bagaimana keadaan disana samada sedang dalam kancah perang atau sedang enak menikmati kopi di esplanade menghadap pantai tanpa kelihatan satu pun kelibat tentera bertempur.

Itu baru satu dua contoh yang kami sampaikan, belum lagi kami keluarkan lebih banyak contoh lain yang lebih kritikal.

Walaupun mempunyai keburukan tersendiri, propaganda dan disinformasi juga boleh membawa kebaikan. Kebaikan ini yang sepatutnya di guna pakai sebaik mungkin. Kita telah melihat sendiri bagaimana kalangan rakyat Malaysia berjaya menggentarkan Israel ketika konflik Gaza tahun lalu di laman sosial, malah turut menjadi penggerak aktiviti seperti pemboikotan, penyebaran maklumat bagi menyedarkan masyarakat antarabangsa akan kekejaman Israel, malah agak mengejutkan apabila melihat video-video propaganda pertempuran dan serangan dari kalangan pejuang Al Qassam telah meruntuhkan mentaliti yang masyarakat Israel yang mereka adalah angkatan tentera moden dan hebat di rantau Asia Barat.

Ini adalah salah satu aspek peperangan siber, mewujudkan disinformation dan disorientation of the masses by means of spreading unconfirmed information. Ini diburukkan lagi dengan sikap main share dan percaya bulat2 kalangan masyarakat umum, menambahkan lagi kesukaran pihak counter cyberwarfare seperti SKMM dan BSPP dalam mengendalikan satu-satu penyebaran maklumat palsu.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak dan trampil apabila menerima satu-satu maklumat yang diragui. Rujuk kepada pihak yang ber autoriti, atau sumber-sumber media yang mempunyai jaringan maklumat yang lebih sahih dan bukan menyebarkan secara membuta tuli. Tidak salah untuk membaca maklumat sumber berita alternatif tetapi kita perlu mendidik diri untuk berhenti sejenak, berfikiran rasional dan mengenal pasti samada ia benar atau sebaliknya. Dimasa kini, terlalu banyak musang berbulu ayam yang berselindung disebalik nama-nama parti politik, mengguna pakai ugama dan sentimen perkauman dalam usaha cuba mewujudkan keadaan tidak stabil didalam negara.

Mengambil contoh mudah, perkara berkenaan politik. Rakyat Malaysia yang rasional selalunya membaca dan mencerna maklumat dari kedua-dua sumber untuk merumuskan satu kesimpulan dan ini merupakan satu proses penyeimbangan yang membawa kepada pengolahan pendapat yang lebih efektif , berbanding golongan fanatikal sebelah pihak yang hanya merujuk sumber pilihannya sahaja dan menolak seratus peratus sumber sekunder atau bertentangan dengan ideologi masing-masing sehingga mewujudkan mental block dan sifat dia sahaja betul.Ini kedapatan dengan meluas dalam kalangan masyarakat kita yang merujuk kepada maklumat yang berasaskan penulisan. Kita bernasib baik kerana peratusan kalangan rakyat kita masih rasional, tidak seperti Mesir,Libya dan Syria yang akhirnya terjebak dalam kancah peperangan saudara dan seterusnya memudahkan kerja negara-negara kuasa besar untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara tersebut.

Contoh lain penyebaran foto, yang mana dengan mudah ia dimanipulasi untuk kepentingan tertentu. Saya pasti ramai yang menerima siaran foto pelantar minyak yang dipukul ribut ketika banjir besar dipantai timur tahun lalu yang kononnya ia di Brunei sedangkan foto tersebut adalah foto dilokasi medan minyak di Norway dengan penambahan kisah ikan dan hidupan lain melompat naik ke pelantar sehingga ada yang percaya bulat-bulat dan menyebarkannya tanpa usul periksa.

Jadi kesimpulan kami, sebagai rakyat sebuah negara membangun yang kini menikmati kemudahan sumber maklumat yang trampil, kita perlu mendidik diri dan kalangan orang disekeliling kita dalam pencernaan dan penerimaan maklumat, perlu rajin dan proaktif dalam penentuan kesahihan satu-satu maklumat dan tidak mudah menyebarkan secara melulu sebelum kesahihan maklumat tersebut dikenal pasti dan disahkan.

Akhir sekali, banyakkan membaca bahan ilmiah, dan tambah ilmu pengetahuan agar kita tidak mudah ditipu hidup-hidup oleh pelaku propaganda, konspirator-konspirator dan elemen-elemen peperangan siber yang mensasarkan kalangan manusia yang kurang berpengetahuan.

- ikansadinmknorang -

———–

Artikel ini ditulis di laman blog Malaysia Military Power.

(http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2015/01/sebaran-maklumat-palsu-aspek.html)

Artikel ini adalah sebuah artikel yang menjelaskan lagi penulisan admin – Kai – di posting The Patriots bertajuk PROPAGANDA POLITIK.

(https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/433636300163734/?type=3&theater)

*Gambar sekadar hiasan.

Wednesday, 9 March 2016

ISLAM DI MALAYSIA

Catatan Khas: Tuan Guru Presiden PAS Berbahas, Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti

1. Pada tepat jam 12.00 tengah hari tadi, giliran Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja. Saya tidak menyangka suasana perbahasan menjadi begitu menarik dan mengasyikkan.  Sesiapa yang berada di dalam Dewan mahupun menonton secara langsung pasti  berasa teruja kerana suasana Dewan yang biasanya gamat dengan pertelingkahan dan bertikam lidah berubah menjadi diskusi ilmiah bagaikan dalam dewan kuliah universiti.

2. Asalnya masa yang diperuntukkan hanya 30 minit tetapi atas budibicara Dato' Timbalan Speaker, Tuan Guru Presiden dibenarkan untuk berbahas selama 1 jam kerana ramai Ahli Parlimen lain daripada BN mahupun Pembangkang yang berminat bangun membuat pencelahan. Mereka bertanya dengan penuh adab tatasusila bahkan ada Ahli Parlimen DAP yang memanggil nama "Tuan Guru" sedangkan kebiasaannya sesama Ahli Parlimen akan memanggil " Yang Berhormat (nama  kawasan yang diwakili). Ada Ahli Parlimen BN yang bangun bertanya memulakan dengan lafaz "Subhanallah, Tabarakallah" kerana beliau begitu tertarik dengan isi perbahasan Tuan Guru Presiden.

3. Antara kelainan yang dapat saya perhatikan dalam perbahasan kali ini, Tuan Guru Presiden berucap tanpa teks, hanya sesekali merujuk catatan isi penting, ia membuatkan suasana yang lebih santai, spontan, banyak eye-contact dan gerakan tangan.

4. Di awal ucapan, beliau menyebut perbahasan akan menyentuh 2 perkara yang terkandung dalam Titah Diraja iaitu:

a) Sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

b) Seruan  Yang di-Pertuan Agong agar hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.

5. Berikut adalah intipati utama ucapan perbahasan beliau:

- Seruan transformasi yang diwar-warkan oleh kerajaan perlulah mengikut petunjuk di dalam Al Quran.
Transformasi positif sepertimana dalam ayat 11, Surah Ar Ra'du, yang bermaksud "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"

- Pembangunan insan akan dapat membangunkan negara dan ummat, Allah memulakan Islam di bumi Mekah yang kering, tidak ada apa-apa hasil,
lalu manusia dibangunkan dengan ilmu, akhlak, dan jatidiri.

- Kita kembali kepada Perlembagaan yang diasaskan oleh mereka generasi awal samada di pihak kerajaan dan pembangkang yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan walaupun berbeza dasar dan pendekatan politik. Suruhanjaya Reid telah menetapkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan, dan Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan hak bahasa ibunda masing-masing.

- Yang di-Pertuan Agong menyeru agar mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan. Apabila hendak mendaulatkan Islam, perlulah berpandu kepada agama Islam yang disebut dalam Al Quran iaitu Ad Din dan kaffah (sempurna) sifatnya. Kita jangan terpengaruh dengan takrif agama mengikut Bahasa Inggeris, penjajah kita dan juga yang terkandung dalam Kitab Bible. Tuan Guru memetik :
"Jesus said to them, “Render to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.” ( Mark 12:17)
Ia menunjukkan pemisahan agama dan politik sedangkan Islam agama yang berdaulat. Islam menentang diktator dan teokrasi.
Ayat Quran menyebut mengenai adanya pemerintah yang berlagak bagaikan Tuhan samada bernama raja seperti Firaun dan Namrud, ataupun Al Malak (pemimpin-pemimpin).

[Pencelahan oleh YB DAP Bukit Mertajam- mohon penjelasan lanjut berkenaan tafsiran Bible yang dibaca oleh Tuan Guru]

- Tuan Guru menceritakan tentang sejarah dalam agama Kristian yang menindas golongan ilmuan, manakala golongan agamawan bersekongkol dengan pemerintah, merebut kuasa  melalui pengutipan cukai pengampunan dosa. Apabila Tamadun Islam mula mempengaruhi Barat maka lahirlah ideologi Sekularisme yang memisahkan agama daripada politik.

- Apa yang dibawa ke negara ini oleh penjajah British bukanlah ajaran asal Kristian tetapi ajaran yang sudah dipinda bagi menyekat kuasa agama Islam dengan merampas kuasa Raja-Raja. Agama dihadkan kepada sekadar nikah-cerai, pembahagian harta-pusaka, dan wakaf. Kuasa tanah, pentadbiran, dan kerakyatan diambil oleh British. Selepas merdeka, pemikiran British ini patutlah dibuang.

- Usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah amatlah dialukan. Apa yang ada hari ini, Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret padahal kita sebut Islam adalah Agama Persekutuan. Bagaimana Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah di daerah-daerah.?
Saranan Yang di-Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah diperkasakan  amatlah disokong dan dilalukan.

[Pencelahan oleh YB PKR Bukit Katil yang mencadangkan agar Hakim Mahkamah Syariah dilantik oleh Suruhanjaya sepertimana Hakim Mahkamah Sivil, agar mereka bukan sekadar penjawat awam biasa]

- Tuan Guru bersetuju cadangan itu tetapi mahukan aspek yang lebih luas iaitu kadar hukuman. Kuasa hukuman sepatutnya lebih tinggi dan sebolehnya menepati syariat yang sepenuhnya. Dalam hal ini, penganut bukan Islam jangan bimbang kerana wujudnya jaminan dalam Islam iaitu tidak ada paksaan untuk memeluk Islam. Ayat Quran juga menyebut mengenai larangan meroboh rumah ibadah agama lain. Lihatlah di Mesir, masih ada gereja yang dimiliki oleh Kristian Ortodok Koptik yang ada sebelum Islam. di Iran ada rumah api yang dimiliki oleh penganut agama Majusi, di Indonesia alam Melayu ini masih ada candi Borobudur. Ini menunjukkan kebebasan beragama yang dijamin oleh Islam.

- Dalam aspek pelaksanaan undang-undang, orang Islam tertakluk kepada undang-undang Islam tetapi hal ehwal umum seperti trafik jalanraya, undang-undang tetap sama untuk semua yang Islam dan bukan Islam. Contohnya, tidak boleh dibuat lampu hijau untuk orang Islam boleh jalan manakala yang bukan Islam kena berhenti, pasti huru-hara di jalanraya.

[Pencelahan oleh YB BN Rompin yang berpandangan soal pendekatan kita apabila menyebut pemerkasaan Mahkamah Syariah berbanding penekanan Hudud boleh membuatkan orang bukan Islam tidaklah terkejut sangat yang cuba memahami Islam]

- Tuan Guru Presiden menjelaskan dalam Islam adanya undang-undang perlembagaan, perdagangan, keluarga, jenayah, antarabangsa, semuanya ada dalam Islam. Seringkali golongan orientalis menggunakan Hudud sebagai senjata menyerang Islam, hukum potong tangan dijadikan hujjah menakutkan orang bukan Islam.

- Pernah berlaku satu Dialog pada tahun 1971,di antara Vatican City (wakil Barat) dan pemikir Islam  yang dianjurkan di Vatican dan Riyadh. Isu potong tangan ini timbul, mereka menyangka apabila ada sejumlah 70,000 pencuri maka kesemuanya dipotong tangan. Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Islam sifatnya mendidik, bukan menghukum. Hukuman yang hendak dijatuhkan sangat ketat termasuk ciri hakim, saksi, penjenayah, kadar curian, hubungan pencuri dan mangsa. Mengikut Islam, hakim perlu cari jalan membebaskan pesalah kerana Islam menggalakkan pengampunan dan bertaubat. Apa yang penting undang-undang ini mendidik, bagi menggerunkan penjenayah dan semua orang. Apa yang hendak ditakutkan jika kita tidak mencuri..? Lihat di Arab Saudi adanya keamanan, kedai boleh ditutup hanya dengan kain tanpa kunci yang kukuh mahupun jaga yang gagah perkasa. Inilah kehebatan undang-undang.

- Hukuman sebatan dalam Islam bersifat tidak mencederakan tetapi memalukan pesalah. Hukuman tidak boleh pecah kulit, bukan macam dalam penjara hari ini yang menggunakan rotan yang kuat sehingga tercabut kulit dari isi. Dalam sirah ada seorang tua yang kurus melakukan kesalahan, dijatuhkan hukuman 100 sebatan, orang bertanya kepada Nabi, bagaimana hendak dilaksanakan hukuman ini.? Nabi menjawab, ambil 100 ranting, pukul 1 kali sahaja di khalayak ramai.
Inilah keindahan hukum Islam, janganlah percaya seperti dalam filem yang ingin memburukkan imej Islam.

[Pencelahan oleh YB PKR Penampang yang berpandangan tidak setuju undang-undang agama diperluaskan lagi penguatkuasaannya kerana itu syarat asal kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dahulu]

- Tuan Guru Presiden menjawab dalam Perlembagaan Malaysia adanya sistem Federalisme yang memberikan hak agama adalah kuasa kerajaan negeri, maka terpulanglah kepada Kerajaan Negeri masing-masing, Beliau mengimbau kembali sejarah Islam. adanya pemerintahan yang begitu luas daripada India sehinggalah ke Sepanyol di Barat yang turut mengamalkan federalisme, zaman itu tiada lagi internet dan telefon. Raja Najasyi, pemerintah Habsyah yang baru memeluk Islam berhadapan dengan paderi Kristian yang tidak bersetuju dengan beliau, Hudud ditangguhkan berasaskan realiti masyarakat di situ. Ini adalah keanjalan yang ada dalam pelaksanaan Syariat Islam.

*Timbalan Speaker memaklumkan ramai yang berminat dengan perbahasan YB Marang,
[Pencelahan oleh YB BN Bagan Serai yang menyatakan beliau begitu tertarik mendengar penjelasan mengenai undang-undang Islam yang diterangkan oleh Tuan Guru Presiden, beliau meminta pendapat perlukah diubah undang-undang bagi mencegah jenayah dadah yang masih belum dapat ditangani sehingga sekarang.?]

- Tuan Guru Presiden menerangkan adanya 3 bahagian dalam undang-undang Islam iaitu Qisos (hal kecederaan), Hudud (hal moral), dan Ta'zir (hal yang tiada dalam Hudud dan Qisos). Dadah termasuk dalam Ta'zir yang tertakluk kepada budibicara pemerintah. Undang-undang Islam adanya aspek ruh spiritual, ini tidak ada pada undang-undang Barat. Makna spiritual ini ialah seseorang itu percaya bahawa sekiranya dia tidak dihukum di dunia, dia tetap tidak dapat lari daripada hukuman di Akhirat. Sebab itu dalam sejarah Islam, ada pesalah datang serah diri mengaku salah kerana adanya aspek spiritual dalam diri ini. Perbincangan lanjut diperlukan dalam hal ini, kerana masa yang ada sekarang singkat dan bukannya dalam kelas kuliah undang-undang.

[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Rompin bangun mencadangkan agar Perlembagaan sediaada tidak dipinda tetapi Mahkamah Syariah yang perlu diperkasa.]

- Tuan Guru Presiden menjawab ada perkara yang beliau setuju dan ada yang beliau tidak setuju. Islam sebagai agama persekutuan tidak perlu dipinda, tetapi undang-undang lain boleh dipinda seiring dengan perkembangan semasa. Semenjak beliau berada di Parlimen pada tahun 1990 lagi, sudah banyak kali pindaan Perlembagaan dibuat. Ini menunjukkan kita boleh fleksibel, tidak perlu jumud dalam semua perkara.
Contohnya, hukuman gantung sampai mati yang menggunakan tali. Islam menetapkan hukuman bunuh perlu dilaksana tetapi bukan menyeksakan. Hukuman mati tetap perlu ada, cuma kaedah yang berbeza. Dalam Islam adanya perkara Tsawabit (yang sudah tetap, tidak boleh berubah) dan Mutaghaiyyirat (yang boleh berubah mengikut perkembangan.

[Pencelahan oleh YB BN Julau yang bertanya berkenaan berita dalam media bahawa Tuan Guru Presiden mendakwa orang Islam ditawarkan wang oleh gerakan Missionary untuk memeluk agama Kristian]

- Tuan Guru Presiden menjelaskan beliau mendapat maklumat berkenaan wujudnya aktiviti sedemikian seperti di negara Afrika. Dalam Islam pun ada, iaitu wang zakat untuk menggalakkan orang masuk Islam, dalam Kristian pun ada, itu hal agama mereka. Apa yang lebih penting ialah menjaga keharmonian, sebab itu dalam Islam menggalakkan dialog antara satu sama lain bagi berhujjah dengan tidak menimbulkan ketegangan.
Biar kita berbeza pendapat, jangan berpecah.

[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Julau yang berpandangan tidak boleh orang yang dihormati dan bergelar Tuan Guru membuat dakwaan sebegitu terhadap agama Kristian]

- Tuan Guru Presiden berkata terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan membuat tindakan selanjutnya. Beliau memetik kata-kata Imam Al Ghazali,"agama asas kehidupan manusia, kuasa pemerintahan adalah pengawas, perkara yang tidak ada asas akan runtuh."
Apabila kita tidak mengikut agama, maka akan runtuh kehidupan. Usah percaya dengan Islamophobia, yang mengatakan Islam agama pengganas sedangkan Kristian juga ada pengganas sepertimana di Ireland,pengganas dalam agama Hindu juga ada di India, 2 PM India dibunuh oleh penganut Hindu. Jangan dituduh Islam sahaja.
Sebenarnya, Islam menentang keganasan, menggalakkan hubungan yang baik sesama insan. Islam melarang membunuh kucing, dan boleh memperoleh pahala apabila memberi minum anjing yang dahaga, bagaimana mungkin Islam membenarkan manusia dibunuh sesuka hati.?

- Seterusnya, Tuan Guru Presiden membahaskan betapa pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan, bahasa perantara kaum. Bahasa adalah naluri fitrah manusia, yang menjadi medium komunikasi, dan mencari ilmu. Bagi mengilmukan sesuatu bangsa maka perlulah dipelajari dalam bahasa ibunda masing-masing, yang menjadi jiwa bangsa. Mengapa ilmu asas pun hendak dipelajari dengan menggunakan bahasa asing.? Solat itu dalam Bahasa Arab tetapi kita belajar solat dalam Bahasa Melayu.
Mengapa kita tinggalkan bahasa kita sendiri untuk belajar Sains.? Hal ini menyebabkan kaum Bumiputera ketinggalan.
Kita cuba lihat di peringkat antabangsa, ketua-ketua negara asing berucap di PBB dalam bahasa ibunda sendiri.

*Timbalan Speaker menggesa YB Marang membahaskan mengenai isi kedua Titah Diraja berkenaan hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.
Beliau turut memberi izin YB Marang berbahas sehingga jam 1.00 petang.

- Tuan Guru Presiden menjelaskan kita tidak boleh berhenti daripada politik kerana ia adalah sebahagian kehidupan manusia. Namun, yang masalahnya apabila berpolitik melampau, sehingga meninggalkan akhlak, perangai yang baik. Ini tidak elok. Seruan ini kepada semua, tidak dituju kepada pihak tertentu.
Lantas, Tuan Guru Presiden memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As Siddiq dilantik sebagai Khalifah Ketua Negara, "wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, saya bukan orang yang terbaik. Kalau saya baik, tolonglah saya, jika saya tidak baik, perbetulkanlah saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat."
Ini menunjukkan budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam, kita perlu sabar dan memperbetulkan pemimpin.

- Lihat pada Arab Spring, apa yang jadi.? Musim bunga yang tidak berbuah sehingga berlaku campurtangan asing dalam negara yang menghuru-harakan negara.
Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar.
PAS menyertai arena politik tanah air sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini, parti-parti lain banyak yang baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, kita tiada kerusi langsung, kita tidak kisah, yang penting jangan mengacau rakyat. Ini yang perlu kita jaga betul-betul. (bunyi tepukan sokongan daripada Ahli Dewan).
Saya tidak mengampu sesiapa, orang hendak sokong, sokonglah, yang tidak mahu, tidak mengapa.

6. Tuan Guru Presiden menamatkan ucapan beliau pada jam 12.50 tengah hari. Sesungguhnya, suasana ucapan perbahasan beliau tadi begitu menarik kerana wujud perbincangan dua hala secara ilmiah dan penuh adab. Tuan Guru Presiden dengan berani menyampaikan mesej dakwah Islam secara hikmah dan tegas berprinsip kepada sekalian Ahli Dewan samada yang beragama Islam dan bukan Islam.

7. Sejurus Tuan Guru Presiden menamatkan ucapan, sempat mengiringi beliau ke kereta sambil mengucapkan tahniah atas ucapan yang begitu menarik. Beliau memaklumkan tidak dapat meneruskan ucapan sehingga jam 1.00 petang kerana tekak sudah kering. Beliau bertolak pulang ke Pejabat Agung PAS bagi meneruskan tugasan  untuk mpengerusikan mesyuarat parti pula.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

3 KUASA DUNIA

Persidangan Tehran, 1943.

Pada masa ini ketua dari tiga negara utama Kuasa Bersekutu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan United Kingdom berjumpa buat kali pertama. Ketiga negara ini bukanlah sependapat dalam banyak perkara. Kesatuan Soviet mencurigai Amerika Syarikat dan United Kindom dan begitu juga sebaliknya. Di antara Amerika Syarikat dan United Kingdom juga ada tekanan antara mereka tentang kebebasan jajahan Empayar British atau kesinambungan empayar itu selepas perang.

Walaupun berlainan ideologi dan objektif, ketiga negara ini bersatu pada masa itu dalam berdepan musuh mereka yakni Kuasa Paksi amnya dan Jerman Nazi khususnya. Mereka bersatu disebabkan mereka berdepan musuh yang sama dan demi untuk menyelamatkan dunia dari dominasi Kuasa Paksi.

Sama ada matlamat dan perjuangan tiga negara utama Kuasa Bersekutu ini benar atau tidak terbuka pada perdebatan. Dan sama ada kejayaan mereka memenangi Perang Dunia Ke-2 dan konflik Perang Dingin yang menyusul selepas itu adalah baik atau tidak untuk dunia juga terbuka pada perdebatan.

Pokoknya, mereka berpakat walaupun berlainan ideologi, menang dan akhirnya dunia selamat dari Kuasa Paksi dan fahaman Fasisme.

Baru-baru ini pula di Malaysia, berlaku perkara yang lebih kurang sama. Mantan Perdana Menteri, mantan Timbalan Perdana Menteri, mantan Menteri Besar dan pengikutnya bergabung dengan pemimpin politik dari DAP, PKR, Amanah dan Pas. Mereka ini semua berlainan ideologi, pernah berlawan antara satu sama lain (dan akan berlawan lagi pastinya) tapi kali ini bersatu untuk berdepan musuh yang sama dan demi menyelamatkan Malaysia.

Begitulah juga Stalin, Churchill dan Roosevelt satu masa dahulu.

Tuesday, 8 March 2016

ANALOGY POSITION OF FOOTBALL

Dalam satu bilik darjah.

Di depan biasanya executer atau good finisher bila menjawab soalan cikgu. Mereka ada no.9.Namun jika mereka duduk di depan sebab atas arahan cikgu kerana cikgu nak pastikan mereka dalam radar ia bermaksud itu adalah target man no.9. Bagaimana dengan yg terpaksa duduk depan sebab target man atau no.9 tak hadir ? Itulah false 9 , duduk di stu sebab tak ada true no.9. Target man juga menjadi kawasan tumpuan menghantar buku kepada meja cikgu.

Di tengah kelas biasanya menguasai kipas bawah siling. Dan ia sifat center midfielder yg suka menguasai keselesaan di tengah

Jika yg duduk di tengah tu aktif membantu mengedar apa apa saja peralatan atau ABM dari depan kebrlakang atau sebaliknya, itulah box to box .

Di tengah ada dua barisan dan di barisan belakang sedikit itula DMF . Kenapa ? Sebab mereka biasanya menjadi shielder atau dijadikan shielder oleh geng meja belakang yg selalunya suka buat projek mengunyah dan tapau bihun bungkus. Kalau nak makan akan sembunyi dan berselindung dibelakang DMF. Dalam erti kata lain Mereka kekadang ada yg buat dirty job demi selamatkan member dengan backup member.Jadi geng meja belakang ibarat backline sama ada cb, fullback. Jika ada student yg meja dia sebijik je kat belakang sebab forever alone atau isolated. Itulah sweeper.

Jika student suka duduk depan pintu. Ia seperti Goalkeeper. Mereka akan commanding bila ada ancaman seperti cikgu datang. Jika mereka lari posisi pada masa yg salah dan tak cukup commanding satu kelas akan gagal clean sheet daripada terkantoi.

Student di tingkap di barisan kedua depan. Itu adalah side midfielder. Kerja mereka adalah distributor daripada wide area dan kerap cepat kembali ke meja untuk counter attack sebab cikgu sampai. Sesuai untuk pacey player. Mereka kerap membantu no.9 dengan supply bantuan rumus bila no.9 blur dan memandang ke tepi untuk bantuan. Jika pandang kebelakang sama ada rakan di barisan second striker atau CMF yg akan tolong. Jika flank kanan gagal, no.9 akan beralih ke kiri. Itu adalah change direction sama ada cepat / quick interchange atau average.

Untuk student yg duduk di flank belakang, mereka adalah fullback. Bak kata Carragher, fullback is a failed CB and Failed SMF. Dalam erti kata lain mereka kerap menyertai side midfielder team tetapi sekali sekala saja join cb area. Mereka juga membuat projek jajan tetapi lebih low untuk terlalu offensive takut line tak clear di pintu belakang.

Jika duduk di tepi dan barisan depan di hujung sekali serta ada semangat nak bantu no.9 jawab soalan dengan rela itulah wing forward. Jika dia duduk di dalam sedikit, itu biasanya inside forward.

At the end, saya suka jadi DMF. Boleh shielding backline dan boleh kawtim jajan.

Monday, 7 March 2016

NEGARA ARAB YG BERPECAH

8 Mac 1920 : Tertubuhnya negara Arab Moden yang pertama pasca Perang Dunia pertama, yang dikenali sebagai 'al-Mamlakah al-Sūriyya al-‘Arabīyah' atau Arab Kingdom of Syria. Ia meliputi wilayah Syria moden, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan dan Palestin.

Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah, maka berpecah juga lah bekas-bekas empayar nya dituntut oleh pihak-pihak tertentu.

Raja Faisal I menjadi raja pertama negara baharu ini. Siapa Raja Faisal I ini? Beliau adalah anak kepada Hussein Bin Ali, yang mana suatu masa adalah Shariff Mekah, penjaga kota suci umat Islam.

Hussein Bin Ali ini lah yang digulingkan oleh Ibn Saud yang kemudiannya menubuhkan negara baharu Arab Saudi pada 1924. Ingat pada bingkisan pada penemuan minyak di Arab Saudi, beberapa hari yang lepas?. Ibn Saud ini telah menyingkirkan Hussein Bin Ali yang juga keturunan Bani Hasyim, penjaga kota Mekah sejak sekian lama.

Seorang lagi saudara kandung Faisal I adalah Ali of Hejaz. Ali adalah Raja Wilayah Hejaz / Hijjaz. Seorang lagi saudara kandung Faisal dan Ali, adalah Abdullah I of Jordan, raja Jordan pertama, dan keturunannya masih lagi memerintah Jordan.

Negara Syria 1920, hanya bertahan selama 5 bulan sahaja, apabila negara tersebut berperang dengan Perancis dan tewas. Faisal I ditawar sebuah lagi wilayah di Tanah Arab, iaitu Iraq, lalu ditabal sebagai pemerintah. Ia adalah percaturan Perancis dan British, yang membahagikan sesuka hati wilayah tersebut. 

Sekitar 1919, setahun sebelum itu, kerana percaturan politik, Faisal I telah berpakat dengan Chaim Weizmann, seorang ahli akademik British keturunan Yahudi. Perjanjian antara Faisal-Weizmann mengiktiraf Perjanjian Balfour, yang memastikan kedaulatan dan kehadiran bangsa Yahudi di Palestine. Chaim Weizmann pada masa itu adla Presiden Zionist Sedunia, beliau kemudiannya menjadi Presiden Israel yang pertama pada 1949.

Faisal I menjadi Raja Iraq. Kini negara Greater Syria sudah pun terpecah. Setiap wilayah punyai pemerintahan sendiri. Maka wujudlah negara-negara yang ada seperti sekarang. Syria kemudiannya mengalami revolusi dan menjadi Republik Syria.

Faisal mejadi Raja Iraq hingga tahun 1933, sebelum digantikan oleh anak dan cucu beliau. Kesultanan Iraq dari Bani Hasyim ini hanya bertahan hingga tahun 1958, bilamana berlaku rampasan kuasa oleh tentera.

Secara kebetulan 8 Mac 1963, adalah tarikh revolusi Syria, satu Coup d'état oleh Parti Baath lalu menubuhkan kerajaan sendiri. Tahun 1966, satu lagi coup d'etat berlaku, dipimpin oleh beberapa pegawai tentera, yang diketuai oleh Hafez al-Assad yang juga bapa kepada Bashar al-Assad.

Bangsa Arab ini memang payah hendak bersatu. Terlalu assobiyah dan bersuku-suku, dan bersentimenkan kabilah. Mereka bertelagah sesama sendiri, tanpa lihat pada isu pokok.

Apa isu pokoknya? Tidak kah mereka tahu tentang peringatan dalam Al-Quran dan Hadith tentang tanah Palestin, tentang Yahudi tentang akhir zaman? Mereka tidak mengambil pengajaran, yang mereka sibukkan memenuhkan pundak tembolok masing-masing.

Salah siapa, percaturan politik masa kini, sebenarnya memberi kesan pada masa hadapan.

Jika kita sering bertelagah, tidak bersatu, maka kelak, yang menangisnya bukan kita, tetapi generasi akan datang. Tempias yang membahang.

Lihatlah Palestin sekarang, ia bertitik tolak kelemahan bangsa Arab Islam sendiri yang tidak punyai kesatuan.

Menangislah airmata darah kerana kamu sedang dicaturkan oleh tangan-tangan ghaib..

Info foto  : Raja Faisal I.