Friday, 8 January 2016

SEJARAH ITU & INI, BENAR ATAU TIPU ?

"Kau betul pasti sejarah Melayu yang ditulis itu benar dan tidak pernah diseleweng faktanya ?"

Jadi, saudara betul pasti sejarah itu sudah diseleweng ? Kalau saudara main hentam menuduh yang bukan-bukan terhadap tokoh, tempat, masa dalam sejarah, bermaksud saudara telah melakukan fitnah & berlaku zalim (tidak menempatkan sesuatu di tempat yang sepatutnya).

Maka, untuk menyelesaikan masalah ini, apakah langkah (method) untuk menentukan kesahihan sejarah tersebut ?

........................................................

APA ITU SEJARAH
Kajian sejarah ialah penemuan, pengumpulan, pengurusan & persembahan maklumat terhadap peristiwa lampau. Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai 'prasejarah'.

KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah yang memberikan maklumat dan bukti tentang sesuatu peristiwa. Sumber sejarah boleh diperolehi daripada tiga kaedah pendapatan seperti berikut:

-Kaedah lisan
Ia merupakan satu cara masyarakat menyampaikan sejarah lisan, kesusteraan, perundangan dan pengetahuan lain menyeberangi generasi tanpa sistem tulisan. Contoh yang menggabungkan kesusteraan lisan dan sejarah lisan, sebelum ditulis, adalah Sulalatus Salatin.

-Kaedah bertulis
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.

Sistem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:

-tulisan logo
-suku kata
-abjad
-ciri

Lagi satu kategori, iaitu ideografi (simbol), tidak pernah diperkembangkan sehingga tahap yang mencukupi untuk mewakili bahasa. Selain itu, piktografi juga tidak mencukupi untuk mewakili bahasa pada dirinya, tetapi seringnya menjadi teras untuk tulisan logo.

-Kaedah arkeologi
Ia adalah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim & cari gali.

Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali. Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik contohnya pentarikhan radiokarbon.

Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut.

Untuk membuktikan sesuatu sejarah, hasil daripada ketiga-tiga kaedah di atas akan dikelaskan kepada dua jenis sumber, berdasarkan tarikh sumber tersebut.

Dua jenis sumber sejarah yang penting ialah :
-Sumber pertama atau SUMBER PRIMER
Sumber primer merupakan sumber yang telah wujud ketika sesuatu subjek (tokoh atau peristiwa) sedang berlangsung & mendapat kesan secara terus daripada subjek tersebut. Sumber primer ini boleh jadi berbentuk artifak, misalnya senjata, duit, pakaian, banggunan, prasasti & sebagainya. Dan juga ia boleh jadi berbentuk catatan bertulis samada ditulis oleh tokoh yang terlibat itu sendiri ataupun ditulis oleh orang lain yang sezaman dengan subjek (tokoh atau peristiwa)

-Sumber kedua atau SUMBER SEKUNDER
Sumber sekunder merupakan sumber berkaitan dengan subjek (tokoh atau peristiwa) yang wujud selepas subjek berlangsung. Biasanya sumber sekunder ini berbentuk penulisan lama yang menceritakan semula subjek. Ia hanya boleh dijadikan sokongan kepada sumber primer jika kisahnya selari dengan sumber primer.

........................................................

"Cerita-cerita rakyat yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar, biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah." - Seixas, Peter (2000). "Schweigen! die Kinder!". Dalam Peter N. Stearns, Peters Seixas, Sam Wineburg (eds.). Knowing Teaching and Learning History, National and International Perspectives. New York & London: New York University Press. p. 24.

'Cross-Referent' atau 'Semakan Lintang' perlu dilakukan untuk mengukuhkan suatu fakta atau teori dalam sejarah. Semakan lintang adalah satu proses rujukan daripada sumber lain yang bercerita tentang perkara yang sama. Contohnya Amando Cortesao – The Suma Oriental of Tome’ Pires (Portugis) & Rekidai Hoan (Ryukyu) menjadi antara sumber rujukan lintang dalam penceritaan Dato Laksamana Hang Tuah.

Sumber-sumber semakan lintang ini juga akan melalui penapisan seperti di atas, untuk mengelaskan sumber tersebut di dalam sumber primer atau sumber sekunder.

........................................................

Golongan yang menderita inferiority-complex seringkali terlepas pandang terhadap perkara semakan lintang, namun dengan beraninya membuat komen atau memberi hujah menyangkal sesuatu sejarah. Jadi ada moleknya jika kalian mendalami dahulu apa yang kalian ingin perkatakan, takut disekolahkan kemudian hari, padahal perkara ini telah disuap seawal zaman sekolah menengah bawah lagi, atau seawal usia 13 tahun. ;)

-Kai-

SEJARAH PERISIKAN

Sejarah Perisikan : Jack v Nippon

Dalam sejarah perisikan dan peperangan dunia terutamanya melibatkan Perang Dunia (PD) I&II sering kali kita disajikan dengan cerita perisikan dari Eropah terutamanya melibatkan pihak Berikat dan Nazi. Kemudiannya ke zaman Perang Dingin apabila melibatkan CIA, KGB dan MI5. Jarang sekali kita dalam melihat filem perang berdasarkan perisikan di kawasan Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Di Tanah Melayu terutamanya sejarah yang dipaparkan kebiasaanya melibatkan kekejamaan tentera Jepun dan kebaikan tentera British yang telah menyelamatkan Tanah Melayu dari “kekejaman” Jepun. Kejam Jepun disebabkan dia membunuh dan menyeksa orang tapi kejam British dia ambil maruah bangsa, isi perut bumi dan sejarah bangsa Melayu huhu...

Sejak tahun 1930 lagi Imperial Jepun telah menghantar perisiknya ke seluruh Tanah Melayu (TM) untuk meninjau keadaan geo politik Malaya. Perisik ini bukan sahaja di hantar ke sini malahan seluruh Asia Tenggara.

Di dalam buku terbitan kami iaitu “Tanah Baru Naga Selatan” ada kami ceritakan tujuan utama perisik Jepun ke sini dan siapa pula perisik yang di hantar ke sini serta Perang Sino-Jepun pada tahun 1937.

Selepas PD 1 dan Perang Jepun China di Manchuria, Imperial Jepun mula mengalihkan perhatian kepada TM dan Singapura. Perkembangan ini menyebabkan British Malaya mula melihat tindak tanduk British dengan berhati-hati. Walaupun begitu hubungan British – Jepun dalam Syarikat Konsesi 5 kuasa di China menyebabkan British melakukan misi risikan secara paling rahsia dan tidak di ketahui oleh sesiapun kecuali pihak yang terlibat. Sebelum tercetusnya PD II British menganggap mereka adalah lebih superior berbanding Jepun yang jauh ketinggalan dari sudut teknologi yang tidak dapat membantu para perisikan Jepun dalam melakukan tugas-tugas mereka. Kelemahan Jepun juga dikaitkan dengan kelemahan unit propaganda Jepun malahan di anggap lebih lemah daripada China. Hal inilah yang di jaja oleh British kepada seluruh dunia sebelum PD II. Perisik Jepun juga dianggap lemah kerana tidak tahu berbahasa Inggeris dan terlalu taat dengan sistem feudal yang ada. Ketaatan ini menyebabkan pihak British menganggap perisikan Jepun tidak mandiri. Kelemahan ini terbawa – bawa hingga ke TM dan membiarkan perisik- perisik Jepun masuk ke TM dan apabila mereka sedar semuanya sudah terlewat.

Pembabitan risikan Jepun di Singapura telah disyaki sejak sekian lama oleh British melalui kedutaan Jepun di Singapura malah British Singapura menganggarkan Kedutaan Jepun memperuntukkan $12 000 untuk aktiviti perisikan ini. Teori ini dikuatkan lagi dengan ketibaan kapal SS Hakone Maru pada tahun 1938 apabila pemeriksaan kapal menjumpai sebuah surat bertajuj yang dikatakan sebagai kod rahsia Pejabat Luar Jepun. Sebelum itu pada tahun 1934 Cawangan Khas British telag mengenalpasti kemasukan Katsujiro Kizaki dan Tetsuhiko Kaseda ke Singapura yang merupakan anggota perisikan tentera laut. Kedua mereka ini masuk ke Singapura sebagai wartawan walaubagaimanapun mereka telah di tangkap oleh cawangan khas dan polis telah menemui $8000 dan kamera milik Kizaki. Kizaki kemudiannya di minta hadir ke balai polis namun telah membunuh diri dengan memakan Cynide dan Kaseda juga membunuh diri di ibu pejabat CID Singapura. Menyedari bahawa kekuatan Singapura bergantung kepada  Tentera Laut  maka  segala usaha telah dilakukan oleh pihak Jepun sejak pangkalan laut British Singapura ini dibina pada tahun 1932. Antara yang diperolehi ialah sebuah pelan Pengkalan Laut dari Robert dengan bayaran sebanyak $1300.

Pihak British yang telah menyedari kegiatan ini telah bertindak mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang mungkin antara langkah yang di ambil ialah membincangkan semula perjanjian Anglo-British 1911 yang turut membabitkan Tanah Melayu serta mengambil kira perkara –perkara lain agar tidak bertentangan dengan isi perjanjian. Peraturan visa telah dikenakan terhadap Jepun bagi mengelak perisik-perisik ini masuk ke TM namun untuk mengelak dari memperlihatkan syak wasangka dan dikriminasi terhadap Jepun maka undang-undang ini ditetapkan kepada semua negara. Kesan dari tindakan ini pada tahun 1937 seramai 5 orang warga Jepun telah di halau keluar dari Singapura. Antara yang menarik ialah kisah Shohei Goma yang menyamar sebagai wakil akhbar Osaka Asasi Shinbum dan mempunyai hubungan dengan  Rash Behari Rose yang sangat dikedendaki oleh British pada tahun 1915 kerana cuba membunuh Lord Hardinge.  Shohei Goma menerima latihan di Sekolah Perisikan Jepun dan merupakan seorang pakar dalam perdagangan candu. Goma berlepas ke Jepun pada tahun 1938 dengan menaiki kapal SS Katori Maru.

Aktiviti propaganda juga dilakukan dan propaganda anti British dan pro Jepun telah berjaya tersebar ke seluruh Singapura. Eifuku Tora merupakan ketua Taichong Kongsi iaitu organisasi nelayan jepun di Singapura sejak sekian lama disyaki terbabit dengan aktiviti perisikan oleh British dan mereka juga dilihat terlibat dengan gerakan anti Chiang Kai Shek.

Sebagai penutup Cawangan Khas British juga terpaksa menghadapi aktiviti sayap kelima dari kalangan orang melayu,Cina dan India yang menyokong Jepun terutamnya melibatkan KMM dan ratusan ahli KMM telah ditangkap pada tahun 1941 sebelum PD II tercetus. Sesungguhnya kegagalan perisikan British adalah antara penyumbang kepada kegagalan British mempertahankan TM dan Singapura yang akhirnya jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942.

Kisah ni panjang lagi.. Kalo citer semua tak best la pulak.. hehehe

Sumber : Sejarah Perisikan Di Malaysia dan Tanah Baru Naga Selatan.

Kepada yang ingin melihat kulit buku boleh lihat pada ruangan komen di post ini.

Kepada yang berminat untuk membeli buku Sejarah Perisikan di Malaysia dan Tanah Baru Naga Selatan pula sila pm admin untuk info lanjut. Terima kasih.

SPDM+TBNS beharga RM 83.00 sahaja. PM segera!! Tempahan dibuka hingga Isnin sahaja.

(((SBYB)))

Thursday, 7 January 2016

ASSASSIN: LAGENDA ORGANISASI SULIT YANG DITAKUTI BANI SELJUK

“Aku pernah berdepan dengan ribuan lelaki. Kesemuanya lebih handal berbandingmu, dan kesemuanya mati – ditanganku!” – Al Mualim.

Semestinya apabila berbicara tentang assassin, tentu ramai yang akan berfikir tentang Altair ibn La-Ahad, Enzo Auditore da Firenze dan Desmond Miles. Tetapi ramai yang tidak tahu akan organisasi rahsia “Hashashin” yang memang pernah wujud dalam sejarah masyarakat Syria dan Parsi pada penghujung abad ke-11.

Gerakan ini dimulakan oleh pemimpin Negara Nizari Ismailiyah (1090-1256) iaitu Hassan-i-Sabbah, yang mempunyai kesatuan kerajaan yang lebih efektif berbanding Khilafah Fatimiyyah dan Empayar Seljuk. Dan ibu pejabat mereka diletakkan di istana Alamut – dimana kaum wanita tidak dibenarkan masuk atas keselamatan dan rahsia.

Ahli-ahli mereka yang dilatih dalam pertempuran, teknik menyamar dan berkuda mempunyai kepakaran dari segi bahasa, strategi dan ‘seni peperangan’. Didorongi barisan Ismaili, jentera-jentera mereka beroperasi secara rahsia dalam usaha menghapuskan pesaing-pesaing politik dan agama.

Selalunya sasaran mereka akan dibunuh di tempat terbuka dan pada waktu tengahari dengan pisau belati yang kadangkala disaluti racun, agar elemen ketakutan dalam kalangan musuh mereka dapat dicetuskan.

Uniknya, sebelum operasi sulit mereka dimulakan, agen-agen Hashashin akan mengasimilasikan diri mereka dengan kebudayaan bandar atau kawasan sasaran mereka. Pada masa yang sama, mereka akan mencari tempat-tempat tertentu untuk menjayakan misi-misi mereka. Dan bukan semua sasaran mereka dibunuh – kadangkala ancaman juga akan dibuat; itupun secara rahsia, melalui nota ancaman yang diselit bawah bantal sasaran.

Perkara ini jelas semasa pemerintahan Sultan Ahmad Sanjar bermula. Baginda menolak wakil-wakil Hasashin yang datang untuk rundingan keamanan, dan keesokan harinya, baginda menemui sebilah pisau belati dicucuk ditepi katilnya. Kemudian datang pula suruhan Hassan-i-Sabbah yang mengugut secara sopan, bertanya jika pisau belati itu dicucuk di dada lembut Sultan Ahmad Sanjar.

Teknik diplomasi ini berjaya kerana terbentuknya sejenis gencatan senjata antara Seljuk dan Nizari sepanjang pemerintahan Ahmad Sanjar. Ahmad Sanjar siap mengurniakan kebebasan kepada Hasashin dari segi cukai, lesen, geran dan kebenaran untuk mengutip bayaran daripada pengembara.

Sepanjang operasi Hasashin, orang awam tidak akan diapa-apakan, kerana objektif-objektif mereka lebih kepada pengekangan kepada penindasan golongan Ismaili. Dan jikalau mereka secara semberono membunuh orang-orang awam, tentunya pekung mereka mudah dibuka.

Kesatuan dalam operasi mereka memang ditakuti ramai, termasuk Sultan Salah ad-Din yang membuat perikatan dengan Ismaili agar dapat mengelakkan usaha-usaha pembunuhan. Tentunya Salah ad-Din tahu akan kisah Nizam al-Mulk, selaku wazir Seljuk yang dibunuh agen Hasashin semasa dalam perjalanan dari Isfahan ke Baghdad. Sehingga hari ini, pembunuh itu tidak diketahui.

Dan menerusi keefektifan yang diterapkan sistem Hasashin, mereka berjaya menguasai istana-istana di Banjaran Nusayriyah seperti Masyaf, Rusafa, al-Kahf, al-Qadmus, Khawabi, Sarmin dan banyak lagi, sehinggalah dibebaskan Sultan Mamluk.

Kejayaan mereka dalam penentangan Seljuk tidak membuahkan hasil apabila mereka berdepan dengan Angkatan Kencana Mongolia.

Pemimpin Hashashin pada waktu ini, Alaudin, menghantar ratusan pembunuh untuk menamatkan riwayat Mongke Khan, membuatkan penguasa hebat Mongolia itu mengarahkan keluarga Jochi dan Chagatai agar sertai gerakan Hulagu menuju ke Iran, sekaligus menguatkan tentera ini dengan seribu jurutera-jurutera peperangan Cina.

Di sini keefektifan Hashashin tidak mampu menandingi keefektifan Mongolia. Mereka dihancurkan pada penghujung 1256, dimana pengganti Hassan-i-Sabbah – Rukun ad-Din berhijrah ke Karakorum untuk bertemu Khan Mongke tetapi dihalau begitu sahaja.

Baginda dibunuh semasa dalam perjalanan pulang ke tanahairnya, yang sudahpun ditawan Mongolia selepas kejatuhan Istana Alamut, tetapi Hasashin berjaya merampas kembali istana ini hanya selama beberapa bulan sahaja – sebelum dihancurkan sekali lagi, meletakkan titik nokhtah terakhir buat pengaruh politik mereka.

Betapa hebatnya Angkatan Kencana Mongolia yang berperang menerusi kesatuan, strategi, dan modernisasi, sehingga barisan yang beroperasi secara sulit berjaya dipatahkan begitu sahaja.

-- AFDS --

TUN PERAK SI GENIUS MELAYU YANG TERUS DILUPAKAN ANAK BANGSA

Sepertimana tajuk yang tertulis diatas, peranan tokoh hebat ini sebenarnya kurang diambil berat oleh sesetengah dari kita terutamanya anak muda. Jika kita lihat filem-filem serta drama di TV jarang sekali watak tokoh besar ini dimainkan. Masyarakat kita lebih sibuk dengan watak Hang Tuah yang masih menjadi misteri kepada ahli-ahli sejarah sehingga ke hari ini.

Namun tokoh besar ini tak perlu kita susah-susah memikir dari mana dia berasal dan siapa keturunannya kerana maklumat tentang tokoh ini lebih realiti dari Hang tuah. Kalau kita ibaratkan sejarah England Hang Tuah ialah King Arthur dan pedang saktinya yang menjadi lagenda dan misteri yang penuh dengan mitos manakala Tun Perak pula sesuai disamakan dengan Sir Francis Walsingham atau juga William Cecil yang melahirkan banyak keturunan perdana menteri dan ahli politik.

Amat mengejutkan apabila saya baca bahawa ada pihak yang lansung tidak mengenal siapa Tun perak malah ada juga pihak yang mencemuh mereka apabila mereka mahu mewartakan tapak perkuburan Tun perak.

Anda tahu apa yang mereka kata? 'Tun perak tu siape, tak penting pun lainlah kalau hang tuah semua orang kenal'. Terkedu dan sayu rasa dihati saya menatap tulisan tersebut. Saya tidak sangka ada juga orang yang berfikiran cetek, jumud dan buta sejarah seperti ini! Kalau lah Tun perak masih ada tentu dia kecewa. Maka atas dasar simpati terhadap keluarga Tun perak yang sekarang masih ada di Melaka maka saya akan paparkan untuk anda artikel mengenai tokoh agung ini.

Hari ini kita akan memperbincangkan satu persatu sumbangan beliau dan melihat betapa besarnya pengaruh dan kepimpinan beliau dalam membangunkan Melaka dan bangsa Melayu itu sendiri. selepas ini diharap jangan ada lagi yang mempersoal siapa itu tun perak berbanding hang tuah. jika tiada Tun perak saya percaya Hang tuah juga tidak akan kemana.

Para pembaca semua, sebenarnya ada banyak aspek yang melibatkan sumbangan beliau dalam menjadikan Melaka sebuah negara yang maju, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kuasa Melantik Sultan

Bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka . Oleh itu, Tun Perak selaku bendahara Melaka mempunyai kuasa untuk melantk seseorang raja. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai pertalian darah dengannya. Misalnya, seperti perlantikan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik sebagai sultan Melaka merupakan anak saudara kepada Tun Perak.

Selain itu, boleh dilihat juga peranan dan sumbangan Tun Perak dalam menjadi penasihat sultan. Tun Perak juga merupakan king maker penting dalam membuat pilihan yang tepat dalam memilih seorang putera yang akan ditabalkan menjadi sultan.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya seorang putera raja akan terus diangkat atau ditabalkan menjadi sultan. Kuncinya adalah muafakat dan keadilan, baik bagi raja atau sultan yang akan menduduki takhta kerajaan mahupun dalam kalangan individu yang dipertanggungjawbkan tugasnya.

Secara idealnya, selain dari adil, raja-raja Melaka juga harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hal ini terkait rapat dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui diantara Demang lebar daun dan Sri tri buana.Terdapat empat syarat bagi menegakkan daulat sebagai seorang pemerintah. Hal ini dubuktikan dengan lebih jelas dalam undang-undang perlantikan seorang sultan ;

“adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara : pertama ampun

(merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (courageous),

keempat melakukan hukumannya dengan kaharnya

(to give his verdict decislvely). Itulah sifat segala raja-raja itu

pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang.

Inilah kanun namanya ”

Raja yang adil akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Perkara inilah yang sering ditekankan oleh Tun Perak ketika menjadi bendahara Melaka. Bukan sahaja dalam menasihati raja malahan ketika melakukan tugas yang lain juga seringkali Tun Perak menasihati pengikut-pengikutnya mengenai hal ini.

Hal ini dilihat jelas sewaktu Tun Perak mengecam perbuatan Temenggung Seri Maharaja kerana Temenggung telah meminta agar Sultan Mahmud membunuh seorang anak tempatan yang tidak besar kesalahannya sehingga perlu dijatuhkan hukuman bunuh.

Hal ini amat ditentang oleh bendahara Tun Perak kerana beliau kuatir perbuatan membunuh itu akan menjadi kegemaran sultan. Bendahara mengecam perbuatan Temenggung itu dengan berkata bahawa ;

“hai, hai ; lihatlah Seri Maharaja, anak harimau di ajarnya makan daging,

dia kelak ditangkapnya."

2. Merancang Strategi Ketenteraan Yang Ampuh

Jawatan dan amanah yang diberikan oleh sultan dan penduduk Kelang telah mendorong Tun Perak untuk menceburi bidang pentadbiran lalu menjadi sebahagian daripada birokrasi kerajaan Melaka. Pada awal abad ke-15 telah timbul persaingan antara kerajaan-kerajaan di seluruh kepulauan Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan siam mempunyai agenda yang tersendiri iaitu untuk menakluki kesemua kerajaan di kepulauan Melayu termasuklah Melaka.

Oleh itu, kesemua negeri di Tanah Melayu haruslah menghantar wang emas dan menyembah raja siam bagi menunjukkan kesetiaan dan pengakuan mereka akan ketuanan Melayu-siam Sri Dharmaraja terhadap negeri mereka. Namun, akibat daripada kesedaran kerajaan Melaka yang tidak mahu negeri itu bertuankan raja siam, maka mereka telah mengingkari segala perintah tersebut.

Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan kerajaan siam Sri Dharmaraja, lalu mereka telah menghantar angkatan tentera yang telah diketuai oleh Panglima Awi Cakri (Ok-P'ya Cakri). Dalam serangan inilah telah memperlihatkan kebijaksanaan dan bakat yang ada pada diri Tun Perak.

Dibawah institusi 'kerah', kerajaan Melaka telah mengarahkan agar kesemua pembesar dan penghulu di setiap daerah untuk mencari tenaga tentera dalam kalangan rakyat bagi memperthankan kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu termasuklah daerah kelang. Tun Perak selaku penghulu Kelang pada ketika itu telah diarahkan untuk mengerah pengikut dan hulubalangnya ke Melaka. Disinilah bermulanya perlaksanaan strategi Tun Perak dalam mempertahankan Melaka.

Antara strategi beliau adalah Tun Perak telah mengarahkanseluruh penduduk Kelang sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak untuk bersama-sama menyertai misi mempertahankan Melaka. Walaupun strategi ini dikatakan pelik, namun ianya sangat praktikal. Menurut Tun Perak, tentera lelaki kelak akan berperang untuk mempertahankan Melaka dengan bersungguh-sungguh,

“.....kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang di-Pertuan, lebiah ia berlawan (kerana) anak dan isterinya.”1 Dalam perlaksanaan strategi ini dapat dilihat bahawa ramai tentera siam mati lalu mereka telah mengalah lalu berundur dari Melaka.

Kejayaan perlaksanaan strategi mempertahankan Melaka daripada serangan siam telah membuktikan kepada semua akan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, hal ini telah menyebabkan sultan Melaka beranggapan bahawa tidak wajar sekiranya Tun Perak terus mentadbir Kelang lagi kerana bakatnya amat diperlukan untuk membangunkan kerajaan Melaka.

Oleh itu, Tun Perak telah diarahkan untuk berpindah dan mendiami Melaka. Selain itu, beliau juga telah dilantik menjadi Bentara Melaka. Seperti yang kita ketahui, Tun Perak merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip dan falsafah, “...dianugerahi oleh raja Melakapedang sebilah...peliharalah baik-baik, usahakan, jangan diberi berkarat, kemakanan matanya.”

Berdasarkan prinsip ini, maka beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri, duduk di Seri balai Istana, setara dengan Seri Nara Diraja yang ketika itu memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.

Kehebatan ilmu dan strategi dalam peperangan yang terajui oleh Tun Perak memang sudah teruji dalam awal penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran Melaka. Selepas menjawat jawatan sebagai seorang Bendahara Melaka, tugas utama yang diberikan kepada beliau adalah untuk mengetuai angkatan tentera laut Melaka untuk menangkis dan mengalahkan serangan tentera laut siam.

Menyedari akan kelemahan yang dimiliki dalam menangani serangan hebat dari siam, Tun Perak telah tampil dengan dengan satu lagi strategi yang baik iaitu strategi psikologi yang mana beliau telah menggunakan “puntung api” berdekatan dengan pantai Batu Pahat iaitu pantai sebelum sampai ke kawasan pantai Melaka.

Walaupun strategi ini nampak sangat melucukan tetapi ia merupakan satu serangan psikologi yang dapat melemahkan semangat tentera siam apabila mereka melihat puntung api berada di seluruh kawasan pantai mereka mula beranggapan bahawa tentera Melaka adalah sangat ramai dan hal ini amatlah menakutkan tentera siam kerana bilangan tentera siam tidak dapat menangani tentera Melaka yang begitu ramai.

Hasilnya, Melaka telah menang dalam pertarungan ini. Kekalahan siam juga telah memberi peluang kepada Melaka untuk menyerang Pahang yang pada ketika itu berada tanah taklukan Sri Dharmaraja. Semasa peperangan yang berlaku di Pahang, Tun Perak sekali lagi telah mengetuai angkatan tentera Melaka.

Sebagai seorang pemerintah yang berkaliber akhirnya Tun Perak telah dilantik untuk menjadi Bendahara Melaka yang merupakan jawatan eksekutif tertinggi dalam hirarki pentadbiran awam dan ketenteraan. Tome Pires dalam catatannya telah menyatakan bahawa ;

“...captains-general, whom they call Paduca Raja. These are a kind of viceroy,

who is the next to the king. To this man all the mandarins do reverence...the

Bemdara is the hingest in the kingdom. The Bemdara is a kind of chief-justice

in all civil and criminal affair...He can order any person to be put to death, of

whatever rank and condition, whether nobleman or foreigner, but first of all

he must inform s the king , and both decide the matter in consultation with

the Laksamana and the Tumunguo.”

Selepas tahun 1440-an, dengan kedudukan dan kuasa fizikal tertinggi yang dimiliki oleh Tun Perak telah menjadikan kedudukannya dalam birokrasi pentadbiean Melaka semakain selesa. Selepas kemangkatan Seri Nara Diraja Tun Ali yang merupakan iparnya, jawatan Penghulu Bendahari ini telah diserahkan kepada Tun Tahir bin Tun Ali dan memegang gelaran yang sama iaitu Seri Nara Diraja.

Selain itu, Tun Mutahir bin Tun Ali juga telah dilantik untuk menjadi Temenggung Melaka dan memegang gelaran Seri Maharaja. Seterusnya, Tun Abdullah yang merupakan anak bongsu kepada Tun Ali juga telah dilantik menjadi pembesar istana dan digelar Seri Nara Wangsa. Dalam keadaan ini dapa dilihat hampir semua raja-raja dan pembesar Melaka mempunyai pertalian persaudaraan dengan Tun Perak.

Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa Tun Perak sewaktu menjadi bendahara Melaka, beliau telah dikelilingi oleh kaum kerabatnya sendiri.4 Hal ini telah memberikan stu peluang yang baik kepada Bendahara Tun Perak untuk membangunkan dan memperkukuhkan lagi kedudukan Melaka sebagai sebuah empayar yang berjaya.

3. Pakar Hubungan Diplomatik

Kejayaan-kejayaan yang diperoleh daripada peperanagn telah menyebabakan Melaka mengubah strategi hubungan diplomatiknya dengan siam terutamanya. Dalam hal ini Tun Perak telah menyarankan agar melaka berbaik-baik dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam.

Hal ini kerana Tun Perak dapat melihat manfaat sekiranya kedua-dua buah kerajaan ini berdamai dan menjalinkan hubungan secara profesional. Keadaan ini ditambah lagi dengan hubungan baik yang terjalin antara China dengan Melaka iaitu China telah mengiktiraf Melaka sebagai sebuah negeri yang berada dibawah jagaannya.

Perkara ini telah menjadi anatra faktor utama siam bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara profesional dengan Melaka. Dalam hal ini Tun Perak telah menyatakan bahawa ;

“.....daripada banyak seteru, baik banyak sahabat.”

Hal ini telah dititikberatkan oleh sultan dan akhirnya kedua-dua buah kerajaan ini telah bersetuju untuk sama-sama berhubungan dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai keamanan dan keharmonian dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan kedua-kedua buah negeri ini.

4. Membangun dan Memperluaskan Ekonomi Melaka

Dasar politik serta hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Tun Perak telah berjaya menarik perhatian seluru dunia untuk menjalinkan hubungan negeri ini. Hal ini ditambah lagi dengan perkembangan ekonomi di selat Melaka sekaligus menjadikan Meaka sebagai sebuah pusat perdagangan dunia. Pengawalan laluan perdagangan laut dan penguasaan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Melaka telah menyebabakan empayar ini terus berkuasa di seuruh kawasan perdagangan selat Melaka.

Kebijaksanaan Tun Perak dalam menarik para pedagang datang ke Melaka merupakan satu sumbangan yang tidak dapat dinilai oleh kita. Perlaksanaan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka amat menitikberatkan hal keadilan pedagang, pembeli, dan faedah yang bakal diperoleh oleh kerajaan telah menjadi satu platform bagi pembangunan ekonomi Melaka.

Dalam kaedah dan tatacara tertentu dalam urusan pengawlan baranagn dan penghasilan dari kegiatan berdagang dan berniaga, bandar Melaka telah bangun menjadi sebuah emporium antarabangsa. Selain itu, kebajikan para pedangan juga telah dititiberatkan oleh Tun Perak. Oleh yang demikian, gudang-gudang dan rumah tumpangan telah diwujudkan di pelabuhan Melaka bagi menarik perhatian para pedagangan untuk singgah ke Melaka. Di samping itu, diwujudkan juga tempat untuk membaiki kapal-kapal dagangan yang telah rosak akibat daripada ditiup angin monsun.

Selain itu, penguasaan politik secara langsung terhadap kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu dan sumatera melalui penaklukan telah membolehkan pengawalan keatas bahan-bahan mentah serta barang dagangan untuk dibekalkan kepada pedagang asing. Contohnya pedagang dari China yang amat memerlukan bahan-bahan dan barangan daripada kepulauan Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Selain daripada dasar perluasan kuasa, dasar diplomatik yang diamalkan oleh Melaka dengan negeri-negeri lain di sekitarnya telah memberikan seribu satu kebikan kepada Melaka. Seperti yang dikatakan oleh Tun Perak mengenai hubungan diplomatik yang terjalin antara Melaka dengan siam bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terbukti apabila kerajaan siam membekalkan beras ke Melaka untuk diperdagangkan dan menampung keperluan masyarakat Melaka. Persengketaan yang telah ditamatkan oleh Tun Perak ini akhirnya telah membuahkan hasil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi.

5. Mewujudkan Sistem Pentadbiran yang berkesan

Kebijaksanaan Tun Perak sebagai bendahara Melaka telah berjaya mewujudkan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang amat efektif dan sistematik sehingga boleh bertahan selama empat generasi pemerintahan sultan. Hal ini dapat dibuktikan dalam catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa ;

“..Bemdara (Bendahara) is the highest in the kingdom.

Hal ini dapat dilihat sekiranya sultan berangkat ke tempat lain atas urusan rasmi, maka segala urusan pentadbiran akan diserahkan kepada pembesar-pembesar dan ia diketuai oleh bendahara Tun Perak. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu Sultan Mansur Sah dan rombongannya telah berangkat ke Majapahit atas urusan rasmi.

Oleh itu, sultan telah menitahkan agar bendahara yang akan menjaga dan menerajui pucuk pimpinan kerajaan sewaktu ketiadaan baginda di Melaka. Hal ini dapat dibuktikan apabila sultan bertitah dengan menyatakan bahawa ;

“maka Bendahara Paduka dan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan

segala menteri hulubalang yang besar-besar sekaliannya ditinggalkan

oleh Sultan Mansur Syah menunggui negeri”

Oleh yang demikian, segala tugas sultan akan dipikul oleh Tun Perak ketika ketiadaan sultan di Melaka. Para pembesar yang lain juga akan mempunyai tugas mereka iaitu turut bersama-sama menerajui pentadbiran negeri seperti yang telah diamanahkan oleh sultan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pembesar telah menunjukkan berlakunya persefahaman dan saling bergantungan antara pembesar-pembesar untuk terus menjaga keharmonian kerajaan Melaka.

Setelah lebih kurang sepuluh tahun Tun Perak memegang jawatan sebagai bendahara Melaka dibawah Sultan Mahmud, iaitu setelah berkhidmat kepada empat orang sultan Melaka. Pada tahun 1498, Tun Perak telah meninggal dunia dalam usia yang lanjut. Dibawah pentadbiran Tun Perak, empayar Melaka telah berkembang dengan pesat sehingga beliau dianggap sebagai 'Pembina Empayar'.

Pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilakukan oleh Tun Perak utuk memastikan Melaka muncul sebagai sebuah kuasa yang besar dan disanjungi hingga keseluruh pelusuk dunia. Kewibawaannya sebagai seorang pemimpin amatlah dikagumi hingga ke hari ini kerana kebijaksanaannya dalam mengatur pelbagai strategi telah menyebabkan Melaka dapat meluaskan pengaruhnya hingga ke luar semenanjung Tanah Melayu.

Selepas kematian Tun Perak, Sultan Mahmud telah melantik Tun perpatih Putih yang merupakan adik kepada Tun Perak untuk menjadi bendahara dan mendapat gelaran sebagai Bendahara Putih. Bendahara baru masih lagi meneruskan segala dasar yang dilakukan oleh Tun Perak, namun beliau tidak dapat mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh Sultan Mahud dan akhirnya kerajaan Melayu Melaka telah jatuh ketangan Portugis. Maka disini dapat dilihat berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan pembesar-pembesarnya. Sekian wallah hu a'lam.

~ASJ~

Sunday, 3 January 2016

Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about.

“My boss drove a luxury car everyday and it was my duty to greet him and to open the gates for him, as I worked as a watchman in his villa. But he never responded back to my greetings.

One day he saw me opening the garbage bags outside the villa in search for any leftover food. But, as usual he never even looked at me, it was like as if he never saw anything!

The very next day I saw a paper bag at the same place, but it was clean and the food inside was covered well. It was fresh and good food like someone had just brought it from the supermarket. I didn't bother as to where it came from, I just took the paper bag and I was so happy about it.

Every day I found this paper bag at the same place with fresh vegetables and all that we needed for home. This became my daily routine. I was eating and sharing this food with my wife and kids. I was wondering who this fool could be?! To forget his paper bag full of fresh food everyday.

One day there was a big problem in the villa and I was told that my boss has died. There were too many guests coming to the villa that day and I didn't get any food that day, so I thought that one of the guests must have taken it. But the same thing happened the 2nd day, the 3rd day and the 4th day.

It went on like this for a few weeks and I found it difficult to provide food for my family, so I decided to ask the wife of my boss for a raise in my salary or else I would quit my job as a watchman.

After I told her, she was shocked, and asked me, how come you never complained about your salary for the last 2 years? And why is this salary not enough for you now? I gave her so many excuses but she was never convinced!

Finally in the end, I decided to tell her the truth, I told her the entire story of the bag of groceries, and as to how it was my daily provision. She then asked me as to when this stopped? I told her after the death of her husband. And then I realized that I stopped seeing the paper bag immediately after the death of my boss. Why didn't I ever think of this before? That it was my boss who was providing this for me? I guess it was because I never thought that a person who never replied to my greetings could ever be this generous!

His wife started to cry and I told her to please stop crying and that I'm really sorry that I asked for a raise, I didn't know that it was your husband who was providing me with the meals, I’ll remain as a watchman and be happy to provide my service.
His wife told me, I'm crying because I've finally found the 7th person my husband was giving this bag full of food. I knew my husband was giving 7 people everyday, I had already found the 6 people, and all these days I was searching for the 7th person. And today I found out.

From that day onwards, I started to receive the bag full of food again, but this time his son was bringing it to my house and giving it to my hand. But whenever I thanked him, he never replied! Just like his dad!

One day, I told him THANK YOU in a very loud voice! He replied back to me to please not be offended when he doesn't reply, because he has a hearing problem, just like his dad!”

Oh! We have been wrong so many times judging others without knowing the true story behind their actions. Be kind and courteous in dealing with others, for everyone is fighting a hard battle. Be careful, not everything is about you. Before you assume, there is this thing called ASKING.

Don’t just jump to conclusion, because that is truly not an exercise, it may cause you more harm at the end of the day. Many of our problems are caused by how we process what happens around us. Don’t judge a situation you have never been in. Be humble enough to learn. You do not know it all. Lets change the way we feel about ourselves and others.

There are two sides to a story. Don’t believe everything you hear.

Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about.

Friday, 1 January 2016

MELAKA TIDAK WUJUD KERANA TIADA TINGGALAN?

Agak melucukan dan agak pelik dengan pemahaman sesetengah daripada kita yang mengatakan bahawa Melaka itu tak wujud kerana tiada tinggalan yang boleh dilihat jelas kini. Ada juga yang cuba membandingkan penjajahan Portugis di Melaka dengan penjajahan Portugis di Brazil atau Sepanyol di Mexico dan Peru. Kononnya Sepanyol dan Portugis tidak memusnahkan tinggalan tamadun Mesoamerika. Bagi saya kalau lah anda betul-betul baca sejarah dunia atau tahu sejarah Melaka dan sejarah penjajahan di Melaka secara detail, TIDAK sepatutnya timbul pertanyaan atau kenyataan yang sebegitu.

Siapa kata Sepanyol tidak memusnahkan kota asli orang Amerika Selatan? Kota Mexico itu dahulu adalah kota tamadun Mesoamerika bernama Tenochtitlan . Kota ini adalah diantara kota yang paling cantik, besar, canggih dan penuh dengan temple dan piramid serta bangunan batu diatas tasik. Malah para Conquistador juga kagum dengan kehebatan kota tersebut. Tapi mana perginya sekarang kota Aztec ini? Semua istana, piramid, temple dan bangunan batu, terusan, pasar, kompleks kota dan tembok lambang ketamadunan Mexico asli Aztec dimusnahkan dan dibina diatasnya Mexico City yang penuh dengan senibina Sepanyol!

Hanya sekarang baru mereka menggali semula di BAWAH bandar Mexico untuk mencari tinggalan kota Tamadun Aztec. Machu Pichu itu juga agak lewat ditemukan sebab ia berada dikawasan yang tersorok dan orang Sepayol sendiri tidak menjumpai Machu Pichu sehinggalah kurun ke 19 dan hanya pada tahun 1911 baru ia ditemui kembali oleh seorang pengembara. Sebelum itu kota tersebut hanya menjadi lagenda di mulut orang tempatan tetapi tidak diketahui dimana kedudukannya seperti El Dorado. Kota-kota Mayan dan Aztec yang masih tinggal sempurna dengan piramid itu sebenarnya ditinggalkan sendiri oleh masyarakatnya dan bukan disebabkan oleh kedatangan penjajah Sepanyol. Kebanyakan tinggalan Mesoamerika yang popular sekarang itu asalnya hilang atau lost kerana ditinggalkan dan dilitupi hutan belantara dan hanya ditemui setelah kurun ke 18 dan 19.

Situasi disana tidak boleh disamakan dengan Melaka. Kota Melaka hanya kota pelabuhan yang lebih kecil jika mahu dibandingkan dengan empayar Aztek mahupun Mayan yang meliputi seluruh Mexico hingga ke Peru itu. Di Melaka ketika Portugis baru sahaja mendarat dan menawan bandar tersebut tak sampai sebulan mereka sudah pun memusnahkan Masjid Agung Melaka, makam-makam diraja, memecahkan tembok kota dan membakar istana Melaka. Dibawah runtuhan Istana dan Masjid serta binaan Melaka inilah dibina kota Afamosa diatasnya. Jadi macam mana kita nak jumpa tinggalan Istana Melaka? Semuanya telah musnah!

Kemusnahan di Melaka bukan berlaku dalam waktu 1511 sahaja tetapi berlaku dalam banyak peringkat dan zaman. Ketika beberapa kali Johor menyerang Melaka untuk cuba mendapatkannya kembali pasti ada bangunan dan tembok yang kena bedil dan diletupkan . Semasa Aceh menyerang Melaka untuk merampasnya kembali dari Portugis dengan menggunakan meriam gergasi Turki dan Al Manjanik pastinya ada bangunan yang musnah dalam tempoh hampir dua tahun dikepung dan dibedil. Malah Gereja yang dibina Portugis pada awalnya juga berjaya diletupkan oleh tentera Aceh tetapi kemudian dibina semula oleh Portugis setelah Aceh kalah.

Kemudian sewaktu serangan Belanda dengan bantuan Johor keatas Melaka pasti lagi banyak kemusnahan telah berlaku di kota kecil tersebut. Itu belum lagi dikira zaman Belanda memerintah selama hampir 300 tahun yang pastinya banyak tinggalan yang mereka musnahkan, kambus dan tambak untuk membina bangunan baru. Bukannya mereka sengaja lenyapkan atau sembunyikan sejarah Melayu, tetapi kerana mereka mahu membina bangunan dan kawasan penempatan baru mengikut selera dan citarasa serta keperluan mereka dizaman itu. Mereka tidak peduli samaada kawasan itu dahulu tapak Istana kah atau tapak masjid kah atau tapak makam kah atau tapak gudang kah, apa yang penting bagi mereka ialah kawasan tersebut sudah menjadi milik mereka dan mereka bebas memusnahkan atau membina bangunan baru diatasnya. Hal ini dimudahkan lagi kerana kebanyakan bangunan Melayu zaman Melaka terbuat daripada kayu walaupun ada yang dibina dari batu.

Sama la juga seperti di zaman kini, Kampung Kerinchi, Kampung Chubadak, Kampung Melayu Pulau Pinang dan banyak lagi kampung-kampung Melayu di KL dan Pulau Pinang yang sudah hilang dan dibina dengan kondominium, rumah kedai, rumah pangsa serta bangunan pencakar langit. Adakah masih ada lagi kesan tinggalan rumah tradisional kampung di kawasan itu? Adakah pemaju akan sengaja meninggalkan batu tangga rumah Pak Hamid ketua kampung sebagai kenangan untuk anak cucunya atau mereka sengaja tinggalkan tiang rumah Mak Senah bidan kampung untuk bukti sejarah? NO, semuanya dimusnahkan! Yang tinggal hanya nama sahaja, semuanya telah disodok untuk PEMBANGUNAN BARU.

Pendek kata Kota Melaka bukanlah sebuah kawasan yang diserang dan dijajah kemudian dibiar begitu sahaja. Ia adalah tempat yang aktif dengan pelbagai aktiviti kehidupan dan berlakunya banyak kejadian, ia telah dijajah silih berganti oleh Portugis, Belanda dan British dan berlakunya banyak pembangunan malah pertempuran besar sepanjang perjalanan sejarah. Dan pastinya dalam tempoh 500 tahun itu semua tinggalan tersebut kalau pon ada sisanya telah musnah atau ditindih dibawah pembangunan baru yang dibina penjajah atau oleh kerajaan tempatan.

Kalau anda nak tengok sangat kota Melayu yang masih tinggal puing dan bersisa maka pergilah ke Johor di Kota Johor Lama. Nah, disana ada tinggalan Kota Melayu zaman kegemilangan kerajaan Johor Lama. Kota Johor lama itu juga pernah diserang oleh Portugis malah dimusnahkan dan dibakar oleh Jambi dan Belanda semasa Perang Johor-Jambi. Tetapi mengapa kota itu masih bersisa? Sebab kota itu terus ditinggalkan setelah ia diserang dan dibakar malah penjajah Portugis dan Belanda tidak pernah menjadikan kota tersebut sebagai tempat mereka bertapak.

Sultan Johor juga telah memindahkan kotanya ke tempat lain setelah kota itu diserang. Itulah adat Raja-Raja Melayu, selagi raja belum alah maka kerajaan belum jatuh. Dimana ada raja disitu ada kerajaan. Sultan Melayu pada zaman dahulu boleh membina kota dimana-mana sahaja yang mereka rasa perlu dan berpindah-pindah kota pentadbiran mengikut kesesuaian situasi politik mahupun ekonomi. Hal ini telah diamalkan sejak zaman Srivijaya lagi. Baca sejarah Srivijaya, Johor dan Perak kalau nak tahu lebih lanjut, dan tengok berapa kali Maharaja Srivijaya, Sultan Johor dan Perak berubah-rubah pusat pemerintahan. Malah Sultan Melaka juga berpidah-pindah pusat pemerintahannya setelah Kota Melaka di rampas Portugis dan Kerajaan Melaka masih bernyawa sehinggalah Sultan Mahmud Mangkat dan diganti oleh anaknya di Johor.

Tinggalan dan puing sahaja tidak cukup untuk membuktikan sesuatu sejarah. Ketiadaan tinggalan atau puing bukan bermaksud sejarah itu palsu atau ia tidak wujud. Sebaliknya sejarah sesuatu masyarakat atau kerajaan itu harus dibuktikan juga dengan catatan-catatan dari manuskrip dan dari catatan sezaman bangsa-bangsa luar yang berhubung dengan masyarakat berkenaan di sepanjang sejarah.

Kalau nak cakap penjajah sengaja tulis sejarah palsu sebab semata-mata tak mahu orang Melayu tahu sejarah bangsa sendiri, maka macam mana dengan catatan sejarah berkenaan kewujudan Melaka daripada orang Arab, orang Parsi,orang Turki, orang Gujerati, Orang Tamil, Orang China, Jepun, Jawa, Siam, Portugis, dan Belanda? Nak cakap yang semua bangsa-bangsa besar dunia ini pi mesyuarat kat satu tempat kemudian buat keputusan untuk sama-sama tutup sejarah Melayu dan tulis sejarah palsu tentang Melaka? Pohplaeih weih aok yak! Dah mengalahkan teori konspirasi Illuminati Yahudi dah kalau macam tu! Sekian. Wallah hu a’lam.

~ASJ~

*Gambar pertama menunjukkan kota Aztec Tenochitlan pada zaman gemilangnya dan gambar kedua adalah kota Mexico City yang dibina diatas kota Tenochitlan setelah kota Aztec tersebut dimusnahkan oleh penjajah Sepanyol.

SARAWAK BUMI KENYALANG YANG KITA WARISI

Sarawak Bumi Kenyalang yang kita warisi sekarang adalah sebuah wilayah yang cukup besar iaitu dengan keluasannya 123,300 km2 membuatkan Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri yang terbesar di dalam Gagasan Malaysia. Bumi Semenanjung Malaysia sendiri yang merangkumi lebih kurang 9 buah negeri pula mempunyai keluasan 131,600 km2 dan Sabah iaitu jiran tetangga Sarawak pula mempunyai keluasana 73,700 km2.

Jika keluasan dan faktor geografi sudah menunjukkan keunikan Sarawak Bumi Kenyalang yang kita warisi ini apatah lagi jika dibandingkan dengan kayanya adat resam dan tradisi masyarakat Sarawak itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai etnik membuatkannya terlalu istimewa.

Yang menghairankan ditengah-tengah kepelbagaian budaya dan etnik ini, Sarawak Bumi Kenyalang yang kita warisi ini tetap gah dengan toleransi kaum dan agama yang dilestarikan sejak berkurun lamanya.

Dari segi sudut sejarah sosio politik pentadbiran Sarawak Bumi Kenyalang ini sebenarnya telah melalui 5 fasa pentadbiran yang menyebabkan ianya adalah antara salah satu wilayah yang begitu unik sejarahnya. Fasa-fasa pentadbirannya adalah seperti berikut:

1. Tanah kuripan pembesar Kesultanan Brunei
2. Pemerintahan Dinasti Keluarga Brooke
3. Pendudukan Jepun Perang Dunia Kedua
4. Tanah jajahan Koloni British Borneo
5. Sarawak, Malaysia

Tanah Kuripan Kesultanan Brunei

Setelah berakhirnya penguasaan empayar Srivijaya dan Majapahit akhirnya wilayah Sarawak suatu masa dahulu diterajui oleh Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam pada kurun ke 15 Masihi. Pada masa ini corak pemerintahan lebih kepada sistem feudal iaitu dengan setiap wilayah mempunyai pembesar ataupun kerabat diraja yang dilantik oleh Sultan Brunei untuk menguruskan wilayah Sarawak pada masa itu.

Pada masa itu setiap pembesar yang dilantik hanya menaikkan bendera peribadi mereka di setiap tanah kuripan kerana mereka yang berkuasa pada ketika itu. Hanya pada setiap penghasilan hasil bumi harus dibahagikan kepada Sultan Brunei tanpa ada campurtangan baik dari pentadbiran dan sebagainya.

Hal inilah yang terjadi apabila Pengiran Indera Mahkota yang merupakan pembesar bagi Sarawak (Hanya sebesar Kuching, sekarang) dengan pemerintahan kuku besi nya telah menyebabkan rakyat tempatan Sarawak yang didokongi oleh Dato Patinggi Ali bangun memberontak.

Ketibaan Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim juga tidak mampu menjernihkan keadaan malah ianya semakin bertambah rumit. Akhirnya kedatangan kedua seorang pelayar Inggeris bernama James Brooke telah menukar geo-politik Sarawak pada masa itu.

Setelah Perang Seniawan 1840 tamat, akhirnya Brooke diangkat menjadi Gabenor Sarawak dan Pengiran Indera Mahkota disisihkan dan beliau juga turut diperangi oleh Brooke dan Patinggi Ali melalui Perang Patusan 1844 yang menyebabkan Datu Patinggi Ali sendiri terkorban.

Sekitar 1846, akhirnya Brooke memiliki sepenuhnya wilayah Sarawak tanpa perlu campurtangan daripada Kesultanan Brunei selepas itu. Semenjak dari itu wilayah kuripan Brunei jatuh ke tangan Brooke satu persatu untuk membentuk sebuah Negara bergelar Kingdom Of Sarawak.

The Kingdom Of Sarawak (1840 – 1946)

Setelah James Brooke “mendapat” Sarawak pada tanggal Ogos 1846, perlulah diingatkan bahawa Sarawak yang dimaksudkan hanya meliputi kawasan Lidah Tanah sahaja sehingga ke Tanjung Datu. Ada pelbagai cara untuk Brooke memperluaskan wilayah Sarawak pada masa itu dan salah satunya adalah atas tiket “memerangi lanun”.

Tiket “memerangi lanun” ini sebenarnya adalah merujuk kepada mana-mana etnik pribumi yang tidak mahu menerima pentadbirannya. Sejak di zaman tanah kuripan lagi, bukan semua masyarakat pribumi di Sarawak yang menerima pemerintahan pembesar kesultanan Brunei dan hanya dengan budi bicara pemimpin Brunei yang dilantik seperti Sharif Masahor yang terkenal dengan toleransinya dengan Iban di Skrang sebenarnya antara mereka yang diterima.

Namun begitu banyak wilayah yang menjadi penempatan etnik pribumi adalah bebas dan mereka digelar “kaum merdeka” sejak dari dahulu lagi. Untuk itu, Brooke harus memerangi mereka ini dan dengan agenda inilah, Brooke berjaya mendapat bantuan daripada armada laut daripada Kerajaan Mahkota British.

Melalui beberapa siri ekspedisi dan pertempuran, akhirnya Brooke berjaya memberi tekanan kepada Sultan Brunei untuk memberikan secara percuma atau memajakkan beberapa wilayah kepada beliau untuk menjadi sebahagian daripada empayar The Kingdom Of Sarawak.

i. Wilayah Batang Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka

Sekitar Ogos 1853, Sultan Abdul Momin setelah dipujuk oleh James Brooke telah memberikan Batang Sadong, Batang Lupar, Saribas, Kalaka menjadi pembentuk empayar Sarawak Kingdom. Dikala ini dikatakan bahawa Sultan Abdul Momin tidak menerima bayaran saguhati sebaliknya Sultan Abdul Momin akan menerima separuh daripada hasil pendapatan yang didapati oleh Brooke di wilayah ini. (Cheah, 2001).

Dan akhirnya dikatakan James Brooke terus memiliki wilayah ini setelah diberikan percuma oleh Sultan Abdul Momin kerana wilayah ini tidak memberi sebarang hasil kepada Kerajaan Brunei pada ketika itu. (Rawlins, 1965).

ii. Wilayah Lower Sungai Rajang (Sarikei)

Atas berlakunya tragedi pembunuhan Fox dan Henry Steel pada tahun 1859, seluruh wilayah Lower Sungai Rajang telah menjadi milik Brooke sebagai galang ganti atau upah untuk meredakan ketegangan di kawasan tersebut. Ianya didapati dengan percuma sahaja seperti yang dilaporkan oleh (Cheah, 2001).

iii. Wilayah Upper Rejang, Mukah, Tatau Dan Sungai Bintulu

Bermulanya campurtangan Brooke di daerah ini adalah sebenarnya bertindak kepada industri sagu yang menjadi antara komoditi paling bernilai ketika itu di pasaran dunia. Dan ianya menambah kecekalan Brooke untuk mendapatkan wilayah ini apabila adanya satu perang saudara yang berlaku di Mukah pada masa itu.

Setelah berjaya meredakan perang saudara tersebut maka pada tahun 1861, James Brooke telah berjaya memujuk Sultan Brunei wilayah ini dengan imbuhan setiap tahun sebanyak $4,500. Imbuhan yang telah dinantikan oleh Sultan Brunei kerana dikatakan sepanjang perang berlaku, beliau Sultan Brunei tidak menerima satu sen pun dari wilayah ini. (Rawlins, 1965).

iv. Wilayah Baram

Pemberontakan Kayan 1874 telah menukar scenario kerana masyarakat Kayan lebih memilih untuk berada di bawah pentadbiran Sarawak Kingdom. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei tidak mahu memberikan Baram namun akhirnya setelah melihat kepada penentangan yang merebak sehingga ke bumi Brunei sendiri akhirnya Baram menjadi milik Brooke.

Sekitar tahun 1882, wilayah Baram menjadi rasmi milik Sarawak Kingdom apabila Sultan Brunei menerima imbuhan sebanyak $4,200 setiap tahun. (Rawlins, 1965).

v. Wilayah Trusan

Trusan juga didapati apabila adanya satu tragedi yang berlaku pada tahun 1884. Akibat daripada hal ini telah menyebabkan Sultan Brunei mendapat tekanan sehingga boleh membawa kepada peperangan di antara Trusan dan Sarawak pada masa itu.

Bagi mengekalkan keharmonian pada masa itu akhirnya Trusan menjadi milik Brooke dengan membayar imbuhan sebanyak $4,500 saban tahun kepada Brunei.(Rawlins, 1965). Akhirnya pada tahun 1885, secara rasminya Trusan menjadi antara pembentuk empayar Sarawak Kingdom.

vi. Wilayah Limbang

Terdapat banyak pertikaian mengenai hak memiliki Limbang ini sehinggalah sekarang namun begitu peristiwa yang terjadi pada tanggal 17hb Mac 1890 ini telah membawa kepada Limbang menjadi hakmilik kepada Sarawak. Walaupun hal ini dirujuk kepada Baginda Queen di Kota London namun ianya tidak memberikan kepuasan kepada Brunei itu sendiri.

Baginda Queen telah menghantar penimbangtara untuk menguruskan aduan yang dibuat oleh Sultan Brunei iaitu dengan menghantar Konsul British ke Borneo yang baru iaitu Sir Neil Penrose Trevenen. Setelah siasatan dilakukan akhirnya British lebih menyebelahi kepada Rajah Charles Brooke pada masa itu.

Sir Neil Penrose juga telah mencadangkan iaitu pada sekitar Mac 1892 wang pampasan dirundingkan dan Sultan Brunei akan menerima $6000 setiap tahun sebagai galang-gantinya Limbang. (Rawlins, 1965). Dikatakan bahawa Sultan Hashim dan pembesar-pembesar Brunei tidak mahu menerima walau sesen pun wang pampasan tersebut. Baginda tidak rela menggantikan Limbang dengan wang ringgit sebagai ganti rugi ke atas tanah Limbang yang dirampas itu.

Akhirnya sekitar Ogos 1895, Pejabat Hal Ehwal Luar Negara Great Britain telah mengistiharkan kes Limbang ini memihak kepada Rajah Charles Brooke dan Limbang kekal sebagai antara salah satu wilayah Sarawak Kingdom sehinggalah sekarang.

vii. Wilayah Lawas

Brooke berjaya memujuk Sultan Hashim untuk memberikan Lawas kepada Sarawak Kingdom iaitu pada 5 Januari 1905. Ini kerana Sultan Hashim dikatakan tidak mahu melepaskan Brooke untuk memiliki satu lagi wilayah yang terlalu bernilai untuk Brunei lebih-lebih lagi ianya mempunyai simpanan arang batu. Daerah yang dimaksudkan adalah daerah Brunei-Muara.

Sejak daripada tarikh itu, empayar Sarawak Kingdom sudahpun membesar dari Tanjung Datu sehingga ke bumi Lawas yang kita warisi sekarang. Di dalam pada itu juga, pentadbiran Brooke telah memperkenalkan sistem pentadbiran nya yang berkisar kepada 4 bahagian iaitu:

Bahagian Pertama (1st Division) – Kuching
Bahaigan Kedua (2nd Division) – Sibu
Bahagian Ketiga (3rd Division) – Simanggang
Bahagian Keempat (4th Division) – Baram, Limbang, Lawas

Di setiap bahagian atau division ini mempunyai seorang Residen yang dilantik yang menjaga segala hal ehwal bahagian masing-masing. Selain daripada itu sejak tahun 1857 lagi telah ditubuhkan Majlis Umum atau General Council yang menjadi majlis tertinggi pemerintahan Brooke dengan kerjasama anak-anak tempatan yang dipilih daripada ketua kaum yang menyokong pentadbiran Brooke.

General Council inilah asas kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menerajui Sarawak sekarang yang juga merupakan Dewan Perundangan Negeri yang paling tertua di Malaysia kewujudannya.

“KITA BORUNEO” Pentadbiran Tentera Jepun (1941-1945)

Sistem pentadbiran yang digunapakai di bumi Sarawak dan juga keseluruhan Pulau Borneo (termasuk North Borneo, Koloni Belanda) pada masa itu dikenali dengan nama KITA BORUNEO. Pada ketika ini keseluruhan taklukan Jepun di Pulau Borneo adalah dibawah kawal selia Leftenan Jeneral Marquess Toshinari Maeda.

Pusat pemerintahan tentera Jepun di Sarawak pada asalnya adalah Miri, Sarawak namun sekitar April 1942 ianya telah berpindah ke Kuching, Sarawak. Ini kerana Leftenan Jeneral Maeda merasakan tidak ada kesesuaian untuk menjadikan Miri sebagai pusat pemerintahan tentera di Sarawak sedangkan selama ini sewaktu Sarawak di bawah pemerintahan Brooke, Kuching merupakan ibukotanya.

Setelah Leftenan Jeneral Maeda terkorban sewaktu nahas udara ketika di dalam perjalanan ke Pulau Labuan pada 5hb September 1942, pemerintah tentera Jepun telah diambilalih oleh Leftenan Jeneral Yamawaki Masataka. Beliau berkhidmat sebagai pemerintah tentera sehingga 22hb September 1944.

Melalui pentadbiran Kita Boruneo, setiap jajahan takluk di bumi Sarawak boleh diawasi dengan sebaik mungkin oleh tentera-tentera Jepun. Di dalam pentadbiran Kita Boruneo ini Sarawak dan Brunei dirangkumkan menjadi satu dan setiap pentadbiran yang Sarawak/Brunei dikenali sebagai “shu”. Pembahagian “shu” ini adalah seperti berikut:

i. Kuching-shu,
ii. Miri-shu (termasuk Brunei)
iii. Sibu-shu.

Di setiap “shus” ini akan dilantik seorang yang berpangkat Gabenor yang boleh dipilih di kalangan orang-orang Jepun yang ada di Sarawak atau rakyat tempatan Sarawak yang layak dan menyokong pendudukan Jepun di Sarawak. Inilah kriteria pemimpin-pemimpin atau ketua-ketua yang diiktiraf oleh pentadbiran tentera Jepun pada masa itu.

Di samping itu jawatan Residen dikekalkan dan seterusnya barulah penglibatan daripada Ketua Kampung. Pada dasarnya setiap ketua penjawat awam bagi pentadbiran Sarawak pada masa itu adalah di kalangan tentera Jepun sendiri dan penjawat-penjawat biasa adalah di kalangan masyarakat tempatan Sarawak sendiri. Namun begitu setiap keputusan dan halatuju jabatan adalah urusan pegawai tentera Jepun yang sudah terpilih.

Jajahan Koloni British Borneo (1946-1963)

Pada 1 Julai 1946, Sarawak menjadi tanah jajahan British walaupun terdapat penentangan yang dilakukan oleh rakyat Sarawak pada masa itu yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Penyerahan. Namun setelah hukuman dijatuhkan kepada Rosli Dhoby dan rakan-rakannya di dalam Rukun 13, gerakan anti-penyerahan ini terus terkubur dan seterusnya British kekal memerintah di Sarawak Kingdom.

Pada masa itu Sarawak dibawah pemerintahan Kerajaan British Borneo yang menggelar Sarawak dan North Borneo sebagai “ 2 States of British Borneo”. Sewaktu pemerintahan British Borneo ini pentadbiran mengikut Perlembagaan 1941 telah dikekalkan selama 10 tahun yang pertama.

Pada tahun 1948, Majlis Tempatan ditubuhkan untuk memberi latihan kepada penduduk pribumi dalam pemerintahan. Majlis ini berkuasa menguruskan pelajaran, kesihatan, bekalan air dan elektrik, jalan raya dan pungutan cukai.

Pada tahun 1956, perlembagaan baru diluluskan. Pilihan raya tempatan mula diperkenalkan buat pertama kali pada bulan November 1957 untuk memilih Ahli Majlis Perbandaran Kuching. Mengikut perlembagaan 1956, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus wujud untuk membantu Gabenor Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 10 orang dan Majlis Negeri 44 orang yang terdiri daripada 22 dipilih oleh rakyat secara tidak langsung dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri. Pada tahun 1959 pilihanraya untuk Majlis Tempatan diadakan. Ahli Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke Majlis Bahagian dan mereka pula akan memilih wakil-wakil ke Majlis Mesyuarat Negeri.

Sarawak, Malaysia (1963 hingga sekarang)

Pada tanggal 16hb September 1963, Sarawak bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo (Sabah) dan Singapura membentuk satu gagasan yang dipanggil Malaysia. Sebelum itu pada tanggal 22hb Julai 1963, Sarawak sudahpun mempunyai barisan kabinetnya sendiri walaupun masih dikawal selia oleh Gabenor British pada masa itu.

Dan setelah pengistiharan Gagasan Malaysia akhirnyam, Sarawak mempunyai pentadbirannya sendiri dengan halatujunya adalah daripada pentadbiran anak Sarawak sendiri. Sarawak Bumi Kenyalang yang kita warisi sekarang sudahpun mempunyai 12 bahagian iaitu:

1. Bahagian Kuching
2. Bahagian Kapit
3. Bahagian Miri
4. Bahagian Bintulu
5. Bahagian Sibu
6. Bahagian Limbang
7. Bahagian Mukah
8. Bahagian Sri Aman
9. Bahagian Samarahan
10. Bahagian Sarikei
11. Bahagian Betong
12. Bahagian Serian

Dari sini pentadbiran Sarawak adalah diwakili oleh Bahagian dengan diketuai oleh seorang Residen. Bagi setiap Bahagian pula dibahagikan kepada Daerah. Di setiap pentadbiran peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah. Dan didalam Daerah pula mempunyai daerah-daerah kecil yang ditadbir oleh Pegawai Pentadbir.

Ketua bagi Negeri Sarawak adalah Tuan Gabenor atau Tuan Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Jawatan Gabenor ini dilantik setiap empat tahun sekali dengan perlantikannya hanya oleh Yang Dipertuan Agong menurut apa yang dicatatkan di dalam Perkara 19A, Perlembagaan Persekutuan.

Untuk Ketua Kerajaan Negeri pula adalah jawatan Ketua Menteri Sarawak yang mana jawatannya dilantik oleh TYT Sarawak dari kalangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak iaitu merujuk kepada keyakinan majority ADUN. Di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak ini juga mempunyai 8 orang Menteri yang dilantik oleh TYT dari kalangan ADUN dengan nasihat daripada Ketua Menteri.

Disamping itu, Menteri-menteri Kabinet Sarawak yang berlapan ini juga mempunyai Menteri-menteri Muda yang akan membantu Menteri-menteri Kabinet di dalam kelancaran setiap kementerian-kementerian yang diwakili mereka.

Bagi pihak pentadbiran kementerian dan jentera Kerajaan Negeri Sarawak sudah tentu diketuai oleh seorang penjawat awam yang berjawatan Setiausaha Negeri Sarawak dan kemudiannya di setiap pentadbiran kementerian pula diketuai oleh Ketua Pentadbir yang dipanggil Setiausaha Tetap Kementerian.

Inilah peralihan pentadbiran Sarawak Bumi Kenyalang yang kita warisi sekarang dari segi sosio politik dan pentadbirannya. Dari hanya sebuah wilayah kuripan hampir berabad lamanya dan seterusnya menjadi milik keluarga Dinasti Brooke selama 100 tahun. Kemudian menjadi taklukan Jepun setelah kalah pada Perang Dunia Kedua yang menyaksikan banyak seksaan kepada masyarakat tempatan Sarawak.

Pada tahun 1946, Sarawak pula dijajah oleh Koloni British sehinggalah pada tahun 1963 iaitu pada tanggal 22hb Julai menjadi detik bendera British diturunkan di Kuching dan dinaikkan bendera Sarawak. Pada tanggal 16hb September 1963, Sarawak menjadi pembentuk Gagasan Malaysia dan seterusnya mempunyai pentadbiran anak watannya yang tersendiri.

Dengan itu lengkaplah Artikel Sarawak Bumi Kenyalang Yang Kita Warisi sebagai satu wacana ilmu untuk mengenali fasa-fasa peralihan pentadbiran Sarawak Bumi Kenyalang yang kita warisi ini.

Kekallah Sarawak Bertuah, Teras Perjuangan Rakyat, Berjaya Berdaulat.

#KamekSayangSarawakBah!