Saturday, 12 December 2015

PISANG

KAU ORANG JGN MAIN2 DENGAN PISANG... INGAT APE..HAHA

KURNIAAN TUHAN KEPADA PISANG

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini mer
upakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

We Care And We Share😁

Thursday, 10 December 2015

BAB DALAM THE ART OF WAR-SUN TZU

1)Detail Assessment and Planning (Chinese: 始計,始计) 
explores the five fundamental factors (the Way, seasons, terrain, leadership and management) and seven elements that determine the outcomes of military engagements. By thinking, assessing and comparing these points, a commander can calculate his chances of victory. Habitual deviation from these calculations will ensure failure via improper action. The text stresses that war is a very grave matter for the state and must not be commenced without due consideration.

2.)Waging War (Chinese: 作戰,作战)explains how to understand the economy of warfare and how success requires winning decisive engagements quickly. This section advises that successful military campaigns require limiting the cost of competition and conflict.

3)Strategic Attack (Chinese: 謀攻,谋攻)defines the source of strength as unity, not size, and discusses the five factors that are needed to succeed in any war. In order of importance, these critical factors are: Attack, Strategy, Alliances, Army and Cities.

4)Disposition of the Army (Chinese: 軍形,军形) explains the importance of defending existing positions until a commander is capable of advancing from those positions in safety. It teaches commanders the importance of recognizing strategic opportunities, and teaches not to create opportunities for the enemy.

5)Forces (Chinese: 兵勢,兵势) explains the use of creativity and timing in building an army's momentum.

6)Weaknesses and Strengths (Chinese: 虛實,虚实) explains how an army's opportunities come from the openings in the environment caused by the relative weakness of the enemy and how to respond to changes in the fluid battlefield over a given area.

7)Military Maneuvers (Chinese: 軍爭,军争)explains the dangers of direct conflict and how to win those confrontations when they are forced upon the commander.

8)Variations and Adaptability (Chinese: 九變,九变) focuses on the need for flexibility in an army's responses. It explains how to respond to shifting circumstances successfully.

9)Movement and Development of Troops (Chinese: 行軍,行军) describes the different situations in which an army finds itself as it moves through new enemy territories, and how to respond to these situations. Much of this section focuses on evaluating the intentions of others.

10).Terrain (Chinese: 地形) looks at the three general areas of resistance (distance, dangers and barriers) and the six types of ground positions that arise from them. Each of these six field positions offers certain advantages and disadvantages.

11)The Nine Battlegrounds (Chinese: 九地)describes the nine common situations (or stages) in a campaign, from scattering to deadly, and the specific focus that a commander will need in order to successfully navigate them.

12)Attacking with Fire (Chinese: 火攻)explains the general use of weapons and the specific use of the environment as a weapon. This section examines the five targets for attack, the five types of environmental attack and the appropriate responses to such attacks.

13.)Intelligence and Espionage (Chinese: 用間,用间) focuses on the importance of developing good information sources, and specifies the five types of intelligence sources and how to best manage each of them.

ART OF WAR BY SUN TZU

-Appear weak when you are strong, and strong when you are.

-The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting.

-If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.

-Let your plans be dark and impenetrable as night, and when you move, fall like a thunderbolt.

-Supreme excellence consists of breaking the enemy's resistance without fighting.

-All warfare is based on deception. Hence, when we are able to attack, we must seem unable; when using our forces, we must appear inactive; when we are near, we must make the enemy believe we are far away; when far away, we must make him believe we are near.

-Victorious warriors win first and then go to war, while defeated warriors go to war first and then seek to win.

-If your enemy is secure at all points, be prepared for him. If he is in superior strength, evade him. If your opponent is temperamental, seek to irritate him.

-Pretend to be weak, that he may grow arrogant. If he is taking his ease, give him no rest. If his forces are united, separate them. If sovereign and subject are in accord, put division between them. Attack him where he is unprepared, appear where you are not expected .

-Engage people with what they expect; it is what they are able to discern and confirms their projections. It settles them into predictable patterns of response, occupying their minds while you wait for the extraordinary moment — that which they cannot anticipate.

-Thus we may know that there are five essentials for victory:
1 He will win who knows when to fight and when not to fight.
2 He will win who knows how to handle both superior and inferior forces.
3 He will win whose army is animated by the same spirit throughout all its ranks.
4 He will win who, prepared himself, waits to take the enemy unprepared.
5 He will win who has military capacity and is not interfered with by the sovereign.

-In the midst of chaos, there is also opportunity
There is no instance of a nation benefitting from prolonged warfare.
         The greatest victory is that which requires no battle.
The art of war is of vital importance to the State. It is a matter of life and death, a road either to safety or to ruin. Hence it is a subject of inquiry which can on no account be neglected.
Move swift as the Wind and closely-formed as the Wood. Attack like the Fire and be still as the Mountain.
When the enemy is relaxed, make them toil. When full, starve them. When settled, make them move.
Treat your men as you would your own beloved sons. And they will follow you into the deepest valley.
When you surround an army, leave an outlet free. Do not press a desperate foe too hard
There are not more than five musical notes, yet the combinations of these five give rise to more melodies than can ever be heard.
There are not more than five primary colours, yet in combination
they produce more hues than can ever been seen.
There are not more than five cardinal tastes, yet combinations of
them yield more flavours than can ever be tasted.
So in war, the way is to avoid what is strong, and strike at what is weak.
To win one hundred victories in one hundred battles is not the acme of skill. To subdue the enemy without fighting is the acme of skill
        One may know how to conquer without being able to do it.
Be extremely subtle even to the point of formlessness. Be extremely mysterious even to the point of soundlessness. Thereby you can be the director of the opponent's fate.
What the ancients called a clever fighter is one who not only wins, but excels in winning with ease.
who wishes to fight must first count the cost
        He who is prudent and lies in wait for an enemy who is not, will be victorious
If you know the enemy and know yourself, your victory will not stand in doubt; if you know Heaven and know Earth, you may make your victory complete.
Rouse him, and learn the principle of his activity or inactivity. Force him to reveal himself, so as to find out his vulnerable spots.
Thus the expert in battle moves the enemy, and is not moved by him
Anger may in time change to gladness; vexation may be succeeded by content.
But a kingdom that has once been destroyed can never come again into being; nor can the dead ever be brought back to life.
There are roads which must not be followed, armies which must not be attacked, towns which must not be besieged, positions which must not be contested, commands of the sovereign which must not be obeyed.
The wise warrior avoids the battle.
Attack him where he is unprepared, appear where you are not expected.
The whole secret lies in confusing the enemy, so that he cannot fathom our real intent.
If your opponent is of choleric temper,  seek to irritate him.  Pretend to be weak, that he may grow arrogant

If soldiers are punished before they have grown attached to you, they will not prove submissive;
and, unless submissive, then will be practically useless. If, when the soldiers have become attached to you, punishments are not enforced, they will still be unless.
Ponder and deliberate before you make a move.
Attack is the secret of defense; defense is the planning of an attack.
Knowing the enemy enables you to take the offensive, knowing yourself enables you to stand on the defensive.
If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril
Great results, can be achieved with small forces.
. But a kingdom that has once been destroyed can never come again into being; nor can the dead ever be brought back to life.
The skillful tactician may be likened to the shuai-jan. Now the shuai-jan is a snake that is found in the Ch'ang mountains. Strike at its head, and you will be attacked by its tail; strike at its tail, and you will be attacked by its head; strike at its middle, and you will be attacked by head and tail both.
If his forces are united, separate them.
Never venture, never win!
Bravery without forethought, causes a man to fight blindly and desperately like a mad bull.  Such an opponent, must not be encountered with brute force, but may be lured into an ambush and slain.
He will win who, prepared himself, waits to take the enemy unprepared.
Do not repeat the tactics which have gained you one victory, but let your methods be regulated by the infinite variety of circumstances.
Move not unless you see an advantage;  use not your troops unless there is something to be gained; fight not unless the position is critical.
It is only the enlightened ruler and the wise general who will use the highest intelligence of the army for the purposes of spying, and thereby they achieve great results.
who does not know the evils of war cannot appreciate its benefits
If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat.
If he sends reinforcements everywhere, he will everywhere be weak
Hence to fight and conquer in all your battles is not supreme excellence; supreme excellence consists in breaking the enemy's resistance without fighting.
mystify, mislead, and surprise the enemy

Know your enemy and know yourself and you can fight a hundred battles without disaster
Hence a commander who advances without any thought of winning personal fame and withdraws in spite of certain punishment, whose only concern is to protect his people and promote the interests of his ruler, is the nation's treasure. Because he fusses over his men as if they were infants, they will accompany him into the deepest valleys; because he fusses over his men as if they were his own beloved sons, they will die by his side. If he is generous with them and yet they do not do as he tells them, if he loves them and yet they do not obey his commands, if he is so undisciplined with them that he cannot bring them into proper order, they will be like spoiled
children who can be put to no good use at all.
Begin by seizing something which your opponent holds dear; then he will be amenable to your will.
Hence that general is skilful in attack whose opponent does not know what to defend; and he is skilful in defense whose opponent does not know what to attack.
Rewards for good service should not be deferred a single day.
Those skilled at making the enemy move do so by creating a situation to which he must conform; they entice him with something he is certain to take, and with lures of ostensible profit they await him in strength.
He who advances without seeking fame,
Who retreats without escaping blame,
He whose one aim is to protect his people and serve his lord,
The man is a jewel of the Realm
Conform to the enemy's tactics until a favorable opportunity offers; then come forth and engage in a battle that shall prove decisive.
The end and aim of spying in all its five varieties is knowledge of the enemy; and this knowledge can only be derived, in the first instance, from the converted spy. Hence it is essential that the converted spy be treated with the utmost liberality.
Do many calculations lead to victory, and few calculations to defeat
Foreknowledge cannot be gotten from ghosts and spirits, cannot be had by analogy, cannot be found out by calculation. It must be obtained from people, people who know the conditions of the enemy.
If there is disturbance in the camp, the general's authority is weak.
Disorder came from order, fear came from courage, weakness came from strength
When your army has crossed the border, you should burn your boats and bridges, in order to make it clear to everybody that you have no hankering after home.
It is easy to love your friend, but sometimes the hardest lesson to learn is to love your enemy.
Conceal your dispositions, and your condition will remain secret, which leads to victory;  show your dispositions, and your condition will become patent, which leads to defeat.

You can be sure of succeeding in your attacks if you only attack places which are unde
When the outlook is bright, bring it before their eyes; but tell them nothing when the situation is gloomy.
The spot where we intend to fight must not be made known; for then the enemy will have to prepare against a possible attack at several different points;
Success in warfare is gained by carefully accommodating ourselves to the enemy's purpose.
the worst calamities that befall an army arise from hesitation
We cannot enter into alliances until we are acquainted with the designs of our neighbors.
if you fight with all your might,  there is a chance of life; where as death is certain if you cling to your corner
The good fighters of old first put themselves beyond the possibility of defeat, and then waited for an opportunity of defeating the enemy.
By reinforcing every part, he weakens every part.
You can ensure the safety of your defense if you only hold positions that cannot be attacked.
Know thy self, know thy enemy. A thousand battles, a thousand
Do not swallow bait offered by the enemy. Do not interfere with an army that is returning home
There are not more than five primary colors  (blue, yellow,  red, white, and black), yet in combination they produce more hues than can ever been seen.
Whether in an advantageous position or a disadvantageous one, the opposite state should be always present to your mind
If those who are sent to draw water begin by drinking themselves, the army is suffering from thirst. [One may know the condition of a whole army from the behavior of a single man
When the common soldiers are too strong and their officers too weak, the result is INSUBORDINATION.
Unhappy is the fate of one who tries to win his battles and succeed in his attacks without cultivating the spirit of enterprise;  for the result is waste of time and   general stagnation.
Whoever is first in the field and awaits the coming of the enemy, will be fresh for the fight; whoever is second in the field and has to hasten to battle will arrive exhausted.
A clever general, therefore, avoids an army when its spirit is keen, but attacks it when it is sluggish and inclined to return. This is the art of studying moods.

The general who does not advance to seek glory, or does not withdraw to avoid punishment, but cares for only the people's security and promotes the people's interests, is the nation's treasure.
No ruler should put troops into the field merely to gratify his own spleen; no general should fight a battle simply out of pique
To lift an autumn hair is no sign of great strength; to see the sun and moon is no sign of sharp sight; to hear the noise of thunder is no sign of a quick ear.
The art of war is of vital importance to the State.
So long as victory can be attained,  stupid haste is preferable to clever dilatoriness
Sun Tzu said: The art of war recognises nine varieties of ground: (1) Dispersive ground; (2) facile ground; (3) contentious ground; (4) open ground; (5) ground of intersecting highways; (6) serious ground; (7) difficult ground; (8) hemmed-in ground; (9) desperate ground.
The art of war, then, is governed by five constant factors, to be taken into account in one's deliberations, when seeking to determine the conditions obtaining in the field.
There are five dangerous faults which may affect a general: (1) Recklessness, which leads to destruction; (2) cowardice, which leads to capture; (3) a hasty temper, which can be provoked by insults; (4) a delicacy of honor which is sensitive to shame; (5) over-solicitude for his men, which exposes him to worry and trouble.
There are five dangerous faults which may affect a general:
(1) Recklessness, which leads to destruction;
(2) cowardice, which leads to capture;
(3) a hasty temper, which can be provoked by insults;
(4) a delicacy of honor which is sensitive to shame;
(5) over-solicitude for his men, which exposes him to worry and trouble.
Danger has a bracing effect.
the opportunity of defeating the enemy is provided by the enemy himself.
It is best to keep one’s own state intact; to crush the enemy’s state is only second best.
We are not fit to lead an army on the march unless we are familiar with the face of the country -- its mountains and forests, its pitfalls and precipices, its marshes and swamps.
When the officers are too strong and the common soldiers too weak, the result is COLLAPSE.
If we wish to wrest an advantage from the enemy, we must not fix our minds on that alone, but allow for the possibility of the enemy also doing some harm to us, and let this enter as a factor into our calculations.
When we are near, we must make the enemy believe we are far away.
The principle on which to manage an army is to set up one standard of courage which all must reach.
Regard your soldiers as your children, and they will follow you into the deepest valleys; look upon them as your own beloved sons, and they will stand by you even unto death.
Plan for what it is difficult while it is easy, do what is great while it
When the general is weak and without authority; when his orders are not clear and distinct; when there are no fixed duties assigned to officers and men, and the ranks are formed in a slovenly haphazard manner, the result is utter disorganization.
Therefore, just as water retains no constant shape, so in warfare there are no constant conditions
first lay plans which will ensure victory, and then lead your army to battle;  if you will not begin with stratagem but rely on brute strength alone, victory will no longer be assured
Therefore the skillful leader subdues the enemy's troops without any fighting; he captures their cities without laying siege to them; he overthrows their kingdom without lengthy operations in the field.
You can be sure of succeeding in your attacks if you only attack places which are undefended.You can ensure the safety of your defence if you only hold positions that cannot be attacked.
For the wise man delights in establishing his merit, the brave man likes to show his courage in action, the covetous man is quick at seizing advantages, and the stupid man has no fear of death.
Through you we learn to be invisible, through you inaudible; and hence we can hold the enemy's fate in our hands.
Deep knowledge is to be aware of disturbance before disturbance, to be aware of danger before danger, to be aware of destruction before destruction, to be aware of calamity before calamity. Strong action is training the body without being burdened by the body, exercising the mind without being used by the mind, working in the world without being affected by the world, carrying out tasks without being obstructed by tasks.
Sun Tzu said: In the practical art of war, the best thing of all is to take the enemy's country whole and intact; to shatter and destroy it is not so good. So, too, it is better to capture an army entire than to destroy it, to capture a regiment, a detachment or a company entire than to destroy them.
and addressed them thus: “I presume you know the difference between front and back, right hand and left hand?
licited from spirits; it cannot be obtained inductively from experience, nor by any
Be stern in the council-chamber, [Show no weakness, and insist on your plans being ratified by the sovereign.] so that you may control the situation.
He who relies solely on warlike measures shall be exterminated; he who relies solely on peaceful measures shall perish
On open ground, do not try to block the enemy's way. On the ground of intersecting highways, join hands with your allies.
Ground on which we can only be saved from destruction by fighting without delay, is desperate ground.
When you engage in actual fighting, if victory is long in coming, then men's weapons will grow dull and their ardour will be damped. If you lay siege to a town, you will exhaust your strength.
At first, then, exhibit the coyness of a maiden,  until the enemy gives you an opening; afterwards emulate the rapidity of a running hare, and it will be too late for the enemy to oppose you.





Wednesday, 9 December 2015

SAIGO TAKAMORI: SAMURAI TERAKHIR JEPUN BAB 2

Pada 14 September 1862, 4 orang pedagang British telah dibunuh oleh samurai kerana enggan tunduk hormat kepada Shimazu Hisamitsu, ayahanda Daimyo Shimazu Tadayoshi. Peristiwa ini dikenali sebagai “Peristiwa Namamugi”.

Disebabkan peristiwa ini, para pedagang di Jepun berasa takut dengan kehadiran samurai. Pihak duta British di Jepun telah menuntut bayaran sebanyak  £100,000 daripada kerajaan Shogun dan Daimyo Satsuma. Selain itu pihak duta British telah menuntut bahawa mereka memahukan Samurai-samurai yang terlibat dan Shimazu Hisamitsu untuk ditangkap dan dihukum. Walaupun Shogun dan klan Satsuma telah membayar duit kerugian yang dituntut oleh British, klan Satsuma enggan menyerahkan samurai yang terlibat dalam peristiwa Namamugi.

Satu skuad British bersama satu armada laut yang kecil telah dihantar ke ibu kota Satsuma, Kagoshima untuk menangkap samurai-samurai yang terlibat dalam peristiwa Namamugi. Namun begitu klan Satsuma enggan menyerahkan samurai-samurai tersebut. Disebabkan Satsuma enggan mendengar tuntutan British, skuad tersebut telah merampas beberapa buah kapal milik Satsuma sebagai banduan. Akibat tindakan ini, skuad dan armada laut British tersebut tadi telah dibedil oleh askar Satsuma.
Atas arahan Laksamana British, Skuad  dan armada laut British telah melepaskan beberapa tembakan ke arah kubu-kubu Satsuma tadi. Maka bermulalah peristiwa “Pembedilan Kota Kagoshima”.

Satsuma berjaya melarikan rakyatnya keluar daripada Kagoshima. Namun begitu mereka kehilangan 500 buah rumah yang telah musnah dijilat api dan 3 kapal wap perang Satsuma.
Klan Satsuma terpaksa berunding dengan pihak British untuk menghentikan peperangan ini. Klan Satsuma telah membayar sebanyak £25,000 kepada pihak British.

Sementara itu di Kyoto, klan Satsuma yang diketuai oleh Daimyo Satsuma yang dibantu oleh Saigo Takamori dan klan Aizu diberi tanggunjawab untuk melindungi ibu kota Shogun, Kyoto daripada pihak Imperial Jepun selepas peristiwa Kinmon pada 1864.
Awalnya, Damiyo Satsuma telah berbincang dengan para pembesarnya tentang pihak mana klan Satsuma patut berpihak. Saigo Takamori dan beberapa para pembesar lain ingin menentang Shogun Tokugawa dan berpihak kepada Maharaja Komei. Namun begitu disebabkan banyak klan Jepun telah memberi sumpah setia mereka kepada Shogun, klan Satsuma tertekan dan terpaksa berpihak dengan Shogun.

Peristiwa Kinmon pula merupakan satu pemberontakan yang diketuai oleh klan Choshu yang mahu menjatuhkan Shogun. Klan Choshu juga dipercayai telah cuba membakar kota Kyoto untuk mewujudkan kacau bilau dalam kalangan rakyat pro-Shogun. Namun pemberontakan tersebut telah mudah dimusnahkan oleh Saigo Takamori dan klan Aizu.

Kerajaan Shogun telah mengarahkan Saigo Takamori untuk memimpin satu tentera yang besar ke ibu kota Choshu di Barat Jepun bagi memusnahkan klan Choshu. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Ekspedisi Choshu pertama’.Namun begitu, Saigo Takamori telah mengelakkan pertempuran antara tentera Choshu dan tentera Satsuma, tetapi beliau telah berunding dengan klan Satsuma. Dalam rundingan tersebut, Saigo Takamori telah menuntut bahawa orang Choshu yang mendalangi pemberontakan tersebut perlu diserahkan kepada Saigo Takamori. Di dalam perundingan ini juga, Saigo Takamori berjanji untuk menjadi wakil klan Choshu di dalam istana Shogun bagi menyuarakan pendapat klan Choshu dan pendapat Maharaja. Klan Choshu terpaksa bersetuju dengan tuntutan tersebut dan menyerahkan orang Choshu yang terlibat.

Orang Choshu yang ditangkap tadi telah diarah untuk melakukan seppuku (bunuh diri).  Saigo Takamori telah kembali semula ke Kyoto.

Namun begitu, kerajaan Shogun masih tidak berpuas hati dan mahu memusnahkan klan Choshu. Setahun kemudian, kerajaan Shogun menitahkan Saigo Takamori untuk memimpin satu angkatan tentera bagi memusnahkan klan Choshu (Ekspedisi Choshu kedua). Namun begitu, Daimyo Satsuma, dan Saigo Takamori bersama Okuba Toshimichi telah menukar pihak. Satu perikatan ketenteraan telah dibuat antara klan Satsuma dan klan Choshu yang telah disokong oleh  Sakamoto Ryoma dari Tosa.

Kerajaan Shogun masih berdegil dan meneruskan ekspedisi mereka. Di dalam ekspedisi Choshu kedua pada 1866, klan Satsuma telah membekalkan senjata-senjata Barat kepada Choshu tetapi Satsuma tidak mahu terlibat dalam peperangan antara Choshu dan kerajaan Shogun.  Dalam ekspedisi Choshu kedua, tentera Shogun ditewaskan oleh klan Choshu . Beberapa hari kemudian, Shogun Iemochi telah gering dan meninggal dunia di istana Osaka.  Shogun Iemochi diganti oleh anaknya, Tokugawa Yoshinobu. Setelah Tokugawa Yoshinobu menjadi Shogun, baginda meminta gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 

Shogun Yoshinobu cuba mengumpulkan kekuatannya kembali sambil dibantu oleh para daimyonya. Namun begitu, setelah gencatan senjata tamat, klan Choshu yang dibantu oleh klan Satsuma telah meneruskan peperangan mereka terhadap kerajaan Shogun.

Pada bulan Januari 1867, Maharaja Komei telah didapati menghidapi penyakit cacar. Kebanyakan Daimyo berpendapatan bahawa seorang pihak radikal Choshu (Pro Shogun) telah menjangkiti  baginda untuk membunuh baginda. Maharaja Komei telah meninggal dunia pada 30 Januari 1867. Selepas kemangkatan Maharaja Komei , baginda diganti oleh Maharaja Mikado Meiji.

Pada 19 November 1867 selepas kerajaan Shogun telah mengalami banyak kekalahan dalam Perang Boshin, Shogun Tokugawa Yoshinobu telah meletakkan jawatannya. Baginda terpaksa menyerahkan kuasa pentadbiran Jepun kepada Maharaja Meiji. Pentadbiran keluarga Tokugawa dipindah dari Kyoto ke Osaka.

Namun begitu, klan Satsuma,  klan Choshu dan beberapa klan pro Maharaja lagi masih tidak puas hati. Hal ini sedemikian kerana, Tokugawa Yoshinobu masih ada kuasa di dalam Pentadbiran Kounsel Daimyo dan keluarga Tokugawa masih ada kuasa di dalam istana dan politik Jepun. Mereka khuathir bahawa Tokugawa Yoshinobu akan senyap-senyap menjatuhkan Maharaja Meiji.

Klan Satsuma dan Choshu terpaksa ambil tindakan yang drastik. Mereka membuat surat palsu kononnya bahawa ianya arahan Maharaja untuk melucutkan jawatan Tokugawa Yoshinobu dan merampas semuanya tanah-tanahnya di Osaka. Tokugawa Yoshinobu marah dengan tindakan tersebut dan menulis satu surat untuk dihantar ke Kyoto. Bersama surat tersebut, Tokugawa Yoshinobu menghantar satu angkatan tentera yang besar untuk menyerang Kyoto sekiranya Maharaja tidak mahu mengikut tuntutan keluarga Tokugawa. Semasa tentera Tokugawa sampai di luar kota Kyoto, tuntutan mereka tidak disetujui dan terus diserang oleh klan Satsuma dan klan Choshu pada 27 Januari 1868. Peristiwa ini dikenali sebagai “Pertempuran Toba-Fushimi”. Pada 7 February Tentera Tokugawa telah dikalahkan dan berundur ke Edo.

Saigo Takamori telah memimpin satu angkatan tentera yang besar ke Timur dan Utara Jepun. Pada 29 Mac 1868, dalam pertempuran Koshu-Katsunuma sebanyak 3000 askar Choshu,Tosa dan Satsuma yang diketuai Saigo telah berpecah dalam 3 kumpulan.  Mereka telah berjaya merampas kubu Kofu dan Yamanashi. Kejayaan Saigo Takamori memusnahkan pangkalan utama Tokugawa telah menjatuhkan morale tentera Tokugawa. Dikatakan hanya 300 askar Tokugawa sahaja yang mempertahankan kedua-dua kubu tersebut semasa Saigo Takamori telah sampai. Kebanyakan tentera Tokugawa telah melarikan diri ke Edo.

Pada bulan May 1868, Saigo Takamori telah mengepung Edo. Satu angkatan tentera besar Tokugawa telah dihantar untuk memusnahkan tentera Saigo Takamori di luar Edo, namun begitu tentera Tokugawa dapat dipatahkan dengan mudah. Tentera Tokugawa pada masa itu lemah dan kekurangan senjata Barat, majority askar Tokugawa adalah samurai yang masih menggunakan senjata lama Jepun. Saigo Takamori pula telah datang siap dengan meriam dan skuad kavalri yang dilatih oleh askar asing.

Tokugawa Yoshinobu akhirnya menyerah kalah dan mengikitiraf pentadbiran mutlak Maharaja Meiji. Sejurus kejayaan ini, pentadbiran Maharaja dipindah dari Kyoto ke Tokyo pada 1868. Maharaja Meiji hanya berumur 16 tahun pada masa itu. Maka bermulalah “Meiji Restoration”.

Saigo Takamori telah menjadi penasihat kepada Maharaja Meiji dan membantu Maharaja Meiji dalam membangunkan Jepun. Beliau telah memansuhkan pentadbiran han (Daimyo perlu menyerahkan kuasa wilayah mereka kepada Maharaja) dan mewujudakan tentera kerahan.

Pada awalnya, Saigo tidak bersetuju dengan pemodenan Jepun dan membuka perdagangan dengan negara Barat. Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan melabur dalam pembinaan jalan kereta. Saigo mengatakan bahawa kerajaan Jepun patut fokus pada pemodenan tentera Jepun.

Pada 1873, satu perbahasan hangat meletus di dalam Istana Jepun yang dikenali sebagai Seikanron. Semasa era Meiji, satu utusan telah dihantar ke Korea untuk meminta kerajaan Korea mengikitiraf Maharaja Meiji sebagai Maharaja Empayar Jepun. Korea pada masa itu adalah negeri naungan Empayar Jepun, setelah utusan tersebut sampai ke Korea, kerajaan Korea tidak bersetuju. Saigo Takamori berpendapat bahawa Jepun perlu melancarkan peperangan ke atas Korea kerana tidak menunjukkan hormat kepada kuasa Maharaja. Tindakan ini juga dikatakan menghina dan menjatuhkan maruah Maharaja. Saigo Takamori juga telah menawarkan dirinya untuk pergi ke Korea seorang untuk menghina kerajaan Korea sebagai satu provokasi untuk meletuskan peperangan.

Namun begitu, menteri -menteri Jepun tidak bersetuju dengan memberikan alasan bahawa Jepun tiada dana yang cukup untuk melancarkan perang. Mereka juga menyatakan bahawa negara Jepun walaupun ditadbir oleh Maharaja masih lagi mengalami kemundurun berbanding negara-negara Barat. Saigo Takamori berasa marah kerana menteri- menteri Jepun tidak mahu mempertahankan maruah Maharaja Jepun dan memandang rendah terhadap baginda. Pada masa itu juga, terdapat pelbagai korupsi yang sedang berleluasa di dalam istana Maharaja. Rasuah, fitnah dan penipuan sedang berleluasa.

Samurai-samurai yang pernah berkhidmat di bawah Maharaja Meiji pula tidak berpuas hati dengan polisi baru kerajaan mereka. Pertama, Sistem sosial dan hak keistimewaan samurai telah dimansuhkan. Kedua, pemodenan Jepun yang pesat mengubah budaya Jepun terlalu cepat dan memberi kesan terhadap rakyat Jepun. Pada pendapat samurai pada masa itu, ianya bertentangan dengan apa mereka perjuagkan pada peperangan Boshin dan perang sebelumnya. Semasa peperangan antara Shogun Tokugawa dan Maharaja Komei, samurai berpihak kepada Maharaja untuk menjatuhkan kerajaan Tokugawa kerana membenarkan kemasukan pedagang Barat.

(Admin lupa nak letak dalam bab 1, semasa Jepun membuka pelabuhan untuk negara Barat, para pedagang Barat telah membuli pedagang tempatan Jepun dan tidak jujur dalam perniagaan mereka. Kebanyakan perdagangan yang dilakukan di antara pedagang Barat dan Jepun lebih memihak kepada pedagang Barat. Akibatnya pedagang Barat menjadi kaya, pedagang Jepun dan ekonomi Jepun merosot)

Saigo Takamori berasa marah lalu meletakkan jawatannya dan kembali ke Kagoshima.

Pada 1874, Saigo mengumpulkan sebanyak samurai yang dia boleh yang tidak suka pada pentadbiran baharu Jepun. Beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan sekolah-sekolah ketenteraan yang dikenali sebagai (shigakko).  Saigo dikatakan menjadi seorang guru dan mengajar dalam salah satu sekolah tersebut.  Sebanyak 132 cawangan sekolah tersebut telah ditubuhkan di negeri Satsuma. Saigo juga telah menubuhkan sekolah artilleri. Di dalam shigakko, Saigo menitikberatkan adat Bushido dan Hagakure. 

Saigo merupakan seorang samurai yang konservatif dan beliau berbeza dengan samurai lain pada zamannya. Beliau masih mengikut adat tradisional samurai. Beliau juga telah memberi jawatan penting dalam kerajaan Satsuma kepada samurai -samurai yang telah berjuang bersamanya dalam Perang Boshin.
Tindakan Saigo telah disokong oleh rakyat Satsuma dan semua samurai. Semakin hari, lebih ramai samurai berkumpul di negeri Satsuma.

Di Tokyo, kerajaan Meiji berasa takut dengan tindakan Saigo Takamori di Kagoshima. Sebelum itu, kerajaan Jepun telah memusnahkan beberapa pemberontakan kecil samurai di Kyushu, namun begitu ia menyemarakkan lagi semangat tentera samurai Saigo. Pada 18 December 1876, kerajaan Meiji menghantar seorang pegawai polis bernama Nakahara Hisao bersama 57 pengawai untuk menjalankan penyiasatan terhadap aduan aktiviti pemberontakan kecil. Nakahara Hisao dan  para pegawai polisnya diserang hendap dan ditangkap oleh samurai Saigo. Mereka kemudian diseksa, salah seorang pegawai polis telah mengaku bahawa mereka bukkannya pegawai polis tetapi perisik untuk membunuh Saigo. Nakahara kemudian menidakkan kenyataan tersebut.

Berita tersebar ke seluruh Satsuma, samurai-samurai Satsuma menggunakan berita ini untuk mengjustifikasi pemberontakan mereka dan mengatakan bahawa satu pemberontakan diperlukan untuk melindungi Saigo.

Takut jika berlakunya pemberontakan, pada 30  Januari 1877, kerajaan Meiji menghantar sebuah kapal perang untuk mengeluarkan senjata yang terdapat di dalam arsenal(gudang senjata) Kagoshima. Tindakan ini meragukan rakyat Kagoshima dan para pelajar akademi Saigo. Dalam satu peristiwa, 50 orang pelajar daripada salah satu akademi Saigo telah menjarah arsenal Somuta dan merampas semua senjata di dalamnya. Dalam 3 hari berikutnya sebanyak 1000 pelajar melakukan penjarahan besar-besaran ke atas arsenal tentera laut dan arsenal lain.

Pada 12 Februari  1877, Saigo berbincang dengan Leftenan Kirino Toshiaki dan Shinohara Kunimoto. Saigo menyatakan hasratnya untuk memimpin satu angkatan tentera samurai ke Tokyo untuk bertanya soalan kepada kerajaan Meiji. Maka tentera Satsuma mula berkawat ke Tokyo.

Pada 14 Februari tentera Satsuma telah sampai ke wilayah Kumamoto. Panglima Perang Istana Kumamoto pada masa itu ialah, Mejar General Tani Tateki yang memimpin sebanyak 3,800 askar dan 600 pegawai polis. Namun begitu, kebanyakkan askar di dalam tentera Istana Kumamoto merupakan rakyat Kagoshima. Mejar General Tani Tateki berasa risau jika askar Kagoshima akan mengkhianat dia semasa pertempuran lalu mengambil keputusan untuk bertahan dari dalam tembok istana.

Pada 22 Februari, pertempuran bermula antara tentera Satsuma dan tentera Imperial Jepun. Tentera Satsuma cuba menyerbu tembok Istana Kumamoto namun tidak berjaya pada hari pertama. Tentera Satsuma telah berjaya membakar gudang senjata dan makanan tentera Imperial Jepun.Pertempuran berlarutan sehingga malam. Saigo mengarahkan tenteranya untuk mengepung Istana Kumamoto selama beberapa hari.

Beberapa ribu askar Kagoshima dalam barisan tentera Imperial yang merupakan bekas samurai telah menyertai tentera Satsuma. Sekarang tentera Satsuma berjumlah 20 000 orang samurai. Di Tokyo, kerajaan Meiji telah melucutkan nama dan pangkat Saigo kerana tindakannya.

Pada malam 8 April, tentera Imperial Jepun dari Istana Kumamoto telah menyerbu tentera Satsuma di luar tembok Istana. Ia merupakan satu strategi bagi mengalihkan perhatian tentera Satsuma sementara sebuah lagi angkatan tentera bantuan Imperial Jepun memasuki Istana Kumamoto dengan bekalan senjata dan makanan.

Pada 4 Mac, seorang panglima tentera Imperial Jepun bernama Jeneral Yamagata memimpin satu pasukan tentera  dari  Tabaruzaka, untuk bertempur dengan tentera Satsuma di luar istana. Pertempuran berlarutan selama 8 hari.

Sebanyak 90 000 askar Imperial Jepun telah bertempur dengan 15 000 askar samurai Satsuma.

Saigo Takamori telah menulis satu surat ke putera Arisugawa. Kandungan surat tersebut menyatakan hasrat sebenar Saigo Takamori pergi ke Tokyo. Niat dia bukanlah untuk mewujudkan pemberontakan dan bukan untuk menderhaka Maharaja Meiji tetapi untuk berunding dengan kerajaan Meiji. Walaupun surat tersebut didengari oleh menteri-menteri tertinggi Jepun, permintaan Saigo diendahkan.

Pada 8 Mac, sebuah armada Imperial Jepun telah sampai ke pelabuhan Kagoshima dan mendaratkan 500 pegawai polis. Pihak Imperial Jepun merampas semua senjata di dalam arsenal Kagoshima dan menangkap Gabenor Kagoshima yang merupakan sekutu Saigo.

Jeneral Yamagata juga telah mengepung Kagoshima dari Teluk Yatsushiro dan mendaratkan 2 briged infantri bersama 1200 pegawai polis. Tentera Imperial Jepun mendapat sikit tentangan dan mengalami kehilangan yang kecil.  Pada 19 Mac, beberapa ribu lagi tentera Imperial Jepun mendarat, dan berjaya menghalau keluar semua samurai Satsuma dari Kagoshima. Tentera Imperial Jepun terus menghantar tentera yang telah mendarat di Kagoshima ke Istana Kamamoto.

Saigo terpaksa berundur dan terpaksa memimpin tenteranya ke Hitoyoshi. Semangat tentera samurai Satsuma jatuh, dan ramai samurai terkorban semasa pertempuran di Istana Kamamoto. Di sini, Saigo Takamori mengarahkan tenteranya untuk membina kubu untuk menanti serangan Imperial Jepun. Namun begitu, tentera Imperial Jepun tidak mengejar tentera samurai Satsuma, tentera Imperial Jepun telah kehilangan ramai askar semasa pertempuran Kagoshima dan pertempuran Istana Kamamoto. Kedua-dua pihak terpaksa menangguh pertempuran selama beberapa minggu sehingga tentera bantuan Imperial Jepun sampai.

Apabila pertempuran bermula, Saigo berundur ke Miyazaki dan meninggalkan beberapa kumpulan samurai yang kecil untuk melancarkan serangan gerila.Pada 24 Julai, tentera Imperial Jepun telah menghalau tentera samurai Satsuma dari kubu mereka di Miyakonojō, dan di Nobeoka.

Pada 17 Ogos, jumlah samurai Satsuma telah turun ke 3000 orang sahaja. Senjata api dan meriam mereka pula telah hilang semasa pengepungan Istana Kamamoto. Tentera Imperial Jepun telah mendarat di Oita dan Saiki di sebelah Utara. Tentera Saigo telah dikepung oleh tentera Jeneral Yamagata di Selatan dan tentera Imperial Jepun di sebelah Utara. Satu pertempuran yang dahsyat telah berlaku. Walaupun tentera samurai Satsuma tidak seramai tentera Imperial Jepun, mereka telah berjaya melepaskan diri daripada kepungan tersebut.

Saigo terpaksa mengundurkan tenteranya ke kaki gunung Enodake .Sekali lagi, tentera imperial Jepun sempat mengejar mereka dan menyerang tentera Saigo.Tentera samurai Satsuma telah berjuang mati-matian. Saigo sempat melarikan diri bersama 500 samurai dan merampas bandar Shiroyama.

Tentera Imperial Jepun telah mengepung bandar Shiroyama. Kali ini Jeneral Yamagata membina parit, halangan dan tembok di sekeliling Shiroyama untuk memerangkap Saigo dan tentera samurai terakhirnya.

Pada September 1, Suematso Kencho menghantar satu surat kepada Saigo atas arahan Jeneral Yamagata untuk meminta Saigo dan tentera samurainya untuk menyerahkan diri kepada tentera Imperial Jepun. Saigo menolak dan masih ingin berjuang sehingga ke akhir hayat. Pada 24 September Jeneral Yamagata mengarahkan tenteranya untuk menyerang tentera samurai Satsuma. Menurut sejarah Saigo Takamori telah turun ke medan tempur dan berjuang bersama askar-askarnya. Saigo Takamori telah dilihat menaiki kudanya dan merempuh beberapa barisan infantri tentera Imperial Jepun.

Selepas pertempuran tersebut hanya 40 samurai sahaja yang hidup. Saigo pula telah mengalami kecederaan di bahagian pinggul dia. Disebabkan Saigo tidak boleh bertempur lagi, beliau terpaksa melakukan seppuku pada 24 September 1877.

Walaupun beliau mati sebagai seorang pemberontak samurai, beliau dikenang untuk jasanya menentang kerajaan diktator dan samurai terakhir Jepun.

Malah ada satu lagenda yang berleluasa di seluruh wilayah Kagoshima selepas kematian Saigo, bahawa pada satu malam, terdapat satu bintang merah yang muncul di langit. Rakyat Kagoshima mendakwa bahawa jika anda menggunakan teleskop dan memandang ke arah bintang merah tersebut, anda boleh melihat figura Saigo Takamori. Rakyat Kagoshima memanggilnya “Bintang Saigo”. Tetapi bintang merah itu rupa-rupanya planet Marikh.

Ditulis oleh: -OF-

Harap maaf jika ada kesalahan tatabahasa

PEARL HARBOUR

PEARL HARBOUR, 7 DISEMBER 1941

Dalam beberapa jam lagi iaitu pada tanggal 7hb Disember, seluruh dunia akan mengenang satu peristiwa yang antara sejarah perang alaf moden yang maha dahsyat di dalam rentetan peristiwa perang iaitu pengeboman Pearl Harbour yang lokasinya terletak di bumi Hawai.

Serangan keatas Pearl Harbour inilah yang menjadi “keypoint” kepada berlakunya Perang Dunia Kedua yang melibatkan kesemua Negara di dalam kancah peperangan termasuklah Sarawak serta Pulau Borneo yang ditawan oleh tentera Jepun pada malam sambutan Hari Natal 1941.

Di dalam kita menyelusuri sejarah perang ini ternyata ianya merupakan tindakbalas kepada beberapa rentetan peristiwa yang didokongi oleh USA sendiri iaitu jauh sebelum berlaku Perang Dunia Kedua dikatakan USA telah menunjukkan “sikap kurang ajar” ke atas Jepun.

Pada masa itu Jepun telah pun berjaya menakluki wilayah Manchuria. Kerana ingin menunjukkan belangnya dikatakan USA telah cuba mencemar kedaulatan Jepun dengan mengganggu gugat kegiatan pengerudian minyak yang dilakukan oleh Jepun di tanah jajahannya.

Ini ditambahlagi apabila Jepun merupakan pihak yang bersekutu dengan Jerman melalui pemimpin tersohornya Adolf Hitler melalui perjanjian Poros Axis yang menjadikan Jepun tidak seplatform dengan Tentera-tentera Berikat yang didokongi oleh USA pada waktu itu. Di ketika Adolf Hitler berjaya menaklumi Indo-China, Jepun pula sudahpun memulakan kempennya untuk menakluki wilayah Asia Tenggara pada ketika itu.

Hakikatnya tanpa dunia mengetahui bahawa sebelum peristiwa pengeboman Pearl Harbour ini, kedua-dua pihak telah beberapa kali mengadakan musyawarah diplomasi mengenai hak untuk menggerudi minyak. Namun begitu setiap kali juga sebarang musyawarah diplomasi ini menemui jalan buntu memandangkan USA tetap berdegil mahukan Jepun untuk keluar dari bumi Manchuria.

Mahu tidak mahu akhirnya Jepun membuat satu keputusan nekad iaitu untuk menyerang Pearl Harbour, tempat dimana pemusatan kuasa tentera USA yang baru sahaja dipindahkan dari San Diego pada waktu itu. Ini perlu kerana hanya dengan melemahkan kuasa USA di Pasifik maka barulah Jepun boleh memulakan kempennya untuk menguasai Asia Tenggara yang kaya dengan penghasilan minyak pada waktu itu.

Persiapan Ketenteraan Jepun

Umum mengetahui bahawa pengeboman Pearl Harbour ini adalah satu taktik perang yang tidak diduga sama sekali oleh USA sendiri dan kerana mereka gah dengan kekuatan tentera mereka di dunia pada ketika itu. Di dalam sejarah juga dunia mengetahui bahawa Jepun sebelum mereka mula bertindak telah terlebih awal mempersiapkan ketenteraan mereka dan begitu juga sewaktu Pearl Harbour diserang pada Disember 1941.

Secara rahsia pada bulan April 1941, Maharaja Jepun sebagai Ketua Angkatan Perang Jepun telah memberikan arahan kepada Laksamana Chuichi Nagumo untuk menghimpunkan kesemua angkatan perangnya menjalani latihan peperangan. Segala perolehan daripada risikan Jepun telah dikumpul untuk memastikan bahawa pasukan Jepun siaga semuanya untuk sebarang kemungkinan.

Pada bulan Mei 1941, dikatakan para juruterbang pesawat tempur Jepun sudahpun mula menjalani latihan penerbangan di kolej ketenteraan mereka yang dikenali sebagai Japanese Naval Staff College. Sehinggalah pada 12-16 September 1941, dikatakan satu latihan maneuver penyerangan Pearl Harbour dilakukan berdasarkan kepada segala butiran hasil daripada pasukan risikan Jepun itu sendiri.

Apabila segala bentuk latihan dan peralatan telah siaga semuanya, pada tanggal 3 November 1941 akhirnya Maharaja Jepun memberikan isyarat kepada Ketua Panglima Angkatan Tentera Jepun iaitu Laksamana Nagumo untuk memulakan kempen menyerang Pearl Harbour.

Serangan Ke Atas Pearl Harbour

Pada tanggal 26 November akhirnya segala peralatan Jepun telah mula menuju ke Pearl Harbour “tanpa mampu dijejak” oleh USA dan sekutunya. Dikatakan bagi mengelak taktik serangan diketahui musuh, Laksamana Chuichi Nagumo yang berada di kapal induk yang bernama Akagi tetap sentiasa berada di perairan Jepun.

Sedangkan hakikatnya 30 kapal perang termasuk 6 buah kapal induk berserta dengan ratusan pesawat tempur Jepun telahpun membelah lautan dengan menyusuri jalur bahagian Utara. Mereka bergerak di dalam diam dan bersembunyi di sebalik kabus dan lautan yang luas yang sesungguhnya tidak mampu difikirkan oleh Tentera Bersekutu pada masa itu.

1 Disember 1941, arahan menyerang telah dikeluarkan dan pada masa itu dikatakan taktik yang digunakan adalah berselerakan daripada semua arah. 6 Disember 1941, kesemua pesawat tentera udara Batalion Pertama Jepun telah siaga diisikan bahan api dari kapal tangki minyak Jepun.

Kempen dimulai pada 7 Disember 1941 dengan penyerangan secara besar-besaran dimulai keatas Pearl Harbour, Hawai. Pada waktu itu, pesawat Jepun telah menggugurkan bom ke atas Landasan Kaneohe, Ford Island, Hickam, Bellows, Wheeler dan Ewa.

Kapal selam Jepun juga tidak ketinggalan dengan mengarahkan torpedo mereka ke arah kapal-kapal perang USA yang berlabuh di Pearl Harbour pada masa itu. Hampir 90% kekuatan perang USA di Pearl Harbour pada masa itu musnah dan karam di perairan Hawai pada masa itu.

Bantuan perang daripada AS iaitu dari Oahu cuba membantu Pearl Harbour pada masa itu namun mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa apabila Jepun terlebih dahulu telah mempersiapkan Batalion Keduanya untuk menyerang Oahu. Dikatakan di dalam tempoh 3 jam sahaja, Oahu sendiri sudah hancur musnah dikerjakan oleh Tentera Jepun.

Pada masa itu tiada apa yang boleh dilakukan oleh USA kerana serangan hendap ini diluar kotak pemikiran mereka. Ini ditambahlagi dengan adanya kehadiran pejuang “kamikaze” yang mana juruterbang Jepun bersedia untuk mati dengan bermaruah iaitu mengarahkan pesawat mereka ke atas target-target kapal perang USA telah memberikan banyak kemusnahan kepada USA pada masa itu.

Ianya merupakan satu sejarah perang yang tidak diduga oleh Angkatan Laut Amerika Syarikat yang mengakibat hampir lebih kurang 30 buah kapal-kapal perang serta lebih 200 buah pesawat tempur USA rosak ataupun hancur. Kesan kepada serangan Pearl Harbour ini bukan sahaja mengakibat kerugian di pihak USA dari segi peralatan perangnya malahan juga jumlah korbannya juga dianggarkan telah menelan hampir 2,500 orang semuanya berbanding dengan pihak yang menyerang iaitu Tentera Jepun yang dikatakan hanya kehilangan 55 orang angka korban.

Setelah jatuhnya Pearl Harbour inilah, bermulanya kempen Jepun untuk menakluki seluruh Asia Tenggara dengan satu persatu bumi Asia Tenggara termasuk Malaya, Sabah, Sarawak, Pulau Borneo kesemuanya menjadi salah satu wilayah pendudukan Jepun pada Disember 1941.

Sehingga tahun 1945, Jepun muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara sehinggalah mereka menyerah kalah tanpa syarat setelah bumi Nagasaki dan Hiroshima musnah oleh bom atom yang digugurkan oleh USA pada 7-8 Ogos 1945.

-HB-

Rujukan:

1. Author: Alan D. Zimm; Books Title: Attack On Pearl Harbor; Strategy, Combat, Myths, Deceptions.
2. Perang Dunia Kedua – Laman Web Rasmi Rejimen Askar Melayu Diraja

2. Dalam serangan keatas Pearl

Angkatan Laut AS pada waktu itu berada dalam keadaan santai.
serangan berlaku pada hari Ahad, hari hujung minggu dimana anak-anak kapal dan para juruterbang serta pegawai-pegawai tentera sedang berlibur.

sasaran utama Carrier Strike Force angkatan laut Imperialis Jepun adalah Battleship Row yang merupakan deretan kapal-kapal perang,kapal penjajap dan kapal penjelajah angkatan laut Amerika,selain pangkalan udara dan pesawat-pesawat pengebom serta pesawat pejuang angkatan udara negara tersebut.

Dalam ofensif tersebut, Laksamana Nagumo mengarahkan 2 gelombang serangan udara keatas Pearl dan kawasan sekitarnya.

Namun belian membatalkan gelombang serangan ketiga, yang sepatutnya dapat melumpuhkan sepenuhnya kekuatan angkatan laut Amerika. Jika sekiranya gelombang ketiga diteruskan, serangan keatas fasilitas tentera seperti galangan kapal dan galangan kapal selam, pelabuhan,pangkalan-pangkalan tentera serta depot simpanan peluru serta bahan api, serta saki baki kapal perang yang ada mampu melambatkan kebangkitan angkatan laut amerika sehingga 1 tahun atau lebih,memanjangkan lagi perang dan mengukuhkan lagi penguasaan Imperialis Jepun di rantau Asia Pasifik.

namun itu tidak berlaku, dan serangan keatas Pearl dilihat sebagai satu kemenangan taktikal yang membawa kepada kekalahan Jepun di dalam perang di teater Pasifik dan ini dapat dilihat dalam Pertempuran Coral Sea dan kemudian Pertempuran Midway

FJ

3.Dalam serangan keatas Kota Bahru yang merupakan pembuka tirai penaklukan Jepun keatas Malaya dan Singapura, ia melibatkan pendaratan Divisyen 18 tentera Imperialis, yang merupakan pemukul utama yang menyerang dari pantai timur semenanjung.

Pendaratan di Kota Bahru pada tengah malam 8 Disember melibatkan 5200 orang tentera dari Rejimen Infanteri 56, 1 rejimen artileri, 1 rejimen kejuruteraan,divisyen semboyan dan perubatan yang didatangkan dari 3 buah kapal pengangkut Ayatosan Maru, Awazisan Maru dan Sakura Maru yang membentuk teras angkatan armada penakluk yang terdiri dari kapal-kapal penjajap Ayanami,Shinikami,Uranami dan Isonami, kapal penjelajah Sendai serta 2 kapal pemburu ranjau serta 1 kapal pemburu kapal selam.

Pihak kolonial yang mempertahankan pantai Sabak dan Bachok serta Pangkalan Udara Kota Bahru terdiri dari Briged India ke 8 dari Divisyen Infantri India ke 9, 3/17th Battalion yang diwakili Rejimen Dogra, dibantu no 73 Bateri Meriam Medan.

Pertempuran hebat berlaku antara kedua dua pihak sehingga pangkalan udara Kota Bahru ditakluk pada lewat senja 8 hari bulan Disember.

Kota Bahru menjadi pangkalan udara bagi angkatan udara Jepun untuk melaksanakan serangan udara keatas sasaran-sasaran penting kolonial British diseluruh Malaya sehinggalah tewasnya Singapura.

FJ

4.
Jika mengambil kira International Date Line atau IDL yang mana negeri-negeri yang berada disebelah barat IDL ini (rantau barat Pasifik, Asia Selatan, Asia Barat, Afrika,Eropah etc,etc) awal sehari berbanding negeri-negeri di sebelah timur IDL (benua amerika utara,amerika selatan), ya serangan pertama yang mencetuskan Perang Dunia kedua di teater Pasifik adalah pendaratan Divisyen ke 18 tentera Imperialis Jepun di Kota Bahru

walaubagaimanapun, sebenarnya serangan keatas Kota Bahru dan Pearl adalah serentak, dengan sela masa yang berbeza hanya 50 minit sahaja antara kedua-dua gerakan ofensif, cuma tarikhnya berbeza.

Rekod militer menunjukkan yang serangan keatas Kota Bahru berlaku pada jam 0030H waktu Kota Bahru, dan serangan keatas Pearl disusuli pada jam 0118 waktu Kota Bahru (beza masa antara KB dna Pearl adalah 18 jam maka 0118 di KB adalah 0718 pagi pada 7 haribulan Disember.)

FJ
tujuan kedua2 kotaraya itu dipilih adalah sebagai eksperimentasi keatas kesan ledakan atomik keatas kawasan populasi yang dikelilingi kawasan pergunungan,selain Hiroshima merupakan bandar pelabuhan dengan fasilitas militer dan industrial yang strategik,yang mampu mengatur gerak divisyen divisyen tentera melalui jalan laut, keupayaan industri yang tinggi dalam menjana mesin perang lantas menjadikan ia sasaran penting.selain itu,disebabkan ia adalah sebuah bandaraya yang besar dengan populasi penduduk yang tinggi, ia menjadi sasaran untuk melemahkan psikologi Imperialis Jepun selain sebagai medan eksperimentasi kesan ledakan atomik keatas bandaraya.

ia juga menjadi medan eksperimentasi dua jenis senjata atomik

Hiroshima mengalami kemusnahan atomik dengan bom atom jenis gun type fission weapon yang melakurkan uranium 235 manakala Nagasaki diledakkan dengan bom jenis implosion yang menggunakan plutonium yang mana bom di nagasaki adalah lebih komplikated

jangan pandang rendah

dalam masa kurang setahun Amerika mengerakkan seluruh rakyatnya untuk membantu war effort mereka...sehinggakan anak2 kecil juga turut membantu dengan membeli bon perang berjumlah 1 sen....

seluruh rakyat ya bukan semata2 tentera

kilang-kilang perindustrian yang dahulu menghasilkan motokar, jentera pertanian, motosikal berubah menjadi kilang kilang perang yang menghasilkan trak tentera, kereta kebal dan pelbagai kenderaan tentera, lancang pendarat dan meriam-meriam kereta kebal...

limbungan kapal swasta yang ada diseluruh pantai barat dan pantai timur Amerika dikerah untuk membina kapal-kapal perang

kilang-kilang barangan elektrik, jentera, semuanya berubah menjadi kompleks industri pembuatan pesawat

dan industri pertanian, pembuatan makanan meningkat dengan mendadak

jangan tak tahu, kalangna wanita Amerika juga turut terlibat turun padang membantu usaha perang, dengan bekerja sebagai pekerja kilang senjata, kilang kereta kebal dan pesawat sementara golongan lelaki dihantar kemedan perang

dan ingat...Amerika berperang di Pasifik dan juga Eropah dalam sela masa 1941 hingga 1946....malah turut membekalkan sejumlah bekalan senjata perang,makanan,ubatan,peluru,jentera perang dan malah menyewa kapal untuk pihak sekutunya yang lebih lemah seperti British dan Kanada dan Australia...

jadi

jangan pandang rendah pada mereka kerana mereka sangat bersatu dan sangat patriotik dan sukar ditangani

FJ

Tuesday, 8 December 2015

SAIGO TAKAMORI: SAMURAI TERAKHIR JEPUN BAB 1

Ingat tidak filem ‘The Last Samurai’ yang ada lakonan Tom Cruise dan Ken Watanabe? Tahukah anda watak Katsumoto yang dilakon oleh Ken Watanabe di dalam filem tersebut sebenarnya merujuk kepada samurai terakhir Satsuma iaitu Saigo Takamori?

Admin sebenarnya suka filem tersebut kerana memaparkan budaya Jepun yang cantik dan unik walaupun terdapat beberapa kesalahan fakta sejarah di dalamnya.

Saigō Takamori, atau nama sebenarnya Kichibē, atau Kichinosuke, (dan juga dikenali sebagai Nanshū) lahir pada 23 January 1828, Kagoshima, Kyushu, Jepun. Beliau merupakan anak yang sulung dan mempunyai 7 orang adik beradik. Saigo Takamori merupakan seorang panglima perang dan merupakan seorang samurai. Beliau dikatakan sebagai ‘The Last True Samurai’.

Keluarga Saigo dikatakan berkhidmat sebagai Samurai Jokashi (Samurai yang mahir) tetapi hidup bersederhana. Akibat kehidupan bersederhana mereka, mereka diberi gelaran Goshi ( Samurai pedalaman) . Goshi juga diberi kepada Samurai yang hidup sebagai separuh samurai dan separuh lagi sebagai petani.

Keluarga Saigo Takamori dikatakan hidup dalam serba kemiskinan. Walaupun mereka dibayar gaji oleh Daimyo, gaji tersebut masih tidak cukup untuk membayar hutang mereka.
Pada era lewat Edo, status, pangkat dan darjat amat bermakna kepada keluarga-keluarga samurai. Lebih tinggi pangkat seseorang samurai itu, lebih kaya kehidupan mereka, dan mereka akan menjadi kegemaran Daimyo. Menurut sejarah, jikakalau seseorang rakyat yang tidak tunduk hormat semasa samurai berlalu, samurai tersebut mempunyai hak untuk memenggal kepala rakyat tersebut. Adakah samurai tersebut akan dikenakan hukuman kerana tindakannya? Jawapannya tidak. Sebab itulah pangkat pada era Edo amat penting bagi seorang samurai.

Semasa kehidupan awal Saigo, beliau sering dicaci dan dihina oleh Samurai yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripadanya. Keluarganya juga dihina kerana hidup dalam kemiskinan. Walaupun dicaci, dihina dan dibuli, Saigo mengendahkan cacian tersebut, dia tetap sabar dan meneruskan kehidupannya.

Selepas mendapat pangkat sebagai pegawai daerah pada umur 26 tahun, beliau diarah untuk pergi ke Edo (sekarang Tokyo) untuk membantu Daimyo Satsuma, Shimazu Nariakira dalam gerakan Kobu gattai.

Kobu Gattai merupakan satu polisi di mana Shogun dan pihak Imperial Jepun berbincang untuk mencapai titik persamaan untuk jenis tindakan yang perlu diambil semasa dalam keadaan krisis. Hal ini sedemikian kerana, pada 8 Julai 1853 seorang laksamana United States yang bernama Commodore Matthew C. Perry telah mengancam Jepun dengan membawa masuk empat kapal wap perang di mulut pelabuhan Edo.

Objektif utama Commodore Matthew C. Perry pada masa itu adalah untuk memaksa Jepun membuka pelabuhan mereka bagi menjalankan perdagangan dengan negara Barat. Menurut sejarah, Commodore Matthew C.Perry telah mengancam Shogun dan mengatakan bahawa jika pelabuhan Jepun tidak dibuka kepada negara Barat, kapal wap perang US akan membedil pelabuhan Edo.

Selain daripada itu, Commodore Matthew C. Perry telah mengarah kapal-kapal perangnya untuk membidik meriam mereka ke arah bandar Uruga berdekatan teluk Edo. Dia juga telah mengarahkan kapal-kapal perangnya untuk melepaskan 73 tembakan kosong, dengan alasan bahawa ianya untuk meraikan Hari Kemerdekaan USA.

Kerajaan Jepun pada masa itu mempunyai pelbagai masalah yang sedang berlaku di dalam pentadbiran mereka. Pada masa itu, Shogun Tokugawa Leyoshi tenat dan tidak tahu tindakan apa yang perlu dibuat.

Pada 14 Julai, pegawai-pegawai tertinggi Shogun atas arahan Shogun membenarkan Commodore Matthew untuk mendarat di Kurihama (sekarang Yokosuka). Surat Presiden Fillmore yang dibawa oleh Commodore Matthew diberi kepada pegawai tertinggi Shogun. Setelah selesai menghantar surat Presiden Fillmore yang mengandungi tuntutan US, Commodore Matthew bertolak bersama armadanya ke China pada 17 Julai dan mengatakan kepada pegawai-pegawai Jepun tadi bahawa dia akan kembali untuk mendapatkan jawapan daripada Shogun.

Abe Masahiro mengumpulkan semua Daimyo dari seluruh pelusuk Jepun untuk mencari jawapan untuk krisis ini. Satu perbahasan yang hangat berlaku di kalangan para Daimyo di dalam Istana Shogun. Kebanyakan Daimyo Jepun di dalam Kobbu Gattai buntu dan tidak tahu tindakan apa yang perlu dibuat. Shogun Tokugawa leyoshi telah meninggal dunia beberapa hari selepas Commodore Matthew meninggalkan Jepun.

Keadaan menjadi lebih runsing apabila para Daimyo dan Tairo Ii Nosuke bergaduh dalam siapa seterusnya yang akan menjadi Shogun. Ii Nosuke dan beberapa orang lain mahu Tokugawa Iemochi yang hanya 12 tahun untuk menjadi Shogun. Mengapa mereka mahu memilih Tokugawa Iemochi yang sangat muda menjadi Shogun? Rupa-rupanya li Nosuke dan beberapa orang Daimyo lain ingin mengawal pentadbiran politik Jepun dengan menjadikan Tokugawa Iemochi sebagai boneka untuk mendapatkan kuasa.

Tairo li Nosuke juga dikatakan menandatangani perjanjian “Perjanjian Harris 1858” dengan seorang ahli politik US bernama Townsend Harris. Perjanjian tersebut membolehkan kerajaan US dan negara-negara Barat lain untuk berdagang di Jepun. Namun ia hanya boleh dijalankan jika Ii Nosuke berjaya melantik Tokugawa Iemochi sebagai Shogun.

Daimyo yang taat kepada klan Hitotsubashi yang diketuai oleh Tokugawa Nariaki, Daimyo Mito tidak bersetuju dengan li Nosuke dan menyatakan bahawa Tokugawa lemochi tidak sesuai dan tidak berpengalaman untuk menjadi seorang Shogun.

Untuk mengakhiri pergaduhan pewarisan Shogun. Ii Nosuke memberi alasan bahawa isu pewarisan Shogun tidak perlu dirisaukan oleh para Daimyo dan Maharaja. Beliau berkata lagi hanya keluarga Tokugawa shaja yang boleh melantik Shogun seterusnya. Ii Nosuke sebenarnya merupakan seorang ahli kaunsel keluarga Tokugawa dan penasihat yang paling terdekat. Pengaruhnya yang kuat telah mengakibatkan keluarga Tokugawa untuk bersetuju dengan Ii Nosuke. Lalu Tokugawa Iemochi telah menjadi Shogun.

Selepas perlantikan Shogun yang baharu, Kobbu Gatai diteruskan. Mereka berbincang tentang tindakan apa yang wajar dilakukan sekiranya armada US kembali ke Jepun.

Dikatakan hanya 61 Daimyo sahaja yang memberi jawapan.
19 Daimyo bersetuju untuk mengikut tuntutan US, 19 Daimyo menentang tuntutan tersebut, 14 Daimyo tidak bersetuju dengan mana-mana dan lebih risau jikakalau peperangan akan meletus jika Jepun tidak menerima tuntutan US, 7 Daimyo lagi tidak pasti jawapan apa yang perlu diberi dan mengatakan bahawa mereka akan mengikut pendapat majoriti.

Shimazu Nariakira mencadangkan bahawa semua negeri/wilayah Jepun perlu menguatkan pertahanan sekiranya armada US kembali dengan tujuan untuk berperang.Semua Daimyo telah bersetuju dan membina dan menguatkan lagi kubu-kubu pertahanan di sepanjang persisiran pantai Jepun.

Pada 13 Februari 1854, Commodore Matthew kembali dengan 10 buah kapal perang dan 1600 askar tentera laut. Disebabkan kapal-kapal perang US kali ini lebih besar, lebin moden dan lebih ramai, Shogun Tokugawa Iemochi berasa risau dengan kedatangan armada laut US dan menghantar satu utusan kepada Commodore Matthew untuk memberitahu bahawa baginda bersetuju dengan tuntutan US.

Keputusan Shogun Tokugawa lemochi mendapat tentangan daripada beberapa Daimyo, pihak Imperial Jepun (Maharaja) dan Saigo Takamori.

Beberapa Daimyo telah pergi berjumpa dengan Maharaja Jepun dan merayu pada baginda untuk melucutkan jawatan Ii Nosuke. Namun begitu, disebabkan Ii Nosuke telah menjadikan Shogun sebagai boneka dia, Ii Nosuke mendapat hak istimewa oleh Shogun. Setelah Ii Nosuke mendapat tahu terdapat Daimyo yang menentang dia, beliau telah melaksanakan kempen Ansei.

Kempen Ansei telah memaksa Daimyo yang taat kepada klan Hitotsubashi untuk bersara. Terdapat juga Daimyo yang telah dipenjarakan dan ada juga dibunuh dengan kejam.

Saigo telah melarikan diri ke Satsuma dan beliau cuba membunuh diri dengan melemaskan diri. Namun begitu beliau telah diselamatkan dan dibuang ke Pulau Amami Oshima dari 1859 sehingga 1864.

Pada 24 Mac 1860, Ii Nosuke telah dibunuh oleh 17 orang Samurai dari wilayah Mito. Setahun selepas kematian Ii Nosuke, Saigo dipanggil semula ke Kagoshima oleh adik Nariakira, Hisamitsu dan juga Tadayoshi.

Hisamitsu dan Tadayoshi telah merancang untuk memimpin sebuah angkatan tentera Satsuma yang besar ke Kyoto dan Edo untuk menjatuhkan pentadbiran Shogun dan mengangkat Maharaja sebagai pemimpin Jepun yang sebenar.

Maaf jika terlalu panjang, admin terpaksa pendekkan kerana takut kalau pembaca menjadi bosan. Jadi perjuangan Saigo Takamori akan diteruskan pada Bab 2! Nantikannya di The Patriots!
Harap maaf jika ada kesalahan tatabahasa!

Ditulis oleh: -OF-

Saturday, 5 December 2015

TANDA TANDA SAKARATUL MAUT


Pertama: Sulbi kita terasa Sakit seperti ditusuk dengan jarum sampai keubun ubun, sakitnya luar biasa dan telinga kita mendengar suara tembakan satu kali, maka segeralah kita ucapkan YA HU. Allah memberikan tanda bahwa umur kita tinggal 40 hari. 
Kedua: Apabila dari mata kita keluar cahaya yang putih, kemudian cahaya itu berdiri dihadapan kita, kemudian berubah menjadi seorang Insan yang berpakaian amat indah menghadap kepada kita. Apabila jelas tanda ini datang dari pada kita, maka segeralah ucapkan ALLAH HAKKUL HAK Tanda ini Allah menyatakan bahwa umur kita tinggal 7 hari lagi. 
Ketiga : Apabila telah keluar dari mulut kita suatu cahaya yang sangat bersinar, kemudian cahaya itu berdiri dihadapan kita, kcmudian berubah menjadi ujud kita atau serupa dengan kita, dan bersamaan dengan itu tercium bau yang sangat harum. Jikalau tanda ini jelas datangnya dari diri kita maka ucapkanlah :
ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN.
Tanda ini Allah memberitahukan bahwa umur kita tinggal 3 hari lagi. Maka  beramanatlah kita kepada sanak saudara dan jangan lagi kita lalai dari amalan-amalan yang sering kita lakukan. 

Keempat: Apabila sudah sampai kepada yang terakhir, maka berjagalah kita dan jangan lalai dengan. dzikir nafas yang keluar masuk, sambil menunggu tanda yang terakhir.
Manakala telinga kita berdengung yang sangat panjang, kemudian mata kita berubah menjadi kabur-kabur, kemudian penglihatan kita menjadi gelap semata-mata dan di dalam kegelapan itu terpandang kita suatu titik cahaya, kemudian berubah pula penglihatan kita menjadi terang benderang penuh semesta alam, maka tenangkanlah hati kita dan berdzikirlah karena kita sedang berhadapan dengan NUR ALLAH. Terakhir pendengaran kita mendengung lagi dan mata kita rasa mengantuk, kemudian tangan kita kita angkat seperti orang yang Takbir seraya mengucapkan 
ALLAHU AKBAR atau LA ILAHA ILLA ALLAH.

*SAKARATUL MAUT* 

JASMANI - kembali kepada bumi, karena menerima himpitan daripada bumi itu. Hanya Rasulullah yang terlepas daripada hisab himpitan itu, sekalipun anak anak. 

ROHANI  -  kembali kepada Nur Muhammad, karena menanti hari perhitungan pada hari kiamat. 

NYAWA  -  kembali kepada yang punya hak. Adapun nyawa itu tiada berkeputusan menerima anugerah dari pada Tuhannya, karena ia limpahan dari pada ilmuNya yang qadim dengan menerima kasih sayang dari padaNya.
Adapun ma'rifat itu, ialah hal keadaannya untuk mengetahui orang yang tiada lepas dari pada berkehendak kepada rahasia.
Akhir dari ma'rifat itu ialah amal untuk menjalani sampai timbulnya kehendak itu, tiada yang lain tempatnya menjatuhkan kehendak melainkan kepada manusia.
Asal ma'rifat itu ialah akal untuk menimbulkan keyakinan bahwa ia tiada lepas dan pada berkehendak kepada rahasia.
Mula ma'rifat itu ialah iman untuk menimbulkan tasdiq, karena tasdiq itu berdiri kepada ke-esaanNya dan kebesaranNya. 

HADRATUR RAHMAN -Menilik kepada hambaNya dengan sifat JAMAL -tilik keelokanNya.  

HADRATUR RUBUBIYAH -Menilik kepada hambaNya dengan sifat JALAL tilik kebesaranNya.  

HADRATUL-ULUHIYAH -Menilik kepada hambaNya dengan sifat KAMAL tilik kesempurnaanNya.   Orang yang tiada sampai kepada sebenar benar pengenal maka ditilik dengan sifat KAHHAR artinya tilik kekerasan.

Musyahadah : bermesralah ujudNya kepada zatNya seperti mesranya cahaya dengan matahari. Pujinya Hu -Allah. 

Sakaratul Maut : Keluarlah Rohani meninggalkan jasmani dengan pujinya Allah -Hu.
Tinggallah nyawa memuji TuhanNya dengan pujinya Ah -Ah.
Kembalilah nyawa dengan pujinya
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH,
tiada dengan huruf tiada dengan suara.
La hurufin wala sautin.

*Pesan guru ku...
Sebelum kau akan merasai mati, bukalah dahulu Al-Qur'an....Al-Qur'an yang kau dapatkannya itu mestilah al-Qur'an sejati lagi haqiqi, bukanlah sepertimana yang terdapat di toko-toko yang menjualnya berbentuk perhiasan atau kitab. haruslah kau membaca al-Qur'an itu sehinggalah kau dapat mengkhatamkan seluruh bacaannya.. usahlah baca separuh-separuhan lalu kau tinggalkannya begitu saja. setelah kau mengkhatamkan (menamatkan) bacaan al-Quran, hendaklah kau pergi pula menunaikan haji dan umrah dalam perjalanannya yang tak sampai sehari semalam, meskipun jarak tempatmu amat jauh antara Mekah dan Madinah. setelah kau berhaji dan berumrah, hendaklah kau menemui junjungan besar Rasulullah saw, memohon syafaatnya dan kepada sekalian para Nabi dan Rasul agar kau juga diberikan syafaat oleh mereka, dan juga kepada para sahabat Nabi saw berserta ahli keluarganya, dan juga hendaklah kau mendekati kaum muslimin agar kau memperolehi pembelaan dari mereka di hari perhitungan yaumil masyhar nanti.

- tidur itu adalah mati.

- Surah Al-Fateha adalah induk al-Quran atau ummul kitab. makna fateha adalah pembukaan - pembuka bagi segala hijab. Bacalah al-fateha untuk diri mu sebanyak 21X sebelum kau tidur.

-membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas adalah sama mengkhattamkan bacaan seluruh al-Qur'an.

- membaca zikir "Subhanallahu Walhamdulillahi Walaailaha illallahu Wallahu Akbar" (tak termasuk bacaan haqalah) adalah sama menunaikan haji dan umrah yang sunnat.

- bersalawat kepada Nabi saw - akan menemui Rasulullah saw dan mendapat syafa'at baginda di dunia dan akhirat. Bacalah sebanyak 9X

- begitu juga jika ditambah salawat kepada sekalian para Nabi dan Rasul dan para mukmin dan mukminat "Wal anbiya'i walmursalin wali jami'il muqmini wal muqminat" akan mendapat syafaat dari para Nabi dan Rasul, dan juga mendapat pembelaan daripada orang-orang mukmin yang soleh di hari perhimpunan yang akan menghisab amalan manusia.

- begitu juga jika ditambah dengan salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda saw "wa'alaa alihi wasohbihi ajma'in" - semoga akan berada dekat sisi mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Pesan guru ku lagi....

"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang ataupun malam?"
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu senantiasa boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"