Pada bahagian I yang lalu, artikel tersebut telah menghuraikan sedikit sebanyak tentang masalah-masalah yang berlaku kepada kerajaan Ottoman samada dari dan dari luar negara. Artikel tersebut mendapat pelbagai respon samada dari penyokong dan penentang kerajaan Turki hari ini. Tidak kurang pula yang masih merasakan Turki adalah Daulah Ottoman pada suatu masa dulu. Haruslah diingatkan bahawa tanpa membina tembok sempadan sejarah antara Turki dan Ottoman maka banyak pihak tidak dapat memahami apakah konsep politik dan corak pentadbiran antara Islam dan Sekular negara tersebut hari ini.
Pada bahagian I juga penulis ingin menghuraikan tentang dasar hubungan luar dan opportunistik para pemimpin negara Turki namun setelah membuat sedikit bacaan maka haruslah dihuraikan juga masalah yang terpaksa di hadapi oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Sultan ke 34 Kerajaan Ottoman dan Khalifah Terakhir Umat Islam selepas 2 Sultan sebelumnya digulingkan oleh konspirasi dalaman dan dalaman yang di dalangi Zionis dan Freemason.
Pada tahun 1517M Kerajaan Mamluk telah menyerahkan kekuasaan Khalifah Islam selepas dikalahkan oleh kerajaan Ottoman dan dengan itu seluruh negara-negara Islam menggabungkan diri di bawah kekuasaan Khalifah Ottoman dan terus kekal hingga ke zaman Perang Dunia I. (Jika kita kaitkan dengan Melaka yang jatuh pada 1510 maka tidaklah boleh kita persalahkan kerajaan Ottoman ataupun Mamluk kerana mereka masing-masing menghadapi serangan Barat). Seluruh dunia Islam memandang tinggi kepada kerajaan Ottoman sebagai pelindung 3 tempat suci umat Islam di samping tenteranya telah bermatian menjaga seluruh sempadan negara Islam di bawah naungannya dan atas sebab itulah negara-negara yang bersempadan dengannya agak lewat di jajah oleh Barat.
“Kerajaan Ottoman adalah sebuah negara Islam sebenar, pemimpin dan rakyatnya sangat berpegang kuat kepada ajaran Islam dan mereka jauh dari kefahaman Nasionalis Barat”
Selepas pembukaan Terusan Suez negara-negara Barat terutamanya Britain,Perancis, Jerman, Belanda dan Russia bersaing sengit untuk merebut kawasan – kawasan Kerajaan Ottoman dan yang Britain adalah negara yang paling berjaya menguasai sebahagian kawasan ini seperti India, Tanah Melayu,Mesir dan negara Teluk. Ini dibuktikan dengan kata-kata Pengarah Luar Negara Britain iaitu “ Cara terbaik untuk memulihkan Kerajaan Ottoman ialah dengan menghapuskannya”
Sultan Abdul Hamid II juga meluahkan isi hatinya dengan berkata, “Maka bermulalah Perang Salib seterusnya”.
Pada tahun tahun 1830 Perancis telah menawan Algeria dan pada tahun 1881 secara rasminya Algeria menjadi jajahan Perancis atas alasan untuk melindungi sempadannya dari di serang oleh kabilah-kabilah Tunisia. Kemudian pada tahun 1882, Kerajaan Ottoman terpaksa pula memajak sebahagian negara Cyprus kepada Britain sebagai imbalan kepada Britain kerana bersatu dengan Ottoman bagi menentang Russia. Selepas Perang Crimea-Balkan pada tahun 1856 dan 1877 (dihuraikan dalam bahagian I), dalam masa yang saya Russia telah menawan kawasan Asia Minor seperti Firghanah,Khuqand, Tajikistan dan lain – lain lagi.
Pada waktu yang sama pegawai – pegawai muda Ottoman telah di pengaruhi oleh gerakan Freemason Jerman. Dari merekalah kerajaan Ottoman di mamah dari dalam. Gerakan penghasut pula di pelopori oleh Yahudi Dunama (Donmeh) dan orang Russia-Ottoman yang telah menghasut penduduk Kristian,Kurdish dan penduduk awam supaya menentang Kerajaan Ottoman yang di anggap korup, tidak berdaya saing, mundur serta tidak lagi mampu menjaga wilayah naungannya. Mereka kemudiannya menubuhkan Gerakan Rakyat Ottoman dan Gerakan Belia Turki bagi menjayakan misi ini.
Dengan hairan Sultan Abdul Hamid II berkata:
“ Rakyat beta faham bahawa gerakan ini akan memecahbelahkan kita dan mereka (para pemuda – pemudi) telah menjadi harapan negara Barat. Jika mereka melaksanakan keinginan Barat maka tumbanglah kerajaan ini, hatta walaupun mereka melawan maka kerajaan ini tetap akan tumbang. Bagaimanakah mereka boleh leka dan terpedaya dan berfikir untuk menenggelamkan negara yang dibangunkan oleh darah nenek moyang mereka sendiri?!”.
Pada penghujung abad ke 19, muncul slogan dan falsafah Nasionalisme di Barat yang kemudiannya telah berjaya menyerap ke dalam pemikiran rakyat Ottoman dan seluruh dunia Arab melalui dakyah – dakyah yang di sebar luas oleh kaum Yahudi dan Yahudi Dunama melalui Gerakan Freemason yang diterajui oleh Britain. Akhirnya berpisahlah satu persatu negara - negara Arab dari Ottoman dan dalam masa yang sama gerakan ini mendapat sokongan daripada kaum minoriti Kristian,Yahudi,Armenia dan Rom yang menjadi barah dan menyalurkan pelbagai maklumat untuk menjatuhkan kerajaan Ottoman dari dalam. Walaupun dianggap sebagai minoriti namun atas sikap toleransi mereka telah dilantik menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan, duta, pentadbiran wilayah dan penguasa bidang ekonomi. Walaupun telah diberi pelbagai hak keistimewaan namun golongan ini tidak puas dan terus meminta pelbagai hak yang tidak masuk akal.
Akhirnya pada 21 Mac 1909, Sultan Abdul Hamid dilucutkan jawatannya dan digantikan oleh Sultan Mohd V sebagai pemerintah boneka kerajaan Ottoman dan dengan itu berakhirlah zaman kegemilangan daulah Ottoman yang telah menjadi pintu di antara Islam dan Kristian selama hampir 500 tahun. Sarjana – sarjana dari seluruh dunia memuji kepintaran Sultan Abdul Hamid dalam mempertahankan negaranya selama 33 tahun dengan penuh muslihat demi mengelak Kerjaan Ottoman berperang dengan Barat secara terbuka. Kejatuhan ini juga membawa kepada era moden kerajaan Ottoman yang bertukar nama kepada Turki pada tahun – tahun berikutnya dengan di ketuai oleh Kamal Attarturk yang seterusnya menamatkan pemerintahan bercorak feudal di Turki dan melahirkan kerajaan Sekular Turki yang kekal hingga hari ini...
Bersambung...
Gambar : Bosnia-Bulgaria-Ottoman in Balkan Revolt. (1909)
Sumber Di Petik,Di Terjemah Dan Di Olah Dari :-
1. Farid Mat Zin, Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu.
2. Richard, Kars in the Russo-Turkish Wars of the Nineteenth Century, in Hovannisian.
3. Bruce, Bayonets before Bullets: The Imperial Russian Army, 1861–1914.
4. Ummu Hani Hashim & Eeman Muhammad, Sultan Abdul Hamid & Usaha Untuk Memulihkan Khalifah Islamiyah.
5. Edward Erickson, The Ottoman Army in the Balkans, 1912-1913.
6. Caroline Finkel, Osman's Dream: The History of the Ottoman Empire.
7. Britannica, Istanbul :When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
Nota :
Kepada yang berminat untuk membeli buku berkenaan konflik negara Arab bertajuk "ISLAM DI ASIA BARAT MODEN - PENJAJAHAN DAN PERGOLAKAN". boleh klik link ini
https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya/photos/a.796704800438305.1073741835.540897839352337/845966832178768/?type=3&theater
No comments:
Post a Comment