Sunday, 28 February 2016

PERANG KELANG : PERTEMPURAN KETURUNAN OPU BERSAUDARA. Bahagian I.

Selepas tiga tahun Sultan Muhammad (Sultan Selangor ke 3) melantik Raja Jumaat sebagai Orang Besar Lukut, baginda melantik pula putera sulungnya Raja Sulaiman sebagai Orang Besar Klang pada tahun 1839. Raja Sulaiman mempunyai beberapa orang putera dan putera sulungnya bernama Raja Mahadi. Raja Sulaiman mentadbir Klang selama 14 tahun dan mangkat pada tahun 1853.

Sepatutnya jika mengikut adapt kebiasaan orang Melayu, pewarislah yang akan naik menggantikan untuk menjadi pemerintah yang baharu yakni Raja Mahadi yang akan dilantik namun perkara itu tidak berlaku seperti kebiasaannya. Ini kerana Raja Jumaat telah berjaya mempengaruhi Sultan Muhammad untuk melantik adindanya yang bernama Raja Abdullah untuk dijadikan pemerintah yang baru di Klang. Tambahan pula Sultan Muhammad memang banyak terhutang budi kepada Raja Jumaat yang membantunya melangsaikan hutang-hutangnya dahulu. Di fikiran Sultan Muhammad inilah masanya untuk membalas jasa budi Raja Jumaat itu maka Raja Abdullah pun dilantik sebagai Orang Besar Klang yang baru dan hak Raja Mahadi ke atas Klang sekaligus dinafikan.

Lantikan tersebut telah membuatkan Raja Mahadi tidak berpuas hati dan dirinya amat kecewa dan tersinggung serta menyimpan perasaan api amarah dalam dirinya. Walau bagaimana pun, Raja Mahadi taat dengan perintah keputusan nendanya, Sultan Muhammad itu dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak punyai pengaruh yang besar yakni belum ada kekuatan, wang dan pengikut. Lantaran dari itu, Raja Mahadi menjadi rakyat biasa dari seorang anak orang besar yang hidup lumayan dan terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjalankan perniagaan.
Ketika Raja Abdullah mentadbir Klang ramai orang-orang cina dan orang Melayu Sumatera (Batu Bara) dating ke Klang untuk membuka kawasan perlombongan bijih timah. Banyak kawasan perlombongan bijih timah dibuka oleh Raja Abdullah di sekitar Lembah Klang sekaligus telah membuka Kuala Lumpur dan melantik Yasih yang dibawa dari Riau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ditakdirkan Allah, Sultan Muhammad telah mangkat pada tahun 1857 dan dua tahun kemudian barulah ada perlantikan Sultan Selangor yang baru iaitu Sultan Abdul Samad.

Pada tahun 1866, telah nampak cirri-ciri penyebab tercetusnya peperangan antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Pada satu ketika, Raja Abdullah telah memperkenalkan undang-undang yang baru di Klang dimana semua orang termasuk kerabat Raja Selangor wajib membayar cukai barang perniagaan di Klang. Undang-undang terdahulu menyatakan kerabat raja terkecuali dari membayar cukai tersebut. Ketika undang-undang ini diperkenalkan, kebetulan Raja Mahadi baru pulang dari rantauan untuk mengambil barang untuk diniagakan di Klang. Tiba saja di pejabat kastam Raja Abdullah, barangnya telah dirampas kerana beliau enggan membayar cukai kerana beliau masih berpegang dengan undang-undang warisan terdahulu. Perubahan undang-undang ini dianggap oleh Raja Mahadi sebagai tindakan yang melampaui batas.

Dikatakan juga orang-orang Raja Abdullah sering membuat kacau kepada orang-orang Batu Bara yang bermastautin di Klang itu. Antaranya mereka sering menganiaya orang-orang Batu Bara tersebut dengan merampas padi ternakan sesuka hati mereka, ada juga anak-anak gadis orang Batu Bara diculik serta sering mengasari orang-orang Batu Bara di sekitar Klang hanya kerana perkara yang kecil sahaja. Ini telah membuatkan orang-orang Batu Bara yang diketuai oleh penghulu mereka yang bernama Muhammad Akib telah melancarkan serangan ke atas orang-orang Raja Abdullah yang diam di dalam kubu Datuk Bandar Yasih. Dalam pergaduhan itu, seorang dari kalangan orang Batu Bara telah mati ditikam. Sejurus insiden pembunuhan itu, Muhammad Akib telah pergi menemui Raja Abdullah untuk mengadukan hal tersebut dan menuntut keadilan ke atas kematian orangnya namun sikap Raja Abdullah yang tidak ambil peduli akan hal itu telah membuatkan Muhammad Akib serta orang-orang Batu Bara menyimpan dendam kepada Raja Abdullah.

Muhammad Akib pergi pula menemui Raja Mahadi untuk mengadukan sikap Raja Abdullah itu dan beliau menyatakan ingin membalas dendam kepada Raja Abdullah. Kedatangan Muhammad Akib ini memang kena benar dengan masanya kerana sperti yang tersedia maklum Raja Mahadi juga memang menyimpan dendam yang teramat sangat pada Raja Abdullah itu. Hasrat Raja Mahadi untuk mengambil Klang sebagai haknya semakin tercapai tambah-tambah lagi apabila Muhammad Akib serta orang-orang Batu Bara sanggup bertuankan Raja Mahadi dalam peperangan kelak selain menawarkan diri mereka sebagai askar-askarnya.

Sebagai persiapan untuk berperang, Raja Mahadi telah meminjam wang dari saudagar cina di Melaka untuk membeli beberapa senjata dan kelengkapan untuk berperang. Selain itu, Raja Mahadi telah membawa masuk meriam-meriam Belanda yang berada di Kolta Melawati ke Klang sebagai alat senjata utama untuk diletakkan di benteng hadapan kotanya.
Selain mendapat bantuan dari orang-orang Batu Bara, Raja Mahadi juga menggunakan khidmat orang-orang Mandailing sebagai askar-askarnya juga. Menariknya disini, walaupun Raja Mahadi itu berbangsa Bugis tetapi tiada seorang Bugis pun yang digunakan sebagai juak-juaknya malah Bugis banyak menyebelahi Raja Abdullah. Langkah yang pertama dibuat oleh Raja Mahadi ialah melancarkan serangan ke atas Raja Abdullah serta orang-orangnya yang pada ketika itu berkubu di sebuah gudang milik Raja Abdullah. Asakan serangan yang hebat ini telah membuatkan Raja Abdullah serta pihaknya terpaksa membuat gencatan senjata dan beliau sendiri telah diusir keluar dari Klang oleh Raja Mahadi. Susulan itu Raja Abdullah serta keluarganya terpaksa meninggalkan Klang dan menetap di Melaka.

Namun begitu, Raja Mahadi belum dapat berkuasa penuh di Klang kerana Raja Abdullah masih belum tewas sepenuhnya walaupun beliau telah diusir kerana beliau telah mengarahkan anak-anaknya yang bernama Raja Ismail dan Raja Hassan untuk mengambil alih tempatnya bagi meneruskan perjuangan untuk mempertahankan Klang. Dengan itu serangan dari orang-orang Bugis yang diketuai Raja Ismail telah bergerak menuju ke kota Raja Mahadi untuk melancarkan serangan. Dalam serangan ini Raja Hassan cedera di betis kerana ditembak oleh pihak Raja Mahadi dan beliau telah berundur ke Melaka dan menetap bersama ayahandanya manakala Muhammad Akib pula telah mati ditembak oleh orang Bugis dan tempatnya sebagai ketua kepada orang-orang Batu bara telah digantikan oleh adiknya yang kemudian digelar Datuk Dagang.

Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyekat barang-barang keperluan seperti makanan dari luar yang dibawa masuk ke Klang bagi tujuan untuk melemahkan pihak Raja Ismail. Sekatan ini berlaku selama lima bulan dan ini menyebabkan pihak Bugis yang diketuai Raja Ismail itu semakin lemah. Akhirnya Raja Ismail mengaku kalah kepada Raja Mahadi setelah berbulan-bulan berperang. Dengan ini secara tak langsung Raja Mahadi berjaya mencapai hasratnya untuk mengambil Klang dan mula pada saat itu beliau telah menjadi Orang Besar Klang yang baru.

Bersambung...

Gambar : Pintu gerbang Kota Raja Mahadi (kini tapak kota telah dijadikan tapak bagi bangunan pejabat Majlis Perbandaran Klang)

Sumber :-

- Sejarah Selangor (Buyong Adil)
- Perang Saudara Di Selangor 1868-1873
(A. Talib Bin Hj Ahmad)
- A History Of Selangor (J.M. Gullick)
- Selangor, Sejarah dan Proses Pembangunannya (Adnan Hj Nawang dan Mohd Fadzil Othman)
- Malayan Forts (Jabatan Musium Negara)
- Sejarah Kedah Sepintas Lalu
(Haji Ibrahim Ismail)
- Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Muhammad Hassan Bin To' Kerani Mohd Arshad)

- Irham Aqil -

PERANG KELANG : PERTEMPURAN OPU BERSAUDARA SIRI AKHIR

Sultan Abdul Samad terpaksa mengakui Raja Mahadi sebagai pemerintah Klang yang baru dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana kedudukan baginda sebagai seorang sultan tersangatlah lemah kerana dikatakan baginda hanyalah seorang sultan yang ditabalkan mengikut adapt semata-mata sahaja malah baginda tidak mempunyai askar dan kekuasaan yang kukuh. Oleh itu, baginda mengambil langkah untuk mendiamkan diri sekiranya baginda mahu kekal lama di atas takhta. Walau bagaimana pun, baginda telah mengenakan cukai sebanyak $500 setiap bulan ke atas Raja Mahadi sebagai cukai pentadbiran Klang.

Setelah berkuasa penuh di Klang, Raja Mahadi telah mabuk dengan kebudayaan, kejayaan dan kemenangan sehinggakan beliau tidak mahu bayar cukai tersebut dan ini membuatkan Sultan Abdul samad murka kepadanya. Oleh itu, Sultan Abdul Samad telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan puterinya dengan Raja Mahadi dan baginda telah menikahkan puterinya itu dengan Raja Muda Kedah yang bernama Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin. Pernikahan ini berlangsung pada tahun 1867.

Sehubungan dengan itu, Sultan Abdul Samad tanpa memikir panjang telah melantik Tunku Kudin sebagai Yamtuan Negeri Selangor pada 26 januari 1868 bagi menyelesaikan masalah antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bermusuhan itu kerana baginda sering didesak oleh kaum kerabat Raja Abdullah yang meminta agar Raja Mahadi diturunkan dari jawatannya. Perlantikan ini juga bertujuan untuk baginda membalas dendam kepada Raja Mahadi kerana tidak pernah membayar cukai kepada baginda. Jawatan Yamtuan ini membolehkan Tunku Kudin berkuasa penuh ke atas seluruh negeri Selangor. Perlantikan ini membuatkan seluruh kerabat Raja Selangor membantah secara besar-besaran tambah-tambah lagi ianya ditentang hebat oleh Raja Mahadi. Kesemua kaum kerabat Raja Selangor melihat Tunku Kudin sebagai orang luar dan tidak ada hak untuk mencampuri urusan mereka di Selangor.

Ekoran dari bantahan yang hebat ini, Tunku Kudin mengambil keputusan untuk berundur seketika pulang ke Kedah bagi mengumpul orang-orangnya sebagai kekuatan untuk dibawa masuk ke Selangor kelak kerana pada masa itu beliau belum ada pengaruhnya di Selangor. Sebelum ke Kedah, Tunku Kudin terlebih dahulu pergi ke Melaka untuk berjumpa dengan Baba Tek Yee iaitu seorang saudagar yang kaya bagi menguruskan alat-alat kelengkapan senjata bagi menegakkan kuasanya di Selangor kelak.

Pada tahun 1869, Raja Abdullah yang menetap di Melaka itu telah mangkat. Dalam kesibukan Raja Mahadi mentadbir Klang, dalam diam Raja Ismail telah mengumpulkan kekuatannya serta mengatur strategi di Riau untuk merampas kembali Klang dari tangan Raja Mahadi. Tapi sebelum itu, Raja Ismail telah pergi megadap Sultan Abdul Samad bagi menuntut Klang tetapi kita tersedia maklum baginda sememangnya lemah dalam kekuasaannya itu telah membenarkan pula Raja Ismail berperang saja dengan Raja Mahadi.

Pada suatu subuh dalam bulan ogos1869, angkatan Bugis yang diketuai Raja Ismail telah menyerang Klang dan dapat menawan beberapa kubu kecil milik orang-orang Raja Mahadi. Orang-orang Raja Mahadi tidak dapat lakukan apa-apa kerana serangan itu dibuat secara mengejut. Kota Raja Mahadi telah dikepung oleh angkatan Raja Ismail. Kebetulan pada masa itu, orang-orang Batu Bara telah memberontak kepada Raja Mahadi kerana dikatakan salah seorang juak Raja Mahadi telah membunuh seorang pengikut Datuk Dagang. Datuk Dagang telah menuntut keadilan dari Raja Mahadi namun Raja Mahadi mengendahkan tuntutan tersebut. Selain itu, Raja Mahadi telah berjanji akan menganugerahkan beberapa kawasan di Selangor kepada Datuk Dagang jika sekiranya beliau menang ke atas Raja Abdullah dahulu namun setelah mencapai kemenangan, Raja Mahadi tidak mengotakan janjinya. Dua factor iniilah yang membuatkan orang-orang Batu Bara menyebelahi pihak Raja Ismail. Perkara ini membuatkan kedudukan Raja Mahadi di Klang beransur lemah.

Serangan demi serangan dilakukan oleh pihak Raja Ismail dan pengepungan ke atas Raja Mahadi bersama orang-orangnya masih berjalan selama dua bulan sehinggalah kedatangan Tunku Kudin pada oktober 1869 bersama askar-askarnya dari Kedah seramai 500 orang. Walau bagaimana pun Raja Mahadi bersama pengikut-pengikutnya tetap utuh bertahan di sebalik kotanya yang ampuh itu. Tunku Kudin telah bersatu dengan Raja Ismail untuk membinasakan Raja Mahadi tetapi sebelum itu Tunku Kudin menyarankan kepada Raja Mahadi agar berdamai saja dengan Raja Ismail yakni serah diri tetapi saranan ini ditolak mentah-mentah oleh Raja Mahadi.

Bermula dari saat itu, bermulalah peperangan secara besar-besaran oleh kedua belah pihak. Meriam-meriam saling berbedilan antara satu sama lain. Tunku Kudin menggunakan khidmat seorang bangsa eropah yang bernama De Fontaine sebagai jeneral perang pasukannya. Tunku Kudin juga bertindak membuat sekatan makanan-makanan yang dibawa masuk ke Klang dan ini membuatkan Raja Mahadi bertambah lemah kedudukannya.

Setelah terkepung selama enam bulan lamanya dan mengalami penderitaan kekurangan bekalan harian maka pada mac 1870, Raja Mahadi bersama orang-orangnya telah undur keluar dari kotanya secara senyap-senyap lari menuju ke Sungai Buloh kerana tiada daya lagi mereka untuk menentang Tunku Kudin. Susulan dari itu, Raja Ismail menyedari kedudukannya ketika itu tidaklah sehebat Tunku Kudin dan beliau pun membawa diri bersama pengikutnya pergi ke Pahang. Dengan ini, Klang secara rasminya jatuh ke tangan Tunku Kudin.

Kota Raja Mahadi yang dapat ditawan oleh Tunku Kudin itu telah dijadikan markas kubunya pula serta menjadikan kota itu sebagai kediaman dan pejabatnya. (Pada tahun 1899, meriam-meriam di kota tersebut telah dipindahkan ke Istana Mahkota Puri di Klang bagi menghiasi istana tersebut)

Pada julai 1870, Raja Mahadi bersama angkatannya telah menawan Kuala Selangor sekaligus menyingkirkan Raja Musa ibni Sultan Abdul Samad sebagai pembesar di Kuala Selangor. Tujuan Raja Mahadi membuat demikian adalah untuk mencari tapak yang baru untuk membina semula angkatannya bagi menewaskan Tunku Kudin. Dengan tertawannya Kuala Selangor ini oleh Raja Mahadi maka beliau telah menjadi pemerintah yang baru di Kuala Selangor.

Pada julai 1871, sebuah kapal perang inggeris yang bernama Rinaldo telah membedil kubu-kubu Raja Mahadi di sepanjang persisiran sungai di sekitar Kuala Selangor kerana kononnya ingin memburu lanun-lanun cina yang mendiami kawasan itu. Setelah Kuala Selangor dibedil teruk oleh inggeris, Raja Mahadi bersama pengikut-pengikutnya telah melarikan diri ke Bengkalis, Sumatera. Di situ, Raja Mahadi sekali lagi cuba mengatur strategi untuk menyerang Selangor dengan melatih orang-orangnya serta mendapat sokongan dari kerabat Siak, Datuk Kelana Sungai Ujong dan Maharaja Abu Bakar.

Namun hal ini telah dapat dihitu olehTunku Kudin dan beliau telah melaporkannya kepada inggeris. Inggeris pula mengambil tindakan untuk melaporkan pula kepada penguasa Belanda di Bengkalis dan mengarahkan supaya Raja Mahadi ditangkap. Raja Mahadi bersama pengikutnya telah melarikan diri ke Johor dan berselindung di sebalik Maharaja Abu Bakar. Inggeris mengarahkan Maharaja Abu Bakar agar menasihati Raja Mahadi supaya hentikan saja dari menentang Tunku Kudin dan terima saja duit pencen sebanyak $350 sebulan dari Tunku Kudin tetapi Raja Mahadi menolak cadangan itu.

Setelah segala persiapan dibuat, pada sekitar julai 1872 Raja Mahadi telah menyerang Kuala Lumpur dari arah tiga penjuru iaitu utara, timur dan selatan. Kuala Lumpur ketika itu dijaga oleh yap ah loy yang bersekutu dengan Tunku Kudin. (Ketika Raja Mahadi dapat menakluk Klang, yap ah loy telah bertuankan Raja Mahadi tetapi setelah Raja Mahadi tewas kepada Tunku Kudin, yap ah loy bertindak berpaling tadah kepada Raja Mahadi dan bernaung di bawah Tunku Kudin bagi menegakkan pengaruh dan kuasanya). Kuala Lumpur secara rasminya dapat ditawan oleh Raja Mahadi bersama angkatannya pada ogos 1872 namun Raja Mahadi hanya berkuasa di Kuala Lumpur selama 7 bulan sahaja kerana selepas itu Tunku Kudin telah meminta bantuan dari Pahang untuk menguatkan pasukannya bagi menyerang Kuala Lumpur. Pada mac 1873, bantuan askar Pahang telah tiba dan Kuala Lumpur berjaya dirampas kembali oleh Tunku Kudin dari tangan Raja Mahadi.

Sejurus kekalahan Raja Mahadi ini, Tunku Kudin menggunakan kuasa inggeris untuk melenyapkan semua pengaruh dan bantuan yang diberi kepada Raja Mahadi dalam membina empayarnya. Rancangan Tunku Kudin ini berjaya apabila sir andre Clarke memerintahkan saudagar-saudagar negeri selat supaya jangan membantu Raja Mahadi lagi. (Sepanjang perang saudara ini tercetus, Raja Mahadi dapat bantuan kewangan dari saudagar-saudagar tersebut). Oleh itu, Raja Mahadi telah mengalami kesukaran dan kedudukannya ansur pudar manakala Tunku Kudin yang smemangnya bersahabat baik dengan inggeris kembali berkuasa penuh ke atas seluruh negeri Selangor pada november 1873.

Sebenarnya bantuan inggeris yang diberikan kepada Tunku Kudin ini mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu tak lain tak bukan untuk menjadikan Selangor sebagai wilayah naungannya. Pada tahun 1874, pengaruh inggeris mula bertapak di Selangor dan pada 18 november 1874, Selangor secara rasminya dijadikan jajahan takluk inggeris. Dengan itu, J.G. Davidson dilantik sebagai residen pertama di Selangor dan beliau telah bergabung bersama Tunku Kudin untuk mentadbir Selangor.

Namun begitu, Raja Mahadi tetap tidak pernah berputus asa dan tak kenal erti jemu untuk menakluk Klang. Maka dengan itu pada oktober 1875, beliau sekali lagi membuat serangan ke atas Selangor tetapi kali ini rancangannya tidak menjadi kerana kekurangan bantuan. Raja Mahadi ditangkap dan dipenjarakan di Singapura tetapi hanya dipenjarakan untuk beberapa ketika sahaja. Setelah dibebaskan beliau hidup sebagai orang buangan di Singapura dan ditakdirkan Allah pada 10 januari 1882, Raja Mahadi mangkat di sana kerana mengalami penyakit batuk kering.

Tunku Kudin pula telah meletakkan sebarang jawatannya di Selangor pada November 1878 kerana dikatakan beliau tidak sehaluan dengan residen Selangor yang ke 2, Bloomfield Douglas. Setelah pencen, Tunku Kudin menjalankan perniagaan kayu bakau di sekitar Klang sehingga beliau membuat keputusan untuk menetap di Pulau Pinang pada tahun 1884. Di sana, Tunku Kudin menghabiskan sisa-sisa hidupnya sehingga matanya buta dan pulang ke pangkuan Ilahi pada tahun 1906.

Begitulah kisah Perang Saudara di Klang ini. Puncanya hanya kerana sebuah daerah sahaja tapi berleret bertahun-tahun perangnya sampaikan ramai yang terkorban nyawa dan akhirnya maruah negeri tergadai. Seandainya Daeng Perani dan Daeng Chelak mengetahui cucu cicictnya berkelahi dengan dahsyat sekali tentunya mereka akan menangis kesedihan melihat cucu cicitnya sanggup berbunuhan antara satu sama lain hanya kerana ingin merebut sebuah tempat. Selain itu sikap cucu cicitnya tidak seperti sikap mereka yang berkasih sayang antara satu sama lain yang telah dipupuk sejak mereka sebelum mencipta kejayaan lagi sehinggalah mereka berjaya menegakkan kedaulatan Bugis di Tanah Melayu. Bugis yang dikenali sebagai golongan yang mempunya persetiaan yang kukuh telah berjaya disematkan dalam sanubari 5 Opu Daeng bersaudara itu namun tidak bagi cucu cicit mereka yang sanggup bermusuhan.

Gambar : Astana Mahkota Puri.

Sumber :-

- Sejarah Selangor (Buyong Adil)
- Perang Saudara Di Selangor 1868-1873
(A. Talib Bin Hj Ahmad)
- A History Of Selangor (J.M. Gullick)
- Selangor, Sejarah dan Proses Pembangunannya (Adnan Hj Nawang dan Mohd Fadzil Othman)
- Malayan Forts (Jabatan Musium Negara)
- Sejarah Kedah Sepintas Lalu
(Haji Ibrahim Ismail)
- Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Muhammad Hassan Bin To' Kerani Mohd Arshad)

Saturday, 27 February 2016

GHOLI MELAKA : MENDAM BERAHI

Assalamualaikum.  Coretan pagi Sabtu  27.2.2016

Mendam Berahi, gholi (galley) Melaka milik Sultan Mansur Shah. Dibina sekitar 1453.

Rujuk silang daripada Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, catatan Turki dan lakaran Rom tentang galleys pada zaman yg sama menemui beberapa kesimpulan:
1. Gholi tsb mempunyai 3 tiang layar. Yg di tengah paling tinggi dipanggil layar agung.
2. Gholi juga mempunyai dayung. Mendam Berahi mempunyai 100 dayung, 50 di kiri dan 50 di kanan. Setaip satu dayung dikendalikan oleh 2 orang pendayung. Ertinya ada 200 pendayung.
3. Panjang Mendam Berahi lebih kurang 180 kaki × 36 kaki lebar.
4. Mendam Berahi ada dua dek, dek depan utk nakhoda dan dek belakang dek DiRaja.
5. Dek DiRaja dibalut kain baldu kuning dari India.
6. Dek depan dipasang lima rentaka.
7. Membawa 400 orang satu2 masa.
8. Pernah bawa 4 ekor gajah yg dibeli di Pegu ( Myanmar kini).
9. Depannya mempunyai muncung perempuh (ramming beam) yg dibuat daripada teras cengal batu. Gunanya apabila bertempur di laut, layar di turunkan, pendayung akan mendayung laju dan merempuh badan kapal musuh dan kemudian 200 perajurit lagi akan melompat naik ke kapal musuh.
10. Gholi ini sangat digeruni di selat Melaka.

Di bawah adalah 2 impresi artis ttg gholi tersebut. Sekadar perkongsian...

JOM MENYELAMI ETIMOLOGI SEBENAR NAMA MELAYU YANG MEMBAWA MAKSUID BEBAS

Asal-usul atau maksud perkataan ‘Melayu’ telah banyak dibahas dan dibincangkan oleh para sarjana, ilmuwan dan para pembaca sejarah. Namun semuanya tidak mendapat jawapan yang pasti kepada misteri kewujudan perkataan ‘Melayu’ hatta orang Melayu sendiri kebanyakan masih ‘buta huruf’ dengan isu tersebut. Untuk mengeluarkan diri daripada semua misteri ini, seringkali dikatakan kononnya perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan Sanskrit, ‘Malaya’ yang bermaksud ‘gunung’ atau ‘bukit-bukau’. Namun ini adalah ganjil apabila bertentangan dengan kehidupan purba orang Melayu sebagai pelaut dan pengembara maritim.

Satu isu lain juga tidak mampu dijawab oleh mereka; bagaimana bunyi di hujung -a pada ‘Malaya’ menjadi -u pada ‘Melayu/Malayu’?

Sebenarnya, perkataan ‘Melayu’ berakar umbi dari linguistik bahasa-bahasa Austronesia yang membawa konsep, ‘bebas‘.

----

Menurut  rekod-rekod asing, antara panggilan orang luar kepada entiti ‘Melayu’ adalah seperti berikut:

China: Mo-lo-yu, Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er

Khmer: Malayu

Claudius Ptolemy: Maleou (dalam frasa Maleo u-kolon-Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis)

Jawa: Malayu (Prasasti Padang Roco, Nagarakratagama)

Perhatikan petunjuk ini: Mereka memanggil dengan perkataan yang bervariasi (mengikut lidah masing-masing) NAMUN di hujungnya tetap mengekalkan -suffix ‘u’. Ini adalah rahsia besar dan sempadan untuk membezakan perkataan ‘Melayu/Malayu’ dengan perkataan-perkataan lain.

Sebenarnya, di sepanjang sejarah, tiada dalam mana-mana rekod orang India purba atau sekalipun orang Arab, Parsi, Sri Lanka atau sekitarnya yang memanggil atau meletakkan perkataan ‘Malaya’ di dalam peta atau rekod-rekod mereka, merujuk kepada orang Melayu dan tempatnya. Perkataan Malayadvipa, Malaya dan seumpamanya yang muncul di dalam kitab-kitab atau kesusasteraan Sanskrit bukanlah bukti konkrit merujuk kepada orang Melayu dan kediamannya. Ini kerana tiada bukti jelas atau secara langsung bahawa ia merujuk begitu. Kunci kepada masalah ini terletak pada -suffix ‘u’ di akhir perkataan.

‘Malaya’ BUKANLAH merujuk kepada ‘Melayu/Malayu’ secara literal.

Ada pengkaji amatur yang mendakwa perkataan Melayu/Malayu adalah loghat penduduk di selatan semenanjung manakala di utara masih mengekalkan keasliannya sebagai ‘Malaya’. Ini adalah merepek kerana tiada rekod dari sebelah negeri-negeri utara semenanjung atau di Segenting Kra yang memakai nama ‘Malaya’. Tambahan pula, jika ingin mengikutkan slang atau loghat penduduk di selatan semenanjung, harus ia akan menjadi ‘Melaye’. Hikayat Merong Mahawangsa sekalipun menyebutkan nama ‘Melayu’ di dalam teksnya dan jika kita memerhatikan orang-orang Thai dan Khmer apabila menuliskan tentang orang Melayu, mereka akan menulisnya sebagai ‘Malayu’ sekalipun dalam frasa ‘Jva Malayu’ atau ‘Khaek Malayu’ bukan ‘Malaya’ walaupun kedua-duanya masih pekat berbudaya Hindu-Buddha.

Ini dikuatkan lagi dengan tiada mana-mana suku-suku Austronesia yang memanggil orang-orang Melayu sebagai ‘Malaya’. Semua suku-suku Nusantara/Austronesia mengenal orang-orang Melayu sebagai ‘Melayu’ dengan -suffix ‘u’ di akhirnya.

Untuk mengkaji asal-usul perkataan ‘Melayu’, kita mesti memiliki pengetahuan secukupnya dalam linguistik, fonologi, sosio-budaya, antropologi dan kronologi sejarah. Secara ringkas, perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan induk layaw, layao, layar, layah atau layag. Semua ini berasal dari rumpun bahasa Malayo-Polinesia.

Untuk mengetahui asal-usul perkataan ‘Melayu’ sudah semestinya wajib mengkajinya dari bahasa-bahasa Malayo-Polinesia dan kelompok besar Austronesia.

----

Variasi Induk Perkataan Melayu

‘Terbang’ (to fly)

Perkataan layaw muncul dalam kelompok bahasa Filipina Tengah yang bermaksud ‘terbang’. Ia juga muncul dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi atau keluarga bahasa Nuclear Malayo-Polynesia seperti bahasa Chamorro yang mana berubah menjadi ‘layao’.

Perubahan layaw/layau kepada layao dan akhirnya layo ini adalah fonologi biasa dalam sesetengah dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Sebagai contoh perkataan risau dalam standard Bahasa Melayu moden akan menjadi riso dalam dialek masyarakat Perak Tengah.

Layang, layap atau layak dan layog adalah istilah yang juga digunakan oleh kelompok bahasa Malayo-Polinesia untuk menggambarkan ‘terbang’. Perkataan layang misalnya memang membawa maksud terbang seperti ‘burung yang melayang-layang’ atau layang-layang, dalam Bahasa Melayu biasa hari ini.

Menariknya, dalam Bahasa Tagalog, layaw-layaw adalah situasi atau aksi yang bergerak-gerak di angkasa seperti pergerakan burung dan layang-layang.

‘Terbang’ (to fly)

Perkataan layaw muncul dalam kelompok bahasa Filipina Tengah yang bermaksud ‘terbang’. Ia juga muncul dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi atau keluarga bahasa Nuclear Malayo-Polynesia seperti bahasa Chamorro yang mana berubah menjadi ‘layao’.

Perubahan layaw/layau kepada layao dan akhirnya layo ini adalah fonologi biasa dalam sesetengah dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Sebagai contoh perkataan risau dalam standard Bahasa Melayu moden akan menjadi riso dalam dialek masyarakat Perak Tengah.

Layang, layap atau layak dan layog adalah istilah yang juga digunakan oleh kelompok bahasa Malayo-Polinesia untuk menggambarkan ‘terbang’. Perkataan layang misalnya memang membawa maksud terbang seperti ‘burung yang melayang-layang’ atau layang-layang, dalam Bahasa Melayu biasa hari ini.

Menariknya, dalam Bahasa Tagalog, layaw-layaw adalah situasi atau aksi yang bergerak-gerak di angkasa seperti pergerakan burung dan layang-layang.

Dari perkataan layaw atau layap dan layang, yang makna asalnya ‘terbang’ (to fly),  ia berkembang menjadi beberapa makna seperti melepaskan diri, melarikan diri (to flee),  tidak dikawal ,bermewahan atau hidup selesa dan akhir sekali bebas (free) dan kebebasan (freedom).

Dari perkataan layaw juga dikembangkan menjadi maksud ‘berjalan secara bebas/tidak mengikut arah’ seperti dalam kelompok bahasa Sunda-Sulawesi dan cognate-nya menjadi perkataan merayau dan merayap.

‘Berlayar’ (to sail)

Selain terma ‘terbang’ yang memberikan perkataan-perkataan seperti layang, layaw, layog dan layap, istilah layar atau berlayar juga memiliki sejumlah perkataan yang mirip-mirip sama atau cognate seperti:


Casiguran Dumagat - layág 
Tagalog     -                    láyag 
Bikol  -                    láyag para-láyag 
Hiligaynon  - láyag 
Aklanon  - eayág 
Masbatenyo  - láyag 
Waray-Waray  - láyag 
Cebuano -  láyag 
Maranao  - layag 
Manobo (Western Bukidnon) -  layag 
Mansaka  - layag


Bintulu  - lazəh 
Melanau (Mukah)  - layah 
Malagasy  - lay 
Iban  - layar 
Malay  - layar 
Acehnese  -layeuë , meu-layeuë 
Simalur  - laeal , ma-laeal 
Toba Batak - rear 
Nias  loyo, mo-loyo 
Rejang  layea, be-layea 
Sundanese  - layar, pa-layar-an 
Balinese  - layah 
Sasak  - layar, be-layar

sumber: Austronesian Comparative Dictionary

Jika kita perhatikan, bahasa Aceh dan Nias memiliki cognate fonologi yang memiliki bentuk hampir sempurna kepada istilah ‘Melayu’ yakni sebutan fonologi Melayu Purba kepada konsep layaw tadi. Di sini kita dapat lihat, terma ‘terbang’ dan ‘berlayar’ memiliki satu pengertian tertentu dalam Weltanschauung atau pandangan hidup suku-suku Malayo-Polinesia. Ia melambangkan satu maksud yang satu; pergi ke luar atau bergerak ke luar untuk mencapai tujuan tertentu.


‘Bebas’ (Free)

Kita telah melihat bahawa perkataan-perkataan dalam pelbagai bahasa suku-suku Malayo-Polinesia khasnya sekitar Malayo-Polinesia Induk (Nuclear Malayo-Polynesian) dan Kelompok Bahasa Filipina yang membawa maksud ‘terbang/melayang’ dan ‘berlayar’ memiliki perkaitan atau hubungan antara satu sama lain. Jika kita melihat kepada maksud secara literal, kedua-duanya adalah perbuatan yang berbeza secara fizikal; terbang dan melayang adalah pergerakan di angkasa manakala berlayar adalah pergerakan di lautan. Namun persoalannya, mengapa mereka yakni suku-suku Malayo-Polinesia ini secara majoritinya memilih perkataan-perkataan yang mirip-mirip atau hampir sama antara satu sama lain dalam mengungkapkan kedua-dua pergerakan?

Dalam Bahasa Tagalog, perkataan ‘laya’ dan ‘layaw’ memiliki perkaitan maksud di antara satu sama lain. Laya bermaksud bebas. Maksud dari laya juga boleh berkembang kepada maksud-maksud berkaitan seperti anak-anak yang tidak dikawal perbuatannya atau dimanja-manjakan. Layaw juga digunakan untuk menyatakan situasi begini. Perkataan ‘laya’ harus cognate kepada perkataan layar, layah atau layag di mana secara fonologinya, bunyi -r di hujung perkataan tidak disebut untuk memudahkan sebutan. Ini terjadi jika kita mengkaji bentuk-bentuk perubahan linguistik Proto Malayo-Polinesia ke bahasa-bahasa cabang yang mana perkataan-perkataan terkemudian biasanya akan memudahkan sebutan, secara teknikalnya konsonan di akhir perkataan-perkataan itu tadi akan hilang. Contohnya niur (nyiur/kelapa) akan menjadi niu dalam bahasa-bahasa Polinesia dan buah nyo dalam dialek Perak Tengah, yang mana konsonan -r telah hilang.

Malaya pula bermaksud bebas manakala kalayaan bermaksud kebebasan.

Dari sini kita boleh melihat mengapa kedua-dua pergerakan di angkasa dan di lautan itu memiliki konotasi yang mirip di antara satu sama lain dan mengembangkannya dalam beberapa bahasa kepada maksud-maksud seperti merayau-rayau, melepaskan diri atau lepas bebas.

Ia membawa satu erti- KEBEBASAN.

---

Bagaimana -suffix ‘u’ Boleh Muncul Dalam Perkataan ‘Melayu/Malayu’?

Ini adalah sebab mengapa semua hipotesis yang menyatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ itu berasal dari perkataan ‘Malaya’ yang berasal dari Bahasa Sanskrit yang bererti ‘gunung’ adalah salah sama sekali. Ia tidak ada kena mengena dengan kehidupan Orang Melayu pada zaman purba dan bercanggah dengan perspektif hidup Orang Melayu yang terkenal sebagai seafarers atau pelaut dan pengembara maritim yang terkemuka. Jika ‘Malaya’ di dalam kitab-kitab kesusasteraan Sanskrit merujuk kepada homeland orang-orang Melayu, adalah lebih sesuai penulis kitab-kitab itu tadi merujukkan ‘Malaya’ ini kepada Banjaran Himalaya atau Banjaran Karakoram yang berdekatan dengan Benua Kecil India. Kedua-duanya memiliki gunung-gunung yang paling tertinggi di dunia seperti K2 dan Everest.

Faktanya, tiada rekod-rekod dari para pengembara, pedagang atau sesiapa sahaja dari India yang merujuk bahawa semenanjung, Sumatera atau mana-mana sahaja di Asia Tenggara sebagai ‘Malaya’. Yang ada cuma hipotesis para sarjana terkemudian yang mati akal untuk mencari dari mana datangnya dan maksud perkataan ‘Melayu’.

Masalah ini hanya boleh ditemui penyelesaiannya dalam bahasa-bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu yakni induk Malayo-Polinesia dari keluarga besar Austronesia secara linguistiknya.

Perubahan -suffix ‘ao’ dan ‘aw’ kepada ‘o’ atau kepada ‘u’ adalah lumrah dalam beberapa bahasa dan dialek suku-suku Malayo-Polinesia. Perhatikan beberapa contoh di bawah:

(hoarse)

Ilocano= paraw

Acehnese= paro

Malay= parau

(I, me)

Bintulu= akəw

Tagalog= ako

Malay= aku

(buffalo)

Proto-Chamic= kabaw

Tagalog= carabao

Malay= kerbau

Kinta Perakian= korbu

(small ship)

Ilocano= paraw

Toba Batak= parau

Sundanese= parahu

Malay= perahu

Berdasarkan contoh ini, perkataan malayaw (to fly, to sail, free) adalah serumpun dengan malayu/melayu

(to fly, to sail, free)

Philippine languages= malayaw

Nias= moloyo

Acehnese= meu-layeuë

Old Javanese= malayu

Malay= melayu

(perlu diingatkan susunan ini bukanlah bermakna ‘melayu’ berasal dari perkataan-perkataan di atasnya, ini hanya untuk menunjukkan kemiripan mengikut dialek masing-masing)

Perhatikan bentuk yang sering muncul dalam fonologi Bahasa Melayu. Bila kita bandingkan dengan bahasa-bahasa lain, perhatikan bagaimana -suffix ‘u’ mengambil tempat dalam istilah Bahasa Melayu. Ciri-ciri ini juga biasa dikesan dalam keluarga bahasa Malayo-Polinesia Barat yang lain, seperti bahasa Aceh, Jawa dan Sunda.

----

KESIMPULAN

Untuk mengkaji bahasa, budaya dan apa jua yang berkaitan dengan asal-usul Orang Melayu mestilah dirujuk terlebih dahulu kepada induknya yakni rumpun Malayo-Polinesia dan kelompok bahasa Austronesia. Dalam ertikata lain, mestilah diperhatikan perkaitan dan hubungannya dengan suku-suku Nusantara lain, bagaimana budayanya, bahasanya, sejarahnya dan lain-lain.

Adalah kesilapan besar sama sekali, apabila mengkaji tentang asal-usul sesuatu, terus dikaitkan dengan entiti yang di luar rumpun bahasa atau budayanya. Jika tiada bukti dari mana-mana bahasa atau budaya serumpunnya, barulah boleh diperhatikan sumber-sumber luar dan jika ada, barulah boleh didakwa ia pinjaman atau saduran dari luar.

Perkataan Melayu sebagai contoh adalah berasal dari Bahasa Melayu sendiri dalam bentuk proto yang mengalami perubahan dialek, dalam kes ini dialek Melayu itu sendiri dan bukan dari mana-mana bahasa luar.

Kehilangan maksud Melayu dalam memori orang-orang Melayu pada hari ini bukanlah eksklusif, sementelah banyak perbendaharaan kata dalam bahasa mereka telah hilang atau tidak dipakai setelah menyadur atau digantikan dengan banyak perkataan dari Sanskrit, Arab dan bahasa-bahasa Eropah ketika era emas perdagangan maritim yang lalu. Bertuahnya, banyak di antara perbendaharaan kata ini masih terakam dalam kosakata bahasa-bahasa serumpun yang lain.

Tidak ada bangsa yang menamakan bangsanya dengan makna yang tidak baik. Ironinya, nenek moyang memilih perkataan ‘Melayu’ sebagai orang yang melayar, melayang dan bebas, tanpa dikongkong sesiapa.

Mungkin perkataan yang paling dekat dan masih dipakai dalam Bahasa Melayu Moden ialah layang, sementara Bahasa Tagalog menggunakan perkataan laya dan layaw dengan maksud lebih jujur yakni bebas dan kebebasan. Sejujur mengatakan bahawa jika kata Malaya ingin dipaksakan juga bermati-matian kepada ‘Melayu’, bukanlah Malaya yang bermaksud ‘gunung’ tetapi Malaya yang sebenarnya yakni yang bermaksud ‘bebas’.

~Srikandi
“luhur sejarahku abadi”

---

p/s: versi penuh artikel ini akan diterbitkan dalam buku terbaru saya yang akan keluar kelak dengan izinNya.

Friday, 26 February 2016

JENIS-JENIS KERIS

Jenis-jenis  Keris

Sebagai senjata yang disanjung tinggi, maka ianya juga sangat berkaitan dengan yang namanya kesaktian ataupun kuasa yang istimewa pada sesuatu keris. Kononya Keris Laksamana Hang Tuah (Taming Sari) boleh keluar sendiri daripada sarungnya dan terbang ke udara, seakan-akan mempunyai kuasa atau kesaktian untuk mengejar musuhnya. Terdapat pula sebuah cerita, sebelum perang dunia kedua, ketika diadakan pameran keris di sesuatu negeri, tiba-tiba pada suatu malam, salah satu keris yang ada di dalam peti keluar dengan sendirinya untuk membunuh musuhnya dan setelah selesai membersihkan bekas darah mangsanya bekas tikaman yang terlekat pada mata keris, maka keris itupun pulanglah ke tempatnya semula sebelum hari siang.

Konon ada juga terdapat kepercayaan yang mengatakan bahwa ada sebilah keris sakti yang boleh membunuh musuhnya hanya dengan menikam bekas tapak kaki orang yang dimaksudkan. Kemudiannya keris juga dipercayai boleh memindahkan api dari sebuah rumah yang sedang terbakar kepada tempat lain dengan mengarahkan ujung keris di tempat rumah terbakar itu ke tempat yang lain. Dan banyaklah cerita-cerita yang lain tentang kesaktian sebilah keris.

Berikutnya akan dapat diketahui beberapa bahagian dari sebilah keris itu dengan nama-namanya sekalian seperti berikut ini :

1. Mata Keris.

Mata pada sebuah senjata mempunyai dua arti. Yang pertama ialah bahan yang meliputi pada seluruh badan senjata itu dan yang keduanya ialah tepi mata yang tajam yang terdapat pada kedua-dua tepi badan matanya, umpamanya seperti yang kita lihat pada senjata yang bernama Tumbuk Lada ataupun Rencong Aceh hanya mempunyai satu tepi mata yang tajam.

Panjang atau lebarnya mata sebilah keris itu tergantung kepada bentuk-jenisnya. Setelah dilakukan penelitian bahwasannya pada sebilah keris itu mempunyai mata keris yang beragam dan tak sama ukuran panjang dan lebarnya. Hal yang sedemikian dapat kita lihat pada jenis hingga 10 13/16 inci. Sedangkan lebarnya antara 7/16 hingga ¾ inci. Adapun jenis kering yang biasa (gambar 4), panjangnya di antara 8 15/16 hingga 15 ½ inci. Lebarnya antara ¼ hingga 1 3/16 inci. Jenis Keris Panjang (gambar 5), panjangnya diantara 18 hingga 25 inci. Lebarnya di antara 11/16 hingga 15/16 inci.

Bagian-bagian dari keris :

- Putting keris

- Kepala cicak

- Leher keris

- Perut keris

- Sepit Rotan

- Dagu keris

- Ekor keris

- Kepit

- Aring

- Ganja

- Janggut

- Lambai Gajah

- Belalai Gajah

- Kambing Kacang

- Rigi

- Gandik

- Tulang keris

- Mata keris

- Pamo(u)r

- Ujung keris (tuntong keris)

Nama-nama bahagian ulu dan sarung keris

- Sampir

- Batir-batir

- Batang

- Tuli-tuli

- Buntut

Sedangkan jenis keris Sundang (gambar 6) sejenis keris yang dipergunakan sebagai senjata untuk menetak dan melibas dan bukan untuk menikam panjangnya di antara 18 5/8 hingga 24 ½ inci. Lebarnya di antara 1 3/8 hingga 1 11/16 inci. Mata sebilah keris ada yang lurus dan ada pula yang ber-lok dan jumlah bilangan lok-lok yang terdapat pada sebilah keris adalah dalam bilangan ganjil dan belum pernah ditemui lok-lok mata keris yang genap bilangannya. Konon menurut ceritanya adapula mata keris yang bilangan loknya sampai 31 dan 47 lok.

Menurut para cerdik-pandai dibidang perkerisan mengatakan, bahwa keris yang ber-lok boleh memberikan kecederaan yang lebih menggerunkan daripada sebuah tikaman keris yang lurus.

Mengikut kepada teori G. B. Gardner (pada tahun 1936) bahwa keris-keris yang asal mempunyai mata yang lurus dan juga lok-lok yang terdapat pada mata keris meniru dari senjata-senjata orang India yang terbuat dari tanduk kambing gurun. Sebenarnya tidak semua teori tersebut benar adanya. Kalau berkenaan mata yang lurus mungkin boleh diterima, tetapi kalau berkenaan dengan lok? Akan bisa dilihat perbedaannya, sebab tanduk kambing gurun berbentuk seperti pemulas yang bergelung (Gambar 7). Sedangkan lok itu walaupun berkelok juga tapi mata keris (Gambar 8) sama rata tebal dan tipisnya.

Adapun cara menghitung lok di mata keris adalah dengan mendahulukan bahagian berlok berselang-selang pada kedua belah mata keris mulai dari lok yang terletak di sebelah bahagian dagu ganja kemudian di sebelah bahagian aring, dan seterusnya. Jikalau keris itu hanya sekelok saja maka keris itu diperkatakan dengan keris berlok tiga. Beberapa nama keris dapat juga diperkatakan berdasarkan jumlah lok pada mata keris, umpamanya:

1. Keris Sapukal yaitu keris yang lurus saja (tidak berkelok).

2. Keris Sempana yaitu keris mempunyai 3, 5, 7 lok.

3. Keris Cerita yaitu keris yang mempunyai 9 sampai 15 lok.

4. Keris Rantai atau Keris Lemona yaitu keris yang memiliki 19 lok atau lebih.

Mata keris ada yang berpamor dan ada pula yang licin. Jika ianya berpamor, keris itu dinamakan Keris Berpamor dan yang licin dikenal dengan nama Keris Melela. Kebanyakannya keris-keris yang ada di tanah Melayu adalah keris berpamor.

Adapun yang dimaksud dengan keris berpamor adalah sebilah keris yang diperbuat atau di tempa oleh seorang pembuat keris (empu), dengan memadukan beberapa lapisan jenis logam besi dan nikel yang bentuknya lebih lebar daripada besi yang lain. Tepi- tepi keping besi yang lebar itu akan menjadi tepi-tepi mata keris dan apabila jenis-jenis lapisan ini ditempa ia akan mengeluarkan pamor yang halus dan cantik.

Mengikut kepada kepercayaan orang-orang Melayu, sebilah keris haruslah diperbuat atau ditempa sekurang-kurangnya terdiri dari 2 jenis besi yang berlainan. Dan jika berkehendakkan jenis keris yang lebih baik hendaklah ditempa dari 7 jenis besi. Konon, Keris Laksamana Hang Tuah telah ditempa dengan menggunakan 20 jenis besi yang diambil dari beberapa tempat.

Mata keris yang mempunyai lok-lok yang panjang, biasanya mengerjakannnya mulai dari bahagian pangkalnya berselang-selang di atas landasan setelah bahagian tersebut dipanaskan. Sedangkan mata keris yang lok-loknya pendek mengerjakannya dengan cara dikikir. Lazimnya hanya kepada mata keris Melela yang dikikir, sedangkan jika keris berpamor jika dikikir akan merusakkan kecantikan di mata keris itu.

2. Puting Keris

Puting keris juga biasa disebut dengan paksi ataupun tangkai, dan puting itu hendaklah diperbuat menyatu dengan mata keris yang dipasangkan ke dalam ulu keris.

3. Ganja Keris

Adalah sekeping besi yang mempunyai sebuah lubang untuk dipasangkan kepada puting keris. Pada satu bahagian ujung ganja bentuknya tebal serta tumpul dan bahagian yang lain meruncing serta berbentuk tipis. Ganja Keris biasanya dibuat dari bahan yang berlainan. Adajuga yang dibuat menyatu (seiras) dengan matanya, dan biasanya keris yang sedemikian disebut keris ganja seiras. Jikalau ganja dan matanya dibuat berasingan ianya dinamakan Keris Ganja Menumpang.

4. Dagu Keris

Adapun yang dimaksud dengan dagu keris adalah bahagian luar dari muka ganja.

5. Kepala Cecak

Jikalau kita perhatikan bentuk ganja keris dari bahagian atasnya, ternyata ianya mirip dengan bentuk seekor cecak (gambar 9). Bahagian yang terletak di ujung ganja keris itulah yang disebut kepala cecak.

6. Leher Keris

Leher keris terletak dibahagian yang cengkek di bawah kepala cecak.

7. Perut Keris

Bahagian perut keris paling mudah untuk dilihat, karena ia bahagian yang babor di bawah leher keris.

8. Sepit Rotan

Sepit Rotan pada keris terletak di bagian yang cengkek di bawah perut keris.

9. Ekor Keris

Sedangkan yang disebut ekor keris adalah bahagian yang berada di sepit rotan.

10. Kepit Keris

Kepit bahagian yang memotong dan berbentuk tipis berada di ujung ganja keris.

11. Aring Keris

Ialah kerawang-kerawang yang terdapat di ujung belakang ganja keris. Sebilah keris yang mempunyai ganja keris yang berkerawang, keris itu dinamakan keris ganja rawan atau keris ganja kerrawang.

12. Gandik Keris

Sedangkan yang disebut dengan gandik keris adalah bahagian yang terletak sangat dekat dibahagian dagu ganja.

13. Kambing Kacang

Kambing kacang atau disebut juga dengan awak merupakan bahagian kempum yang terletak di tengah-tengah kedua belah pangkal mata keris dan dekat dengan ganja.

14. Belalai Gajah

Belalai gajah atau disebut juga dengan kuku alang, adalah puting yang melengkung mengarah ke atas dagu ganja. Tersebutlah di sebuah museum (Musium Negara, Malaysia) mempunyai sebilah keris ( Gambar 10) yang memiliki belalai gajah terletak lebih kurang 2/3 dari bahagian pangkal matanya dan tidak berdekatan dengan dagunya.

15. Lambai Gajah

Ada juga yang menyebutnya sebagai Lidah Tiung, yaitu puting yang tajam dan terletak di ujung lengkong belalai gajah.

16. Rigi Keris

Bahagian yang bergigi atau bergerigi seperti sebesar sekira-kira ujung beras.

17. Janggut Keris

Kerawang-kerawang yang terletak di bawah aring dan belalai gajah.

18. Tulang Keris

Adalah garisan timbul, kadang-kadang terdapat di tengah-tengah kedua belah mata keris.

19. Ujung Keris

Adalah bahagian di ujung keris yang bentuknya runcing.

20. Tuntung Keris

Merupakan bahagian dari ujung keris yang paling ujung dan tajam.

21. Ulu Keris

Selain daripada jenis-jenis keris yang mempunyai ulu dan mata yang menyatu seperti Keris Majapahit dan Keris Picit (gambar 11) kesemua jenis-jenis keris yang lain mempunyai ulu yang biasanya diperbuat daripada kayu, tanduk, gading ataupun tulang.

Kayu yang dipilih untuk membuat ulu keris selalunya diambil dari kayu yang baik dan cantik, seperti kayu kemuning. Ulu yang diperbuat dari kayu adalakanya juga diseliputi dengan logam, seperti perak atau tembaga. Biasanya ulu keris yang terbuat dari emas adalah milik raja-raja atau kerabat diraja.

Sultan Muhammad Syah (abad 15) pernah mengisytiharkan bahwa hanya kerabat-kerabat diraja saja yang boleh menggunakan keris yang berulukan emas. Keris berulukan dikenal dengan nama keris ulu kencana, Keris Harubi, Keris Merubi ataupun Keris Bawang Sebongkol.

Oleh karena keris digunakan sebagai senjata untuk menikam maka ulunya dibentuk sedemikian rupa yang tidak mudah terlepas dari genggaman tangan. Cara untuk memasukkan mata keris dipasangkan pada ulunya ialah dengan memasukkan puting keris ke dalam lobang yang telah disediakan kemudian diperkuatkan lagi dengan menuang jabong untuk menutupi rongga-rongga lobang tersebut. Itulah sebabnya maka ulu-ulu keris dibentuk dengan keadaan sedikit bengkok.

Biasanya pada ulu keris terdapat ukiran-ukiran yang berbagai rupa yang mengikut kepada kemauan pembuat atau pemesannnya. Ukiran-ukiran di ulu keris juga mengikut kepada kepercayaan agama. Sebelum kedatangan agama Islam, yaitu semasa Hindu biasanya dibentuk menyerupai dewa-dewa Hindu seperti yang terdapat di Jawa dan Bali. Tetapi kemudiannya setelah agama Islam masuk ke nusantara bentuk tersebut telah berubah menjadi bentuk yang dikenali sebagai Jawa Demam (Gambar 3 b).

22. Pendongkok Keris

Ada juga yang menyebutnya dengan penongkok, dokok, dongkok, dulang-dulang keris ataupun memendak. Pendongkok yaitu sebentuk cincin berbentuk seperti tampik bunga yang dipasangkan pada pangkal ulu sebagai perhiasan kepada ulu keris. Pendongkok keris ini boleh diperbuat daripada perak (gambar 12 a) atau dari tembaga (gambar 12 b, c) dan biasanya berukir bunga.

Ada juga pendongkok dari tembaga yang dihiasi dengan bentuk bunga dawai pintal dan ada yang bertatahkan batu permata yang melekat begitu kuat oleh gandar-gandar pendongkok (gambar 12 d)

SARUNG KERIS

Sempurnanya sebilah keris jika ianya bersarung, oleh karenanya keris haruslah mempunyai sebuah sarung keris. Sedangkan sarung keris itu sendiri memiliki tiga bahagian tertentu yang disebut, Sampir, Batang dan Buntut.

23. Sampir

Ialah bahagian yang lebar serta tebal dan mempunyai bentuk jalur bujur sangkar (Gambar 13) dan jalur bulat (Gambar 14) yang terletak melintang secara miring pada bahagian atas sarung keris. Sampir diperbuat dari kayu yang keras dan cantik seperti kayu kemuning dan ada kalanya diperbuat dari gading.

Mulut sampir ditebuk untuk menyarungkan bahagian pangkal mata keris, itu sebabnya bentuk sampir selalu mengikut akan keadaan ganja sesebilah keris, yaitu miring ke atas pada sebelah aringnya. Kecuali pada sampir keris-keris Bali (Gambar 15) biasanya sampir-sampir keris ini tidak diukir. Ada kalanya sampir dibalut pula dengan perak yang berukir ukir-ukiran bunga.

24. Batang

Batang sarung keris berbentuk panjang lurus dan ada yang meruncing sedikit, kesebelah bahagian ujungnya. Bahan batang sarung keris juga diperbuat dari kayu atau gading. Biasanya kayu yang digunakan adalah kayu sena (sene) dan ada juga terbuat dari kayu kemuning.

Sebuah kayu yang akan dibuat untuk batang keris dibuat sedemikian rupa, kemudian dibelah sama besar. Setiap sekepingnya ditebuk atau dikorek (dikikis) sehingga beralut yang memungkinkan sebilah mata keris dapat masuk dan pas. Kemudian kedua keeping kayu yang telah dikikis itu dicantumkan (gabung) yang diperkokohkan dengan jabung (sejenis bahan perekat). Tetapi kalau batang keris itu terbuat dari gading, ianya tidak dibelah melainkan di korek sehingga mendapat bentuk torak bagi menyarungkan mata keris ke dalamnya.

Untuk menguatkan lagi cantuman (gabungan kayu yang dibelah) itu biasanya dipasangkan pula dengan simpai-simpai rotan ataupun gelang logam. Ini bukan saja menguatkan cantuman batang keris tetapi boleh menjadi perhiasan kepada batang keris itu sendiri.

Kemudian sarung keris (batang) dipasangkan pada sampir menerusi sepasang lidah yang disediakan pada batangnya (Gambar 16) dan dikuatkan dengan jabong.

25. Buntut

Buntut dari sarung keris juga diperbuat dari kayu, tulang, tanduk atau gading bahkan juga terbuat dari logam. Buntut sarung keris mempunyai empat jenis bentuk yang berlainan, yaitu:

a. Bulat Tempurung

b. Bujur Sirih

c. Bujur Sangkar 

d. Mata Kapak

Biasanya ada semacam kecenderungan sampir yang berbentuk seakan-akan bujur sangkar, maka bentuk buntutnya juga seperti bujur sangkar (gambar 18). Sebaliknya apabila sampir keris mempunyai bentuk jalur bulat maka buntutnya berbentuk bujur sirih ataupun bulat tempurung (gambar 19). Bagi buntut yang berbentuk mata kapak pula ianya hanya terdapat pada sarung keris bentuk jalur bujur sangkar dan tidak selalu buntut itu dibuat dari gading atau logam. Kecuali pada buntut berbentuk mata kapak. Bahwa apabila buntut keris berbentuk bulat tempurung ataupun bujur sirih disalut dengan logam pada bahagian batang sarung keris. Maka bentuk buntutnya bertukar kepada bentuk bujur sangkar.

Kalau seandainya pada bahagian bawah sarung keris (termasuk buntut) diseliputi dengan emas maka keris ini dinamakan keris pendok. Sebaliknya apabila pada keseluruhan batangnya (termasuk buntut) bersalut dengan emas, maka keris itu dinamakan dengan Keris Terapang. Tetapi apabila seluruh sarung disalut dengan emas maka ia dinamakan Keris Terapang Gabus.

26. Tuli-Tuli

Ada juga terdapat susunan bergelung pada batang sarung keris yang dibuat daripada tali benang emas. Ini dinamakan tuli-tuli yang kegunaannya ialah untuk mengikat sarung keris kepada tali pinggang si pemakaiannya. Biasanya tuli-tuli hanya terdapat pada sarung keris pendok ataupun batang keris yang tidak berselaput sesuatu logam.

27. Batir-batir

Tuli-tuli dipasangkan kepada sebuah butang emas ataupun perak yang dinamakan batir-batir.

CINCIN MELAWAN

Jika ujung keris itu terutama kepada keris yang memiliki ulu yang pendek, terhentak kepada tulang anggota mangsanya, biasanya jari-jari sipemakainya akan terlucut (lepas) daripada pegangan dan boleh terhentak kepada bahagian ujung aring keris, sebagaimana ditunjukkan pada gambar 20. a dan 20. b. Hal yang sedemikian boleh membuat jari-jari si pemakainya terluka.

Oleh karenanya untuk mengelakkan kejadian yang tiada diinginkan oleh sipemakainya, maka keris tersebut dipasangkan sebuah cincin pada jarinya dan ianya berbentuk tebal pada bahagian badannya. Menurut G.B. Gardner cincin ini dinamakan Cincin Melawan ataupun Cincin Pancar Kenyang. Akan tetapi di dalam kamus R. J Wilkinson ianya diketahui dengan mana Cincin Pacat Kenyang dan bukannya Cincin Pancar Kenyang.

Thursday, 25 February 2016

TURKI : TALAM BERMUKA DUA TERHEBAT BAHAGIAN I

Suatu masa dulu semua negara Islam tunduk kepada sistem khalifah yang di warisi dari satu era ke era yang lain akhirnya muncullah Dinasti Ottoman yang merupakan negara penghubung di antara dunia Kristian dan Islam sejak kejayaan Sultan Muhammed al Fateh di Konstantinople pada tahun 1453. Di kala ini seluruh dunia mengakui akan kehebatan dinasti ini sebagai sebuah dinasti yang paling kuat pernah muncul pada era hellanistik pada waktu itu.

Kemudiannya Sultan-sultan dari Ottoman ini meluaskan empayar mereka ke Parsi, Mesir, Timur Tengah dan seluruh jajahan ini kekal hingga tahun 1918. Dari saat itulah bermulanya era kejatuhan kerajaan teragung Ottoman.

Sesuatu yang harus di lihat oleh dunia Islam hari ini adalah sejauh mana Ottoman pada abad ke 19. Perubahan – perubahan yang berlaku serta tekanan dari dunia Barat memberi kesan buruk kepada kerajaan Islam ini dan akhirnya Ottoman bertukar wajah menjadi Turki pada abad seterusnya. Secara amnya Turki juga dikenali sebagai sebuah negara Islam yang banyak memperjuangkan nasib umat Islam di seluruh dunia hari ini.

Namun dalam keadaaan sedar juga kita juga tahu bahawa Turki adalah sebuah negara yang mengamalkan Sekularisme. Penulisan ini akan cuba menjelaskan siapakah Turki yang hingga kini masih di anggap sebagai khalifah umat Islam di seluruh dunia bagi sesetengah pihak.

Pada pertengahan abad ke 19, seluruh dunia sedang menghadapi era perubahan falsafah dan pemikiran yang begitu kuat seperti sebuah gelombang yang begitu besar. Pada waktu ini muncul juga era imperailisme dan kolonisme yang membadai seluruh dunia Islam khususnya. Dalam kekalutan ini Dinasti Ottoman juga tidak terkecuali dari menerima kesan yang kuat ini memandangkan ia adalah sebuah empayar yang bersempadan dengan kuasa-kuasa barat seperti Jerman dan Russia pada waktu itu.

Oleh itu demi melindungi seluruh tanah-tanah jajahannya, Ottoman di bawah Sultan Abdul Majid I telah melakukan satu perubahan kepada sistem pentadbiran negara yang dinamakan “Tanzimat”. Ia merupakan sebuah revolusi secara besar-besaran dalam usaha Ottoman memodenkan negaranya terutama sekali dari sudut ketenteraan dan keupayaannya mempertahankan wilayah-wilayah yang berada jauh dari Ankara. Antara revolusi lain yang dilaksanakan ialah dengan memberi kesamarataan hak kepada semua penduduk Ottoman bukan Islam yang di perolehi oleh orang Islam Ottoman.

Perubahan ini berlaku kerana pendidikan yang diterima oleh Sultan – sultan Turki pada waktu itu, mungkin pada dasarnya mereka menganggap kemunculan kuasa ketenteraan, pemodenan dan pembangunan setiap negara Eropah harus di pelajari dan diadaptasi di dalam kerajaan Ottoman. Era ini juga menyaksikan kemunculan sistem berparlimen yang memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat Ottoman namun ia hanya sempat berlansung selama 2 tahun sebelum di gantung oleh Sultan pada tahun 1847.

Dalam bidang pendidikan pula, dasar ini telah memberi peluang kepada kaum Kristian untuk mendapatkan pelajaran yang lebih baik manakala kaum Muslim pula lebih menumpukan bidang keagamaan sebagai keutamaan mereka dan dengan itu orang – orang Kristian telah menguasai ekonomi terutama sekali di negara pusat Ottoman.

Kemudian kerajaan Ottoman telah terlibat di dalam Perang Crimea pada tahun 1853 dan merupakan negara pakatan bersekutu dengan Perancis, British dan Sardenia menentang Russia. Peperangan ini melibatkan kos yang sangat besar sehinggakan kerajaan Ottoman terpaksa membuat pinjaman sebanyak 5 juta pound bagi menampung segala perbelanjaan. Peperangan ini juga menyebabkan hampir 1 juta orang Caucasus berpindah masuk ke negara jajahan Ottoman demi mengelak daripada di bunuh oleh tentera Russia.

Menurut berpuluh – puluh kajian di percayai bahawa peperangan ini sengaja dicetuskan oleh Barat melalui Freemason bagi menjatuhkan kerajaan Ottoman secara perlahan-lahan dan kejayaan pertamanya adalah telah memaksa kerajaan Ottoman membuat pinjaman.

Di samping berperang, Sultan Abdul Majid I juga telah menubuhkan sebuah badan kewangan bagi menguruskan sistem kewangan Turki bagi membangunkan pelbagai infrastruktur dan keperluan asas di seluruh wilayahnya terutama di negara pusat pada tahun 1881. Mengejutkan apabila badan ini dikuasai dan dikawal selia oleh orang Perancis dan Britain. Seterusnya pada tahun 1875 kerajaan Ottoman telah diisytiharkan muflis kerana tidak mampu menyelesaikan hutang yang di pinjam semasa perang Crimea.

Pada tahun 1875 pula berlaku pemberontakan oleh kaum Bulgaria yang membawa kepada perang Russia – Ottoman pada tahun 1876. Pemberontakan Bulgaria ini dipercayai telah di dalangi oleh kerajaan Russia dan dengan kemenangan Russia itu, negara Romania, Serbia dan Montenegro telah terbentuk menjadi sebuah negara. Empayar Ottoman di Eropah mula memisahkan diri darinya dan membentuk sebuah negara merdeka. Pada tahun 1882, British pula menguasai Mesir yang pada awalnya telah menggunakan alasan bagi menghapuskan pemberontakan Urabi. Di atas ketidak upayaan kerajaan Ottoman ini di atas sebab ekonominya yang mengalami defisit hutang yang sangat besar maka ia telah memberi peluang kepada Russia-Perancis-Russia untuk menakluk kawasan – kawasan Ottoman.

Pada bahagian kedua nanti akan dihuraikan pula tentang siapakah Turki dalam konteks dasar hubungan luar dan opportunistik para pemimpin negara itu dalam mencorak negaranya dan seluruh dunia Islam. Turki bukanlah Ottoman yang kita kenali dan sanjungi selama ini!

Bersambung...

Sumber:

1. Ishtiaq, Hussain. "The Tanzimat: Secular reforms in the Ottoman Empire”
2. The Enemy at the Gate: Habsburgs, Ottomans, and the Battle for Europe.
3. The Crimean War, 1853–56. Mara KozelsKy. Ian Almond, Two Faiths, One Banner: When Muslims Marched with Christians across Europe's Battlegrounds.
4. Jason Goodwin, Lords Of The Horizons: A History of the Ottoman Empire

Pesanan : Hai orang Islam kejarlah akhirat tapi janganlah membuang terus dunia!

AL-FARABI : PEWARIS ILMUAN YUNANI

Sejarah Islam pada suatu masa dahulu, zaman yang cukup indah dan zaman kejatuhannya di ratapi sekalian umat hingga hari ini hingga menimbulkan harapan yang menggunung agar suatu masa nanti akan berdirinya sebuah tamadun Islam yang terakahir. Namun di dalam mengingati dan menunggu itu tidak dapat tidak, tamadun Islam telah melahirkan sebegitu banyak tokoh di dalam pelbagai lapangan ilmu. Antaranya ialah Al-Farabi.

Al- Farabi atau nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Trachan adalah seorang tokoh falsafah, Fiqh, Hadith, Tafsir Al-Quran dan juga Bahasa. Tidak ada tarikh tepat tentang kelahirannya namun menurut Haroen Khan Sherwani mencatatkan bahawa beliau lahir pada 257 – 339 H. Bapanya berbangsa Parsi manakala ibunya berbangsa Turki. Al-Farabi pernah bermastautin bersama Khalifah Sayf Al- dawlah al Hamadan di Halab (nama sekarang Aleppo di Syiria) dengan membuat kajian disamping menulis dan membaca.

Terlalu banyak falsafah Greek dikaitkan dengan Al-Farabi. Antaranya Oemar Amin Hoesin menyebut “Ahli-ahli filasafat islam memberikan gelaran Guru Kedua kepada Al-Farabi kerana jasanya pada lapangan logic dan dianggap filasafat tulen paling cemerlang”.

Al-Farabi semakin cemerlang apabila berguru dengan sarjana Kristian bernama Abu Bishr Matta Bin Yunus. Beliau adalah penterjemah buku-buku falsafah Aristotle ke Bahasa Arab. Antara buku rujukan falsafah yang diminati Al-Farabi ialah De Anima dan Physics yang ditulis Aristotle sendiri.

Kata Al-Farabi “ Aku telah membaca kitab De Anima sebanyak seratus kali dan Physics sebanyak 40 kali.”

Al-Farabi juga mengkritik kebanyakkan buku-buku lain tentang falsafah Greek. Antaranya ialah Elements, Isagoge, Categories, The Hermenia, Sophictic, Rhetoric dan Poetics yang dikarang oleh Plato, Aristotle dan Euclid. Hasil dari kritikan itu, beliau telah menghasilkan kitab falsafah beliau sendiri iaitu Kitab Al-Jam’ Bayn Ra’yai al-Hakimayn aflatun al-ilahi wa Aristotalis yang memfokuskan perbandingan antara pemikiran Plato dan Aristotle.

Falsafah Al-Farabi menjadi rujukan barat. Kitab beliau telah diterjemahkan oleh Friedrich Dieterici (Leiden 1895) didalam Bahasa Jerman dan R.P Jansen, Yonseff Karam dan J. Chlala (Cairo 1949) ke dalam Bahasa Perancis. Tidak hairanlah beliau dianggap pewaris falsafah barat dan mengislamisasikan falsafah tersebut kearah lebih islamik.

Falsafah adalah asas pemikiran terpenting didalam masyarakat untuk membina sebuah tamadun. Namun begitu setiap kebaikan ada juga keburukan, falsafah juga adalah punca manusia mula mempertikaikan kewujudan tuhan. Tidak hairanlah muncul pula Ibn Tamiyyah yang menghuraikan semula falsafah kerana intelek masyarakat pada waktu itu terlalu tinggi sehingga ingin mengkaji segala tentang tuhan.

Dipetik dan diolah dari :-

Al-Farabi dan Usahanya Mengembangkan Falsafah oleh Idris Zakaria (UKM)
Dihuraikan oleh : Waficrates.

TURKI : TALAM BERMUKA DUA TERHEBAT BAHAGIAN II

Pada bahagian I yang lalu, artikel tersebut telah menghuraikan sedikit sebanyak tentang masalah-masalah yang berlaku kepada kerajaan Ottoman samada dari dan dari luar negara. Artikel tersebut mendapat pelbagai respon samada dari penyokong dan penentang kerajaan Turki hari ini. Tidak kurang pula yang masih merasakan Turki adalah Daulah Ottoman pada suatu masa dulu. Haruslah diingatkan bahawa tanpa membina tembok sempadan sejarah antara Turki dan Ottoman maka banyak pihak tidak dapat memahami apakah konsep politik dan corak pentadbiran antara Islam dan Sekular negara tersebut hari ini.

Pada bahagian I juga penulis ingin menghuraikan tentang dasar hubungan luar dan opportunistik para pemimpin negara Turki namun setelah membuat sedikit bacaan maka haruslah dihuraikan juga masalah yang terpaksa di hadapi oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Sultan ke 34 Kerajaan Ottoman dan Khalifah Terakhir Umat Islam selepas 2 Sultan sebelumnya digulingkan oleh konspirasi dalaman dan dalaman yang di dalangi Zionis dan Freemason.

Pada tahun 1517M Kerajaan Mamluk telah menyerahkan kekuasaan Khalifah Islam selepas dikalahkan oleh kerajaan Ottoman dan dengan itu seluruh negara-negara Islam menggabungkan diri di bawah kekuasaan Khalifah Ottoman dan terus kekal hingga ke zaman Perang Dunia I.  (Jika kita kaitkan dengan Melaka yang jatuh pada 1510 maka tidaklah boleh kita persalahkan kerajaan Ottoman ataupun Mamluk kerana mereka masing-masing menghadapi serangan Barat). Seluruh dunia Islam memandang tinggi kepada kerajaan Ottoman sebagai pelindung 3 tempat suci umat Islam di samping tenteranya telah bermatian menjaga seluruh sempadan negara Islam di bawah naungannya dan atas sebab itulah negara-negara yang bersempadan dengannya agak lewat di jajah oleh Barat.

“Kerajaan Ottoman adalah sebuah negara Islam sebenar, pemimpin dan rakyatnya sangat berpegang kuat kepada ajaran Islam dan mereka jauh dari kefahaman Nasionalis Barat”

Selepas pembukaan Terusan Suez negara-negara Barat terutamanya Britain,Perancis, Jerman, Belanda dan Russia bersaing sengit untuk merebut kawasan – kawasan Kerajaan Ottoman dan yang Britain adalah negara yang paling berjaya menguasai sebahagian kawasan ini seperti India, Tanah Melayu,Mesir dan negara Teluk. Ini dibuktikan dengan kata-kata Pengarah Luar Negara Britain iaitu “ Cara terbaik untuk memulihkan Kerajaan Ottoman ialah dengan menghapuskannya”
Sultan Abdul Hamid II juga meluahkan isi hatinya dengan berkata, “Maka bermulalah Perang Salib seterusnya”.

Pada tahun tahun 1830 Perancis telah menawan Algeria dan pada tahun 1881 secara rasminya Algeria menjadi jajahan Perancis atas alasan untuk melindungi sempadannya dari di serang oleh kabilah-kabilah Tunisia. Kemudian pada tahun 1882, Kerajaan Ottoman terpaksa pula memajak sebahagian negara Cyprus kepada Britain sebagai imbalan kepada Britain kerana bersatu dengan Ottoman bagi menentang Russia. Selepas Perang Crimea-Balkan pada tahun 1856 dan 1877 (dihuraikan dalam bahagian I), dalam masa yang saya Russia telah menawan kawasan Asia Minor seperti Firghanah,Khuqand, Tajikistan dan lain – lain lagi.

Pada waktu yang sama pegawai – pegawai muda Ottoman telah di pengaruhi oleh gerakan Freemason Jerman. Dari merekalah kerajaan Ottoman di mamah dari dalam. Gerakan penghasut pula di pelopori oleh Yahudi Dunama (Donmeh) dan orang Russia-Ottoman yang telah menghasut penduduk Kristian,Kurdish dan penduduk awam supaya menentang Kerajaan Ottoman yang di anggap korup, tidak berdaya saing, mundur serta tidak lagi mampu menjaga wilayah naungannya. Mereka kemudiannya menubuhkan Gerakan Rakyat Ottoman dan Gerakan Belia Turki bagi menjayakan misi ini.
Dengan hairan Sultan Abdul Hamid II berkata:

“ Rakyat beta faham bahawa gerakan ini akan memecahbelahkan kita dan mereka (para pemuda – pemudi) telah menjadi harapan negara Barat. Jika mereka melaksanakan keinginan Barat maka tumbanglah kerajaan ini, hatta walaupun mereka melawan maka kerajaan ini tetap akan tumbang. Bagaimanakah mereka boleh leka dan terpedaya dan berfikir untuk menenggelamkan negara yang dibangunkan oleh darah nenek moyang mereka sendiri?!”.

Pada penghujung abad ke 19, muncul slogan dan falsafah Nasionalisme di Barat yang kemudiannya telah berjaya menyerap ke dalam pemikiran rakyat Ottoman dan seluruh dunia Arab melalui dakyah – dakyah yang di sebar luas oleh kaum Yahudi dan Yahudi Dunama melalui Gerakan Freemason yang diterajui oleh Britain. Akhirnya berpisahlah satu persatu negara - negara Arab dari Ottoman dan dalam masa yang sama gerakan ini mendapat sokongan daripada kaum minoriti Kristian,Yahudi,Armenia dan Rom yang menjadi barah dan menyalurkan pelbagai maklumat untuk menjatuhkan kerajaan Ottoman dari dalam. Walaupun dianggap sebagai minoriti namun atas sikap toleransi mereka telah dilantik menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan, duta, pentadbiran wilayah dan  penguasa bidang ekonomi. Walaupun telah diberi pelbagai hak keistimewaan namun golongan ini tidak puas dan terus meminta pelbagai hak yang tidak masuk akal.

Akhirnya pada 21 Mac 1909, Sultan Abdul Hamid dilucutkan jawatannya dan digantikan oleh Sultan Mohd V sebagai pemerintah boneka kerajaan Ottoman dan dengan itu berakhirlah zaman kegemilangan daulah Ottoman yang telah menjadi pintu di antara Islam dan Kristian selama hampir 500 tahun. Sarjana – sarjana dari seluruh dunia memuji kepintaran Sultan Abdul Hamid dalam mempertahankan negaranya selama 33 tahun dengan penuh muslihat demi mengelak Kerjaan Ottoman berperang dengan Barat secara terbuka. Kejatuhan ini juga membawa kepada era moden kerajaan Ottoman yang bertukar nama kepada Turki pada tahun – tahun berikutnya dengan di ketuai oleh Kamal Attarturk yang seterusnya menamatkan pemerintahan bercorak feudal di Turki dan melahirkan kerajaan Sekular Turki yang kekal hingga hari ini...

Bersambung...

Gambar : Bosnia-Bulgaria-Ottoman in Balkan Revolt. (1909)

Sumber Di Petik,Di Terjemah Dan Di Olah Dari :-

1. Farid Mat Zin, Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu.
2. Richard, Kars in the Russo-Turkish Wars of the Nineteenth Century, in Hovannisian.
3. Bruce, Bayonets before Bullets: The Imperial Russian Army, 1861–1914.
4. Ummu Hani Hashim & Eeman Muhammad, Sultan Abdul Hamid & Usaha Untuk Memulihkan Khalifah Islamiyah.
5. Edward Erickson, The Ottoman Army in the Balkans, 1912-1913.
6. Caroline Finkel, Osman's Dream: The History of the Ottoman Empire.
7. Britannica, Istanbul :When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.

Nota :

Kepada yang berminat untuk membeli buku berkenaan konflik negara Arab bertajuk "ISLAM DI ASIA BARAT MODEN - PENJAJAHAN DAN PERGOLAKAN". boleh klik link ini

https://www.facebook.com/KitabSejarahMalaya/photos/a.796704800438305.1073741835.540897839352337/845966832178768/?type=3&theater

HAGIA SOPHIA

23 Februari 532 Masihi :

Maharaja Justinian I dari Empayar Rom Bizantium mengarahkan pembinaan sebuah basilica (gereja besar) di Constantinople yang kemudiannya masyhur dalam sejarah dikenali dengan nama Hagia Sophia.

Hagia Sophia menjadi gereja Kristian Orthodoks selama lebih 900 tahun (pernah menjadi gereja Roman Katholik seketika di bawah penguasaan Latin sekitar tahun 1204 hingga 1261) sehingga pada tahun 1453 apabila bangunan besar ini ditukarkan menjadi masjid oleh Sultan Muhammad al Fateh (Mehmet II).

Dari tahun 1453, Hagia Sophia menjadi pusat ibadah orang Islam di bawah penguasaan Empayar Turki Uthmaniah dan azan berkumandang dari dalam bangunan ini lima kali sehari selama 479 tahun sehinggalah pada tahun 1931 dan kemudiannya diubah menjadi muzium pada tahun 1935 sehinggalah kini.

-RAD-

KETAMADUNAN AFRIKA

Di dalam pengkajian dan penulisan sejarah, tidak boleh tidak, pasti akan ada yang mempersoalkan mengenai peninggalan ketamadunan.

Understandable.

Jika kita melihat ketamadunan Mesir, Piramid masih tertegak. Tamadun Greek dengan Acropolis nya, tamadun Rom dengan Coliseum, tamadun China dengan The Great Wall.

Jadi di mana kehebatan dan peninggalan monumen ketamadunan Melayu / Nusantara..? Ya adanya Borobudur dan Angkor Watt / Thom, tetapi di mana peninggalan Melaka, atau Johor-Riau contohnya..?

Artikel yang saya kongsikan di bawah adalah mengenai ketamadunan Afrika yang satu ketika dahulu sangat gah dan sangat kaya. Mungkin boleh bersama-sama kita baca dan ambil pelajaran darinya.

Link: http://www.siliconafrica.com/terra-nullius/

-JB-

Wednesday, 3 February 2016

TIPS ANAK KECIL

"Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

.

.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

.

.

"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.

.

"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.

.

.

"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

.

"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."

.

"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"

.

"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

.

.

"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

.

.

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

Kita sering dimomokkan yang kalau tegas, mesti bengis, mesti tinggi suara, mesti garang. Hakikatnya, kita boleh saja tegas sambil lontarkan senyuman, kata-kata yang lembut dan penuh kasih sayang.

Ingat, tegas dalam kelembutan itu mencorakkan rasa hormat yang penuh kasih sayang, tanpa membuatkan anak-anak tertekan.

.

.

2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

.

.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."

Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

.

.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

.

.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

.

.

6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.

Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.

.

.

7. Kata kunci kedua adalah KONSISTEN. Tak boleh hari ni tegas, esok tak. Lusa tegas balik. Kesian anak, mereka akan confuse nanti. Mana yang betul, mana yang salah. At last, sia-sia saja usaha kita.

Kena konsisten sekurang-kurang nya 3 minggu, tiada sekali pun tak tegas. Boleh lihat perubahan ketara anak-anak lepas tu. InsyaAllah.

.

Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

#SHARE

Muhammad Zukermi Bin Edi https://goo.gl/RYMHeH
Anak peniaga pasar malam

ANAK-ANAK MUDA YANG MENGAUM DALAM PENTAS DUNIA

1. Saidina Ali (601 Masihi – 661 Masihi)

Tiada anak muda yang lebih hebat dalam sejarah Islam melainkan Saidina Ali R.A, iaitu sepupu dan menantu kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. Beliau ialah kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dalam sejarah. Ternyata, walaupun sangatlah muda namun Saidina Ali membuktikan kepada kita semua bahawa beliau bukan calang-calang orang.

Antara pengorbanan Saidina Ali yang dikagumi oleh kita semua yang melibatkan Saidina Ali ialah ketika berusia dalam sekitar 21 tahun apabila mengorbankan dirinya untuk tidur di atas katil Rasulullah ketika Rasulullah pergi berhijrah ke Madinah.

Bahkan pada usia semuda 23 tahun, Saidina Ali sudah bertindak sebagai antara pahlawan Islam yang terkemuka dalam Perang Badar. Sudah menjadi tradisi masyarakat Arab di mana sebelum peperangan, maka setiap pihak akan menghantar beberapa orang pahlawan hebat untuk bermain senjata.

Pihak Musyrikin Quraisy diwakili oleh tiga orang pahlawan hebat mereka,Utbah bin Rabi’ah bersama adiknya,Syaibah bin Rabi’ah dan anaknya,Al-Walid bin Utbah.Dengan angkuhnya mereka mencabar tentera Islam menghantar wakil mereka untuk mencabar mereka.

Tentera Islam menyahut cabaran mereka dengan menghantar tiga wakil juga iatu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib r.a (bapa saudara Rasulullah),Saidina Ali bin Abu Talib (sepupu Rasulullah s.a.w) dan Ubaidah bin al Haris r.a.Ketiga-tiga mereka dipilih oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Pertarungan terbuka tiga lawan tiga pun berlaku dengan dahsyatnya sambil diperhatikan oleh kesemua tentera dari kedua-dua belah pihak.Wakil pahlawan Islam yang berjuang berpaksikan iman dan keyakinan yang tinggi menunjukkan keberanian dan kehebatan mereka bermain senjata menentang wakil pahlawan kaum Musyrikin.

Tentera Islam melaungkan takbir dengan gembiranya apabila Utbah bin Rabi’ah berjaya ditikam oleh pedang Hamzah bin Abdul Mutalib r.a,manakala Saidina Ali r.a juga berjaya membunuh dan mengalahkan Al-Walid bin Utbah.Sementara itu pula,Ubaidah bin al Haris r.a cedera teruk ketika menentang asakan yang dibuat oleh Syaibah bin Rabi’ah,namun Ubaidah berjaya membunuh Syaibah.Ubaidah yang sedang cedera parah diusung kepada Rasulullah s.a.w dan kemudian syahid menghembuskan nafas yang terakhirnya,di hadapan baginda.

Kemudian ketika berusia 25 tahun dalam Pertempuran Uhud, Ali mula menunjukkan keberaniannya sekali lagi.Ketika tentera Islam dikucar-kacirkan oleh tentera Khalid Al-Walid, banyak tentera Islam mula melarikan diri dari menjadi mangsa hayunan pedang tentera kafir. Namun, antara yang tetap setia dan utuh mempertahankan Rasulullah ialah Saidina Ali sehinggakan ada frasa mengenangkan keberanian Ali ketika itu.

“Tiada keberanian sehebat anak muda seperti mana Ali. Tiada pedang sehebat pedang Zulfaqar (Pedang Saidina Ali)."

Sesungguhnya Ali ialah bukti umur bukanlah ukuran semata-mata terhadap seseorang itu, tetapi tingkat ilmu dan amalnya!

Bercakap tentang Saidina Ali dan usia muda, saya tertarik untuk berkongsi sebuah kisah di bawah. Antara Saidina Ali ketika menjadi khalifah dan seorang lagi anak muda.

-------

Ketika Saidina Ali sedang melakukan rondaan untuk melihat bagaimana keadaan  rakyatnya hidup, Saidina Ali mendapati bahawa rakyat di bawahnya telah banyak  mengikuti setiap majlis ilmu di masjid-masjid di sekitar wilayah jajahannya.

Maka tertariklah Saidina Ali untuk bertemu dengan siapakah pendakwah yang sedang  mengajarkan ilmu. Lalu, khalifah yang bijaksana itu pun mahu menguji setiap  pendakwah di majlis ilmu yang mahu dijumpainya. Dikarangnya satu soalan:

”Apakah yang membangunkan agama, dan apakah yang meruntuhkannya?”

Maka berangkatlah Saidina Ali R.A ke setiap majlis ilmu namun tidak ditemuinya mana- mana pendakwah yang mampu menjawab soalannya sehinggakan dia bertemu dengan  seorang pemuda yang hanya berusia 15 tahun, tetapi sedang mengajar ramai pengikutnya  mengenai ilmu agama.

"Wahai anak muda, berani sungguh kamu mengajarkan ilmu agama, sedangkan ramai  mereka yang lebih bijak, bahkan lain lebih tua dari kamu tidak mampu menjawab  persoalan aku ini, lalu aku arahkan mereka berhenti mengajar. Sila jawab, apakah yang  membangunkan agama, dan apakah yang meruntuhkannya?"

Pemuda berusia 15 tahun itu tersenyum mendengarkan soalan daripada Saidina Ali R.A

”Wara’ itu membangun agama, dan tamak haloba meruntuhkannya”.

Tahukah anda siapakah pemuda berusia 15 tahun itu? Beliau ialah Imam Hassan Al-Basri,seorang tabiin terkenal. Saidina Ali kagum dengan ketokohan pemuda itu dan membenarkan beliau untuk terus mengajar.

2. Alexander The Great (356 SM – 323 SM)

Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah anak muda yang hebat dalam sejarah, pastinya saya akan memetik nama Alexander The Great yang merupakan salah seorang daripada pembina empayar terluas dalam sejarah dunia.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, saya sangat mengagumi ketokohan yang dimiliki oleh anak muda itu. Sesungguhnya, Alexander bukan calang-calang anak muda. Pada usia seawal 10 tahun lagi, Alexander The Great menunjukkan ketokohan yang tidak dimiliki pada mana-mana figura ketika.

Dicatatkan dalam helaian sejarah bahawa ketika seorang pedagang daripada Thessaly menghadiahkan seekor kuda untuk Raja Philip, namun kuda itu tidak mampu dijinakkan oleh Raja Philip. Namun aneh, Alexander yang berusia 10 tahun itu berjaya menundukkan kuda yang tidak berjaya dijinakkan oleh ayahnya. Raja Philip yang menyaksikan peristiwa itu bergenang air mata lalu memeluk Alexander dan menyatakan kepadanya.

“Anakku, bila sudah dewasa nanti kau carilah sebuah kerajaan baru yang mampu mencapai cita-cita kau. Macedonia ini terlalu kecil untuk orang sehebat kau!”

Kehebatan Alexander pada usia muda tidak tamat disitu sahaja. Sebagai contoh, ketika berusia 16 tahun, ketika ayahnya Philip melancarkan ekpedisi ke atas Byzantium, dicatatkan bahawa Macedonia ketika itu dipangku tampuk pemerintahannya oleh Alexander.

Dicatatkan juga, ketika memangku jawatan ayahandanya itu, terdapatlah sebuah pemberontakan berlaku. Maka, tanpa berlengah lagi, Alexander sendiri memimpin askar untuk mematahkan serangan pemberontakan itu, meski pada usia muda 16 tahun.

Dari usia muda yang sangat hebatlah itu yang membawa kepada kejayaan demi kejayaan Alexander yang terkemudiannya meluaskan empayarnya ke serata pelusuk dunia.

3. Sultan Muhammad Al-Fateh (1432 Masihi – 1481 Masihi)

Dalam sejarah Islam, selain Saidina Ali R.A, yang harus dikenang sebagai anak muda yang mengaum dalam pentas sejarah dunia ialah Sutan Muhammad Al-Fateh. Sesungguhnya dunia mungkin tidak dapat melihat anak muda sehebat seperti Al-Fateh.

Kehebatan Al-Fateh dapat dikesan seawal usianya 11 tahun apabila beliau dikirimkan ke sebuah wilayah di bawah Uthmaniah ketika itu,iaitu Amasya untuk mentadbir wilayah itu.  Sepanjang mentadbir wilayah Amasya, ayahandanya iaitu Sultan Murad turut menghantarkan ulamak-ulamak hebat untuk membantu pemerintahannya. Ulamak-ulamak hebat inilah yang kemudian mempengaruhi pemikiran Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kemudian, ketika usia Al-Fateh memasuki dalam sekitar 12 tahun, ayahandanya Sultan Murad mengambil keputusan untuk meninggalkan takhta Turki lalu menyepikan diri di Antatolia, menghabiskan sisa-sisa hidup untuk beribadah kepada tuhan.

Dugaan pertama mendatangai Al-Fateh ketika penggal pertama memegang tampuk sultan. Dicatatkan bahawa Hungary yang sebelum ini menandatangani gencatan senjata dengan Turki telah berbuat khianat dan menggerakkan askar untuk melanggar Turki Uthmaniyah. Maka merasakan bahawa dirinya tidak layak dan tidak mampu melawan bala askar dari Hungary, maka Al-Fateh telah memanggil ayahnya untuk kembali menaiki takhta sultan dan menghalau Hungary. Namun ayahnya menolak sekaligus menaikkan kemarahan Al-Fateh lalu ditulis surat untuk ayahnya.

“Bila ayah menjadi sultan, maka datanglah dan memimpin pasukan ayah. Tapi kalau saya ialah sultan, maka saya mengarahkan ayah datang untuk memimpin pasukan saya!”

Surat Al-Fateh itu telah membuatkan ayahnya kembali ke tampuk pemerintahan semula lalu memimpin askar melawan bala askar salib dari Hungary dan kemenangan berpihak kepada tentera Turki. Direkodkan bahawa Al-Fateh menjawat tampuk kesultanan pada penggal pertama selama 3 tahun bermula daripada 1444 sehinggalah 1446 sebelum pada usia 19 tahun, beliau kembali menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya. Info tambahan, pada usia 19 tahun itu, Al-Fateh telah menguasai lebih daripada 6 bahasa!

Langkah pertama Al-Fateh sebaik sahaja bergelar sultan ketika berusia 19 tahun ialah dengan menguatkan armada laut Turki, membina sebuah kubu di Selat Bosporus bernama Rumelihissari yang sempit membolehkan Uthmaniah mempunyai kawalan penuh ke atas selat yang berhadapan dengan Konstantinopel itu. Al-Fateh juga telah mengadakan tol yang tinggi untuk setiap kapal yang melaluinya termasuklah kapal yang membawa Meriam.

Ini semua kemudiannya membawa kepada penaklukan Konstantinople pada usia beliau hanya 21 tahun, kira-kira 3 tahun sahaja daripada usia saya hari ini. Sangat menakjubkan pencapaian anak muda ini! 200 ribu askar Turki bersama dengan 320 buah kapal akhirnya menawan kota yang dijanjikan oleh nabi dalam hadisnya akan ditawan oleh sebaik-baiknya raja. Siapa sangka yang menawan kota metropolis tumpuan dunia setanding dengan Baghdad ketika itu hanyalah seorang anak muda berusia 21 tahun dan tenteranya?

4. Hang Nadim Singapura (Abad ke-13 Masihi)

Ada satu figura dalam sejarah Melayu yang menjadi lambang bahawa usia bukan ukur tingkat ilmu dan kematangan seseorang. Beliau ialah Hang Nadim, seorang anak kecil yang menjadi mangsa orang-orang dewasa yang cemburu akan kebijaksanaan yang dimilikinya walaupun usia masih mentah.

Siapa tahu, pagi yang aman dan damai di Temasik bertukar menjadi mimpi ngeri. Nelayan yang mahu turun ke laut mencari ikan. Mereka yang mahu mencari rezeki pun mula bertempiaran melarikan diri keranan serangan ikan todak menurut Sulalatus Salatin. Lantas, si raja Singapura yang bernama Sri Rana Wikrama ini pun berfikir andai sumber rezeki utama Temasik iaitu laut tidak dapat disentuh, bagaimana ekonomi Temasik mahu berjalan?

Lantas diarahnya orang-orang serta hulubalang istana agar berdiri di hadapan pantai untuk berbentengkan betis. Buah akal raja Singapura ketika itu akhirnya mengundang padah. Pantai temasik bergelimpangan jasad tidak bernyawa dan darah sudah tentu membasahkan pantai yang putih. Ketika itu baik rajanya, mahupun para bangsawan sudah hilang akal untuk menyelamatkan Singapura.

Tiba-tiba muncul seorang penyelamat. Siapa tahu Hang Nadim, seorang kanak-kanak kecil yang mempunyai akal fikiran untuk menyelamatkan Singapura. Maka Hang Nadim pun mencadangkan agar sepanjang pantai yang diserang oleh ikan todak itu dibentengkan dengan batang pisang.

“Apakah halnya kita sekalian ini berbenteng dengan betis? Bukankah baik kita dirikan sahaja benteng batang pisang?”

Maka idea dari si kecil ini disambut riang. Todak yang menyerang akhirnya kalah pada buah akal seorang kanak-kanak naif bernama Hang Nadim. Lalu diangkatnya seluruh penduduk Singapura sebagai seorang wira.

Siapa tahu, kebijaksanaan Hang Nadim ini menimbulkan cemburu kepada penasihat istana lalu dibunuhnya budak kecil itu. Mana mungkin budak muda yang masih mentah ini punya akal mengatasi mereka.

5. Sun Ce (175 Masihi – 200 Masihi)

Dalam sejarah China, terdapat seorang penakluk yang digelar sebagai The Little Conqueror atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud Sang Penakluk Kecil. Sejarah seorang penakluk hebat ini bermula ketika usianya baru sahaja mencecah 19 tahun. Ianya bermula ketika ayahnya Sun Jin yang ketika itu berkhidmat di bawah salah satu warlord China pada zaman kejatuhan Dinasti Han telah mati ketika berperang dengan salah satu lagi warlod China, iaitu Liu Bao di bawah arahan Yuan Shao.

Dengan kemampuan mengumpulkan askar dan pengikut, maka Sun Ce pun pergi menghadap Yuan Shao yang merupakan ketua kepada ayahnya. Kagum dengan kebolehan mengumpul pengikut yang ramai meski pada usia yang muda, maka Yuan Shao pun memberikan kembali kepada Sun Ce, unit tenteranya ayahnya yang selamat daripada pertempuran yang membuatkan ayahnya terbunuh.

Dicatatkan bahawa pada permulaan kempen Sun Ce, beliau menakluk kawasan selatan China atau dikenali juga sebagai wilayah Jiangdong. Sun Ce hanya mempunyai 1000 orang askar sahaja. Namun, berkat kepimpinan dan kehebatannya, sepanjang ekpedisi penakulan Selatan China oleh Sun Ce, dia mengumpul pengikut demi pengikut sehingga menjadi sangat ramai.

Ekpedisi tentera yang bermula dengan 1000 orang itu akhirnya membuahkan hasil. Seluruh wilayah Jiangdong di Selatan China berjaya disatukan di bawah pemerintahannya tatkala umurnya baru sahaja berumur 25 tahun. Namun malangnya, dia menjadi mangsa pembunuhan oleh musuh politiknya dan meninggal dunia pada tahun tersebut.Peranan beliau diambil alih oleh adiknya,Sun Quan yang kemudiannya menubuhkan Empayar Wu semasa era Tiga Kerajaan (Three Kingdoms) dan menjadi lawan yang sengit pada Empayar Wei dan Shu Han.

Bayangkanlah kejayaan yang mampu dicapai oleh anak muda ini kalau diberi usia yang panjang? Sebab itu sejarawan China menganggap bahawa kalau Sun Ce diberi usia yang panjang, tidak mustahil Sun Ce akan menjadi insan seterusnya yang menakluk dan menyatukan seluruh China selepas Liu Bang (pengasas Empayar Han) berbuat sedemikian 500 tahun dahulu!

-HE-

Tuesday, 2 February 2016

TIPS ANAK KECIL

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.Dah lama sebenarnya rasa nak share. Sejak 4 bulan lepas lagi.

Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.Macam-macam.

Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan? Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je. Amboi mukaddimah dia. Macam. Bagus. Je.Puih.

Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu. Gitu.

Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.
So kita skip cerita tu.Boleh naa?

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.
Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi. Dan Alhamdulillah memang berkesan. Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.
Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

2. Don't expose to too much things in a box.
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.

Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!

Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.

Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.

Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Gitu.
Takut aku.

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.

So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.

Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.

Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.

Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T
Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.

So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.

Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.

Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.
Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.

Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.

Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?

So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.

Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-

8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.

Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"
Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.

Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.

Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.
Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.

So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas.
Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.

Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

-artikel dicopy dari blog saatakukaupilih

Banyak ilmu dan info2 berguna dalam artikel ni. Semoga memberi manfaat.