Thursday, 3 December 2015

GENGHIS KHAN DAN HELANG

KATA-KATA HIKMAH GENGHIS KHAN

Suatu pagi, Genghis Khan dan para pengiringnya keluar berburu. Pengiringnya membawa busur dan anak panah, tetapi Genghis Khan lebih suka membawa burung helang kesukaannya di lengan kerana ia lebih baik dan tepat berbanding mana-mana anak panah. Ia boleh terbang ke langit dan melihat segala-galanya yang mana manusia tidak mampu lakukan. Pada awalnya mereka bersemangat dalam memburu, tetapi kecewa, tiada hasil buruan yang diperolehi. Genghis Khan kembali ke khemah dan supaya rasa kecewanya tidak dilepaskan kepada para pengiringnya dia meninggalkan mereka dan menunggang bersendirian.

Mereka telah tinggal di dalam hutan untuk waktu yang lebih lama daripada yang dijangkakan, dan Genghis Khan merasa sangat letih dan dahaga. Musim kala itu adalah musim panas dan semua aliran anak sungai telah kering, dan dia tidak menjumpai apa-apa untuk diminum lalu berehat sebentar. Tanpa diduga, dia terlihat aliran air yang perlahan dari bukit berbatu dihadapannya dan terus dialihkan helang dari lengannya, lalu mengeluarkan cawan perak yang sentiasa dibawanya. Air itu mengalir sangat perlahan untuk mengisi secawan penuh dan baru saja cawan hendak sampai ke bibirnya, helang itu terbang ke arahnya lalu meregut cawan dari tangannya dan melemparkan ke tanah.

Genghis Khan sangat marah, tetapi helang itu adalah kesayangannya dan mungkin ia juga kehausan. Dia mengambil semula cawan, dibersihkan dari kotoran dan diisi semula. Apabila cawan itu separuh penuh, helang itu menyerangnya dan menumpahkan semula air. Walaupun Genghis Khan memuja burung ini, tetapi dia juga tahu bahawa dia tidak boleh, dalam apa jua keadaan, membenarkan sikap rasa tidak hormat seperti itu. Mungkin seseorang akan terlihat kejadian itu dari jauh dan menghebahkan kepada para parajuritnya bahwa sang penakluk yang hebat dan gagah perkasa ini tidak mampu menjinakkan seekor burung.

Kali ini, dia menghunuskan pedangnya, cawan ditadah semula sambil memerhatikan gelagat helangnya. Sebaik saja cawannya penuh dan bersedia untuk di minum, helangnya dengan laju terus terbang ke arahnya. Genghis Khan, dengan satu rodokan terus menusuk ke dada helangnya.

Aliran air tadi, bagaimanapun, telah kering. Genghis Khan, tiada pilihan dan disebabkan rasa dahaga, dia memanjat bukit itu dalam usahanya mencari sumber mata air tersebut dan alangkah terkejutnya dia kerana memang terdapat kolam air di atas bukit itu, malangnya ada seekor ular paling berbisa di rantau itu mati di tengah kolam. Jika tadi dia minum air itu, dia pasti akan mati keracunan.

Dia kembali semula ke khemah dengan bangkai burung helang ditangannya. Dia mengarahkan supaya diukirkan patung helang dari emas dan pada salah satu sayap, terukir:

'Walaupun sahabatmu melakukan sesuatu yang tidak kau suka, dia masih terus menjadi sahabatmu.'

Dan di sebelah lagi sayap, terukir:

'Apapun tindakan yang kau lakukan dalam kemarahan, ianya menuju kebinasaan.'

-Abdul Rahman Abdul Aziz-

Wednesday, 2 December 2015

AL AIN PADA BAYI

UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT, MUNGKIN ADA YG LEBIH MEMAHAMINYA......WALLAHU'ALAM

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi Al Ain Bukan Perkara Main-main.

SalaamULLAHu Alaykum... Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan. Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). " Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi. Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin). Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1.Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas. Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424.

Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H). Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik. Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka. Wassalam.

Sumber : cinta selepas nikah

SIAPA YANG GILA

Posting admin HE sebentar tadi mengenai Majnun dan kegilaannya mengingatkan saya kepada sebuah kisah tauladan dari orang gila juga.

Kisahnya bermula di sebuah kampung..

Ketika itu waktu menunjukkan jam 10 pagi. Orang-orang kampung sedang rehat-rehat di rumah atau di warung kopi setelah penat mengerjakan kebun sebelah paginya..

Tiba-tiba kedengaran azan dilaungkan dari arah masjid..

Orang kampung semuanya terkejut. Mereka berkumpul dan tertanya-tanya sesama mereka siapakah yang gila melaungkan azan sebelum masuk waktu..

Mereka semuanya ke masjid tersebut..

Tiba mereka di sana, seorang pemuda, Ismail namanya, sedang melaungkan azan. Ismail adalah seorang pemuda gila kampung.

"Hoi Mail !" herdik seorang pakcik.

"Memang sesuai kau dipanggil Mail Gila. Belum masuk waktu dah azan.." sambung pakcik tersebut.

Ismail memandang lautan orang kampung yang berkumpul semuanya di hadapan masjid..

Lalu dia berkata..

"Akukah yang gila, atau kamu semua yang gila..?

Azan yang kau tau olok-olok, berpusu-pusu semuanya berhimpun..

Azan yang sebenar memanggil, hanya sekelumit yang datang.."

---------

Dalam hidup, samada baik atau buruk, minda yang positif akan sentiasa mencari dan mengambil pelajaran darinya.

Sekalipun pelajaran itu datang dari seorang gila.

- JB -

MAT KILAU

MAT KiLAU sempat melaungkan Kalimah Keramat...
"MERDEKA!!!"
"MERDEKA!!!"
"MERDEKA!!!"

KUANTAN: Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.

Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah), yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an.

Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

Ini kerana pahlawan Melayu yang digeruni pada satu ketika dahulu menghilangkan diri selama lebih separuh abad selepas pihak British memburunya dan mendakwa beliau menderhaka terhadap sultan.

Nama Mat Kilau dan Datuk Bahaman terukir dalam sejarah negara kerana mereka mengetuai Perang Lubuk Terua di mana mereka menyerang sebuah pos polis menyebabkan dua anggota polis British terbunuh.

Pada peringkat awal, Mat kilau dan rakan seperjuangannya seperti Datuk Bahaman, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela berjaya mencabar British sehinggakan mereka berjaya menguasai Temerloh.

Bagaimanapun, dengan kekuatan tentera dan polis tambahan serta tipu helah kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya menderhaka sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu.

Ini sekali gus menghakis kekuatan kumpulan itu yang pada satu ketika meningkat sehingga ke 600 orang.

Lari ke Terengganu.
Mat Kilau dan kumpulannya terpaksa melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan dan akhirnya menjadi orang buruan Inggeris secara berterusan.

Tok Gajah yang juga menentang penjajah meninggal dunia di Hulu Terengganu, manakala Datuk Bahaman dan beberapa pengikutnya menyerah diri kepada kerajaan Siam.

Apa terjadi kepada Mat Kilau ketika itu terus menjadi misteri tetapi yang pastinya sepanjang hidup sebagai pelarian beliau terpaksa menempuhi seribu satu macam penderitaan, berpindah-randah dan hidup menggunakan nama samaran seperti Mat Dahan, Mat Dadu dan Mat Siam.

Akhirnya beliau kembali ke Pahang dan menetap di Kampung Batu 5, Gambang, Kuantan, dengan nama Mohamed bin Ibrahim @ Mat Siam.

Identiti sebenar Mat Kilau hanya diketahui umum apabila beliau sendiri membuat pengakuan terbuka selepas sembahayang Jumaat di masjid Pulau Tawar, Jerantut pada 26 Dis 1969.

Selepas siasatan dan penyelidikan berbulan-bulan, kerajaan negeri Pahang akhirnya mengesahkan identiti itu.

Malangnya 10 hari selepas pengesahan itu, Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 di kediamannya di Kampung Batu 5. Beliau dikatakan meninggal dunia pada usia hampir 122 tahun berdasarkan maklumat bahawa beliau dilahirkan pada 1847.

Jenazahnya dikebumikan dengan penuh penghormatan seorang pahlawan di bumi kelahirannya di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut.

Anak angkat beliau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan.

Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.

Ambil masa lebih 12 tahun.
"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.

Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5, mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.

Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.

"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.

Guru seni silat.
Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau, Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat".

Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.

"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya.

Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.

Cuba beri bayangan.
Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.

"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah. BERNAMA

Peringatan!
Bukan hanya Mat Kilau sahaja yang membuka tubuh yang baru. Oleh itu, hormatilah setiap warga Tua di sekeliling kita kerana engkau tidak tahu siapakah individu sebenar yang berselindung di sebalik penzahiran mereka.

Hargailah Perjuangan Mereka!
Peliharalah KeMERDEKAan Negara Kita.

RAHMAT ALLAH BUAT KiTA SEMUA.

Al-Fatihah...

PERANG PATUSAN

PERANG PATUSAN 1844

Suatu masa dahulu ketika bermulanya era Brooke berjaya menjadikan Sarawak sebagai empayarnya di Borneo, umum mengetahui bagaimana beliau telah bersama-sama dengan Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim serta didokongi kuat oleh Datu Patinggi Ali dan etnik pribumi Sarawak yang lain menentang pemerintahan Pengiran Indera Mahkota daripada berkuasa di Sarawak. Dan ianya berlaku pada tahun 1840 di Seniawan, Kuching.

Namun begitu, walaupun berjaya sepenuhnya menidakkan penguasaan Pengiran Indera Mahkota sehingga Pengiran Indera Mahkota berkelana ke kawasan pendalaman Sarawak pada waktu itu seperti ke Mukah yang mana beliau telah mula menulis Syair Rakis sekitar tahun 1840an. Di kala sudah tidak lagi menjadi Gabenor Sarawak dan disisihkan maka Pengiran Indera Mahkota telah mula akrab dengan Sharif Sahap.

Apabila ini terjadi, menyebabkan Rajah James Brooke tidak senang duduk lebih-lebih lagi Sharif Sahap merupakan antara pemimpin yang berpengaruh di Sarawak pada ketika itu iaitu dari Mukah sehinggalah ke Sadong. Mereka bukan sahaja mempunyai sokongan daripada Melayu malah juga pahlawan-pahlawan Iban Saribas, Skrang serta Undup yang terkenal dengan kegagahan mereka. Sekitar tahun 1842, dikatakan Sharif Sahap bersama-sama adiknya Sharif Mular telah cuba mengapi-ngapikan pembesar Melayu di Kuching, Sarawak untuk sama-sama menghalau Brooke di bumi Sarawak pada ketika itu.

Di samping itu dikatakan bahawa Sharif Sahap berserta dengan Iban Saribas, Skrang dan Undup sudah bersedia dengan bala tentera mereka untuk menyerang Kuching pada ketika itu. Akhirnya ianya dapat dihidu oleh Brooke lalu mengarahkan agar keseluruhan kawasan perkampungan di tebingan Sungai Sarawak diletakkan pagar. Beliau juga sudah bersedia dengan segala peralatan dan kapal perangnya di Sungai Sarawak pada ketika itu.

Mendengar kepada persediaan daripada Brooke itu akhirnya Sharif Sahap membatalkan niatnya untuk menyerang Kuching. Namun hal ini tetap menjadi dendam kesumat kepada Brooke dan lebih-lebih lagi beliau mengetahui bahawa Pengiran Indera Mahkota masih lagi di bumi Sarawak dan beliau amat takut untuk bekas Gabenor Sarawak terus memimpin rakyat Sarawak untuk menentangnya. Bertindak daripada itu beliau telah mengumpul segala kekuatannya dengan didokongi oleh Datu Patinggi Ali berserta etnik pribumi yang lain memerangi Sharif Sahap dan seluruh etnik pribumi yang bersekongkol dengan beliau.

Sekitar 1hb Ogos 1844, Brooke bersama-sama dengan Kapten Henry Keppel dengan seluruh tentera Kerajaan Sarawak Kingdom bersama-sama dengan Datu Patinggi Ali dan etnik pribumi Sarawak yang lain memulakan pelayaran mereka menuju ke kubu kuat Sharif Mular dan Sharif Sahap di Pemutus. Di kala ini Brooke menggunakan 2 buah kapal perangnya iaitu H.M.S Dido dan H.M.S Phlegethon memerangi musuhnya.

Kedatangan bala tentera Brooke menuju ke Pemutus telah diketahui oleh Sharif Mular dan tenteranya yang turut didokongi oleh Sharif Jaafar dari Lingga serta orang Iban Saribas, Skrang dan Undup. Mereka telah membuat persediaan yang mungkin. Untuk sampai ke Pemutus, bala tentera Brooke harus melalui Lingga dahulu jadi Sharif Jaafar dari Lingga telah membuat persediaan yang mungkin. Di kala inilah pahlawan Iban yang terkenal dengan taktik serangan sungai mereka telah menggunakan kepakaran mereka untuk melambatkan perjalanan tentera Brooke. Dengan belahan buluh-buluh runcing mereka letakkan di sungai Lingga.

Apabila kapal Brooke menghampiri iaitu HMS Phlegethon menghampiri di lewat malam hampir-hampir mereka karam kerana tidak menyedari taktik peperangan iban tradisional ini. Walau bagaimanapun mereka berjaya mengharunginya juga dan akhirnya sampai di Pemutus pada tanggal 7 Ogos 1844. Tanpa berlengah maka terjadilah peperangan di Pemutus. Brooke terpaksa berhempas pulas di sini kerana pahlawan-pahlawan Iban Skrang, Saribas dan Undup bersatu dengan Sharif Sahap. Walau dengan pelbagai alatan perang yang canggih, ianya merupakan peperangan yang berlaku selama beberapa hari.

Pada tanggal 12 Ogos 1844, akhirnya Brooke berjaya menawan kubu pertahanan Sharif Sahap dan juga akibat dendam kesumatnya, beliau juga mengarahkan agar kampong-kampung di sekitar yang mendokongi Sharif Mular dan Sharif Sahap juga dibakar. Sharif Mular dan Sharif Sahap berserta dengan pahlawan iban Skrang, Saribas dan Undup berserta dengan Pengiran Indera Mahkota yang menjadi penasihat strategi mereka turut berundur.

Tidak terhenti disitu sahaja, Brooke terus mengejar kesemua mereka ini. Pada tanggal 22 Ogos 1844, Brooke menambah lagi kekuatan armada tenteranya dengan H.M.S Semarang menyertai H.M.S Dido dan juga H.M.S Phlegethon. Bagi Brooke bantuan ini perlu kerana yang hendak ditentang bukanlah kawasan mereka yang sembarangan iaitu di sekitar Sungai Batang Lupar yang mana tempat dimana pahlawan-pahlawan Iban Skrang, Saribas dan Undup berserta Balau berada.

Ketika berada di satu kawasan bernama Grahu, Patusan inilah mereka bertembung berhabis-habisan dengan kesemua tentera dibawah Sharif Sahap serta Pengiran Indera Mahkota. Peperangan di Patusan ini juga mencapai tempoh yang berhari-hari kerana pahlawan Iban tiada yang mahu mengalah. Walaupun mereka tidak menggunakan segala peralatan secanggih Brooke namun bukan senang untuk mengalahkan mereka. Akhirnya akibat telah ada tanda-tanda kekalahan, mereka mengundurkan diri. Ketika di Patusan inilah, dikatakan perahu perang bangkong, iaitu perahu perang Iban telah dapat menghampiri kapal Brooke sehingga terbunuhnya Lieutenant Wade, Mr Steward Wade berserta Datu Patinggi Ali ditangan pahlawan Iban di pihak Sharif Sahap dan Sharif Mullar.

Kerana berang dengan terkorbannya orang-orang kuatnya, Brooke telah bertindak “membumi-hanguskan” kawasan penempatan Iban Undup di kawasan tersebut. Ini kerana kesemua pahlawan-pahlawan Iban yang bersekongkol dengan Sharif Sahap dan Sharif Mular dapat mengundur diri tanpa cedera yang teruk. Pengiran Indera Mahkota pula dikatakan bersembunyi di Lingga di kawasan Sharif Jaafar telah berjaya ditangkap dan disinilah dengan kuasa yang ada Brooke telah menghukum beliau sehingga di penjarakan. Akibat ada pengaruh Kerajaan Kesultanan Brunei pada masa itu, akhirnya pada tahun 1845, Pengiran Indera Mahkota dibebaskan dan dihalau pulang ke Kerajaan Kesultanan Brunei.

Manakala setelah tewas di Patusan, Sharif Sahap dan Sharif Mular telah berjaya melarikan diri sehingga ke ke Kapuas. Brooke mengejar mereka sehingga ke kawasan Kapuas sehingga memaksa mereka berundur ke Pontianak dan akhirnya meninggal dunia di sana. Sekitar tahun 1845, Sharif Jaafar juga turut dihukum kerana bersekongkol dengan mereka sehingga menyebabkan beliau dilucutkan jawatannya sebagai pentadbir di Lingga. Sharif Jaafar dibuang negeri ke Sadong. Manakala seluruh iban Skrang, Saribas dan juga Undup pada masa itu dilabelkan oleh kerajaan Brooke sebagai lanun yang harus diperangi.

Inilah satu lagi sejarah perang di Sarawak iaitu Perang Patusan 1844 yang menyebabkan terkorbannya satu nama besar di dalam rentetan sejarah Sarawak iaitu Datu Patinggi Ali. Datu Patinggi Ali di pihak Brooke kerana tidak mahu ada lagi saki baki pemerintahan Brunei di Sarawak pada masa itu iaitu Pengiran Indera Mahkota. Manakala untuk Iban Skrang, Saribas dan Undup yang sebenarnya mempertahankan tanahair mereka dilabelkan sebagai “Lanun” oleh Brooke. Hanya kerana mereka tidak mahu menerima pemerintahannya di Sarawak.

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

1. Buku Berjudul - A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs, 1839-1908 oleh Sabine Baring-Gould

2. Buku Berjudul - A Sarawak Anthology, diterbitkan oleh University of London Press, by Malaysia Printers Ltd., Singapore, 1965

3. Buku Berjudul - Fair Land Sarawak: Some Recollections of an Expatriate Official oleh Alastair Morrison;

4. Jurnal: The Life of James Brooke, The White Rajah
http://www.forgottenbooks.com/…/The_Life_of_Sir_James_B…/113

5. Iban : Dalam Kronolgi Sarawak
https://ibanology.wordpress.com/…/iban-dalam-kronolgi-sara…/

CIA DAN FBI MALAYSIA

PERISIKAN: SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA

Perisikan merupakan antara kegiatan tertua yang dijalankan dalam sesebuah masyarakat sehingga ke hari ini. Penemuan – penemuan zaman prasejarah telah membuktikan bahawa kegiatan perisikan bukanlah sesuatu yang baharu kepada manusia. Hal ini demikian kerana, masyarakat zaman prasejarah telahpun mengaplikasi elemen perisikan dalam aktiviti kehidupan seharian mereka seperti memburu.

Anggota masyarakat zaman prasejarah akan cuba mendapatkan maklumat merangkumi pelbagai elemen mengenai haiwan buruan mereka. Ini merangkumi elemen – elemen perisikan seperti lokasi, kekuatan dan kebolehan serta bilangan.

Walaupun perisikan bukanlah istilah yang sesuai digunakan untuk merujuk kegiatan masyarakat zaman prasejarah ini, namun kesedaran masyarakat tersebut terhadap kepentingan maklumat menunjukkan bahawa masyarakat tersebut memahami elemen – elemen asas perisikan serta menjalankan kegiatan tersebut dalam memenuhi keperluan harian mereka.

Perisikan, menurut World Book Encyclopedia adalah sebuah istilah yang merujuk pada tindakan sesebuah Negara menggunakan ejen perisik untuk mendapatkan rahsiah Negara lain bagi tujuan ketenteraan, politik, ekonomi dan sebagainya. Shaharudin Ali menurut karyanya yang bertajuk “Peranan Perisik dalam Keselamatan dan Pertahanan Negara” dalam Majalah Perajurit berkata bahawa aktiviti perisikan memberikan keutamaan kepada usaha mengumpul maklumat.

Seseorang ajen perisikan akan memberi keutamaan pada maklumat – maklumat penting seperti niat dan rancangan musuh, maklumat – maklumat strategik terutamanya merangkumi elemen keselamatan, politik, sosial dan ekonomi serta dasar – dasar yang berkepentingan.

Secara umumnya kegiatan perisikan boleh ditakrif sebagai tindakan sesebuah pihak mendapatkan maklumat mengenai pihak musuh/lawan bagi tujuan analisis dan sintesis yang akhirnya membawa kepada pengetahuan serta tindakan susulan.

Maka boleh dirumuskan bahawa kegiatan perisikan dijalankan dengan matlamat untuk mendapatkan maklumat agar boleh dianalisis serta diguna pakai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kegiatan perisikan seperti dinyatakan sebelum ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam kehidupan manusia. Kegiatan ini merupakan antara keperluan harian masyarakat zaman prasejarah dalam usaha mendapatkan bekalan makanan. Kemajuan politik,ekonomi dan sosial yang dilalui masyarakat zaman prasejarah telah mengubah kegiatan perisikan secara langsung.

Perkembangan dalam kehidupan manusia seperti permulaan kehidupan berpuak telah meningkatkan persaingan antara puak secara politik, ekonomi mahupun sosial sehingga membawa kepada peperangan. Perkembangan ini telah jelas membawa kegiatan perisikan ke sebuah dimensi yang baharu.

Menurut penemuan sejarah, antara kegiatan perisikan terawal yang pernah direkodkan adalah sekitar tahun 1274 Sebelum Masihi ketika Peperangan Kadesh yang tercetus antara kepimpinan Ramses II mewakili Kerajaan Mesir dan Kerajaan Hitties yang dipimpin Raja Muwatallis. Ketika peperangan ini Ramses II telah bergerak bersama 24,000 orang tenteranya yang dibahagikan kepada empat divisyen, iaitu Amun, Ra, P’tah dan Seth. Setiap divisyen dianggotai seramai 5000 tentera infantri dan 500 tentera berkuda. Raja Muwatallis pula telah bergerak ke Kadesh bersama 17,000 orang anggota tenteranya. Kadesh merupakan sebuah dataran yang terletak di tengah – tengah antara kedua – dua empayar ini.

Bandar Amarru yang terletak berhampiran kawasan ini pula merupakan sebuah bandar yang strategik bagi keperluan ketenteraan, pertahanan dan perdagangan. Faktor ini telah memperhangat peperangan ini.Dalam usaha memastikan kejayaan berada di pihak beliau,Raja Muwatallis telah bertindak untuk menghantar dua perisik ke kem pihak Mesir.

Namun, kedua – dua perisik tersebut tidak ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai musuh seperti yang dilakukan dalam kegiatan – kegiatan periskan sebelum ini. Kedua – dua perisik ini telah menyamar dan berlakon sebagai pelarian daripada kerajaan Hitties. Mereka telah menggunakan sentimen kezaliman kepimpinan kerajaan Hitties sebagai asas untuk meyakinkan tentera kerajaan Mesir.

Keyakinan yang dibina telah digunakan sebaik mungkin untuk memberi maklumat palsu dan melemahkan tindakan tentera Kerajaan Mesir. Kedua – dua perisik tersebut telah meyakinkan Ramses II dan tenterannya bahawa tentera Kerajaan Hitties masih jauh dari Kadesh. Ramses yang teruja mendengar perkhabaran ini telah bergerak ke Kota Kadesh dengan segera bersama pasukan utamannya meninggalkan pasukan tenteranya jauh di belakang.

Ketika Ramses II dan pasukan utamanya tiba di Kota Kadesh, mereka diserang secara mengejut oleh tentera Kerajaan Hitties yang sebenarnya sudah sampai awal lagi ke Kota Kadesh. Namun serangan tersebut gagal kerana kedua – dua perisik yang menyamar terpaksa mengajui kebenaran ketika disoal siasat.

Kesemua Divisyen Tentera Ramses II telah dimaklumakan akan penemuan ini lalu mereka telah mempercepat perjalanan mereka ke Kota Kadesh dan akhirnya berjaya menyelamatkan Ramses II. Peristiwa tipu helah ini merupakan antara peristiwa yang membawa sebuah dimensi yang baharu ke dalam dunia periskan.

Dalam konteks dunia hari ini, perisikan bukan sahaja tertakluk pada kegiatan mendapatkan maklumat namun merangkumi sebuah bidang yang sangat luas. Malah perisikan telah menjadi barisan /benteng pertahanan pertama sesebuah Negara dalam usaha mengekalkan kedudukan politik, ekonomi serta sosialnya.

Agensi periskan adalah agensi wajib bagi sesebuah Negara dan kini kegiatan perisikan bukan sahaja berfokuskan pada usaha mendapatkan maklumat berkaitan ketenteraan namun telah mengalami evolusi sehingga menjadi sebuah bidang yang merangkumi kemenjadian sesebuah Negara dalam pelbagai bidang.  Malaysia merupakan antara Negara yang tidak terlepas dari perkembangan ini.

Kerajaan telah bertindak untuk mewujudkan agensi – agensi perisikan untuk memastikan keselamatan dan kemenjadian Negara sentiasa terjamin. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam agensi – agensi perisikan di Negara kita amat eksklusif dan tidak terdedah kepada masyarakat umum seperti yang berlaku di Negara barat khususnya di Amerika Syarikat mahupun British.

Agensi perisikan di Negara kita bukanlah seperti yang kita lihat di filem – filem Hollywood yang sering memaparkan ejen – ejen MI6 (Agensi Perisikan British) atau CIA (Agensi Perisikan Amerika Syarikat) yang berpakaian segak dan menggunakan senjata – senjata canggih serta mampu membunuh musuh dalam apa jua keadaan. 

Sifat kerahsiaan yang merupakan asas kepada kewujudan agensi – agensi perisikan di Negara kita begitu kuat dan kekal sehingga hari ini sehinggakan sangat sukar untuk mencari maklumat mengenainya. Namun, secara umum agensi – agensi perisikan di Negara kita dapat dibahagikan kepada beberapa agensi utama.

Pertama, agensi perisikan yang diletakkan dibawah pihak Angkatan Tentera Malaysia. Kedua adalah agensi Cawangan Khas yang dilatakkan dibawah pihak Polis DiRaja Malaysia. Selain dua agensi utama ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah turut diwujudkan untuk menjadi penyelaras maklumat perisikan dari pihak tentera mahupun polis sebelum dikemukakan kepada pihak pemerintahan untuk arahan/tindakan susulan.

Agensi dibawah Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggung jawab untuk melaksanakan kegiatan perisikan adalah Kor Risik atau KORRIS. KORRIS telah meneriman penganugerahan gelaran DiRaja pada 7 Jun 1997 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan Agong ke X, Tunku Ja’far ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman. Kor ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 7 November 1969 dengan tujuan melahirkan anggota tentera yang berorientasikan kegiatan perisikan serta memenuhi keperluan perisikan Negara di peringkat antarabangsa, tempatan mahupun agensi kerajaan yang lain.

Kor ini kini dipengerusikan oleh seorang Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP). Menurut kajian sejarah, penubuhan kor ini berkait rapat dengan usaha kerajaan menghadapi ancaman komunis yang berleluasa ketika itu.  Walaupun KORRIS merupakan antara kor utama dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia namun kewujudan kor ini tidak diketahui ramai seperti kewujudan rejimen/kor lain yang lebih banyak menerima perhatian media seperti Rejimen Askar Melayu DiRaja mahupun Regimen Gerak Khas.

KORRIS adalah sebuah organisasi dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai lima bahagian utama, iaitu Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Jabatanarah Risik (DTD), Anggota  Tentera Cawangan Khas (ATCK), Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT) dan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS). Setiap bahagian ini mempunyai kepentingannya yang sendiri dan setiap bahagian ini pula mempunyai subdivisyen yang tertentu.

Misalnya, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) mempunyai enam subdivisyen yang berperanan sebagai unit operasi iaitu Cawangan Gerak Saraf, Cawangan Periskan Tempur, Cawangan Periskan Imej, Cawangan Risik Balas dan Keselamatan serta Cawangan Risik Peperangan Elektronik. Setiap bahagian ini mampu bergerak secara bersendirian ketika menjalankan operasi mahupun latihan namun pada masa yang sama hubungan bersama agensi – agensi kerajaan yang lain turut dijalinkan. Setiap bahagian dalam Kor ini berperanan untuk memastikan Negara sentiasa bebas daripada ancaman – ancaman luar.

Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail yang merupakan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) telah menyatakan dan menegaskan bahawa “Pihak perisikan tentera hanya bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kedaulatan daripada ancaman luar”.

Kenyataan ini menjelaskan peranan KORRIS sebagai sebuah agensi perisikan yang bertugas untuk menjaga kepentingan Negara daripada ancaman luar. Setiap anggota perisik yang bertugas dalam KORRIS perlu menjalani latihan di Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).

Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) ini yang terletak di Sungai Buloh ini berperanan untuk melatih pegawai mahupun anggota daripada semua perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Hasil daripada kewujudan sekolah ini, Angkatan Tentera Malaysia kini mempunyai bahagian perisikan merangkumi ketiga – tiga cabang perkhidmatan iaitu Risik Darat, Risik Laut dan Risik Udara.

Selain itu, pusat latihan ini turut berperanan untuk melatih pegawai tentera negara asing dalam bidang perisikan. Antara bahagian penting KORRIS adalah bahagian Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) yang turut dikenali sebagai Divisyen E7. Bahagian ini bertanggungjawab dalam melaksanakan operasi – operasi khas berkaitan ancaman militan dan kegiatan subversif.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pihak Polis DiRaja Malaysia turut mempunyai sebuah agensi perisikan yang beroperasi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Agensi tersebut lebih dikenali dengan gelaran Special Branch atau Cawangan Khas.

Namun agensi ini pula bertanggungjawab untuk memastikan negara bebas dari sebarang ancaman mahupun kegiatan subversif dalaman. Special Branch atau Cawangan Khas merupakan penerusan daripada Special Branch yang wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Ketika zaman penjajahan British, agensi tersebut telah bertanggungjawab dalam membendung ancaman komunis serta penentangan penduduk tempatan terhadap pemerintahan yang dijalankan penjajah.

Tidak dapat dinafikan bahawa agensi ini sangat penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga. Perubahan telah berlaku dalam agensi ini merangkumi pelbagai aspek sejajar dengan perkembangan teknologi. Hari ini agensi ini terbahagi kepada beberapa cawangan kecil, iaitu Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Perkembangan agensi ini telah turut meningkatkan peranan agensi ini. Jikalau suatu ketika dahalu agensi ini hanya berperanan dalam bidang keselamatan, kini peranan agensi tersebut telah meningkat sejajar dengan kepentingan negara meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial.

Dalam konteks dunia hari ini ancaman dalaman merangkumi pelbagai isu yang kompleks seperti pertelingkahan etnik, ancaman militan, perkembangan ideologi agama dan politik yang sempit, pemerdagangan manusia, perkembangan kongsi gelap, penyeludupan bahan terlarang malah isu pendatang tanpa izin menjadi tanggungjawab Special Branch atau Cawangan Khas.

Agensi ini telah membuktikan kebolehan mereka ketika menghadapi ancaman dari kumpulan – kumpulan pelampau seperti Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Al – Maunah. Berbekalkan maklumat perisikan yang efisien, anggota Cawangan Khas telah bertindak dengan pantas untuk mengatasi ancaman kumpulan – kumpulan tersebut.Kejadian seperti rampasan senjatan dan tawanan di Bukit Jenalek serta Pencerobohan di Lahad Datu adalah antara kejadian yang menjadikan agensi – agensi perisikan seperti Cawangan Khas suatu keperluan wajib di negara kita.

Agensi – agensi perisikan seperti KORRIS Angkatan Tentera Malaysia dan Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia adalah suatu keperluan wajib dalam konteks negara hari ini. Ancaman – ancaman terrorisme kegiatan subversif, ketidakstabilan politik dan militan serta jenayah siber yang semakin hari semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi hanya mampu ditangani dengan kewujudan agensi – agensi seperti ini.

Tidak dapat dinafikan maklumat mengenai kewujudan mereka sangat eksklusif dan tidak terdedah kepada masyarakat umum. Nilai kerahsiaan yang menjadi asas kepada kewujudan mereka sentiasa terjaga rapi walaupun mereka layak menerima penghargaan seperti agensi – agensi keselamatan yang lain. Namun, segala kehendak mereka dikorbankan demi memastikan kewujudan mereka sentiasa dikaburi dengan elemen kerahsian demi keselamatan negara.

Sebuah Dedikasi Khas kepada,
Semua yang pernah dan masih berkhidmat dalam agensi – agensi perisikan Negara

-Mathis Mim-

MUHAMMAD RASUL KU

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..

Wallahua'lam Bissawab ....

Pakat share ramai2 sempena hari ni.. Hari Keputeraan Kekasih kita Rasulullah SAW..