Sunday, 15 May 2016

KONFLIK SYRIA PETANDA AKHIR ZAMAN


[DIKEMASKINI] KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria.

Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman.

Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.

Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama.

Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS.

Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.

Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.

Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka.

Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.

Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati.

Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan.

Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja.

Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China?

Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya.

Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu.

Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?

Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.

Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria.

Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang.

Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam...tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.

Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).

Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Sumber : Sinar Harian

SULTAN FATEH TIPU “TIPU SULTAN HARIMAU DARI KESULTANAN MYSORE INDIA”

Tipu Sultan merupakan seorang yang sangat alim dan toleran terhadap pemeluk agama lain.

Dunia Islam memiliki banyak pejuang gigih. Salah satunya adalah Sultan Fateh Ali Tipu yang lebih dikenal Tipu Sultan. Nama lain yang disematkan pada dirinya adalah Harimau dari Mysore. Ia memang pemerintah Kesultanan Mysore di India dari 1782 hingga ia mangkat pada 1799.

Tipu Sultan adalah putra pertama dari Haidar Ali dengan isteri keduanya, Fatima atau Fakhr-un-nissa. Dan rupanya, ia tidak hanya dikenal sebagai pemerintah, tetapi juga seorang ilmuwan, perajurit, serta pujangga.

Tipu lahir di Devanahalli, sekarang merupakan daerah Bangalore, yang berjarak 33 km sebelah timur Bangalore. Beliau dikenali sebagai orang yang sangat alim dan sangat toleran dalam interaksi dengan pemeluk agama lainnya.

Sebagai seorang pemerintah Muslim dan sebagian besar rakyatnya beragama Hindu, Tipu sering menghadapi sejumlah masalah dalam membangun kekuatan legitimasi pemerintahannya. Namun, ia terus mencari jalan keluar agar rakyatnya itu agama menerima dengan tangan terbuka.

Sejumlah pakar sejarah mengungkapkan bahwa Tipu memiliki sikap yang egaliter terhadap orang-orang Hindu. Namun, ia akan bersikap tegas ketika menghadapi pertentangan dalam masalah politik. Ia akan dengan segera menuntaskan masalah tersebut.

Tidak hanya jalinan hubungan harmonis yang ia bangun dengan pemeluk agama berbeza, termasuk rakyatnya. Selama pemerintahannya, Tipu Sultan melakukan sejumlah pembangunan dalam skala besar. Ia misalnya, membangun bendungan Khrishna Raja Sagara di Sungai Cauvery.

Tipu Sultan juga menyelesaikan projek yang telah dirintis ayahnya, Haidar Ali, yaitu projek Lal Bagh. Ia membangun banyak jalan, gedung-gedung awam, serta pelabuhan di sepanjang garis pantai Kerala. Pembangunan ekonomi untuk kesejahetraan rakyatnya, juga ia perhatikan.

Dalam masa pemerintahannya, Tipu Sultan tidak hanya mengembangkan perekonomian dan perdagangan domestik. Namun, ia memperluaskan dengan melakukan perdagangan dengan neger-negeri tetangga seperti Sri Lanka, Afghanistan, Perancis, Turki, dan Iran.

Tidak lupa, ia membangun kekuatan ketenteraan untuk meningkatkan pertahanan negara. Ia mengembangkan sebuah jabatan pendidikan tentera di Mysore. Bahkan, jabatan pendidikan itu menjadi pusat pendidikan bagi para putera di India.

Kekuatan tentera Tipu Sultan yang ampuh, terlihat saat pasukannya mampu memukul mundur pasukan Inggris dalam Perang Mysore Pertama dan Kedua. Dan, keberhasilan ini kemudian meningkatkan reputasi tentera yang dimilikinya.

Mantan presiden India, Abdul Kalam, pernah mengatakan, Tipu Sultan merupakan pencipta di dunia perang, yang memelopori penggunaan roket. Penggunaan roket oleh pasukan Tipu Sultan terjadi ketika menyerang pasukan Inggris di Srirangapatna.

Roket yang digunakan Tipu Sultan ini kemudian diambil Inggris dan hingga sekarang masih disimpan di Royal Artillery Museum di London. Abdul Kalam juga mengatakan bahawa sebagian besar pertempuran Tipu Sultan menuai kemenangan gemilang.

Sebelum melakukan perlawanan terhadap pasukan dari luar, pasukan Tipu Sultan mampu menaklukkan sejumlah kerajaan kecil di wilayah selatan Mysore. Dia mengalahkan Marathas dan Nizams dan juga beberapa penguasa India yang telah mengalahkan tentera Inggris.

Tipu pernah membantu ayahnya, Haidar Ali, mengalahkan Inggris di Perang Mysore Kedua. Inggris akhirnya mahu melakukan rundingan dalam sebuah perjanjian yang disebut Perjanjian Mangalore. Namun, ia mampu dipukul mundur pada sejumlah perang berikutnya.

Pada Perang Anglo-Mysore Ketiga dan Perang Anglo-Mysore Keempat, pasukan Tipu Sultan harus mengakui keunggulan pihak lawan dan berundur. Sebab, musuh membentuk pakatan yang kuat antara British East India Company, Nizam dari Hyderabad dan negeri kecil, Travancore.

Tipu Sultan memiliki seorang yang paling dipercayai yang bernama Sirdar Yar Muhammad yang juga dikenal sebagai Ghazi-e Mysore. Sirdar merupakan anak kepada Shah Muhammad, seorang sufi. Tipu sendiri menjadi salah satu murid Shah Muhammad ini.

Tidak lama setelah Sirdar Yar bergabung dengan tentera Mysore, ia segera menjadi salah salah satu panglima pilihan Tipu Sultan. Sebab, Tipu melihat perilaku patriotik, dan sikap gagah berani Sirdar Yar dalam medan perang dan dia sangat bangga akan hal itu.

Salah satu perang yang dibanggakan Tipu Sultan iaitu saat Sirdar Yar terlibat dalam perang di Seringapatam pada tahun 1799. Namun, kehebatannya mulai luntur ketika Tipu Sultan mangkat. Sirdar tak mampu mempertahankan ibu kota Mysore, Srirangapattana, dari serangan Inggris.

Sirdar Yar merasa terpuruk. Dia melarikan diri ke bukit-bukit Kullu, kemudian lari ke pusat Punjab Maharaja Ranjit Singh. Dengan demikian, dia berhasil menghindari penangkapan oleh tentera Inggris. Ia kemudian menjadi salah satu buruan penting tentera Inggris.

Selama menjadi pemerintah, Tipu Sultan juga beroleh pencapaian gemilang lainnya. Ia menerapkan sistem mata wang, perbankan, sistem kalendar, dan ukuran baru (matematik). Ia membuat mata wang atas namanya sendiri yang kemudian digunakan secara luas dalam perdagangan.

Tipu Sultan yang merupakan seorang sufi, sebenarnya berkeinginan untuk menjadi seorang sufi, tetapi ayahnya Hyder Ali berkeras bahawa dia mampu menjadi perajurit dan pemimpin besar. Dan, keinginan ayahnya kemudian terwujud, Tipu Sultan menjadi perajurit hebat dan seorang pemerintah yang adil.

Tipu Sultan di Medan Perang

Tipu Sultan mulai mempelajari taktik ketenteraan saat pada usia 15 tahun diatas permintaan ayahnya, Haidar Ali. Pada 1766, ia sudah menemani ayahnya bertempur melawan Inggris dalam Perang Mysore Pertama. Ia menjadi pemerintah kor kavaleri dalampenaklukan Carnatic pada tahun 1767 saat berusia 16 tahun.

Perang Mysore Kedua

Tipu Sultan memimpin sekelompok pasukan besar dalam Perang Mysore Kedua pada Februari 1782, dan dia mengalahkan Kolonel Annagudi Braithwaite di tepi Kollidam. Meskipun pada saat itu ia berhasil mengalahkan tentera Inggeris, namun ia menyedari Inggeris merupakan ancaman serius di India.

Tipu Sultan menyita semua senjata musuh dan menawan pasukan yang kalah tersebut. Sebelumnya pada Desember 1781, ia berhasil merebut Chittur dari kekuasaan Inggeris. Kehebatan Tipu Sultan kerana dari sejak remaja diberi latihan kententeraan oleh ayahnya Haidar Ali.

Perang Kedua Mysore berakhir dengan Perjanjian Mangalore. Perjanjian antara Sultan India dan Kolonial Inggeris tersebut menjadi penting dalam sejarah India. Meskipun demikian, Perang Mysore Kedua meyebabkan ekonomi mysore lemah.

Pertempuran Pollilur

Pertempuran Pollilur terjadi pada 1780 di Pollilur dekat Kota Kanchipuram. Pertempuran ini merupakan bahagian dari perang Anglo-Mysore kedua. Tipu dikirim oleh Haidar Ali dengan 10.000 tentera dan 18 buah senjata untuk menghalang Kolonel Baillie yang sedang dalam perjalanan untuk bergabung dengan Sir Hector Munro.

Dalam pertempuran tersebut, sekitar 200 orang ditangkap hidup-hidup, tentara Sepoy yang berjumlah sekitar 3.800 orang juga ditangkap. Akibatnya, Munro terus mundur ke Madras dan meninggalkan pasukan artilerinya di dekat sebuah tangki air Kanchipuram.

Perang Srirangapattana

Dalam perang ini, Inggeris mengerahkan 26 ribu tentera. Sedangkan Nizam dari Hyderabad yang merupakan pakatan Inggeris menyediakan 10 batalion dan lebih dari 16.000 kavaleri. Sementara, Tipu Sultan memimpin 30 ribu perajurit.

Tipu Sultan meninggal dalam pertempuran tersebut. Wellesley, salah satu pemimpin tentera Inggeris, memastikan kematian Tipu Sultan setelah meraba denyut nadinya tak lagi berdeyut. Tipu Sultan gugur di gerbang jalan yang terletak 300 meter dari Tembok Srirangapattana.

* Hangpcdua Malaya *

PERTEMPURAN SUNGAI HYDASPES: HELAH TERLICIK ALEXANDER MENAKLUK INDIA

Alexander The Great merupakan salah seorang penakluk agung dalam sejarah dan namanya sebaris dengan jeneral-jeneral perang yang lain yang pernah membina empayar mereka. Dalam banyak-banyak pertempuran yang pernah dihadapi oleh Alexander itu sendiri, kita pastinya tidak akan terlepas daripada membicarakan tentang Pertempuran Sungai Hydaspes. Selepas berjaya menakluk Persi, Alexander meneruskan kemaraan ke arah Benua India sebagai sasaran baru empayar hebatnya.

Maka bersama dengan sekutu Yunani dan Parsinya. Serta pengkhianat daripada India sendiri iaitu Raja Ambhi daripada Taxila, maka Alexander harus berdepan dengan pertahanan pertama yang berdiri di India iaitu Raja Porus dari Kerajaan Paurava. Dalam pertempuran ini, masing-masing membawa bala tentera yang sama banyak, tetapi kelebihan pada bahagian tentera India kerana membawa lebih kurang 85 gajah perang, sejenis unit baru yang pertama kali dihadapi oleh tentera Macedonia.

Untuk rekod, anda boleh perhatikan jumlah askar yang dibawa oleh Alexander dan tentera-tentera pakatannya, serta tentera raja India Porus seperti mana di bawah:

Alexander The Great:

Tentera Pejalan Kaki: 40 000
Sekitar 5 – 7 ribu unit kavalari

Raja Porus:

20 hingga 50 ribu orang tentera pejalan kaki
2000 hingga 4000 orang tentera pejalan kaki
85 gajah perang
1000 unit pedati

Sebelum saya memulakan artikel ini, sukanya saya memetil beberapa quote daripada buku Sun Tzu, Seni Peperangan yang akan menjadi asas kita membicarakan taktikal yang digunakan oleh Alexander dalam pertempuran ini. Saya akan menyenaraikan beberapa di bawah.

1. “Let your plans be dark and impenetrable as night, and when you move, fall like a thunderbolt.” ― Sun Tzu, The Art of War

2. “All warfare is based on deception. Hence, when we are able to attack, we must seem unable; when using our forces, we must appear inactive; when we are near, we must make the enemy believe we are far away; when far away, we must make him believe we are near.” ― Sun Tzu, The Art of War

Suka saya ingatkan bahawa dalam pertempuran ini, ianya adalah lebih kepada pertempuran minda daripada fizikal. Pertempuran ini juga menunjukkan kepada kita tentang betapa geniusnya minda salah seorang penakluk dalam sejarah dunia iaitu Alexander The Great.

Pertempuran ini bermula selepas kejayaan Alexander menakluk Parsi dan dalam perjalanan menuju ke Taxila, sebuah kota yang berdekatan dengan Pakistan hari ini. Pada asalnya, Alexander menyangka bahawa askar-askar Taxila yang dihimpunkan di luar kota adalah menentangnya sebaliknya raja Taxila iaitu Ambhik menyediakan angkatan tentera itu kononnya untuk menyambung kedatangan penaklukan agung dari Barat dan menyatakan kesediaan Taxila untuk menjadi negeri neungan kepada Empayar Alexander.

Balasannya ialah Alexander pula menghadiahkan sekurang-kurangnya 1000 kantung emas kepada Raja Ambhik, di samping Raja Ambhik menyediakan tempat berehat untuk bala askar Alexander di Taxilia sebelum mereka mara ke arah India. Sempat juga Raja Ambhik menyalurkan maklumat-maklumat penting mengenai musuh yang bakal dihadapi oleh Alexander di Sungai Hydaspes hari ini. Asalnya, Alexander datang dengan cara baik, menghantar utusan kepada raja kerajaan Pauravas namun dotlak mentah-mentah oleh Porus sendiri.

Maka dari situ kita menyaksikan medan pertempuran di sekitar lembangan Sungai Hydaspes menjadi tempat pemilihan Alexander sendiri. Raja Prous pula memang menyukai medan tersebut kerana dalam perkiraannya, musim monsoon sedang menghampiri India dan ianya akan membuatkan air sungai Hydaspes sendiri menjadi deras dan menyukarkan penggerakan tentera Alexander sendiri. Ini bagi Porus, secara tidak langsung menjadi pertahanan semula jadi barisan askarnya. Namun, anak muda yang bernama Alexander ini mempunyai rancangan yang lain.

Ya tuan-tuan dan puan-puan yang membaca artikel ini, anda bakal menyaksikan salah satu daripada helah paling licik yang pernah disaksikan oleh dunia dalam pertempuran dipersembahkan oleh Alexander. Dalam senyap-senyap Alexander membawa bala askarnya ke hulu sungai Hydaspes yang tidak jauh daripada lokasi pertempuran untuk menjadikannya sebagai lokasi lintasan. Tetapi masalahnya… Porus sendiri telah menyediakan askar-askarnya di beberapa buah titik penting lintasan di Sungai Hydaspes.

Tetapi minda licik Alexander mempunyai cara lain. Dia mengarahkan askar-askarnya membina kem di setiap titik penting lintasan di Sungai Hydaspes, lalu mengarahkan askarnya membuat acahan untuk melintas sambil diperhatikan oleh askar-askar Porus. Bahkan dicatatkan juga Alexander mengarahkan askarnya yang mempunyai wajah seiras untuk menyamar sebagai dirinya mengetuai lintasan acahan ini, sambil Alexander yang sebenar memilih kawasan lintasan lain yang tidak dijaga oleh askar Raja Porus. Alexander juga telah merasuah beberapa orang awam untuk menyebarkan gosip palsu kononnya Alexander hampir menyerah untuk melintasi Sungai Hydaspes. Gosip ini kemudian sampai di telinga Raja Porus membuatkannya merasa lebih relaks dan mengarahkan barisan askarnya untuk tidak terlalu memaksa diri berkawal.

Bahkan Alexander juga mengarahkan jeneral perangnya untuk membina kem-kem tentera yang banyak seolah-olah memberi gambaran bahawa tentera Macedonia yang dipimpin oleh Alexander mengambil keputusan untuk berkampung daripada melintas. Pada 2 May, 326 SM, kita menyaksikan sendiri sambil dibantu oleh hujan lebat yang berjaya menyembunyikan bunyi bising lintasan tentera Alexander pada waktu malam, akhirnya Alexander bersama dengan sekurang-kurangnya 6000 orang tentera pejalan kaki yang terdiri daripada pemanah dan pelembing bersama dengan 5000 unit kavalari telah mendarat di seberang Sungai Hydaspes.

Berita ini akhirnya sampai ke telinga Raja Porus yang terkejut mendengarkan pendaratan Alexander sendiri. Namun, masih tersisa rasa tidak percaya di raja India itu kerana gambaran yang dilihatnya tidak sama dengan apa yang didengarnya. Maka Porus menghantar lebih kurang 100 buah pedati kuda yang diketuai oleh puteranya untuk menyiasat. Alexander yang telah mengjangkakan hal ini telah menghantar askarnya untuk menguruskan unit pemantau Porus ini. Pertempuran dasyat berlaku dan unit tentera Porus berjaya dikalahkan berbantukan keadaan di lembangan sungai yang berlumpur selepas hujan melambatkan lagi penggerakan pedati-pedati berkuda itu.

Terkejut dengan apa yang berlaku, maka Raja Porus pun memimpin sendiri sebahagian askarnya untuk menyerang bala askar Alexander sambil meninggalkan sedikit askar untuk berurusan dengan sebahagian kecil askar Alexander yang dipimpin oleh jeneral Cratterus yang bertanggungjawab dalam helah acah-acah lintas sungai Alexander.

Sampai sahaja di medan pertempuran yang dipilih sendiri oleh Alexander, Porus melihat sendiri yang barisan askar Macedonia di bawah Alexander sendiri sudah membentuk barisan formasi perang sendiri. Lokasi pertempuran ialah di tanah rata yang masih lagi lembab akibat hujan lebat yang tidak henti-henti turun semalam.

Dalam pertempuran ini, Alexander telah menyusun sebahagian besar unit kavalarinya di sebelah sayap kanan tentera Macedonia dengan harapan memberikan tanggapan kepada Raja Porus bahawa kekuatan Alexander ditumpukan di bahagian kanan adalah kerana mahu menghapuskan kebanyakan askar India yang terdiri daripada unit pedati dan berkudanya yang berkampung di sayap kiri barisan tentera India. Dalam masa yang sama, ketika tentera Alexander sedang mara ke hadapan, beberapa unit kavalarinya dipimpin oleh Coenus, yang secara perlahan menyelinap keluar di belakang barisan askar Alexander yang sedang bergerak perlahan ke hadapan. Ketika pengerakkan ini selari dengan sebuah bukit, maka unit kavalari Macedonia ini terus menyelinap ke bahagian bukit dalam medan ini lalu menyorok menunggu waktu paling sesuai.

Dalam masa yang sama, bahagian sayap kiri Porus sedang dibantai teruk oleh Alexander dan barisan sayap kanannnya. Melihatkan yang bahagian sayap kiri yang tidak dilengkapi oleh unit berkuda, maka Raja Porus terus mengarahkan seluruh unit kavalari kanannya untuk membantu sayap kirinya. Inilah detik yang dimahukan oleh Alexander dalam pertempuran ini. Masanya sudah tiba untuk unit kavalari yang berlindung tadi melakukan serangan mengejut ke arah sayap kanan yang kosong. Ini membuatkan unit pejalan kaki di sayap kanan India dibantai teruk. Dalam masa yang sama, bahagian tengah tidak dapat membantu sebab sibuk menguruskan unit phalanx yang menjadi kekuatan tentera Alexander.

Selepas menyelesaikan sayap kanan India, Coenus sendiri diarahkan Alexander untuk bergerak dalam kelajuan yang maha dasyat dan menyerang bahagian kiri sayap India dari belakang yang ketika itu sedang menguruskan sayap kanan kavalari Alexander. Serangan dari depan dan belakang oleh Alexander telah melenyapkan terus pengaruh kavalari tentera India sendiri.

Sebagai respon ke atas apa yang berlaku pada bala askarnya, Porus menggunakan senjata terakhirnya dalam pertempuran ini. Gajah perang yang sebanyak 85 ekor diarahkan untuk menyerang ke arah barisan askar Macedonia. Ini menimbulkan huru-hara yang tidak dapat dibayangkan oleh tentera Macedonia sendiri. Unit phalanx Alexander sendiri menjadi serba tidak kena.

Ini membuatkan Alexander melakukan serangan balas dengan menubuhkan unit khas dalam pertempuran ini yang tugas mereka hanyalah satu. Melemparkan lembing dan busur panah dan menyasarkan ke arah mata-mata gajah perang ini. Tindakan ini telah membuatkan gajah-gajah perang itu naik amuk dan mula menyerang secara rambang termasuklah unit askar India sendiri.

Dalam masa yang sama, unit kavalari Macedonia yang dipimpin oleh Alexander sedang menekan sayap kiri India, dan cuba sehabis baik untuk mengelakkan gajah-gajah perang ini kerana bau mereka menakutkan kuda-kuda Macedonia. Dalam masa yang sama, askar-askar Yunani dan Parsi yang bersama Alexander mula menekan bahagian belakang barisan askar India sekaligus mengepung barisan askar India. Pengakhirannya, Raja Porus sendiri menyerah kalah selepas dan kemudian tunduk pada kekuasaan Alexander. Raja Porus kemudiannya dilantik oleh Alexander untuk menjadi gabenor di beberapa daerah Alexander di India sendiri.

Sejarah bercerita kepada kita bahawa dalam pertempuran ini, kita menyaksikan bahawa jumlah korban di bahagian tentera Alexander berjumlah dalam 1000 orang manakala korban tentera India berjumlah 12 ribu orang dan 9 ribu orang tentera lagi menjadi tawanan perang. Pertempuran Sungai Hydaspes berlaku untuk jangka waktu sekurang-kurangnya 8 jam.

Dalam artikel ini, kita juga dapat menyaksikan bagaimana kedua-dua amalan peperangan yang hebat yang digariskan oleh Sun Tzu dalam bukunya diamalkan oleh Alexander, membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang penakluk dalam sejarah dunia!

-HE-

Monday, 9 May 2016

HANG TUAH: SATU DARIPADA TIGA GENIUS ORANG MELAYU

Oleh: Nisah Haron

Saya tinggalkan tugas hakiki buat seketika.

Saya tinggalkan tesis juga.

Saya berkejar ke Wisma Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk mendengar buah fikir antara Sasterawan Negara yang amat saya senangi - Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh.

Saya tahu beliau akan membincangkan tentang pengalamannya menterjemah satu karya besar milik orang-orang Melayu : Hikayat Hang Tuah.

Saya tidak peduli apabila ada sesetengah pihak mengatakan Hang Tuah itu tidak wujud. Saya lebih tidak peduli dengan mereka yang bersetuju tanpa sekalipun mengimbas halaman teks Hikayat Hang Tuah. Biarlah mereka dengan pendapat masing-masing.

Pada saya, Hang Tuah itu wujud dan merupakan karya yang mesti dibaca orang-orang Melayu berkali-kali di dalam hidupnya. Paling 'kokak' pun sekali seumur hidup!

Bacalah teks yang asal betapa kisahnya menginspirasikan dan sangat jauh berbeza daripada filem Hang Tuah (1956) lakonan P. Ramlee (arahan Phani Majumdar) atau filem Hang Jebat (1961) arahan Husain Haniff yang mengangkat Hang Jebat sebagai hero rakyat. Kita pun dibesarkan dengan ingatan secara visual yang dimainkan berkali-kali. Kita pun jadi percaya bahawa yang benar dan teraniaya itu tetaplah Hang Jebat.

Lebih mengharukan Hang Tuah (lakonan M. Nasir) di dalam filem Puteri Gunung Ledang (2004) berguling-guling di dalam lumpur seperti manusia tiada maruah kerana gilakan Puteri Gunung Ledang @ Puteri Majapahit. Di MPH versi ini sungguh berleluasa sekali kisah skandal Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang ini sehingga dipentaskan berkali-kali kesilapan mentafsir teks di Istana Budaya!

Padahal, jika kita benar-benar membaca teks, Hang Jebat bukanlah sebenarnya mahu membela kematian Hang Tuah. Ya, mungkin pada awalnya begitu. Niatnya terpesong apabila mendapat kuasa. Dia lebih banyak menggunakan kesempatan itu untuk kepentingan dirinya, menggunakan harta raja (yang didakwa sebagai harta rakyat itu) untuk kepentingan dirinya, bersuka-sukaan di dalam istana, berzina, membunuh dayang dan akhirnya, mahu menjadi raja! Itukah ikon yang memperjuangkan rakyat? Fikir semula.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat adalah gambaran manusia biasa yang tiba-tiba mendapat kuasa dan terpancarlah dirinya yang sebenar. Tidak mampu mengawal segala bentuk nafsu yang menguasainya.

Hang Jebat menjadi hero sosialis dan ikon kepada sebarang bentuk anti-establishment. Mengangkat Hang Jebat sebagai hero rakyat apatah lagi wira orang-orang Melayu samalah seperti menganggap Jack Sparrow sebagai hero! Betapa filem dan visual telah menyebabkan ramai antara kita yang mengagung-agungkan lanun!

Saya percaya orang-orang Melayu tidak ada wira sebenar apatah lagi wira dalam sastera. Ini juga antara propaganda mereka yang menafikan kewujudan Hang Tuah. Anak-anak muda yang tidak tahu hujung pangkal ini pun taksublah dengan dakwaan bahawa

- Hang Tuah tidak wujud.
- Apa perlunya Hang Tuah
- Mengapa perlu ada institusi beraja

dan banyak lagi soalan sehingga orang-orang Melayu sendiri sanggup menghina rajanya. Di Facebook beranilah hendak mengata-ngata. Tindakan bacul orang-orang zaman kini yang berani sekadar menaip di Facebook, tidak mampu berhujah apatah lagi memberi komen secara koheren dan kalau komen di blog pun cuma berani guna nama "anonymous" (entah sesiapa). Cubalah bertentang mata dan katakan apa yang anda berani hendak katakan. Sebab itulah kebanyakan blogger yang saya temui lebih banyak yang kelu apabila disuruh berkata-kata. Di blog, bukan main lagi beraninya.

Kita diberikan rasa 'malu' jika menyebelahi Hang Tuah kerana Hang Tuah dalam filem digambarkan seperti 'tukang ampu/bodek' raja. Dia dikatakan terlalu setia sedangkan tidak diwajarkan kesetiaannya itu. Bukankah Hikayat Hang Tuah, malah semua teks yang mengangkat institusi raja tetap terikat dengan wa'adat Demang Lebar Daun dengan rajanya dalam Sulalatus Salatin! Hang Tuah atau mana-mana rakyat tidak mungkin akan derhaka kepada rajanya kerana sumpah itu. Jika raja itu zalim, baginda sendiri akan dimakan sumpah itu. Itulah yang berlaku kepada semua raja yang zalim di dalam Sulalatus Salatin, malah dalam mana-mana teks juga.

Hang Tuah bukanlah membunuh sahabatnya apatah lagi memusuhi Hang Jebat kerana dendam. Kesetiaannya itu, pada zaman ini disebut sebagai bersikap profesional. Hang Tuah dapat membezakan dirinya sebagai Laksamana (with licence to kill) dan kapasiti diri yang peribadi. Setelah menikam Jebat, dia tinggalkan kawasan itu. Jebat terus mengamuk, membunuh ramai rakyat Melaka yang tidak bersalah dan akhirnya sampai ke rumah Tuah.

"The Laksamana took his hand and led him into his village. He cleansed the blood from each part of Hang Jebat's body. When he was thoroughly cleansed, he took him to his house.

The Laksamana said, "My brother, do you want to eat some rice?"

Hang Jebat replied, "I beg your pardon, I shall not be able to repay your love for me, only Allah will reward you. If My Lord still has some love for me, I have a request."

The Laksamana asked, "What is it?"

Hang Jebat replied, "I have an affair with Dang Baru, the maid of the Datuk Bendahara; she is now seven months pregnant. If she gives birth to a boy, would My Lord please take him and make him your servant to command? That is my request."

(Hikayat Hang Tuah, ITBM, 2010, halaman 359 - 360)

Hang Jebat akhirnya mati di atas pangkuan saudaranya, Hang Tuah. Dan, itu bukanlah pengakhiran Hikayat Hang Tuah. Ada sisi ukhrawi tentang Hang Tuah yang tidak pernah sampai pada mana-mana versi filem.

Dalam sastera Inggeris, sesiapa sahaja akan mengakui bahawa Shakespeare ialah ikonnya, meskipun ada kontroversi terhadap kewujudan manusia bernama William Shakespeare itu. (Tonton filem Anonymous - 2011 yang menghujahkan bahawa Shakespeare itu hanyalah anak tukang buat sarung tangan yang tidak mungkin ada kemahiran menguasai pelbagai bidang ilmu seperti yang ditunjukkan di dalam drama-dramanya.)

Lantas, orang-orang Melayu tidak ada wira? Saya percaya semua wira dan keperwiraan bangsa Melayu cuba dihapuskan. Bermula dengan Hikayat Hang Tuah dan juga manuskrip-manuskrip lama yang tidak diberikan ruang pada zaman moden. Hikayat Hang Tuah yang sepatutnya menjadi teks yang menangkat keperwiraan bangsa Melayu wajib menjadi bacaan wajib di sekolah-sekolah. Namun, ini tidak berlaku.

Zaman kolonial telah meletakkan cerita-cerita lisan dan hikayat sebagai cerita dongeng. Kita tidak pernah menyangkal Winstedt, Swettenham dan terus-terus percaya dengan catatan-catatannya tentang orang Melayu. Cerita dan hikayat terus menjadi cerita dongeng sedangkan ada banyak pemikiran genius orang-orang Melayu yang gagal kita gali dari situ. Undang-undang kita juga lengkap tetapi terpinggir apabila Hukum Kanun Melaka tidak disenaraikan di dalam bahagian undang-undang tetapi termasuk di bawah kategori hikayat, seolah-olah kita ini sangat terkebelakang, orang-orang gasar tanpa tamadun dan undang-undang!

Kita terus dilabel 'malas' oleh bangsa lain kerana gagal melakukan kerja-kerja yang mendatangkan sumber ekonomi, sedangkan orang-orang Melayu tidak perlu bekerja keras seperti orang lain kerana bumi ini sungguh bertuah. Laman rumah orang Melayu ialah dapurnya yang segar. Sungai dan lautnya juga tempat dia menyimpan makanan yang segar.

Memetik kata-kata Prof. Muhammad Haji Salleh, "Kelas-kelas sastera sedang ditutup satu persatu. Berdentum bunyi pintunya!" Sastera menjadi subjek yang tidak relevan kerana ukuran kejayaan kita pada hari ini ialah daya hafal murid yang boleh memuntahkan kembali hafalannya DAN subjek yang boleh mendatangkan pulangan ekonomi. Sastera itu konon-kononnya kerja mudah, menung-menung dan angan-angan. Sesiapa pun boleh buat. Betapa jumud, ketinggalan dan klisenya pemikiran seperti ini.

Guru-guru sastera yang sedang membaca entri ini pula mungkin merasakan betapa tidak logiknya pelajar di kelas sastera membaca teks Hikayat Hang Tuah sedangkan prosa klasik pun terangkak-rangkak dihadam oleh pelajar sastera yang sering dilabel 'bermata merah' itu.

Inilah yang pernah saya tulis di dalam Dewan Sastera September 2011 bahawa sastera itu bukanlah untuk pelajar bermata merah. SASTERA ITU UNTUK PELAJAR YANG PINTAR SAHAJA! Hanya di Malaysia, pelajar dibahagikan kepada dua aliran, kata Prof Muhammad lagi, yang pandai pergi ke kelas sains dan tidak pandai pergi ke sastera; sehingga pelajar sastera ini berasa rendah diri dan malu mengaku dirinya kelas sastera. Negara maju yang lain tidak pernah buat seperti Malaysia.

Mungkin saya sahaja yang buat muka tak malu duduk dalam kelas sastera, menentang keras supaya dihantar ke Kolej Islam Kelang (pada ketika itu) untuk mengambil aliran sains. Saya suka belajar subjek sains dan matematik tetapi saya lebih mencintai sastera dan saya tidak bermasalah langsung dengan semua teks sastera yang dihidangkan walau apa genre sekalipun.

Dikotomi yang ketinggalan zaman ini telah menjadikan pelajar-pelajar penghafal nombor satu. Mereka yang mendapat A berderet-deret itu bukan lagi pelajar cemerlang yang sebenar cemerlang. Merekalah penghafal cemerlang. Apabila mereka muntahkan semula apa yang dihafal itu, mereka pun diisytiharkan sebagai pelajar cemerlang. Sampai di universiti, kalut jadinya!

20 - 30 tahun dari sekarang, Malaysia akan memiliki rakyat yang hebat dari aspek sains, matematik dan segala ilmu teknikal tetapi kosong jiwa. Kita semakin berjaya melahirkan robot-robot bernyawa, tanpa jiwa dan sudah ramai mahasiswa yang gagal membuat keputusan sendiri apatah lagi berkemampuan untuk berfikir. Yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara hanyalah yang terpilih dari para penghafal yang mengikuti kuliah-kuliah sains sahaja. Hanya yang kaya bolehlah pergi sendiri dan ambil subjek-subjek sains sosial dan sastera.

Hari ini kita melahirkan pelajar/mahasiswa secara industri (baca : kilang); secara besar-besaran.

Hari ini bangsa kita dan semua bangsa di Malaysia menjadi bertambah rasis. Kita semakin tidak ada titik pertemuan. Tidak seperti pada tahun-tahun 70-an sehingga 90-an. Dahulu titik pertemuan kita adalah bahasa kebangsaan. Kita bangsa Melayu sudah semakin tidak percaya dengan bahasa mereka sendiri. Dalam drama Melayu pun lebih banyak kosa kata Inggeris, bercakap terjerit-jerit; pendek kata kesantunan dan akal budi orang-orang Melayu itu hancur luput. Bangsa yang tidak menerima raja-raja Melayu kerana kita tidak lagi membaca Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.

Sains tidak mampu menerangkan konsep derhaka, daulat dan tulah. Perkataan biasa juga tidak mampu menerangkannya. Konsep itu hanya boleh difahami jika kita merendah diri dan tidak malu mengutip semula teks-teks ini untuk ditelaah. Hanya sastera boleh menerangkannya.

Lalu, mungkin mereka yang lebih sinikal akan berkata, daripada baca teks-teks lama ini, lebih baik baca Al-Quran. Ya, semakin ramai yang celik Al-Quran kerana mampu membaca, menghafal ayat-ayat tertentu sebagai pendinding sihir dan sebagainya. Tetapi, berapa ramai pula yang benar-benar membaca terjemahan Al-Quran sebagai rutin harian kemudian cuba pula untuk dibaca tafsirnya pada setiap hari; dan kemudian mengamalkan apa yang dibaca?

Orang Islam/Melayu semakin lemah kerana lebih banyak membaca di Facebook, berbanding membaca buku yang punya isi dan pemikiran. Kita masih lagi membaca karya pop atas alasan mencari yang santai. Soalnya sampai bila kita mahu mencari yang mudah dan takut atau melarikan diri daripada hal-hal yang mencabar.

Aneh, untuk menentang Yahudi pun kita haru menggunakan Facebook yang semua orang tahu ialah produk orang Yahudi juga! Kita sebarkan walau sebaris ayat Al-Quran melalui telefon bimbit, yang jenamanya juga milik orang Yahudi. Betapa ironik sekali.

Memetik kata-kata Prof Muhammad Haji Salleh, ada tiga genius orang-orang Melayu :

- Pantun
- Sulalatus Salatin
- Hikayat Hang Tuah

Pantun Melayu tulen amat dikagumi sarjana luar negara. Mereka takjub dengan cara orang-orang Melayu marhaen berfikir dan menuturkan pantun secara sepontan. Pantun ialah produk lisan. Hal-hal persuratan (bertulis) ialah kerja orang-orang istana. Rakyat biasa tidak tahu membaca dan menulis. Dengan kekurangan itu, mereka masih lagi mampu mengungkapkan suatu pemikiran luar biasa.

Pantun tidak akan mati, kata Prof Muhammad. Hatta dalam Dewan Rakyat pun ahli-ahli yang berhormat cuba berpantun (walaupun ada yang tunggang-langgang antara pembayang dan maksud, tetapi itu bukan soalnya). Di dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis rasmi juga pantun masih hidup. Yang lain-lain sudah lama mati. Syair, gurindam, seloka semuanya die a natural death.

Saya juga baru disedarkan apabila Prof Muhammad menyebut, tidak ada kajian Ph.D. (dalam kalangan orang Malaysia) tentang Hang Tuah. Setakat kajian peringkat sarjana dan sarjana muda ada saya temukan. Aneh, kita sendiri tidak ada orang yang menjadi pakar rujuk (di peringkat Ph.D) tentang tokoh kita sendiri. Saya percaya dalam sastera Inggeris pasti sudah ada beribu-ribu pemegang ijazah kedoktoran yang mengkhusus dalam kajian tentang Shakespeare.

Ada pelbagai versi Hang Tuah. Paling baru diterbitkan oleh Jemari Seni, edisi kanak-kanak dalam bentuk mewah. Berkulit tebal dan berwarna-warni. Harganya RM70. Ini versi yang sangat bermaruah untuk kanak-kanak. Saya sokong terbitan sebegini. Pastinya akan kedengaran lagi suara-suara sinikal yang menyatakan, siapa yang mampu atau sanggup membelikan buku sampai RM70 untuk kanak-kanak? Budak-budak tidak patut beli buku semahal itu, kata mereka. Boleh baca lanjut di blog The Malaysian Reader tentang ulasan dan foto Hikayat Hang Tuah terbitan Jemari Seni.

Oh, beli baju raya sampai RM50 - RM70, boleh pula? Apabila masuk hal buku, berkira pula ya?

Kembali kepada soal mentaliti. Apa yang sanggup kita dahulukan? Pendidikan untuk jiwa anak-anak atau pakaian luarannya sahaja. Sehingga kini saya masih lagi mengamalkan baju yang dipakai pada Hari Raya ialah 'baju raya'. Baju itu tidak semestinya dibeli pada musim perayaan. Bukankah itu lebih memudahkan. Hari Raya bukanlah hari memperagakan baju atau menyatakan bilangan baju yang ditempah. Mengapa kita harus menyokong dasar kapitalis!

Saya bertemu dengan Prof Muhammad dalam Seminar Penterjemahan yang saya kejar dan mahu dapatkan ilmunya. Seminar kali ini mengkhusus kepada penterjemahan dalam kesusasteraan Melayu. Panel yang tidak kurang penting ialah Dr. Georges Voisset dari Perancis yang mencintai pantun Melayu dan telah menterjemah pantun-pantun kita dengan susah payahnya ke dalam bahasa Perancis.

Nampaknya, orang luar lebih menunjukkan kecintaannya terhadap pantun jauh lebih baik daripada orang-orang Melayu yang masih tidak sudah-sudah dengan pantun "Kalau ada sumur di ladang...", apabila mahu berpisah di dalam majlis, sepatah kata Prof. Muhammad lagi.

Melalui Prof. Muhammad Haji Salleh, pembaca yang tidak memahami edisi bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Hang Tuah boleh membaca edisi di dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Prof. Muhammad, pada saya tidaklah menjadikan teks ini terlalu mudah tetapi masih bermaruah. Dalam masa yang sama, terjemahannya menjadikan cara membaca dan menghadam teks ini di dalam bahasa Inggeris lebih bermakna.

Edisi terjemahannya diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia).

Nisah Haji Haron
LL.B (Hons)
LL.M (UKM) & M.A. (UKM)

(http://annyss.blogspot.my/2012/06/hang-tuah-satu-daripada-tiga-genius.html)

Pemilik blog: Point bawah2 saya iyakan, tetapi dalam bab Hang Jebat mengamuk setelah ditikam dan sikap buruknya yg keterlaluan amat sukar saya telan. Pada saya mana mungkin manusia sebaris Hang Tuah, dididik bersama sejak kecil berperilaku seperti itu. Semoga itu bukan perkara yg benar dan beliau betsemadi dgn tenang disana.

Saturday, 7 May 2016

KEKHALIFAN DALAM KEPIMPINAN

Sistem Kekhalifahan (dari aspek memilih pemimpin) hanya ada satu negara di muka bumi ini (sepanjang pengetahuan saya) sahaja yang masih menjalankannya. Iaitu Vatican City melalui sistem Conclave.

Paderi-paderi besar dari gereja seluruh dunia akan berkumpul di Vatican City untuk memilih Pope yang terbaik dan bakal naik menggantikan Pope yang sebelumnya. Pemimpin memilih pemimpin. Ini adalah sistem khalifah yang sebenar dan bukan monarki (secara aslinya). Rujuk kembali sistem pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin.

Monarki total (atau kuasa total) ini kita dah lihat apa pengakhirannya. Di Russia, di Eropah, di Sumatera, di Filipina termasuk di Melaka sendiri. Sarat dengan pengkhianatan, coup de tat dan juga perang saudara.

Kerana apa..?

Kerana tiada ruang untuk menukar kepimpinan. Dan bila terdapat pemimpin korup, cara untuk menjatuhkannya adalah dengan menggulingkannya, yang seterusnya membuka ruang kepada berlakunya Perang Saudara (ingat lagi Hang Tuah dan Hang Jebat?)

Kerana di dalam sistem 'absolute monarchy', ianya "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah !"

Ini realiti.

Saya 'all-out' untuk sistem kekhalifahan yang asli (pemimpin memilih pemimpin, bukan rakyat memilih pemimpin). Saya bukan minat sangat pun sistem Demokrasi (rakyat memilih pemimpin) ni. Kehidupan kita bukan pertandingan TV realiti seperti Akademi Fantasia..

Kita kena jelas dengan frasa ini 'absolute power corrupts absolutely'.

Tidak boleh membuat keputusan berdasarkan emosi dan sentimen benci individu semata-mata..

Di muka bumi ini, institusi Kesultanan Melayu tinggal kita sahaja. Jika kita tersilap langkah, negara ini mungkin akan bergolak, dan institusi Kesultanan Melayu akan menemui pengakhirannya seperti mana nasib adik-beradiknya yang lain..

Kita mungkin bakal menjadi republik seperti apa yang berlaku di Turki.

Buat masa ini, di dalam negara yang majmuk, berbilang bangsa dan kaum, dan di mana integrasi, asimilasi dan patriotisma berada pada level yang sangat rendah, sistem Raja Berpelembagaan dan sistem penukaran pemerintahan setiap 5 tahun adalah yang terbaik (saya ulang: Buat masa ini)

Maknanya, di dalam sistem ini kita ada:

1) Majlis Raja-Raja sebagai benteng terakhir; dan pada masa;

2) Diimbangi kuasanya oleh kuasa Legislatif (betul ke terma saya ni?). Bahawa kita ada pilihan untuk menukar kerajaan setiap 5 tahun, atau apabila keadaa memerlukan, Majlis Raja-Raja boleh mengisytiharkan darurat.

Dan yang paling penting..

3) Tanpa meruntuhkan institusi Kesultanan seperti mana yang terjadi di Sumatera, Filipina, Turki, malah Melaka itu sendiri...

Ini adalah pandangan saya secara individu. Saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengannya, tetapi saya mohon, jika nak berbeza pendapat, berikan sebuah 'contigency plan' kepada apa yang kita panggil sebagai 'Absolute Monarchy' atau 'Absolute Power'..

----------

*Salah silap, mohon tunjuk ajar. Penulisan ini saya buat berdasarkan pengajaran dari sejarah, dan kedegilan saya untuk tidak terlalu beremosi dan bersifat objektif.

WELTANSCHAUUNG SEBUAH SEJARAH

Apakah nilai sebuah sejarah itu, tuan-tuan dan puan-puan?

Nilai sebuah sejarah itu apabila kita lihat betapa Thailand mengeluarkan filem-filem sejarah mereka dengan teliti dan besar-besaran; contohnya mengerahkan askar-askar mereka berlakon dalam siri filem Naresuan, malah pelakon utamanya yang membawa watak Raja Naresuan itu adalah seorang pegawai tentera. Bukan sahaja sejarah Ayutthaya, malah sejarah ratu-ratu Patani juga mereka rembat buat sumber cerita filem epik mereka Queens of Langkasuka.

Nilai sejarah itu amat penting di sana apabila kita lihat betapa raja-raja mereka sanggup sambung pahat Batu Bersurat Ramkhamhaeng pada abad ke-19 dan membuat kisah fiksyen tentang utopia Ramakhamhaeng, bagi menaikkan semangat patriotik dan cintakan tanahair mereka.

Sarjana luar yang mempertikaikan kepalsuan ini akan dikenakan lèse majesté dan walau para pembesar atau pihak tentera berebut kuasa politik, sejarah dan institusi beraja mereka tetap dipertahankan walau siapa yang menang dalam konflik itu.

Nilai sebuah sejarah itu apabila kerajaan China sanggup mengupah para pelukis profesional untuk melukis di gua-gua seolah-olah lukisan prasejarah. Kemudian mengumumkan bahawa terdapat tamadun prasejarah di sana yang memungkinkan di China adalah pusat terawal ketamadunan manusia dan menjadi 'cradle of civilization'.

Nilai sebuah sejarah itu apabila kita lihat kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang abad ke-17; Vasa yang tenggelam di dasar Laut Baltik yang memakan kos berjuta-juta dollar. Kapal itu dipulihara dan disimpan di dalam muzium sebagai simbol kebanggaan dan patriotisme di kalangan rakyat Sweden.

Banyak lagi contoh-contoh sebegini yang menunjukkan kepada kita betapa orang luar amat-amat menghargai sejarah mereka dan sedar betapa sejarah itu amat berguna sebagai perkakas menaikkan keadiwiraan jatidiri bangsa lalu mencetuskan fikiran merdeka dan kreatif, memajukan ekonomi mereka dan menjadi negara maju.

Mereka sanggup beratur panjang untuk memasuki muzium, membaca di kaki-kaki lima perpustakaan kerana kerusi meja sudah penuh, conquistador dan orientalis mereka mengangkut khazanah manuskrip kita beratus-ratus kilometer jauhnya mengharungi badai dan petir untuk dikaji sejarahwan mereka, dijaga dengan rapi, dibuat mikrofilem dan dikaji dengan khusyuk dan ghairah, kemudian diumumkan kepada mereka itu yang dari pagi beratur panjang untuk masuk ke muzium laksana membeli tudung Fareeda.

Perkara-perkara begini belum berlaku di sini, kerana minda tahyul dan fiksyen merajai jiwa kolonial kita. Kita masih bergaduh tentang perkataan-perkataan dan wujud atau tidak sejarah itu dan melabel sejarah sebagai fiksyen dan dongeng.

Perkara ini biasa kerana kita pernah dibawah imperialisme dahulu, yang luarbiasanya kita masih berminat menjadi saka imperialisme walau pada hari ini imperialisme sudah selamat di dalam lubang-lubang neraka.

Mungkin generasi anak kecil ini akan menyaksikan, betapa minda pasca-merdeka nanti sudah kebah dari saka kolonial sepenuhnya.

~Srikandi

THE LOST KINGDOM OF SARAWAK – The Untold History

The Lost Kingdom Of Sarawak atau Kerajaan Kuno Sarawak Yang Hilang. Inilah artikel yang akan menjadi ruang informasi sejarah untuk kita sebagai Bangsa Sarawak mengetahuinya. Untuk pengetahuan, kami di Borneo Oracle pernah membuat posting untuk artikel ini secara bersiri sekitar tahun 2012 dan bagi menunaikan permintaan pembaca yang rata-ratanya tidak mengetahuinya maka kali ini kami akan rangkum segalanya di dalam satu posting.

Kerajaan Lembah Bujang di Kedah, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Langkasuka dan banyak lagi sudah tentu nama-nama kerajaan kuno ini diketahui asal-usulnya namun untuk bab Kerajaan Kuno Sarawak sudah tentu ramai yang terpinga-pinga. Pernah adakah kerajaan ini wujud di bumi Sarawak? Jawapannya YA cuma sayangnya ianya tidak pernah diwar-warkan kepada umum dan yang lebih mendukacitakan apa yang kita ketahui sekarang seperti Sarawak hanya bermula ketika zaman pemerintahan Keluarga Brooke yang memerintah 100 tahun di bumi Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Kingdom. Namun hakikatnya ada 5 Kerajaan Kuno Sarawak yang pernah menjadi satu peradaban dan ketamadunan Bangsa Sarawak suatu waktu dahulu. Kerajaan-kerajaan kuno ini adalah Kerajaan Negeri Santubong, Kerajaan Negeri Samarahan-Sadong, Kerajaan Negeri Kalaka, Kerajaan Negeri Saribas dan Kerajaan Negeri Malano

i. KERAJAAN NEGERI SANTUBONG

Kerajaan Negeri Santubong sebenarnya wujud pada kurun ke 10 hinggalah kurun ke 13. Di ketika itu ianya dibawah kekuasaan kerajaan Srivijaya dan setelah kemerosotannya ianya jatuh dibawah kekuasaan kerajaan Majapahit. Lokasi kerajaan kuno ini adalah di muara Sungai Sarawak yang mana lokasi strategic ini yang menghadap Laut China Selatan telah menjadikan ianya sebuah bandar pelabuhan entreport terpenting di nusantara pada waktu itu. Penghijrahan masyarakat Melayu dari Sumatera ke kawasan Santubong telah membenarkan seorang putera raja yang telah diusir oleh nendanya iaitu Raden Merpati Dipati Jipang mengasaskan kerajaan kuno ini. Diriwayatkan bahawa Raden Merpati Dipati Jipang telah terdampar di sebuah tanjung di persisiran muara Sungai Sarawak kerana isterinya hendak bersalin. Dengan pertolongan daripada daripada Datuk Kuli atau Datuk Kuali, rombongan Raden Merpati Dipati Jipang telah mendapat perlindungan di kawasan yang dikenali sebagai Pasir Kuning. Kerana baiknya tingkah laku Raden Merpati Dipati Jipang maka kehadirannya amat disenangi oleh penduduk tempatan dan akhirnya beliau diangkat menjadi ketua di Pasir Kuning iaitu nama lama kepada Santubong suatu waktu dahulu. Dengan berkembangnya pengaruh Datu Merpati ini maka berkembanglah juga Kerajaan Santubong menjadi antara pelabuhan terpenting dan gah namanya sehingga saudagar-saudagar dari Negara Tembok China juga singgah ke Santubong untuk berniaga.

Jika dilihat kepada konteks peradaban, sememangnya Santubong merupakan sebuah kerajaan lama suatu waktu dahulu. Rajah James Brooke selepas sahaja bergelar Rajah Sarawak telah membuat eksplorasi artifak di sini. Tanda-tanda tentang peri pentingnya kawasan Santubong sebenar dicetuskan oleh penemuan Nandi dan Yoni oleh James Brooke tidak lama setelah menjadi “raja” Sarawak, sebelum berlakunya pemberontakan pelombong Cina pada tahun 1857. Selain daripada jumpaan batu besar ini James Brooke juga mengumpulkan artifak-artifak emas. Penemuan artifak yang diperbuat dari emas ini menunjukkan bahawa kawasan ini menarik perhatian orang asing, khususnya orang dari India pada peringkat awal. Mungkin oleh kerana adanya emas, bukan saja di lembah Sungai Sarawak tetapi juga di bahagian barat-daya Borneo, kawasan yang terbanyak mengandungi emas daripada tempat-tempat lain di kepulauan Melayu, telah dikaitkan dengan nama-tempat Survanabhumi (Bumi Emas) oleh orang India dan juga sebagai Iabadiou oleh Ptolemy pada c.150ES.

Penemuan awal ini telah memberi perangsang kepada Muzium Sarawak untuk melakukan kajian arkeologi. Pada tahun 1949, di bawah pimpinan Tom Harrisson, telah berhasil mengumpulkan ribuan pecahan tembikar China di Santubong. Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas tembikar ini serta artifak-artifak keagamaan Hindu mereka berpendapat bahawa Santubong sebagai penempatan sudah wujud sejak abad ke 7 lagi dan terus kekal hingga abad ke-10 atau abad ke-14. Di samping itu adanya tahi besi (iron-slag yang dianggarkan sebanyak 40,000 tan menguatkan pendapat bahawa kawasan Santubong ini merupakan kota-pelabuhan yang besar dan penting. Setelah dikaji oleh kedua orang pakar ini mereka berpendapat bahawa industri ini wujud di antara tahun 900ES hingga 1350ES. Bagaimanapun mengikut O.W. Wolters, seorang sejarawan Asia Tenggara tua, China mungkin telah mengetahui tahi besi ini sejak abad ke 3 lagi dengan mentafsirkan bahawa pulau Tan-lan yang disebut dalam laporan China itu terletak di barat-daya Sarawak. Jika tafsiran sejarawan terkenal ini betul mungkin Tan-lan yang menghasilkan besi ini ialah Pulau Talang-Talang tetapi ahli arkeologi, mahupun Muzium Sarawak tidak pernah mengaitkan pulau ini dengan penemuan tahi besi di kawasan Santubong walaupun pulau ini tidaklah begitu jauh dari tempat tersebut.

Selepas itu terdapat pula pusat petempatan lain di sekitar Santubong seperti Bongkissam. Bagaimanapun dinyatakan bahawa kawasan ini juga dikuasai oleh Santubong yang menjadi sebuah negeri pada waktu itu. Dari kajian yang dilakukan ke atas ribuan serpihan tembikar China negeri Santubong ini terus wujud hingga ke abad ke 14. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan tulisan China Nan-hai-chih yang menyenaraikan kerajaan-kerajaan tua di Borneo pada tahun 1304. Pada masa ini Brunei yang ditulis oleh China sebagai Tung-yang Fo ini jelas sekali menguasai keseluruhan utara Borneo. Melalui teks sejarah lama Jawa iaitu Negarakartagama yang ditulis pada tahun 1365 menunjukkan bahawa Brunei (Bo-ni) telah dikuasai pula oleh Majapahit. Permulaan perluasan Majapahit ini dipercayai berlaku pada tahun 1350 dan ini menyebabkan perdagangan dengan China di Santubong terhenti seperti yang terbukti dengan tembikar-tembikar yang dijumpai tidak menunjukkan tembikar Ming. Santubong sebagai nama kerajaan juga turut hilang dan digantikan oleh nama baru, iaitu Sawaku (Sarawak) di dalam Negarakartagama. Kehadiran Majapahit mungkin telah menyebabkan perpindahan penduduk Kerajaan Santubong ini ke kawasan-kawasan lain seperti Sadong dan Gedong.

ii. KERAJAAN NEGERI SAMARAHAN-SADONG

Ketiadaan peninggalan sejarah Kerajaan Santubong selepas kurun ke-14 membuktikan bahawa kerajaan negeri Santubong telah hilang pada waktu itu. Pelbagai pendapat telah diutarakan mengenai kehilangan Kerajaan Negeri Santubong ini. Mungkin pendapat yang mengatakan bahawa telah berlaku peperangan tempatan diantara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang telah memainkan peranan utama sehingga mendesak Datu Merpati Jepang untuk melarikan diri ke kawasan pedalaman Sarawak. Sejarah ini dapat dipastikan dengan wujudnya sebuah tugu di Kampung Mawang Taup, Samarahan yang dinamakan dengan Batu Datu Merpati. Datu Merpati diceritakan telah membina kesinambungan peradapan Kerajaan negeri Santubong di Samarahan pada waktu itu. Disinilah bermulanya perpindahan masyarakat dari kerajaan negeri Santubong ke daerah-daerah seperti Gedong dan Sadong selain daripada daerah Lidah Tanah.

Adanya penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan dengan sejarah Kerajaan Negeri Santubong yang wujud di kawasan pendalaman. Di Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong telah dijumpai 79,754 pecahan tembikar dan beratus-ratus artifak lain seperti manik, duit siling dan emas. Berdasarkan terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu besar berkemungkinan Gedong ini merupakan antara daerah yang memainkan peranan yang agak besar di dalam urusan perniagaan di daerah pedalaman Sarawak. Penemuan beberapa artifak sejarah di Bukit Sandong iaitu 15 batu ke pendalaman Gedong telah menguatkan lagi andaian bahawa telah wujud satu peradaban besar di bahagian Samarahan. Di Bukit Sandong telah dijumpai 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong. Ketulan emas yang dijumpai oleh orang awam di kawasan Gumpey pada tahun 2008 juga adalah satu lagi bukti Samarahan merupakan satu kawasan yang penting di zaman dahulu kala.

Jika dilihat dari konteks Samarahan sebagai sebuah negeri di bawah jajahan kekuasaan Kesultanan Brunei yang memerintah lebih kurang 500 tahun keatas Sarawak, ianya bermula sejak daripada sultan pertama Kesultanan Brunei lagi iaitu Awang Alak Betatar. Awang Alak Betatar yang memeluk Islam dengan nama Sultan Muhamad dikatakan telah menerima ufti saban tahun daripada kerajaan negeri Samarahan. Di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, Samarahan menjadi sebuah jajahan yang penting. Lembah Sungai Sadong merupakan sebuah kawasan tanah subur yang sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi. Gedong yang terletak hampir di pertengahan sungai telah menjadi sebuah pusat pentadbiran dengan menjadikan Gedung sebagai satu pusat pengumpulkan hasil dan barangan yang melalui Sungai Sadong. Mungkin disini timbulnya nama Gedung pada waktu itu.

Bertitik tolak betapa pentingnya Samarahan kepada kesultanan Brunei pada masa itu, maka ramai masyarakat Melayu Brunei yang telah berpindah ke kerajaan negeri Saramarahan termasuklah golongan bangsawan Brunei yang antaranya Pengiran Kasuma Yuda Pengiran Sharifuddin yang mangkat pada tahun 1832. Pengiran Kasuma Yuda adalah ayahanda kepada Pengiran Indera Mahkota Muhamad Salleh iaitu wakil Sultan Brunei yang telah membuka Kuching suatu waktu dahulu. Jejak warisan keturunan golongan bangsawan ini dapat dibuktikan apabila terdapatnya sebuah Makam Pengiran Anak Sabtu di Muara Tuang, Samarahan yang masih kekal hingga ke hari ini. Antara bukti lain yang mengaitkan kekuasaan dan kewujudan sebuah kerajaan negeri bergelar Kerajaan Negeri Samarahan dinyatakan di dalam sebuah manuskrip kuno Brunei yang dituliskan di dalam huruf Jawi di dalam bahasa melayu Brunei yang berjudul Alamat Zaman Ketakhtaan Negeri Baruni:

“ …… Dan pada masa itu Melaka di atas Kerajaan Negeri Juhur, Awang Alah Betatar beristeri ke Juhur lalu digalar Awang Alak Betatar. Adapun Seri Sultan Muhamad dan saudaranya patih berbai jadi Bendahara Seri Maharaja permaisuri digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar Damang/Temenggung Da Patih Damong. Bermacam-macam nama pengawa dianugerahi oleh baginda di Johor. Empat menteri dan askar dengan beberapa dayang-dayangnya dianugerahi nobat nagaragenta alamat serta sakalian alat-alat kerajaan yang berbagai-berbagai dan dianugerahi…buah nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sadong dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau…Johor pun memarintah juga ialah….”

Daripada laporan seorang pengkaji sejarah yang membuat pengkajian tentang artifak-artifak sejarah di Bahagian Samarahan khususnya di Lembah Sungai Sadong iaitu Lucas Chin pula membuat satu kesimpulan iaitu apa yang ditemui di Gedung dan Bukit Sandung telah menyatakan bahawa terdapat satu peradaban yang bertindak sebagai pelabuhan di kawasan pedalaman suatu masa dahulu.

iii. KERAJAAN NEGERI KALAKA

Jika Kerajaan Negeri Santubong dan Kerajaan Samarahan-Sadong mempunyai pertalian yang kuat diantara satu sama lain namun ianya tidak kepada satu lagi kerajaan kuno yang hilang iaitu Kerajaan Negeri Kalaka. Tetapi Kalaka mempunyai hubungkait secara langsung dengan sejarah Datuk Godam dan Pengiran Temenggung Abdul Kadir. Kedua-duanya bukanlah pemerintah untuk Kalaka pada waktu itu tetapi Kerajaan Negeri Saribas yang berpusat di Tandang Sari adalah jiran kepada Kalaka. Ini dapat dibuktikan di dalam Syair Tarsilah Cetera Dato’ Godam dan Temenggung Kadir Negeri Saribas yang dikatakan sebagai sebuah naskah agung yang mempunyai episod di dalam pensyairannya.

Syair Tarsilah Negeri Saribas; “Terhenti dulu kisah itu ..Tersebutlah pula habar suatu..Di Negeri Kalaka habarnya tentu .Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku…..”. Inilah bait-bait syair yang mengaitkan bahawa suatu waktu dulu Kerajaan Negeri Kalaka diperintah oleh 2 orang puteri bersaudara yang bernama Dayang Hubu dan Dayang Ruku.

Di dalam konteks sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit, nama Kalaka juga dinyatakan di dalam sebuah manuskrip lama berjudul Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan bahawa “Kalka” adalah salah satu daripada kerajaan yang menjadi jajahan empayar besar Majapahit. Selepas kemerosotan empayar Majapahit, Kalaka dikatakan di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Johor dan diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Bertatar yang mengahwini kerabat diraja Johor. Ini dapa dibuktikan melalui sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni.

” Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib .... Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai. Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”

Untuk konteks bukti peradaban moden seperti penyelidikan atas artifak-artifak sejarah pula, banyak penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka sebagai sebuah negeri. Lembah Sungai Kalaka yang tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong iaitu sekitar 10 batu ke sebelah timur Santubong telah ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Dari pengkajian yang dijalankan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke 16 dan ke 17. Terdapat juga penemuan artifak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemui 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga.

iv. KERAJAAN NEGERI SARIBAS

Kerajaan Negeri Saribas sebenarnya berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Kerajaan Negeri Kalaka yang diperintah oleh 2 orang ratu bersaudara iaitu Dayang Hubu dan Dayang Ruku. Kerajaan Negeri Saribas jajahan takluknya adalah lebih besar daripada Kerajaan Negeri Kalaka iaitu ianya mencakupi pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelahnya. Pusat ibukota Kerajaan Negeri Saribas adalah Tandang Sari atau pada masa sekarang digelar Pusa. Di dalam manuskrip lama dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri Saribas ini wujud sekitar abad ke-17 lagi. Kerajaan Negeri Saribas ini dinyatakan bahawa ianya diperintah oleh seorang pembesar Kesultanan Brunei iaitu Pengiran Temenggong Datu Abdul Kadir. Dikatakan Pengiran Temenggung ini telah membawa diri daripada Brunei memandangkan anak tunggalnya Dang Chi’ atau Dayang Esah telah diambil oleh Sultan Brunei untuk menjadi isteri yang ke-3. Sewaktu beliau menjadi pemerintah Saribas beliau telah bertemu dengan seorang putera dari Pagaruyung, Minangkabau iaitu Dato Gudam atau Raja Umar yang menyamar sebagai saudagar penjual kain.

Dato Gudam merupakan putera kepada Bendahara Harun, pembesar di Pagaruyung. Ketibaannya ke Saribas adalah kerana membawa hati yang kecewa setelah ditidakkan hak untuk menggantikan ayahandanya kerana dikatakan bukan bangsa Minang sejati kerana ibunya adalah berketurunan Belanda. Setelah mengenali Pengiran Temenggong, beliau telah bersetuju untuk membantu Pengiran Temenggong mengambil anaknya semula daripada menjadi isteri ketiga kepada Sultan Brunei pada masa itu. Sopan santun dan kepintaran Dato Godam telah memikat hati Sultan Brunei sehingga beliau menjadi orang penting di Brunei dan dikahwinkah oleh Sultan Brunei dengan Dayang Esah atas permintaan Dato Godam sendiri. Sebelum beliau berangkat pulang ke Pagaruyung atas permintaan ayahandanya, Sultan Brunei telah meminta beliau meninggalkan salah seorang anaknya di Brunei maka ditinggalkannya Datu Mantri anak keduanya dan disinilah permulaannya asal-keturunan. “Awang Damit-damit” iaitu asal keturunan Awang dan Dayang di dalam masyarakat Melayu Sarawak.

Kepulangan Dato Godam yang singgah sebentar di Saribas telah memberi perkhabaran gembira kepada Pengiran Dato Temenggung Abdul Kadir yang akhirnya mangkat dan Dato Godam menjadi pengganti pemerintah kepada Kerajaan Negeri Saribas.
Anak sulungnya Dato Uban pula telah menggantikan beliau dengan mewarisi nama Abang dan Dayang di dalam salsilah keturunannya. Dan disinilah bermulanya asal-keturunan Melayu Sarawak yang menggunapakai nama Abang dan Dayang. Di dalam Kerajaan Negeri Saribas inilah gelaran jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim bermula iaitu mengikut acuan jawatan dan gelaran bagi Kesultanan Brunei pada zaman itu. Dan kerana itulah banyak jawatan gelaran di dalam pemimpin masyarakat Melayu Sarawak masih lagi menggunakan Datu Patinggi, Datu Bandar sehinggalah sekarang. Kewujudan Dato Gudam ini dapat disahihkan dalam beberapa segi seperti wujudnya sebuah makam lama di Pusa yang masih menjadi tanda sejarah untuk Kerajaan Negeri Saribas. Makam Dato Gudam adalah hanya selang beberapa meter daripada Makam Pengiran Temenggung Abdul Kadir dan juga Dayang Esah.

Keberadaan Kerajaan Negeri Saribas ini juga dicatatkan di dalam jurnal pengembaraan James Brooke yang mana di dalam jurnalnya ada mengatakan beliau telah singgah di sebuah negeri di dalam kawasan Sungai Saribas yang mempunyai banyak persamaan dengan jawatan pembesar di Brunei dan beliau berkesempatan berkenalan dengan seorang Aulaksamana Saribas yang berusia 90 tahun.

v. KERAJAAN NEGERI MALANO

Untuk Kerajaan Negeri Malano ianya tiada kaitan langsung dengan mana-mana kerajaan negeri yang dimaksudkan. Politi kerajaan yang hilang ini terletak di Kuala Sungai Rejang, iaitu sungai selepas Sungai Kalaka. Jika dilihat kepada kewujudan nama Melanau itu sendiri mengikut sejarahnya adalah diberikan oleh Sultan Brunei keatas satu masyarakat yang menggelar diri mereka Likao iaitu masyarakat yang tinggal di persisiran Sungai Rejang. Kewujudan politi kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak kurun Ke-13 lagi. Berkemungkinan besar Tugau iaitu seorang raja yang penuh dengan kesaktian itu adalah raja pemerintah kepada kerajaan negeri melano ini yang pertama.

Ini dapat disahihkan di dalam manuskrip sejarah kerajaan Brunei yang menyatakan bahawa di awal pemerintahan raja pertama Kerajaan Bo-ni iaitu sewaktu kemerosotan pengaruh kerajaan Majapahit ke atas wilayah di Borneo sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu sultan yang pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei, wilayah Tutong yang ketika itu dibawah pentadbiran pembesar kerajaan Melanau iaitu Mawanga telah diserang oleh orang-orang kanan Sultan iaitu Awang Semaun, Awang Jeramabak dan Pateh Damang Sari. Pertempuran untuk perluasan kuasa Kerajaan Brunei ini telah juga sampai sehingga ke Igan iaitu satu lagi jajahan Kerajaan Melano dibawah Basiung iaitu ipar kepada Raja Tugau. Walau bagaimanapun, Basiung dan Raja Tugau yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Sambas dan juga jajahannya yang lain tidak dapat menandingi jumlah tentera pimpinan Awang Semaun ini ditambahlagi kerajaan Brunei telah mendapat sokongan daripada masyarakat Iban Sarawak yang mengambil peluang untuk menjalankan tradisi ngayau kepada masyarakat Melanau pada waktu itu. Setelah kekalahan di dalam pentempuran itu maka banyak wilayah Kerajaan Melano telah jatuh kepada kerajaan Kesultanan Brunei selepas itu.

Satu lagi manuskrip kuno yang membenarkan bahawa ada satu kerajaan wujud satu ketika dahulu adalah ianya tertulis di manuskrip sejarah kuno Nagarakertagama yang ditulis pada tahun 1365. Di dalam manuskrip ini menyatakan ketika zaman kerajaan Majapahit mencapai puncak kegemilangannya iaitu sewaktu Hayam Wuruk memerintah ada menyebut Malano dan Brunei sebagai sebahagian daripada pembayar ufti kepada kerajaan Majapahit tersebut. Jika Malano membayar ufti bermakna Malano bukanlah satu jajahan kecil sebaliknya sebagai sebuah kerajaan besar yang mencakupi beberapa jajahan kecil yang lain.

Jika dilihat daripada konteks jurnal-jurnal pengembaraan kuno sememangnya banyak tercatat bahawa Malano adalah sebuah peradapan suatu ketika dahulu. Catalan Atlas yang diwartakan pada tahun 1375 ada menunjukkan peta Kerajaan Malano di dalamnya malah ianya disahihkan di dalam peta orang Portugis yang menyatakan bahawa wujud sebuah politi bernama Malao di dalam peta pengembaraan mereka. Manakala di Florence, Italy sebuah peta lama bertarikh 1595 ada mencatatkan bahawa kawasan persisiran barat Sarawak yang kini dikenali sebagai daerah Oya, Balingian dan Daerah Mukah juga ditandakan sebagai Malano. Malah ada rekod di dalam jurnal pengembaraan Negara Tembok Besar China iaitu Nan-hai-chih ada menyebut Achen atau Igan sebagai sebuah peradapan suatu ketika dahulu dan membuktikan bahawa saudagar-saudagar China juga pernah berkunjung ke Kerajaan Negeri Malano untuk berurusniaga.

Inilah sekelumit ruang informasi menerusi artikel The Lost Kingdom Of Sarawak - Untold History yang mana ianya mempunyai bukti-bukti kukuh samada daripada penemuan tembikar atau barangan purba di kawasan sekitarnya serta beberapa dokumen sejarah lama yang membenarkan bahawa SARAWAK MEMPUNYAI 5 KERAJAAN KUNO YANG TIDAK DIDENDANGKAN untuk pengetahuan sejarah anak bangsa Sarawak sekalian. Sesungguhnya inilah sejarah asal kita yang seharusnya TIDAK DILENYAPKAN kerana disinilah bermula peradaban untuk bangsa Sarawak sekalian.

Jika hendak membunuh pokok, racunkanlah akarnya; Jika hendak membunuh bangsa, lenyapkanlah sejarahnya.

#KamekSayangSarawakBah!

-HB-