Thursday, 19 November 2015

HUBUNGAN CHINA-MALAYSIA

Saya tidak hairan dengan hubungan istimewa China dan Malaysia sebab saya memahami mengapa raja dan emperor Melayu selalu hantar duta ke negeri China pada masa lampau.Raja-raja Melayu pandai menggunakan peluang yang ada dengan kedudukan strategik yang feng-shui.

Bayangkan bapa kepada DS Najib pernah mengunjungi China ketika zaman Mao malah berjumpa dengan Mao sendiri.Mao pemimpin komunis legenda setaraf dengan Lenin dan Stalin.Tapi Tun Abdul Razak (Allahyarham) bukan mahu mempelajari fahaman komunis China tetapi beliau nampak bahawa dari dulu sampai sekarang kedudukan China dan negeri-negeri Melayu memang feng-shui dari segi iklim politik dan geografi.Biar pun China selalu mengamalkan dasar tutup pintu tetapi bila raja-raja atau pemimpin Melayu ketuk pintu,segera China membuka pintu.

Inilah kuasa diplomasi.Israel yang kecil dapat menundukkan Amerika dan Eropah menggunakan taktik ini.

China seringkali mengalah dengan Malaysia dalam pelbagai perkara.Sebab itu seorang pegawai tinggi China menggelar Malaysia sebagai 'negara kecil tetapi suaranya besar'.

China pernah menyerang Vietnam (malah sampai memusnahkan kapal perang Vietnam dan ada yang terbunuh) dan menceroboh laut Filipina dalam isu Spratly namun yang anehnya Malaysia pernah melepaskan tembakan amaran dan menggugut China keluar dari perairan Malaysia dan yang anehnya juga China patuh tanpa apa-apa tindakan.

Hubungan China-Malaysia ini macam hubungan Israel-Amerika.Israel boleh berbuat sesuka hati dan Amerika hanya diam membisu.

Sekarang Malaysia minta pelaburan 500bilion dan China meluluskan dengan tanpa banyak soal.Suruh bina jambatan,China bina jambatan Pulau Pinang.Malaysia macam adik angkat special China.

Siapa di belakang Malaysia?Malaysia banyak masuk 'kongsi gelap'.Dalam situasi yang lain,Malaysia ada 'special affairs' dengan England dalam Komanwel.Malaysia juga ada 'special affairs' dengan Rusia dalam sokongan persenjataan dan ketenteraan.Malaysia ada perjanjian melibatkan Perancis dan Jerman.Dan ada beberapa lagi perjanjian antara negara-negara tertentu yang saya tidak boleh ceritakan sebab terlampau sulit.

Kena banyak belajar bagaimana pemimpin-pemimpin Melayu menjaga diplomasi antara negara.Dan kena membaca yang tersirat hanya Malaysia yang memutuskan hubungan diplomasi dengan Israel dan bersikap memusuhi Israel namun Israel buat dek je.Cuba negara lain atau Arab,maka Israel akan cepat-cepat menuduhnya 'antisemitik'.

Perlu diingat sebagai tambahan,psikologi-emosi orang Cina di negara China berlainan dengan 'Overseas Chinese'.Orang-orang Cina Seberang Laut memiliki pelbagai penyakit psikologi dan trauma seperti 'ultrakiasu' sebagai contoh.

Saya syorkan baca buku The Chinese Dilemma oleh Ye Lin-Sheng.Pasal 'The Ugly Chinaman'.Saya telah baca banyak ulasan dari Cina Malaysia atau Cina Singapura.Rata-rata mereka menulis bahawa ini memang sukar untuk diterima namun akhirnya mereka mengeluh setuju:the Chinese is not always right.

Kredit: Srikandi

[Segmen Current Affairs]

-HE-

KAPAL PERANG JEPUN YANG TENGGELAM DI SARAWAK WW2

Jika kita melihat kepada urutan di dalam pertempuran sewaktu Perang Dunia Kedua yang berlangsung pada akhir tahun 1941 menyaksikan hanya sedikit masa sahaja yang digunakan oleh pihak Tentera Jepun untuk menduduki keseluruhan Tanah Melayu, Borneo Utara mahupun Sarawak pada masa itu. Dan pendudukan Jepun inilah merupakan satu titik pertukaran kepada wilayah jajahan Koloni British ini menjadikan sebahagian daripada wilayah pendudukan Jepun yang berlangsung dari tahun 1941 sehinggalah 1945.

Dan di dalam menyelusuri sejarah Perang Dunia Ke-2 ini di Sarawak sudah tentu lokasi pertama yang dijejaki oleh Jepun adalah Bandar Miri. Di dalam pada itu kita juga mengetahui betapa pakar risikan Jepun telah terlebih dahulu menyediakan segalanya mengenai Sarawak sebelum mereka mula menakluki Sarawak pada masa itu. |

Tepat jam 1.00 tengahari pada tanggal 13 Disember 1941, angkatan tentera Jepun telah meninggalkan Teluk Cam Ranh, Vietnam menuju ke Sarawak. Menurut sejarah perang menyatakan bahawa kekuatan angkatan tentera Jepun ini yang terlibat adalah:

• Kapal pengiring Cruiser bernama Yura dibawah kendalian Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Ini termasuk 2 kapal sokongan iaitu Kumano dan Suzuya.
• Kapal perang pemusnah bernama Murakumo, Shinonome, Fubuki dan Sagiri.
• Kapal selam pemburu yang bernama Usugumo
• Kapal pembawa pesawat tempur yang dinamakan Kamikawa Maru
• 10 buah kapal pengangkut yang membawa anggota tentera daripada Briged Kawaguchi serta kesemua pakar-pakar penggerudian minyak serta infantri perubatan mereka.

Sewaktu di dalam pelayaran menuju ke Sarawak, kesemua angkatan Tentera Laut Jepun telah diberikan perlindungan oleh kapal selam Jepun I-62, I-64, I-65 dan I-66 yang ditempatkan di sepanjang laluan. Konvoi angkatan laut Jepun ini mulanya mengarah ke arah Barat Daya pada waktu siangnya kerana tidak mahu dihidu oleh angkatan tentera perikatan tetapi ketika menjelang malam akan mengubah laluan ke Tenggara yang menghala terus ke Bandar Miri, Sarawak.

Di dalam kerancakan pendudukan Jepun di Borneo ini sudah tentu ada kapal-kapal mereka yang berjaya dibom oleh pihak British mahupun Belanda pada waktu itu. Untuk artikel dari genre Sejarah Perang Borneo ini akan menampilkan sumber informasi sejarah mengenai kapal-kapal Tentera Jepun yang “kalah” di perairan Sarawak. Sekarang, bangkai kapal-kapal perang ini terkubur di dasar laut Sarawak dan menjadi sumber hidupan laut serta merancakkan sumber industry pelancongan di Sarawak iaitu di dalam aktiviti menyelam.

Kapal-kapal Jepun yang dimaksudkan adalah:

1. Katori Maru
2. Hiyoshi Maru
3. Sagiri Maru
4. Atago Maru

i. Katori Maru

Katori merupakan kapal pengangkut tentera Jepun yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Jepun. Dibina pada tahun 1913 dan dibina oleh Mitshubishi Dockyard & Engineering Work, Nagasaki, Jepun. Dinamakan Katori mengambil bersempena dengan nama Shinto Katori, seorang legenda Jepun. Mempunyai kuasa kelajuan sehingga ke 145 knots dengan menggunakan kuasa injin stim.

Pada tanggal 24 Disember 1941 ketika di dalam perjalanan ke Kuching telah bertembung dengan kapal selam Koloni Belanda K-XIV dan memungkinkan ianya ditembak oleh torpedo lalu karam di perairan Santubong. Bangkai kapal ini bersemadi di perairan Santubong iaitu kira-kira 1 jam perjalanan dengan menggunakan bot laju dari pantai Santubong.

ii. Hiyoshi Maru

Hiyoshi merupakan kapal pengangkut tentera Jepun yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Jepun sejak di Perang Dunia Pertama lagi. Ianya merupakan antara salah satu kapal pengiring kepada Katori Maru di dalam setiap pelayaran kapal tersebut.

Oleh kerana ianya merupakan kapal pengiring maka ianya juga menerima nasib yang sama seperti Katori Maru yang tenggelam setelah terkena torpedo pada tanggal 24 Disember 1941 oleh kapal selam milik Koloni Belanda K-XIV. Sekarang ianya juga terdampar di dasar laut perairan Santubong Lokasinya juga adalah sama seperti Katori Maru iaitu 1 jam perjalanan daripada pantai Santubong.

iii. Sagiri Maru

Sagiri merupakan salah sebuah kapal pemusnah di dalam Kelas Fabuki yang dibina oleh Tentera Laut Diraja Jepun apabila berlakunya Perang Dunia Pertama lagi. Ianya merupakan antara kapal pemusnah terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Jepun sejak di kancah perang dunia pertama lagi. Kecemerlangannya terbukti sebagai kapal pemusnah terbaik sejak berlaku di Perang Pasifik lagi.

Mempunyai sistem pemusnah istimewa yang dikenali sebagai Tokugata dan mampu mencapai sasaran yang lebih jauh daripada kapal-kapal pemusnah Jepun yang lain. Dibina di Uraga Dock Company, Jepun dan telah beberapa kali diubahsuai bagi memantapkan sistem pemusnahnya.

Sekitar tahun 1937, Sagiri terlibat dengan Perang Sino-Jepun Kedua, Sagiri telah diarahkan untuk ke perairan Laut China Selatan. Pada tanggal 24 Disember 1941, Sagiri juga memasuki perairan Santubong dan telah bertembung dengan kapal selam Koloni Belanda. Pada ketika itu juga, ianya terkene bedilan torpedo oleh K-XVI lalu tenggelam.

Jika Hiyoshi dan Katori tidak mempunyai krew yang berjaya menyelamatkan diri namun untuk Sagiri dikatakan hampir 120 orang krewnya diselamatkan oleh kapal pengiringnya iaitu Shirakumo. Lokasi bangkai kapal ini adalah kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan bot laju dari Santubong.

Sagiri merupakan kapal Jepun yang terakhir yang berjaya dimusnahkan oleh submarine Koloni Belanda K-XVI kerana pada awal pagi 25 Disember 1941, K-XVI pula dimusnahkan oleh submarine Jepun I-66 yang mengorbankan kesemua anak kapalnya.

iv. Atago Maru

Kapal Atago sebenarnya merupakan sebuah kapal perdagangan milik Jepun yang dibina pada tahun 1924 oleh Glasgow by Lithgows & Sons. Ianya merupakan kapal perdagangan yang menggunakan injin diesel pertama hakmilik Jepun. Oleh kerana ianya merupakan kapal komersil maka Atago beroperasi diantara Kobe, Yokohama dan juga pantai barat USA dan Canada.

Sekitar Disember 1942, ianya telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja Jepun dan diubahsuai sebagai kapal tangki minyak untuk kegunaan peperangan. Sekitar tahun 1942 setelah kerja pengubahsuaian siap, Atago telah diarahkan untuk berkhidmat di Sarawak iaitu di Miri.

Pada tanggal 28 November 1944, iaitu ketika berlabuh dan sedang memuatkan minyak di Refinery Lutong, Miri dikatakan telah dibom oleh USAAF 13TH Airforce B-24 “Liberator” milik British dan akhirnya tenggelam di dasar laut Miri. Sekarang ianya merupakan antara kawasan selaman yang popular di Miri iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot laju daripada pantai Miri.

Mengikut sejarahnya ada banyak lagi kapal-kapal Jepun yang karam di perairan Sarawak namun begitu untuk kali ini hanya 4 sahaja yang diketengahkan kerana kawasan 4 kapal Jepun tenggelam ini merupakan antara kawasan selaman yang terbaik dan mempunyai sejarahnya yang padat. Semoga ianya berguna untuk ruang informasi sejarah bagi semua anak Sarawak.

#KamekSayangSarawakBah!

MELAYU SANG RAJA SELAT

Ada perkara menarik dalam penguasaan perdagangan di Selat Melaka.

Monopoli Srivijaya runtuh bukan sebab serangan Chola yang fake itu,sebab dalam rekod Zhū fān zhì era dinasti Song sekitar pada tahun 1225 Masehi, menyatakan Srivijaya antara wilayah terkaya di Asia Tenggara.

Yang trivianya...masa tu negeri Chola adalah paling lemah,miskin dan kena jajah dengan Pandya,siap kena bayar ufti.Sekali tu tak bayar ufti,Pandyan terus serang Chola dan pemerintah dia,Rajaraja Chola III melarikan diri.Akhir sekali kena tangkap oleh ketua wilayah Kudalur yang dahulunya dibuli oleh Chola.Raja Chola tu dipenjarakan dan ketua wilayah tu siap pasang title "Solanai-sirai-yittu-vaittu Solanadu-konda Alagiyasiyan" yang bermaksud "Yang Memenjarakan & Menakluk Chola.Brutal giler.

Berbalik kepada topik,yang buat dominasi Srivijaya pecah sebab polisi baru kerajaan Song Selatan yang tidak lagi mengamalkan polisi 'network' tetapi pasaran bebas,yang mana setiap kerajaan bebas berdagang dengan China.Maksudnya,customer boleh pergi kilang terus,tak payah borong melalui ejen.

Srivijaya pun tak boleh survive sebab rangkaian perdagangan dia dah tak relevan.Lepas tu,semua seaport bawah dia mula nak hantar duta masing-masing ke China,nak open table.

Tetapi...

Yang anehnya,selepas bertahun-tahun kejatuhan model Srivijaya,Kesultanan Melaka rilek boleh bukak balik network di Selat Melaka dan macam magnet,tarik semua perdagangan berkumpul di pelabuhan dia.

Bagaimana caranya Kesultanan Melaka dominasi Selat Melaka sekali lagi dan jerat Dinasti Ming supaya main peranan macam dinasti-dinasti sebelum polisi pasaran bebas?

Apa model perdagangan yang dia pakai?

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..”

-Duarte Barbossa

Baca kat atas tu.Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah pedagang borong terbesar dan banyaknya aktiviti perkapalan yang boleh ditemui serata dunia.

Ada orang yang bila kaji sejarah Melayu,dia suka fokus pada raja-raja Melayu yang berfoya-foya,main perempuan dan 1001 keburukan lagi yang dicari-cari dalam hikayat.Suka berangan dan berpenglipurlara lepas tu nowhere.

Tapi cer rilek jap...cuba fikirkan perkara ini.Luaskan minda.Cuba study benda ni secara teknikal.Ada benda-benda yang merupakan 'hidden gems' dalam sejarah Melayu dan kamu tidak nampak sebab terlampau berfikiran sempit.

Selat Melaka adalah selat paling tersibuk di dunia.Fikirkan bagaimana nak survive bila berduyun segala bangsa cuba merebut mangkuk emas bawah punggung kita.

~Srikandi

Sunday, 15 November 2015

WORLD CLASS MENTALITY

Case 1:

"Mentaliti kelas pertama bukanlah kemahiran untuk menggunakan teknologi canggih.. Bukan juga kebolehan menganalisa graf-graf dan data-data ekonomi.. Dan bukan juga kebolehan membaca perubahan 'political climate'..

Mentaliti kelas pertama adalah apabila seseorang membuang sampah ke dalam tong sampah, walaupun ianya sekeping pembalut gula-gula..

Mentaliti kelas pertama ialah mereka yang tahu tutup kembali pili air di tempat awam setelah digunakan..

Mentaliti kelas pertama ialah mereka yang tahu membersihkan kembali tandas yang digunakan..

Mentaliti kelas pertama ialah insan yang mengerti konsep ihsan.."

-Jamalee Bashah-

Case 2:

"The "rich mentality" thinks of ways to solve problems and make money out of what people see as problems. They seek opportunity in a problem. When the problem is blocking their way, they find a way around or through it and in the process, make money out of it.

A "poor mentality" focuses on the problems, brooding over the problem, complaining and blaming others. They see problems as a huge mountain blocking their way to riches and they only see the problem as a problem."

-Hoong Ling-

JB: Tak susah sebenarnya untuk menjadi individu bertaraf dunia.

EVOLUSI MENTAL

Petikan dari ucapan YB Menteri Kewangan II Malaysia

Di dalam konteks ini, ucapan saya akan menyentuh:-

Penciptaan kekayaan Bumiputra;
Peluang Bumiputra di dalam ekonomi berpendapatan tinggi;
Pembentukan pemikiran Melayu moden;
Kerangka evolusi mental.

PENCIPTAAN KEKAYAAN BUMIPUTRA

Jika kita ingin pemilikan kekayaan Bumiputra mencecah 30.0%, adalah perlu kadar peningkatan kekayaan Bumiputra berkembang lebih laju dari kadar pertumbuhan pendapatan kasar negara (GNI).

Peningkatan pemilikan Bumiputra semestinya akan tercapai hasil dari penciptaan kekayaan baru (wealth creation), di raih dari industri-industri berpertumbuhan tinggi (high-growth industries) yang terdiri dari sektor-sektor berteknologi tinggi dan perkhidmatan pengetahuan dan perniagaan professional (knowledge and professional business services sector).

PELUANG BUMIPUTRA DI DALAM EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

Sesungguhnya, peluang untuk menyertai secara langsung ekonomi nilai tinggi ini, ekonomi bersaingan global ini, adalah terbuka kepada yang memiliki kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian dengan kehendak ekonomi tersebut.

Namun, kegiatan perniagaan dan peluang pekerjaan sokongan yang mengalir dari ekonomi pendapatan tinggi adalah pelbagai dan banyak lagi terbuka kepada semua.

Secara keseluruhannya, peluang kaum Bumiputra melibatkan diri, secara langsung mahupun tidak, di dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi adalah luas.
Natijahnya, jika bangsa kita terlalu bergantung kepada sektor kegiatan ekonomi bernilai rendah, di mana penciptaan kekayaannya kecil, maka peningkatan peratusan pemilikan kekayaan bangsa Melayu tidak mungkin tercapai – the economic pie will always continue to grow.

Sepertimana saudara-saudari sedia maklum, untuk berjaya di dalam mana-mana bidang pun, termasuklah bidang pengurusan, profesional dan perniagaan, minat dan pengetahuan di dalam bidang yang di ceburi adalah satu kriteria paling utama di dalam menentukan kejayaan.

Keghairahan dan minat di dalam bidang yang di ceburi seharusnya merangkumi hampir semua aspek pemikiran dan tingkah-laku kita – umpama ikan di dalam air.

PEMBENTUKAN PEMIKIRAN MELAYU MODEN

Seiring dengan pembangunan ekonomi negara, pembangunan pemikiran orang Melayu juga telah beralih dari satu tahap ke satu tahap. Ini dapat di ukur dengan penglibatan bangsa kita di dalam pelbagai bidang, baik di alam sarjana, perniagaan mahupun NGO.

Kemampuan bangsa Melayu mengecapi kecemerlangan di dalam bidang-bidang ini adalah hasil dari pembentukan pemikiran Melayu yang sedikit-sebanyak menpengaruhi dasar Kerajaan di dalam usaha kita bersama memartabatkan kedudukan bangsa kita sebagai bangsa terulung di bumi bertuah ini.

Pasca Kemerdekaan, hulu kepimpinan pemikiran – thought leadership – bangsa Melayu di terajui oleh para cendikiawan, ahli-ahli sarjana akademik dan juga pemimpin-pemimpin politik.

Bagi saya, takrif nilai seseorang pemimpin agung bukanlah di ukur timbang dengan terdirinya megah bangunan dan tugu, tetapi sejauh manakah impak pemikiran seseorang pemimpin kepada masyarakat.

Di zaman pra-Kemerdekaan, kedudukan ekonomi bangsa Melayu adalah mundur. Pemikiran bangsa Melayu di belenggu oleh etos kolonial dan feudal.

Pasca merdeka, dengan pengenalan Revolusi Mental, Dilema Melayu dan Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain, pemikiran bangsa Melayu berganjak dari satu tangga ke tangga lain, membuktikan bangsa Melayu memiliki minda yang anjal, berubah-sesuai dengan peredaran masa.

Kerajaan pula secara berterusan berusaha sedaya-upaya untuk memberi akses kepada kaum Bumiputra mendapatkan dana modal, kemahiran dan pengetahuan, bertujuan untuk menaikkan taraf mutu kehidupan kaum Bumiputra – senarainya terlalu panjang untuk saya senaraikan satu persatu. Sungguhpun begitu, kadar pemilikan 30% masih belum tercapai.

KERANGKA EVOLUSI MENTAL

Di dalam tahun-tahun kehadapan, ekonomi akan berubah sekali lagi. Untuk mengharungi cabaran-cabaran baru ini, apakah kerangka perlu di tempa demi masa depan kita, menghadapi cabaran peralihan ekonomi dan impak-impak sampingannya?

Adalah jelas kita memerlukan suatu evolusi mental, suatu anjakan dalam pemikiran umat Melayu sejagat. Izinkan saya menghuraikan kerangka ini satu persatu.

Pertama

Kita tahu 70.0% dari penduduk negara ini sekarang bermastautin di kawasan bandar – kebanyakannya masih generasi bandar pertama. Landskap seharian bangsa Melayu, secara amnya, sekarang bersekitar di alam Bandar.

Sedang orang Melayu menyesuaikan pemikiran mereka ke alam bandar ini, terbuka pula pagar pintu internet dan kunci teknologi telekomunikasi tinggi. Alam seharian bangsa Melayu sekarang terdedah luas secara global, tiada batasan, tanpa sempadan.

Impak siber adalah luas dan mendalam. Contohnya, di negara China, Ali Baba,com berjaya merubah corak tabiat membeli para konsumer sehinggakan terdapat pengurangan pengunjung ke pusat membeli-belah di pusat-pusat bandar.

Kedua

Untuk melahirkan suatu generasi yang berinovatif, seseorang itu perlu pemikiran tersendiri – independent dan objektif – tidak terkongkong kepada amalan status quo.
Kita perlu membina suatu generasi berijtihad – mampu membuat penelitian dan penafsiran tersendiri. Untuk berijtihad, perlulah seseorang itu di lengkapi sebaik-baiknya ilmu. Kekuatan jati diri perlu bersemadi di dalam jiwa individu tersebut, baik dari segi agama mahupun ilmu duniawi.

Ketiga

Dengan hanya di lengkapi dengan minda yang luas dan pemikiran berinovatif, kita tidak mungkin akan mencapai matlamat kita sebagai suatu bangsa kompetitif jika tidak memiliki semangat daya-saing yang tinggi.

Untuk berdaya-saing kita haruslah menerima-pakai pelbagai tanda-aras (benchmarks), dari segi peribadi, mahupun di peringkat industri dan korporat, dengan pemakaian amalan terbaik dan piawaian global.

Kita memiliki kemampuan untuk mengukur pencapaian kita dengan tanda-aras yang tinggi. Walaupun kadang-kalanya maksud kita tidak tercapai, perjalanan ke arah tersebut sudah cukup memberi kita pengalaman dan pengajaran yang berharga.

Saudara-saudari yang saya hormati

Bangsa Melayu kita ini bukanlah suatu bangsa yang tergopoh-gapah. Kita tilik dan kita kaji setiap langkah yang perlu di ambil. Di mana jua pun, mana bangsa pun, usaha menpengaruhi arus pemikiran sesuatu masyarakat bukanlah mudah.

Kerangka evolusi mental serampang tiga-cabang ini mampu membawa kita menangani panah petir cabaran ekonomi berpendapatan tinggi.

Sesungguhnya, kita adalah suatu umat bangsa bertamaddun tinggi, terkenal dengan pembangunan ilmiah dan amali berzaman lagi. Insyaallah, matlamat kita untuk memartabatkan ekonomi umat Islam di Negara ini akan tercapai.

PENUTUP

Saya mengucapkan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa dan Yayasan Kajian dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bekerjasama mengadakan Seminar Waqf ini.

Saya percaya hasil kajian “International Centre for Waqf Research” ini akan melonjakkan peranan waqf di kedudukan hakikinya sebagai suatu instrumen yang penting di dalam pembangunan ekonomi Islam.
Adalah harapan dan doa saya, agar Allah SWT memberkati usaha kita bersama, demi kegemilangan agama dan kesejahteraan bangsa. Saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini dengan lafaz

Wabillahi-taufik Walhidayah
Wassallamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh.

Putrajaya
21 Disember 2013

[Economy & Business]

KERIS BUKAN DATANG DARI INDIA - JAYAGOPAL (PENYELEWENGAN SEJARAH)

1. Saya difahamkan tuan Jayagopal cuba untuk menepis dakwaan kami di mana kami mengatakan bahawa kapal kemungkinan dibina oleh orang Melayu itu sendiri. Bahkan kami mendapati hujah tuan adalah mengatakan bahawa Kapal itu datang daripada perkataan Tamil.

2. Hujah kami adalah berdasarkan kenyataan yang diambil daripada (Link: http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) di mana daripada link ini dengan jelas disebut bahawa malay and Indonesian STATE.

3. Anda cuba menafikan “Malayan and Indonesia state” itu milik bangsa MELAYU dengan berpegang bahawa sebelum kedatangan orang putih, negara-negara tersebut bukannya Melayu sebaliknya mereka mendakwa diri mereka sebagai bugis, jawa, dan sebagainya. Maka, mereka semua tidak sepatutnya dikatakan sebagai Melayu.

4. Rasanya anda sudah salah faham dalam konsep rumpun Melayu itu sendiri. Anda adlaah individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.

5. Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian), kenapa tidak Melayu?

6. Kalau ditelusuri bahasa seperti suku kaum di atas, mereka diklasifikasikan dalam keluarga Melayo-Polynesian, satu sub keluarga bahasa dalam keluarga Austronesian.

7. Bahkan, idea mengenai RUMPUN MELAYU ini wujud sejak zaman berzaman. Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada tahun 1879, di mana ketika itu baginda telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan luar.

8. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”.

9. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.”

10. Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada empat kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.

11. Saya juga sarankan saudara ke link ini : https://www.facebook.com/groups/163597200488778/ yang didirikan oleh orang Indonesia, di mana mereka tidka malu untuk mengaku sebahagian daripada RUMPUN MELAYU.

12. Untuk pengetahuan saudara juga, kami bukan berbekalkan dengan link tersebut sahaja tetapi kami berbekalkan pelbagai sumber untuk menjawab mengenai bahawa Melayu antara bangsa terawal membina kapal dan mengajarkan bangsa lain cara membina kapal.

13. Kalau saudara menggunakan hujah bahawa Alexander The Great yang konon menggunakan kapal untuk berlayar ke negaranya selepas menyerang India Utara sebagai hujah bahawa kapal telah digunakan di India sebelum kedatangan era Melayu, maka izinkan saya menggunakan sumber lain juga. Walaupun setahu saya pergi dan baliknya Alexander The Great adalah melalui jalan darat, bukannya laut.

14. Menurut Lynda Shaffler, catatan daripada orang Cina, dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500, beliau menyebut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."

15. Dalam bukunya, menceritakan bahawa beratus tahun sebelum Masihi, orang Melayu sebenarnya telah menggunakan dan mencipta kapal laut yang hebat, Bahkan selepas beratus tahun digunakan oleh orang Melayu, Linda Shaffler menctatakan akhirnya pada 200 SM, barulah orang Cina berjaya menggunakan kapal yang digunakan oleh Melayu, itupun pada zaman Dinasti Han dan orang Melayu telah berlayar lebih awal daripada zaman Dinasti Han. Ini membuktikan bahawa era Melayu menggunakan kapal adalah jauh lebih lama daripada era perang Alexander The Great dan Raja Poras memandangkan jangka masanya adalah berates tahun sebelum Dinasti Han mahi rmenggunakan dan mencipta kapal mereka sendiri.

16. Kalaulah kapal itu dibina oleh orang Tamil seperti mana yang dikatakan oleh saudara, saya tidak pernah dengar pula kisah orang Tamil menjadi pelaut terkemuka bahkan mengajar bangsa lain mencipta dan menjadi pelaut terkemuka. Tetapi orang Melayu memang pelaut terkenal.

17. Sampai Madagsacar itu dijejak oleh Melayu dan mendirikan kerajaan di sana dan hari ini, keturunan Melayu di Madagascar dikenali sebagai Malagasy. Bahkan, orang pertama mengelilingi dunia bukannya orang Tamil tau, tetapi Melayu. Saya sarankan saudara mencari siapakah Panglima Awang.

18. Bhakan teknologi perkapalan juga dicipta oleh orang Melayu. Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

19. Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia membuktikan siapakah itu Melayu dan ilmu lautnya. Tidka pernah pul assay amenjumpai mana catatan mengenai kehebatan kapal-kapal yang diciptakan oleh orang Tamil.

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

20. Saya sangat menunggu untuk menemplak saudara yang cuba mengatakan bahawa keris itu adalah warisan orang Maratha. Katanya juga bahawa wilayah Melayu ini berada di bawah Empayar Raja Cheran.

21. Saya mengetahui mengenai kewujudan sebuah Dinasti Chera di Selatan India seawal abad ketiga sebelum Masihi apabila raja daripada utara India iaitu bangsa Aryan yang telah menyebut mengenai Kedalaputho dalam catatannya.

22. Namun, tidak pernah pula sepanjang sejarah dinasti Chera itu, ianya menjadi sebuah empayar dan menyerang mana-mana kerajaan Melayu di Semenanjung.

23. Adapun rekod mengenai serangan daripada India Selatan adalah beribu tahun selepas era Chera, di mana pada tahun 1025, Rajendra Chola menyerang Kedah, tetapi serangan itu bukan bersifat penjajahan tetapi mahu menggangu pelabuhan empayar Melayu Srivijaya dan lebih bersifat MENJARAH.

24. Walaupun terdapat Prasasti Tanjore yang konon menceritakan mengenai Srivijaya ditawan dan dijajah, tetapi para sejarawan mempertikaikan prasasti itu kerana 2 tahun selepas serangan itu, terdapat Maharaja Srivijaya yang menghantar utusan ke China bahkan China tidak langsung mencatatkan sebarang rekod mengenai Srivijay apernah berada di bawah empayar Chola ketika itu.

25. Adapun saya melihat, terdapat juga saudara sebangsa dengan saudara yang menggunakan hujah Sulalatus Salatin, di mana di dalam sana menceritakan mengenai seorang raja bernama Raja Suran dikatakan telah menyerang semenanjung adalah bukti Raja Chola pernah menawan alam Melayu ini.

26.Dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Soal Raja Suran inipun masih didebatkan oleh sejarawan kerana penceritaan Sulalatus Salatin agak berkias dan penuh dengan kod tersendiri. Asasnya memang kesultanan Melaka tapi terdapat banyak pendapat tentang rantingan cerita. Antaranya Alexander The Great itu sendiri.

27. Kalau diteliti kisah Raja Suran turun ke dasar laut untuk melihat kerajaan di bawahnya menggunakan kotak kaca, maka kita akan mendapati bahawa terdapat lukisan mengenai Alexander berlaku yang sama. (Link: http://scienceblogs.com/universe/wp-content/blogs.dir/447/files/2012/04/i-93ce08ed1155523d9fff936fc659633b-white_glass_FINAL.jpg)

28. Bahkan terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa Raja Suran itu adalah Parsi. Ini dalah dibuktikan apabila apabila diperhatikan serta diselusuri adalah seperti gelaran Shah yang digunakan oleh raja Melayu itu asalnya daripada Parsi dan budaya Parsi sebenarnya banyak menyerap dalam diri budaya melayu itu.

29. Sebagai contoh, adalah tradisi alat muzik nobat dan nafiri. Itu adalah berasal daripada budaya parsi dan nobat berasal dari perkataan "naubat" iaitu bermaksud 9 alat muzik dalam bahasa Parsi.

30. Itu belum kita bercakap mengenai budaya bersongkok di mana saya percaya dibawa oleh orang Parsi itu sendiri keran aterdapat lukisan dan ukiran raja Parsi memakai songkok. (Link: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/1426741_244967475661943_31845585_n.jpg)

31. Mengenai asal usul silat yang konon di bawa oleh Cheran yang dikatakan oleh saudara, saya merasakan sudah tiba masanya saudara mempelajari mengenai sejarah semua bangsa di dunia, bukan sahaja sejarah Tamil.

32. Saya mendapati bahawa dakwaan bahawa keris itu adalah milik orang Maratha berserta lukisan yang saudara persembahkan kepada saya adalah tidak logik berserta lukisan yang saudara persembahkan berdasarkan faktor-faktor yang akan saya persembahkan.

33. Bukan sesenang itu untuk mendakwa bahawa keris itu datang daripada sana kerana saudara perlu untuk membuktikan bahawa timeline asal usul dan sejarah keris itu adalah sesuai kisah saudara.

34. Zaman proto keris ditemui adalah di Kebudyaaan Dong Son, sebuah Tamadun Gangsa milik Melayu Champa di IndoChina sana di mana pada waktu itu, 2500 SM ditemui sesuatu yang dikenali oleh pengkaji sebagai Proto Keris.

35. Kemudian, pada tahun 1500 SM, Ratu Hatshepsut telah mengukir mengenai satu kerajaan yang menjadi tempat perlayaran Ratu Hatshepsut untuk berdagang dan mengambil kemenyan yang sangat berkualiti daripada situ.

36. Para pengkaji mengenali tempat ini sebagai Punt dan untuk pengetahuan saudara jayagopal, kami mendapati bahawa terdpaat ukiran mengenai raja Punt yang dikenali sebagai Raja Perahu dan isterinya Ratu Hati yang di mana Raja Perahu itu terlihat memakai keris, yang disisipkan di sebalik sampingnya. (Link: https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/305631_443944775635117_1206367128_n.jpg)

37. Namun kini terdapat beberapa para sarjana yang bersepakat mengatakan keris dipercayai paling awal ditemui di dasar tapak induk Candi Borobudur yang dibina sekitar tahun 875 masihi.

38. Keris tersebut dikenali sebagai "Keris Majapahit". bentuk hulunya seperti manusia manakala matanya menyatu bersama hulunya. keris ini lurus tidak berlok dengan kepanjangan 28.3 sentimeter.

39. Bahkan bila kita bercakap mengenai Keris, maka saudara harus menerima hakikat mengenai Keris adalah sebuah senjata yang mempunyai falsafah yang sangat tinggi dalam budaya Melayu itu. Terdapat 4 ciri-ciri untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai keris.

40. Keris harus terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bahagian bilah atau mata keris (termasuk pesil) dan bahagian ganja. Kalau bahagian bilah dan pesi melambangkan wujudnya lingga, maka bahagian ganja pula melambangkan wujudnya yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan antara lingga dan yoni adalah simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.

41. Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus.Kedudukan bilah keris yang miring atau condong itu lambang sifat yang terpuji: tidak kira apa juga kedudukan dan pangkatnya, orang itu harus sentiasa tunduk dan hormat bukan sahaja kepada Sang Pencipta, tetapi juga sesamanya. Hal ini sesuai dengan falsafah padi: semakin berisi semakin merunduk. Berdasarkan falsafah ini, pendapat yang mengatakan keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak.

42. Ukuran panjang bilah keris lazimnya adalah antara 33 cm sampai 38 cm.Namun, bilah keris di luar Jawa boleh sampai 58 cm, bahkan panjangnya keris buatan Filipina Selatan ada yang mencapai 64 cm. Mengenai senjata tikam menyerupai keris yang panjangnya di bawah ukuran yang lazim, menurut banyak ahli belum dapat dikategorikan sebagai keris, tetapi keriskerisan.

43. Keris yang baik harus dibuat dan ditempa dari tiga macam logam, minimaldua, iaitu besi, baja dan bahan pamor. Keris-keris tua atau lebih tepatnya keris prototaip, misalnya keris Buda, tidak menggunakan pamor.

44. Bahkan untuk pengetahuan saudara Jayagopal, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

45. Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.

46. Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’. Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.

47. Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara Jayagopal. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.

48. Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah dagger di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Kalau ada, sila kemukakan.

49. Keris bukan sebarang besi. Antara keris yang mempunyai nilai tinggi ditempa dengan batu meteor. Sebenarnya terdapat banyak jenis besi digunakan utk menempa keris. bukan calan-calang prosesnya.

50. Seandainya keris adalah warisan dari orang Maratha, sila jawab pertanyaan saya... Adakah terdapat satu jenis senjata dari India yang mempunyai falsafahnya setanding dengan falsafah keris? Kami mencabar saudara Jayagopal.

51. Cabaran kami juga adalah berbunyi begini, kalau keris berasal dari budaya India ,sudah tentu ia masih terdapat di India hingga ke hari ini . Adakah keris terdapat di India hari ini, sedangkan di wilayah Melayu Nusantara ia masih digunakan meluas hingga ke hari ini. Kalau ada, sila tunjukkan bukti.

52. Bagaimana boleh dikatakan bahawa sebuah empayar Tamil pernah alam Melayu sedangkan di zaman dahulu tiada penempatan koloni orang India (Tamil ) di negeri-negeri Malay city state. Paling awal koloni kaum India adalah Kaum Ceti di Melaka. Di tempat lain tiada koloni India .Kalau benar Rajendra Cola berjaya menakluk Malay City State sudah tetu dia membina penempatan besar kaum Tamil untuk mengukuhkan kedudukan,Ternyata tiada.Ternyata seluruh angkatan Cola pulang ke India semula dan tidak menetap di sini.

53. Sedangkan Portugis yang menaluk Melaka dalam tempoh singkat pun ada meninggalkan koloni Kaum Serani di Melaka hingga ke hari ini.Tak akan empayar Tamil yang didakwa oleh saudara yang dikatakan berjaya menakluk tak tinggalkan sedikit koloni pun.

54. Juga, berikan kepada kami seni mempertahankan diri apa yang digunakan oleh bangsa Tamil/India yang menggunakan keris kerana keris adalah kembar kepada seni mempertahankan diri Melayu.

55. Kami juga mendapati bahawa saudara cuba menggunakan istilah "KAPAL" dalam bahasa Melayu yang membawa hujah kononnya ianya dicedok dari bahasa Tamil menandakan bahawa kapal di bina oleh orang Tamil.

56. Untuk Pengetahuan saudara Jayagopal, mengenai perkataan Kappal sebagai kapal pula sebenarnya peminjaman perkataan kapal dari orang tamil ini berlaku di zaman semi modenr kerana sebelum itu orang2 melayu TIDAK Menggunakan perkataan KAPAL

57. Tanyalah orang-orang tua yang umurnya lebih 90 tahun kalau ada, mereka memanggil kapal sebagai jong, lancara, geliung, pinisi, Perahu, Geliung, lancang, barangai ,tongkang, bahtera, penyalang dan banyak lagi.

58. Dan mengenai perkataan kapal juga hanya pengkaji moden yang menggunakan perkataan itu tapi pengkaji dan penulis british zaman dahulu menggunakan perahu atau junk dan proahs

59. Contohnya: The Malay piratical proas are from six to eight tons burden, and run from six to eight fathoms in length. They carry from one to two small guns, with commonly four swivels

60. Kami mengharapkan penghujahan daripada pihak saudara bagi menjawab setiap hujah yang kami persembahkan. Saudara haruslah menjawab keseluruhan hujah kami, bukannya menjawab separuh dan meninggalkan separuh kerana itu adalah perbuatan tidak beradab dalam perdebatan ilmiah.

[HE, TMH,  Al-Semantani, RAD, mz, Izzat Yousuf, AH, ninotaziz, AP dan Sepintas Lalu]

(Department Sejarah Nusantara "The Patriots")

JITRA NOTATAKAI (BATTLE OF JITRA)

1. Salam bahagia, bertemu lagi kita di ruangan lipatan sejarah negara bangsa kita yang semakin lama semakin pupus ditelan zaman dek kerana kelalaian kita menghayati erti kemerdekaan. Sekali lagi saya faisal 9w2wbt merakamkan setinggi tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Shah Paskal kerana kesudian menerbitkan artikel ini di dalam blog yang sentiasa mendapat perhatian dari ramai pihak pihak yang cintakan tanah air dan semangat patriotisme yang tinggi di dalam jati diri tuan puan sekalian.

2. Artikel ini agak panjang saya huraikan mengikut kefahaman pembacaan saya terhadap rencana rencana yang menjadi kajian oleh pengkaji pengkaji sejarah Tanah Melayu. Artikel ini bermotifkan tentang kajian kegagalan British mempertahankan barisan hadapan Tanah Melayu ketika itu dan taktik kemaraan tentera Jepun ketika mengasak pertahanan paling utara tanah air kita. Ia sepatutnya dipertahankan selama 3 bulan tetapi Jepun hanya memerlukan 3 hari sahaja untuk menawannya.

3. 4 Disember 1941, Lt. Jen Yamashita, selaku panglima 25 pemerintahan medan tentera darat Jepun berkekuatan 25,000 anggota telah berlepas menaiki kapal dari Vietnam menuju ke Thailand. 7 Disember 1941, armada tersebut berpecah dan mendarat di Singgora dan Pattani. Semasa di Singgora, pihak polis Thailand telah berjaya menghalang pendaratan tersebut dan setelah berunding, mereka akirnya mendarat dengan selamat dan bersiap menuju ke Tanah Melayu untuk bertempur dengan sejumlah 88,000 trup termasuk 9 dan 11 Divisyen Tentera Darat India dan 8 Div Tentera Australia.

4. Tengahhari 8 Disember 1941, Singgora di pijak oleh Jepun. 6 Briged dan 15 Briged British bergerak ke Jitra untuk ambil kedudukan. Mereka telah menanam periuk api dan menggali kubu kubu yang kesemuanya di penuhi air. Maklumlah waktu tersebut merupakan musim hujan dan hujan turun sehingga 4 hari menyebabkan persiapan tempur agak terbatas.

5. British cuba melambatkan kemaraan Jepun memasuki sempadan dengan cara mengamalkan pre emptive strike iaitu memasuki kawasan Thailand dan menggempur dari kawasan Thailand. Namun Jepun melalui Detachment hadapan diketuai oleh Lt. Kol Saeki Shizuo mendapat mesej dari pasukan peninjau udara yang telah mengugurkan mesej memberitahu bahawa pasukan ‘mechanised’ British bergerak melalui Changlun menuju ke utara.

6. Pasukan British yang menuju ke Thailand adalah dari kompeni 1/8 Regiment Punjab yang merupakan pasukan simpanan sahaja! Waktu itu, British juga menghantar pasukan pengebom udara bagi mengebom pasukan Jepun yang mendarat.
Jepun tidak membalas serangan itu, hanya memastikan kesemua anggota dan peralatan selamat mendarat. Setelah semua selamat mendarat, barulah serangan dari Jepun dilakukan. Jepun telah menghantar 3 buah kereta kebal sederhana (medium tank) 1 unit kereta perisai, 2 skuadron ‘mechanised cavalry’, meriam dan 300 anggota.

7. 9 Disember 1941, Lt. Jen. Sugawara dari grup 3 Tentera Udara mengetuai 500 pesawat Jepun jenis pejuang dan pengebom yang berpangkalan di Vietnam berlepas ke Tanah Melayu. Mereka telah menyerang semua pengkalan udara British termasuk Alor Setar sehingga menyebabkan pengkalan itu terpaksa ditutup dan kesemua tentera British lari bertempiaran menyelamatkan diri.

8. Serangan ini menyebabkan bangunan terbakar dan memberikan tekanan psikologi kepada trup 11 Divisyen yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pengkalan itu. Pesawat Mitsubishi Zero bukanlah saingan pesawat Buffalo British yang amat daif. Maka, ruang udara telah dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.

9. Kita berbalik kepada keadaan di sempadan pula, Lt. Kol. Saeki telah memandu sendiri kereta kebal diikuti oleh 300 anggotanya dan bersama pasukan peninjau dan dengan gagah beraninya tidak sabar ingin bertempur dengan British.
10 Disember 1941, Mereka bertempur buat pertama kalinya di dalam kawasan Tanah Melayu.

10.Ketika inilah Jepun mendapat kemenangan yang pertama! Brtitish seperti biasa melarikan diri dan berundur. Hasil dari pertempuran ini, Jepun berjaya memiliki sebuah peta lengkap mengenai pertahanan British di kawasan Changlun dan Jitra.
Tetapi sebelum serangan itu, serangan udara di pengkalan Kepala Batas telah dilakukan. Sewaktu kereta kebal Saeki berada di sempadan dan bertempur, trup yang tewas berundur dalam keadaan yang amat daif dan bergerak berundur ke Changlun sementara itu trup di kawasan Perlis (sebelah kiri) juga berundur ke Kodiang. Dengan ini amatlah mudah Jepun memasuki Tanah Melayu pada 10 Disember 1941.

KUPASAN PERTAHANAN UTARA TANAH MELAYU. (KEGAGALAN OPS MATADOR)

11.British pada mulanya hanya menumpukan kekuatan pada 2 buah jalan yang menuju ke Thailand. Pada waktu itu, tumpuan pertahanan terjejas kerana musim hujan dan menyebabkan kenderaan berat gagal bergerak di atas jalan yang becak, maklumlah tiada turapan bitumen / minyak tar.

12.Oleh sebab keadaan kawasan Jitra yang rata ratanya adalah kawasan tanah rata dan sawah padi yang bertali air, menyebabkan kubu parit (Trenches) yang dikorek menjadi tidak sesuai untuk bertempur. Ia dipenuhi air!. Dinding struktur kubu parit telah di cerucuk dengan batang buluh. Tinggi dinding mencecah sehingga 6 kaki ke atas dan lebar hampir 7 kaki. Jepun telah menganggap kubu ini sebagai ‘ JITRA LINE’.

13.Jitra Line juga di perkukuhkan dengan ‘pillbox’ dan serentak dengan pembinaan ini, semua anggota sibuk dengan latihan persediaan Ops Matador. Semua ini berlaku pada awal Disember 1941. Panglima Tentera Udara British di Timur Jauh Marshall Udara Brooke-Popham telah mengizinkan Jen. A.Percivel memasuki wilayah Thailand apabila Kota Baharu diserang. Maka Panglima Pemerintah Kor, Jen. Heath diarahkan bersiap sedia menggerakkan trup Ops Matador.

14.British membuat tinjauan udara dan mendapati pendaratan besar besaran Jepun di Singgora dan Pattani. Berita ini disampaikan ke kota Baharu pada jam 0915. Pada jam 1100, barulah Percival dapat maklumat ini di markas Malaya Command setelah kembali dari menghadiri mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Pembaca ingin tahu apa alasan Jen. Percivel?

15.“Apa yang berlaku antara 3 Corps dan 11 Indian Divisyen saya tidak tahu. Tapi saya masih mempertahankan bahawa hanya ada satu sahaja talian telefon awam yang mana kita semua menggunanya, dan khidmatnya hanya khas untuk mereka yang mempunyai keistimewaan terhad. Ia tidak dijangka berlaku, itu fasal la saya tidak dapat maklumat awal bro…” 
Dalam masa yang sama, 11 Div yang hendak menyerang pelabuhan Singgora diarahkan agar menyerang Jepun yang telah mendarat mudah. Ia telah memberikan impak kepada persiapan 11 Div ini.

16.11 Disember 1941 : Jam 0800 bermula serangan Jepun terhadap 1/14 Regimen Punjab dan mereka tewas. 2 penangkis kereta kebal Breda di tawan Jepun. Askar Punjab seperti biasa lari lintang pukang. Kol. Saeki memeriksa kawasan Punjab itu dan menjumpai 10 senjata berat dihala ke arah Jepun tapi tiada yang mengoperasikannya. Beliau yakin bahawa semua askar Punjab berlindung daripada hujan di kawasan pokok pokok getah di kiri kanan jalan Changlun itu.

17.Kol. Saeki bertindak bijak, mengarahkan serangan dilakukan secara berdepan melalui jalan utama dan asakan dari kiri dan kanan jalan Changlun itu. Maka bertempiaran lagi askar Punjab menyelamatkan diri di dalam keadaan hujan lebat itu.

Tragedi Jambatan Manggol.

18.British di bawah 15 Briged berundur ke Jitra. Trup 6 Briged dari Perlis juga berundur. Sesampainya di Manggol, ada sebuah jambatan merentasi sungai. Kawasan itu dijaga oleh 15 Briged dan di perintah oleh 1 Regimen Leicester. Jambatan tersebut telah dipasang bom bagi menyekat Jepun dari mara ke arah Jitra.

19.Apa yang terjadi ialah, 6 Briged telah diarah berundur ke Jitra, disinilah kesilapan paling ketara British. Pertahanan British diseberang sungai telah meletupkan jambatan itu kerana menyangka bahawa trup yang sedang mara itu ialah Jepun. Akibatnya sejumlah pengangkut anggota, empat laras meriam dan 7 meriam Breda terpaksa ditinggalkan di seberang sungai.

20.Banzaiiii………….Jepun terus mengasak sehingga petang. Mereka bertempur dengan 2/9 Jats dan mula mengasak sebelah kanan. Disamping itu, peluru cahaya dilepaskan sebagai bantuan dan tembakan bermula. Jam 2030, kereta kebal Jepun mengasak lagi dengan bantuan spotlight besar dan menumpaskan 1 peronda 1 Leicestershire. Dalam pada itu, 2 kereta kebal Jepun terbakar akibat terkena peluru meriam pasukan 125 anti kereta kebal British.

21.Markas 15 Briged menerima laporan. Dikatakan bahawa Jepun telah menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor. Brig Carpendale berasa terancam dan lantas tanpa merujuk kepada Panglima Div, ia meminta bantuan Brig Lay, Panglima 6 Briged agar dapat membantu dengan memberikan 2 kompeni dari 2/2 Refal Gurkha (simpanan). Mereka mengambil lokasi arah ke timur dan satu lagi 2/16 Punjab di letakkan di Kelubi untuk menyokong pertahanan belakang.

22.12 Disember 1941-Tepat jam 0300, Jepun mula menyerang kembali menerusi jalan raya utama dan mengasak sehingga ke kawasan belakang sebelah kanan kompeni 1 Leicestershire. Jepun dapat diundurkan setelah bantuan dari Bren Carrier diatur gerak kembali hampir waktu subuh. Hujan mencurah curah tidak berhenti, jam menunjukkan 0600, Jepun mengarahkan satu kompeni yang dibantu oleh kereta kebal menyerang secara berdepan di bahagian timur jalan yang memisahkan pasukan 1 Leicestershire dan 2/9 Jats. Serangan itu berjaya dan Jepun menawan pos pemerhati meriam. British menyerang balas tetapi hampa.

23.Brig Carpendale lagi sekali meminta bantuan Brig Lay 6 Briged. Ia telah diberi 1 markas briged dan 2 kompeni 1/8 Punjab. Lantas mereka diarahkan melancarkan serangan besar besaran dengan dibantu oleh meriam untuk merampas semula kedudukan tadi. Pasukan ini menyerang melalui kawasan Jats yang menyangka tembakan itu dari Jepun. Serangan balas ini gagal lagi! Jam 1000 menunjukkan tewasnya British dan pegawai pemerintah juga terbunuh.

24.Pada 12 Disember, Jeneral Murray Lyon meninjau markas Briged 15, Jam 0900 beliau diberitahu telah kehilangan 2 batalion dan kemarahannya memuncak apabila mendapati Brig Carpendale telah mengguna sepenuhnya kekuatan anggota sehingga kepada pasukan simpanan!. Trupnya keletihan yang amat sangat dan hilang semangat. Lantas Jen. Murray Lyon memohon izin Panglima Malaya Command memalui markas 3 Kor untuk berundur dari Jitra ke kawasan Gurun dan membuat pertahanan di sana.

25.Sementara itu, di pihak Jepun pula, Mejar Jen. Kawamura (Panglima Briged ke 9 Infantri telah membuat tinjauan di hadapan. Beliau memerintahkan agar pegawal hadapan Infantri yang telah bertempur berundur dan digantikan dengan Regimen 41. Arahan dikeluarkan untuk menyerang pada waktu malam di kawasan sebelah timur jalan raya itu. Regimen 11 pula diperintahkan menerang di sebelah barat serentak.

26.Jepun berjaya mengucar kacirkan pertahanan tengah British dan menumpaskan kompeni Jats di sebelah kiri sehingga memaksa kompeni Jats berundur ke tenggara kawasan. Sebelah kanan pula milik Leicestershire juga diasak. Jam menunjukkan 1430, Jepun akhirnya bertembung dengan 2/2 Gurkha di Sungai Bata. British menyerang balas melalui platun bergerak dari 2 East Surrey yang dihantar oleh 6 Briged. Tindakan ini telah menyebabkan kawasan kanan Leicestershire berjaya diselamatkan dari di kepung Jepun. Pertempuran berehat pada jam 1500.

27.Brig. Carpendale tersedar dari lamunannya, dia telah melakukan beberapa kesilapan. Pertahanan Jats dan Leicestershire dalam keadan yang amat kritikal. Arahan dikeluarkan kepada Leicestershire dan Jats. Jats ditugaskan untuk bertahan di kawasan Kelubi dan dibantu oleh kompeni Punjab di sungai Bata. Manakala Leicestershire di arahkan untuk bertahan di kawasan barat dan utara sungai itu. Tujuannya ialah untuk menyerang kawasan timur pada keesokan harinya.
Cadangan Brig. Carpendale..

28.Mencadangkan Brig.Lay agar pasukan East Surreys menyerang balas kawasan kiri dan utara Leicestershire. Ia dipersetujui oleh Jen. Murray Lyon. Kecuali…Pasukan East Surreys di tetapkan sebagai pasukan simpanan. Brig. Lay di arahkan mengundurkan dua kompeni East Surreys ke Kepala Batas untuk melindungi jambatan Sungai Kedah. Setelah Leicestershire dan 2/2 Gurkha bergabung dan berundur ke kawasan pengkalan udara.

29.Ternyata Brig.Carpendale ini lidah bercabang… lain yang dirancang, lain pula yang disuruh. Tiba tiba sahaja Brig. Carpendale membatalkan cadangannya itu. Ia bertujuan untuk Leicestershire menumpukan kepada tugas bertahan. Jam 1515, mereka diperintahkan berundur dari kawasan hutan di sepanjang Sungai Jitra ke jalan raya utama dan menuju ke selatan melalui Padang ke Sungai Bata. Disamping itu Jats juga berjaya diundurkan kecuali pertahanan kanan mereka yang gagal dihubungi.

30.Jam 1800, Jen. Murray Lyon tiba di Tanjong Pauh, beliau mendapat berita keadaan kelam kabut di jalan raya kerana dikatakan bahawa kereta kebal Jepun berjaya menyeberangi Sungai Bata. Beliau tiba di markas Divisyen jam 1830 dan satu laporan telah menantinya. Laporan mengatakan bahawa Leicestershire telah diserang dan Jats telah di tewaskan. Dikatakan juga Jepun telah menyerang 2/16 Punjab di Kelubi. Kajian beberapa pengkaji sejarah mengatakan bahawa laporan ini tidak benar sama sekali.

31.Dalam pada ketika itu, 3/16 Regimen Punjab dalam keadaan kritikal. Mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 hari. Jen. Murray Lyon berpendapat mereka patut diundurkan dari Jitra. Keputusan berundur itu dibuat pada malam itu juga ke seberang Sungai Kedah. Jam 1930, Panglima 11 Divisyen memohon permisi berundur dan membuat perlindungan di Gurun. Jam 2200 12 Disember, Jen. Murray Lyon memerintahkan agar 11 Divisyen berundur Ke Alor Setar.

32. Pada malam itu juga semua diarahkan berundur dari Jitra ke Alor Setar sejauh 15 batu dalam keadaan cuaca yang amat buruk melalui jalan utama. Penunduran yang amat perit ini dirasai oleh askar askar yang sudah hilang semangat dan keletihan. Tambahan pula mereka tidak terlatih dan terlalu muda.

33.Dalam pada itu juga, ada pasukan yang tidak menerima perintah berundur dan bertahan di kawasan mereka sehingga esok pagi. Mereka terpaksa bergerak dalam pasukan kecil dan banyak kehilangan kelengkapan perang. Ada yang berundur meredah sawah padi, paya, jalan kereta api ke Alor Setar dan ada juga melalui pantai Kedah.

Jepun di Jitra.

34.Disember 12, 1941. Jatuhnya Jitra. Malam 12 Disember.. serbuan Jepun terhadap jambatan Sungai Bata. Ia berjaya diusir semula oleh 2/2 Regimen Rifle Gurkha. Kemudian Gurkha ini meletupkan jambatan itu pada jam 0200 13 Disember. Kemudian mereka berundur ke pertahanan belakang oleh 2/9 Gurkha. Jam 0430, mereka semua berundur. Pasukan 2/6 Regimen Rifle Gurkha inilah yang terakhir meniggalkan Jitra.

35.Subuh berlalu, Jepun menakluki Jitra. British telah meninggalkan 50 field gun, 50 heavy machine gun, 300 trak dan kereta perisai. Peluru dan makanan juga dirampas oleh Jepun yang mencukupi untuk satu divisyen selama 3 bulan!. Manakala askar India seramai 3000 orang menyerah diri kepada Detachment Saeki.

[Segmen Malaysia Chronicle]

-Shah Paskal-